SEMOGA AGONG KOTAKAN APA YANG DI UCAPKAN
Tamrin Tun Ghafar
Isnin - 24/04/2023
( 1 - 21 )
1. Ucapan Agong ketika meresmikan Komplek Mahkamah Syariah di Kuantan , Pahang memberi kesan yang mendalam selain memberi amaran kepada sesiapa terutama kepada UMNO yang menghantar memorandum menyokong atau dalam ertikata lain MAHUKAN pengampunan diberi , dan Najib yang membuat
permohonan
( disertakan ucapan tersebut )
2. Sebagai Umat Islam , kita tidak boleh lari dari dipersoal samada kita telah melaksanakan tanggong jawab mengingatkan sesama kita SEBELUM nyawa sampai dikerongkong
3. Agong yang juga Sultan Pahang BUKANLAH seorang yang suka beromong kosong atau dalam bahasa pasarnya :
CAKAP TAK
SERUPA BIKIN
atau
ASALKAN SEDAP
DI PERKATA DAN DIDENGARI , KEMUDIAN NYA LUPA
4. Walaupun bak kata pepatah :
IKAN DI AIR
TAHU JANTAN
BETINA NYA
atau
DAH TERANG
LAGI BERSULUH
Agong , bagi menguatkan lagi titah , memilh menggunakan :
Surah Al Nisa'
Ayat 35
dan
Hadis Nabawi
yang ditujukan bukan sahaja hadirin malah kepada SEMUA rakyat Malaysia samada yang berjawatan atau pun sebaliknya terutama yang berkepentingan , Amin Ya Rabbul Alamin 🙏🙏🙏
5. Seingatan saya inilah Agong yang benar - benar MENGAMALKAN ajaran Islam - Solat dan Berzakat , tidak berjudi dan tidak meminun arak selain dari perkara - perkara yang dituntut
6. Difahamkan Lembaga Pengampunan akan bersidang pada hari Jumaat 28hb April ini bagi membuat keputusan samada akan memberi Pengampunan Di Raja kepada Najib atau menolaknya
7. Jika Agong TIDAK LUPA , dan mengkotakan kata - kata beliau semasa Majlis Peresmian tersebut , ini bermakna Najib TIDAK akan dapat pengampunan
8. Dengan menghantar memorandum tersebut , UMNO dipandang umum sebuah Parti Melayu yang TIDAK BERSOPAN , TIDAK BERAKAL , CUBA MEMAKSA AGONG MENGIKUT TELUNJUK MEREKA
9. Apakah Anwar akan melaksanakan janji beliau MELEPASKAN Najib dari penjara dan MENGGUGURKAN segala pertuduhan terhadap ZAHID sewaktu perbincangan mendapatkan sokongan UMNO untuk jawatan Perdana Menteri bersama Zahid dan Najib dahulu
10. Perlu diingatkan juga SUMPAH JAWATAN yang dilafazkan dihadapan kesemua Raja - Raja Melayu dan disaksikan oleh jutaan rakyat bahawa beliau akan BERLAKU ADIL semasa menjalankan tugas
( sila tuntun video yang disertakan
11. Berdasarkan ucapan bernas dan SUMPAH JAWATAN beliau apakah 70,000 banduan akan dibebaskan juga ?
12. Kini sudah kedengaran mereka yang dituduh dan paspot perjalanan mereka di serah kepada Mahkamah perlu dipulangkan semula dalam masa terdekat seperti Mahkamah atas arahan pehak atasan melalui Pejabat Peguam Negara MEMULANGKAN paspot Zahid Hamadi
13. Memang benar , Najib merupakan sahabat Agong sejak muda lagi yang juga diberi gelaran 'ORANG BESAR 4' PAHANG' dan masih punyai beberapa Gelaran seperti Datuk Seri
14. Dengan gelaran - gelaran tersebut ini bermakna penjara Malaysia telah memecah rekod dunia dengan punyai seorang banduan 'bergelar'
15. Sepatutnya SEGALA GELARAN termasuk gelaran 'ORANG BESAR 4 PAHANG' ditarik serta merta kerana satu dunia sudah tahu cerita '1MDB'
16. HANYA AL QURAAN SAJA TIDAK BOLEH DIUBAH ATAU DITARIK , yang lain adalah anugerah yang tidak laku di Akhirat kelak
17. Sedarkah bahawa Najib pencuri wang negara berbillion ringgit hanya setakat ini dipenjara tak sampai pun 6 bulan dari jumlah hukuman 12 tahun dan RM210 juta sedangkan Makcik Kiah yang mencuri setin Milo dan Geladangan yang mencuri RM2/- dari Masjid dihukum penjara sekurang - kurangnya 2 tahun
18. Ini kah KEADILAN seperti SUMPAH JAWATAN dan UCAPAN yang dilafazkan Agong ?
19. Ini kah KEADILAN yang diperjuangkan
R E F O R M A S I yang kini diganti dengan Malaysia MADANI
20. Rakyat sedang memerahati sejauh mana mereka boleh dipermain dan diperbodohkan
21. TERSERAH KEPADA AGONG DAN ANWAR :
TEPUK DADA
TANYA SELERA
PISAU BERADA
DI TANGAN
ANDA BEDUA
Wassalam
Terima Kasih