Wednesday, 26 January 2022

POLITIK MATANG ? - SI BUTA PUN TAHU JALAN

POLITIK  MATANG ? -  SI BUTA PUN TAHU JALAN

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat - 28/01/22
( 1 - 24 )


1.   Saya terbaca satu artikel yang menyatakan Abdullah Hussin , Persuruhjaya PAS  Johor  akan bertemu Pengurusi Badan Perhubungan UMNO  merangkap MB Johor bagi membincangkan kearah MENJAYAKAN kerjasama  PAS  dan UMNO melalui  Muafakat Nasional atau MN

2.  Saya juga telah mengikuti ucapan Hasni Muhamnad yang menegaskan  bagaimana TAMAK dan SOMBONG nya PAS  Johor apabila menyatakan BERSATU  Johor yang di Pengurusiksn Mahiaddin  telah BERSETUJU  MEMBERI 14  Kerusi pada PAS  pada PRN  Johor nanti

3.   SELEPAS  BERUNDING  dengan Ketua - Ketua UMNO  Bahagian , UMNO Johor bersama rakan - rakan dalam BN   AKAN  menghadapi PRN ini  SECARA  SOLO  -  TANPA  PAS  dan BERSATU  sama ada melalui  MN  atau PN

4.   Hadi melalui Abdullah Hussin  akan berbincang semula dengan Pengerusi Perhubungan UMNO  Johor jika PAS ada    peluang

5.  Oleh  kerana nak menang  PRN ini PAS  TERPAKSA  JILAT  LUDAH nya sendiri

6.  Sekarang  PAS  terpaksa merayu dan memujuk UMNO  - tak ubah seperti perempuan sundal yang sedang gila mencari - mencari pelangan

7.  Untuk makluman  PAS  hanya punyai seorang wakil saja dalam Dewan Negeri , dan  BESAR  KEMUNGKINAN  PAS  akan hilang juga Kerusi yang ada

8.  Apakah UMNO  sudah lupa kata - kata PEDAS dan SOMBONG pemimpin - pemimpin PAS  terhadap UMNO  disatu ketika dahulu ?

9.  Tindakan Abdullah Hussin atas ARAHAN  HADI  tak ubah seperti :
CACING  KEPANASAN atau dalam bahasa Inggerisnya   'An Act Of A Desperate  Man'   or  DESPERADO

10.  Dulu serang UMNO  habis - habisan  ,  kemudian  TELAN  LUDAH  nya  seolah - olah  PAS  tak pernah  buat dosa pada UMNO

11.  Bagi mengalahkan PH  , UMNO  berpakat dengan  Parti Lebai , dan Parti Lebai pula setuju jadi PAK SANGGUP  asalkan 'fulus'

12.  UMNO  sudah sedar permainan KOTOR  DAN  JAHAT  PAS  ; itu sebab nya UMNO  tidak lagi bersama mereka  melalui MN

13.  Jika masih ingat ucapan Mahiaddin dihadapan ramai Ahli BERSATU 
"Orang Melayu sudah kenal siapa PAS  dan siapa UMNO - seorang PEROMPAK   dan seorang lagi nama jer berjuang untuk Islam tapi MENYOKONG  PEROMPAK -  DUA - DUA  TAK  BOLEH  DI PERCAYAI"

14.  Menyokong perompak atau tidak , Mahiaddin TERPAKSA bekerjasama dengan PAS  kerana BERSATU  ada duit TAPI  TIDAK ADA  JENTERA di peringkat bawahan sedangkan PAS ada jentera TAPI  'fulus'  terlalu sedikit

15.  'Politik Matang' yang dianjurkan Hadi ia  SEBENARNYA  bagi menguntungkan   PAS ;  dalam bahasa mudah , PAS rasa boleh MEMPERBODOHKAN UMNO  dan BERSATU melalui gabungan MN dan PN

16.   UMNO  ada  'fulus' dan jentera  tak seperti PAS  dan BERSATU

17.  Melalui gabungan dengan UMNO  dan BERSATU  , PAS  sudah merasakan mereka SUDAH  KUAT , maka itu sebabnya Hadi sendiri menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri !

18.  Itu langkah pertama , selepas itu Hadi akan arahkan 18 Ahli  Dewan Rakyatnya  membuat ugutan bagi membuka jalan beliau naik ketangga yang di idam - idamkan PAS   selama ini ; justeru  Hadi akan jadi orang pertama PAS  duduk dikerusi PM

19.  Apakah kita lupa berbagai   peristiwa antara 1999 hingga 2004  ketika Hadi jadi MB Terengganu - Terengganu MUNDUR  ke belakang , dan rakyat disana  BENAMKAN  Hadi pada PRU berikutnya

20.  PM  Hadi  tak  boleh lawat  negara - negara Islam Timur Tengah seperti hari ini ? 

21.  Elok Hadi  dihadiahkan  cermin yang lebih besar  bagi memudahkan
beliau melihat wajahnya samada ada ketokohan sebagai  seorang Perdana Menteri

22.  Mungkin Hadi terfikir jika Mahiaddin  GAGAL  dan Mael BENGAP  pun boleh jadi PM , mengapa tidak beliau

23.  PAS  DAN  BERSATU  selepas Mahiaddin  tuduh PAS ,  Parti  Ajaran Sesat  ( PAS ) ,  dan Parti Islam yang MENYOKONG  PEROMPAK - PAS dan BERSATU  boleh pula  berpeluk - peluk ;  mereka ini sebenarnya TIDAK  ADA  PERASAAN  MALU  DIRI  DAN MARUAH - sanggup lakukan apa saja ASAL  boleh menang

24.   RAKYAT  KHASNYA  PENGUNDI  HARUS  TOLAK  KEDUA - DUA  PARTI TERSEBUT  PADA PRN JOHOR  DAN PRU 15 NANTI

Wassalam
Terima Kasih

Saturday, 22 January 2022

AZAM BAKI - MENGAPA PM DAN AGONG TAKUT BERTINDAK ?

AZAM  BAKI  -  MENGAPA  PM  DAN  AGONG  TAKUT  BERTINDAK ? 

Tamrin Tun Ghafar 

Sabtu - 22/01/22 

(1 -  17 )


1.   Walaupun berbagai jentera  kerajaan khususnya pasukan polis di gerakkan  bagi menggagalkan usaha sekempulan rakyat  MENUNTUT  Azam BaKI  DITANGKAP namun jika dilakukan  kajian atau survey  saya yakin majoriti mahukan Azam ditangkap sertamerta  BUKAN  DI CUTI  ATAU  DI PINDAHKAN ke Jabatan lain 

2.  Bukan sahaja Azam tetapi rakyat mula mencurugi  SPRM itu sendiri ; apakah  PEGAR YANG  DI HARAPKAN  TIDAK  LAGI  BOLEH  DI PERCAYAI ? 

3.  Azam umpama SETITIK  NILA  YANG  MEROSAKAN  SUSU  SEBELANGA  

4.  Bak kata Hadi di satu ketika dahulu MCA  umpama seketul daging babi yang berada dikawah daging lembu yang dihidang kepada umat Islam 

5.  Cerita Azam ini sudah lama di dengari sehingga ada yang mengaitakan dengan tauke lama nya , Abu Kassim Muhamed dan Shukri Abdull dengan berbagai tuduhan , Wallahualam !! 

6.  Yang hairannya TERNAMPAK  mengapa Ismail Sabri  bersungguh - sungguh  CUBA mempertahan Azam ;  sepatutnya sebagai seorang berjawatan tinggi  seperti beliau ini TIDAK  MENCAMPURI perkara sebegini 

7.  Mengapa awal - awal lagi beliau TIDAK  BERSETUJU  cadangan pembentukan RCI ,  dan juga  mengajak  rakyat MEMPERCAYAI keputusan siasatan Security Commission SEDANGKAN ekoran itu Security Commission  memperjelaskan keputusan sebenar yang MENGESAHKAN  kesemua saham tersebut adalah MILIK Azam BUKAN  adiknya 

8.  Dari mana SUMBER  wang yang banyak membolehkan beliau menguasai jutaan saham syarikat berkenaan 

9.  Rakyat juga mula MEMPERSOAL   mengapa  Agong TIDAK  BOLEH  mengarahkan Kerajaan menubuhkan RCI ? 

10.  Kata mereka  JIKA  Agong boleh  mengenepikan Perlembagaan apabila melantik  Mahiaddin  yang TIDAK cukup sokongan , mengapa beliau  SENYAP dengan cadangan murni ini , Penubuhan RCI  yang mula - mula sekali diutarakan oleh Peguam Rafique Rashid  yang kebetulan Timbalan Pengurusi  Parti PEJUANG  WP 

11.  Sultan  Perak  , Timbalan Agong  sendiri  telah  MENYENTUH  isu SPRM  ini 

12.  Demi ketulusan , saya  BERSETUJU cadangan Dr. MAZA  , Mufti Perlis  demi menggembalikan kepercayaan  dan keyakinan rakyat , SPRM  PERLU  DI ROMBAK  atau  'REVAMP'  semula 

13.  YANG  PENTING ,  sebagai Perdana Menteri  Ismail MISTI  dengar  dan ambil kira pandangan majoriti  rakyat 

14.  Isu Azam Baki ini jika tidak diambil tindakan , rakyat PASTI  akan  MENEMPELAK beliau dan UMNO apabila berlangsung nya Pilihanraya Umum ke 15 nanti  malah Pilihanraya Kecil Negeri  ( PRN ). Johor 

15.. Rakyat khususnya  pengundi MAHU  TAHU sejauh mana  Kerajaan BERSUNGGUH  MAHU  MENGHAPUSKAN  Penyelewangan Kuasa dan Rasuah atau hanya  'LIP  SERVICE'  atau bermain dibibir sahaja 

16.  RCI  juga PATUT  ditubuhkan  bagi mengkaji secara mendalam termasuk tindakan diambil terhadap mereka yang  bertanggong jawab yang menyebabkan banjir besar yang belaku di beberapa daerah di Pahang 

17.   BERANI  
         KERANA
         BENAR
         TAKUT
         KERANA
         SALAH


Wassalam
Terima Kasih

Sunday, 16 January 2022

DULU IMDB , SEKARANG AZAM BAKI

DULU  IMDB ,  SEKARANG  AZAM  BAKI 

Tamrin Tun Ghafar 

Ahad - 16/01/2022
( 1 -  34 )

1.  Sekali lagi Nika Gee  cuba  melepas diri mengatakan bahawa beliau TIDAK TERBABIT  dengan perlantikan Azam Baki  sebagai  KP SPRM  sedangkan jika diteliti Kenyataan Media Azam  bertarikh  9 Mac 2020  ianya JELAS  membuktikan sebaliknya 

2.  Pada perenggan 3 Kenyataan Media tersebut Azam Baki menyebut 
" Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin  ( ejaan sebenar - Mahiaddin )  Yasin yang  TELAH MENCADANGKAN  NAMA  SAYA  Kebawah Duli Tuanku " - sila lihat surat / kenyataan media yang dimaksudkan 

3.   Azalina Othman Said , PENASIHAT  Undang - Undang  BERTARAF Mentetri kepada Perdana Menteri   juga MEMPERSOALKAN samada  Mahiaddin  sudah teliti dan perhalusi SEBELUM  beliau  melantik Azam 

4.  Hanya beza beliau tidak membuat Sumpah Laknat  menafikan PEMBOHONGAN NYA  seperti yang dilakukan Najib didalam Masjid Kampung Baru , KL 

5.  Inilah  Mahiaddin  dari dulu sehingga sekarang  TAK BOLEH  TUKAR  TABAI  MEMBOHONG , KEMUDIAN  BUAT  BODOH - bila agaknya pengampu - pengampu beliau dalam   BERSATU  nak sedar dan  kalau dah  sedar bila nak TINGGALKAN  nya - dia pun BUKAN  TUHAN  yang bagi rezeki 

6. a) Surah Ibrahim
        Juzuk 13
        Ayat 21 

Firman  ALLAH  SWT  begitu  JELAS  berhubung pengikut - pengikut : 
Dan mereka semua ( di Padang Mahsyar ) berkumpul untuk menghadap  ALLLAH SWT , lalu orang yang lemah berkata kepada  orang yang sombong ,   "Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut - pengikutmu  ,  maka  dapatkah kamu MENGHINDARKAN  daripada azab ALLAH  ?  ( walaupun )  sedikit sahaja ?" 
Mereka menjawab , "Sekiranya ALLAH memberi petunjuk kepada kami , nescaya kami dapat memberi petunjuk kepadamu . Sama sahaja bagi kita , samada kita mengeliasah dan mengeluh atau bersabar .  Kita TIDAK  MEMPUNYAI TEMPAT  UNTUK  MELARIKAN  DIRI" 

6. b) Surah Al - Bakarah
        Juzuk 2
        Ayat 167 

Firman  ALLAH  SWT   MENEGASKAN :
 
Dan orang - orang yang mengikutinya  berkata , "Sekiranya kami diberi kesempatan (kembali ke dunia ) , tentu kami TIDAK  AKAN  MENGIKUTI  MEREKA , sebagaimana mereka  meninggalkan kami."  Demikianlah ALLAH  menunjukan kepada mereka segala perbuatan yang mereka lakukan yang menjadi penyesalan bagi mereka 

7.  Takut Mahiaddin  yang bergelumang  dengan isteri orang , rasuah dan pembohong  atau takut  ALLAH ? , pilihlah !! 

8.   Mengikut kajian , sejak  beberapa tahun kebelakang ini jumlah peratus  pencerian  yang paling  tinggi di negara kita ialah dinegeri  Serambi Mekah atau Kelantan 

9.  Peratus tertinggi kemiskinan , pengganguran , buang anak dan salahguna dadah juga terdapat di negeri Pantai Timur , Kelantan dan Terengganu 

10. Jika dikaji , kebanyakan pemimpin - pemimpin PAS hari ini berasal dari kedua - dua negeri tersebut 

11.  Bukan ke lebih sempurna JIKA  DI BETULKAN  rumah kita dahulu dari SIBUK  menyampaikan kuliah  dan syarahan.agama di masjid - masjid  dan surau - surau di luar rumah kita seolah - olah  rumah atau negeri kita  'perfect' - tak perlu dikuliah atau ditarbiahkan lagi ? 

12.  Memang keterlaluan jika dikatakan mereka ini BUKAN  ULAMAK yang boleh di harap dan dipercayai tapi lebih kepada  ULAR  DALAM  SEMAK yang HANYA  BERTOPENG KAN  jubah , janggut , kopiah dan  membawa kitap ke hulu ke hilir 

13.  Bagi menyakinkan jemaah yang hadir , pada setengah masa pertama mereka akan menggunakan ayat - ayat Quran dan Hadith yang MUNGKIN telah dihafal
 
14.  Kebanyakan mereka akan menggambil kesempatan mempengaruhi jemaah  seolah - olah hanya  PAS  sahaja yang boleh  menjamin  Syurga 

15.  Pernah dilihat beberapa pengikut PAS  memakai baju dengan tulisan dibelakangnya : 

' NAK MASUK
  SYURGA, 
  MASUK PAS ' 

16.  Semasa bersama PAS dulu ada seorang penceramah  mengatakan  semasa nak masuk syurga nanti kita kena tunjuk pas ( PAS ) 

17.  Ada seorang Pemimpin Tertinggi PAS  yang akhirnya juga telah meninggalkan Parti tersebut mempengaruhi saya dengan kata - kata  : 

  " Jika nak masuk 
    Syurga kena 
    masuk PAS , 
    bukan Parti lain " 

18.  Saya meninggalkan PAS  tidak lama sebelum Tok Guru Nik Aziz menghembuskan nafasnya yang terakhir 

19.  Umum munkin maseh ingat  bagaimana PAS melalui Kenyataan Akhbar Tuan Ibrahim Tuan Man  berpuas hati , dan penuh yakin taklimat yang diberikan  kepada mereka oleh  Arul Kanda  Kandasamy , Pengarah Ekesekutif dan  Presiden  1MDB membersihkan Najib dari SEGALA pengelibatan beliau dalam skandal 1MDB  dan anak - anak syarikat nya 

20.  Itulah salah satu politik MATANG  atau MATURED  politic  PAS  yang diperkenalkan Hadi yang diikuti secara MEMBABI  BUTA  oleh Tuan Ibrahim yang  pernah menjadi pensyarah ; tak sangka orang semacam beliau  SANGGUP  menjadi : 

  ' LEMBU CUCUK
    HIDUNG ' 

boleh ditarik kehulu kehilir TANPA  menggunakan otak yang ALLAH SWT  Berikan 

21.  Sokongan yang diberikan itu rupa - rupa nya  'Ada Makna' 

22.  Walaupun Clare Rewcatle Brown  dari Sarawak Report MEMBUAT  TUDUHAN  yang Hadi dan PAS  menerima RM90 juta dari Najib  tapi yang peliknya 
orang yang saman malu  ( Hadi dan PAS )  AKHIRNYA  BAYAR  Clare berjuta ringgit sebagai wang ' PERDAMAIAN atau SETTLEMENT' agar kes tersebut TIDAK di perkatakan lagi 

23.  PAS  melalui Peguamnya yang juga Setiausaha  Agong  Parti , Takiyuddin Hassan PERNAH  MENGUGUT  Husam Musa ke Mahkamah dalam kes yang sama  tapi sudah bertahun lamanya PAS  MENGECUT SEPERTI  TIKUS ; mengapa takut ? 

24.  Amat TIDAK  MEMERANJATKAN langsung   apabila Hadi , Takiyuddin dan lembu lain menyokong  Azam Baki ini 

25.  Rupa - rupanya  Hadi dan PAS  TERPAKSA BAYAR HUTANG LAMA  kerana kes RM90 juta itu 

26.  Beliau akan senyum walaupun dengan orang yang pernah  di zalimi seperti : 

     'PIJAK  SEMUT  
      TAK  MATI' 

jika dikampung  atau  dalam hutan ada sejenis tumbuhan bernama  DEDADU  yang akhirnya akan melilit pokok yang ditumpang untuk naik keatas - itulah Abu Zahar Ujang ,.Pengurusi Lembaga Penasihat SPRM 

27.  Saya kenal beliau ini sejak beliau menjadi Ketua UMNO  Bahagian Kuala Pilah lagi 

28.  Beliau BOLEH  senyum dihadapan orang yang sebelum itu pernah dizaliminya TANPA punyai perasaan bersalah dan malu 

29.  Dia akan cari berbagai helah dan alasan untuk kekal  jawatan yang dipegang - rajin memberi  nasihat tentang maruah tapi hakikatnya ini lah salah seorang mahkluk yang TIDAK ADA  MALU  DAN  MARUAH - kerjanya tak  habis - habis  
melobi jawatan dan tempat bagi memudahkan nya naik setakuk lagi 

30.  Sikap  Ismail Sabri Yaakob  beria sangat cuba melindungi Azam Baki  dengan menyamakan kes Azam ini dengan kes Lim Guang Eng  TIDAK MASUK  AKAL - ia  berbeza sama sekali  

31.   Apakah Ismail sedang bermain api dengan membakar semangat orang Melayu MEMBENCI  kaum lain terutama Cina ?  tapi pada masa sama cuba MENONJOLKAN  konsep  'KELUARGA  MALAYSIA'   yang di CIPLAK  dari idea  Dr. Wan Azizah  seperti  Nika Gee ( Mahiaddin )  CIPLAK  Majlis Pemulihan Negara atau MPN  dan melantik dirinya sebagai Pengurusi  dari Tun Dr. Mahathir TANPA  rasa salah dan malu 

32.  Tindakan Ismail tidak bersetuju di tubuhkan  Royal Commission of Inquiry atau RCI bagi menyiasat kes Azam menimbulkan satu soalan : 

APAKAH  ISMAIL  SEPERTI  PAS JUGA  TERHUTANG  BUDI DALAM KES  RASUAH  BELIAU KETIKA MENJADI  SETIAUSAHA  POLITIK SABARUDDIN CHIK (Al-fatihah)  DULU 

33.  Berani Kerana Benar - Takut  Kerana  Salah 

34.  Oleh kerana Azam Baki dan Abu Zahar Ujang dilantik oleh Agong  ATAS NASIHAT  Perdana Menteti  maka  Ismail sebagai Perdana Menteri BOLEH MENASIHATKAN Agong MEMBERHENTIKAN perkhidmatan kedua - dua orang ini SERTA MERTA 

Wassalam
Terima Kasih

Monday, 10 January 2022

POLITIK DAN AGONG - RAKYAT MULA BOSAN

POLITIK  DAN AGONG  - RAKYAT  MULA  BOSAN 

Tamrin Tun Ghafar 

Selasa - 11/01/22
( 1 - 34 ) 

1.   Jika dibuat kajian secara menyeluruh kita akan dapati rata - rata rakyat samada secara terang - terangan mahupun berbisik  mula bosan dan ada yang menyampah dengan  tingkahlaku ahli - ahli politik sejak kebelakangan ini 

2.  Semuanya bermula dengan LANGKAH  SHERATON 

3.  Rakyat mula mempersoal MENGAPA  Agong  TIDAK  mengambil kira kehendak rakyat apabila pada hari Rabu 9hb. Mei  2018  rakyat , buat pertama kali dalam sejarah  MENOLAK  UMNO/BN ? 

4.  Apakah  Agong juga terikut - ikut dengan konsep : 

YANG  MENANG
JADI  PEMBANGKANG
YANG  KALAH
JADI  KERAJAAN  ? 

5.  Sehingga kini rakyat  MEMPERSOAL mengapa Agong ENGGAN  bertemu Tun  Dr. Mahathir buat kali kedua bagi menyatakan beliau yang sebenar nya  punyai
 114 sokongan Ahli dari 222  Ahli Parlimen  sedangkan Mahiaddin TIDAK CUKUP  BILANGAN ? 

6.  Rakyat MEMPERSOAL  dimana  SUMPAH yang dilafazkan dan  apakah  Perlembagaan Negara yang diagungkan sudah pun TIDAK digunakan lagi 

7.  Perlu dinyatakan , Tun meletak jawatan SETELAH beliau ENGGANG  bekerjasama dengan UMNO  dan PAS anjuran BERSATU 

8.  Mahiaddin  'hijack'  BERSATU ,    meninggalkan Tun TANPA berparti -  jestru ketika itu Tun  MENARIK DIRI sebagai Perdana Menteri 

9.  Didalam hal ini saya  sememangnya MENGHORMATI tindakan Tun itu kerana beliau AKUR  KEHENDAK  RAKYAT  melalui keputusan  Pilihanraya sebelum itu 

10.  Oleh kerana TIDAK cukup bilangan , nyawa Mahiaddin ketika itu umpama Tali Yang Hampir Putus 

11.  Akhirnya tak sampai 18 bulan setelah GAGAL MEMERINTAH , beliau TERSUNGKUR  jua 

12.  Sekali lagi kesilapan berlaku apabila Naib Presiden UMNO , Ismail Sabri Yaakob di persetujui sebagai Perdana Menteri 

13.  Gigi hadapan beliau mula BERGOYANG  dan akan tercabut atau dicabut bila - bila masa sahaja 

14.  Penyakit Kencing Manis  beliau sudah sampai ditahap kritikal - perlukan suntikan pada perut setiap hari 

15.  Atas KEHENDAK Parti seorang dua Menteri diganti, yang lain kekal 

16.  Tidak cukup dengan  jumlah Menteri dan Timbalan yang begitu besar dalam dunia , beberapa orang dilantik pula sebagai PENASIHAT BERTARAF menteri 

17. Yang terkini Menteri Luar  pun baru buat perlantikan politik  2  orang  PENASIHAT 

18.  Cuba bayangkan  jumlah membayar gaji dan allowance  Menteri  , Timbalan , Duta dan Penasihat bertaraf Menteri SETIAP BULAN ?  -  itu TIDAK TERMASUK  gaji dan elaun pegawai - pegawai lantikan  politik dan kenderaan masing - masing 

19.  Cuba fikirkan kos perjalanan pergi balik dan penghinapan Menteri dan jumlah pegawai yang dibawa ke Scotland tidak lama dulu ; HANYA berucap dalam Bahasa Melayu  selama 15 minit TANPA  penterjemah ? 

20.  Lembu yang duduk ditengah jalan pun rasa nya lebih cerdik dari Kabinet yang ada ini 

21.  IKAN  BUSUK  BERMULA  DARI  KEPALA 

22.  Soal wabak COVID dan BANJIR  sehingga kini  TIDAK  ditangani dengan sempurna oleh Kabinet 

23. Jika Mahiaddin BOLEH  beri projek bernilai RM20 billion kepada menantu dan keroni beliau  TANPA  mengikut prosedur biasa , mengapa Ismail berkira sangat nak bantu  mangsa banjir ?  Apa boleh buat dengan maxima RM50 ribu x dengan 30 ribu orang mangsa banjir ? ; mengapa TIDAK  beri terus RM 100 ribu ? 

24.  Kerajaan TERLALU  BERKIRA  membantu rakyat yang menderita akibat TIADA  DASAR  berhubung  kos sara hidup yang melambung ditambah pula dengan COVID  dan  BANJIR   

25.  Rakyat MUDAH  LUPA DAN  SENANG  DI BELI  jestru  mereka  akan  PUJUK  RAYU  pengundi dengan segala janji manis dan wang ringgit apabila diadakan Pilihanraya kelak 

26.  Selepas BERKUASA  mereka akan terus lupa segala janji , dan merompak ; penyelewangan kuasa dan rasuah PASTI  berterusan 

27.   SALAH  SIAPA ?  tepuk dada tanya selera 

28.  Tindakan  SPRM  dan Polis  HANYA terhadap  ikan bilis sahaja ; sesekali barulah kita dengar jerung didakwa - itu pun SELEPAS  diasak bertubi - tubi 

29.   Yang telah didapati  bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan Rayuan maseh bebas kehulu kehilir bersuara  SEDANGKAN  pencuri setin milo dan  seringgit dua Tabung Masjid TERUS  dijail - INI KAH   Keluarga Malaysia yang dibanggakan ? 

30.  SPRM dan Polis  masih ditakok lama malah mungkin lebih teruk -  HARAPKAN  PEGAR , PEGAR  MAKAN  PADI 

31.  SELAGI  AGONG  TIDAK  MENGHORMATI  DAN MEMULANGKAN  HAK  RAKYAT YANG  DILAKUKAN PADA PILIHARAYA UMUM KE14 LALU , SELAGI  ITULAH  KEADAAN  NEGARA  TIDAK AKAN  PULIH ,  DAN NEGARA  AKAN  TERUS  DIPANDANG RENDAH  DAN DI HINA 

32.  Samada Tun diangkat semula sebagai PM buat kali 3 itu   MESTI   rujuk pada Perlembagaan yang  JELAS  menyatakan  Ahli Parlimen yang ada  SOKONGAN  MAJORITI SAHAJA  YANG AKAN  JADI PM 

33.  TAK PERLU LAGI SPR  buang ratusan juta ringgit , LANTIK  saja  siapa yang digemari 

34.  Mungkin lantik NIKA GEE  atau  DALFI lebih baik dari Mahiaddin GAGAL  dan Ismail BANGANG jadi PM

Wassalam
Terima Kasih

Sunday, 2 January 2022

BANJIR BESAR PAHANG RCI - TUNGGU APA LAGI ?

BANJIR  BESAR  PAHANG
RCI - TUNGGU APA LAGI ? 

Tamrin Tun Ghafar 

Isnin - 03/01/2022

( 1 -  20 )


1. Mengikut bukti dan kajian  Banjir Besar Pahang BERPUNCA  dari PENGGONDOLAN  Hutan Simpan di beberapa Daerah di sana khususnya di Raub 

2.  Bak kata pepatah : 

DAH  TERANG  LAGI BERSULUH 

rakyat  Malaysia pasti tahu siapa SEBENAR NYA kalprit  atau mereka yang terlibat dengan  PEMBALAKAN tersebut 

3.  BERANIKAH  Menteri Besar , EXCO  dan Pengarah Hutan Negeri MELULUSKAN nya TANPA  arahan Perdana Menteri yang kebetulan Ahli Parlimen Bera , walaupun beliau dilahir dan dibesar di Kelantan 

4. Di Pahang sudah menjadi perkara biasa PENJUALAN  Pingat Datuk secara terang - terangan seperti kacang puteh , TAK KIRA sape saja samada bapak gangster atau kaki pukul boleh dapat  ASAL  BAYAR , Penerokaan Tanah , dan Perladangan Durian seperti yang  berlaku di Raub tidak lama dulu , Permit Boxit yang heboh diperkatanan , Perlombongan dan Pengelibatan dalam beberapa perniagaan 

5.  Mana mungkin dengan SELURUH  Istana di Pahang dan di Kuala Lumpur TERMASUK Istana Negara dan Pegawai - Pegawai Istana , tukang  masak , kereta - kereta mewah seperti Roll Royce dan pemandu dan lain - lain semuanya disediakan  TANPA  sesen pun diminta bayar semula , maka cakap - cakap  konon nya Agong , Isteri dan anak - anak TERLIBAT  adalah  FITNAH  

6.  Bukan itu sahaja , malah mereka TERMASUK  Permaisuri , Tengku Mahkota dan ahli  keluarga dibayar gaji dan allowance yang AMAT  MENCUKUPI  jika dibandingkan dengan rakyat khasnya MANGSA BANJIR  DAN  RAKYAT MARHAEN - dalam lain perkataan apa yang rakyat beri selama ini kepada mereka  SUDAH  LEBIH  MENCUKUPI 

7.  Lagi pun Agong , Permaisuri dan  sebahagian adik beradik SEDAR bahawa TANPA  bekerja dan berusaha seperti rakyat biasa  kedudukan mereka sebagai Sultan dan Agong yang ASALNYA  diberi rakyat MEMBOLEHKAN  mereka hidup lebih mewah dan bergaya 

8.  Yang TERLIBAT  mungkin Ismail Sabri , MB dan EXCO Pahang dan Ketua Pengarah Hutan  atau 'HANTU  RAYA' yang senantiasa 'LAPAR' dan 'TAMAK' ,  tak puas - puas dengan apa yang ALLAH  SWT  sudah berikan ; mereka gunakan  kedudukan  untuk ROMPAK  , ROMPAK  dan  ROMPAK !! - mereka  TIDAK PEDULI  JASA DAN  SANGSARA RAKYAT ; yang penting bagi mereka 'ENJOY'  

9.  Berapa kawasan perumahan lagi nak ditenggelam dan dimusnahkan  dan berapa banyak nyawa lagi akan hilang  SEBELUM Pembalakan  di hentikan dan RCI  ini ditubuhkan 

10. JIKA  TIDAK  TERLIBAT  mengapa Ismail Sabri tidak bertindak - apa dan siapa  yang hendak ditakutkan ? 

11. TAKKAN Agong yang kebetulan juga dari Pahang, TUNGGAK DAN PAYUNG  RAKYAT SANGGUP  peluk tubuh BERDIAM  DIRI tidak mengarahkan sebuah SIASATAN  BEBAS DI RAJA  atau Royal Commission of Inquiry atau RCI  ditubuhkan SERTA MERTA ; MENGAPA  ? 

12.  Seperti cadangan RESET  oleh  Marzuki Yahya , Timbalan Presiden  PEJUANG  dan kini  seorang Peguam Muda , Muhammad Rafique Rashid ALI atau lebih dikenali dengan panggilan Rafique yang kebetulan Timbalan  Pengurusi PEJUANG  WP boleh  mencadangkan penubuhan RCI  ini , mana mungkin Ismail dengan jumlah Ahli Kabinet TERBESAR  di dunia  TIDAK  boleh BERFIKIR  dan BERTINDAK SEGERA 

13.   Oleh kerana ia MUNGKIN  MELIBATKAN  'orang - orang tertentu atau VVIP'  maka pemilihan dan perlantikan Ahli  RCI ini ELOK dipilih  oleh  Parlimen 
-  ini bagi mengelakkan Lapuran  BERAT  SEBELAH  berlaku 

14.  SEBELUM  LEBIH  BANYAK  LAGI  BALA  DITURUNKAN ADA LAH  BAIK  RCI  DI TUBUH  SERTA  MERTA 

15.  RCI  BOLEH  juga menasihat cara Pembalakan yang lebih teratur 

16.  'SULTAN  BUKAN  TUHAN  YANG  HENDAK DI TAKUTKAN ' 

17.  'TANPA  RAKYAT  TIADA  RAJA ,  DAN  TANPA  RAJA  TIADA  AGONG' 

18.  Ingat pesan terakhir Megat Seri Rama  SEBELUM  menikam mati dalam  peristiwa SULTAN  MAHMMUD  MANGKAT  DI JULANG: 

'RAJA  ADIL 
RAJA  DI SEMBAH
RAJA  ZALIM
RAJA  DI 
SANGGAH 

19.  Pesan orang - orang tua : 

'BUAT BAIK
BERPADA - PADA
BUAT  JAHAT
JANGAN  SEKALI 

20. Kita doakan agar ALLAH  SWT  Memberkati segala TIDAKAN   Agong   membetul kan keadaan TANPA punyai perasaan  was - was seperti mana SUMPAH yang dilafazkan 

Wassalam
Terima Kasih