Friday, 21 February 2020

SEKALI LAGI KE BUKIT AMAN

SEKALI LAGI KE BUKIT AMAN

Tamrin Tun Ghafar

Khamis - 20/02/2020
( 1 - 28 )

1. Jika setahun dulu saya ke Bukit Aman ekoran artikel bertajuk :

i. 'FROM RUSSIA WITH LOVE'

ii. 'ANTARA KING EDWARD VIII DAN KING MUHAMMAD V'

kali ini saya dipanggil berhubung teguran saya bertajuk :

'TMJ - BODOH SOMBONG YANG TAK BOLEH DI AJAR'

tamrintunghafar.blogspot.com

2. Bermula pada jam 11.30 pagi , sesi soal jawab yang berlangsung selama hampir 3 jam telah di kendalikan dengan cukup berhemah dan professional oleh ASP Nasir dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas atau USJT

3. Ia berlangsung di Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman , Kuala Lumpur 10 hari yang lepas iatu pada 10hb Februari 2020

4. Menggambil keterangan oleh polis seperti yang dilakukan adalah tugas dan tanggong jawab yang tidak perlu dipertikaikan

5. Hanya yang menjadi KEMUSKILAN dan TANDA TANYA apakah polis hari ini yang dipimpin oleh Hamid Bador dengan dibantu oleh Timbalan beliau , Mazlan Mansor , maseh mengamalkan amalan 'Pilih Kasih' atau 'Pilih Bulu' seperti yang berlaku dizaman 'Mr. Twitter' Khalid Bakar dan beberapa Ketua Polis Negara ( KPN ) yang lain

6. Jika keterangan saya boleh diambil oleh kerana tulisan saya mengkritik bak kata Tun Dr.Mahathir 'This Stupid Young Boy' atau 'Budak Kecil Yang Bodoh Ini' , MENGAPA polis TIDAK memanggil juga budak tersebut ke Bukit Aman bagi menjalani proses yang sama ?

7. Begitu juga apakah yang dilakukan Bukit Aman berhubung keputusan Kabinet ekoran lapuran polis yang dibuat oleh Syed Saddiq , seorang Anggota Kabinet ekoran provokasi terhadap beliau di Ulu Tiram , Johor yang turut disertai oleh ibu bapa beliau dan Mazlan Bujang , Wakil Rakyat Negeri tidak lama dahulu

8. Apakah Hamid Bador TIDAK FAHAM MAKSUD kenyataan Kabinet berhubung insiden tersebut atau ada 'hantu - hantu' tertentu dikalangan Pegawai Tinggi Polis yang berusaha bagi memalukan beliau atau mempunyai 'KIBLAT' yang lain

9. Apakah Muhyiddin Yassin , Menteri Dalam Negeri TERLALU UZUR dek sebab barah atau cancer yang dialami nya sehingga beliau TIDAK MAMPU menentukan keputusan Kabinet PERLU dilaksanakan oleh Bukit Aman dalam masa terdekat ini

10. 'Permainan Kotor' ini difahamkan juga sedang dilakukan terhadap Latheefa Koya , KP SPRM - tujuan atau matlamat nya hanya satu ; AKHIR NYA bagi MELEMAH dan MEMALUKAN Tun sebagai Perdana Menteri

11. Umum khusunya rakyat Johor menunggu - nunggu apakah Ayob Khan Myidin Pitchay yang menggantikan Kamaruddin Md. Din sebaģai Ketua Polis Negeri ( CPO ) mulai 6hbMac 2020 ini boleh dan akan bertindak TANPA PEDULI sesiapa sahaja TERMASUK penghuni - penghùni Istana Johor jika melanggar Perlembagaan dan Undang - Undang

12. Atau mungkin juga polis diperingkat negeri termasuk Daerah dan Bukit Aman TIDAK BERANI BERTINDAK dengan MENUTUP atau MEMPERTAHANKAN budak ini oleh kerana PERCAYA kononnya beliau ini TIDAK BOLEH DI SENTUH atau dalam bahasa Inggerisnya ' THE UNTOUCHABLE'

13. Ekoran dari beberapa peristiwa ngeri termasuk mencedera , mendera malah membunuh rakyat yang tidak dapat mempertahankan diri yang di lakukan sesuka hati oleh 'Sultan' Mahmud Iskandar ketika itu , dan bagi menyelamatkan rakyat dari terus di 'bully' dan dalam masa yang sama bagi menyelamatkan Institusi Raja Berperlembagaan maka Datuk Seri Dr. Mahathir , Perdana Menteri ketika itu telah mencadangkan Pindaan kepada Perlembagaan

14. Dengan sokongan Parlimen , dalam tahun 1993 , Perkara 181 dan 182 Perlembagaan Persekutuan dipinda

15. Perkara 181 dan 182 MENJELASKAN bahawa jika sekiranya Raja - Raja atas perbuatan sendiri atau kapasiti peribadi ( on his own personal capacity ) melakukan SEBARANG KESALAHAN samada sivil mahupun jenayah maka ia AKAN didakwa di Mahkamah Khas ; berbeza dengan rakyat biasa yang hanya didakwa di Mahkamah Biasa

16. Kesalahan sivil TERMASUK melanggar Perlembagaan seperti mencampuri hal ehwal politik , pentadbiran , berniaga samada secara terusan atau menggunakan kedudukan bagi mempengaruhi pembuat dan pelaksana dasar seperti permohonan tanah , pulau , balak , pasir ( termasuk silica ) dan lain - lain termasuk merampas perniagaan orang lain

17. Difahamkan Raja - Raja HANYA diberi PENGCUALIAN cukai import kereta TIDAK MELEBIHI 6 buah kereta - ini bermakna mereka tertakluk kepada akta kastam dan cukai

18. Bagi ahli keluarga termasuk yang bergelar seperti Tengku Mahkota , Raja Muda , Tengku Bendahara dan Laksamana TIDAK ADA LANGSUNG SEBARANG PERLINDUNGAN , KEKEBALAN atau IMUNITI - ini bermakna mereka ini BOLEH ditangkap , di dakwa dan dibicarakan dimana - mana Mahkamah seperti rakyat biasa

19. Kebuasan keluarga 'Sultan' Johor bermula sejak awal lagi apabila Daeng Abdul Rahman yang di beri kepercayaan sebagai Temenggung oleh Raja Hussain belot dengan merampas kuasa , dan keturunan beliau , Abu Bakar yang mengisytiharkan diri sebagai 'Sultan' sehingga lah kehari ini

20. Walaupun Perlembagaan SUDAH DI PINDA namun 'Sultan' yang ada sekarang dan anaknya tetap melakukan kezaliman

21. Apabila Kamal Hisham Jaafar , anak jati Johor yang pernah bertugas sebagai penasihat undang - undang kepada Mahmud Iskandar ENGGAN BERSUBAHAT dengan Ibrahim menipu emak tiri nya Tengku Zanariah ( Alfatihah ) bagi tujuan membolot harta peninggalan ayahnya , Ibrahim dengan bantuan polis ketika itu telah bertindak kasar

22. Kamal akhirnya dipenjarakan selama hampir 3 tahun TANPA dibenar ikat jamin dan pembelaan

23. Cuba bayangkan bagaimana dalam keadaan BERGARI beliau memandikan jenazah arwah bapa tersayang , juga semasa Sembahayang jenazah atas arahan Ibrahim beliau telah ditarik keluar dari Masjid

24. Kira - kira 10 tahun dahulu budak ini yang semasa itu bergelar Raja Muda dengan dibantu oleh beberapa orang pengawal peribadi yang menggunakan sepucuk pistol telah membelasah dengan teruk Tengku Nadzimuddin, anak Tengku Dara Naqiah dan Tengku Mudzaffar ; Tengku Nadzamuddin ialah cucu kepada Tengku Jaafar , Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan ( Alfatihah )

25. Walaupun kes - kes tersebut diatas telah dilapurkan kepada pehak polis dan Peguam Negara namun file mereka DI TUTUP begitu sahaja

26. Disebalik kezaliman mereka , apa yang rakyat Johor selalu di dendangkan ialah mereka berdua ini sangat perahatin kepada rakyat

27. Bagi MENENTUKAN KESAHIHAN mereka sebagai 'Sultan' dan 'TMJ' dan bagi menentukan mereka menghormati Perlembagaan dan Undang - Undang maka dicadangkan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh Kerajaan Pusat :

i. KESAHIAN SEBAGAI SULTAN

Menubuhkan Sebuah Jawatankuasa Khas yang juga dianggotai beberapa pakar sejarah Johor dan Peguam Negara

ii. KEWUJUDAN ASKAR TIMBALAN SETIA atau JOHOR MILITARY FORCE dan PENGGUNAAN PINGAT dan PANGKAT KETENTERAAN

Kajian oleh Kementerian Pertahanan terdiri dari Panglima Angkatan Tentera ( PAT ) dan pakar undang - undang Tentera di tubuhkan SERTA MERTA

iii. KES - KES JENAYAH

Polis dan Peguam Negara membuka semula kesemua kes - kes jenayah yang dilakukan oleh Ibrahim dan anaknya yang ditutup begitu sahaja

iv. PENGIMPORTAN KERETA - KERETA MEWAH

SPRM menyiasat Kastam Malaysia dan Johor dan mengambil tindakan SERTA MERTA jika sekiranya terdapat 'keraguan' yang dilakukan selama ini

28. SEMOGA RAKYAT MEMAHAMI PINDAAN PERLEMBAGAAN PERKARA 181 dan 182 , DAN KERAJAAN BERTINDAK SEGERA BAGI BERLAKU ADIL

Wassalam
Terima Kasih

Tuesday, 18 February 2020

HARI INI 95 TAHUN YANG LEPAS

HARI INI 95 TAHUN YANG LEPAS

Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 18/02/2020
( 1 - 20 )


1. ALFATIHAH

2. Pada 18hb Februari 1925 bertempat di Solok Tebat Kering , Mukim Bukit Tembusu , Kuala Pilah lahir seorang insan dari keluarga yang AMAT DAIF

3. Bagi menampung sara hidup keluarga , ayah beliau , Baba memungut kayu api dengan menggunakan kereta lembu , dan ibunya Saodah pula mencari damar untuk di jual dan digunakan sendiri bagi menerangi ruang rumah

4. Semangat perjuangan beliau sudah mula berputik sejak belasan tahun lagi

5. Pada usia 14 tahun ayah kami , Abdul Ghafar Baba menyertai Kesatuan Melayu Muda atau KMM yang kemudian nya dijadikan Parti Kebangsaan Melayu Malaya atau PKMM

6. Semangat perjuangan beliau berkobar lagi semasa berada di Maktab Perguruan Sultan Idris ( MPSI ) atau SITC yang kini di naikan taraf universiti , UPSI

7. 'PENITIAN' beliau terlalu panjang dan berliku ; menjadi yatim piatu apabila ibu bapa nya meninggal pada umur 10 tahun dan kesemua adik beradik yang maseh hidup ketika itu pula berhijrah ke Kampung Sungai Udang , Melaka untuk tinggal bersama Pakcik dan Saudara yang lain

8. Oleh kerana hidup sebatang kara di Kuala Pilah bagi menjaga kubur ibu bapa dan adik beradik yang sudah pergi lebih awal , Abdul Ghafar KADANGKALA TERPAKSA tidur didalam bilik darjah dan dibawah jambatan kereta api

9. Bagi mengisi perut , setiap hari kesekolah beliau akan mengutip 'gereja roti' atau 'kerak roti' dari sebuah kedai kopi cina dipekan Kuala Pilah

10. Pakcik beliau , Haji Jaafar Alang adalah orang yang melarang beliau ke Iran Jaya bagi mengangotai tentera Indonesia menentang Belanda , dan seterusnya menghantar beliau ke Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim , Perak

11. Dikenali sebagai Chegu Ghafar beliau bukan sahaja boleh bertutur dan menulis bahasa Inggris malah faseh berbahasa Jepun dan Korea

12. Diatas kepercayaan terhadap perjuangan Tengku Abdul Rahman Putra Alhaj bagi mendapatkan Kemerdekaan Negara, beliau akhirnya menggotai UMNO pada tahun 1951 sehingga menghembus nafas terakhir pada 23hb April 1996

13. Bermula sebagai ahli biasa , beliau dilantik sebagai Setiausaha dan seterusnya sebagai Pengurusi UMNO Negeri Melaka

14. Selepas hampir 10 tahun, beliau meletakan jawatan Ketua Menteri bagi memberi tumpuan kepada MARA kerana beliau mahu menyemai bakti kepada lebih ramai lagi bangsnya jika dibandingkan di Melaka

15. Walaupun hanya mempunyai pedidikan guru , namun Tengku , Tun Razak dan Hussain Onn terus mempunyai keyakinan terhadap beliau sebagai Menteri Kabinet

16. Dr. Mahathir yang ketika itu merupakan Perdana Menteri ke4 telah memilih beliau dari yang lebih muda sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Musa Hitam yang telah dipecat

17. Dengan menggunakan wang yang begitu banyak , media cetak dan elotronik seperti TV3 dan janji - janji manis kepada ramai pemimpin UMNO , serangan Anwar Ibrahim terhadap beliau ketika itu begitu kuat sehingga beliau TIDAK BERUPAYA menangkisnya, dan pada masa yang sama bagi mengelakan perpecahan parti beliau akhirnya BERUNDUR sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri

18. Pada tahun 1998 atas usaha Dr. Mahathir , beliau telah di anugerah Bintang Kebesaran Darjah Seri Setia Mahkota ( SSM ) yang bergelar Tun

19. Pernah di mufliskan ( di bankrapkan ) beliau TIDAK meninggalkan wang dan harta kepada anak - anak

' HARIMAU MATI
MENINGGALKAN
BELANG
MANUSIA MATI
MENINGGALKAN
NAMA '

20. DI DOAKN SEMOGA ROH AYAH , EMAK DAN AHLI KELUARGA DI TEMPATKAN BERSAMA AHLI SYURGA ; AAMIIN !!!

Wassalam
Terima Kasih

Saturday, 1 February 2020

TMJ - BODOH SOMBONG YANG TAK BOLEH DI AJAR

TMJ - BODOH SOMBONG YANG TAK BOLEH DI AJAR

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 02/02/2020
( 1 - 36 )


1. 'Seekor Kerbau
Membawa Lumpur
Habis Semuanya
Terpalit'

'Jangan Biarkan
Susu Sebelanga
Rosak
Akibat Setitik
Nila'

2. Entah siapakah yang mengarang kiasan atau pepatah ini namun ia maseh diguna pakai sehingga kini dan mungkin kekal sehingga cucu cicit kita

3. Tak pasti siapa kah penasihat 'Budak Kecil' ini yang juga dikenali sebagai 'Si Pendek atau Si Ketot'

4. Hampir setiap kenyataan yang ditujukan khusus kepada Tun Dr. Mahathir , Perdana Menteri , ia sebenarnya menampilkan lagi KEBODOHAN beliau sendiri

5. Kini beliau bertindak dan berlagak sebagai Pemangku Sultan , yang entah kemana menghilang diri bercuti , menghiburkan diri dengan wang ringgit yang bertimbun yang telah dikumpulkan ; hanya sesekali timbul sedangkan rakyat Johor terpaksa kais pagi makan pagi

6. Sekali lagi adalah diharapkan Majlis Raja - Raja , terutama Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang kebetulan adalah merupakan Pakchik dan Makcik budak ini , dapat MENASIHATKAN beliau agar jangan terlalu celupar ; BUKAN KAH PERLEMBAGAAN MENGHALANG RAJA - RAJA atau PEMANGKU MENCAMPURI POLITIK DAN PENTADBIRAN ?

7. Perlu diingatkan , menjelang Pilihanraya Umum 2018 HANYA 3 orang Sultan , Sultan Kelantan , Sultan Selangor dan Johor bersama budak ini yang telah meluahkan kebencian mereka terhadap Tun yang kini telah dipilih sebagai Perdana Menteri

8. Diantara mereka hanya Ibrahim dan anak manjanya sahaja yang maseh berterusan ; mungkin kerana Kerajaan PH MEMBERHENTIKAN ekspot pasir ke Singapura dan TIDAK membenarkan pembeli - pembeli unit Forest City yang berjumlah berpuluh ribu dari China diberi status 'Permanent Resident' dan menghantar ramai pekerja pulang ke China

9. Mereka berdua terlalu BERMAHARAJALELA semasa Negara diperintah oleh Najib dan Menteri Besar UMNO

10. Sejak menggambil alih banyak lot tanah termasuk Pulau Kukup dirampas atau dirompak, dan ada yang diletakkan atas nama 'Tanah Sultan' atau 'Sultanate Land' dan banyak perniagaan dibolot oleh keluarga mereka

11. Syarikat - syarikat seperti Johor Corp dan anak - anak syarikatnya seperti KFC
TERPAKSA MENDERMA berjuta ringgit setiap tahun bagi membayai pasukan bola JDT dan beberapa ahli keluarga nya

12. Lupakah kita peristiwa bagaimana seorang rakyat kita yang di tembak mati dan ada yang dipukul dengan teruk oleh bapa Ibrahim disatu ketika dahulu

13. Apa pula kesah bagaimana Ibrahim memenjarakan bertahun lamanya Peguam Kamal Hisham Jaafar, anak Johor kerana hanya tidak mahu terlibat menipu Tengku Zanariah ( Alfatihah ) , Mak Tiri beliau bagi membolot harta peninggalan bapa beliau , Tengku Mahmood Iskandar yang ketika itu baru meninggal dunia

14. Rakyat juga tidak lupa bagaimana 'Budak Kecil Bodoh Ini' dengan dibantu oleh pengawal - pengawal peribadi nya membelasah cucu Tengku Jaafar , Negri Sembilan dengan begitu dashyat sekali ; begitu juga kes - kes lain yang TIDAK DI LAPURKAN

15. Sudah lah susah namun Rakyat TERPAKSA membayar cukai itu dan ini sedangkan mereka TIDAK membayar cukai seperti beratus kereta mewah yang diimport , dan minyak kapalterbang peribadi pun mungkin dibayar oleh Kerajaan Negeri

16. Itulah nasib rakyat 'Bangsa Johor' apabila mereka mempunyai seorang PERAMPAS KUASA yang TIDAK ADA SETITIS PUN DARAH RAJA ( bermula dengan rampasan kuasa oleh keturunan mereka , Daeng Abdul Rahman ) , dan pada masa yang sama pula TIDAK MEMPUNYAI PELAJARAN yang sempurna seperti kebanyakan Raja dan anak - anak mereka, juga anak - anak orang kampung

17. Mengikut kajian asal usul keturunan Kesultanan Johor modern , ia bermula dari Abu Bakar yang bukan sahaja terlalu BERBANGGA dengan panggilan Sir Albert Backer tetapi mereka berbangga mengamalkan cara hidup 'orang putih' atau 'mat salih' bermula dengan pakian resmi mereka sehingga kini yang TIDAK LANGSUNG mencerminkan pakian tradisi Melayu

18. Dari Albert Backer yang mempunyai kekasih berbangsa Inggeris selain dari punyai ramai isteri sehinggalah ibu kepada Ibrahim sekarang yang juga nenek Ismail adalah seorang 'orang putih' rakyat biasa dari England

19. Rekod sejarah juga membuktikan 'Sultan' Ibrahim , anak kepada Abu Bakar atau Sir Albert Backer MENENTANG habis - habisan usaha Tengku Abdul Rahman bagi mendapatkan Kemerdekaan dari penjajah British ; beliau mahu Negara ini terus dijajah oleh British

20. Sebenar nya sudah agak lama isu Ibrahim dan anaknya Ismail tidak disentuh namun sikap BIADAP dan KEBODOHAN budak ini memaksa isu ini di ketengahkan semula

21. Tidak lama dulu rakyat Johor telah didendangkan oleh 'Sultan' mereka dengan kenyataan kononnya Johor akan melaksanakan sistem persekolahan sendiri sedangkan Pelajaran adalah dibawah bidang kuasa dan tanggongjawab Kerajaan Pusat

22. Baru - baru ini apabila tercetusnya wabak coronavirus dari Wuhan , China , 'Budak Kecil Yang Bodoh Ini' ( Stupid Young Boy ) melenting membangkitkan semula amaran beliau 2 tahun dahulu iaitu menjelang Pilihanraya Umum, agar rakyat tidak menukar pemimpin dari yang maseh 'baik', iaitu Najib kepada Kerajaan sekarang

23. Tidak kah mereka berdua ini sedar apabila rakyat khasnya 'bangsa Johor' sendiri menolak UMNO/BN ia adalah satu isyarat nyata bahawa rakyat SUDAH TIDAK PEDULI LAGI dan HILANG HORMAT terhadap 2 orang makhluk ini ?

24. Sebenarnya 'Bangsa Johor' sedar siapa dan dari keturunan mana mereka berdua berasal tapi tidak mampu berbuat apa - apa

25. Apabila mereka menukar Kerajaan , salah satu harapan mereka ialah Wakil - Wakil Rakyat PH samada Negeri dan Pusat BERTEGAS dengan 2 orang ini , tambah pula mereka berdua telah dengan TERANG TIDAK MAHU PH

26. Malangnya terdapat sesetengah Wakil Rakyat PH ini maseh tak ubah seperti :

'Harapkan Pegar
Pegar Makan Padi'

27. Menteri Besar sekarang , Dr. Sharudin Jamal tak ubah seperti

'Rusa Masuk
Kampung'

terpinga - pinga macam budak 'nud atau baghal' tak tahu apa sebenar yang perlu dilakukan sebagai seorang MB jestru beliau lebih mengharapkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai - Pegawai Kerajaan membimbing beliau dari mendengar pandangan Wakil - Wakil Rakyat Negeri Negeri yang dipilih oleh rakyat ; yang SELALU di dendangkan ialah beliau TIDAK BERMINAT JAWATAN MB ini - namun TIDAK PULA BERHENTI

28. Jawatan MB ini diberi atas 'mainan' Muhyiddin Yassin , Pengurusi PH Negeri yang 'push' beliau bagi menggantikan Osman Sapian atau Man Datsun sebagai MB yang juga atas 'kehendak' Muhyiddin

29. Dikalangan EXCO ada yang bercita - cita nak menjadi 'pengganti MB' dan dikalangan Wakil Rakyat pula ada yang bersiap sedia untuk dilantik sebagai EXCO

30. Sebahagian mereka ( Wakil- Wakil Rakyat Negeri dan Pusat ) LEBIH MEMENTINGKAN DIRI dari rakyat yang meletakkan mereka disana ; mereka memilih untuk melupai jasa rakyat

31. Rakyat Johor khususnya bukan sahaja BOSAN dengan 2 makhluk ini malah mereka juga mula hilang sabar dan kepercayaan dengan wakil - wakil rakyat PH yang hanya pandai bersuara di belakang sedangkan menyembah 'Sultan' dan keluarga seperti orang Tionghua dan Tamil menyembah tuhan mereka

32. JIKA SEKIRANYA MUHYIDDIN YASSIN DAN WAKIL - WAKIL RAKYAT PH TIDAK BERUBAH , MAKA TUNGGULAH MASA NYA RAKYAT AKAN MERUBAH MEREKA

33. Umum ternanti - nanti siapakah 'anak jantan' dikalangan 'Bangsa Johor' yang bersedia mendapatkan 'PENGHISTARAAN MAHKAMAH KHAS' samada Ibrahim dan anak manjanya berhak menjawat jawatan yang mereka sandang sekarang

34. Tidak sukar mendapatkan khidmat guaman yang 'faseh' tentang Perlembagaan Negara dan Negeri , dan sejarah bagi tujuan tersebut

35. Sementara itu dinasihatkan 'Budak Kecil Bodoh Ini' jangan lah merasa hebat dan celupar sangat ; BACA DAN FAHAM LAH BUKU PERLEMBAGAAN NEGARA sebelum 'BERLAGAK SOMBONG '

36. Saya bertanggungjawab diatas tulisan ini dan bersedia di ambil tindakan undang - undang

Wassalam
Terima Kasih

Daeng Abu Bakar Bin Daeng Ibrahim rakyat biasa yang mula - mula mengistiarkan diri sebagai Maharaja Johor dan kemudiannya Sultan Johor. Lihat sahajalah pakaian rasmi beliau ala Barat yang dibanggakan sehingga sekarang.

Sunday, 19 January 2020

MASEH KAH KAU INGAT

🎼 MASEH KAH
KAU INGAT 🎼

Tamrin Tun Ghafar

Isnin - 20/01/2020
( 1 - 22 )


1. Lagu 'Maseh Kah Kau Ingat' nyanyian Kumpulan Kopratasa disatu ketika dahulu mengingatkan kita kesah seorang DURJANA yang saya gelar 'Hantu Raya'

2. Sebenarnya dek sebab perangai buruk dan jijik beliaulah yang menggerakan saya mula menulis

3. Dari lebih 100 artikel , tidak kurang 18 artikel yang saya tujukan kepada beliau

4. Bertajuk 'Sudah Sampai Masanya Hantu Raya Ini Di Tangkap Dan Di Lokap' adalah antara tulisan yang telah diviralkan pada penghujung tahun 2017

5. Pada usia 48 tahun , Dzulkifli Ahmad yang berasal dari Kepala Batas , Pulau Pinang telah dilantik sebagai
KP SPRM yang baru

6. Perlantikan beliau oleh Najib Tun Razak yang berkuatkuasa mulai 1hb Ogos 2016 adalah bagi menggantikan Abu Kassim Mohamed yang 'dipeti sejukkan' atau ' cold storage' ke satu jawatan baru yang diwujudkan khas , 'Pakar Perunding Integriti , Fakulti Undang - Undang di UITM'

7. 5 hari , iaitu pada 14hb Mei 2018 ekoran kekalahan UMNO/BN pada Pilihanraya Umum yang berlangsung pada 9hb Mei 2018 , Dzulkifli meletakan jawatan sebagai KP SPRM yang sepatutnya berakhir pada 1hb Ogos 2021

8. Mengikut rekord beliau merupakan KP SPRM yang paling TIDAK BERMARUAH dan BANGSAT jika dibandingkan dengan mereka yang pernah menerajui Agensi tersebut

9. Pada 20hb September 2017 dengan sombong , biadap dan tanpa merasa salah, SECARA TERBUKA beliau telah mempersoalkan keputusan Kerajaan menubuhkan Jabatan Integeriti Urus Tadbir Negara atau JITN

10. Sepatutnya beliau berbincang SECARA TERTUTUP dengan Menteri yang bertanggong jawab ; perbuatan tersebut telah MELANGGAR Peraturan 19 Pegawai Awam , Kelakuan dan Tatatertib ( 1993 )

11. Seksyen 498 Kanun Keseksaan - MENGGODA wanita yang sudah berkahwin ( bersuami ) adalah salah

12. Walaupun akhirnya mereka bernikah juga namun perbuatan SUMBANG HARAM yang dilakukan dengan Hazleen Hatta yang pada masa itu maseh bersuami adalah satu kesalahan undang - undang ; hukumannya ialah 2 tahun penjara

13. Bagi menutup kecurangan yang dilakukan, beliau PERLU BERLAKUN sebagai seorang yang boleh dicontohi dengan berkhutbah dan dipercayai dengan membaca sajak dan sebagainya

14. Beliau bernasib baik kerana Kerajaan UMNO/BN bukan sahaja tidak menggambil tindakan malah beberapa orang Menteri ketika itu termasuk Zahid Hamidi dan Salleh Said Keruak yang sanggup membela beliau

15. Sehingga sekarang tidak dipastikan siapakah yang membiayai kos penerbangan , penginapan dan lain - lain beliau ke Bali , Hong Kong dan mungkin ke negara lain bersama Hazleen dan pegawai - pegawai SPRM yang dikudakan; SPRM kini perlu siasat secara menyeluruh

16. Apabila salah seorang pegawai SPRM ditangkap berkahlwat dengan seorang janda yang kebetulan bertugas dipejabat beliau , tidak ada sebarang tindakan pun di ambil; yang hairan nye mengapa pegawai - pegawai lain khususnya Azam Baki TIDAK BERTINDAK dan BERSUARA, hanya setakat membiarkan sahaja 'Hantu Raya' ini berkeliaran seolah olah negara ini dia yang punya

17. Itulah keadaan SPRM ketika beliau menerajuinya

18. Kini rahsia sebenar kehebatan beliau TERBONGKAR apabila SPRM dibawah pimpinan Latheefa Koya melondehkan kepada rakyat jelata beberapa perbualan telefon di antara beliau dan Najib

19. Perbuatan KEJI beliau apabila beliau SANGGUP MEMBOCORKAN RAHSIA SIASATAN salah laku Najib Tun Razak berhubung dengan kes penipuan 1MDB

20. Ekoran TINDAKAN JAHAT itu lah menyebabkan Abu Kassim Mohamed di kucilkan sebagai KP SPRM dan tempatnya diambil alih oleh 'Hantu Raya' ini

21. MEMBOCORKAN RAHSIA KERAJAAN oleh Penjawat Awam adalah satu kesalahan yang tidak boleh di pandang rengan

22. SEMOGA HUKUMAN SETIMPAL DI JADIKAN CONTOH AGAR IA TIDAK AKAN DILAKUKAN OLEH PENJAWAT - PENJAWAT AWAM LAIN

Wassalam
Terima Kasih

Monday, 13 January 2020

SENJATA MAKAN TUAN

SENJATA MAKAN TUAN

NAJIB HARUS BERSUMPAH LAKNAT LAGI

Tamrin Tun Ghafar

Isnin - 13/01/2020
( 1 - 20 )


1. Penghujung tahun lepas iaitu pada hari Selasa 31hb Disember 2019 satu artikel bertajuk

' SUMPAH LAKNAT - YANG LAIN - LAIN TAK BERMINAT KE ? ' telah ditulis ( tamrintunghafar.blogspot.com )

2. Tulisan tersebut ekoran 'Sumpah Laknat' yang dilakukan oleh Najib Tun Razak di Masjid Kampung Baru , Kuala Lumpur pada hari Jumaat 20hb Disember 2019 berhubung Pengakuan Bersumpah atau SD Chif Inspektor Azilah Hadri

3. Najib CUBA membersihkan diri atas tuduhan Azilah bahawa beliau melakukan pembunuhan keatas Altantunya Sharibuu , gadis Mongolia itu adalah ATAS ARAHAN Najib yang dibantu oleh ADC nya , Musa Safri

4. Sama ada 'Sumpah Laknat' itu cukup dengan hanya membaca skrip yang disediakan atau perlu memegang Quran , Wallahu'alam !!

5. Jika 'Sumpah Lanat' itu bagi tujuan membersihkan diri dari tuduhan yang AMAT SERIOUS itu maka bukan kah sepatutnya Najib berbuat demikian ( Sumpah Laknat ) atas tuduhan lain yang sedang dan akan dihadapi nya

6. Pada hari Rabu 8hb Januari 2020 , Negara sekali lagi telah digegarkan dengan pendedahan perbualan talipon diantara Najib dengan Dzulkifli Ahmad , KP SPRM ketika itu , Rosmah dan beberapa individu lain dalam dan Luar Negara

7. Sebenarnya apa yang berlaku tidak lebih dari

'Senjata Makan Tuan'

kerana Najib sendiri yang meminda/ menambah terhadap Criminal Procedure Code ( CPC ) Act 2012 dengan memasukan Section 116 c yang MEMBENARKAN Pehak Berkuasa mengintip , mendengar dan merekod perbualan talipon sesiapa sahaja yang dirasa atau di shak melakukan perkara - perkara yang boleh merugikan negara

8. Difahamkan rekording ini TELAH pun diserahkan kepada pehak SPRM dan Polis SEBELUM Pilihanraya Umum 2018 lagi namun TIDAK ada sebarang tindakan pun diambil

9. Memandangkan KETEGASAN Latheefa Koya selaku KP SPRM yang baru maka keseluruhan 9 rakaman perbualan talipon tersebut akhirnya diserahkan kepada beliau dan kini berada di tangan Polis bagi siasatan lanjut

10. Tindakan beliau telah menggundang berbagai reaksi , yang bersetuju dan sebaliknya

11. Ada yang mahu Latheefa dipecat dan ada pula yang menuntut beliau memberi penjelasan terhadap tindakan yang diambil dan ada pula yang berpendapat ia tidak menghormati undang - undang , dan tidak beradab dan bermaruah

12. Persoalanya apabila polis menayangkan video clip rampasan harta curi oleh Najib dan Rosmah yang disimpan di Pusat Beli Belah Pavillion Kuala Lumpur dan dirumah beliau sendiri di Taman Duta TIDAK pula kedengaran suara - suara seperti hari ini

13. Yang sebenarnya ada yang terikut - ikut rentak mereka yang mempunyai agenda tersembunyi kerana KETEGASAN Latheefa membenteras gejala rasuah ; ini tak lebih dari :

' Tak Dapat Tanduk
Telinga Di Pulas'

' Pukul Anak
Sindir Menantu'

14. Sebagai seorang Peguam dan bekas aktivis NGO sudah tentu beliau telah mendapat pandangan dan nasihat pakar undang - undang samada di SPRM itu sendiri mahu pun dari pehak Jabatan Peguam Negara

15. Begitu juga disatu ketika dahulu apabila video perbualan talipon Peguam VK Lingam dipamerkan kepada umum terlebih dahulu SEBELUM sebarang tindakan susulan dilakukan boleh dikatakan TIDAK ADA BANTAHAN LANSUNG dari mana - mana pehak

16. Di dalam perkara ini pemberi maklumat atau Whistleblower tidak penting , YANG PENTING samada rakaman perbualan talipon itu benar atau tidak

17. " Can I Advice You Something ! " Najib PERLU buat 'Sumpah Laknat' SEKALI LAGI dimana - mana Masjid bagi menafikan rakaman perbualan talipon tersebut ; ia boleh di ikuti oleh Dzulkifli Ahmad , bekas KP SPRM , Rosmah , Azeez Rahim , Amahari Nazaruddin dan Shukri Salleh

18. Oleh kerana berkemungkinan beliau tidak boleh lakukan dimana - mana Masjid di Semenajung , dan memandangkan pula beliau sedang berusaha memenangkan calun BN di Piliharanya Kecil Parlimen Kimanis , Sabah maka melakukan 'Sumpah Laknat' disana ianya pasti akan menyakinkan lagi pengundi - pengundi

19. Mungkin kali ini beliau boleh meminjam kata - kata Peguam VK Lingam :

"HE LOOKS LIKE ME AND HE SOUNDS LIKE ME BUT ITS NOT ME"

20. Rakyat memang ternanti - nanti lebih banyak lagi pembongkaran dan tindakan tegas, pantas dan berani terhadap sesiapa sahaja oleh Polis , SPRM dan Jabatan Peguam Negara semuga Negara ini BEBAS dari segala amalan salahguna kuasa dan rasuah

Wassalam
Terima Kasih

Monday, 30 December 2019

SUMPAH LAKNAT - YANG LAIN - LAIN TAK BERMINAT KE ?

SUMPAH LAKNAT - YANG LAIN - LAIN TAK BERMINAT KE ?

Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 31/12/19
( 1 - 32 )


1. Menjelang Tahun Baru 2020 ini berbagai perkara telah berlaku

2. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja cerita baru yang timbul

3. Dari satu sudut , ini membuktikan bahawa Dasar Keterbukaan Bersuara atau Domokrasi wujud semula dibawah Kerajaan PH

4. Walaupun Dasar ini bagus bagi mendapatkan 'feedback' namun jika tidak berhati - hati ia boleh disalahguna dan amat membahayakan keharmonian kaum

5. Kita serahkan kepada pucuk pimpinan dan penguatkuasa seperti Polis dan SPRM menggunakan kuasa yang ada agar

'Pisang Tidak Berbuah
Dua Kali'

6. Sebelum kita terus digelakan kanak - kanak tentang wujudnya Santa Claus , kita juga harus ingat maseh ada pemakan - pemakan dedak di luar sana yang maseh 'percaya' kepada Najib

7. Bukan sahaja Negara , malah Dunia TELAH dikejutkan dengan pertuduhan Chif Inspektor Azilah Hadri melalui Akuan Bersumpah atau SD nya bahawa Najib Tun Razak yang mengarahkan beliau membunuh, dan kemudian menghapuskan mayat Altantuya , gadis Mongolia

8. Ekoran tindakan Azilah itu , 10 hari yang lepas iaitu pada hari Jumaat 20hb Disember di Masjid Kampung Baru , Kuala Lumpur telah berlangsung satu upacara yang menimbulkan banyak persolan dan komen

9. Tidak pasti apakah TUJUAN SEBENAR Najib membuat apa yang di katakan 'Sumpah Laknat' itu

10. Jika kononnya hendak 'membersikan diri' dengan 'Sumpah Laknat' itu , maka mengapa pula selepas itu beliau bersedia menjawab pertuduhan Azilah didalam Mahkamah ?

11. Mengikut Mufti Perak TIDAK TERDAPAT dalam Al Quran apa yang disebut sebagai 'Sumpah Laknat' ; jika sesaorang itu berbohong maka 'Laknat' akan menimpa orang tersebut

12. Mufti Wilayah Persekutuan pula telah membicarakan perkara yang sama tetapi pada masa yang sama , seperti juga teguran Jeneral ( B ) Arshad , Presiden PATRIOT mempersoalkan sikap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI) dan Jawatankuasa Masjid Kampung Baru MEMBENARKAN Masjid digunakan bagi kepentingan politik sesaorang

13. Jika ia berlaku dimana - mana Masjid atau Surau di Negeri Selangor misalnya , sudah pasti tindakan
tegas akan diambil

14. Tulisan ini di hantar juga kepada Mujahid Yusuf Rawa , Menteri yang bertanggong jawab hal Agama dengan harapan beliau menasihatkan Agong menggambil langkah - langkah tertentu supaya tidak ada lagi sesiapa menyalahguna Rumah Allah untuk mencari pablisiti murah seperti yang dilakukan oleh Najib

15. Mengikut Dr. Fatma Az Zahara , salah seorang penceramah yang berasal dari Mesir, hanya orang munafik sahaja yang menggunakan sumpah bagi menutup kesalahan

16. Surah Al MUJADILA ( 58 ) : 16 membawa maksud yang jelas :

"Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai ( untuk menyelamatkan diri dan harta bendanya daripada dirampas atau dibunuh ) , maka dengan yang demikian dapatlah mereka menghalang ( dirinya dan orang lain ) dari jalan ALLAH , oleh itu mereka beroleh azab seksa yang menghina"

17. Surah AL MUNAAFIQOON (63 ) : 2

juga membawa maksud yang sama

18. Tidaklah pasti samada sesaorang yang bersumpah seperti itu perlu memegang Al Quran atau cukup dengan hanya membaca skrip yang telah disediakan

20. Apakah dengan apa yang dikatakan 'Sumpah Laknat' itu maka ia telah membuktikan sesaorang itu bersih dari melakukan kesalahan dan akan terlepas dari segala hukuman

21. Jika jawapan nya begitu maka 'sepatutnya' beliau dari awal lagi berbuat demikian ( Sumpah Laknat ) SEBELUM kes SRC , 1MDB , Gangguan Terhadap Lapuran Audit , Cukai RM1.6 Billion dan kes - kes lain dibawa ke Mahkamah bagi membersihkan diri dan berkemungkinan di campakan ke dalam penjara

22. Beliau juga patut membuat 'Sumpah Laknat' yang beliau tidak pernah mengenali Jho Low , Tim Leissner dari Goldman Sach dan mungkin juga beliau tak mengenali Azilah Hadri seperti beliau tak pernah kenal wanita Mongolia yang bernama Altantuya atau Aminah yang telah dibunuh dengan kejam

23. Apakah yang lain - lain seperti Zahid Hamidi , Tengku ( ? ) Adnan Mansor , Azeez Rahim , peguam - peguam beliau seperti Shafie Abdullah dan Hafarizam , Rosmah , Riza Aziz dan keluarga beliau 'terlupa' membuat 'Sumpah Laknat' yang sama bagi membersihkan diri , dan dikenakan tindakan undang - undang

24. Jika 'Sumpah Lanat' boleh di gunapakai maka Hakim buat sahaja keputusan 'tidak bersalah' terhadap mereka TANPA PERLU buang masa Hakim dan Mahkamah

25. Masaalah kesesakan penjara pun akan selesai apabila banduan - banduan Islam membuat 'Sumpah Laknat' seperti yang dilakukan Najib

26. Bagi menyakinkan pengundi - pengundi Melayu menjelang Pilihanraya Umum yang lepas Najib telah mengumumkan bahawa beliau telah diberi penghormatan berdoa betul - betul di Makam Rasulullah , dan mengikut beliau SEGALA permintaan atau doa disitu akan diangkat terus dan makbulkan

27. Sebenarnya sudah beratus tahun lamanya Makam Rasullullah telah dikepung dengan tembok batu yang tebal dan tinggi ; malah sejak itu tiada siapa pun termasuk keluarga Raja Arab dapat peluang seperti yang beliau nyatakan

28. Jika benar , sudah pasti Najib tidak akan melepaskan peluang berdoa disana untuk menang Pilihanraya , namum keputusan menunjukan majoriti pengundi Melayu menolak UMNO/BN ; ini membuktikan beliau sanggup lakukan apa sahaja termasuk berbohong di Makam Rasullullah

29. Bukan sahaja kalah tapi kini beliau dan keluarga berhadapan dengan berbagai tindakan undang - undang

30. Kata orang tua - tua :

'Alah Bisa Tegal
Biasa'

31. SEMOGA ACARA 'SUMPAH LAKNAT' INI TIDAK MENJADI BAHAN LAWAK SEPERTI KANAK - KANAK LAWAKKAN KITA TENTANG WUJUDNYA SANTA CLAUS

32. Dengan harapan rakyat Malaysia berbilang kaum terus hidup aman damai dan hormat menghormati diantara satu sama lain , saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun 2020

Wassalam
Terima Kasih

Saturday, 21 December 2019

JANGAN MAKAN GAJI BUTA

JANGAN  MAKAN  GAJI  BUTA

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu - 21/12/19
( 1 -  23  )


1.   Sebenarnya sejak Pilihanraya Umum pada 9hb Mei 2018 yang lepas sehingga kini berbagai tindakan telah dilakukan bagi kesejahteraan negara dan rakyat 

2.  Walaupun begitu maseh banyak lagi yang perlu dilaksanakan bagi memenohi janji - janji PH seperti yang terkandung didalam manifesto mereka

3.   Jika di teliti dan di halusi , banyak juga janji - janji Pilihanraya BN yang TIDAK  dilaksanakan

4.  Bak kata Perdana Menteri dan Menteri Kewangan  SEGALA  janji tersebut PASTI  akan ditunaikan menjelang Pilihanraya Umum yang akan datang

5.  Jika pemimpin - pemimpin Pembangkang menilai secara rasional dan positif  tanpa punyai perasaan benci dan emosi ,  senarai tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan bagi menyelamatkan wang negara dan bagi kesejahteraan rakyat seperti yang dilampirkan , sudah pasti mereka akan bersetuju dengan apa yang telah , sedang dan akan dilakukan oleh Kerajaan kini

6.  Hakikat sebenar ,  Najib dan beberapa orang nya lah yang menyebabkan keadaan kewangan dan ekonomi negara kini berada dalam keadaan yang merunsingkan

7.  Dengan pengelaman yang luas  dan keikhlasan Tun selaku Perdana Menteri dan di bantu pula oleh Tun Daim , bekas Menteri Kewangan , dan jika rakyat bersabar  segala duri dan ranjau  pasti akan dapat diatasi dan negara dan rakyat  akan maju semula seperti dahulu

8.  Itu lah yang dilakukan oleh rakyat Jepun dan Germany selepas kedua - dua negara tersebut hampir musnah semasa Perang Dunia ke 2 dahulu

9.  Kerajaan kini TERPAKSA  berhati - hati seperti

   'Menatang Minyak    
    Yang Penuh'

dalam segala tindakan bagi memulih dan membangunkan semula ekonomi rakyat dan negara

10.   Jika rakyat boleh terima hakikat  bahawa kesesakan lalu lintas dan berbagai kesulitan yang timbul ekoran pembinaan berbagai highway dan jejantas  yang memakan masa yang agak lama bagi  kelancaran dan keselesaan masa depan penduduk maka  rakyat juga harus memberi kepercayaan dan  menyokong usaha - usaha yang sedang dijalankan oleh Kerajaan

11.  'Berakit - rakit 
        Ke hulu
       'Berenang - 
        Renang 
        Kemudian ,

       'Bersakit - sakit
        Dahulu , 
        Bersenang -
        Senang 
        Kemudian'

11.  Amat  MUSTAHIL  mereka yang telah di beri amanah hanya mahu berkuasa sepenggal sahaja 

12.  KEGAGALN  KERAJAAN  PH  MENYAMPAI KAN  MAKLUMAT  BUKAN LAH  SALAH RAKYAT

13.  Gobind Singh Deo selaku Menteri Komunakasi dan Maltimedia jelas  GAGAL  membantu Kerajaan  menyampaikan  segala maklumat kepada rakyat  terutama berhubung dengan segala usaha dan tindakan Kerajaan

14.  Alasan bahawa beliau tidak ada kuasa  terhadap stesen TV dan Radio swasta dan gagal mendapat kerjasama pegawai - pegawai  Kementerian jelas membuktikan kelemahan beliau sendiri sebagai seorang Menteri yang dipertanggong jawabkan

15.  Sepatutnya beliau kerap turun padang berdailog dan menyampaikan  maklumat kepada rakyat

16.  Kelemahan dan kegagalan beliau sebagai Menteri Komunakasi dan Maltimedia menyakinkan lagi rakyat terhadap usaha Pembangkang ; sekali gus menyebabkan segala hasrat murni Perdana Menteri menjadi  sia - sia sahaja

17.  Jika beliau seorang 'Gentelman'  yang bermaruah , beliau sepatutnya mengundurkan diri atau berhenti sebagai  seorang Menteri ATAU  sekurang - kurangnya meminta ditukar kan ke Kementerian yang lebih mudah seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga hal ehwal Perpaduan dan Orang  Asli

18.  'JANGAN  MAKAN  GAJI  BUTA' -  itulah ulasan  penyokong  - penyokong  PH  dan majoriti rakyat terhadap Gobind 

19.  Kementerian Komunakasi ini yang merupakan 'front line' sepatutnya diterajui oleh seorang yang mempunyai pengelaman yang luas dan 'PR' yang baik dengan pegawai dan rakyat

20.   Mungkin atas sebab - sebab tertentu ada yang tidak bersetuju tetapi adalah dirasakan Rais Yatim yang 'kreatif' dan 'forceful' memenohi kriteria yang boleh membantu memulihkan image Kerajaan yang mula luntur

21.  Tun mempunyai 2 pilihan , samada tidak mahu mengguris hati seorang Menteri yang LEMAH dan GAGAL yang kebetulan dari DAP atau memenangi semula sokongan rakyat kepada Kerajaan PH

22.  'Sudah Kalah 
        Baru Berkubu'

       'Sudah Kecurian
        Baru Mengunci
        Pintu'

       'Jangan Selepas 
        Kuda Dah  
        Terlepas , 
        Baru Nak Tutup 
        Pintu Stabil'

23.  SEMOGA   LAGU  DENDANGAN  AHMAD  JAIS  ( Alfatihah )  
'Harapan Kecewa' TIDAK  MENJADI  KENYATAAN 

Wasallam
Terima Kasih

SEKALI LAGI KE BUKIT AMAN

SEKALI LAGI KE BUKIT AMAN Tamrin Tun Ghafar Khamis - 20/02/2020 ( 1 - 28 ) 1. Jika setahun dulu saya ke Bukit Aman ekoran arti...