JANGAN MALUKAN AGONG KERANA PENTINGKAN JAWATAN
Tamrin Tun Ghafar
Rabu - 19/04/2023
( 1 - 20 )
1. Mengapa dulu Agong boleh memberi Pengampunan Di Raja atau Royal Pardon kepada Anwar yang ketika itu sedang merengkok hampir 10 tahun di Penjara Sungai Buluh dengan HANYA memaklumkan beliau melalui talipon
2. Apakah benar keadaan sekarang sudah berubah bak kata pepatah :
LAIN PADANG
LAIN BELALANG
LAIN HULU
LAIN PARANG
LAIN DULU
LAIN SEKARANG
3. Jika benar Agong hanya bertindak selepas mendengar nasihat Lembaga Pengampunan yang katanya akan bersidang pada 28hb April ini maka tidak hairanlah persoalan timbul iaitu :
APA GUNANYA LEMBAGA PENGAMPUNAN DI ADAKAN JIKA AGONG MENDENGAR ATAU MENOLAK NASIHAT TERSEBUT
4. Mengikut Perlembagaan dan cerahaan Zainur Zakaria , Peguam Kanan atau Senior Council , Perdana Menteri MISTI mempengurusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bakal menyaksikan samada permohonan Najib yang disokong oleh satu memorandum UMNO kepada Agong diterima atau ditolak
5. Sudah ada cadangan agar Perdana Menteri berkuacali dan menyerahkan kepada Agong membuat keputusan sendirian
6. Tujuan 'BERKECUALI' tersebut bagi 'melepaskan tengkok' atau dalam bahasa kasarnya ialah 'biar orang lain yang memikul beban , asalkan aku selamat'
7. Jika ini berlaku maka Agong dan Institusi Raja - Raja pasti akan dipersoalkan dan dipersalahkan , bak kata bidalan :
DI TELAN
MATI EMAK
DI LUAH
MATI BAPAK
seperti gergaji
DI SORONG
PUTUS
DI TARIK PUN
PUTUS
8. Agong berada dalam keadaan serba salah kerana Najib merupakan :
i. Sahabat baik beliau sejak kecil lagi
ii. TIDAK pasti dan keterlaluan kebenaran cakap - cakap kedai kopi atau rumours mengatakan bukan sahaja arwah Sultan Pahang malah Agong dan adik beradik beliau sendiri berkemungkinan telah sedikit sebanyak merasa habuan samada berbentuk wang tunai atau projek dari
CASH IS KING , Wallahualam !!
iii. Gelaran 'Pembesar 4 Pahang'
sebenar nya sebagai seorang 'PEMBESAR' sepatutnya beliau merasa malu apa yang pernah dilakukan nya
iii a. Istana Pahang PATUT menarik balik gelaran tersebut dan gelaran - gelaran lain seperti Datuk Seri ; begitu juga Negeri - Negeri lain yang belum berbuat demikian
b. Hanya Quran sahaja yang tidak boleh ditarik atau dipinda.
c. Sedar atau tidak Najib yang didapati bersalah oleh 13 dari 14 orang Hakim merupakan MANTAN Perdana Menteri PERTAMA yang maseh mempunyai Gelaran itu dan ini yang sedang merengkok didalam penjara
d. Sedar kah kita SELURUH dunia tahu dan kenal Malaysia oleh kerana IMDB , dan sedarkah kita DOJ , Amerika Syarikat berkerja kuat merampas dan memulangkan harta rampasan tersebut kepada kita selain dari Tim Lessner dan Roger Ng dipenjarakan dan 2 buah Bank diarah tutup oleh Kerajaan Singapura kerana terlibat dalam kes skandal IMDB yang terbesar didunia sejak Nabi Adam lagi ?
9. Dengan memorandum yang dihantar UMNO kepada Agong ia sekali gus mengesahkan :
i. UMNO mencampuri KEBEBASAN Kehakiman ; jika ini pun boleh dilakukan maka TIDAK HAIRAN jika UMNO juga mencampuri kebebasan Badan - Badan lain seperti Peguam Negara , SPRM dan SPR
ii. Membebaskan Najib bermakna UMNO kini begitu lemah sehingga memerlukan pencuri bagi menghadapi PRN dan PRU akan datang
iii. Terbukti juga UMNO sejak dibawah kepimpinan Zahid Hamidi , Jawa Ponorogo , ianya TERLALU SEBUK BERJUANG untuk
a) Mendapat kuasa ,
b ) Melepaskan pencuri dari penjara dan
c) Meminta Peguam Negara MENGGUGURKAN 47 kes beliau
sedangkan nasib rakyat terutama yang marhaen , dengan kos barang - barang dapur terus melambung naik TIDAK di ambil serius ; jika ada pun , seperti pepatah :
MELEPAS
BATUK
DI TANGGA
d) UMNO HANYA SEBOK MENABUR JANJI dan MENABUR wang ringgit TERUTAMA APABILA MENGHAMPIRI Pilihan Raya Negeri atau PRN dan PRU
10. Umum cukup yakin dan percaya Agong akan menggunakan KEWARASAN beliau apabila membuat keputusan nanti :
i. Samada terikut - ikut kehendak UMNO yang sekali gus menimbulkan persoalan
'SIAPA RAJA ?'
II. Takkan lah Agong MEMIHAK kepada keputusan seorang Hakim dari 13 Hakim yang mendapati Najib bersalah - apakah ini demokrasi ? , dan apa logik nya ?
11. Jangan ujud situasi dimana Agong kita dipandang rendah atau tidak dihormati masyarakat tempatan dan dunia HANYA kerana seorang pencuri
12. Seperti pemulangan Paspot Antarabangsa Zahid , dimana keadilan kepada mereka yang terpaksa menyerah dokumen perjalanan atau paspot apabila dituduh walaupun mungkin tidak bersalah
13. Dimana keadilaan kepada 70 , 000 banduan lain jika Najib seorang di bebaskan ; inikah perjuangan
R E F O R M A S I dan Malaysia MADANI yang di perjuang dan dilaung - laungkan selama ini ?
14. Jika Agong dan Anwar membebaskan Najib atas apa pun alasan , dimana janji keadilan ketika SUMPAH JAWATAN dulu
15. Raja - Raja Melayu WAJIB menetap dan menasihatkan Agong agar TIDAK melepaskan Najib yang HANYA berada di penjara 6 bulan dari jumlah 12 tahun dan denda RM210 juta
16. Memang tidak dinafikan Najib telah juga menabur bakti kepada Negara TAPI Najib juga seorang PENCURI yang terbesar didunia sehingga Negara sekarang TERPAKSA menanggung hutang Rm1.3 Trillion
17. ITU LAH LEGASI PENINGGALAN NAJIB YANG AKAN DIKENANG BUAT SELAMA - LAMANYA seperti legasi Hang Tuah , Puteri Langkawi , Mat Kilau dan Bonnie & Clyde
18. Agong dan Raja - Raja perlu ingat :
TIADA RAKYAT
MAKA
TIADA RAJA
TIADA RAJA
MAKA
TIADA AGONG
19. Sebagai pemimin Islam terutama nya , kita perlu diingatkan selalu Hadis Nabawi Sahih Bukhari :
'orang - orang sebelum kalian BINASA kerana ketika ada orang dikalangan terhormat mencuri , mereka di bebas dan diampunkan , dan ketika orang dikalangan rendah mencuri di tegakkan hukuman terhadap nya ; demi ALLAH
sekiranya Fatimah , anak ku sendiri mencuri AKAN ku potong tangan nya '
20. Artikel ini dikirim kan juga kepada YDP Agong dan semua Raja - Raja Melayu
Wassalam
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment