Wednesday, 24 February 2021
Saturday, 20 February 2021
TALIAN HAYAT TERAKHIR
TALIAN HAYAT TERAKHIR
Tamrin Tun Ghafar
Ahad - 21/02/2021
( 1 - 25 )
1. Jika kita masih ingat menjelang PRU14 lepas yang berlangsung pada hari Rabu 9hb Mei 2018, rakyat, melalui DEKLARASI RAKYAT telah meluahkan perasaan benci mereka kepada UMNO/BN atas sebab - sebab yang telah diketahui umum.
2. Namun usaha itu TERBANTUT apabila Agong dan sebahagian besar Raja - Raja Melayu ketika itu ENGGAN mendengar rintihan mereka, malah ada Raja dan keluarga berkempen bagi memenangkan UMNO/BN; satu tindakan yang telah MELANGGAR Perlembagaan.
3. Sebagai seorang PEJUANG, Tun yang ketika itu berusia 92 tahun, seperti seekor kuda yang jatuh namun tetap bangkit semula, tidak putus asa.
4. Akhirnya rakyat , TANPA MEMPEDULIKAN keengganan Agong dan Raja - Raja Melayu MENDENGAR bantahan mereka, buat pertama kali sejak Merdeka MENOLAK UMNO/BN.
5. KINI SEKALI LAGI rakyat benar - benar MERAYU agar Agong dan Raja - Raja Melayu MENGENEPIKAN segala kepentingan peribadi, jika ada, MENDENGAR DAN BERTINDAK
MEMBATALKAN DARURAT yang telah mereka persetujui DAN MENGGANTIKAN SERTA MERTA Muhyiddin yang TELAH HILANG MAJORITI sebagai Perdana Menteri
6. Rakyat masih terbayang bagaimana di sebuah negeri 'bill board' yang besar dengan gambar Raja dan Permaisuri dengan ayat "RAJA ADALAH PAYUNG RAKYAT" ; begitu juga 'bill board' seorang Raja bersama Permaisuri dipayungkan seolah - olah memberi mesej yang sama.
7. Apakah kali ini Agong dan Raja - Raja Melayu AKAN MEMBUKTIKAN seperti apa yang terpapar di 'bill board' tersebut ?
8. Apabila Megat Seri Rama, Laksamana Bentan melafazkan kata - kata
RAJA ADIL
RAJA DI SEMBAH
RAJA ZALIM
RAJA DI SANGGAH
ia sebenarnya adalah nasihat berbentuk kata - kata yang berguna dari seorang rakyat yang patuh, namum tidak dapat menahan kemarahannya.
9. Mulai peristiwa gelap itu yang diingati sebagai
SULTAN MAHMUD MANGKAT
DI JULANG
sehingga ke hari ini Melaka yang melahirkan ramai Sultan tidak lagi mempunyai Raja atau Sultan.
10. Kita bersyukur rakyat akur dan hormat Raja - Raja yang telah diberi kepercayaan.
11. Tidak seperti apa yang pernah dan sedang berlaku terhadap Raja - Raja di luar sana, seperti kebangkitan Mao Tse Dong di China, Lenin di Rusia, Revolusi Rakyat di Perancis, Kebangkitan Rakyat di Indonesia dan di Iran dan kini apa yang sedang berlaku di Thailand yang sememangnya tidak terlintas dalam fikiran.
12. "JANGAN BERI AMANAH KEPADA GOLONGAN TERPALIT RASUAH " - itulah tajuk yang tersiar di kebanyakan media cetak dan elektronik ekoran Titah Baginda Sultan Nazrin, Sultan Perak tidak lama dulu.
13. Mengapa media begitu berminat melaporkan ucapan itu?; apakah mereka ketandusan berita atau ada mesej tertentu yang hendak mereka sampaikan?
14. Seperti pesanan Khairuddin Abu Hassan, Mesyuarat Majlis Raja - Raja PERLU MENELITI dan MENGHALUSI pandangan Azalina Othman Said, Peguam dan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat.
15. Khairuddin sendiri dengan sokongan Majlis Peguam Islam Malaysia, Majlis Peguam Negara dan Tun Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin PEJUANG telah memulakan TINDAKAN MAHKAMAH terhadap 'nasihat' Muhyiddin yang TIDAK ADA SOKONGAN majoriti Ahli - Ahli Parlimen kepada Yang Di Pertuan Agong.
16. Yang Di Pertuan Agong adalah TUNGGAK rakyat, justeru kita MESTI mempertahankan Institusi ini ASALKAN kita semua faham dan akur bahawa PERLEMBAGAAN NEGARA ADALAH SUPREME atau YANG TERATAS SEKALI.
17. Baru - baru ini Sarawak Report mendedahkan kononnya Tengku Mahkota Pahang telah membeli sebuah rumah di England dengan harga RM350 juta dengan belanja kos mengurus rumah tersebut ialah £5 juta atau RM25 juta setahun bersamaan RM2 juta sebulan.
18. Tidak mustahil laporan itu palsu atau sengaja diada - adakan bagi tujuan memburukan imej Tuanku dan Negara namun rakyat BERHARAP Agong sebagai KETUA NEGARA MENGGAMBIL tindakan undang - undang dengan kadar SEGERA terhadap Sarawak Report bagi MEMBERSIHKAN DIRI dan MENJAGA MARUAH rakyat.
19. JIKA tidak berbuat demikian berkemungkinan besar berbagai persoalan akan bermain di fikiran rakyat :
i. Apakah tuduhan Sarawak Report itu benar dan berasas
ii. Dari sumber kewangan mana Tengku Mahkota Pahang itu boleh membeli sebuah rumah di England yang begitu besar dengan harga belian RM350 juta dan kos penyelengaran sahaja berjumlah £5 juta atau RM25 juta bersamaan RM2 juta sebulan
iii. Apakah Tengku Mahkota Pahang TELAH membayar cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri atau LHDN hasil keuntungan perniagaan beliau ?
iv. Di harapkan juga Agong MENAFIKAN cakap - cakap dikalangan rakyat bahawa disebabkan kepentingan / keuntungan peribadi maka Muhyiddin kini AMAT SELESA dengan kedudukan beliau WALAUPUN TIDAK PUNYAI sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat ; ini jelas bertentangan dengan PERLEMBAGAAN
20. Perkara 34 (2), (3) dan (6) Perlembagaan - ia berhubung dengan:
KETIDAKBOLEHAN
YANG DI PERTUAN AGONG DAN PERMAISURI
justeru rakyat ingin kepastian samada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Agong boleh menggunakan kedudukannya MEMPENGARUHI Kerajaan dalam apa-apa keputusan dan tindakan untuk mendapatkan apa-apa projek diberikan kepada mana-mana syarikat atau badan atau individu yang akhirnya mendapat keuntungan perbadi atau keluarga; terserahlah kepada pakar-pakar Perlembagaan dan Mahkamah MENTAFSIRKAN perkara ini.
21. Yang penting kita rakyat Malaysia sama - sama membangunkan semula Negara ini dengan MENGHAPUSKAN SEGALA amalan rasuah, salah guna kuasa dan mereka yang mengambil peluang dan kesempatan bagi kepentingan diri dan keluarga.
22. ‘JANGAN BERI AMANAH KEPADA MEREKA YANG TERPALIT RASUAH DAN YANG TIDAK BERMARUAH "
23. Surah Al - Waqi'ah 27 : 83 di muka surat 537 berbunyi :
' Maka Mengapa Tidak Menghalang Ketika Nyawa Telah Sampai Di Korongkong '
24. Kepada Yang Di Pertuan Agong dan Raja - Raja Melayu ANGGAPLAH RAYUAN INI SEBAGAI TALIAN HAYAT TERAKHIR RAKYAT.
25. 'JANGAN SEBAB NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA'
Semoga Yang Di Pertuan Agong dan Raja - Raja Melayu turut meneliti tulisan ini
Wassalam
Terima Kasih
Friday, 12 February 2021
LAWATAN YANG BERJAYA ?
LAWATAN YANG BERJAYA ?
Tamrin Tun Ghafar
Jumaat - 12/02/21
( 1 - 22 )
1. Hampir 2 minggu lepas Mat Sejuk atau Abahcow telah melakukan Lawatan Resmi ke Republik Indonesia
2. Apakah setelah 'berjaya' maka lawatan yang sepatutnya dilakukan selama 2 hari itu katanya telah disengkatkan ke kurang 24 jam sahaja ?
3. Bagi mereka yang kurang pasti maksud panggilan 'MAT SEJUK' dan 'ABAHCOW' maka ianya perlu dijelaskan :
i. MAT SEJUK - mencerminkan sikap 'SELAMBA' sesaorang atau mungkin ianya hanya kepura - puran seolah - olah TIDAK KISAH ATAU TIDAK PEDULI segala apa yang di lemparkan terhadap beliau namum disebalik nya ia lebih garang dari seekor singa yang cedera
ii. ABAHCOW -
pada mulanya panggilan ABAH terhadsp Muhyiddin di perkenalkan oleh mereka yang ingin menggampu beliau namun dihujung perkataan ABAH di tambah perkataan COW oleh mereka yang terlalu marah dan benci beliau , maka ujudlah ABAHCOW yang membawa maksud :
ABAH yang membawa erti BAPAK dalam bahasa Melayu
sedangkan COW pula bermaksud LEMBU
4. Seperti juga apa yang berlaku di Malaysia , rakyat Indonesia mengikuti perkembangan politik kita sehingga terdapat dikalangan mereka MEMBANTAH lawatan tersebut melalui Facebook Presiden Jokowi dengan ayat - ayat yang tidak senang di baca ; sebagai contoh :
i. 'Bagaimana dia boleh jadi PM Malaysia sedangkan tidak ada sokongan dewan'
ii. 'Pak Presiden , tolong sekat , jangan biarkan dia pulang ke Malaysia'
iii. 'Dia ini manusia ke hantu dia tidak punya malu'
iv. Yang paling terasa apabila seorang Netizen melemparkan cabaran berbunyi :
'Hairan sunggyh bagaimana rakyat di Malaysia boleh punyai pengkhianat sebagai Ketua Negara mereka - buang aja deh !'
5. Rakyat ingin tahu SEKEMBALI DARI LAWATAN ITU , SUDAH KAH BELIAU , ISTERI DAN ROMBONGAN MENJALANI KURANTIN DI HOTEL YANG DI SEDIAKAN SELAMA MINIMA 7 HARI JIKA TIDAK 10 ATAU 14 HARI SEPERTI APA YANG RAKYAT BIASA MISTI LAKUKAN ?? atau dikecualikan oleh kerana kuman COVID 19 ini PASTI tidak akan menghinggapi PM dan ahli rombongan SEDANGKAN lapuran Pertubuhan Kesihatan Dunia ' atau World Health Organisation ( WHO ) MENGESAHKAN wabak COVID di Indonesia jauh lebih buruk dari kita; apakah itu tujuan Dr. Adham Baba MEMENDIKKAN masa kurantin BAGI Menteri - Menteri HANYA 3 hari sahaja '
6. Jika jalani Kurantin selama 7 hari , ini bermakna beliau TIDAK BOLEH ke pejabat ?
7. Rakyat tertanya apa perlunya membuat lawatan tersebut dalam keadaan COVID ini sedangkan segala perbincangan diantara beliau dan Presiden Indonesia BOLEH di lakukan melalui ATAS TALIAN atau TELE
CONFRENCE
8. Jika tidak di ingatkan pun sepatutnya beliau boleh berfikir, tidak lama dulu iatu pada bulan Nobember 2020 Malaysia telah menganjurkan Persidangan APEC yang melibatkan ramai pemimpin dunia dengan cara TELE CONFERENCE
9. Bak kata pepatah :
Rumah Dah Siap
Pahat Maseh
Berbunyi
ini berhubung dengan kos RM200 juta untuk mengendalikan TELE CONFRENCE tersebut
10. RM 200 juta adalah satu perbelanjaan yang TAK MASUK AKAL bagi mengendalikan TELE CONFERENCE ; apakah ada element 'penyelewangan' berlaku ?
11. Rakyat juga ingan tahu berapa ramai yang mengikuti rombongan tersebut dan berapakah jumlah yang dibelanjakan TERMASUK kos Kapalterbang , hotel , dan pegawai - pegawai keselamatan yang pergi lebih awal
12. Dalam musim COVID ini beliau tidak perlu membuat lawatan tersebut ; SEPATUTNYA beliau TUNJUK contoh dan teladan baik yang boleh di ikuti , bukan nak menunjuk 'SIAPA BOLEH HALANG APA PM NAK BUAT ?' , sedangkan rakyat , dahlah susah , kena pula bayar kompaun RM1000 malah ada yang di penjara jika tak mampu bayar
13. Bukan kah kos mengendalikan APEC RM200 juta , kos Lawatan ke Indonesia dan kos pembinaan 3 Dewan Orang Ramai sebanyak RM35 juta di Kawasan beliau sendiri di Pagoh , Johor TANPA TENDER TERBUKA boleh digunakan membantu hospital - hospital yang MEMERLUKAN bantuan ubat - ubatan dan oksigen , dan mungkin boleh disalurkan kepada Pasukan Tentera MEMBINA hospital sementara untuk digunakan pesakit - pesakit Wabak COVID ?
14. LAWATAN YANG AMAT BERJAYA ? - itu kenyataan beliau sekembali dari Lawatan tersebut
15. Tolong PERINCIKAN apakah KEJAYAAN beliau setelah perbincangan dengan Presiden Jokowi
i. apakah Indonesia MEMBERI IZIN agar Malaysia menganjakkan Batu Sempadan Negara 1 inchi lagi kedalam Kawasan Indonesia ?
ii. apakah Indonesia BERSETUJU nelayan kita menangkap ikan didalam kawasan perairan mereka SECARA BEBAS tanpa di tangkap ?
iii. apakah Indonesia BERSETUJU kita menghantar pulang setiap tahun 200,000 Pendatang Haram atau PATI ?
Jika setakat pengumuman bersetuju meningkatkan Kerjasama Ekonomi dan Kerjasama menangani Wabak COVID19 , itu perkara biasa
16. Apakah beliau menggunakan alasan Rahsia , OSA dan Wabak COVID untuk tidak mahu memeberitahu rakyat KEJAYAAN NYA itu ; rakyat BUKAN LAH Ahli Kabinet yang bukan sahaja telan apa yang di temberangkan nya malah TANPA mengkaji lapuran ada yang berlagak sebagai hulubalang yang konon nya sanggup ke hadapan ; jestru membuat kenyataan - kenyataan bodoh
17. Difahamkan ribuan Netizen melalui Facebook Resmi Istana Negara MEMINTA Darurat di tarik balik dan Muhyiddin yang sudah tidak ada majoriti Parlimen berhenti atau diberhentikan SERTA MERTA
18. Ini lah akibatnya apabila beliau SANGGUP MENIKAM ORANG YANG PERNAH MENYUAP NASI KE MULUT DENGAN MERAMPAS KUASA - - 'What Goes Around Comes Around' atau 'APA YANG KITA LAKUKAN AKAN KEMBALI BERLAKU KEPADA KITA SEMULA'
tamrintunghafar.blogspot.com
19. Walaupun punyai Kabinet terbesar dalam dunia atau bak kata budak - budak - Kitchen Cabinet , namun beliau GAGAL atau dalam bahasa Inggerisnya
YOU ARE A FAILURE
20. Mat Sejuk atau Abahcow ini PASTI AKAN DI KENANG SEBAGAI PENGKHIANAT , PEROMPAK DAN PENCURI YANG MENUBUHKAN KERAJAAN MELALUI PINTU BELAKANG
21. Baru setahun melakukan RAMPASAN KUASA , rakyat sudah meyuarakan kemarahan amat sangat terhadap beliau ; rata - rata; jika tidak , ini adalah BUKTI cakap beliau TIDAK BOLEH DI Percayai DAN MAHU beliau MEMBUKTIKAN cakap nya pada awal RAMPASAN KUASA bahawa beliau TIDAK BERMINAT jawatan yang di rampas ini
22. Jagalah nama baik dan maruah isteri , anak - anak dan adik beradik jika TIDAK MAHU dicampakan ke dalam 'Lubang Buaya' seperti yang terdapat di Kota Jakarta
23. TERSERAH LAH samada mahu menerima pandangan ini atau mahu MELENYAPKAN para pengkritik beliau atau MENGGUBAL undang - undang agar Perdana Menteri TIDAK BOLEH DI TEGUR ATAU DI KRITIK
Wassalam
Terima Kasih
Monday, 8 February 2021
TMJ DAN EBIT LEW
TMJ DAN EBIT LEW
Tamrin Tun Ghafar
Isnin - 08/02/2021
( 1 - 22 )
1. Ebit Lew bukanlah dari keluarga yang senang, jauh sekali dari keluarga yang berjaya dan kaya.
2. Sedih bercampur bangga apabila mendengar liku hidup awalannya sehinggalah beliau mampu MENOLONG mereka yang memerlukan pertolongan.
3. Walaupun IKHLAS namun beliau TIDAK KESUNYIAAN dari berbagai DUGAAN dan HALANGAN.
4. Yang terbaru apabila beliau telah MENGISLAMKAN 150 orang yang hanya tinggal di dalam sampan-sampan kecil di perairan Semporna, Sabah selain membantu mereka yang TERLALU DAIF di Kelantan dan di seluruh negara.
5. Kini umum mula mengenali dan mengiktiraf kerja-kerja AMAL beliau.
6. Kita umat yang DILAHIRKAN Islam sepatutnya merasa bersalah dan malu diatas kegagalan melakukan usaha seperti yang dilakukan oleh Ebit yang hanya MEMELUK Agama Suci ALLAH SWT selepas dilahirkan dari keluarga Cina.
7. Namun usaha baik beliau yang DITUNTUT agama itu telah mendapat berbagai kritikan dan kata-kata sinis; malangnya kritikan dan halangan datangnya dari tidak lain tidak bukan umat yang mengaku diri mereka Islam.
8. Yang mereka tahu ialah berlumba - lumba menghimpun kekayan sama ada dengan jalan yang lurus mahupun RASUAH dan SALAH GUNA KUASA.
9. Di mana Menteri, Timbalan Menteri, Duta Bertaraf Menteri dan mereka yang telah diberi jawatan di Syarikat - Syarikat GLC yang sedang berbahagia dengan gaji dan imbuhan yang lumayan?
10. Biasanya sebahagian besar Wakil Rakyat yang diberi peruntukan lebih RM3 juta seorang setahun menggunakannya untuk menperkukuhkan dan mengekalkan jawatan, dalam erti kata lain mereka menutup mata sebelah terhadap rakyat di bawah yang menjerit kesusahan.
11. Yang rakyat lihat ramai di antara mereka berlumba - lumba mendirikan rumah yang lebih besar dan menambah kereta - kereta mewah untuk mereka dan anak - anak bagi menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimiliki.
12. Isteri - isteri mereka pula sibuk menayang cincin emas dan permata serta pakaian-pakaian yang mahal yang ditempah dari pereka - pereka fesyen yang ternama.
13. Jika ke masjid mendengar ceramah pula, mereka akan belumba - lumba menayang beg tangan berjenama.
14. Kebanyakan Ustaz-ustaz yang berceramah di Masjid dan di surau-surau JARANG berterus-terang tentang keadaan terkini.
15. APAKAH MEREKA TERFIKIR MELAKUKAN SEPERTI YANG DILAKUKAN EBIT LEW?
16. Walaupun sebelum ini banyak tulisan saya mengkritik TMJ namun keprihatinan yang ditunjukkan beliau dengan menghulur sedikit bantuan melalui Ebit Lew kepada rakyat yang memerlukan, terutama sekarang harus DICONTOHI DAN DIBERI PUJIAN.
17. Saya berharap langkah baik yang dilakukan TMJ AKAN diikuti oleh lebih ramai lagi mereka yang jauh lebih bernasib baik dari mereka yang memerlukan bantuan.
18. Jangan terlalu SIBUK MEMBERI DAN MENGUTIP pingat semata-mata.
19. JIKA TIDAK BOLEH ATAU TIDAK MAHU MEMBANTU JANGANLAH KITA MENGHALANG KERJA - KERJA BAIK BELIAU.
20. Ingatlah Firman ALLAH SWT segala yang ada didunia ini, harta dan keluarga akan tinggal buat selama-lamanya.
21. Kepada TMJ, semoga dimurahkan rezeki dan teruskanlah kerja - kerja baik ini.
21. Ebit Lew TIDAK PERLUKAN publisiti murahan seperti Muhyiddin yang tak habis-habis dengan ‘Ucapan Khas’ dan jawatan Kerajaan bagi MEMBANTU RAKYAT yang MEMERLUKAN.
Wassalam
Terima Kasih.
Saturday, 30 January 2021
BETUL KE SEMBURIT NI?
BETUL KE SEMBURIT NI??
Tamrin Tun Ghafar
Ahad - 31/01/2021
( 1 - 23 )
1. Memang saya gunakan tajuk yang KASAR bagi tulisan kali ini.
2. Bagi pembaca khususnya penyokong - penyokong yang terlalu TAKSUB dengan PENGKHIANAT yang pintar berlakun dan berpura - pura ini, mereka pasti menyerang saya dengan maki hamun dan kata - kata kesat.
3. Sebenarnya penghormatan saya bermula sewaktu beliau bertugas selaku Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim SEHINGGALAH tertularnya PENGAKUAN Haziq Abdul Aziz di mana kepercayaan saya terhadap beliau terus hancur berkecai bagaikan cermin dihempas ke batu.
4. Tajuk diatas ' 'BETUL KE SEBURIT NI ??' dipilih bagi menunjukkan karektor atau sifat SEMULA JADI dan HIPOKRIT seorang yang bernama AZMIN ALI.
5. Anak kelahiran Singapura ini yang lahir pada 25hb Ogos 1964 telah diberi kepercayaan bertugas di pejabat Anwar selaku Setiausaha Sulit.
6. Ekoran kes rasuah dan liwat Anwar yang berakhir dengan beliau dipenjarakan, Azmin dan beberapa rakan lain bertindak menubuhkan Parti Keadilan Rakyat atau PKR.
7. Mulai 2008 sehingga kini pengundi - pengundi di Kawasan Parlimen Gombak dan Kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa telah memilih beliau sebagai wakil mereka.
8. Ekoran LANGKAH KAJANG, Azmin dengan sokongan Hadi dan PAS Selangor mula mengatur strategi dan akhirnya berjaya mengenepikan Anwar dan isterinya, Dr. Wan Azizah apabila beliau dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid Ibrahim ( Tan Sri ).
9. Setelah rakyat menolak UMNO/BN pada hari Rabu 9hb Mei 2018, Azmin sekali lagi berjaya MEYAKINKAN Tun Dr. Mahathir dengan melantik beliau sebagai Menteri Ekonomi bagi MENGATASI masalah ekonomi negara.
10. Bagaikan anak emas dan hulubalang yang bersenjatakan keris dan tombak, di mana sahaja Tun berada sama ada di dalam atau di luar negara , rakyat akan melihat beliau tetap berada disamping Tun - ia membuatkan ramai Ahli - Ahli Kabinet berpendirian dialah bakal PENGGANTI Tun.
11. Rupa - rupanya sejarah bagaimana Brutus MENIKAM Julius Ceaser di Kota Rom, Italy 2000 tahun dahulu kembali berulang di Tanahair kita sendiri.
12. Bagai membenarkan pepatah :
Gunting Dalam
Lipatan
Api Dalam
Sekam
Musuh Dalam
Selimut
DAN
Menggigit
Tangan
Yang Menyuap
Nasi Ke Mulut
demi NAFSU, beliau yang BERPAKAT dengan Muhyiddin dan Hamzah SANGGUP melakukan RAMPASAN KUASA tersebut.
13. Tidak terfikir bagaimana mereka yang pernah menyerang UMNO dan PAS kini boleh berpeluk - pelukan dengan musuh ketatnya semata - mata bagi merebut jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kanan.
14. Rakyat masih tidak lupa hubungan seks luar tabii yang dilakukan oleh Azmin dan pasanganya, seorang lelaki , Haziq Abdul Aziz di Hotel Four Points di Sandakan, Sabah; jika tidak benar mengapa sehingga kini beliau TIDAK BERANI mengheret Haziq ke Mahkamah bagi MEMBERSIHKAN diri beliau dan keluarga serta pengikut-pengikutnya yang TERLALU PERCAYA dengan beliau.
15. Kini Azmin sedang berdrama dengan Muhyiddin seperti yang dilakukannya ketika bersama Tun - di mana ada Muhyiddin maka adalah Azmin; ini dilakukan bagi menunjukkan betapa intimnya beliau dengan Muhyiddin.
16. Beliau tahu barah yang dialami Muhyiddin walaupun mungkin pulih namun penyakit ini BOLEH berlaku lagi pada bila - bila masa dan apabila berulang, ia lebih membahayakan dan mungkin membawa maut, dan pada masa itu beliau PASTI berusaha untuk mengambil alih jawatan tertinggi yang diimpikan.
17. Rakyat sudah mula kenal siapa Azmin Ali SEBENARNYA :
i. Menipu Anwar dan parti yang diasaskannya, PKR dengan berbagai alasan.
ii. Menikam Tun Dr. Mahathir walaupun Tun dan isteri menganggap beliau sebagai anak angkat dan pernah menyelamatkannya dalam kes SEMBURIT.
iii. Menipu pengundi - pengundi Gombak dan Bukit Antarabangsa dengan MENGINGKARI janji MENENTANG RASUAH oleh UMNO / BN.
iv. Apakah dia masih menganggap rakyat boleh ditipu dan diperbodohkan apabila menuduh Kerajaan PH gagal menangani masalah ekonomi rakyat dan negara sedangkan ketika itu dialah yang mengurus ekonomi negara selaku Menteri Ekonomi selama 22 bulan sebelum Kerajaan Pintu Belakang atau Kerajaan Tebuk Atap menggambil alih kuasa - ini dengan jelas membawa erti Azmin yang hanya pandai berdrama, berpura - pura dan retorik, GAGAL.
v. Begitu juga tuduhan beliau terhadap Kerajaan PH berhubung isu COVID 19
- tonton sajalah klip video dan laporan Antabangsa yang terbaru berhubung kedudukan ekonomi dan COVID 19 negara kita dibandingkan dengan negara lain.
18. Bukan saja bergaduh dengan adik beradik tapi pernah juga 'BERTINDAK' kasar terhadap ibu kandungnya walau pun akhirnya beliau mengalah dengan ibu kandungnya itu, Cik Tom Yahya yang sudah pergi meninggalkan dunia ini ( Alfatehah ).
19. Apakah Azmin akan 'MEMBELI' pemimpin - pemimpin UMNO, PAS dan PKR Kawasan Gombak bagi MENGKEKALKAN Kerusi Gombak dan Bukit Antarabangsa?
20. Atau apakah beliau akan BERHIJRAH ke Batu Pahat atau Penggerang, Johor atau di mana tempat selamat pada PRU15 nanti?
21. Izinkan saya mengucap TAHNIAH kepada masyarakat Batu Pahat atau Penggerang atau di mana saja kerana SUDI MENERIMA dan MENYOKONG PENGKHIANAT yang juga terlibat dengan aktiviti SEMBURIT sebagai Wakil Rakyat mereka.
22. Terlalu banyak pembohongan dilakukan; seperti Muhyiddin, tanpa pembohongan beliau mungkin sukar naik ke atas.
23. INSAF DAN BERTAUBATLAH SEBELUM ALLAH SWT MENARIK NYAWA SAUDARA.
Wassalam
Terima Kasih.
Thursday, 21 January 2021
AGONG DAN PERLEMBAGAAN
AGONG DAN PERLEMBAGAAN
Tamrin Tun Ghafar
Khamis - 21/01/21
( 1 - 22 )
1. Thomas Sowell, seorang Ahli Akademik di salah sebuah Universiti Terkemuka di Amerika Syarikat pernah menyuarakan pendanganya berhubung politik :
" Politics Is The Art
Of Making
Your Self Desires
Seem Like
The National
Interest "
ATAU
"Politik Adalah
Seni Menjadikan
Kepentingan Diri
Seolah - Olah
Mencerminkan
Ia Adalah Bagi
Kepentingan
Rakyat Dan
Negara"
2. Jika tidak ada sebarang PENAFIAN oleh Pejabat Perdana Menteri atau PMO maka apa yang dikatakan oleh salah seorang pegawai Muhyiddin bahawa Perisytiharaan Darurat itu adalah bagi KEPENTINGAN POLITIK Muhyiddin adalah BENAR.
3. Sebenarnya rakyat sudah LALI dengan sikap PEMBOHONGAN dan PENGECUT Muhyiddin yang membisu dan memekakkan telinga seperti burung kasawari membenamkan kepala ke dalam pasir apabila berhadapan dengan perkara - perkara yang tak boleh dijawab seperti TAKUT MENJAWAB CABARAN SAYA DI MAHKAMAH dalam kes hubungan seks beliau dengan Nika Gee yang ketika itu MASIH bersuami.
4. Sejak RAMPASAN KUASA pada bulan Februari 2020, TIDAK ada satu perancangan ekonomi jangka panjang yang boleh dibanggakan; yang dipersembahkan ialah bantuan jangka pendek atau sementara kepada Makcik Kiah, itu pun telah diperbetulkan oleh Menteri Kewangaannya selain dari bacaan doa bagi menutup KEKOTORAN yang dilakukannya.
5. Kini banyak kilang pembuatan dan industri lain ditutup dan berpindah ke Indonesia menyebabkan jumlah pengangguran meningkat, walaupun Azmin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengatakan ekonomi negara kukuh dan masih banyak Pelabur Asing (Foreign Direct Investment) datang melabur di sini.
6. Nasihat saya hentikan tabiat membohongi rakyat jika tidak mahu dihumban pada Pilihanraya Umum akan datang.
7. Perlu diulangi lagi bahawa Sistem Pemerintahan Negara yang TELAH DIPERSETUJUI oleh semua pihak dan DIGUNAPAKAI berhubung kedudukan Raja - Raja Melayu sejak MERDEKA 64 tahun lalu:
RAJA
BERPELEMBAGAAN
bukun
RAJA MUTLAK
atau
CONSTITUIONAL
MONARCH
not
ABSOLUTE
MONARCH
8. Dalam lain perkataan PERLEMBAGAAN NEGARA ADALAH SUPREME atau YANG TERATAS SEKALI, justeru semua pihak sama ada rakyat negara ini termasuk orang asing, Agong, Raja-Raja, Perdana Menteri mahu pun penyapu sampah di tepi jalan MESTI dan WAJIB akur dan menghormatinya.
9. Rakyat tidak mempersoalkan kuasa dan tindakan Agong berhubung PERISYTIHARAAN DARURAT yang diumumkan namun ingin mengingatkan SUMPAH yang dilafazkan semasa mengambil alih jawatan Yang Di Pertuan Agong :
" Kami ......ibni ...... Yang Di Pertuan Agong Bagi Malaysia BERSUMPAH Dengan Melafazkan
WALLAHI ; WABILLAHI ; WATALLAHI
Maka Dengan Lafaz Ini Berikrarlah Kami Dengan Sesungguhnya Dan Dengan Sebenarnya MENGAKU Akan Taat Setia Pada Menjalankan Dengan ADILnya Pemerintahan Bagi Malaysia Dengan Mengikut Sebagaimana Undang - Undang dan PERLEMBAGAAN Yang Telah DiSah Dan DiMasyhurkan Dan Yang Akan DiSah Dan DiMasyurkan Di Masa Hadapan Ini. Dan Lagi Kami Berikrar Mengaku Dengan Sesungguh Dan Dengan Sebenarnya Memelihara Pada Setiap Masa Agama Islam Dan Berdiri Tetap Di Atas Pemerintahan Yang ADIL Dan Aman Di Dalam Negeri.
10. Sebenarnya rakyat TIDAK MENCABAR tindakan Agong namun ramai berpendapat Perisytiharaan Darurat itu TIDAK bertepatan dengan Perkara 150 (1 ) dan ( 2 ) Perlembagaan.
11. Perkara 150 ( 1 ) -
' Jika Yang Di Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar SEDANG BERLAKU yang menyebabkan Keselamatan atau Kehidupan Ekonomi, atau Ketenteraman Awam di dalam Persekutuan atau mana - mana bahagiannya terancam , maka YDP Agong BOLEH mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu Perisytiharan yang bermaksud sedemikian.”
11. Perkara 150 ( 2 ) -
' Proklamasi Darurat di bawah Fasal ( 1 ) BOLEH dikeluarkan SEBELUM SEBENARNYA BERLAKU kejadian yang mengancam Keselamatan, atau Kehidupan Ekonomi, atau Ketenteraman Awam di dalam Persekutuan atau mana - mana bahagiannya jika YDP Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku.
12. Persoalan yang berbangkit ialah:
i. Apakah BOLEH YDP Agong menerimapakai NASIHAT seorang Perdana Menteri yang HILANG sokongan Ahli Parlimen atau Wakil Rakyat?
ii. Amat Penting memahami
PERKARA 43 ( 2 ) ( a ) iaitu :
YDP Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengurusikan Jemaah Menteri seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada HEMATnya mungkin MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI Ahli Dewan Rakyat itu.
iii. PERKARA 43 ( 4 ) :
JIKA PERDANA MENTERI TIDAK LAGI MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI Ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri HENDAKLAH MELETAKKAN JAWATAN Jemaah Menteri melainkan atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh YDP Agong.
iv. Apakah tidak mustahil mengadakan Piliharaya Umum dalam keadaan penuluaran COVID ini boleh MEMBURUKAN keadaan kesihatan seperti yang pernah berlaku sewaktu Pilihanraya Negeri Sabah beberapa bulan lepas.
v. Apakah TIDAK MUSTAHIL Proklamasi Darurat itu SEBENARNYA lebih kepada kepentingan diri Muhyiddin apabila Parlimen dan aktiviti politik digantung sehingga Ogos 2020?
vi. Salahguna kuasa dan rasuah PASTI akan terus meningkat tambah lagi apabila Parlimen digantumg - mereka boleh buat apa sahaja sesuka hati sedangkan rakyat terus ikat perut akibat harga barang makan dan keperluan harian terus MENINGKAT.
13. Muhyiddin SUDAH pun HILANG SOKONGAN DAN KEPERCAYAAN, justeru Agong PERLU
MEMPERTIMBANG SEMULA beliau sebagai Perdana Menteri dan Perisytiharan Darurat.
14. Jika sebelum ini 3 Ahli Parlimen Kerajaan yang telah disahkan POSITIF COVID 19 diarak masuk Parlimen dengan memakai PAKAIAN KHAS ( PPE ) COVID 19 semata - mata untuk mengundi menyokong Kerajaan dan pada masa yang sama semua Ahli Dewan patuh kepada SEMUA syarat yang diperintah termasuk PENGASINGAN diri dengan setiap Ahli Dewan dipisahkan oleh kotak cermin, maka APA PERLUNYA Parlimen digantung?
15. Sebenarnya penggantungan Persidangan Parlimen dilakukan bagi MENGGELAKKAN UNDI TIDAK PERCAYA terhadap Muhyiddin.
16. Ada kemungkinan besar majoriti Perwakilan UMNO AKAN mengundi MENARIK sokongan terhadap Muhyiddin, justeru semua aktiviti politik TIDAK DIBENARKAN.
17. Mengapa Kompleks Beli Belah, Pasaraya dan Tadika boleh dibuka sedangkan Parlimen yang hanya mempunyai 220 Ahli TIDAK DIBENARKAN; bukankah ia satu tindakan yang tak masuk akal?
18. Diharapkan Agong dan Raja - Raja Melayu yang telah memberi persetujuan mengenai Perisytiharan Darurat ini MENIMBANG SEMULA keputusan tersebut, lagi pun ia lebih kepada MENYUSAHKAN rakyat terutama aktiviti ekonomi harian yang bertentangan dengan SYARAT-SYARAT Deklarasi Darurat seperti yang TERMAKTUB dalam Perlembagaan.
19. Kita berbangga Agong dan Raja-Raja Melayu TIDAK BOLEH DIBELI atau TIDAK TERMASUK dalam kalangan ‘Scheme of Things’ yang dilakukan Muhyiddin kepada Ahli-Ahli Parlimen bagi mengukuhkan jawatannya.
20. Kita bersyukur kerana rakyat hari ini masih mencintai dan menghormati Raja - Raja, tidak seperti sejarah Melaka di mana seperti Sultan ditikam mati akibat kezaliman terhadap isteri Megat Seri Rama, Laksamana Bentan yang begitu setia dan berakhir dengan kemarahan,
begitu juga apa yang berlaku terhadap Marie Antionette, Raja Perancis yang terakhir selepas rakyat bertindak ekoran kelaparan berlaku dalam tahun 1793.
21. Adalah lebih sempurna jika Yang Dipertuan Agong bertindak seperti SUMPAH yang dilafazkan dengan MENDENGAR sendiri pandangn Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim kerana mereka ini terlibat secara terus dalam apa yang sedang berlaku; jika tidak bantahan demi bantahan akan berterusan.
22. TERSERAH KEPADA MAJLIS PEGUAM (Bar Council) dan PAKAR-PAKAR PERLEMBAGAAN DUDUK BERSAMA MENGKAJI DAN MENGHANTAR RUMUSAN MEREKA KEPADA YDP AGONG.
Wassalam
Terima Kasih.
Tuesday, 12 January 2021
APA PERLUNYA DARURAT?
APA PERLUNYA DARURAT?
Tamrin Tun Ghafar
Selasa - 12/1/21
( 1 - 25 )
1. Mungkin tindakan mengisytiharkan DARURAT atau EMERGENCY yang diumumkan YDP Agong SETELAH mendapat nasihat Perdana Menteri dan SETELAH berbincang dan mendapat persetujuan Raja - Raja Melayu adalah khusus untuk tujuan menangani penuluaran COVID 19.
2. Tidak lama dahulu Agong dengan persetujuan Raja - Raja Melayu telah MENOLAK cadangan Kerajaan Muhyiddin untuk mengisytiharkan darurat.
3. Jika alasan Proklamasi Darurat yang diberi semata - mata kerana ingin menangani masalah penularan COVID 19 maka rata - rata berpendapat ia adalah amat PELIK dan AJAIB.
4. Rakyat tidak mempertikaikan kuasa Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Malaysia untuk menangani COVID 19, cuma apa perlunya darurat tersebut?
5. Atas nasihat Perdana Menteri, Agong boleh isytihar Pembubaran Parlimen dan Pilihanraya Umum boleh diadakan; begitu juga selepas ROMPAKAN KUASA Muhyiddin PERNAH TANGGUHKAN Sidang Parlimen dari bulan Mac ke Mei 2020.
6. Apabila Sidang Parlimen Dibuka Rasmi pada bulan Mei oleh Agong yang sama, Wakil Rakyat TIDAK dibenarkan berucap - isu COVID 19 dijadikan alasan yang ramai berpendapat alasan BODOH.
7. Jadi apa perlunya darurat?
8. Apabila TIDAK ada Rampasan Kuasa Tentera dan rakyat pula masih bebas menjalankan tugasan harian, malah pada petang semalam pula Muhyiddin sudah pun mengumumkan langkah - langkah tertentu bagi menangani COVID 19, perlaksanaan darurat ini tentu saja menimbulkan tanda tanya.
9. RAMPASAN KUASA SEBENAR ialah yang telah dilakukan Muhyiddin dan rakan - rakannya pada bulan Februari 2020.
10. TIADA siapa yang mempunyai otak waras yang mahu menggagalkan segala usaha menangangi COVID 19 dan ekonomi.
11. Sebenarnya dengan Perisytiharan Darurat ini ia bukan sahaja MEMBUKTIKAN KEGAGALAN Kerajaan Pakatan Nasional atau PN pimpinan Muhyiddin mengatasi isu COVID dan masalah rakyat, malah ia dilihat lebih kepada MENYELAMATKAN diri beliau daripada dijatuhkan.
12. Dengan Perisytiharan ini Kerajaan BEBAS MELAKUKAN APA SAHAJA termasuk amalan salaguna kuasa yang boleh membawa kepada perbuatan rasuah.
13. Oleh kerana 2 orang Wakil Rakyat sudah tiada maka Kini Muhyiddin hanya mempunyai 110 sokongan dari jumlah 220 atau hanya 50% Wakil - Wakil Rakyat dalam Parlimen.
14. Walaupun sudah diisytiharkan Darurat di mana Parlimen digantung namun ia TIDAK BERERTI Ahli - Ahli Parlimen yang lain khasnya UMNO tidak boleh meneruskan rancangan MENARIK SOKONGAN terhadap Kerajaan PN.
15. Dalam situasi begini di mana nyawa Muhyiddin tak ubah seperti :
'Nyawa - Nyawa
Ikan'
atau buah durian yang pasti gugur apabila ditiup angin, Muhyiddin AKAN GUNAKAN DAN BUAT APA SAHAJA bagi mengekalkan jawatan yang diambil melalui RAMPASAN KUASA yang telah dilakukannya.
16. Mungkin hari ini Muhyiddin dan rakan - rakan boleh berpesta kerana telah berjaya meyakinkan Agong namun TIDAK MUSTAHIL mulai malam ini beliau akan diburu MIMPI NGERI!!
17. TERSERAHLAH kepada Wakil - Wakil Rakyat atau MP UMNO khususnya sama ada mahu terus BERDOSA menyokong Kerajaan RAMPASAN KUASA ini atau sebaliknya.
18. Mungkin hari ini Saudara juga boleh turut sama berpesta dan bergembira dengan beliau tapi jangan lupa HANYA ALLAH SWT Sahaja yang PASTI menarik balik nyawa yang dipinjamkan kepada kita dan selepas itu kita akan berhadapan dengan Malaikat di alam Kubur dan seterusnya dibangkirkan semula di Akhirat kelak.
19. Sudah 2 orang rakan Saudara di dalam Parlimen yang telah pergi.
20. Kita Bila Pulak ?
21. ‘TEPUK DADA
TANYA SELERA'
22. Rakyat SEKALI LAGI DIPERDAYAKAN oleh Muhyiddin dan rakan - rakannya yang MABUK KUASA - untuk apa ; jawapannya ada pada mereka dan terserahlah pula kepada kita mengagaknya.
23. Untuk rakyat Perintah Kawalan Perjalanan ( PKP ) dilaksanakan 2 minggu tapi untuk SELAMATKAN diri Perintah Darurat dengan Penggantungan Parlimen selama 8 bulan.
24. Diharap Agong akan MENILAI DENGAN TELITI prestasi Kerajaan Perikatan Nasional sejak RAMPASAN KUASA dilakukan mereka setahun yang lepas.
25. Saya percaya cakap - cakap atau kiasan kononnya Muhyiddin telah 'MEMBELI' Agong dengan beberapa projek raksasa yang memberi keuntungan lumayan HANYALAH FITNAH semata - mata.
Wassalam
Terima Kasih.
Thursday, 7 January 2021
APA YANG KITA LAKUKAN AKAN KEMBALI BERLAKU KEPADA KITA SEMULA
APA YANG KITA LAKUKAN AKAN KEMBALI BERLAKU KEPADA KITA SEMULA
Tamrin Tun Ghafar
Isnin - 04/01/2021
( 1 - 21 )
1. ' Whats Goes
Around
Comes
Around '
itu pepatah Inggeris yang mempunyai maksud lebih kurang sama dengan tajuk tulisan saya ini.
2. Di Australia masyarakat Kaum Asal atau Abrogines menggunakan satu alat senjata yang dikenali sebagai BOOMERANGS, apabila ia dibaling, alat tersebut akan kembali semula kepada pembaling tersebut.
3. Itulah yang berlaku kepada Muhyiddin dan akhirnya akan dirasai oleh mereka yang TERLIBAT DALAM RAMPASAN KUASA.
4. Alasan yang diadakan selepas peristiwa tersebut adalah alasan yang susah diterima oleh mereka yang berfikiran waras dan mereka yang TIDAK MUDAH MENJUAL MARUAH seperti yang dilantik sebagai Menteri , Timbalan dan jawatan - jawatan dalam GLC.
5. Kudeta atau dalam bahasa Perancisnya Coup D'etat adalah RAMPASAN KUASA.
6. Walaupun matlamatnya sama namun cara dan coraknya berbeza :
i. Di Indonesia, Soekarno diturunkan dalam satu RAMPASAN KUASA oleh Soeharto, seorang General yang cukup dipercayainya.
Rampasan Kuasa ini telah menyaksikan peristiwa ngeri di mana 7 orang General yang tidak memihak kepada Soeharto dibunuh dan dicampakan ke dalam perigi yang dikenali sebagai 'Lubang Buaya'.
ii. Di satu ketika dahulu RAMPASAN KUASA kerap berlaku di Thailand.
iii. Pemberontakan bersenjata oleh A M Zahari bagi tujuan RAMPASAN KUASA di Brunei telah dipatahkan oleh Kerajaan dengan bantuan tentera kelolaan Kerajaan Inggeris.
iv. Mengikut Tun Ghazali Shafie yang lebih dikenali dengan panggilan King Ghaz ( Alfatehah ) mantan Menteri Luar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri pertama ( Alfetahah ) dalam ruang atau columnya ' As I See It ' dalam akhbar The Star bahawa peristiwa berdarah 13 Mei 1969 adalah RAMPASAN KUASA KECIL atau MINI COUP yang dirancang berbualan lamanya; Tunku dijatukan dan diganti oleh Tun Razak.
7. Selepas PH memerintah selama 22 bulan, Muhyiddin dengan dibantu oleh Hamzah dan Azmin dan pembantu Tun sendiri telah MENIKAM Tun dari belakang; itulah RAMPASAN KUASA.
8. Bagi menjayakankan RAMPASAN KUASA ini pula Muhyiddin 'MENJUAL' jawatan - jawatan Menteri, Timbalan Menteri, Duta Khas bertaraf Menteri dan Pengerusi-Pengerusi GLC kepada mereka kerana Muhyiddin tahu mereka PASTI menyokongnya dengan tawaran yang diberi kerana mereka lebih MEMENTINGKAN DIRI dengan gaji dan imbuhan yang amat lumayan - dalam ertikata lain mereka ini manusia yang TIDAK BERMARUAH - sanggup menjual diri dan melakukan apa apa sahaja seperti lembu dicucuk hidung.
9. Inilah ‘Scheme of Things yang dirancang dan dilaksanakan oleh seorang yang kononnya tak berminat dengan jawatan Perdana Menteri.
10. Mengikut seorang Ketua UMNO Bahagian, Parti BERSATU pimpinan Muhyiddin kini membayar RM20,000 bagi setiap Cawangan UMNO yang sanggup menukar bendera dari UMNO kepada BERSATU.
11. Sebahagian besar Bahagian - Bahagian UMNO di Kelantan MENOLAK kerjasama UMNO dengan BERSATU.
12. Beberapa Bahagian UMNO di Johor TERMASUK Bahagian Pagoh dimana Ahli Parlimennya ialah Muhyiddin sendiri membuat ketetapan yang sama.
13. Jika desakan sebegini berterusan, MKT UMNO SEPATUTNYA MENGHORMATI pandangan dan perasaan akar umbi - tarik balik sokongan UMNO kepada Muhyiddin dan Menteri - Menteri dan Timbalan Menteri serta Pengerusi-Pengerusi GLC UMNO berhenti serta merta dari jawatan yang mereka sandang.
14. Janganlah tidur bersama isteri yang kita anggap sebagai seorang pelacur jika tidak mahu digelar sebagai lelaki DAYUS.
15. Sebenarnya sejak RAMPASAN KUASA pada bulan Februari lepas sehingga kini tidak ada satu rancangan baik pun dari Mat Sejuk ini; mengikut kenyataan SPRM, yang meningkat naik ialah jumlah penyelewanģan kuasa dan rasuah bertambah, malah lebih teruk dari zaman Kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dahulu.
16. Kenyataan dan tindakan Menteri - Menteri dan Timbalan Menteri banyak yang bercelaru seperti anak ayam tanpa ibu; ini berlaku kerana Perdana Menteri HAPRAK - tidak boleh kawal kebodohan mereka sehingga ada Menteri yang masih menggangap diri sebagai Mufti dan ada pula Menteri yang bercanggah secara terbuka dengan Timbalannya.
17. Rakyat kecewa dan putus asa melihat gelagat mereka - jika setakat bantuan RM1500 sekali atau 'one off payment' bagi menangani maslah COVID 19, mereka berkata sesiapa pun boleh buat.
18. Yang rakyat ternanti - ternanti ialah Perancangan Ekonomi Jangka Pendek dan Panjang yang meyakinkan BUKAN cukup dengan mengulangi doa di kaca TV kerana kata mereka bab baca doa ini adalah tugas Menteri Agama bukan tugas seorang Perdana Menteri, lagi pun rakyat tertanya - tanya apakah afdal doa seorang yang pernah mengadakan hubungan seks dengan isteri orang?
19. Apakah Najib , Zahid dan ramai lagi Ahli - Ahli MKT UMNO bertindak untuk menyelamatkan diri dari tindakan Mahkamah atau bertindak untuk kepentingan lebih 3 juta ahli UMNO?
20. ‘TEPUK DADA
TANYA SELERA'
PISAU BERADA
DI TANGAN
ANDA.
21. Bak kata pepatah :
'Jangan Menang
Sorak
Kampung
Tergadai'
Wasallam
Terima Kasih.
Monday, 28 December 2020
DEMI !!!
DEMI !!!
Tamrin Tun Ghafar
Jumaat - 01/01/21
( 1 - 24 )
1. Demi Kuasa
Demi Ketuanan
Demi Bangsa
Demi Negara
Demi Islam
Demi Melayu
Demi . . . . . . .
2. Selain dari Demi itu dan Demi ini, satu lagi slogan yang tak asing ialah :
'Tidak Melayu
Hilang Di Dunia'
3. 'Hidup Melayu
'Allahuhakbar' !!!
itulah teriakan yang selalu dimainkan ke telinga para Perwakilan dan di tayang secara langsung oleh semua stesen TV semasa Perhimpunan Agung Tahunan UMNO dan PAS berlangsung.
4. Tak cukup dengan berbagai slogan, mereka khususnya UMNO akan beramai - ramai menyanyikan dengan penuh semangat , malah ada yang mengalirkan air mata lagu wajib parti tersebut :
i. 'Bersatu
Bersetia
Berkhidmat'
ii. 'Anak Kecil
Bermain Api'
5. Jika diikuti ucapan Perasmian dan Penggulungan oleh Presiden dan kebanyakan Ahli - Ahli Kerja Tertinggi yang juga Menteri Kabinet, ia membuatkan orang Melayu terlena diatas buaian seolah - olah ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
6. Kebanyakan Perwakilan yang berucap pula bukan sahaja tidak berani berterus terang tapi lebih kepada menjaga periuk nasi mereka sehingga mereka lupa atau tidak peduli segala janji yang dilafazkan pada Perhimpunan sebelum itu.
7. Kira - kira 30 tahun lepas Tun Dr. Mahathir telah berterus terang MENGINGATKAN kita bahawa pada tahun 2020 atau mungkin awal lagi orang Melayu AKAN MENOLAK UMNO kerana katanya ketika itu pemimpin - pemimpinnya TIDAK lagi berjuang untuk bangsa ; mereka berebut - rebut kuasa dan melakukan rasuah untuk kepentingan diri dan keluarga.
8. Ingatan Tun menjadi kenyataan apabila buat pertama kali sejak penubuhan UMNO pada tahun 1946, oleh kerana bencinya kepada sikap pemimpin - pemimpin, orang Melayu MENOLAK UMNO pada Pilihanraya Umum ke 14 yang berlangsung pada hari Rabu , 9hb Mei 2018.
9. Oleh kerana MEMERLUKAN sokongan orang Melayu yang telah jauh hati, kini TANPA SEGAN SILU pemimpin - pemimpin UMNO mula MENIUP SERULING dengan harapan tikus - tikus yang BOLEH DIPERBODOHKAN LAGI akan mengikut mereka sehingga mati kelemasan di dalam longkang.
10. Kata mereka TANPA UMNO orang Melayu akan jadi pengemis di Tanahairnya sendiri.
11. Yang sebenarnya pemimpin - pemimpin UMNO lebih senang jika orang Melayu terus miskin kerana dengan itu orang Melayu akan terus sokong mereka apabila dicampakkan gula - gula.
12. Jika hilang sokongan , yang hilang 'REZEKI' ialah pemimpin bukan rakyat.
13. ORANG MELAYU MESTI BERANI DAN TIDAK MEMBENARKAN LAGI DIRI DARI TERUS DITIPU OLEH PEMIMPIN - PEMIMPIN MELAYU SENDIRI.
14. Hari ini orang Melayu di tiup dengan semangat takut dan benci kepada parti DAP dengan berbagai FITNAH kononnya Parti tersebut
i. anti Melayu
ii. anti Islam
iii. anti Raja - Raja
iv. anti itu dan ini
15. Fitnah ini samalah dengan ibu bapa menakutkan anak - anak mereka kononnya ada hantu atau penunggu di sebatang pokok di hadapan rumah mereka sedangkan ia hanya satu taktik sahaja bagi menghalang si anak keluar rumah pada waktu malam ; akibatnya bukan sahaja si anak malah ibu bapa pun turut percaya ciptaan mereka itu.
16. Kelemahan pemikiran dan sikap sambil lewa sebahagian besar orang Melayu adalah akibat sisa - sisa pengaruh penjajah Inggeris.
17. Mereka didorongkan lebih kepada SENI DAN BUDAYA, digalakkan bercucuk tanam dan menangkap ikan secara kecil - kecilan sedangkan mereka yang mendatang seperti orang Cina dan India TERPAKSA bekerja keras tambah pula TIDAK ADA DASAR EKONOMI KHAS seperti Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) dan lain - lain Dasar dan kemudahan termasuk pembelajaran.
18. Apabila Tun menggunakan istilah 'MALAS' sebahagian orang Melayu marah, melenting dan naik angin tetapi yang sebenarnya Tun MAHU MELIHAT lebih ramai lagi orang Melayu RAJIN DAN BERJAYA dari rakyat Malaysia yang lain - itu adalah CABARAN BUKAN KUTUKAN.
19. Sudah sampai masanya kita orang Melayu BERHENTI menyalahkan orang lain diatas kelemahan kita sendiri.
20. Biarlah pantun yang pernah dibisikkan oleh Penjajah Inggeris ke telinga datuk nenek kita dahulu dijadikan CABARAN bagi kita untuk lebih maju dan berjaya kini dan selama - lamanya :
'Buai Laju Laju
Sampai Pokok Sena
Jika Beli Maju
Pergi Kedai Cina'
21. ALLAH SWT MENJADIKAN KITA BERBAGAI - BAGAI AGAR KITA MENGHORMATI DI ANTARA SATU DAN LAIN.
22. ALLAH SWT JUGA TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM JIKA KAUM TERSEBUT TIDAK MEMBUAT PERUBAHAN SENDIRI.
23. JANJI ALLAH SWT NERAKA JAHANAM BAGI MEREKA YANG TIDAK BERAMANAH, MENGAMBIL KESEMPATAN SECARA TERANG - TERANGAN DAN SULIT;
'Buai Tinggi Tinggi
Sampai Cucur Atap
Baru Tumbuh Gigi
Dah Pandai Songlap
24. Semoga mulai tahun ini 2021 kita akan menyaksikan Negara terkeluar dari segala malapetaka politik dan ekonomi.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU.
Wassalam
Terima Kasih.
Tuesday, 15 December 2020
DORAEMON PUN BOLEH !!
DORAEMON PUN BOLEH !!!
Tamrin Tun Ghafar
Sabtu - 12/12/2020
( 1 - 21 )
1. Sama ada tahu tapi buat - buat tak tahu atau sengaja buat pekak dan bisu kerana masih mengamalkan sikap tidak peduli perasaan dan kebencian majoriti rakyat terhadap beliau asalkan beliau dapat kekalkan jawatan yang disandang.
2. Apakah ini semua BALASAN ALLAH SWT di dunia lagi terhadap beliau dan beberapa orang perancang yang SANGGUP MENGKHIANATI penggundi dan terhadap orang yang pernah MEMBERI MAKAN kepada mereka.
3. Firman ALLAH SWT dalam Surah Al - Anfal di mula surat 179 Ayat 21 , 22 dan 23
Ayat 21 :
'Dan Janganlah Kamu Menjadi Seperti Orang - Orang Munafik Yang Berkata :
"Kami Dengar, "
Padahal Mereka Tidak Mendengar ( Kerana Hati Mereka Mengingkarinya )'
Ayat 22 :
'Sesungguhnya Sejahat - jahat Makhluk Yang Melata Dalam Pandangan Allah Ia Lah Mereka Yang Tuli Dan Bisu ( Tidak Mendengar Dan Memahami Kebenaran ) Ia Itu Orang - Orang Yang Tidak Memahami'
Ayat 23 :
'Dan Sekiranya ALLAH Mengetahui Ada Kebaikan Pada Mereka , TeƱtu Dia Jadikan Mereka Dapat Mendengar , Nescaya Mereka Dapat Mendengar , Nescaya Mereka Berpaling , Sedang Mereka Memalingkan Diri
ANDIAN dalam ayat ini bukan bererti ALLAH SWT Tidak Tahu , Tetapi ALLAH Maha Tahu Bahawa Pada Mereka TIDAK ADA KEBAIKAN.
4. Oleh kerana bencinya majoriti rakyat kepada beliau , sehingga ada yang berkata jika orang macam 'Mat Sejuk' ini boleh jadi Perdana Menteri , maka sesiapa pun layak.
5. Jika tidak ada isu wanita jadi pemimpin negara Islam seperti di Pakistan dulu dan kini di Bangladesh, sudah ada cakap - cakap Rina Harun , Menteri Doraemon atau Riduan Yusof, Menteri Kereta Terbang pun boleh dan MUNGKIN lebih baik dari Muhyiddin.
6. Itulah tahap kebencian dan tidak berkeyakinan majoriti rakyat sejak kebelakangan ini terhadap KERAJAAN PINTU BELAKANG atau ayat bodoh Hadi , KERAJAAN TEBUK ATAP terhadap pimpinan Muhyiddin.
7. Oleh kerana terlalu ghairah dan tergila - gila nak jadi Perdana Menteri beliau SANGGUP melakukan apa sahaja termasuk MENJILAT LUDAH NYA DAN MELUTUT seperti seorang HAMBA - itulah manusia bernama Muhyiddin Yassin.
8. Lihat sahajalah apa yang baru berlaku di Perak ; beliau BERSETUJU Timbalan Presiden BERSATU, Peja, diturunkan sebagai Menteri Besar dan digantikan dengan Shaarani dari UMNO.
9. 'TANPA ANGIN BERTIUP', tiba - tiba Menteri Besar Johor, Dr. Saharuddin Jamal dari Parti BERSATU diarah turun takhta dan digantikan dengan Menteri Besar baru dari UMNO ; ini bagi membuktikan kepada UMNO dan PAS bahawa beliau boleh dipercayai walaupun tempoh perkhidmatan Menteri Besar tersebut HANYA 10 bulan sahaja, dari 14hb April 2019 ke 28hb Februari 2020.
10. Kerajaan Negeri Melaka pimpinan Adly Zaahari dari AMANAH juga ditumbangkan dan diganti dengan Wakil Rakyat UMNO.
11. Di Kedah, Mukhriz Tun Mahathir yang asalnya dari Parti BERSATU digantikan dengan Sanusi Md. Nor dari PAS.
12. Dikhabarkan usaha sedang dilakukan bagi menurunkan Amirudin Shari dari PKR sebagai Menteri Besar Selangor.
13. Sejak PENGKHIANATAN dilakukan pada bulan Februari sehingga kini , Muhyiddin TAK UBAH SEPERTI ROBOT yang bergerak mengikut REMOTE CONTROL asalkan beliau boleh kekal dengan jawatan yang ada.
14. Muhyiddin 'IS A FAILURE, NO IDEAS AND NO STRENGHT ; ALL HE HAS IS TO PUT A BIG ACT' - Muhyiddin ' GAGAL SEBAGAI PEMIMPIN , TIDAK ADA FIKIRAN YANG BERNAS DAN TIDAK ADA KEKUATAN ; BELIAU HANYA PANDAI BERLAKON'
15. Kebanyakan tindakan beliau adalah hasil ciptaan 2 orang makhluk bernama Hamzah, Pengkhianat UMNO dan Azmin, Pengkhianat PKR.
16. Mereka bertiga ini pula terlibat dengan berbagai skandal tersendiri :
i. Muhyiddin dengan skandal seks bersama Nika Gee Siew Yee, isteri kepada Stanley Clement Augustin yang akhirnya TERPAKSA bercerai.
ii. Hamzah MEMFITNAH Anwar Ibrahim kononnya cuba menggoda isteri ke2 beliau.
iii. Azmin pula dikatakan telah mengadakan HUBUNGAN SEKS dengan seorang lelaki, Haziq Abdul Aziz di Hotel Four Points di Sandakan, Sabah.
17. Saya dengan ini mencabar mereka di atas mengambil tindakan Mahkamah jika apa yang ditulis ini suatu PEMBOHONGAN DAN FITNAH.
18. Muhyiddin perlu memberhentikan sikap hipokrit yang dipamerkan beliau kepada rakyat Malaysia selama ini.
19. Lepaskanlah jawatan SECARA TERHORMAT sebelum Saudara dicampak keluar , dan BERKEMUNGKINAN menghadapi berbagai tindakan undang - undang.
20. Sementara itu lantiklah bekas Menteri Besar Perak yang kebetulan juga Timbalan Presiden Parti BERSATU sekurang - kurangnya sebagai Menteri Kanan jika tidak sebagai Timbalan Perdana Menteri.
21. Sebagai ingatan , MUHYIDDIN JUGA BUKAN TUHAN yang perlu ditakuti !! ; diangkat sebagai Perdana Menteri ekoran RAMPASAN KUASA yang telah dirancang begitu lama , dalam lain perkataan beliau ialah juga seorang PENGKHIANAT.
Wassalam
Terima Kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Isnin 1 Mac 2021 Tan Sri Muhyiddin Yassin Pejabat Perdana Menteri Aras 5 , Blok Utama Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan P...
-
TMJ - BODOH SOMBONG YANG TAK BOLEH DI AJAR Tamrin Tun Ghafar Ahad - 02/02/2020 ( 1 - 36 ) 1. 'Seekor Kerbau Membawa...