Monday 28 November 2022

TAHNIAH ANWAR - SEMOGA PAHAT TIDAK BERBUNYI LAGI

TAHNIAH  ANWAR  !

SEMOGA  PAHAT  TIDAK  BERBUNYI  LAGI

Tamrin  Tun  Ghafar

Selasa  -  29/11/22
( 1 -  18 )


1.  SURAH  AL IMRAN
      ayat  26
      m/s   53

Katakanlah ( Muhammad )  "Wahai  Tuhanku  Pemilik  Kekuasaan ,  Engkau  Berikan  Kekuasaan  Kepada  Sesiapa  Yang  Engkau  Kehendaki ,  Dan  Engkau  Menarik  Kekuasaan  Daripada  Sesiapa Pun  Yang  Engkau  Kehendaki .  Engkau  Memuliakan  Sesiapa  Yang  Engkau  Kehendaki  Dan  Engkau  Menghinakan  Sesiapa  Yang  Engkau  Kehendaki .  Dengan  Kekuasaan  Engkau Jualah  Adanya  Segala  Kebaikan . Sesungguhnya , Engkau  Maha  Berkuasa  Atas  Segala  Sesuatu"

2.  Semua yang berlaku  adalah  ketentuan  ALLAH  SWT  ;  apa yang  diberi  adalah  yang  terbaik

3.  Kita  merancang tapi ALLAH  adalah  sebaik - baik  perancang

justeru  dengan melapangkan  dada  kita harus  terima Keputusan  Pilihanraya  dan  Pilihan  Anwar sebagai  Perdana  Menteri  ke10

4.  Rakyat  yakin Anwar  akan  melakukan  TERBAIK   untuk  negara  dan rakyat ,  jika  GAGAL  juga  seperti  Mahiaddin  dan Ismail  Sabri , pasti  rakyat  akan  menghukum  beliau  pada  Pilihanraya  ke 16  nanti

5.  Selepas  mengundi  pada hari Sabtu 19hb November dan perlantikan  beliau  oleh YDP Agong pada  hari Khamis 24hb November  Anwar, tanpa berlengah  masa  telah  mengadakan  beberapa  mesyuarat dengan  memberi tumpuan  kepada  masalah  yang  dihadapi  rakyat  selama ini

6.  Selain itu , di dalam  beberapa temuramah , beliau  bertekad menghapuskan  rasuah  yang  amat  nyata  dan keterlaluan

7.  Sikap  Anwar  mahu memperkecilkan  jumlah  Ahli Kabinet ,   mengurangkan  gaji Menteri dan beliau  sendiri  tidak  akan  mengambil gaji  dan pada masa sama tidak  membenarkan  kemewahan  seperti  mengubahsuai  pejabat  dan menggunakan  kenderaan  yang ada  juga satu langkah  yang perlu dialu - alukan

8.  Anwar  akan pasti  diberi sokongan  dengan syarat  mereka  yang  sedang  menghadapi  Perbicaraan  Mahkamah TIDAK  akan  diberi  tempat dalam Kabinet  yang  bakal  diumumkan  tidak lama lagi  -  ini  TERMASUK  Zahid Hamidi ,  Presiden UMNO  merangkap  Pengurusi  BN  yang  menyokong  beliau

9.    Biarlah  Badan Kehakiman  BEBAS  dari  campurtangan  Kerajaan ;  TIDAK  CUBA   menangguh  atau  melewatkan  Perbicaraan  samada  di Peringkat  Mahkamah  Tinggi , Mahkamah  Rayuan  mahupun di Peringkat  Mahkamah Persekutuan

10.  Banduan , TEMASUK  Najib , bekas  Perdana  Menteri   MESTI  dilayani  seperti  70,000  banduan  lain   -  dalam  ertikata  lain   TIDAK  ada  layanan seperti  telefon bimbit ,  tilam  yang lebih baik  dan  'portable'  aircond

11.  Seperti  janji  Rafizi  Ramly ,  Azam Baki  perlu  disiasat ,  begitu juga  beberapa  orang  Pegawai  Tinggi SPRM  harus  DIKELUARKAN  dari  SPRM  dalam  masa  terdekat ini  ;  mereka  tak ubah  seperti  pepatah  :

HARAPKAN  PEGAR ,
PEGAR MAKAN PADI

12.  Oleh kerana janji Anwar  mahu  MELAKUKAN  PEPERANGAN  terhadap  salahguna  kuasa  dan rasuah ,  rakyat  mahu  melihat  Mahiaddin Yasin ,  Azmin  Ali dan  ramai lagi pemimpin  yang korap  di heret kemuka Pengadilan

13.  Biarlah  mereka  dan  penyokong  menuduh  Kerajaan Anwar  zalim  atau  membalas  dendam namun  majoriti  rakyat  pasti  akan  menyokong tindakan  beliau 

14.   Kes  hubungan  seks dengan  Nika Gee yang  telah  dilapurkan  ke JAWI beserta dengan  SD  bekas suami Nika tetapi  ditutup begitu  sahaja  dan  hubungan seks luar tabaii Azmin Ali  dengan  Haziq Aziz  harus  dibuka semula  dan diambil  tindakan

15.   Anwar  jangan sesekali  : 

MENUTUP  BANGKAI
GAJAH   DENGAN
NYIRU  DAN  JANGAN  SESEKALI  MEMILH  BULU

ini  termasuklah  kawan dan  lawan , dan  jika terdapat mana Sultan atau  keluarga  yang  melakukan  kesalahan  Perlembagaan dan Undang - Undang  samada  menjual hak  negara  dan negeri  atau  TIDAK  MEMBAYAR  SEBARANG  CUKAI

ini   juga  REFORMASI   yang  diperjuangkan  oleh  PKR/PH  selama  ini

16.  Kini  bukan  lagi  masa  rakyat  tuduh  menuduh  ,  kita  harus  tumpukan masa  dan tenaga  membantu  beliau  membangunkan  semula  atau  RESET   negara kita  yang telah  dihancurkan   oleh   Mahiaddin Yasin  yang  GAGAL  dan Ismail Sabri  Yaakub  yang  lemah

17.  Jika zaman Tun Dr. Mahathir  dulu  kita dikenali  sebagai   'THE  ASIAN  TIGER' ,  dan  jika  Germany  dan  Jepun  hancur akibat  Perang Dunia ke2   mampu  bangkit  semula  dan kini  merupakan  negara  terkaya  selain China , saya yakin  jika  kita bersatu  dibawah pimpinan  beliau ,  negara  kita  juga  akan  seperti  Germany  dan  Jepun

18.   BERILAH  BELIAU  PELUANG  DAN  SOKONGAN  UNTUK  MENUJU  KEHADAPAN  


Wassalam
Terima  Kasih

Friday 18 November 2022

A B U ?

A B U ?

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat - 18/11/22
( 1 - 21 )


1. ENOUGH IS
     ENOUGH

atau ayat paling mudah difahami :

    CUKUP ,
    CUKUP LAH

2. Bak kata pepatah :

    LAIN HULU 
    LAIN PARANG
    LAIN DULU 
    LAIN SEKARANG

2. Kebimbagan Tengku Abdul Rahman semasa menyambut MERDEKA pada 31hb Ogos 1957 ialah apakah corak rakyat yang akan berlaku kemudian hari kelak

3. Pada 11hb Mei 1946 lahirlah sebuah Parti Politik Melayu apabila orang Melayu ketika itu bersatu dengan satu tujuan iaitu menuntu KEMERDEKAAN

4. Sebelum ini di Kedah terdapat sebuah Pertubuhan dengan menggunakan sengketan SARBERKAS 

5. Kini yang maseh berada bersama kita ialah Tun Mahathir yang pada peringkat awal berjuang bersama Senu Abdul Rahman melalui Pertubuhan tersebut , SARBERKAS

6. Kenapa selepas MERDEKA orang Melayu BERPECAH kepada beberapa kumpulan Politik

7. Perpecahan pertama berlaku pada tahun 1951 apabila sekumpulan 'ulamak' UMNO yang 'mabukan' jawatan keluar Parti dan menubuhkan PAS

8. Perpecahan UMNO terus berlaku kepada berbagai Parti Politik sehingga lah sekarang dengan sebab - sebab tertentu ; ia melemahkan kuasa orang Melayu itu sendiri  

9. AYAM DI KEPUK
      MATI  
      KELAPARAN
      KERA DI HUTAN
      DI SUSUKAN ;  

ini lah senario yang tidak mustahil akan menimpa nasib Bangsa Melayu diTanah Air nya sendiri jika UMNO yang ada ini meneruskan amalan jalan mudah kaya , RASUAH

10. Kira - kira 35 tahun dahulu Tun sendiri telah meramalkan dek kerana berebut kuasa untuk tujuan mengkayakan diri dan keluarga melalui jalan mudah , RASUAH , pada tahun 2020 atau awal lagi orang Melayu AKAN MENOLAK UMNO

11. Ramalan Tun telah TERBUKTI berlaku apabila pada Piliharaya ke14 yang berlangsung pada hari Rabu 9hb Mei 2018 , buat PERTAMA KALI orang Melayu menumbangkan UMNO  

12. Esok , Sabtu 19hb November 2022 , UMNO yang berkuasa melalui 'PINTU BELAKANG' atau lebih dikenali sebagai 'KERAJAAN TEBUK ATAP' setelah merampas kuasa dari Mahiaddin Yasin yang merampas kuasa dari Tun Dr. Mahathir dengan MENIKAM BELAKANG ekoran LANGKAH SHERATON akan berhadapan dengan ujian amat getir

13. Rakyat yang terlalu BOSAN dengan permainan segelintir Ahli Politik akan menentukan Parti mana yang mereka percaya mentadbirkan Negara yang telah dicemari kekotoran oleh UMNO/BN itu sendiri

14. Penyelewangan kuasa dan amalan RASUAH sudah menjadi 'darah daging' UMNO/BN ; pemimpin mereka berjuang BUKAN untuk rakyat tetapi diri sendiri

15. TANPA UMNO , YANG SANGSARA dan BANGSAT ( pinjam kata - kata Najib ) IALAH PEMIMPIN BUKAN ORANG MELAYU

16. Rakyat berasa lega dan percaya apabila PH membuat keputusan TIDAK AKAN berkerjasama dengan BN / UMNO menubuhkan Kerajaan Campuran , yang telah dicemari najis 

17. Pesan orang tua - tua :

JANGAN BUNUH ANGSA YANG BERTELURKAN   
EMAS

atau dalam bahasa Inggeris nya :

DON'T KILL THE GOOSE THAT LAYS THE GOLDEN EGG

yang bermaksud :

JANGAN MENAFI DAN MENIDAKKAN APATAH LAGI MENGHINA DAN MENCACI JASA ORANG YANG TELAH BERJASA KEPADA NEGARA

18. Pepatah ada juga menyebut :

JANGAN MENCURAH AIR 
DI TEMPAYAN
APABILA MENDENGAR
GURUH DI LANGIT

19. Terserah kepada rakyat mencorak masa depan kita dan anak cucu dengan pilihan yang di sediakan ASALKAN BUKAN UMNO atau ABU kerana UMNO/ BN TELAH TERBUKTI mereka ada lah perasuah no.1 negara tak ubah seperti : 

LAGU DAN IRAMA

ISI DAN KUKU

yang tak boleh dipisahkan

20. JANGAN TERMAKAN UMPAN YANG AKHIR NYA BERAKHIR DI KUALI JUA

21. Pesan arwah Tok Guru Nik Aziz (Al-fatihah) :

DIA BAGI KAIN ,
AMBIL
DIA BAGI DUIT ,
AMBIL 
TAPI UNDI HAK KITA , DAN SULIT

lagi pun tak pasti samada wang yang digunakan untuk 'membeli undi' tersebut halal atau pun hasil rompakan - rasuah

Wassalam
Terima Kasih

sila kongsikan tulisan ini

Tuesday 15 November 2022

SIAPA RAJA

SIAPA RAJA

Tamrin Tun Ghafar

Rabu - 16/11/2022
( 1 - 20 )


1. Pilihanraya yang bakal diadakan 3 hari lagi iaitu pada hari Sabtu 19hb November ini menyaksikan pertembungan oleh ramai calon bertanding disetiap Kawasan

2. Walaupun beberapa kali amaran telah diberi TERMASUK kepada YDP Agong oleh Pusat Kaji Cuaca yang hujan lebat yang menyebabkan banjir namun Zahid Hamidi yang mewakali UMNO/BN TETAP MAHUKAN pilihanraya umum MISTI diadakan segera SEBELUM hujung tahun ini sedangkan tempoh penggal Kerajaan hanya tinggal beberapa bulan lagi

3. Jika kita ikuti ucapan beliau ketika meresmikan Mesyuarat Tahunan Parti MIC tidak berapa lama dulu Zahid secara terbuka MENGESAHKAN beberapa pemimpin BN termasuk diri beliau sendiri yang menghadari Majlis tersebut terlibat dengan amalan rasuah

4. Tidakan Zahid mengingatkan kepada peristiwa Pan El Berhad dimana Tan Koon Swan percaya bahawa menjadi Presiden MCA akan menyelamatkan beliau dari hukuman penjara namun ianya TINGGAL HARAPAN sahaja

5. Selepas pengesahan amalan rasuah di sahkan nya sendiri , tiba - tiba pemimpin UMNO/ BN menyatakan Parti BN menolak segala amalan rasuah 

6. Tindakan pemimpin UMNO/BN itu tak ubah seperti :

PELACUR YANG MELAKUKAN PELACURAN SIANG DAN MALAM TANPA HENTI , MEMAKLUMKAN MEREKA MASEH 'DARA' LAGI  

7. Sebenarnya sejak zaman Abdullah Ahmad Badawai Menjadi Perdana Menteri lagi amalan salahlaku dan rasuah telah dilakukan secara bermaharajalela oleh 'BUDAK TINGKAT 4' yang menyebabkan UMNO/ BN buat pertama kali hilang majoriti 2/3 dalam Parlimen

8. Kini 'BUDAK ' ini yang dicampakan dari Parlimen Rembau ke Sungai Buluh bercita - cita menjadi pemimpin UMNO dan Perdana Menteri jika pengundi disana memenangkan beliau

9. Diharap pengundi - pengundi Sungai Buluh maseh tidak lupa 'peristiwa' ubat - ubatan COVID 19 ketika beliau menjadi Menteri Kesihatan  

10. Budak ini yang pandai berpura - pura harus di dakwa dan dibawa ke Mahkamah selepas UMNO/BN tumbang buat selama - lamanya

11. Najib , Presiden UMNO , Pengurusi BN dan Perdana Menteri pertama dalam sejarah Tanah Air yang kini merengkok diPenjara Kajang yang menggantikan Abdullah telah bertindak lebih ganas lagi  

12. Kini Presiden UMNO merangkap Pengurusi Barisan Nasional , Ahmad Zahid Hamidi yang mempertahankan Kerusi Parlimen Bagan Datuk sedang menghadapi 47 pertuduhan salahlaku berkaitan Yayasan Akal Budi atau YAB ; sabit kesalahan beliau akan merupakan seorang lagi Presiden UMNO merangkap Pengurusi BN yang akan dipenjarakan

13. Bukan seorang dua tetapi UMNO dan BN kini diselimuti amalan rasuah dari kepala hingga kebawah :

IKAN ITU BUSUK
DARI KEPALA
HINGGA KE EKOR 

14. Sudah sampai masanya Orang Melayu BERTINDAK 
buang sahaja ikan yang memudaratkan nama baik keturunan kita  

TANPA UMNO KITA TETAP MELAYU JUGA  

15. Tuduhan mengatakan Tun dan PH GAGAL selama 22 bulan memerintah sebenarnya ada 4 fakta yang perlu di tegaskan :

i. Tun TERPAKSA menarik diri sebagai Perdana Menteri kerana Parti beliau , BERSATU telah dirampas oleh orang kepercayaan beliau sendiri , Mahiaddin dan Azmin ekoran LANGKAH SHERATON

ii. Mahiaddin yang 'gila' kuasa HANYA bertahan 17 bulan sahaja kerana GAGAL sebagai Perdana Menteri , kini maseh BERANGAN menjadi Perdana Menteri kali ke2

iii. Jika Tun GAGAL ini bermakna seluruh Anggota Kabinet terdiri dai Dr. Wan Azizah dari PKR selaku Timbalan Perdana Menteri dan beberapa orang wakil PKR , DAP dan AMANAH yang bersama Tun dalam Kabinet 22 bulan ketika itu turut gagal bersama

iv. Terdapat beberapa orang Menteri 'sabotage' Tun dari dalam jestru apa yang hendak dilakukan nya terbantut ditengah jalan

16. Kini Mahiaddin yang juga terlibat dengan Nika Gee , isteri Dato Stanley Clement Augustin ketika itu sedang mempertahankan Kerusi Parlimen Pagoh dan Azmin yang terlibat mengadakan hubungan seks luar tabaii dengan seorang lelaki di Sandakan bernama Haziq Abdullah Aziz sedang mempertahankan Kerusi Parlimen Gombak

17. Terserah lah kepada pengundi - pengundi di kawasan tersebut ( Pagoh dan Gombak ) MENOLAK mereka atau oleh kerana sudah termakan dedak , SANGGUP BERSUBAHAT dengan orang yang berlumuran najis

18. Ingat , SEGALA YANG ADA DI DUNIA INI AKAN TINGGAL BUAT SELAMA - LAMANYA

19. Pesan arwah Tok Guru Nik Aziz ( Alfatehah ) :

DIA BAGI KAIN ,
AMBIL
DIA BAGI DUIT , 
AMBIL
TAPI INGAT ,
UNDI ADALAH HAK KITA , DAN SULIT

20. 19 hb November ini sekali lagi MEMBUKTIKAN yang Raja sebenarnya ialah rakyat BUKAN mereka yang berada di Istana kerana rakyatlah yang memilih Kerajaan , YDP Agong melantik seorang Perdana Menteri dari kalangan Parti yang mempunyai sokongan majoriti Ahli - Ahli Parlimen


Wassalam
Terima Kasih

sila kongsi bersama artikel ini

Saturday 5 November 2022

SIAPA BANGSAT ?

SIAPA BANGSAT ?

Tamrin Tun Ghafar

Isnin - 07/11/2022
( 1 - 22 )

1. Najib kata orang Melayu akan TERBANGSAT jika tidak sokong UMNO

2. ALLAH SWT Maha Berkuasa ; orang yang membuat kenyataan melampau tersebut terhadap
bangsa nya sendiri kini merengkok dipenjara Kajang apabila 9 orang Hakim sebulat suara mendapati beliau bersalah MENCURI wang rakyat dalam kes SRC International , dan dihukum sebanyak 12 tahun penjara dan denda RM210 juta - gagal bayar, hukuman tambahan 5 tahun penjara lagi dikenakan

3. Jika bayar , beliau perlu menyiadakan hujah yang boleh diterima akal oleh LHDN dari mana sumber RM210 juta itu diperolehi

4. Samada Agong akan MENGAMPUNKAN Banduan yang kebetulan rakan kenalan baik beliau yang belum sampai setahun dua dipenjarakan , sama - samalah kita tunggu dan lihat kerana Najib sudahpun membuat rayuan Pengampunan Di Raja atau Royal Pardon

5. Apakah beliau juga akan diberi Pengampunan Di Raja diatas beberapa kes berkaitan pencurian wang negara sebanyak RM2.3 Billion yang BELUM selesai dan SEDANG berjalan diMahkamah atau Lembaga Pengampunan dan Agong mahu SEMUA kes tersebut selasai sebelum Pengampunan di beri ?

6. Walupun telah dinyatakan dalam tulisan saya bertajuk :

'JUSTICE DELAYED
JUSTICE DENIED'

bertarikh 10/10/2022

namun ianya HARUS diingatkan selalu dengan harapan Lembaga Pengampunan dan Agong BERTINDAK SEGERA dengan TIDAK melewat - lewatkan keputusan melainkan ada sesuatu perancangan yang umum tidak tahu

7. Penyokong - penyokong tegar beliau terutama yang dibayar mengenakan baju dengan perkataan 'MALU APA BOSSKU' sudah mula pudar ; rakyat mula sedar ini semua PROPAGANDA Najib bagi menagih simpati terhadap beliau dan Rosmah

8. Tanpa disedari ucapan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Pengurusi BN di Perhimpunan MIC baru - baru ini telah dengan sendirinya meluahkan rahsia yang tersimpan didalam hati beliau

9. UMNO , seperti biasa akan menafikan ucapan tersebut yang telah disiarkan beberapa kali di TV dengan mengatakan ucapan itu diputar belit , salah pengertian dan akhir sekali meyalahkan Pembangkang dan pemberita - itulah penyakit 'PENAFIAN' atau 'DENIAL SINDROM' UMNO dari dulu hingga lah sekarang

10. Kenyataan Zahid itu MEMBAWA ERTI :

I. Zahid tidak rela beliau diheret ke penjara tanpa pemimpin - pemimpin UMNO /BN diheret sama

ii. Mengesahkan beliau tahu pemimpin - pemimpin UMNO/BN korap

iii. Beliau tahu kesalahan - kesalahan yang dilakukan jestru Pilihanraya Umum PERLU diadakan sebelum Mahkamah menjatuhkan hukum keatas beliau bagi melayakan beliau bertanding

iv. Jika berjaya menubuhkan Kerajaan , beliau dan pemimpin - pemimpin UMNO/BN yang korap akan terlepas dari segala hukuman

v. Najib dan Rosmah SUDAH PASTI diberi Pengampunan DiRaja bagi membolehkan beliau menjadi Pemimpin UMNO/BN semula

11. Jika ini berlaku maka Sistem Perundangan Negara AKAN HANCUR ; UMNO/ BN akan bermaharajalela terutama meneruskan agenda rasuah mereka ; bak kata pepatah :

RETAK MENUNGGU
BELAH

12. Kenyataan Zahid juga membawa erti beliau tidak boleh memimpin Parti tersebut lagi - beliau sudah mula kehausan 'lakunan drama' 

13. Difahamkan Hari Mengundi pada 19hb Nobember ini kebetulan jatuh pada 'Hari Tandas Sedunia' jestru bagi menghormati nya rakyat perlu 'FLUSH' UMNO/BN yang korap dari atas hingga kebawah buat selama - lamanya

14. Kita sedang dipertuntunkan dengan beberapa 'adegan drama' oleh mereka sehingga Bulan ini boleh digelar 'Bulan Murah Hati' , apa tidaknya :

wang ringgit ada yang diberi terus dan ada yang menyelitkan nya bersama makanan yang dibungkus , pemberian beras , minyak masak dan lain - lain lagi keperluan dapur , yang tak mampu makan dan uzur di suapkan dan diberi ubat , mereka akan ke dapur , dan membawa yang kurang upaya ke Pusat Mengundi

Ingat kata - kata ini

 "Baik , Baik Ada 
   Makna"

15. Selepas menang bukan kata nak jumpa calon , malah nak jumpa pegawai pun susah - situasi ini akan di ulang setiap kali Pilihanraya diadakan - itu pun maseh ramai yang tak peduli kerana mendapat sedikit upah - CUKUP LAH DENGAN MAINAN DAN PENIPUAN UMNO/BN 

16. Inilah peluang rakyat bertindak MEMBUKTIKAN mereka BUKAN seperti :

LEMBU DI CUCUK
HIDUNG

Buktikan kepada dunia bahawa orang Melayu BUKAN BANGSAT seperti tuduhan Najib

17. Bak pesan arwah Tok Guru Nik Aziz :

Dia Beri Kain , Ambil
Dia Beri Duit , Ambil
Undi Adalah Hak Kita

lagi pun dari manakah datang nya sumber UMNO/BN tiba - tiba bermurah hati memberi duit dan sagu hati kepada pengundi

18. JANGAN PERDAGANGKAN MERUAH KERANA TERMAKAN BUDI JIKA SAYANGKAN ANAK CUCU KITA 

19. SEPATUTNYA nya mereka yang di tuduh apatah lagi berhadapan dengan Perbicaraan TIDAK DI BENARKAN BERTANDING

20. SESAL  
          DULU
          PENDAPATAN
          SESAL 
          KEMUDIAN
          TIDAK
          BERGUNA

21. JANGAN
          BIARKAN
          SENJATA
          MAKAN
          TUAN

22. Semoga pengundi tidak seperti ikan termakan umpan dikail , akibatnya dikuali jua ia berakhir

Wassalam
Terima Kasih

sila kongsikan artikel ini seluas - luasnya

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...