Tuesday, 30 August 2022

PERJALANAN TERAKHIR NAJIB - DARI SEORANG BIDUAN KEPADA SEORANG BANDUAN

PERJALANAN  TERAKHIR  NAJIB - DARI  SEORANG  BIDUAN  KEPADA  SEORANG  BANDUAN

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 28/08/2022
(  1 -  26  )


1.  Walaupun kecil namun jasa beliau kepada saya  tetap dikenang dan di hargai

2.  Sebenarnya "NAJIB   ADALAH   AKITEK  KEMUSNAHAN  DIRI  SENDIRI"  -  itu adalah  kata - kata Haniff Khatri , seorang Peguam Kanan sewaktu di temuramah oleh Raggi Jessy Rithaudeen, blogger yang bersifat  'serious' dan 'fokus'  terhadap apa yang di lakukannya.

3.  Ada 2 pesanan Nabi Besar kita Muhammad SAW :

i.  Di akhir zaman akan terdapat pemimpin yang tidak beramanah, berbohong  dan  tidak  menunaikan janji

ii.  Peperangan yang paling besar ialah melawan nafsu

4.  Sudah pasti Tun Abdul Razak dan isteri ( Al-fatihah ) merasa malu dan hampa apabila anak kandung mereka , Najib telah  MENCONTENG  ARANG  DI MUKA  MEREKA 

5.  Tun Razak , Perdana Menteri ke 2 selepas Tengku Abdul Rahman terkenal  dengan usaha beliau membangunkan  negara ini dan dalam masa sama amat tegas  MENENTANG  segala salahguna kuasa dan amalan rasuah apatah lagi merompak , menyamun dan mencuri harta negara iaitu wang rakyat

6.  Najib MENGHANCURKAN segala yang di perjuangkan oleh arwah ayah nya 

7.  Begitu seriusnya beliau sehingga cadangan anak - anak  membina sebuah kolam renang  di Seri Taman , rumah kediaman rasmi  ditolak atas alasan beliau tidak mahu menyalah guna wang rakyat walaupun mungkin ketika itu kos pembinaan kolam renang tersebut berharga RM50,000 sahaja

8.  Ini jauh berbeza dengan Najib , anak kandung Tun Razak yang  juga  Perdana Menteri ke 6 apabila polis menemui ratusan ribu wang tunai , barang kemas yang di perbuat dari emas dan berlian dan ratusan jam tangan dan 'tiara' dan  beg tangan berjenama semasa mereka mengeledah rumah Najib di Taman Duta dan di apartment mewah Pavilion Kuala Lumpur


9.  Ini lah beberapa tindakan Najib bagi  tujuan :

MENUTUP  BANGKAI
GAJAH  DENGAN
NIRU

i.  Memecat  SERTA MERTA  Ghani Patail sebagai Peguam Negara atas alasan konon nya beliau sakit , dan melantik Apandi Ali sebagai  pengganti

Tugas pertama Apandi ialah mengeluarkan satu perintah  No Further Action ( NFA )  terhadap Najib dalam kes 1MDB

ii.  Tukar beberapa pegawai polis yang terlibat dengan penyiasatan kes 1MDB

iii.  Pindahkan pegawai SPRM atau 'Cold Storage' ke Jabatan Perdana Menteri ( JPM )

iv.  Melantik sebagai Timbalan Menteri Pengurusi PAC dan menggantikan dengan kroni beliau

v.  Meletakan Lapuran Audit Negara  dibawah Official  Secret  Act  ( OSA ) atau  Akta Rahsia Resmi dengan satu tujuan , mengelakan orang ramai dari membacanya

vi.  Menghadkan  soalan  berkaitan 1MDB di Parlimen

vii.  Menangkap dan mempenjarakan Khairuddin Abu Hassan dan Peguamnya , Matthias Chang dibawah undang - undang  SOSMA  ketika mereka sedang  berangkat  ke USA  bagi membuat lapuran tentang 1MDB  di sana 

baru - baru ini Mahkamah memerintahkan Kerajaan membayar RM300,000 beserta Kos kepada  Khairuddin

viii.  Khalid Bakar , Ketua Polis Negara  ketika itu menangkap  dan bertindak  liar dengan  menggunakan telepon bimbit atau hand fon  sesiapa saja  yang  menyentuh  isu 1MDB

x.  Saya dan beberapa orang rakan pernah di lokap di balai polis Jinjang kerana menentang Najib  dan UMNO/BN kerana menipu  Pilihanraya

JIKA  TIDAK  ADA  APA - APA ,  MENGAPA  TEMPUA  BERSARANG  RENDAH ?

xi.  Megapa  berbagai salahlaku seperti merampas  buku - buku kartun dan mempenjarakan  Zunar , pelukis kartun yang di ikhtiraf Antarabangsa jika Najib tidak bersalah

xii.  Mengapa takut kepada lukisan Fahmi Reza ?


10.   Kononnya Najib akan ambil tindakan undang - undang  terhadap Department of Justice ( DOJ ) Amerika Syarikat pada hari Selasa 2hb April 2019 , maka rakyat menunggu seperti : 

PONGGOK  RINDUKAN  BULAN

setiap Selasa demi Selasa rakyat menunggu tapi masih tidak  berlaku ; tiba - tiba pada hari Selasa 23hb Ogos 2022 bukan Najib menyaman DOJ tapi sebaliknya beliau di dapati bersalah dalam kes SRC International  dan di hantar ke penjara Kajang bagi menjalankan hukuman selama 12 tahun dan denda RM210 juta

11.  Berbagai usaha dilakukan  termasuk SUMPAH  LAKNAT bagi  membuktikan  beliau bersih dari segala pertuduhan  namun ALLAH  SWT lebih mengetahui segala yang tersembunyi justeru beliau tetap didapati bersalah dan dihukum penjara  

12.  Apa yang dilakukan Najib ialah mendapatkan simpati rakyat  dan pada masa sama  menyuntik kebencian  kepada  Kerajaan pimpinan Ismail Sabri dan Badan Kehakiman

13.   Itulah sebenarnya BALASAN  ALLAH SWT terhadap SUMPAH  LAKNAT yang  dilafazkan nya -  beliau bukan saja menipu rakyat tetapi yang lebih serius  telah  menipu  ALLAH  SWT

14.  Kira - kira 300 penyokong Najib dari Pekan berhimpun di luar Mahkamah memberi sokongan  moral kepada Wakil Rakyat mereka

15.   Saya masih teringat  kisah  'CINA MATI' ,  lagi kuat laungan dan tangisan , lagi besar 'upah'  yang diberi

16.  Selepas di lacurkan , lazimnya  pelacur tidak akan bertanya  dari mana sumber kewangan diperolehi , yang penting  mereka  dibayar

17.  Kini ramai juga yang mahukan pengampunan Di Raja segera diberi kepada Najib  termasuklah rombongan kira - kira 300 orang  yang menyerahkan memorandum di Istana Negara

18.  Bagi pihak NGO BERSIH  pula difahamkan mereka telah dapat kumpul  hampir 100 ribu  tandatangan secara atas talian atau online meminta Agong tidak memberi pengampunan

19.  Saya percaya Agong akan melaksanakan pengampunan mengikut Perlembagaan dan reaksi rakyat dan pandangan Negara Luar terhadap sistem kehakiman kita

20.  Jika Agong memberi pengampunan dalam kes  SRC International ini , apakah  Agong akan memberi pengampunan kepada 4 kes lain yang sedang dibicarakan , dan adakah Agong akan juga memberi keampunan kepada Rosmah , Zahid Hamidi , Azeez Rahim dan mungkin ramai lagi  jika di dapati bersalah termasuk mengampunkan Lim Guan Eng  DAP dan Syed Saddiq MUDA  

21.  Adalah lebih baik jika setiap kali negara menyambut Merdeka dan Hari Kelahiran Rasmi , Agong memberi keampunan kepada pesalah yang jauh lebih kecil seperti pencuri yang di penjarakan kerana mencuri setin milo untuk diberi kepada anak yang lapar , pencuri wang surau sebanyak RM2.00 sahaja dan pencuri seluar dalam perempuan yang dipenjara 2 tahun , geladangan dan ramai lagi yang boleh di ampunkan tambah pula kos sara hidup kini naik melambung tinggi

22. Apa pun yang berlaku bak kata Hakim Mahkamah Rayuan : 

NAJIB  IS  A  NATIONAL  EMBARRASSEMENT  

memalukan negara bukan sahaja di sini bahkan seluruh dunia

23.  'MALU APA BOSS KU'  akan di lupai dalam masa terdekat ini - PERCAYALAH

24.  'Cash Is Not King After All'

25.  INI LAH  LEGASI  NAJIB  TUN  RAZAK  SEBAGAI  PERDANA  MENTERI  MALAYSIA  YANG  PERTAMA  DI PENJARAKAN 

26.   ADIOS  MY  
         MY  FRIEND  !!!


Wassalam
Terima Kasih

10 comments:

  1. Copyright © A.J. Hakimi 2022. All Rights Reserved.

    TANGISAN MARHAEN

    Dinihari teriakan Merdeka
    ledakan mercun gegak gempita
    Tepuk bersorak segala penguasa
    Seolah semua melaung gembira

    Sedarlah wahai mangkuk ayun
    Gelojoh kamu beralun-alun
    Kalbu Rakyat merintih gerun
    Lihat anak muda ratap bertalun

    Apakah gunanya Merdeka
    Jiwa Rakyat tetap sengsara
    Inginkan semua penguasa dalam pusara
    Tangisan semua berubah ceria

    Baru Rakyat bangun gembira
    Teriakan Esok Masih Ada
    Biarpun tinggal hanya celana
    Sudah tiba waktu bersama!

    Nukilan A.J. Hakimi, Merdeka 2022.
    Anak Sulung Jantan Abdul Jabar (AJ) Ahmad - First Third of AJIKIK

    https://youtu.be/4jDc1nNdayY

    ReplyDelete
  2. Kenapa pula Warga Malaysia tidak mempersoalkan? Mengapakah segala darjah kebesaran Banduan Negara tidak ditarik-balik? Adakah jenayah-jenayah berat tersebut sudah menjadi Norma Hidup?

    Saya yakin ramai Warga Negara Singapura pun tertanya-tanya, segala darjah gelaran kebesaran Farid Kamil & Boy Iman ditarik-balik pemberi, tetapi segala gelaran kebesaran Penjenayah yang kini seorang Banduan Negara tidak pula ditarik-balik mana-manapun pihak pemberi.

    Seolah-olah pemberi darjah gelaran tersebut turut-serta menerima Jenayah-jenayah Berat sedemikian sebagai sumbangan besar kepada Negara-Bangsa!
    https://www.beritaharian.sg/gaya-hidup/gelaran-datuk-ditarik-balik-dari-5-individu-termasuk-pelakon-farid-kamil-boy-iman

    ReplyDelete
  3. Saya amat menghormati Saksi Pendakwaan yang dinamakan & yang disoal. Dalam pengalaman saya sebagai peguam litigasi perbankan & korporat mahupun pegawai undang-undang Lembaga KWSP, proses recovery senantiasa menjadi arahan pihak atasan walaupun jumlah tidak pernah mencecah ratusan mahupun berbillion Ringgit apatah lagi dalam matawang Dolar Amerika Syarikat.

    Apabila pihak atasan tidak melakukan apa sahaja termasuk memberi arahan untuk melaksanakan apa-apapun prosiding recovery, maka amat mudahlah Adverse Inference di bawah Akta Keterangan 1950 digunapakai sesiapapun. Seolah-olah jenayah-jenayah yang berlaku memang sudah dijangkakan para penjenayah.

    Salut kepada Saksi Pendakwaan!
    https://www.nst.com.my/amp/news/crime-courts/2022/06/807274/najib-did-nothing-recover-1mdbs-us1-billion-husni-tells-court

    ReplyDelete
  4. GAYA MUTU KEUNGGULAN - KELUARGA BANDUAN MALAYSIA - SATU BANDUAN MALAYSIA - BANDUAN 1 MALAYSIA

    Rupanya selama 9 tahun Banduan Negara Man Kepit Mat Quinoa duduk di Putrajaya, Oh Bah Mah PM Malaysia! Jika tidaK faham maksud Oh Bah Mah, sila tanya Amani Williams-Hunt Abdullah yang dikenali sebagai Bah Tony kaum Orang Asli/Asal Malaysia.
    https://www.malaysiakini.com/news/634272

    ReplyDelete
  5. USA DOJ & FBI SUPPORTS MY FACTFINDING & MONEYTRAIL ASCERTAINMENT - PRE-PLANNED FRAUD, EMBEZZLEMENT, MONEY-LAUNDERING & CORRUPTION ETC.

    More than $4.5 billion in funds belonging to 1MDB were allegedly misappropriated by high-level officials at the firm and their associates through a criminal scheme involving international money laundering and embezzlement.

    https://www.reuters.com/world/asia-pacific/us-doj-repatriates-another-452-mln-1mdb-funds-malaysia-2021-08-06/

    ReplyDelete
  6. RESPECTING THE COURTS DECISIONS IS RESPECTING THE RULE OF LAW AND JUDICIAL POWERS

    In a Federal Court decision cited as (2010) 3 CLJ 507 at page 521, Gopal Sri Ram FCJ held that “Law” therefore means a system of law that encompasses the procedural
    and substantive dimensions of the rule of law. And this is the point at which arts. 8(1) and 5(1) interact.

    The Federal Court in the Semenyih Jaya (2017) and Indira Gandhi (2018) cases have clearly stated that judicial powers remain with the superior courts and is within its intrinsic domain.

    The Court’s role is to ensure the Law is interpreted and applied consistently across the Federation of Malaysia based on the written law (legislation) and cases presented in court. The Courts are also under the duty & responsibility to ensure that Citizens rights and freedoms are considered and Citizens are treated fairly & equally in accordance with Art.8(1).

    Thus, Malaysians Citizens & other Legal Persons are duty-bound to respect the Superior Courts in the exercise of its Judicial Powers.

    Citizens are duty bound to respect the Federal Court's decision pertaining to the SRC International Grand Crimes of a politician and the Sodomy case of another politician. Failure to respect the Superiors Courts decisions will, as an example, result in the rejection of its decision as the final arbiter of justice and fact-finding role and many might even bravely delegate the Memali and al-Maunah terrorist groups as innocent independent non-registered religious organizations.

    The Superiors Courts are inherently empowered with such powers under the Federal Constitution and the preservation of the Rule of Law demands respect for the exercise of those judicial powers.

    A parting remark - the Superior Courts have been inherently vested with Judicial Powers under the Federal Constitution.

    ReplyDelete
  7. ... maka segala SAKAI Biduan/Biduanda (BAKAL BANDUAN) 1MDB di perahu itu pun habis terjun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
    maksud Sakai - hamba, orang suruhan, pengikut dsbnya
    Hanya perahu, Kapal Layar Equanimity dah kena lelong.

    https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sakai

    ReplyDelete
  8. Saya amat gembira kerana sudah ramai yang berlatar-belakangkan jurusan undang-undang sudah nampak dengan terang termasuk Mantan KHN :

    ... "not the Pardons Board’s job to state if the Federal Court judgment was right or wrong,” Abdul Hamid was quoted saying.

    Bidangkuasa Badan Kehakiman sudahpun secara jelas diambil-alih pihak yang tiada Kuasa-Kuasa Kehakiman. Ini jelas Ultra Vires Peruntukan-Peruntukan Perlembagaan Persekutuan!

    https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/09/08/will-najib-get-a-pardon-ex-chief-justice-hamid-says-anwars-case-sets-a-precedent-for-convicts/27138

    ReplyDelete
  9. Keputusan Mahkamah Persekutuan (2015) 2 MLJ 293 sewajarnya membuka mata semua Rakyat Marhaen. Saiful Bukhari Azlan mangsa kebuasan peliwat/perogol biseksual.

    Anwar Pertahan Hak Seksualiti Merdeka https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2011/11/08/anwar-pertahan-hak-seksualiti-merdeka#.Yx6r4M2ChYA.twitter

    ReplyDelete
  10. AIR MANI BUKAN BOLEH TELEPORT!
    Keputusan Mahkamah Persekutuan (2015) 2 MLJ 293 jelas menyatakan Air Mani Anwar Ibrahim ditemui dalam Lubang Bubur Saiful Bukhari melalui jenayah LIWAT.

    http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=80362

    https://one-kotabelud.blogspot.com/2012/01/anwar-sokong-gay.html

    http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=80362

    ReplyDelete