SULTAN JOHOR -
SEJARAH DAN FAKTA
Tamrin Tun Ghafar
Isnin.- 25/10/2021
( 1 - 17 )
1. Sejarah , samada baik atau sebaliknya adalah fakta yang tidak boleh dipinda apatah lagi disembunyi atau dipadamkan kerana apa yang telah berlaku dan dilakukan sekarang lambat laun pasti akan TERSERLAH akhirnya
WE CANNOT CHANGE THE CLOCK BACK
THE TRUTH
WILL PREVAIL
2. Sebagai contoh , walaupun berlaku kira - kira 320 tahun dahulu , dan berbagai usaha dilakukan bagi 'menghalalkan' perbuatan zalim Sultan Mahmud namun ia tetap menjadi bualan sehingga kehari ini
3. Begitu juga peristiwa sedih bagaimana Sultan Mahmud , bapa Sultan Johor sekarang bertindak GANAS DAN SESUKA HATI membunuh beberapa orang awam
4. Pada 30hb November 1992 , Douglas Gomez , seorang jurulatih pasukan hokey telah dibelasah dengan teruk oleh Sultan Mahmud di Istana beliau di Johor Bahru
5. Ekoran peristiwa kezaliman itu , bagi MENYELAMATKAN nyawa orang awam dan PADA MASA SAMA bagi menyelamatkan Institusi Raja , Kerajaan yang dipimpin oleh Dr. Mahathir ketika itu TIDAK ADA PILIHAN melainkan TERPAKSA meminda Perlembagaan - apakah tindakan Dr. Mahathir itu salah ? ; sepatutnya rakyat dan Raja - Raja BERTERIMA KASIH kepada Tun
6. Pada 10hb Disember 1992 ayah saya , Encik Abdul Ghafar Baba - Tun ( Al-fatihah ) mengemukakan usul didalam Parlimen bagi membolehkan mana - mana Raja atau Sultan yang MELANGGAR Perlembagaan dan Undang - Undang BOLEH di heret ke Mahkamah Khas , dan jika didapati bersalah HUKUMAN nya sama seperti orang awam jua , didenda , dipenjara atau pun digantung sampai mati JIKA membunuh ; rakyat mungkin bertindak liar terhadap Raja - Raja dan keluarga TANPA PEDULI undang - undang jika Perlembagaan tidak dipinda
7. Perangai buruk itu diikuti oleh TMJ yang ketika itu bergelar Raja Muda Johor , apabila MEMBELASAH dengan teruk Tengku Nadzimuddin Tengku Mudzaffar , cucu kepada Tuanku Jaafar , Negeri Sembilan ( Alfatehah )
8. Walaupun 10 lapuran polis dan juga kepada Peguam Negara dibuat tapi MALANGNYA Polis dan Peguam Negara ketika itu menggambil sikap 'berat sebelah'
9. Kini umum tertanya - tanya apakah Sultan Johor tidak membuat kajian dan baca sejarah atau buat 'home work' SEBELUM membuat komen berhubung PULAU BATU PUTEH yang lebih dikenali oleh masyarakat antarabangsa dengan nama Portugese , PEDRA BRANCA
10. Adalah lebih baik Sultan berdiam diri atau 'Silence Is Golden' dari bak kata pepatah :
JANGAN SUKA
MENUDING JARI
tambah pula ada niat mencari kesalahan orang lain SEDANGKAN lupa kesalahan dan kelemahan sendiri walaupun dilakukan oleh keturunan kita dahulu
11. Jika cerita Pulau Batu Puteh boleh di buka semula seperti 'mengeluarkan mayat dari kubur' , maka elok juga peristiwa - peristiwa lama pun di bincang semula
12. Ada 3 KESALAHAN BESAR yang dilakukan oleh Sultan Ibrahim Abu Bakar , moyang kepada Sultan Ibrahim , Johor sekarang :
A. i. Mempengaruh Raja - Raja Melayu yang lain bersetuju dengan rancangan penjajah British mengujudkan Pemerintahan British melalui Malayan Union - dengan cara ini British AKAN TERUS BERKUASA memerintah Tanah Melayu
ii. Jika berjaya diteruskan Tanah Melayu mungkin terus dijajah , dan seorang Governor General British akan dilantik , maka tidak ada lagi Agong ; Raja - Raja Melayu pula hanya menjaga hal ehwal Agama Islam seperti Mufti dan melapur terus kepada Governor General British
B. Pada 21hb September 1953 , mengarahkan Datuk Mohd Seth Saaid , Setiausaha Kerajaan Negeri Johor MEMAKLUMKAN kepada Setiausaha Jajahan atau The Colonial Secretary , Singapura bahawa Kerajaan Johor TIDAK menuntut HAK atau pun THE JOHOR GOVERNMENT DOES NOT CLAIM THE OWNERSHIP of Pedra Branca
C. Mengarahkan Pemangku Menteri Besar merangkap Setiausaha Kerajaan Johor MENGGAGALKAN Rundingan Kemerdekaan yang di ketuai Tengku di Kota London
13. Raja - Raja Melayu yang ada SEKARANG PERLU TAHU DAN BERTERIMA KASIH kepada rakyat kerana tanpa bantahan orang Melayu dan tanpa peranan yang di lakukan oleh 7 orang WIRA MUAR ketika itu mungkin hari ini tidak ada Raja - Raja lagi , justeru rakyat PERLU dihormati selalu tambah pula TIADA RAKYAT TIADA RAJA
14. Rakyat tidak membantah penubuhan Jawatanhuasa Menyiasat Isu Pulau Batu Puteh NAMUN rata - rata lebih senang jika dibentuk terus Royal Commission of Inquiry ( RCI ) kerana ini AKAN LEBIH TULUS DAN TERBUKA dimana tertuduh , Tun Dr. Mahathir diberi peluang menjawab SEMUA pertuduhan berkaitan isu tersebut
15. Oleh kerana isu Pulau Batu Putih ditimbulkan semula seperti 'mayat di gali semula' dari kubur maka rakyat sedang menuntun sejauh mana Ismail Sabri Yaakob BERANI BERTINDAK menubuhkan satu lagi Jawatankuasa Menyiasat atau RCI , atau beliau HANYA seperti kerbau di cucuk hidung
16. Jika Kerajaan boleh menyiasat isu Pulau Batu Puteh yang telah berlalu atas alasan 'MARUAH NEGARA' maka Kabinet juga harus bertindak adil menyiasat SECARA MENYELURUH perkara - perkara berikut yang sering dibangkit dan menjadi perbualan rakyat kebelakagan ini ; mereka mahu jawapan sebenar , BUKAN 'menyapu sampah dibawah permaidani' atau 'do not sweep under the carpet' :
i. Bagaimana Singapura yang disatu ketika dahulu HAK Johor , tapi kini sudah menjadi negara asing - siapa yang BERTANGGUNG JAWAB ?
ii. Siapa yang mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor MELEPASKAN Pulau Batu Puteh ke penjajah British
iii. Apakah benar Sultan Ibrahim PERNAH MENGARAHKAN Datuk Md Seth MENGGAGALKAN Rundingan Merdeka
iv. Siapa yang MENJUAL ribuan ton pasir ke Singapura sehingga sempadan negara tersebut menghampiri Johor
v. Sanggupkah Pulau Kukup DIPULANGKAN semula kepada Kerajaan Johor setelah ianya dijadikan 'Tanah Sultan' atau 'Sultanate Land'
vi. Mengapa Sultan bersungguh - sungguh mahukan 'Permenant Resident Status ' atau 'Malaysia As A Second Home' diberi kepada semua pembeli hartanah di Forest City
vii. Siasatan juga perlu dilakukan keatas projek melombong emas dan lain - lain logam di Tenggaroh - sebuah usahasama diantara Sultan Johor dengan sebuah syarikat awam Singapura atau Public Listed Company , Southern Alliance Mining Limited dimana Sultan diberi saham percuma 15% dan TELAH menerima 3juta sebagai pembayaran awal
viii. Siasatan juga PERLU dilakukan keatas syarikat Aras Kuasa Sdn Bhd
ix. Rakyat juga BERHAK TAHU samada cukai beratus buah kereta kepunyaan Sultan dan TMJ telah dibayar seperti rakyat biasa
x. Oleh kerana rakyat inginkan kepastian maka elok juga Jawatankuasa yang saya cadangkan ini siasat samada Sultan Johor sekarang benar - benar berketurunan Raja /Sultan Ali atau keturunan Temenggong Abdul Rahman yang bukan keturunan Raja tapi telah berpakat dengan penjajah British
17. JANGAN
CUBA
JOLOK
SARANG
TEBUAN
dan
JANGAN
HANYA
NAMPAK
KUMAN
DI SEBERANG
LAUTAN
SEDANGKAN
GAJAH
DI DEPAN
MATA
BUAT - BUAT
TAK NAMPAK
dan
JANGAN
BALING
BATU
DI RUMAH
KACA
Terserah kepada Ismail Sabri dan Kabinet nya samada BERANI menubuhkan Jawatankuasa Khas tersebut ; rakyat khasnya pengundi - pengundi di Melaka PASTI akan membuat penilian mereka
Wassalam
Terima Kasih