SAYA PUN MELAYU JUGA
Tamrin Tun Ghafar
Khamis - 19/09/19
( 1 - 39 )
1. Kali ini saya menggunakan tajuk buku " I Too am Malay " atau " Saya Pun Melayu Juga " tulisan Zaid Ibrahim , mantan Menteri Kabinet, satu ketika dulu sebagai tajuk penulisan kali ini
2. Ada 4 ayat dan laungan yang senantiasa bermain di bibir orang Melayu sejak lahirnya UMNO dan PAS :-
i. ' Tidak Hilang Melayu Di Dunia '
ii. ' Hidup Melayu '
iii. ' Ketuanan Melayu '
iv. ' Takbir - Allahuakhbar '
3. Saya maseh teringat kisah perbualan saya dengan seorang pemandu teksi satu masa dulu yang menyatakan bahawa kesemua 5 orang anak - anaknya kini bekerja sebagai doktor di Amerika Syarikat , England dan di Australia
4. Apek yang berusia lebih 65 tahun itu memberitahu saya bahawa kesemua anak - anaknya itu belajar hingga berjaya dek kerana hasil penat lelah beliau yang mencari nafkah sebagai pemandu teksi sejak muda lagi
5. Apabila ditanya kenapa tidak memohon biasiswa atau pinjaman pelajaran (ketika itu belum ada PTPTN), beliau tersenyum sambil berkata: 'saya sudah cuba banyak tempat, tapi semua tatak lulus. Saya bukan Melayu maaa!!!'..Terkedu saya mendengar jawapan Apek yang datang dari hatinya yang berjiwa besar
6. DEB, walaupun ada kebaikannya namun dalam masa yang sama ia juga telah melahirkan segelintir Melayu yang menggambil kesempatan ( oportunis) untuk memajukan diri sendiri atas nama Melayu
7. Lebih menjengkilkan, ada saki baki Melayu yang 'hebat dan berjaya' tetapi sebenarnya mereka ini telah dipergunakan untuk memajukan diri sendiri di sebalik syarikat - syarikat bukan Melayu selepas melihat peluang yang terbuka atau sengaja dibuka oleh tangan tangan yang berkuasa ketika itu
8. Mereka ini adalah terdiri daripada bekas pegawai - pegawai tinggi Kerajaan dan pemimpin - pemimpin UMNO yang mempunyai jaringan yang mantap kepada pintu - pintu kuasa yang boleh membuat keputusan yang memihak kepada syarikat bukan Melayu itu
9. Mereka diberi jawatan samada sebagai Pengarah mahupun Pengerusi syarikat - syarikat bukan milik Melayu
10. Sesungguhnya mereka ini pada pandangan orang kampung, tak ubah seperti macai / barua yang syok sendiri yang hanya berkhidmat kepada syarikat bukan Melayu. Mereka ini sesuai dilabelkan sebagai pengkhianat bangsa
11. Sebenarnya barua - barua ini lah yang telah menjerut kepentingan ekonomi Melayu sendiri
Tak perlulah saya mendedahkan identiti mereka kerana begitu begini pun mereka ini adalah golongan yang tidak ada maruah dan tidak tahu malu
12. Pepatah Melayu ada menyebut :
' Sudah Gaharu Cendana Pula , Sudah Tahu Bertanya Pula '
' Sudah Terang Lagi Bersuluh'
' Siapa Makan Cili Dia Merasa Pedas'
13. Bagi menutup pekong sendiri, mereka kini menyalak bagaikan anjing gila menyalahkan orang lain khususnya kaum Cina dan DAP kononnya bangsa tersebutlah yang menyebabkan orang Melayu mundur
14. Jangan SALAHKAN orang lain dek kesalahan dan kelemahan kita sendiri
15. Begitu juga keadaan nya dengan sebahagian besar kontraktor , pengimport - pengimport kereta yang di beri AP , pemaju dan banyak lagi yang bertopengkan Melayu, sedangkan mereka mengAliBabakan peluang yang diberikan
16. Mereka yang diberi lesen perniagaan seperti di Kampong Baru ,Datok Keramat dan beberapa tempat lagi di seluruh Negara, biasanya memilih jalan mudah untuk kaya
17. Sudah 62 tahun kita Merdeka dan berbagai Dasar dan Agensi di perkenalkan bagi membantu kaum Melayu/ Bumiputra, namun prestasi kita makin lama makin merosot jika dibandingkan dengan Bukan Bumiputra
18. Mereka yang diamanahkan untuk mempimpin, sayangnya telah menggunakan kedudukan untuk mengayakan diri dan kuncu - kuncu
19. Yang miskin akan jadi lebih miskin dan yang kaya akan terus menambah kekayaan
20. Bangsa Melayu yang ketinggalan ini kelihatan terkial kial mengais sisa sisa KEK ekonomi yang berbaki akhirnya mengeluh kerana tidak diberi perhatian, jauh sekali diberi pertolongan
21. Lebih dashyat lagi usahawan - usahawan Melayu ini di sabotaj malah dicantas oleh kerana mereka yang berkuasa samada mempunyai sifat dengki semula jadi atau sukar mendapat habuan ( rasuah )
22. Bagi mereka yang baru menikmati kuasa , mereka hanya berlagak tetapi kenyataan nya mereka terpinga - pinga seperti ' Rusa Masuk Kampung '
23. Sepatutnya, semua pihak samada Menteri , Menteri Besar dan Ketua Menteri dan Pegawai - Pegawai Kerajaan senantiasa bertindak membantu usahawan Melayu untuk terus berjaya dan lebih maju lagi
24. Inilah sikap negatif Menteri dan Pegawai - Pegawai Kerajaan yang diamanakan ketika itu
25. Adalah diharapkan sikap negatif Menteri - Menteri dan Pegawai - Pegawai itu TIDAK BERPINDAH ke dalam pentadbitan Kerajaan Pakatan Harapan atau PH
26. Walau bagaimanpun SPRM harus pantas bertindak mencegah penyakit ini agar tidak merebak seperti barah
27. Tempoh 100 hari bagi Lateefa Koya selaku KP SPRM sudahpun berlalu ; beliau perlu bersihkan kerosakan ini dari dalam mahupun yang di luar sana. SPRM itu sendiri tidak terkecuali dari ancaman perosak ini dan kemungkinan turut ternoda akan dosa dosa perbuatan si durjana
28. Berbagai - bagai berita dan cakap - cakap yang kita dengar berhubung dengan salah laku beberapa orang pegawai yang sepatutnya tidak berlaku tetapi telah mencemarkan organisasi tersebut
29. Mereka ini adalah ibarat musang yang berbulukan ayam ; pandai berpura - pura dan berlakun tak ubah seperti ' Hantu Raya ' yang akhirnya akan memakan tuannya sendiri.
' Harapkan Pegar , Pegar Makan Padi '
30. Cara mereka ini terlalu licik dan halus sehingga sukar dibuktikan ; mereka dibayar dan dibayai melalui orang - orang tertentu oleh penyamun Tarbus
31. HENTIKAN SERTA MERTA AMALAN RASUAH DAN NEPOTISMA INI JIKA MAHU MELIHAT BANGSA MELAYU TERUS MAJU
32. Teguran Tun Dr. Mahathir sebenarnya adalah satu cabaran bagi semua orang Melayu untuk MENGUBAH cara berfikir ke arah yang lebih positif, BUKAN NYA melatah seperti Janda Terpijak Kaca..
33. Kepada bekas - bekas Menteri , pemimpin - pemimpin UMNO dan Pegawai - Pegawai Kerajaan yang korup, tayangkanlah kekayaan anda dengan mahligai yang besar dan indah , kereta yang menjalar , bercuti ke Amerika dan England dan mengerjakan UMRAH setiap tahun - Orang Kampung semua tahu dari mana sumber kekayaan mereka itu, tidak lain dan tidak bukan adalah hasil rasuah dek menjadi macai atau barua ( Pengerusi atau Pengarah ) syarikat bukan Melayu
34. ' SESAT DI HUJUNG JALAN, BALIKLAH KE PANGKAL JALAN ', SEBELUM NASI MENJADI BUBUR..adalah sebaik - baik amalan
35. Ingatlah, bagaimana HARUMNYA NAMA sebahagian Pemimpin dan Pegawai Tinggi Kerajaan terdahulu yang telah pergi, namun perginya mereka dengan maruah yang tinggi dan dijulang namanya sehingga ke hari ini, walaupun perginya tidak meninggalkan harta, kereta mahupun mahligai yang berharga..
36. Bagi mereka yang menggadaikan bangsa, sebenarnya, keluarga dan anak cucu ANDA sedang menikmati kemewahan hasil tinggalan sisi gelap anda yang jelas mencerminkan kecurangan
37. Ingatlah pesanan Tun bahawa TIADA JALAN MUDAH dan SINGKAT untuk meraih kejayaan atau kemewahan melainkan berusaha gigih dan kerja lebih kuat seperti yang dilakukan oleh rakan - rakan kita dari kaum lain
38. ' Yang Bulat Tak kan Datang Bergolek , Yang Pipih Tak kan Datang Melayang "
39. ALLAH SWT TIDAK MEROBAH KEADAAN SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MEROBAH KEADAAN YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI - Surah 13 Ar- Ra'd , Ayat 11
Wasallam
Terima Kasih