Monday, 12 September 2022

MELAYU MUDAH LUPA - INI KAH PERJUANGANG UMNO SEKARANG INI ?

MELAYU  MUDAH  LUPA  -  INI KAH PERJUANGAN  UMNO  SEKARANG  INI  ?

Tamrin Tun Ghafar

Selasa -  13/09/22
( 1  -  29 )


1.    Yang  bergema  di Dewan Merdeka  WTC  baru - baru ini  ialah  

'HIDUP  NAJIB'  
 
'MALU  APA  BOSS 
 KU'

 'BEBAS KAN  NAJIB'

perhimpunan  ini  diadakan  ekoran  keputusan Mahkamah  Persekutuan  yang  terdiri  dari  5 Hakim  bersetuju  dengan  pendapat  Mahkamah Rayuan  yang  terdiri dari  3 Hakim  dan  Mahkamah  Tinggi terdiri dari seorang Hakim  yang  mendapati  Najib  telah  melakukan  rompakan  RM42 juta

2.   Bagi  menguatkan  lagi hujah  ,  2 peguam , Shafee Abdullah  dan Zaid Ibrahim  turut  berucap  selain dari  beberapa ahli keluarga  dan seorang Ahli Parlimen

3.  Najib  didapati  bersalah  dengan hukuman 12 tahun  penjara  dan denda RM210  juta

4.   Sementara  mendapat  jawapan  rayuan pengampunan  dari Agong  dan  'review' ,  Najib  dikatakan  berada di Penjara Kajang  sebagai  salah seorang  banduan

5.  Walaupun  Pengarah  Penjara  telah  menafikan  bahawa Najib  di beri  'LAYANAN  ISTEMEWA'   namum  ramai  yang  maseh  mempersoalkan  kenyataan  atau  penafian  tersebut

6.  Mahkamah  juga  mendapati  Rosmah Mansor ,  isteri Najib  bersalah , dan  menjatuhkan  hukuman  10 tahun penjara dan denda RM970 juta

7.   Selepas  Rosmah ,  giliran  Bung Mokhtar Radin dan isteri kedua beliau ,  diikuti Azeez  Rahim  atau  Azeez  Keling dan Zahid Hamidi yang  menghadapi  87  pertuduhan

8.   Tidak  mustahil  ramai lagi  pemimpin - pemimpin UMNO  akan  diheret ke Mahkamah  

9.  Yang menjadi  PERSOALAN  apakah  ini  perjuangan  UMNO  kini  berbanding  dengan  UMNO  dimasa dahulu  dimana  mereka  berkumpul  demi menjaga  Hak Melayu  BUKAN  diperalatkan  untuk  kepentingan  Najib  ,  Presiden UMNO  dan  yang  lain

10.   Sebenarnya  UMNO  sudah  rosak di sebabkan : 

    CASH  IS  KING

11.  Sebahagian  besar  ahli UMNO  telah  'di beli'  oleh Najib  samada secara terus ( direct ) mahupun  melalui  'balaci'  beliau yang akhirnya  berjaya  menjadikan UMNO itu hak peribadi  beliau

12.  Walaupun  sebahagian  besar  orang Melayu  'lapar'   namun  majoriti  mereka  MENOLAK  UMNO  pada  Pilihanraya Umum ke 14  yang diadakan  pada hari Rabu 9hb Mei 2018

13.  Tun Dr. Mahathir sudah pun membuat  ramalan 30 tahun dahulu bahawa  pada tahun 2020  atau mungkin awal lagi ,  orang Melayu  akan menolak  UMNO  kerana  amalan rasuah  , dan  pentingkan diri dan keluarga

14.  Tun Ghafar Baba  ( Al Fatehah )  juga  pernah  menyuarakan  kebimbangan  yang  sama  terhadap apa yang  akan  menimpa UMNO

15.  Hairan bagaimana Tok Guru Nik Aziz  ( TGNA )  ( Al Fatehah )  menyebut  2 nama ,  Najib dan Zahid dalam doa  beliau

16.  Dalam suasana  dimana Najib dan  yang  lain sedang dan mungkin di penjarakan juga ,  kita  tidak  boleh lupa  peranan  5 orang wanita  :

i.   Rosmah  Mansor -  gila jawatan dan rasuah  

ii.   Clare Rewcastle Brown  dari  Sarawak  Report  yang beroperasi  dari  London -  orang  pertama  yang  membongkar penipuan 1MDB

iii.   Loretta  Lynch  -  Peguam Negara  Amerika Syarikat  yang telah  berjaya  menggumpul  dan memulangkan  USD 1.2  Billion kepada  Kerajaan Malaysia

iv.  Mary Ann Jolley  -    pemberita  Al Jazerra -  walaupun pernah diusir  keluar negara  oleh  Najib namun akhirnya  berjaya  menemubual  Najib  sehingga  hilang 'control' , dan lari

v.  Tun Tengku Maimun Tuan Mat ,  Ketua Hakim Negara bersama 2 Hakim wanita dan 2 Hakim Lelaki  menjatuhkan Hukuman muktamad     dan  mempenjarakan  Najib

17.  Najib ,  Rosmah  dan  yang  lain BERNASIB  BAIK   kerana  'crime'  yang  dilakukan   mereka  adalah  dinegara ini ;  jika  di Saudi Arabia atau  Negara  -  Negara  Islam  di Timur Tengah ,  samada  dipotong  tangan  atau  leher mereka di pancung ;  di Negara Komunis China , hukuman  pesalah  ialah  tembak mati

18.   Watak  Najib dan Rosmah  sama  seperti  pasangan suami isteri Bonnie and Clyde yang akirnya  terpaksa  ditembak  mati oleh sepasukan  polis Amerika Syarikat

19.   Sudah mula kedengaran  :

'JIKA  TIDAK  MEROMPAK ,  MENCURI  DAN  RASUAH ,  BUKAN  UMNO   NAMA NYA'

20.   Idris Ahmad , Naib Presiden PAS   yang kini BERSEKONGKOL   dengan UMNO  dalam Kabinet pernah   menuduh :

'UMNO ,  SIANG  BELA  MELAYU ,
MALAM  JUAL MELAYU'

21.      Kedua - dua kenyataan itu tidak mustahil  ada kebenaran nya

22.   UMNO  maseh di tokok lama ; TIDAK  PERCAYA  jika  dikatakan  UMNO  akan  gagal  sekali lagi , dan akan MELENTING  jika di tuduh  Parti  ini  sudah rosak akibat  di selubungi  RASUAH

23.   UMNO  akan  cakap  dan  lakukan  apa   sahaja  tanpa  berfikir panjang  termasuk  yang  terbaru   anak  Najib   sanggup  MENYAMAKAN  beliau  dengan  Nabi Allah Yusof  dan Nelson Mandela

24.  Nabi Yusuf  digoda  oleh isteri pembesar Mesir  bernama Aziz sedangkan Nelson Mandela adalah  PEJUANG  Kulit Hitam di Afrika Selatan  yang  menentang  Dasar Kulit Puteh - Aperthaid

25.  Nabi Yusuf  dan  Nelson Mandela di penjarakan  BUKAN  kerana mencuri harta rakyat  seperti Najib dan Rosmah  tetapi  atas  dasar  BERJUANG  UNTUK  RAKYAT

26.  Sebelum terlupa ,  suami pertama  Rosmah  juga  bernama  Aziz  seperti nama suami Zulaika 

26..    ORANG  MELAYU  TIDAK  LAGI  BOLEH  MENGHARAPKAN  UMNO  MEMBELA  NASIB  MEREKA ;   UMNO  HANYA  PANDAI  BERPURA - PURA  MENJELANG   PILAHANRAYA

27.   UMNO  yang  banyak berjasa  kepada  saya dan keluarga  kini umpama  bas usang   dimana hampir  kesemua alat ganti rosak  ; tambah pula ia di pandu oleh Wak Jawa  yang  mungkin  terlebih minum air ketum

LAIN  PADANG
LAIN  BELALANG
LAIN  DULU
LAIN  SEKARANG

28.   Dalam keadaan  begini  di bimbangkan  susah untuk sampai ke destinasi  ,  dan amat merbahayakan  penumpang

29.   Dari segi  keselamatan  ada lah lebih baik  kesemua  penumpang  didalam nya turun  dan  menunggu   keanderaan  dan  pemandu  yang  lebih baik  untuk sampai ke destinasi  dengan  lebih  selamat


Wassalam
Terima  Kasih

4 comments:

  1. KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN MALAYSIA & FAKTA-FAKTA KES BERLAINAN

    Kes Liwat melibatkan Saiful Bukhari bukannya ada kaitan dengan kes-kes jenayah individu-individu lain berkenaan jenayah rasuah, pecah amanah dan lain-lain.

    Lainlah kalau dubur Si Saiful turut menyimpan wang 1MDB, duit Yayasan, TH , Felcra, Felda, Skandal LCS dan sebagainya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, saya ingin email Dato’ Mohd Tamrin Tun Abdul Ghafar boleh untuk memperkenankan business idea ayah saya. Ayah saya kenalan rapat kepada adik Dato’ iaitu Dato Sofi. Terima Kasih. 🤲🏼🤲🏼

    ReplyDelete
  3. NATIONAL SECURITY, CONVICTED CRIMINALS & OFFICERS OF PUBLIC BODIES (LEGISLATURE)

    More than 20 years ago, when I was studying for the CLP, the issue of the susceptability of high ranking executive & legislative members to foreign threats & blackmail being a burden and ominous threat to national security was primetime news.

    Post 2015 & 2022 SRC International Federal Court decisions, the same danger now seems very realistically clear & present. Male Rapes & the Rape of Public Funds via crimes and abuses of power rekindle the call to ensure the National Security is free from any susceptible threat.

    ... trial judge found Mohd Saiful to be completely open and honest. The Court of Appeal has agreed with this finding...a settled principle of law that the credibility of a witness was the domain of the trial judge...The judge also said Mohd Saiful was not a willing participant but in fact a victim.

    Court finds Saiful a credible witness https://www.thestar.com.my/news/nation/2015/02/11/court-finds-saiful-a-credible-witness-nothing-inherently-improbable-about-former-aides-story-says-ch#.YyhCehqDOLE.whatsapp

    ReplyDelete
  4. Malaysians ONLY need great patriots like Tan Sri Lee Kim Yew & Tan Sri Vincent Tan to publicly show that 600 SGD1,000 notes can fill in this envelope.


    GIANT MANILA THICK ENVELOPE 115GSM 13 X 18 (250PCS)
    SIZE : 45.7CM X 33CM
    THICKNESS : 115GSM

    ReplyDelete