1000 ORANG BUNUH DIRI BARU NAK LETAK JAWATAN ?
Tamrin Tun Ghafar
Khamis - 01/07/2021
( 1 - 23 )
1. Berita BUNUH DIRI akibat TEKANAN JIWA ekoran berhadapan dengan masalah ekonomi rumah tangga tidak lagi menjadi berita sensasi seperti sebelum ini
2. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja berita sebegini tersiar di laman - laman web
3. Seolah - olah telah diarah , Stesen Radio dan TV TIDAK menyiarkan berita - berita sebegini ; MENGAPA ?. TST saja lah !!
4. Difahamkan jumlah yang telah BUNUH DIRI sejak PKP dilaksanakan sudah mencecah lebih 320 orang
5. Dari jumlah itu dikatakan tak kurang 60% terdiri dari orang Islam yang mana ianya JARANG malah TIDAK PERNAH kita dengar berlaku
6. Memang benar mengambil nyawa itu adalah SALAH dari HUKUM ALLAH SWT namun realitinya mereka TIDAK TAHAN LAGI menghadapi tekanan hidup ; bak kata P Ramlee ( Al-fatihah ) :
'KU PANDANG
KIRI
KU PANDANG
KANAN
DI KAU
TIADA'
7. Akibat TIADA DASAR yang baik boleh diterima rakyat , 700, 000 orang sudah hilang pekerjaan , justeru mata pencarian dan begitu juga hampir 100, 000 graduan masih tercari - cari kerja
8. APA NAK JADI ? DAN SIAPA NAK TANGGUNG KELUARGA YANG MALANG INI ?
9. Mahiaddin HANYA boleh baca doa seperti yang dipertontonkan di kaca TV dan sekali sekala campakan aiskrim atau gula - gula kepada rakyat miskin dengan harapan mereka akan undi beliau dan juak - juak pada PRU ke 15 nanti
10. Dimaklumkan berbagai syarat perlu dilakukan sebelum sebarang bantuan diberi
11. Sehingga kini Pemandu Taksi masih menunggu - nungu bantuan RM500 seorang yang diumumkan sejak 4 bulan yang lepas - ini
bak kata Mat Rempit :
JANJI CAPATI
BUKAN
JANJI DI TEPATI
12. Yang terbaru Raja - Raja Melayu dan Agong sendiri SEBULAT SUARA BERSETUJU bahawa negara AMAT PERLUKAN KERAJAAN YANG STABIL DAN MENDAPAT SOKONGAN MAJORITI RAKYAT
13. Apakah ayat yang semudah ini pun Mahiddin masih TAK FAHAM ? ; rakyat tahu sebenarnya dia MASIH MAHU KEKAL BERKUASA bagi memudahkan rompakan boleh terus dilakukan dan pada masa sama cuba menutup kesalahan yang dilakukan beliau dan ahli keluarga
14. Sehingga sekarang beliau TIDAK BERANI menjawab jauh sekali menyaman saya berhubung skandal seks yang pernah dilakukan dengan Nika Gee
15. Sehingga sekarang juga beliau KECUT menyahut cadangan saya agar berdebat SECARA TERBUKA dengan Tun Dr. Mahathir , orang yang dia TIKAM DARI BELAKANG
16. Begitu juga tuduhan yang anak kandung beliau PERNAH MENERIMA sogokan wang 1MDB dari Jho Low
17. KINI RAKYAT MAHU MAHIADDIN YANG GAGAL BERUNDUR ATAU DI PECAT SERTAMERTA
18. Kita tunggu dan lihat apakah Agong , dibawah kuasa - kuasa Ordinan Darurat BERANI menggambil tindakan tersebut
19. Jangan sampai rakyat marah sehingga tempias nya terkena pada Agong dan Raja - Raja Melayu
20. Agong dan Raja - Raja Melayu WAJIB menggambil kira dan memandang serius Gerakan BAJU HITAM atau BENDERA PUTIH yang dilakukan rakyat sekarang ini walaupun ada pula seorang Menteri yang tiba - tiba 'claim' kononnya dia juga telah mencadang kan rakyat kibar BENDERA PUTIH untuk mendapat bantuan kerajaan
21. Mungkin Pungutan Suara atau Petisyen dilakukan mendesak Mahiaddin mengundur diri secara terhormat atau di pecat
22. APAKAH PERLU MENUNGGU 1000 NYAWA TERBANG SEBELUM MAHIADDIN YANG MABUK KUASA INI BERUNDUR
22. Sebagai ingatan kepada Agong dan Raja - Raja Melayu :
JANGAN
DI SEBABKAN
NILA SETITIK
MAKA ROSAK
SUSU SEBELANGA
23. Rakyat percaya Agong dan Raja - Raja BOLEH MENYELAMATKAN mereka dan negara
Wassalam
Terima Kasih