MENGAPA HANYA SEORANG SAJA DI SEBUT
Tamrin Tun Ghafar
Isnin - 27/03/2023
( 1 - 24 )
1. Yang berpelajaran cetek , tambah pula yang tak berpelajaran langsung dan ada pula 'profesor kangkong' dan Pengenelisa Politik dan Ekonomi Bebas menggunakan bahasa kesat mengatakan orang tua yang menghampiri 98 tahun ini telah gagal mentadbir negara selama beliau memerintah 22 tahun dan 22 bulan dan tidak lagi 'relevan'
2. Tuduhan yang popular dilemparkan terhadap beliau ialah beliau merupakan salah seorang pemimpin dunia yang terkaya , dan dalam masa sama mengkayakan anak - anak nya
3. Kini tuduhan terbaru ialah beliau mahu menjadi Perdana Menteri kali ke 3 dengan menggunakan PROKLAMASI ORANG MELAYU sebagai senjata
4. Persoalan nya , mengapa Tun Mahathir yang tua dan tidak releven lagi di sebut - sebut namanya dan dimaki hamun dituduh sebagai seorang yang gagal dan dipersalahkan ?
5. Apakah Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah berjaya membangunkan ekonomi orang Melayu sedangkan ramai maseh ingat bagaimana menantu nya , Khairy Jamalauddin atau KJ BERMAHARAJALELA ditingat 4 dahulu ?
6. Apakah Najib Tun Razak dan isterinya , Rosmah yang sebok mengatur strateji mencuri wang rakyat yang kini menyebabkan hutang negara begitu tinggi itu berjaya ?
7. Selama 17 bulan memerintah dan pada masa sama negara dan dunia dilanda COVID mungkin menyebabkan Mahiaddin Yasin tidak bersekesempatan melaksanakan impian nya untuk orang Melayu
8. Apa yang boleh dilakukan oleh seorang Perdana Menteri jika tak sampai pun 14 bulan memerintah DIJATUHKAN oleh parti nya sendiri , UMNO ; itulah nasib Ismail Sabri Yaakob atau Mael Bera
9. Tanpa SOKONGAN UMNO khususnya dan GPS Sarawak , Anwar Ibrahim dari parti Pakatan Harapan atau PH , sebuah gabungan PKR , AMANAH dan DAP TIDAK akan berjaya diangkat sebagai Perdana Menteri ke 10 WALAUPUN Perhimpunan Agung UMNO MELULUSKAN resolusi 'Menolak kerjasama dengan PH , Anwar dan DAP
10. Jika mahu berjaya , Anwar MISTI
'WALK THE TALK'
atau dalam bahasa mudahnya
'MELAKSANAKAN
SEGALA JANJI
BELIAU'
bukan sebok mencari kesalahan orang lain
11. Kerajaan Perpaduan ini bagus untuk Negara yang berbilang kaum namun jangan lah sampai
'KERA DI HUTAN
DI SUSUKAN
SEDANGKAN
ANAK
DI PANGKUAN
MATI
KELAPARAN'
12. Sebenarnya Tun Mahathir hanya punyai satu cita - cita sebelum meninggalkan kita buat selama - lamanya , terutama bangsanya sendiri , ORANG MELAYU
13. Biarlah apa orang kata namun hasrat beliau melihat orang Melayu bersatu dan maju diTanah Air nya sendiri perlu di beri sokongan bukan dicaci
14. JIKA BUKAN TUN YANG MENCETUS DAN MENGGERAKKAN PEMIKIRAN SEHINGGA LAHIRNYA
PROKLAMASI ORANG MELAYU , SIAPA LAGI ?
15. Seperti Dasar Ekonomi Baru atau DEB yang diperkenalkan oleh Tun Razak dahulu , walaupun ianya bagi tujuan membangunkan orang Melayu tapi dalam masa sama tidak pula merampas dan menyekat hak bangsa asing
16. Jestru Kerajaan hari ini tidak harus menyekat pelancaran PROKLAMASI ORANG MELAYU dengan berbagai tuduhan dan alasan yang tidak masuk akal seperti yang berlaku pada Ahad 19hb Mac 2023 dimana Tun TERPAKSA mengadakan Sidang Media Khas atau Special Press Conference di Ibu Pejabat Parti PUTRA setelah gagal mendapatkan 4 tempat
17. Polis sendiri akhirnya mengaku tidak ada sebarang rusuhan dan tidak ada sebarang senjata pun digunakan , malah pelancaran tersebut hanya menggundang 40 orang saja yang bakal disaksikan kira - kira 300 orang jemputan
18. Kerajaan hari ini , oleh kerana gagal melaksanakan janji - janji mereka sewaktu Pilihanraya Umum yang lepas serta yang termaktub dalam manifasto mereka , maka kini mereka mula
TAKUT PADA
BAYANG - BAYANG
SENDIRI
19. Laksanakan lah segala janji , rakyat khususnya pengundi Melayu tidak lah sebodoh yang dianggapkan
20. HENTIKAN RETORIK SEBELUM RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN
21. Jika Tun Dr. Mahathir pada usianya menghampiri 98 tahun DAN tidak relevan lagi , mengapa disebut - sebut namanya
22. APA YANG HENDAK DI TAKUTKAN KEPADA TUN YANG DAH TUA DAN TAK RELEVAN LAGI , DAN TAKUT PADA PROKLAMASI ORANG MELAYU ?
23. Ayuh , bangkit lah ORANG MELAYU menyokong PROKLAMASI ORANG MELAYU ini sebelum kita hanyut di Tanah Air sendiri dengan menurunkan tanda tangan
24. KETEPIKAN FAHAMAN POLITIK , EGO DAN SIFAT SOMBONG , BENCI DAN SOMBONG BAGI KEPENTINGAN BANGSA
Wassalam
Terima Kasih