SUMPAH LAKNAT - YANG LAIN - LAIN TAK BERMINAT KE ?
Tamrin Tun Ghafar
Selasa - 31/12/19
( 1 - 32 )
1. Menjelang Tahun Baru 2020 ini berbagai perkara telah berlaku
2. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja cerita baru yang timbul
3. Dari satu sudut , ini membuktikan bahawa Dasar Keterbukaan Bersuara atau Domokrasi wujud semula dibawah Kerajaan PH
4. Walaupun Dasar ini bagus bagi mendapatkan 'feedback' namun jika tidak berhati - hati ia boleh disalahguna dan amat membahayakan keharmonian kaum
5. Kita serahkan kepada pucuk pimpinan dan penguatkuasa seperti Polis dan SPRM menggunakan kuasa yang ada agar
'Pisang Tidak Berbuah
Dua Kali'
6. Sebelum kita terus digelakan kanak - kanak tentang wujudnya Santa Claus , kita juga harus ingat maseh ada pemakan - pemakan dedak di luar sana yang maseh 'percaya' kepada Najib
7. Bukan sahaja Negara , malah Dunia TELAH dikejutkan dengan pertuduhan Chif Inspektor Azilah Hadri melalui Akuan Bersumpah atau SD nya bahawa Najib Tun Razak yang mengarahkan beliau membunuh, dan kemudian menghapuskan mayat Altantuya , gadis Mongolia
8. Ekoran tindakan Azilah itu , 10 hari yang lepas iaitu pada hari Jumaat 20hb Disember di Masjid Kampung Baru , Kuala Lumpur telah berlangsung satu upacara yang menimbulkan banyak persolan dan komen
9. Tidak pasti apakah TUJUAN SEBENAR Najib membuat apa yang di katakan 'Sumpah Laknat' itu
10. Jika kononnya hendak 'membersikan diri' dengan 'Sumpah Laknat' itu , maka mengapa pula selepas itu beliau bersedia menjawab pertuduhan Azilah didalam Mahkamah ?
11. Mengikut Mufti Perak TIDAK TERDAPAT dalam Al Quran apa yang disebut sebagai 'Sumpah Laknat' ; jika sesaorang itu berbohong maka 'Laknat' akan menimpa orang tersebut
12. Mufti Wilayah Persekutuan pula telah membicarakan perkara yang sama tetapi pada masa yang sama , seperti juga teguran Jeneral ( B ) Arshad , Presiden PATRIOT mempersoalkan sikap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI) dan Jawatankuasa Masjid Kampung Baru MEMBENARKAN Masjid digunakan bagi kepentingan politik sesaorang
13. Jika ia berlaku dimana - mana Masjid atau Surau di Negeri Selangor misalnya , sudah pasti tindakan
tegas akan diambil
14. Tulisan ini di hantar juga kepada Mujahid Yusuf Rawa , Menteri yang bertanggong jawab hal Agama dengan harapan beliau menasihatkan Agong menggambil langkah - langkah tertentu supaya tidak ada lagi sesiapa menyalahguna Rumah Allah untuk mencari pablisiti murah seperti yang dilakukan oleh Najib
15. Mengikut Dr. Fatma Az Zahara , salah seorang penceramah yang berasal dari Mesir, hanya orang munafik sahaja yang menggunakan sumpah bagi menutup kesalahan
16. Surah Al MUJADILA ( 58 ) : 16 membawa maksud yang jelas :
"Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai ( untuk menyelamatkan diri dan harta bendanya daripada dirampas atau dibunuh ) , maka dengan yang demikian dapatlah mereka menghalang ( dirinya dan orang lain ) dari jalan ALLAH , oleh itu mereka beroleh azab seksa yang menghina"
17. Surah AL MUNAAFIQOON (63 ) : 2
juga membawa maksud yang sama
18. Tidaklah pasti samada sesaorang yang bersumpah seperti itu perlu memegang Al Quran atau cukup dengan hanya membaca skrip yang telah disediakan
20. Apakah dengan apa yang dikatakan 'Sumpah Laknat' itu maka ia telah membuktikan sesaorang itu bersih dari melakukan kesalahan dan akan terlepas dari segala hukuman
21. Jika jawapan nya begitu maka 'sepatutnya' beliau dari awal lagi berbuat demikian ( Sumpah Laknat ) SEBELUM kes SRC , 1MDB , Gangguan Terhadap Lapuran Audit , Cukai RM1.6 Billion dan kes - kes lain dibawa ke Mahkamah bagi membersihkan diri dan berkemungkinan di campakan ke dalam penjara
22. Beliau juga patut membuat 'Sumpah Laknat' yang beliau tidak pernah mengenali Jho Low , Tim Leissner dari Goldman Sach dan mungkin juga beliau tak mengenali Azilah Hadri seperti beliau tak pernah kenal wanita Mongolia yang bernama Altantuya atau Aminah yang telah dibunuh dengan kejam
23. Apakah yang lain - lain seperti Zahid Hamidi , Tengku ( ? ) Adnan Mansor , Azeez Rahim , peguam - peguam beliau seperti Shafie Abdullah dan Hafarizam , Rosmah , Riza Aziz dan keluarga beliau 'terlupa' membuat 'Sumpah Laknat' yang sama bagi membersihkan diri , dan dikenakan tindakan undang - undang
24. Jika 'Sumpah Lanat' boleh di gunapakai maka Hakim buat sahaja keputusan 'tidak bersalah' terhadap mereka TANPA PERLU buang masa Hakim dan Mahkamah
25. Masaalah kesesakan penjara pun akan selesai apabila banduan - banduan Islam membuat 'Sumpah Laknat' seperti yang dilakukan Najib
26. Bagi menyakinkan pengundi - pengundi Melayu menjelang Pilihanraya Umum yang lepas Najib telah mengumumkan bahawa beliau telah diberi penghormatan berdoa betul - betul di Makam Rasulullah , dan mengikut beliau SEGALA permintaan atau doa disitu akan diangkat terus dan makbulkan
27. Sebenarnya sudah beratus tahun lamanya Makam Rasullullah telah dikepung dengan tembok batu yang tebal dan tinggi ; malah sejak itu tiada siapa pun termasuk keluarga Raja Arab dapat peluang seperti yang beliau nyatakan
28. Jika benar , sudah pasti Najib tidak akan melepaskan peluang berdoa disana untuk menang Pilihanraya , namum keputusan menunjukan majoriti pengundi Melayu menolak UMNO/BN ; ini membuktikan beliau sanggup lakukan apa sahaja termasuk berbohong di Makam Rasullullah
29. Bukan sahaja kalah tapi kini beliau dan keluarga berhadapan dengan berbagai tindakan undang - undang
30. Kata orang tua - tua :
'Alah Bisa Tegal
Biasa'
31. SEMOGA ACARA 'SUMPAH LAKNAT' INI TIDAK MENJADI BAHAN LAWAK SEPERTI KANAK - KANAK LAWAKKAN KITA TENTANG WUJUDNYA SANTA CLAUS
32. Dengan harapan rakyat Malaysia berbilang kaum terus hidup aman damai dan hormat menghormati diantara satu sama lain , saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun 2020
Wassalam
Terima Kasih
Tuesday, 31 December 2019
Saturday, 21 December 2019
JANGAN MAKAN GAJI BUTA
JANGAN MAKAN GAJI BUTA
Tamrin Tun Ghafar
Sabtu - 21/12/19
( 1 - 23 )
1. Sebenarnya sejak Pilihanraya Umum pada 9hb Mei 2018 yang lepas sehingga kini berbagai tindakan telah dilakukan bagi kesejahteraan negara dan rakyat
2. Walaupun begitu maseh banyak lagi yang perlu dilaksanakan bagi memenohi janji - janji PH seperti yang terkandung didalam manifesto mereka
3. Jika di teliti dan di halusi , banyak juga janji - janji Pilihanraya BN yang TIDAK dilaksanakan
4. Bak kata Perdana Menteri dan Menteri Kewangan SEGALA janji tersebut PASTI akan ditunaikan menjelang Pilihanraya Umum yang akan datang
5. Jika pemimpin - pemimpin Pembangkang menilai secara rasional dan positif tanpa punyai perasaan benci dan emosi , senarai tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan bagi menyelamatkan wang negara dan bagi kesejahteraan rakyat seperti yang dilampirkan , sudah pasti mereka akan bersetuju dengan apa yang telah , sedang dan akan dilakukan oleh Kerajaan kini
6. Hakikat sebenar , Najib dan beberapa orang nya lah yang menyebabkan keadaan kewangan dan ekonomi negara kini berada dalam keadaan yang merunsingkan
7. Dengan pengelaman yang luas dan keikhlasan Tun selaku Perdana Menteri dan di bantu pula oleh Tun Daim , bekas Menteri Kewangan , dan jika rakyat bersabar segala duri dan ranjau pasti akan dapat diatasi dan negara dan rakyat akan maju semula seperti dahulu
8. Itu lah yang dilakukan oleh rakyat Jepun dan Germany selepas kedua - dua negara tersebut hampir musnah semasa Perang Dunia ke 2 dahulu
9. Kerajaan kini TERPAKSA berhati - hati seperti
'Menatang Minyak
Yang Penuh'
dalam segala tindakan bagi memulih dan membangunkan semula ekonomi rakyat dan negara
10. Jika rakyat boleh terima hakikat bahawa kesesakan lalu lintas dan berbagai kesulitan yang timbul ekoran pembinaan berbagai highway dan jejantas yang memakan masa yang agak lama bagi kelancaran dan keselesaan masa depan penduduk maka rakyat juga harus memberi kepercayaan dan menyokong usaha - usaha yang sedang dijalankan oleh Kerajaan
11. 'Berakit - rakit
Ke hulu
'Berenang -
Renang
Kemudian ,
'Bersakit - sakit
Dahulu ,
Bersenang -
Senang
Kemudian'
11. Amat MUSTAHIL mereka yang telah di beri amanah hanya mahu berkuasa sepenggal sahaja
12. KEGAGALN KERAJAAN PH MENYAMPAI KAN MAKLUMAT BUKAN LAH SALAH RAKYAT
13. Gobind Singh Deo selaku Menteri Komunakasi dan Maltimedia jelas GAGAL membantu Kerajaan menyampaikan segala maklumat kepada rakyat terutama berhubung dengan segala usaha dan tindakan Kerajaan
14. Alasan bahawa beliau tidak ada kuasa terhadap stesen TV dan Radio swasta dan gagal mendapat kerjasama pegawai - pegawai Kementerian jelas membuktikan kelemahan beliau sendiri sebagai seorang Menteri yang dipertanggong jawabkan
15. Sepatutnya beliau kerap turun padang berdailog dan menyampaikan maklumat kepada rakyat
16. Kelemahan dan kegagalan beliau sebagai Menteri Komunakasi dan Maltimedia menyakinkan lagi rakyat terhadap usaha Pembangkang ; sekali gus menyebabkan segala hasrat murni Perdana Menteri menjadi sia - sia sahaja
17. Jika beliau seorang 'Gentelman' yang bermaruah , beliau sepatutnya mengundurkan diri atau berhenti sebagai seorang Menteri ATAU sekurang - kurangnya meminta ditukar kan ke Kementerian yang lebih mudah seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga hal ehwal Perpaduan dan Orang Asli
18. 'JANGAN MAKAN GAJI BUTA' - itulah ulasan penyokong - penyokong PH dan majoriti rakyat terhadap Gobind
19. Kementerian Komunakasi ini yang merupakan 'front line' sepatutnya diterajui oleh seorang yang mempunyai pengelaman yang luas dan 'PR' yang baik dengan pegawai dan rakyat
20. Mungkin atas sebab - sebab tertentu ada yang tidak bersetuju tetapi adalah dirasakan Rais Yatim yang 'kreatif' dan 'forceful' memenohi kriteria yang boleh membantu memulihkan image Kerajaan yang mula luntur
21. Tun mempunyai 2 pilihan , samada tidak mahu mengguris hati seorang Menteri yang LEMAH dan GAGAL yang kebetulan dari DAP atau memenangi semula sokongan rakyat kepada Kerajaan PH
22. 'Sudah Kalah
Baru Berkubu'
'Sudah Kecurian
Baru Mengunci
Pintu'
'Jangan Selepas
Kuda Dah
Terlepas ,
Baru Nak Tutup
Pintu Stabil'
23. SEMOGA LAGU DENDANGAN AHMAD JAIS ( Alfatihah )
'Harapan Kecewa' TIDAK MENJADI KENYATAAN
Wasallam
Terima Kasih
Monday, 2 December 2019
HUMBANKAN SAJA MEREKA KE DALAM KAMAR TIRAI BESI
HUMBANKAN SAJA MEREKA KE DALAM KAMAR TIRAI BESI
Tamrin Tun Ghafar
Ahad - 01/12/19
( 1 - 39 )
1. Tidak ada tolak ansur dan pengampunan
terhadap sesiapa sahaja yang menyalahguna kuasa dan melakukan rasuah
2. Salah satu sebab rakyat menumbangkan UMNO/BN ialah kerana amalan rasuah sudah sampai kesatu tahap dimana ianya seperti lagu dan irama yang tidak boleh dipisahkan
3. Kesungguhan Kerajaan PH yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir memerangi rasuah adalah salah satu bukti bagi menunaikan janji Pilihanraya yang harus diberi pujian dan sokongan
4. Kini rakyat mahu melihat sejauh mana kesungguhan memerangi salahguna kuasa dan rasuah ini dilaksanakan , apakah ia setakat 'pilih bulu' atau 'menanam tebu di bibir sahaja' , dalam erti kata lain jangan 'cakap tak serupa bikin'
5. Menentang amalan rasuah adalah JIHAD yang dituntut , ia WAJIB dilakukan TANPA mengira jawatan dan kedudukan dan TANPA mengira kawan mahupun lawan , ini TERMASUK Menteri - Menteri , Menteri Besar dan Ketua Menteri dan Pegawai - Pegawai Kerajaan
6. Mereka yang bergulumang dengan amalan jijik sebegini terdiri dari mereka yang TIDAK BERAMANAH dan TIDAK BERMARUAH
7. Cuba bayangkan ahli keluarga mereka menjamu selera dan menayang kekayan dan kemewahan dari hasil HARAM yang dilakukan sedangkan rakyat dibawah tak ubah seperti 'kais pagi makan pagi'
8. HENTIKAN DAN BERTAUBAT LAH sebelum 'nasi menjadi bubur' , sebelum dicampakan kedalam kamar bertirai besi atau penjara
9. Sudah menjadi kelaziman setelah melakukan pecah amanah dan rasuah mereka akan bergegas ke Tanah Suci seolah - olah nak menunjukan mereka ini bersih dan boleh dipercayai
10. Lebih dashyat lagi setelah melakukan rompakan negara besar - besaran ada yang sanggup menipu lagi dengan cerita kononnya telah dapat berdoa diMakam Rasulullah secara 'direct' , dan segala doa itu pasti diMakbulkan ; adalah tidak logik atau masuk akal sesaorang berdoa untuk kalah dan diheret keMahkamah dan mungkin akhirnya disumbatkan ke penjara
11. Kini mereka kesana sini cuba menyakinkan orang Melayu bahawa tanpa mereka dan UMNO nasib orang Melayu akan hanyut seolah - olah Kerajaan hari ini tidak peka dan mengabaikan tanggong jawab terhadap bangsa Melayu itu sendiri
12. Apakah mereka boleh tipu semua orang atas perbuatan MUNGKAR yang dilakukan sebelum ini ; mereka sebenarnya berusaha nak menutup segala kesalahan yang dilakukan dan dalam masa yang sama mahu kan semula kuasa yang telah hilang ; apabila dapat kuasa amalan rompakan akan dilakukan semula
13. Sebebarnya jika rakyat tidak bertekad menumbangkan UMNO /BN pada Pilihanraya Umum yang lepas mereka akan terus melakukan rompakan dan negara berkemungkinan besar AKAN BANKRUP seperi Greece
14. Perlantikam Latheefa Koya , seorang peguam kanan dan aktivis yang lantang menentang amalan rasuah sebagai Ketua Persuruhjaya
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia atau
KP SPRM yang baru adalah bukti kesungguhan Tun memerangi gejala tersebut
15. Usaha yang sedang dilakukan oleh 'wanita pertama' yang 'diimport' menyandang jawatan KP SPRM ini agak 'TERBANTUT' sedikit kerana terdapat beberapa 'orang lama' yang maseh tidak mahu menerima beliau sebagai 'boss' mereka
16. Mereka ini amat bijak dan licik tak ubah seperti pepatah :
'Talam Dua Muka'
'Pepat DiLuar
Runcing Didalam'
'Api Dalam Sekam'
'Kura - kura
Dalam Perahu'
17. Latheefa PERLU BERHATI - HATI kerana mereka ini tak ubah seperti seekor ular yang boleh mematuk bila - bila masa sahaja
18. Difahamkan mereka ini terdiri dari kumpulan kecil di SPRM yang menggunakan kedudukan mereka bagi menghimpun kekayaan
19. Bagi mengelak perbuatan keji , tak beramanah dan tak bermaruah ini dari dihidu , mereka menggunakan berbagai taktik termasuk menggunakan khidmat 'orang luar' bagi membuat kutipan
20. Segala pembelian dan perbelanjaan akan diurus oleh 'orang luar' ini samada secara bayaran tunai atau cash atau/dan dengan mengguna kad keredit
21. Bagi tujuan tersebut mereka akan melewat - lewatkan siasatan dengan berbagai alasan , menyembunyikan fakta kes dan sanggup menghilangkan laporan atau fail siasatan ; ada yang di 'jaga' secara bayaran bulanan
22. Mereka ini melakukan perkara - perkara bodoh itu secara sedirian atau 'atas' arahan/'kehendak' pehak - pehak tertentu
23. Inilah 'sabotaj' yang dilakukan bagi melemah dan memalukan Latheefa dan Kerajaan PH khusus Tun sendiri i
24. Waktu berbulan madu sudah berakhir ; kini rakyat MENAGIH tindakan tegas dan pantas bagi mengatasi amalan keji ini sebelum rakyat melempar tuduhan bahawa Kerajaan ini hanya
'Menanam Tebu
DiBibir Sahaja'
atau
'Janji Capati BUKAN
Jangi Di Tepati'
25. Kes - kes seperti Tabung Haji , lapuran Kementeriam Wilayah Persekutuan berhubung dengan penyelewangan diPutrjaya Holding dan beberapa kes besar perlu diambil tindakan segera
26. Baru - baru ini terdapat beberapa rungutan berhubung dengan salah laku Muhyiddin Yassin , Menteri Dalam Negeri yang juga Presiden Parti Bersatu yang mungkin telah menyalahi Akta SPRM
27. 'Apa Tujuan Pembida Tender DiJemput Ke Pertandingan Golf KDN ?' ada lah tajuk blogger Shahbudin Husain yang ditulis tidak lama dulu
28. Mengikut beliau pertandingan golf ANJURAN KDN itu selain dari Muhyiddin , Ketua Setiausaha Negara atau KSN dan Ketua Seriausaha Kementerian atau KSU ( yang baru bersara ) turut hadir ; begitu juga anak dan menantu beliau , Pembida - pembida projek Sistem Bersepadu Immigresen atau Immigration Integrated System atau ISS yang bernilai tidak kurang RM1 Billion telah 'dijemput' sama
29. Disertakan bersama ini tulisan Shahbudin Husain yang dinyatakan sebagai renungan
30. Apa yang ditulis oleh Shahbudin mengingatkan kembali beberapa perkara yang pernah berlaku hampir disetiap tempat yang beliau kemudi :
i. Bermula dengan penggambilan / rampasan tanah ladang Mount Austin Estate seluas kira - kira 5,000 ekar ia MENYALAHI Kanun Tanah Negara : tanah ini dipindah milik terus kepada Syed Mokhtar , sahabat baik beliau untuk dimajukan - ini berlaku semasa beliau memegang jawatan Menteri Besar Johor
ii. Menyambung Perjanjian Air yang menguntungkan Singapura TANPA mendapat persetujuan Kerajaan Pusat
iii. Bantuan Kerajaan sebanyak RM250 juta kepada syarikat National Feedlot Corporation ( NFC ) yang di punyai oleh keluarga Sharizat Jalil yang ketika itu menjawat jawatan Menteri dan Ketua Wanita UMNO - dikatakan beliau ( Muhyiddin ) selaku Menteri Pertanian telah memberi sokongan kuat sehingga berjaya
iii. Projek Bistari Net bernilai lebih RM5 Billion katanya diberi kepada YTL dan kerja - kerja bawahan atau 'sub contract' dikendalikan oleh ahli keluarga beliau - ini berlaku semasa beliau mengepali Kementerian Pelajaran
iv. Kini heboh diperkatakan tentang 2 syarikat :
a. AMONA INFRA CARE Sdn Bhd - projek penyelenggaran jalan negeri bagi kawasan utara Johor benilai Ratusan Ribu Juta Ringgit - sebelum ini kerja - kerja ini dilaksanakan oleh kontraktor - kontraktor Kelas F
b. BUJANG HOLDINGS Sdn Bhd - projek serupa seperti ( a ) diatas untuk seluruh Perak yang bernilai hampir 1 Billion diberi tanpa tender terbuka
31. Mohd. Fuad bin Yassin , adik Muhyiddin sebapak tetapi berlainan ibu adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut
32. Bagi menentukan KESAHIHAN kesemua perkara tersebut , SPRM PERLU membuka kertas siasatan dalam kadar segera TANPA merasa serba salah atau takut hanya kerana beliau ialah Menteri Dalam Negeri dan Presiden Parti BERSATU
33. Lihat saja apa yang berlaku di Taiwan , Korea Selatan malah di Israel sendiri , Presiden dan Perdana Menteri disiasat dan didapati bersalah
34. Mahyuddin BUKAN Mailikat atau maksum yang tidak sunyi dari sebarang kelemahan dan kesalahan
35. Jika angin tidak bertiup kencang tak kan pokok boleh bergoyang
36. SPRM MISTI BERTINDAK SECARA BEBAS TANPA PILIH BULU DAN TANPA DI PENGARUHI OLEH SESIAPA PUN - jangan buat - buat tak nampak gajah didepan mata sedangkan kuman diseberang laut dicari sehingga ke lubang cacing
37. "Tangkap lah saya jika saya sendiri melakukan kesalahan" - itu adalah rayuan Tengku Abdul Rahman Putra Alhaj ( Alfatihah ) pada Harun Hashim , Pengurusi Badan Pencegah Rasuah atau BPR
38. Demi menjaga nama baik UMNO/PERIKATAN dan demi prinsip hidup , Abdul Rahman Talib ( Alfatihah ) , Menteri Pelajaran ketika itu sanggup meletakan jawatan selepas dituduh melakukan rasuah sedangkan beliau TIDAK PERNAH menggambil kesempatan atau menyalahguna kuasa bagi mengkayakan diri dan keluarga
39. RAKYAT MAHUKAN PEMIMPIN DAN PEGAWAI YANG BERSIH, BERAMANAH DAN BERMARUAH DAN BUKAN NYA MEREKA YANG PANDAI BERPURA - PURA

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN Tamrin Tun Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1. Ketika sebok hendak menyambut Hari Raya y...
-
SULTAN JOHOR - SEJARAH DAN FAKTA Tamrin Tun Ghafar Isnin.- 25/10/2021 ( 1 - 17 ) 1. Sejarah , samada baik atau sebaliknya adalah fakta ...