Tuesday 31 August 2021

JANGAN BUNUH ANGSA YANG BERTELUR EMAS

JANGAN  BUNUH  ANGSA  YANG  BERTELUR  EMAS 

Tamrin Tun Ghafar 

Selasa - 31/08/21
( 1 -  26 )


1.   Sepatutnya hari ini rakyat  menyambut  Hari Kebangsaan  kita ke 64  dengan perasaan  bangga , dan gembira 

2.  Jalur Gemilang yang sepatutnya berkibar di pelusuk tanahair  boleh dibilang dengan jari , sebaliknya rakyat menggunakan apa saja untuk dijadikan  Bendera Putih , tanda  memerlukan bantuan 

3.   Selain dari  COVID , perlantikan  Menteri dan Timbalan Menteri  AMAT MENGHAMPAKAN  HARAPAN  RAKYAT  terhadap  Perdana Menteri  yang baru ini 

4.  Serupa dengan Mahiaddin , Ismail Sabri  LEBIH  mengutamakan  diri dari rakyat ; peluang MENGUBAH  dari yang   KERAJAAN  GAGAL  terlepas begitu saja 

5.  Sepatut nya Ismail melantik muka - muka baru  yang lebih muda dan dinamik seperti Nurul Izzah , Rafizi Ramly , Syed Saddiq , Hannah Yeoh , Yeo Bee Yin , Azlina Othman Said  dan Mukhriz Mahathir , Ashraf Wajidi dan Fahmi Fadzil sebagai contoh  menggotai Kabinet , BUKAN  'KITAR   SEMULA'  muka lama  dan pada masa sama MEMBAWA  MASUK beberapa orang penyamun dan perompak -  SEBENAR NYA  rakyat  sudah  bosan dan jemu melihat wajah dan tingkah laku  ahli - ahli politik  yang tidak berakal , dan menjerit - jerit dalam Parlimen seperti ungka 

6.   Stesen - Stesen TV seolah - olah 'mengampu' ,  berlumba - lumba  menayangkan   berita yang telah diolah menggambarkan  'kegembiran' rakyat 'menerima' perlantikan  Kabinet sedangkan hakikat  sebenar  tidak sebegitu 

7.  Sebelum dipilih lagi , melalui petisyen tanda tangan , lebih 500,000 rakyat TELAH  MENOLAK  Ismail  sebagai pengganti ; ini TIDAK  PERNAH  BERLAKU  SEBELUM  INI 

8.  Sehingga kini perlantikan  Kabinet yang dikatakan 'Kitchen Kabinet' atau 'Kabinet Dapur'  yang di penuhi dengan 'Mangkok Plastik'  yang  di 'Kitar Semula'  maseh mendapat  tentangan hebat ,  dan mungkin berterusan 

9.  Jika dulu Mahiaddin disifatkan  sebagai PM  BODOH  dan GAGAL  kini sudah kedengaran cakap - cakap bahawa Mahiaddin walaupun BODOH  tapi cerdik sedikit dari Ismail 

10.  Jika Mat Maslan , Setiausaha Agong UMNO  tidak  di lantik atas alasan Klaster Mahkamah jika di bandingkan dengan Setiausaha Agong PAS  dan  BERSATU mengapa pula Timbalan Presiden UMNO  diketepikan  begitu sahaja ; bukankah beliau BOLEH  dilantik sebagai Senator bagi jawatan Menteri ? 

11.  Apakah Peja  , Timbalan Presiden BERSATU  dan mantan MB Perak  dan Tuan Ibrahim Tuan Man , Timbalan Presiden PAS  lebih berkeliber dari Mat Hassan yang juga pernah menjawat jawatan Menteri Besar ? 

12.  MCA  yang punyai 2 orang Ahli Parlimen  diberi 5 jawatan - seorang Menteri dan 4 Timbalan Menteri 

13.  Selepas ini orang Islam khusus nya  ahli - ahli  PAS  PASTI  seronok  apabila negara ini  akan bertukar kepada Negara Islam  yang SEBENAR  ; mengapa ? 

14.  Timbalan Presiden PAS , Naib Presiden dan Setiausaha Agong  bersama 5 orang Timbalan Menteri nya DIBERI  PELUANG  KEEMASAN  melaksanakan SEGALA  tututan ALLAH  SWT  seperti  yang termaktub dalam Perlembagaan Parti tersebut 

15.  Bak kata Idris Ahmad , Naib Presiden PAS , yang baru dilantik sebagai Menteri bertanggong jawab Hal Ehwal  Agama ; beri kuasa dalam tempoh  5 hari sahaja  bukan  5 tahun negara akan menjadi  Negara Islam dalam ertikata sebenar nya jestru Umat Islam dan.ahli - ahli PAS   akan melihat kedai dan kilang - kilang arak  , begitu juga segala kedai judi dan Pusat Judi Kasino Genting akan ditutup ; disko , kelab hiburan dan rumah - rumah urut dan  maksiat PASTI  AKAN  DI HAPUSKAN  dalam masa terdekat ini 

16.  PISAU  KINI  SUDAH  BERADA  DI TANGAN - jangan sia - siakan  perjuangan PAS  selama ini 

17.  Dengan jumlah 18 orang Ahli Dewan  , Ismail TERPASA  AKUR  KEHENDAK  PAS 

18.  Jika 18 Ahli PAS  termasuk 3 Menteri dan 5 Timbalan Menteri dan seorang Duta BERTARAF  Menteri maseh  'BERSILAT' dengan  fatwa ciptaan nya maka saya yakin bukan sahaja pengundi Islam bahkan Ahli - Ahli  PAS  sendiri TIDAK  akan menyokong Parti tersebut ; ketika itu bak kata Mahiaddin PAS. adalah  Parti Ajaran Sesat atau bak kata Mat Rempit PAS  ialah  Parti Angkut Sampah 

19.  Ismail pula HANYA punyai satu peluang jika mahu terus bertahan , dan menang Pilihanraya Umum ke 15 akan datang ;  'RESET'  atau kembalikan semula negara kelandasan asal 

20.   'RESET' adalah buah fikiran murni dan ikhlas dari seorang yang enggan nama nya di dedahkan 

21.   Cara negara BOLEH  di RESET ialah Ismail MENGGUNAPAKAI  cetusan pemikiran Tun Dr. Mahathir dan melantik Tun sebagai  Pengurusi MAJLIS  PEMULIHAN  NEGARA  atau  MPN yang bertindak secara ekesutif dan MELAPUR TERUS  segala aktiviti kepada Agong dan kepada Ismail sebagai  Perdana Menteri 

22.  Ini bermakna  sekurang - kurang nya setengah masalah Kabinet dan negara seperti COVID , Ekonomi , Pelajaran dan Sosial AKAN  dipertanggong jawabkan kepada  MPN ini - dalam kata mudah Ismail dan Kabinet  boleh lah menumpukan masa dan tenaga kepada masalah lain seperti politik dan lain - lain 

23.  Jika Germany dan Jepun , dua negara yang  HANCUR  ketika Perang Dunia ke11 boleh bangkit semula malah kini yang TEMAJU di dunia , mengapa Malaysia  tidak boleh KEMBALI  sebagai The Asian Tiger  SEMULA 

24.  AMAT  TIDAK  MASUK  AKAL  jika orang yang  terbukti GAGAL mengepalai MPN  ini ;  HANYA  PENCETUS  PEMIKIRAN  ini sahaja yang punyai ramuan yang boleh menyelamatkan negara , Tun Dr. Mahathir 

25.  JANGAN LAH  BUNUH  ANGSA  YANG BERTELUR  EMAS 

26.   Kepada Mahiaddin elok lah terus bermanja dengan Nika Gee yang kini sudah pun menjanda ; jika berani  HALALKAN sahaja perhubungan sulit yang pernah dilakukan  , kerana  TIDAK  SIAPA  LAGI  AMBIL  KESAH  terhadap beliau  yang  akan dikenang  dalam  sejarah negara sebagai Perdana  Menteri  BODOH  DAN GAGAL 


Wassalam
Terima Kasih

Monday 23 August 2021

PECAT SAHAJA MAHIADDIN

PECAT SAHAJA
MAHIADDIN 

Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 03/08/21
( 1 -  21  )


1.   DEMOKRASI TELAH MATI apabila  Parlimen di tutup

2.  Bermula pada Isnin 26hb Julai  apabila satu Persidangan Khas  yang di jadualkan Bersidang selama 5 hari  iaitu sehingga Isnin 2hb Ogos 2021

3.   Sekali lagi rakyat CUBA DI TIPU konon nya Kerajaan SUDAH PUN MEMBATALKAN Ordinan tersebut berkuatkuasa  mulai Rabu 21hb Julai lagi

4.  Alhamdulillah kita bersyukur dan berterima kasih kepada Agong yang telah MENAFIKAN   penipuan tersebut

5.  Kita sudah pun agak bahawa apabila Menteri Undang - Undang akan memberi jawapan di Parlimen pada Isnin 2hb Ogos  , ia sebenarnya  pasti tidak akan berlaku

6.  Tiba - tiba sahaja Noor Hisham   mengumumkan bangunan Parlimen terpaksa ditutup kerana konon nya 2 orang telah dijangkati virus COVID?

7.  Menteri Undang - Undang pula dimasukan ke Hospital Private di Bangsar atas sebab ATAU hanya alasan konon nya sakit jantung  sedangkan  beliau boleh dihantar ke IJN  atas 2 fakta :

   i.  IJN diwujudkan khuusus  bagi merawat pesakit jantung jestru SEMUA  doktor  disana adalah PAKAR  dalam bidang tersebut

   ii.   Menteri, Kakitangan Kerajaan dan pesara  tawaran di IJN  termasuk pembedahan dan ubat - ubatan  adalah  PERCUMA  tidak seperti di hospital private yang berbayar

8.  Oleh kerana Ahli - Ahli Parlimen DISEKAT maka mereka berhimpun di Dataran Merdeka meluahkan perasaan rakyat

9.  Entah Undang - Undang atau Akta mana yang diguna pakai oleh polis yang MEMBOLEHKAN mereka  bertindak menyekat  Ahli - Ahli Parlimen  menjalankam  tugas mereka

10.  Sama - samalah kita menonton 'drama' berikutnya sama ada polis mengambil tindakan susulan terhadap  kesemua Ahli - Ahli Parlimen yang berhimpun itu termasuk Tun Dr. Mahathir  atau  mereka akan menggambil tindakan  terhadap polis dan Kerajaan  ZALIM , PENIPU  DAN  GAGAL ini

11.  Peguam Negara yang BERKUASA dan bertindak   seperti :

LEMBU DI CUCUK
HIDUNG

bolehlah mengarahkan agar mereka semua dipenjara atau diberi denda  maksima seorang

12.  Oleh kerana didapati bersalah , maka  adik Peguam Negara  yang juga Speaker Dewan  Rakyat   bolehlah MENGHARAMKAN  mereka  sehingga Parlimen dibubar

13.  Bak kata pepatah :

ALANG  - ALANG
MENYELUK  
PEKASAN  BIARLAH
KE PANGKAL  LENGAN

maka TERLEPAS LAH Mahiaddin   DARI UNDI TAK PERCAYA, dan tak perlu  lagi ugut dan   belanja  'BELI  KATAK'

14.   Mereka tidak sedar seluruh dunia memerahati gelagat KERAJAAN GAGAL ini

15.  Rakyat khusnya pengundi TIDAK SABAR menunggu hari penngundian pada PRU ke 15 akan datang

16.  Secara rambang berani dinyatakan sekurang - kurang nya 85% pengundi AKAN TOLAK BERSATU dan PAS sedangkan UMNO pula jika terus bersekongkol dengan Kerajaan Gagal ini akan menerima nasib yang sams

17.  Ahli - Ahli Parlimen UMNO maseh percaya bahawa RAKYAT  BOLEH  TERUS   DI TIPU  dengan segala janji manis mereka KONONGNYA mereka adalah  PEJUANG rakyat  ; tanpa mereka  rakyat akan kebuluran

18.  Terus terang saya katakan RAKYAT BUKAN BODOH ;  mereka  kenal siapa mereka

19.  Kini Agong dan Raja - Raja Melayu    DIHINA oleh Kerajaan PN pimpinan  Mahiaddin ini

20.  Jika  Agong dan Raja - Raja berdiam  diri  maka :

NAIK  LAGI LAH
TOCHANG   
MAHIADDIN

persoalan berikutnya

SIAPA YANG  LEBIH  BERKUASA ,
MAHIADDIN  ATAU
RAJA - RAJA ?  atau dalam kata - kata lain bukan sahaja Parlimen dimatikan BAHKAN MUNGKIN Institusi Raja Berpelembagaan pun dimusnahkan

21.   PECAT saja Mahiaddin  dalam masa terdekat ini  jika Agong dan Raja - Raja  Melayu   berazam  MENYELAMAT KAN negara dan rakyat  dan pada masa sama MENYELAMATKAN   Institusi Raja Berpelembagaan


Wassalam
Terima Kasih

RAKYAT KALAHKAN UMNO MELALUI PILIHANRAYA , UMNO KALAHKAN. RAKYAT MELALUI RAJA

'RAKYAT    
KALAHKAN  UMNO
MELALUI  
PILIHANRAYA ,
UMNO  KALAHKAN
RAKYAT  MELALUI
RAJA' 

Tamrin Tun Ghafar 

Isnin - 23/08/2021
( 1 -  22 ) 

1.  Saya tertarik dengan hantaran tulisan  yang tersebar luas, justeru saya menggunakan nya sebagai tajuk artikel kali ini 

2.  Yang sebenarnya apa yang berlaku kini ialah sikap BODOH  DAN  TAMAK Mahiaddin yang TERLALU  GILA KAN KUASA hingga SANGGUP bersekongkol dengan UMNO dan PAS yang beliau sendiri KUTUK menjelang Pilihanraya Umum lalu 

3.   Sejarah PASTI  TERUKIR Mahiaddin PM  BODOH , TAMAK  DAN  GAGAL - itulah  LEGASI beliau 

4.  NASI  SUDAH
     JADI  BUBUR 

Hanya tahniah diucapkan kepada Ismail Sabri Yaakub atas perlantikan  beliau sebagai PM 9 

5.   Telah di nyatakan dengan begitu jelas sekali beberapa PERKARA yang TERMAKTUB  dalam Perlembagaan TERMASUK SUMPAH  AGONG YANG DI LAFAZKAN NYA dalam tulisan saya : 

'HORMATI  PERLEMBAGAAN - PULANGKAN  HAK  RAKYAT' 

Khamis
19hb Ogos 2021 

6.  Parlimen TIDAK PERNAH DI BUBARKAN maka pilihan rakyat melalui proses Pilihanraya yang berlangsung pada Rabu 9hb Mei 2018 MASEH TERPAKAI , jestru soal siapa menang dan siapa kalah TELAH PUN DI PUTUSKAN oleh rakyat ketika itu 

7.  Apakah setiap Wakil Rakyat yang diarah  memilih seorang diantara mereka sebagai Perdana Menteri baru dengan cara yang dilakukan baru - baru ini oleh Agong BERTEPATAN dengan Perlembagaan  ? 

8.  Mahkamah Agong PERLU membuat SEMAKAN DAN KEPUTUSAN MUKTAMAD samada Agong mempunyai kuasa atau sebaliknya sedangkan Parlimen TIDAK PERNAH DI BUBAR - yang dilakukan beliau ialah Mengisthiarkan Darurat dan Menggantung Parlimen BUKAN membatal atau membubar Parlimen 

9.  Berdasarkan suara akar umbi  yang diputuskan di Perhimpunan Agong UMNO  ( PAU ), maka Majlis Kerja Tertinggi ( MKT ) mengarahkan SEMUA sokongan terhadap Mahiaddin dan Kerajaan PN ditarik balik serta merta 

10.  Hanya 15 orang sahaja Ahli Parlimen UMNO yang akur dan menghormati  keputusan sebulat suara dan arahan tersebut sedangkan yang lain nya TERMASUK Ismail Sabri Yaakob, Naib Presiden UMNO TIDAK  AKUR DAN TIDAK MENGHORMATI suara akar umbi melalui PAU dan arahan MKT 

11.   Ahli - Ahli UMNO BERHAK menyoal mengapa Presiden mereka berdiam diri TIDAK MENGGAMBIL sebarang tindakan disiplin seperti MENGGANTUNG KEAHLIAN terhadap Ismail Sabri yang BERSAMA Kerajaan PN pimpinan Mahiaddin sehingga ke saat akhir dan mereka yang engkar, seolah - olah kaku seperti mayat yang terbujur 

12.    Jika Ahli - Ahli UMNO menghalalkan perbuatan mereka termasuk Presiden yang  hanya bertindak untuk kepentingan diri agar terselamat dari di penjarakan maka elok lah UMNO ini diharamkan saja atau rakyat menghukum mereka pada Pilihanraya Umum akan datang 

13. BUKANKAH Ismail Sabri juga melalui UMNO adalah sebahagian dari mereka yang MELANGGAR Perlembagaan apabila bersokongkol dengan RAMPASAN KUASA yang dilakukan Mahiaddin - mereka TELAH TIDAK MENGGAMBIL KIRA pilihan rakyat iaitu MENOLAK UMNO / BN  dan MENYOKONG PH 

14.  Belum lagi angkat sumpah jawatan , hampir 500,000 rakyat telah menolak beliau ; ini tindakan yang tak pernah berlaku 

15.  Semoga Ismail Sabri dapat menangkis tuduhan konon nya Mahiaddin walaupun  BODOH DAN GAGAL tapi  cerdik sedikit dari  beliau, lagi pun beliau pernah bersama Mahiaddin dalam Kerajaan PN sebagai Menteri dan kemudiannya sebagai Timbalan Perdana Menteri ; persoalan nya TAKKAN LAH   AGONG   MELANTIK  SEORANG  YANG  TERLIBAT  DENGAN KERAJAAN  GAGAL SEBAGAI  PENGGANTI  KEPADA  PERDANA MENTERI  YANG  GAGAL walaupun beliau mendapat sokongan amat tipis 

16.  Rakyat akan lihat sejauh mana 3 perkara pokok ini dapat dibenteras :
     
      i.  Samada beliau mampu mengujudkan  Kerajaan yang stabil dan isu COVID 

    ii.  Menyelesaikan masalah ekonomi rakyat  dan negara - penganguran, harga barang keperluan yang melambung naik dan jumlah hutang negara yang terlalu tinggi 

    iii.  Kemampuan beliau meletakan semula negara kita ke tahap yang di hormati oleh negara - negara asing  

17. Selain dari TAKUT KEPADA AZAB ALLAH SWT ada 2 perkara jika dilakukan BOLEH MEMBANTU Ismail Sabri  dalam mengendalikan Pentadbiran  yang akan disokong rakyat sehingga Pilihanraya Umum kelak  : 

   i. Menggunapakai Majlis Pemulihan Negara ( MPN ) yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir dengan kuasa ekesutif; penubuhan MPN MISTI DI RESTUI YDP AGONG dan MISTI BEBAS dari politik 

ii.  Menujudkan satu Badan Khas atau Suruhanjaya Khas yang bebas  dari campurtangan politik bagi memerangi  SEGALA BENTUK penyelewengan  kuasa dan amalan rasuah; Badan atau Suruhanjaya Khas Bebas ini juga MISTI di letakan dibawah kawalan YDP Agong dengan Anggota Kekal nya terdiri dari KP Audit Negara, KP SPRM , Ketua Polis Negara, Gobenor Bank Negara dan KP LHDN 

18.  Akhir sekali bagi menentukan Kerajaan beliau ini stabil seperti yang di harapkan oleh Raja - Raja Melayu, adalah dicadangkan  Ismail melantik KESEMUA 114 Ahli Parlimen  yang menyokong beliau sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dan sekurang - kurang nya 5 diantara mereka  dilantik  sebagai Timbalan Perdana Menteri : 

   i.  Sarawak
   ii.  Sabah
   iii. UMNO
   iv.  BERSATU
   v.   PAS 

Jika perlu lantik juga Ketua Pembangkang  sebagai Menteri , dan boleh mengadakan Mesyuarat Kabinet di Stadium Negara atau dimana - mana Hotel 5 Bintang yang punyai kemudahan  - lagi pun kan Negara kita masih kaya dan mampu 

19.  HANYA DI MALAYSIA  SAHAJA  BOLEH  BERLAKU : 

    Yang  Kalah
    Jadi 
    Kerajaan
    Yang  Menang
    Jadi  
    Pembangkang 

20.  JIKA PERLEMBAGAAN TIDAK LAGI DI HORMATI MAKA CAMPAKAN SAHAJA KE DALAM LAUT 

21.  JIKA KEHENDAK AHLI DI KETEPIKAN MAKA ELOK LAH UMNO ITU DI HARAMKAN 

22.  Yang lucunya : 

UMNO  JATUHKAN  
PM  BERSATU ,
BERSATU  PULA
NAIK KAN UMNO
SEBAGAI  PM  BARU 

Perlantikan itu pula menjadi ejekan dunia apabila ianya HANYA melalui WhatsApp, e-mail, pdf dan fon; belum pernah PM dipilih cara sebegini 

MALAYSIA  BOLEH


Wassalam
Terima Kasih

Friday 20 August 2021

HORMATI PERLEMBAGAAN - PULANGKAN HAK RAKYAT

HORMATI  PERLEMBAGAAN - PULANGKAN  HAK  RAKYAT 

Tamrin Tun Ghafar 

Khamis - 19/08/21
( 1 -  24 ) 

1.   PERKARA  55 
      ( 3 ) dan ( 4 ) 

( 3 )  MELAINKAN  JIKA  DI BUBAR TERLEBIH  DAHULU , Parlimen HENDAK LAH BERJALAN    SELAMA  LIMA  TAHUN dari tarikh mesyuarat pertama nya dan selepas itu adalah terbubar 

( 4 )   APABILA  PARLIMEN  BUBAR SUATU  PILIHANRAYA  UMUM  'HENDAK LAH'  DI ADAKAN  dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia dibubar 

2.   MENGAPA  perkara pembubaran Parlimen dan Piliharaya Umum seperti yang tersebut di PERKARA  55 ( 3 )  dan  ( 4 )  BEGITU  MUSTAHAK sehingga dijadikan  sebahagian dari Perlembagaan Negara  ? 

3.   Ini MEMBUKTIKAN  RAKYAT LAH YANG  BERKUASA   namun kuasa itu di berikan kepada wakil - wakil mereka  yang digelar  WAKIL  RAKYAT yang bermusyarat dan membahas   semasa Sidang Parlimen di adakan 

4.  PERKARA  37  JADUAL KEEMPAT BAHAGIAN 1 

SUMPAH  BAGI  YANG  DI PERTUAN  AGONG 

.....dengan sebenarnya MENGAKU  AKAN  TAAT  SETIA  pada menjalankan tugas  dengan  ADIL NYA 
pemerintahan ......
MENGIKUT  sebagaimana Undang - Undang  dan perlembagaan ........dan  BERIKRAR MENGAKU  DENGAN SESUNGGUH  DAN  SEBENAR NYA  MEMELIHARA
PADA SETIAP  MASA  AGAMA ISLAM DAN  BERDIRI  TETAP  DI ATAS  PERLEMBAGAAN  YANG  ADIL DAN  AMAN 

5.  SUMPAH  yang di lafazkan oleh Agong  di mulakan dengan menyebut nama  ALLAH  SWT : 

        WALLAHI
        WABILLAHI
        WATALLAHI 

6.  Pilihanraya Umum  telah  diadakan pada hari Rabu 9hb Mei 2018  DAN  mulai tarikh tersebut  Parlimen  TIDAK  PERNAH  DIBUBARKAN 

7.  Yang berlaku dan dilakukan ialah  PENGANTUNGAN  parlimen  dan Darurat  BUKAN  dibubarkan , maka itu lah sebabnya  Piliharaya Umum yang baru  TIDAK  di adakan 

8.   Agong  , sepertimana SUMPAH NYA  SEPATUT NYA  MEMULANGKAN  KEMBALI  HAK RAKYAT  yang  telah  diputuskan mereka  dalam Pilihanraya Umum ke 14 yang diadakan pada 9hb Mei 2018 itu 

9.  Dunia tahu keputusan Piliharaya Umum tersebut telah MENOLAK  UMNO/BN  dan memberi kuasa kepada Pakatan Harapan ( PH )  selagi mana Parlimen tidak dibubarkan 

10.  Berlandaskan kepada Perlembagaan  dan Sumpah Agong maka  dikhuatiri apa yang dilakukan kini  seolah - olah Perlembagaan Negara  telah tidak terpakai dan di hormati lagi 

11.  Jika ramalan  yang mengatakan  UMNO / BN  mendahului  majoriti pengundian dikalangan Wakil - Wakil Rakyat itu betul walaupun tipis  maka Agong TERPAKSA  AKUR  keputusan tersebut  , namun ia HANYA  ramalan sahaja 

12.  Kita jangan lupa  SCHEME  OF  THINGS  yang dilaksanaan Mahiaddin dimana  Wakil - Wakil Rakyat  TELAH  termakan budi samada menujudkan Kabinet yang terbesar di dunia mahupun  di kabuni oleh jawatan dalam GLC 

13.   Jangan lupa juga  jumlah  Wakil Rakyat  yang telah MELOMPAT  Parti seperti  KATAK 

14.   Kekusutan ini berlaku  apabila Agong  melantik Mahiaddin  yang dari awal lagi TIDAK  ADA  MAJORITI  sokongan 

15.  Kekusutan  berterusan  apabila Agong  MENDENGAR   NASIHAT dari seorang Perdana Menteri yang TAKUT  di uji ke absahan nya dengan Mengisthiarkan Darurat dan Menggantung Parlimen  KONON NYA  bagi  menangani  wabak COVID 

16.  Kesudahan nya , sejak setahun yang lepas lebih 1 juta di jangkati kuman  tersebut dengan angka kematian melebihi  10,000  dan yang bunuh diri  lebih 1500 

17.  Apakah  perbuatan curang  dilakukan  diatas  nyawa yang hilang ? dengan  pembelian ubat vaksin ? 

18.  TERUS TERANG  DI NYATAKAN   TIDAKAN  mengisthiarkan Darurat dan Menggantung Parlimen  adalah  satu KESILIPAN  BESAR 

19.  Di harap   Agong kali ini TIDAK  LAGI  MELAKUKAN   kesilipan  seperti yang telah berlaku 

20.  PULANGKAN   SEMULA  HAK  RAKYAT seperti yang telah dilakukan pada hari Rabu 9hb Mei 2018 , asalkan  TIDAK  ADA  LAGI  RAMPASAN  KUASA  seperti yang dilakukan Mahiaddin , Hamzah dan SEMBURIT 

21.  Rakyat sudah terlalu menderita dan ekonomi negara   terlalu teruk akibat KEBODOHAN  dan KEGAGALAN   Kerajaan PN  pimpinan  Mahiaddin 

22.   Yakinlah  jika Perlembagaan 
di hormati  dengan MEMULANGKAN  SEMULA  HAK  RAKYAT ,  Kerajaan PH  BOLEH Menyelesaikan  kekusutan tersebut  dengan Tun Dr. Mahathir yang kaya dengan berbagai pengelaman  di beri tugas  khas melalui MAJLIS   PEMULIHAN  NEGARA  atau MPN 

23.  BIARLAH 
       YANG
       MENANG
       TERUS
       MEMERINTAH 

24.  JIKA  HAK RAKYAT  TIDAK  DI AMBIL KIRA  MAKA  ADALAH  LEBIH  BAIK PILIHANRAYA  DI TIADAKAN LAGI  , ini  boleh juga menyelamatkan wang negara


Wassalam
Terima Kasih

Sunday 15 August 2021

DI MANA AGONG

DI  MANA  AGONG 

Tamrin Tun Ghafar 

Sabtu - 14/08/2021
( 1 -  27 )


1.  PERKARA 43 (4) Perlembagaan adalah  BEGITU JELAS SEKALI : 

'Jika Perdana Menteri TIDAK LAGI MENDAPAT  KEPERCAYAAN MAJORITI ahli Dewan Rakyat , maka Perdana Menteri HENDAKLAH  MELETAK JAWATAN melainkan jika atas permintaan nya Parlimen dibubarkan oleh Yang Di Pertuan Agong 

2.  PERKARA  40 (2)
( a )  dan  ( b ) 

Yang Di pertuan Agong BOLEH BERTINDAK  MENURUT BUDI BICARA NYA pada MELAKSANAKAN FUNGSI NYA 

( a )  melantik seorang Perdana Menteri 

( b )  TIDAK memperkenankan permintaan bagi PEMBUBARAN Parlimen 

3.  PERKARA 43 (2)( a ) 

Yang Di Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang ahli Dewan Rakyat  swbagai Perdana Menteri PADA HEMAT NYA  MUNGKIN MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI ahli Dewan Rakyat 

4.   Dizaman Kerajaan PH bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir, Sultan Perak ketika itu melantik Zamri Kadir ( UMNO ) menggantikan Nizar Jamaluddin DI LUAR DEWAN; semasa Kerajaan PN pimpinan Mahiaddin kita menyaksikan pertukaran Kerajaan juga dilakukan DI LUAR DEWAN iaitu di Kedah dan Johor 

5.  Jika Perak, Kedah dan Johor BOLEH DAN  TELAH menukar Kerajaan TANPA MELALUI  proses UNDI TAK PERCAYA DALAM DEWAN  maka TIDAK ADA SEBAB mengapa Agong mahu melakukan DALAM DEWAN tidak seperti 3 negeri tersebut - SEBAB NYA  HANYA BELIAU DAN ALLAH SWT saja yang tahu 

6.  Mungkin ada yang sudah lupa namun ramai yang masih ingat kata - kata beliau pada awal PENGKHIANATAN  dulu: 

i.  'Saya TIDAK BERMINAT jawatan tersebut ( Perdana Menteri ) tapi terpaksa menyelamatkan keadaan' 

ii.  'Walaupun TIDAK MENDAPAT SOKONGAN namun saya lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara' 

7.  Jika dikaji dan diperhalusi apakah kata - kata dan janji beliau boleh dipercayai? 

8.  Kini UMNO dan KESEMUA Parti - Parti  Pembangkang berjumlah 120 dari 220 ahli Dewan Rakyat TELAH pun memberi notis kepada YDP Agong bahawa mereka TIDAK MENYOKONG  Mahiaddin dan Kerajaan PN 

9.  Yang menjadi tanda tanya, jika pada awal lagi TAK BERMINAT, mengapa bermatian sehingga kehari ini berpaut kepada jawatan tersebut dengan cuba menyogok  Ahli - Ahli Parlimen 

10.  BUKAN KAH beliau secara terangan MELANGGAR PERKARA 43 (4) 

11.  Sejak setahun 5 bulan yang lepas angka positif COVID sudah melebihi 1 juta, jumlah kematian lebih 10,000 dan yang bunuh diri lebih 2000 orang 

12.  Jumlah pengganguran akibat penutupan kilang dan perniagaan kira - kira 1 juta, ini tidak termasuk begitu ramai graduan yang menggangur 

13.   Inikah YANG TERBAIK untuk rakyat?  seperti janji beliau pada awal PENGKHIANATAN dulu 

14.  Daripada pencapaian ekonomi kita  bawah 4% bawah 0, tiba - tiba beberapa hari lepas beliau mengumumkan peratus GDP  negara kini sudah mencecah 16.7%, angka yang tertinggi sekali dalam dunia; sama ada beliau dan Zafrul ni BODOH DAN BANGAI  atau pun angka ini turun dari Bulan atau dari mana - mana Planet 

15.   Rakyat kini TIDAK PEDULI apa angka sekali pun yang dihidangkan; yang PENTING  rakyat  mahu penyelesain ekonomi mereka  jangka pendek dan panjang  

16.  Rakyat sudah penat dan muak dengan segala janji Mahiaddin dan Kerajaan PN TAPI  KOSONG 

17.   RAKYAT BUKAN BODOH seperti yang dianggapkan; walaupun setiap Bahagian dan Wakil Rakyat telah diberi sumbagan wang  beratus ribu ringgit dan projek TAPI BERANI SAYA KATAKAN pada PRU 15 ini Parti BERSATU PASTI akan kalah disemua Kerusi yang dipertandingkan, ini termasuk Parlimen Pagoh dan DUN Bukit Gambir 

18.   TIDAK MUSTAHIL bahang nya akan dirasai juga oleh mana - mana Parti  yang bersubahat dengan nya TERMASUK Wakil - Wakil Rakyat UMNO yang SANGGUP TIDAK  MENGHORMATI keputusan sebulat suara akar umbi semata - mata gilakan jawatan, pendapatan dan kemudahan seperti Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kanan dan seterusnya 

19.  JKOM buat lah propaganda apa pun namun Mahiaddin AKAN kecundang pada Sidang Parlimen nanti 

20.  Soalnya sekarang MENGAPA Agong TIDAK bertindak tegas MEMECAT Mahiaddin mengikut PERKARA 43 ( 4 ) 

21.   Sepatutnya beliau menghadapi cabaran dan dugaan sebegini dari menjauhkan diri di Istana Rakyat di Kuantan atau Pekan, dan katanya sedang berihat di Cameron Highland  pulak 

22.  Sementara tiada di Kuala Lumpur, Mahiaddin pula bermaharajalela sehingga sudah kedengaran ayat 'SIAPA RAJA' 

23.  Demi rakyat yang sengsara dan negara, Agong tidak boleh tidak WAJIB menggunakan kuasa yang ada MEMECAT Mahiaddin serta merta; TAK PERLU tunggu undi TAK  PERCAYA di dalam Parlimen yang TIDAK MUSTAHIL di tangguhkan seperti yang PERNAH dilakukan pada Isnin 6hb Ogos 2021 atas alasan Kluster Parlimen dan sebagainya 

24.  Agong AKAN MELAKUKAN kesilipan besar sekali lagi JIKA MASIH PERCAYA pembohongan Mahiaddin 

25.  Arwah Azman Attar ( Al-fatihah ) semasa berucap di Perhimpunan Agung UMNO: 

  'IF  YOU HAVE 
   THE  POWER
   BE  POWERFUL
   OTHERWISE 
   YOU ARE A 
   BLOODY  FOOL' 

26.  Diatas PEMBOHONGAN DEMI PEMBOHONGAN terhadap Agong dan Raja - Raja Melayu, dan KEDEGILAN beliau  MELETAK JAWATAN secara terhormat, Agong TIADA PILIHAN LAIN melainkan mengarahkan polis dan tentera TANGKAP SAJA beliau; ini akan menjadi pelajaran kepada mana - mana pemimpin akan datang 

27.   SELEPAS ITU AGONG MELANTIK KERAJAAN SEMENTARA atau INTERIM  GOVERNMENT DI KALANGAN AHLI PARLIMEN YANG SUDAH TERBUKTI DENGAN MEMPUNYAI PENGELAMAN LUAS MENYELESAIKAN BERBAGAI MASALAH YANG NEGARA PERNAH HADAPI DI SATU KETIKA DAHULU DENGAN CEKAP DAN BIJAK - Rakyat akan pilih siapa yang mereka yakin ketika Pilihanraya Umum ke15nanti


Wassalam
Terima Kasih

Wednesday 11 August 2021

TINDAKAN TERDESAK

TINDAKAN  TERDESAK

Tamrin Tun Ghafar

Rabu - 11/08/2021
( 1 - 28 )


1.   Apabila 14 Ahli Parlimen UMNO dan 106 Pembangkang lain dari beberapa Parti  memaklumkan kepada  Agong  pendirian mereka TIDAK MENYOKONG Mahiaddin maka kesangnya Kerajaan PN pimpinan  Mahiaddin  dengan sendirinya gugur serta merta

2.  Pengesahan ini juga MEMBUKTIKAN DARI AWAL lagi Mahiaddin semangnya TIDAK CUKUP SOKONGAN namum telah berjaya MENYAKINKAN Agong - itulah PENIPUAN pertama beliau pada Agong

3.  Pada Isnin 26hb Julai sekali lagi PENIPUAN dilakukan apabila Menteri Undang - Undang memberitahu  Parlimen berkuatkuasa Rabu 21hb Julai 2021  Kerajaan PN TELAH MEMBATALKAN  Ordinan Darurat 

4.  Pengumuman yang dilakukan itu MENYEBABKAN Agong terpaksa buat bantahan secara resmi

5.  Tatkala bertemu Agong baru - baru ini SEKALI LAGI beliau MENIPU Agong  konon nya beliau sudah ada majoriti jestru minta persetujuan  untuk melakukan UNDI PERCAYA terhadap beliau dalam Sidang Parlimen September ini

6.   Sudah dijangka, itu adalah satu helah agar beliau punyai masa 'BELI' sokongan

7.  Baru - baru ini negara di gemparkan  dengan  2 pendedahan  :

    i.  4 Ahli Parlimen   DAP menerima tawaran  lumayan ASALKAN mereka bersetuju MEMYOKONG  Mahiaddin; ada yang ditawarkan sehingga RM30 juta dan jawatan Menteri dan lain - lain lagi

   ii.  Pakatan Harapan ( PH ) TERPAKSA mengeluarkan  Kenyataan Resmi  apabila ada beberapa Ahli Parlimen PKR MENERIMA TAWARAN serupa 

8.  Bagi MENGELAK identiti mereka dikesan, mereka menghantar tawaran melalui sms menggunakan  nombor talipon yang tak tahu siapa Tuannya

9.  Oleh kerana berpegang pada PRINSIP PERJUANGAN, Syed Saddiq dari Parti MUDA dihadapakan di Mahkamah diatas beberapa tuduhan  

10.  Walaupun SPRM sudah mula bertindak dengan memanggil Ahli - Ahli Parlimen DAP tersebut tetapi umum sudah boleh jangka apakah KONKLUSI nya

11.  Apabila Ahli - Ahli Parlimen UMNO dan Pembangkang memaklumkan kepada Agong secara resmi PENDIRIAN mereka maka segala usaha Mahiaddin dan panglima - panglima nya bagi MEMBELI SOKONGAN MENJADI SIA - SIA sahaja

12.   Tindakan Mahiaddin ini umpama menangkap ikan dalam sawah; ikan tambahan tak dapat sedangkan ikan 
yang ada bertaburan lari akibat kepungan pecah

13.  Mengikut sumber yang sedang  berlegar,  Mahiaddin melalui Ismail Sabri  Timbalan PM yang baru dilantik yang juga kebetulan Naib Presiden UMNO, Hamzah dan Adnan Mansor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa Ketua - Ketua Bahagian UMNO, Pemuda dan Wanita 

14.  Perjumpaan itu bagi memberi sokongan kepada Mahiaddin  melalui kenyataan - kenyataan terbuka, dan cuba membuat usul baru jika Perhimpunan Agong Khas UMNO dapat dilaksanakan

15.   Samada sah atau sebaliknya  setiap Ketua Bahagian yang hadir TELAH DI BERI saguhati atau bantuan perihatin  sebanyak RM100, 000 seorang, Pemuda RM30,000 dan Wanita RM20,000 seorang

16.  Jika kita maseh ingat, kenyataan Mahiaddin disatu ketika dahulu, UMNO ialah PEROMPAK dan PAS, yang kononnya memperjuangkan Islam kini MENYOKONG PEROMPAK, Islam apa ini?  Tanya beliau

17.  PAS   BUKAN  PARTI  ISLAM  TAPI  PAS  IALAH  PARTI  AJARAN  SESAT ( PAS ) 

18.  Sesiapa ikut atau kerjasama dengan PAS maka orang itu SESAT - ini bermakna beliau sendiri  SESAT dan sesiapa sokong atau berkawan dengan orang sesat maka SESAT LAH orang itu juga, ini termasuk Menteri - Menteri, Timbalan dan Ahli - Ahli Parlimen UMNO yang terus MENYOKONG  beliau

19.  Tak tahu lah kedudukan Agong kini, adakah maseh menyokong Mahiaddin yang SESAT?

20.  Agong, JIKA HENDAK, BOLEH menggunakan pendekatan yang dilakukan oleh Almarhum Sultan Perak dahulu ( JIKA  HENDAK ), apatah lah 3 PENIPUAN ketara yang telah dilakukan terhadap  Baginda oleh Mahiaddin 

21.  TUNGGU  APA  LAGI ?  

22.   SEJAK RAMPASAN KUASA, DAN  SEJAK  AGONG  BERSETUJU  MELANTIK  BELIAU  SEBAGAI PM  DAN  SETELAH  BERSETUJU  DARURAT DAN PENGGANTUNGAN  PARLIMEN  DI LAKSANAKAN sudah lebih 1 juta rakyat di jangkati kuman COVID,  lebih 10, 000 nyawa hilang dan lebih 1500 rakyat gantung diri; inikah jenis Kerajaan yang Agong rela punyai ?

23.   MUSTAHIL Agong dan Raja - Raja Melayu tak nampak atau tak tahu rata - rata rakyat susah, menderita, harga keperluan barang dapur terus meningkat naik, banyak perniagaan dan perusahan bungkus menyebabkan pengganguran yang menghampiri 1 juta dan terlalu ramai graduan maseh mencari kerja

24.   Yang Mahiaddin tahu hanya BACA DOA, PERUTUSAN KHAS DAN KURUNG RAKYAT sedangkan  mereka berseronokan dengan gaji dan allowance besar  dan segala faedah dan kemudahan

25.   JIKA  MAHIADDIN  TIDAK  PEDULI   ARAHAN  AGONG  DAN  RAJA - RAJA  MELAYU   MAKA  TIDAK ADA SEBAB  AGONG  TAKUT  BERTINDAK MEMECAT  BELIAU   YANG  SAHIH  TIDAK ADA  SOKONGAN MAJORITI  WAKIL RAKYAT

26.  Seperti yang telah diperkatakan dalam tulisan saya 'MENGAPA  SEPTEMBER' Agong dan Raja - Raja Melayu pilih lah samada mahu terus mengutamakan Mahiaddin seorang ATAU beri keutamaan kepada 32 juta rakyat yang sebahagian besarnya sedang menitis air mata  kesusahan, dan yang  menunggu PEMECATAN MAHIADDIN dilakukan  SERTA MERTA

27.   Rakyat SUDAH bosan,  muak dan jijik  dengan permainan politik justeru Agong FIKIRKAN LAH  YANG TERBAIK untuk masa hadapan rakyat dan negara

HARAP  DAPAT  DI KONGSIKAN  SELUAS - LUAS NYA

28.  Ada 3 pilihan bagi Mahiaddin :

 i.  berhenti  secara
     terhormat

ATAU

ii.  merupakan PM pertama dibuang oleh Parlimen melalui  UNDI  PERCAYA  ATAU  TIDAK  PERCAYA

ATAU

  iii.  PM pertama dipecat oleh Agong  

TEPUK  DADA  TANYA  SELERA


Wassalam
Terima Kasih

Sunday 8 August 2021

MENGAPA SEPTEMBER?

MENGAPA  SEPTEMBER? 

Tamrin Tun Ghafar 

Ahad - 08/08/2021
(  1 -  29  )



1.   JIKA Agong memilih Mahiaddin  berdasarkan kepercayaan bahawa ketika itu beliau sudah mempunyai sokongan majoriti Ahli - Ahli Dewan Rakyat maka mengapa  Agong TIDAK MENGARAHKAN UNDI PERCAYA DI  LAKUKAN serta merta terhadapnya? 

2.  HANYA 12 hari selepas  dipilih oleh MKT , Hussein Onn ( Tun - Alfatihah )  memanggil Sidang Parlimen  Khas bagi mendapatkan sokongan Wakil Rakyat. 

3.  Abdullah Ahmad  Badawi atau Pak Lah pula telah  mendapat  sokongan majoriti  Parlimen  HANYA  3 hari  selepas menggantikan Dr. Mahathir yang melepaskan  jawatan  Perdana Menteri  selepas 22  tahun memerintah. 

4.  Hussein Onn dan Abdullah  Badawi  TELAH  MENUNJUKKAN  SIKAP Gentelmen dan berani  mereka. 

5.  Sudah setahun 5 bulan  iaitu mulai tarikh beliau Angkat Sumpah Jawatan  di hadapan Agong pada 1hb Mac 2020  sampai ke hari ini  beliau masih berdolak dalih  mengelakkan Undi percaya atau  Tidak Percaya terhadap  beliau - MENGAPA??? 

6.  SEBENARNYA beliau takut rahsia  beliau  MENIPU Agong dan rakyat TERBONGKAR -  beliau seboleh - bolehnya tidak mahu digelar  'PM PENIPU'. 

7.  Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri, Menteri, Timbalan dan Pengurusi - Pengurusi  GLC, walaupun tahu Mahiaddin ini TIDAK  CERDIK dan MENIPU namun demi  kepentingan diri dan keluarga mereka  TERPAKSA TELAN semua itu. 

8.  Ada diantara mereka yang sanggup MELANGGAR keputusan Parti dan sanggup menggambil risiko dipecat dan sebagainya. 

9.  Baru rakyat khasnya pengundi Bera tahu  bahawa Wakil Rakyat yang mereka pilih  selama ini HANYA MENGUTAMAKAN DIRI  DAN KELUARGA - peduli apa rakyat kata!! 

10.  SIAPA NAK BAYAR GAJI, ALLOWANCE YANG BERJUMLAH BERPULUH RIBU  SEBULAN DAN SEGALA KEMUDAHAN JIKA  MEREKA BERHENTI? -  itu persoalan dan jawapan sebenar. 

11.  Biar lebih sejuta rakyat dijangkati virus COVID, biar lebih 10 ribu mati akibatnya dan biar hampir 2 ribu bunuh diri dan biar rakyat  derita kebuluran dan biar kereta dijadikan  tempat tinggal mereka yang tak mampu  menyara hidup - yang penting bagi mereka   'AKU PERDANA MENTERI , TIMBALAN, MENTERI dan PENGURUSI GLC; yang penting keluarga aku boleh kesana kesini dengan kereta mewah dan pemandu dan anak - anak pula boleh tayang kereta sport - itu yang aku peduli dan kisah!! 

12.  Sesekali majoriti rakyat diberi 'bantuan makanan dan ada yang menghulur wang ringgit walaupun boleh digunakan sehari dua sahaja, dan ada yang mengambil kesempatan MENAMPAL wajah mereka  dikotak dan barang - barang yang diberi seperti pepatah 

MENIMBA DI AIR YANG KERUH 

13.   Rakyat sudah celik, mereka tahu  memilih dan menggunakan kuasa apabila sampainya Pilihanraya Umum nanti. 

14.  Mereka BUKAN BODOH DAN TIDAK  BOLEH DITIPU lagi oleh mereka yang MELOMPAT dan MENGINGKARI Parti seperti SEMBURIT dan konco - konconya yang lompat dari PKR, Hamzah Zainuddin dan pengikut - pengikutnya dan yang terbaru Ismail Sabri , Naib Presiden UMNO, Hisham ( anak Tun Hussein ), Khairy Jamaluddin ( menantu Pak Lah ), Salim dan Jalal dan ramai lagi yang SANGGUP MENDERHAKA kepada Parti  HANYA disebabkan duit dan kemudahan yang dinikmati - bagi mereka kesusahan rakyat  adalah perkara kedua. 

15.   Mahiaddin dan beberapa orang Menteri  sanggup menentang Agong dan Raja - Raja Melayu asalkan beliau boleh terus berkuasa - untuk apa? Itu bak kata pepatah : 

    TEPUK  DADA
    TANYA  SELERA 

tapi mereka MESTI  INGAT  : 

     SEPANDAI 
     PANDAI TUPAI
     MELOMPAT
     PASTI  AKAN
     JATUH
     KE TANAH JUA 

16.   Kalau dulu kedudukan Mahiaddin seperti : 

     NYAWA  
     DI HUJUNG
     TANDUK 

tapi kini nyawa beliau umpama : 

     NYAWA  
     DI HUJUNG
     PEDANG 

atau dalam kata lain  seperti 

     NYAWA - NYAWA
     IKAN  sahaja 

sebenarnya kain kafan sudah pun disediakan 

17.   Apakah mereka tidak tahu atau sama bodoh seperti Mahiaddin, apabila Mahiaddin jatuh maka seluruh Menteri, Timbalan dan Pengurusi GLC akan turut sama , dan TIDAK  MUSTAHIL  'RIVER  OF  BAMBOO' atau  Penjara Sungai Buluh menanti kehadiran sesetengah mereka kelak. 

18.  TUJUAN UTAMA cadangan kepada Agong melakukan UNDI PERCAYA bulan September ini ialah bagi memberi masa untuk beliau  memperolehi sokongan secukupnya justeru  segala usaha seperti ugutan oleh beberapa agensi pasti digunakan sepenuhnya, dalam masa sama tawar menawar berlangsung; yang pasti HARGA KATAK walaupun berada didalam longkang akan naik 

19.  Baru - baru ini 3 orang MP dari Parti DAP  ditawarkan RM30 juta seorang, jawatan Menteri jika mereka sanggup lompat sokong Mahiaddin; ini bukti berapa tenat dan paniknya Mahiaddin 

20.  TIDAK HAIRAN jika tiba - tiba Tan Sri Noor Hisham juga berubah wajah - dari Pegawai yang disanjung ramai disatu ketika dahulu  kepada seekor : 

    LEMBU  DI 
    CUCUK  HIDUNG 

21.  Tiba - tiba seminggu dua sebelum Bersidang 50 orang Wakil Rakyat dan Kakitangan Parlimen disahkan pembawa kuman COVID maka  Parlimen sekali lagi tidak boleh Bersidang. 

22.   Itulah taktik yang digunakan Mahiaddin bagi terus berkuasa sehingga PRU nanti, dan seperti berbagai dakwaan mungkin boleh melakukan rompakan demi rompakan. 

23. Bukan sahaja polis dan agensi lain digunakan malah tidak ketinggalan  Khutbah Jumaat  pun dilibatkan juga. 

24.  Hampir setiap waktu TV dan Radio  menyiarkan propaganda sama ada MEMUJI Kerajaan mahupun MENYALAHKAN Parti - Parti Pembangkang. 

25.   Azhar Harun, Speaker Dewan Rakyat dan abang beliau, Idrus Harun, Peguam Negara, tak ubah seperti khadam yang hanya bertindak mengikut arahan Tuannya sahaja. 

26.  Kita akan menyenaraikan nama - nama Wakil Rakyat UMNO dan katak - katak lain yang telah MENDERHAKA pada pengundi mereka. 

27.  LAKUKAN APA SAHAJA DEMI MENYELAMATKAN NEGARA DAN RAKYAT. 

28.  Terserahlah kepada Agong dan Raja - Raja Melayu menilai yang mana perlu diutamakan, Mahiaddin seorang atau 32 juta rakyat. 

29.  HANYA  QURAN SAHAJA YANG TIDAK BOLEH DIUBAH SUAI DAN DIPINDA, YANG  LAIN ADALAH CIPTAAN MANUSIA.


Wassalam
Terima Kasih

Sunday 1 August 2021

SULTAN BUKAN TUHAN

SULTAN  BUKAN  TUHAN

Tamrin Tun Ghafar
Isnin 05/03/18
(1-36)

1. “Jika you batalkan juga  pindaan ini , saya akan tentang you habis-habisan. You tahu kan negara ini hak siapa . Yes, hak rakyat , bukan hak mereka. 

2. “Mereka ini kena patuh Perlembagaan dan undang-undang . Mereka bukan Raja Mutlak  saperti  Raja-Raja Arab . Rakyat yang meletakkan mereka di situ”.

3. Saya tersentak melihat wajah serius dan kata-kata tegas ayah saya, Pak Ghafar ( arwah  Tun )  apabila Dr. Mahathir ( Tun ) menelefon beliau memaklumkan hasratnya tidak mahu meneruskan cadangan meminda Perlembagaan Negara berhubung kuasa Raja-Raja.

4. Ketika itu Pak Ghafar ialah Pengerusi Kompleks Kewangan yang juga salah seorang Naib Presiden UMNO.

5. Pak Ghafar minta saya rahsiakan perkara ini kerana tidak mahu rakyat hilang keyakinan terhadap Dr. Mahathir.

6. Arwah pernah juga memberitahu saya sebab-sebab beliau enggan menerima Bintang-Bintang Kebesaran atas alasan beliau tidak mahu tangan beliau terikat andainya jika berlaku pertikian diantara rakyat dengan Raja.
Katanya lagi mungkin satu hari nanti  anak-anak Raja yang tak senang dengan kita , mereka akan sewenang-wenangnya tarik balik pingat yang diberi oleh bapa mereka kepada kita  . Lagi pun, sambung beliau, itu semua (Pingat dan Gelaran) bukan boleh membantu  kita di dalam kubur nanti.

7. Ayahanda Tun Ghafar  meninggal pada 23hb April 2006 pada umur 81 tahun. ALFATIHAH.

8. Rahsia ini terpaksa saya kongsikan bersama kerana kebelakangan ini saya lihat ada di kalangan Raja-Raja sama ada mungkin terlupa atau tidak tahu punca mengapa dua kali Perlembagaan Negara  TERPAKSA  dipinda, justeri mereka terus berdendam dan menyalahkan Tun Dr. Mahathir seolah-olah  beliau sesuka hati dan beria-ia sangat yang mahu kedua dua Perkara dalam Perlembagaan itu dipinda.

9. Perlu saya berterus terang selepas meninggalkan UMNO dan PAS dan Deklarasi Rakyat yang dipimpin sendiri oleh Tun Mahathir, saya tidak lagi menganggotai mana-mana parti politik mahu pun NGO.
Perkara ini pernah saya maklumkan juga kepada YAB Datuk Seri Najib sendiri.

10. Saya lebih senang begini, memberi pandangan dan teguran2 secara bebas.

11. Terserahlah kepada sesiapa membuat andaian dan interpretasi terhadap tulisan-tulisan saya.

Kita semua bukan maksum. Tegur menegur dan ingat mengingat adalah amalan baik yang dituntut oleh agama.

12. Niat saya hanya
mahu melihat negara kita terus maju dan dihormati oleh dunia dan rakyat hidup aman damai tanpa kira kaum dan agama.

13. Setelah berbincang beberapa kali, akhirnya pada 1hb Ogos 1983, Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu telah membentangkan usul meminda Perkara 66 Perlembagaan Negara.

14. Walaupun Parlimen telah meluluskan Pindaan tersebut tetapi Raja-Raja masih enggan memberi persetujuan kerana mengikut Perkara 38 ( 4 ) 2  Raja-Raja MESTI   bersetuju dengan mana-mana pindaan Perlembagaan yang ada kaitan dengan kedudukan mereka.


15. Rakyat jelata mula marah diatas keenganan Raja-Raja memberi persetujuan. Perhimpunan demi perhimpunan membantah sikap Raja-Raja telah diadakan.

16. Segala rahsia dan kelemahan Raja-Raja dan keluarga mereka ditelanjangkan. Terdapat juga suara-suara dan cadangan yang ekstrim  disuarakan. Itulah perasaan rakyat terhadap Raja-Raja ketika itu.

17. Di sini Dr.Mahathir telah berjaya mententeramkan   keadaan, jika tidak, mungkin  hari ini tidak ada lagi Raja-Raja seperti yang pernah berlaku pada  Negeri  Melaka sejak tahun 1699 iaitu kira-kira  320 tahun dahulu atau yang pernah berlaku di negara-negara Eropah suatu masa dulu.

18. Bagi mengatasi kemelut itu, Majlis Tertinggi UMNO telah melantik Pak Ghafar mengetuai rombongan UMNO bagi berbincang dengan kesemua Raja-Raja. Ia berlangsung di Istana Kayangan , Selangor. Turut dalam rombongan itu ialah Datuk Harun Idris ( bekas MB Selangor ), Datuk Kamaruddin Md. Isa ( bekas MB Perak ), Datuk Mustapha Jabar ( Setiausaha Agung ) dan Puan Marina Yusoff.

Raja-Raja pula dibantu oleh Raja Aziz Addrause, seorang pakar undang-undang yang terkenal.

19. Akhirnya mereka (Raja-Raj dan peguam  mereka) bersetuju dengan hujah Pak Ghafar bahawa TIDAK ADA terdapat mana-mana perkara  dalam Perlembagaan yang mengatakan Raja-Raja  berhak atau punyai kuasa menolak mana-mana Bill yang diluluskan oleh Parlimen, justeru  mereka ( Raja2 ) BERSETUJU dengan Pindaan Perkara 66 Perlembagaan itu.

20. TIDAK  ADA  RAJA  JIKA  TIDAK  ADA  RAKYAT kerana  rakyatlah
yang mengangkat seseorang itu menjadi Raja.

21. Saya pernah dengar  cakap-cakap  kononnya  ada terdapat  amalan di mana Raja-Raja  perlu meneliti dan meluluskan senarai calon dari parti memerintah sama ada sipolan-sipolan itu boleh bertanding atau sebaliknya . Begitu juga kononnya sama ada sesorang itu boleh dilantik sebagai EXCO  atau tidak turut ditentukan oleh  Raja berkenaan.

Semua amalan ini termasuk meminta mana-nana parti yang telah mendapat kepercayaan dan mandat rakyat menghantar 3 nama kepada Raja untuk dipilih sebagai Menteri Besar dan cakap-cakap kononnya ada Raja  yang TIDAK  AKAN melantik sipolan-sipolan sebagai Ketua Pentadbir Kerajaan jika parti  yang menang tidak digemarinya - ini semua adalah amalan yang terang-terang bertentangan dengan Perlembagaan dan Undang-Undang negara.

22. Jika amalan ini berterusan , maka Pilihanraya adalah sia-sia sahaja. Lebih baik Raja lantik sahaja sesiapa yang mereka suka sebagai Bendahara ( Ketua Kerajaan ) sepertimana yang pernah dilakukan oleh Raja-Raja di zaman Kesultanan Melaka dahulu.

23. Lagi pun cuba bayangkan di mana Raja-Raja nak letakan diri jika sekiranya parti yang mereka tak minat itu mendapat sokongan majoriti rakyat bagi mentadbir Negara atau Negeri.

24. Pindaan Perlembagaan kedua berlaku apabila seorang rakyat biasa, Douglas  Gomez  dipukul dengan teruk oleh Sultan Mahmod Iskandar dari Johor. Insiden ini berlaku di Istana Johor pada 30hb November 1992.

25. Usul yang dibawa oleh Pak Ghafar dan diluluskan  pada  10hb Disember 1992  adalah bagi mewujudkan Mahkamah Khas untuk membicarakan mana-mana Raja yang melanggar Perlembagaan dan Undang-Undang. Jika didapati bersalah, hukuman keatasnya adalah mengikut undang-undang yang sedia ada.

26. Ekoran penubuhan Mahkamah Khas itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah adalah Raja yang pertama sekali diheret ke Mahkmah. Ia berlaku pada 1995.

27. Adalah  tidak ruginya jika sekiranya Raja-Raja membincangkan sesama sendiri perkara-perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Negara.

28. Raja-Raja mestilah menunjukkan contoh dan teladan yang baik yang boleh diikuti oleh rakyat jelata.

29. Anak ketam tidak akan dapat berlari betul selagi bapa ketam tidak berjalan betul terlebih dahulu.

30. Jika sekiranya mana-mana Raja merasakan mereka boleh berkhidmat lebih hebat untuk rakyat, maka jalan yang sebaik-baiknya  ialah mereka turun takhta dan bertanding dalam pilihanraya.

31. Saya masih teringat kata-kata Sultan Mahmod Iskandar  dari Johor yang berbunyi -
"AKU  BUKAN  TUHAN  YANG  PATUT  DISEMBAH"

32. Saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan fakta dalam tulisan ini.

33. Tulisan ini akan saya serahkan kepada Raja-Raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam masa terdekat ini.

34. Saya bertanggungjawab di atas tulisan ini.

35. HAK  MENGUNDI  IALAH  HAK  RAKYAT.

36. Mohon dikongsikan kepada mereka yang cintakan sistem Raja Berperlembagaan seperti yang kita amalkan sekarang.

Terima Kasih.

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...