Tuesday 30 March 2021

APA KAH MENTERI DALAM NEGERI TAHU ?

APAKAH  MENTERI DALAM NEGERI TAHU?

Tamrin Tun Ghafar

Rabu - 31/03/2021
( 1 - 23 )


1.  Saya  tidak berminat  hendak menyentuh tentang Perhimpunan  Agung UMNO atau PAU  kerana  keputusannya  TELAH  PUN  DIJANGKA.

2.   Majlis Kerja Tertinggi  ( MKT ) menyerah  kepada  Perwakilan  membuat keputusan tapi hari ini PAU  serah semula  kepada MKT  tentukan  tarikh  bila  nak tarik break - dalam ayat mudah rakyat di pertontonkan permainan bola sepak oleh UMNO  dan MKTnya.

3.   Untuk apa dan siapa  ianya dilakukan; bak kata  orang muda TST  -  Tahu Sama Tahu !!! jer lah.

4.  Lebih baik artikel  ini ditumpukan kepada isu yang lebih SERIUS dari  TERUS  ditipu oleh Jawa kaki pukul ini.

5.  Jika Azman Osman, Penolong Pengarah  Cawangan Khas Anti Pengganas ( E8 ) tidak mendedahkan  percubaan membunuh ini, tidak mustahil ianya akan senyap begitu saja.

6.  Begitu juga  jika sekiranya ia tidak serius takkan Majlis Presiden Pakatan Harapan atau PH   sanggup mengeluarkan  satu kenyataan serius berhubung perkara tersebut.

7.  Ia berhubung cubaan membunuh  Perdana Menteri ketika itu,?Tun Dr. Mahathir; Menteri Kewangan, Lim Guang Eng; Menteri Agama, Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Tommy Thomas, Peguam Negara.

8.  Kepada Pasukan Polis  khususnya Cawangan Khas Anti Pengganas ( E8 ), kita  mengucapkan setinggi tahniah  di atas kejayaan mematahkan percubaan tersebut.

9.  Oleh kerana ianya terlalu serius saya yakin Cawangan tersebut mungkin telah memaklumkan  kepada Ketua Polis Negara ( IGP ) yang kemudiannya menyampaikan maklumat itu kepada Menteri Dalam Negeri yang  kebetulan ketika itu adalah Muhyiddin Yassin.

10.  Terserahlah  sama ada beliau  telah memaklumkan kepada Perdana Menteri atau menyimpan sahaja maklumat itu.

11.  Jika Perdana  Menteri tidak dikongsikan   maklumat  tersebut maka TINDAKAN  TEGAS  BOLEH  diambil terhadap Muhyiddin.

12.  Apakah beliau  berharap jika pembunuhan itu berlaku maka  beliaulah jadi pengganti Perdana Menteri?

13.  Seperti berbagai tuduhan yang dilemparkan termasuk dakwaan beliau pernah mengadakan hubungan seks dengan Nika Gee, isteri orang ketika itu dan dakwaan  isu projek bernilai lebih RM1.2  Billion yang diberi kepada menantu beliau  tidak lama dulu  dan isu pembinaan 3 Balai Raya di Pagoh, Kawasan Parlimen beliau  berniliai RM35 juta diberi  TANPA   TENDER, begitu juga  cabaran beliau menghadiri  DEBAT  TERBUKA, beliau memilih memekakkan telinga dan menutup mulut seperti orang bisu.

14.  Seperti  SUMPAH  JAWATAN, Agong  WAJIB  BERLAKU  ADIL  DAN  PERLU  mengarahkan satu  Suruhanjaya  Di Raja  diwujudkan SERTA MERTA   yang dianggotai oleh  mereka  yang berintegriti  atau  dalam  lain - lain perkataan  mereka yang tidak boleh dibeli atau disuap dengan wang ringgit atau projek  bagi MENYIASAT  perkara tersebut sehingga ke akar umbi.

15.  Suruhanjaya  Di Raja ini  diberi tempoh masa yang tidak lama dan perjalanannya  boleh diikuti oleh rakyat.

16.  Dengan kuasa yang ada di tambah pula   MENDAPAT  SOKONGAN  KUAT  YDP Agong, maka beliau  boleh buat apa saja termasuk Mengisytiharkan  Darurat  dan  menggantung Persidangan Parlimen.

17.  Justeru TIDAK  MENGHAIRANKAN  LANGSUNG  JIKA  Agong juga bersetuju dengan  'nasihat'  seorang Perdana Menteri ysng  TIDAK  ADA  MAJORITI   DAN  MARUAH  ATAU  INTEGERITI  di mata rakyat dan dunia bagi MENOLAK cadangan penubuhan Suruhanjaya Di Raja MENYIASAT perkara ini.

18.  Hari ini Muhyiddin boleh guna wang ringgit dan ugutan  bagi mendapat  lebih banyak  katak - katak melompat ke kolam beliau; ini semua dilakukan bagi meyakinkan  Agong  dan  Raja - Raja Melayu  KONONNYA beliau sudah ada majoriti.

19.  Katak - katak ini pula  melompat KONONNYA  demi  rakyat Kawasan yang diwakili mereka dan KONONNYA  Muhyiddin adalah Perdana Menteri terbaik sejak Merdeka.

20.  Rakyat dan Pengundi  tahu  mereka sama ada telah diugut dan dalam masa yang sama di bayar berjuta ringgit.

21.  Jika UMNO / BN yang  begitu gagah dengan  'CASH  IS  KING' dan  hampir kesemua Jentera Kerajaan digunakan  TERMASUK  beberapa orang Raja yang  SANGGUP  MELANGGAR  PERLEMBAGAAN  semata - mata mahukan UMNO/BN  terus berkuasa namun rakyat khususnya pengundi  MENOLAK , inikan  pula  Muhyiddin dan BERSATUnya.

22.  SEKALI  LAGI  SEBAGAI  AMARAN, Parti  BERSATU, Insha Allah  setelah kalah  pada Pilihanraya Umum akan datang,  Muhyiddin, Azmin, Hamzah dan ramai lagi  juak - juaknya  PASTI  akan disiasat  dan di hukum.

23.  FIKIRLAH  SEBELUM  NASI  MENJADI  BUBUR.


Wassalam
Terima Kasih.

Saturday 20 March 2021

SURAT TERBUKA DEBAT TERBUKA

SURAT  TERBUKA
DEBAT  TERBUKA

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 21/03/2021
( 1 -  17 )


1.  Pada 2hb Mac saya telah mengirim sepucuk surat kepada Muhyiddin Yassin di 2 alamat; satu di Pejabat Rasmi beliau dan salinannya ke rumah beliau di Bukit Damansara.

2.  Surat yang bertarikh 1hb Mac itu yang dihantar melalui Pos Lajù  ialah  berhubung DEBAT  TERBUKA  di antara beliau dan Tun Dr. Mahathir.

3.  Bagi memastikan beliau terima dan membacanya sekali lagi surat tersebut di hantar ke kedua - dua alamat tersebut  bertarikh 8hb Mac 2021; kali ini saya menggunakan khidmat penghantaran GDexpress.

4.  Mengikut rekod dari  kedua - dua Syarikat Perkhidmatan Penghantaran  tersebut surat tersebut  SUDAH  pun dihantar dan diterima.

5.   Walaupun 15hb Mac adalah tempoh jawapan yang diberi namun ianya  dipanjangkan lagi hingga ke hari ini Ahad 21hb Mac 2021.

6.  Sambungan tempoh jawapan ini bagi memberi peluang atau masa yang  secukupnya  untuk beliau  BERFIKIR  dan  MEMBUAT   KEPUTUSAN.

7.  Dengan keengganan  beliau memberi jawapan, ini jelas membuktikan beliau adalah seorang PENGECUT   dan PENAKUT   berhadapan dengan  kenyataan sebenar.

8.  Ini juga membuktikan  beliau  TIDAK  PEDULI   apa pandangan atau persepsi rakyat terhadap beliau  asalkan beliau boleh terus berada di tempat yang diambilnya melalui  RAMPASAN KUASA  dan menubuhkan KERAJAAN  PINTU  BELAKANG  dengan sokongan  musuh utama beliau, UMNO  dan PAS.

9.   Terlalu banyak komen mengatakan AMAT  MUSTAHIL  BELIAU  BERANI  berhadapan Tun sedangkan berhadapan dengan wartawan - wartawan  tempatan pun tak berani.

10.   Inilah nasib rakyat Malaysia yang berketuakan  seorang  PENIPU dan  PENYAMUN  yang  HANYA  GILA  KUASA tapi senantiasa  hidup dalam ketakutan.

11.   JIKA  RAKYAT  BOLEH  BUANG  UMNO / BN  rakyat juga PASTI  akan buang Kerajaan yang ada ini.

12.   Apabila hilang kuasa, ketika itu KATAK - KATAK  YANG  MELOMPAT  akan bersuara, justeru  TUNGGULAH  masanya akan sampai  menghadapi  segala kuasa  undang - undang yang sedia ada.

13.   Sekarang ini  berbagai cara atau taktik digunakan sama ada  menggunakan  kekerasan, ugutan  atau jutaan ringgit bagi tujuan  MEMBUKTIKAN  bahawa Kerajaan beliau sudah punyai cukup sokongan untuk TERUS  bertakhta.

14.   Seperti yang dijanjikan,  artikel  ini disertakan  salinan  SURAT  ASAL  saya kepada beliau bertarikh 1hb Mac 2021 sebagai tatapan bersama.

15.   JANGANLAH  JADI  AYAM  JANTAN  YANG  HANYA TAHU  BERKOKOK  TAPI  EKORNYA  BERLUMURAN  NAJIS.

16.   Semoga  ALLAH  SWT  Menerima doa orang  yang   TERPALIT  dengan  berbagai  kesalahan dan kehinaan.

17.   BERANI  KERANA  BENAR, TAKUT  KERANA  SALAH.


Wassalam
Terima Kasih.

Wednesday 17 March 2021

APA YANG KITA LAKUKAN AKAN KEMBALI BERLAKU KEPADA KITA SEMULA

APA  YANG  KITA  LAKUKAN  AKAN  KEMBALI  BERLAKU  KEPADA  KITA  SEMULA

Tamrin Tun Ghafar

 Isnin - 04/01/2021
( 1 -  21 )


1.   ' Whats Goes 
        Around
        Comes
        Around '

itu pepatah Inggeris yang mempunyai maksud lebih kurang sama dengan tajuk tulisan saya ini.

2.  Di Australia masyarakat Kaum Asal atau Abrogines menggunakan satu alat senjata yang dikenali sebagai BOOMERANGS, apabila ia dibaling, alat tersebut akan kembali  semula kepada pembaling tersebut.

3.   Itulah yang berlaku kepada Muhyiddin dan akhirnya akan dirasai oleh mereka yang TERLIBAT DALAM RAMPASAN KUASA.

4.   Alasan yang diadakan selepas peristiwa tersebut adalah alasan yang susah diterima oleh mereka yang berfikiran waras dan  mereka  yang TIDAK  MUDAH  MENJUAL  MARUAH  seperti yang dilantik sebagai Menteri , Timbalan dan jawatan - jawatan dalam GLC.

5.  Kudeta atau dalam bahasa Perancisnya Coup D'etat  adalah  RAMPASAN  KUASA.

6.  Walaupun  matlamatnya sama namun cara dan coraknya berbeza :

i.  Di Indonesia, Soekarno diturunkan dalam satu RAMPASAN KUASA oleh Soeharto, seorang General yang cukup dipercayainya.

Rampasan Kuasa ini telah menyaksikan  peristiwa ngeri di mana 7 orang General yang tidak memihak kepada Soeharto dibunuh dan dicampakan ke dalam perigi yang dikenali sebagai 'Lubang Buaya'.

ii.  Di satu ketika dahulu RAMPASAN  KUASA  kerap berlaku di Thailand.

iii.   Pemberontakan bersenjata oleh A M Zahari bagi tujuan RAMPASAN  KUASA di Brunei telah dipatahkan oleh Kerajaan dengan bantuan tentera kelolaan Kerajaan Inggeris.

iv.  Mengikut Tun Ghazali Shafie yang lebih dikenali dengan panggilan King Ghaz  ( Alfatehah ) mantan Menteri Luar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri pertama ( Alfetahah ) dalam ruang atau columnya ' As I See It ' dalam akhbar The Star bahawa peristiwa berdarah 13 Mei 1969 adalah  RAMPASAN  KUASA  KECIL atau MINI COUP yang dirancang berbualan lamanya; Tunku dijatukan dan diganti oleh Tun Razak.

7.  Selepas PH memerintah selama 22 bulan, Muhyiddin dengan dibantu oleh Hamzah dan Azmin  dan pembantu Tun sendiri telah MENIKAM Tun dari belakang;  itulah RAMPASAN KUASA.

8.   Bagi menjayakankan RAMPASAN  KUASA ini pula Muhyiddin 'MENJUAL'  jawatan - jawatan Menteri, Timbalan Menteri, Duta Khas bertaraf Menteri dan Pengerusi-Pengerusi GLC  kepada mereka kerana Muhyiddin tahu mereka PASTI menyokongnya dengan tawaran yang diberi kerana mereka lebih  MEMENTINGKAN  DIRI  dengan gaji dan imbuhan yang amat lumayan - dalam ertikata lain mereka ini manusia yang TIDAK  BERMARUAH - sanggup menjual diri dan melakukan apa apa sahaja seperti lembu dicucuk hidung.

9.  Inilah ‘Scheme of Things yang dirancang dan dilaksanakan oleh seorang yang kononnya tak berminat dengan jawatan Perdana Menteri.

10.  Mengikut seorang Ketua UMNO  Bahagian, Parti BERSATU  pimpinan Muhyiddin kini   membayar RM20,000 bagi setiap Cawangan UMNO  yang sanggup menukar bendera dari UMNO  kepada BERSATU.

11.  Sebahagian besar Bahagian - Bahagian UMNO di Kelantan  MENOLAK  kerjasama UMNO dengan BERSATU.

12.  Beberapa Bahagian UMNO  di Johor TERMASUK  Bahagian Pagoh dimana Ahli Parlimennya ialah Muhyiddin sendiri membuat  ketetapan yang sama.

13.  Jika  desakan sebegini berterusan, MKT  UMNO  SEPATUTNYA  MENGHORMATI   pandangan dan perasaan akar umbi - tarik balik sokongan UMNO  kepada Muhyiddin dan Menteri - Menteri dan Timbalan Menteri serta Pengerusi-Pengerusi  GLC  UMNO  berhenti serta merta dari jawatan yang mereka sandang.

14.  Janganlah tidur bersama isteri yang kita anggap sebagai seorang pelacur jika tidak mahu digelar sebagai lelaki DAYUS.

15.  Sebenarnya sejak  RAMPASAN KUASA  pada bulan Februari lepas sehingga kini tidak ada satu rancangan baik pun dari Mat Sejuk ini; mengikut kenyataan SPRM, yang meningkat naik ialah jumlah  penyelewanģan kuasa dan rasuah bertambah, malah lebih teruk dari zaman  Kerajaan Barisan Nasional  dan Pakatan Harapan dahulu.

16.  Kenyataan  dan tindakan  Menteri - Menteri dan Timbalan  Menteri banyak yang bercelaru seperti anak ayam tanpa ibu; ini berlaku  kerana Perdana Menteri HAPRAK - tidak boleh   kawal kebodohan mereka sehingga ada Menteri yang masih menggangap diri sebagai Mufti dan ada pula Menteri yang bercanggah secara terbuka dengan Timbalannya.

17.  Rakyat  kecewa dan putus asa melihat gelagat  mereka - jika setakat bantuan RM1500 sekali atau 'one off payment' bagi menangani maslah COVID 19, mereka  berkata sesiapa pun boleh buat.

18.  Yang rakyat ternanti - ternanti ialah Perancangan Ekonomi  Jangka Pendek  dan Panjang  yang meyakinkan BUKAN  cukup dengan mengulangi doa di kaca TV  kerana kata mereka bab baca doa ini adalah tugas Menteri Agama bukan tugas seorang Perdana Menteri, lagi pun rakyat tertanya - tanya apakah afdal doa seorang  yang pernah mengadakan hubungan seks dengan isteri orang?

19.  Apakah  Najib , Zahid dan ramai lagi Ahli - Ahli  MKT  UMNO  bertindak untuk menyelamatkan diri dari tindakan Mahkamah atau  bertindak untuk  kepentingan lebih 3 juta ahli UMNO?

20.  ‘TEPUK  DADA  
        TANYA  SELERA'

        PISAU  BERADA
        DI TANGAN  
        ANDA.

21.  Bak kata pepatah :

      'Jangan Menang
       Sorak
       Kampung  
       Tergadai'

Wasallam
Terima Kasih.

Wednesday 10 March 2021

PENYOKONG RAZALEIGH DALANG MEMO PALSU - RAJA PETRA

Tamrin Tun Ghafar 

Rabu - 10/03/2021
( 1 - 12 ) 

1.   Baru - baru ini saya terbaca suatu artikel bertajuk 
'Penyokong Razaleigh Dalang Memo Palsu' 

2.   Pada saya ini adalah amalan Demokrasi dimana  mengikut Perlembagaan sesiapa pun berhak  berbicara dan menulis  apa sahaja  asalkan  ia tidak menyalahi undang - undang 

3.  Tanpa usul pereksa saya telah dikatakan sebagai  'DALANG'  yang mereka  'MEMO PALSU' bagi tujuan menjatuhkan Muhyiddin Yassin 

4.  Memang benar saya seperti majoriti rakyat mahu melihat Muhyiddin diturunkan segera 

5.   Banyak artikel yang saya tulis kearah  itu kerana saya juga berpendapat  Malaysia hanya boleh selamat dan maju jika ianya dipimpin oleh seorang yang TIDAK  GILA  KUASA dan yang  CERDIK  mengatasi  keadaan hidup rakyat hari ini 

6.   Walaupun hari ini kita dipimpin oleh seorang yang umpama : 

Seekor Kerbau 
Membawa Lumpur
Habis Semuanya
Terpalit 

namun saya MENAFIKAN  SEKERAS - KERAS NYA  membuat dan mengedar SEBARANG   berita palsu 

7.   Jika cerita hubungan seks  sulit beliau dengan Nika Gee , yang kebetulan isteri orang pada ketika itu dan pengelibatan menantu beliau dalam satu projek bernilai lebih RM1 Billion baru - baru ini merupakan fitnah maka Muhyiddin mempunyai PENTAS  TERBAIK iaitu  BERDEBAT SECARA  TERBUKA  dengan Tun Mahathir bagi mengatakan itu semua adalah MEMO ATAU  BERITA  PALSU  yang sengaja diada - adakan dengan NIAT  JAHAT 

8.   Sebenar nya saya kenal beliau ini namun yang memisahkan kami apabila beliau LARI  BERSEMBUNYI  di England  sedangkan saya tetap disini 

9.   Apa sebab beliau lari dan bersembunyi , itu  terserah lah kepada pembaca membuat andian 

10.   Saya TIDAK  AKAN  MENJUAL MARUAH  seperti  seekor anjing apabila Tuan nya perintah duduk maka dia akan duduk , begitu juga akan menggigit sesiapa atau menyalak MENGIKUT   ARAHAN  TUAN YANG  MEMBERI NYA  MAKAN 

11.   SIAPA  AGAK NYA  KINI  TUAN NYA DAN  SIAPA  PULA  YANG  AKAN  SANGGUP  MENJADI TUAN BARU - sama - samalah kita tunggu dan lihat 

12.   BERANI  KERANA  BENAR , TAKUT  KERANA  SALAH 

Wassalam
Terima Kasih

PENYOKONG RAZALEIGH DALANG MEMO PALSU

PENYOKONG RAZALEIGH DALANG MEMO PALSU

Friday 5 March 2021

APA KAH INI NORMA BARU

APA KAH INI NORMA BARU  ? 

Tamrin Tun Ghafar 

Sabtu - 06/03/2021
( 1 -  23 )


1.  'The Ends 
      Justify
      The Means' 

      BERMAKSUD 

     'Matlamat
      Menghalalkan
      Apa Cara
      Sekali Pun' 

2.   Baru - baru ini 2 Ahli Parlimen, Julau di Sarawak dan Tebrau diJohor  dari PKR  telah 'berhijrah' atau mungkin TERPAKSA  MENYELAMATKAN  DIRI  dari segala jenis 'ugutan',  dan  mungkin juga dalam masa yang sama bagi kesenangan mereka dan keluarga di sogok dengan 'tawaran' yang amat lumayan seperti   berjuta wang ringgit dan projek  

3.   Selang beberapa hari  Shafie Apdal , mantan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Warisan  telah MEMBONGKAR   usaha yang sedang rancak dilakukan oleh beberapa orang tertentu , bagi tujuan  yang sama dengan  menggunakan taktik yang sama  juga seperti yang dilakukan terhadap 2 Ahli Parlimen tersebut 

4.  Siapa kah DALANG  SEBENAR  yang  bak kata pepatah : 

       Baling Batu
       Sembunyi  Tangan 

             ATAU 

siapakah  yang  sebenarnya  menarik  tali di belakang tabir 

5.  Logik kah ikan bilis menangkap jerung ? ; siapa yang membayai atau finance operasi ini dan dari mana sumber kewangan  mereka ; kepada mereka yang TERLIBAT  nasihat saya BERHATI - HATI  lah kerana  anda semua  BOLEH  disiasat sehingga ke akar umbi  bila hilang kuasa kelak 

6.  Cerita  4 - 5  Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah  dari Parti Warisan dan beberapa orang Ahli Parlimen nya  termasuk Shafie sendiri AKAN  MENYEBERANG  menyokong Muhyiddin  telah berlegar di Kuala Lumpur sejak seminggu  dua yang lepas 

7.   POLITIC  OF  GANGSTARISM  AND  POLITIC  OF  BUYING  SUPPORT   atau  POLITIK  UGUTAN  DAN  POLITIK  MEMBELI  SOKONGAN  sememang nya berlaku  sejak penubuhan  KERAJAAN  PINTU BELAKANG ekoran  RAMPASAN  KUASA yang  di ketuai Muhyiddin dengan SOKONGAN UMNO dan PAS , Parti yang beliau  benci  dan meminta rakyat menolak mereka 

8.   Sebelum Parlimen Bersidang semula  Muhyiddin PERLU  MENENTUKAN  jumlah undi atau sokongan terhadap  beliau  cukup untuk mengekalkan jawatan yang disandang ; jestru  beliau , Hamzah dan Azmin MISTI  MELAKUKAN apa sahaja termasuk kata nya MENGUGUT  DAN  MEMBELI  seberapa ramai Ahli Parlimen yang boleh 

9.  Walaupun PERNAH  MENASIHATKAN   Parti - Parti dan ahli politik   TIDAK  BERMAIN politik tetapi sebenarnya  rakyat  nampak dengan jelas seperti : 

     Dah Terang
     Lagi Bersuluh 

siapa sebenarnya yang tak henti - henti  berpolitik 

10.   Oleh kerana TAKUTKAN  kedudukan beliau TERJEJAS , maka DARURAT di gunakan  dengan MENGGANTUNG  Parlimen atas alasan yang bodoh ; ia tidak  kena mengena dengan wabak COVID 19 yang terus meningkat SELEPAS Perintah Darurat di laksanakan 

11.  Tolong sebutkan berapa buah negara dalam dunia yang  telah MENGISTHIARKAN  DARURAT  dan pada masa yang sama MENGGANTUNG  PARLIMEN  semata - mata kerana wabak COVID ? 

12.   Baru - baru ini Istana Negara setelah TEKANAN  atau PRESSURE  rakyat  mengumumkan bahawa Agong akan memanggil Persidangan Dewan Parlimen  DIWAKTU  YANG  DI FIKIRKAN  SESUAI  DAN  SELEPAS  MENDAPAT  NASIHAT  PERDANA  MENTERI  ?? 

13.   MENGAPA  PERSETUJUAN  ITU   BERSYARAT  ? ; bukankah  Sejak RAMPASAN  KUASA   Muhyiddin  atau Abahcow yang bermaksud 'bapa lembu' telah berusaha  agar Persidangan Parlimen ditiadakan ,  dan  Undi Tidak Percaya  TIDAK  DIBENARKAN  atas berbagai alasan Speaker Parlimen yang senantiasa MENGIKUT  TELUNJUK 

14.  Walaupun Muhyiddin berjaya MENGUGUT  DAN MEMBELI  2 Ahli Parlimen  itu dan mungkin akan membeli beberapa orang lagi , namun majoriti beliau maseh boleh dipertikai dan di persoalkan : 

     Nyawa Beliau 
     Berada
     Di Hujung  Pedang 

beliau senantiasa   MEMERLUKAN  oksigen  untuk terus bernafas seperti ikan tercungap - cungap  didarat 

15.  Oleh kerana keadaan dan kedudukan beliau tidak menentu , Menteri - Menteri , Timbalan dan Pengurusi - Pengurusi GLC  BOLEH  LAKUKAN  apa saja kerana Mahyuddin yang TAKUT HILANG  SOKONGAN  TIDAK  AKAN  BERANI  MENGGAMBIL  TINDAKAN terhadap mereka ; jestru amalan  rasuah terus meningkat seperti kajian yang dilakukan oleh Transperancy International ,  Badan Bangsa - Bangsa Bersatu 

16.   Sedar kah Agong dan  Raja - Raja Melayu ,  sejak  menggambil alih  kuasa  setahun yang lepas  Kerajaan PN yang tidak ada majoriti ini GAGAL  mengatasi  beberapa perkara : 

i.    Ekonomi negara susut 5.6% 

ii.    Pelaburan Terus Luar Negara atau Foreign Direct Investment ( FDI )  susut  68% 

iii.  Pengganguran kini telah mencecah  ke 773, 000 orang 

iv.  Hampir 200, 000 orang telah hilang pekerjaan 

v.   Hutang dan liabiliti Kerajaan  berada pada tahap yang paling tenat iatu RM 1.3 trillion 

namun apa yang dilakukan  ATAS  PERSETUJUAN  BERSAMA  AGONG  dan  RAJA - RAJA  Melayu , Darurat berkuatkuasa sehingga 1hb Ogos 2021 dan dalam masa yang sama Parlimen digantung 

17.  Rakyat PERCAYA  Agong  AKAN  senantiasa  BERSAMA  32 juta rakyat BUKAN seorang  yang TERBUKTI  TIDAK  ADA  sokongan  majoriti Ahli Parlimen 

18. Raja - Raja Melayu faham : 

TIDAK  ADA  RAJA  JIKA  TIDAK  ADA   RAKYAT 

19.  Apakah  PERLEMBAGAAN  DI KETEPIKAN  begitu  sahaja  WALAUPUN  Muhyiddin SEBENARNYA SUDAH  TIDAK  ADA  SOKONGAN  MAJORITY lagi ? 

20.  Apakah  SCHEMES  OF THING  yang digunapakai Muhyiddin sejak RAMPASAN  KUASA itu  TERMASUK  MENGUGUT  dan MEMBELI  Ahli - Ahli Parlimen  yang belum lagi menyokong beliau 

21.  RAKYAT YAKIN AGONG  YANG TELAH  BERSUMPAH  DENGAN  NAMA  ALLAH SWT MEMELIHARA  DAN  MENJUNJUNG  PERLEMBAGAAN   TIDAK AKAN SEKALI - KALI   MENGGUNAKAN  KEDUDUKAN  UNTUK MERAIH   SEBARANG  KEUNTUNGAN  DAN  TIDAK AKAN  MEMBENARKAN  DIRI DAN  KELUARGA  DI PENGARUHI  OLEH   'SCHEME OF THING'  Muhyiddin 

22.  JADI LAH  AGONG  KEPADA  KERAJAAN  MAJORITI   BUKAN  KERAJAAN   MINORITI 

23.   Semoga pesan datuk nenek kita dijadikan pedoman dan pegangan hidup kita dulu , kini dan selama - lamanya : 

JANGAN  SEBAB  NILA  SETITIK  ROSAK  SUSU   SEBELANGA 

Wassalam
Terima Kasih

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...