M U N A F I K
Tamrin Tun Ghafar
Isnin - 17/07/23
( 1 - 19 )
1. JANJI , JANJI dan JANJI , kemudian bagi menutup segala janji yang tak dilaksanakan, dan tambah pula dengan PRN yang akan diadakan pada 12hb Ogos ini , Kerajaan mengugut rakyat dengan isu 3R
( Royalty , Religion and Rasis ) iatu rakyat dilarang menyentuh Raja - Raja , Agama dan Kaum atau Perkauman
2. Sebenarnya 3R ini sudah lama terpakai sejak Tun Ghazali Shafie ( Alfatehah ) memperkenal dengan tujuan memperkuatkan lagi Perlembagaan melalui RUKUN NEGARA
3. Apakah memperjuangkan nasib Orang Melayu yang tertinggal seperti yang disebut dalam PROKLAMASI ORANG MELAYU atau POM itu SALAH dan RASIS ? sedangkan sudah berbuih Tun dan Ahli - Ahli Seketeriat telah menerangkan bahawa POM TIDAK menyentuh langsung hak atau ekonomi bangsa asing ; Anwar TETAP melemparkan berbagai FITNAH terhadap Tun
4. Apa yang dilakukan Tun dan Sektariat PROKLAMASI ORANG MELAYU sama saja Dasar Ekonomi Baru atau DEB yang diperkenalkan Tun Razak SELEPAS 13hb Mei 1969
5. Mengapa Anwar dan Zahid dan pemimpin Melayu yang BERKUASA , pada suatau ketika dahulu 'menjeritkan' melalui laungan REFORMASI kini MENIKUS seperti burung Kasawari menanam kepala didalam pasir terhadap beberapa tuntutan DAP yang RASIS
6. Kini Orang Melayu mula sedar apa yang dilakukan Anwar , bermula dengan mensabotaj Pelancaran POM pada 19hb Mac 2023 tak ubah seperti kata pepatah :
ANAK
DI PANGKUAN
SANGGUP
. DI BIARKAN
KEHAUSAN
KERANA
NAK
MENGHAMBAT
HATI
KERA
DI HUTAN
BELUM
TAHU GURUH
DI LANGIT
AKAN
MENCURAH
AIR DI
TEMPAYAN
7. Ramai yang tidak mengenali atau tidak biasa dengan
mereka berdua TERUTAMA anak - anak muda khususnya penuntut pasti akan TERTARIK dan TERPESONA dengan lakunan yang mereka persembahkan tatkala berdialog ; sekali lagi gula - gula akan ditaburkan ; JANJI TINGGAL JANJI
8. Jestru saya dengan ini MENUDUH Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi MUNAFIK , dan MENCABAR mereka mengarahkan Peguam mereka MENYAMAN saya TANPA LENGAH atas tudahan saya terhadap mereka , MUNAFIK
9. Jika enggan bertindak dengan memberi berbagai alasan samada secara 'personal' atau mengarahkan pegawai - pegawai mereka berbuat demikian ia dengan sendiri nya MEMBUKTIKAN pertuduhan saya itu BENAR yang mereka berdua ini sememang nya PEMBOHONG dan KAKI KELENTONG - MUNAFIK !!
10. Rasulullah SAW Bersabda ada 3 ciri atau sifat orang MUNAFIK :
i. Bila becakap
dia bohong
ii. Bila berjanji
dia tak tunai
iii. Bila diberi
amanah dia
tak laksana
11. Kini ramai ibu yang akan melahirkan anak terlalu risau dengan persiapan yang diperlukan kerana kos seperti lamping , susu , puting dan makanan bayi sudah berkali ganda mahal nya namum Anwar dan 'penjilat dan pengampu' tetap :
MENANAM
TEBU
DI BIBIR
12. Yang dia tahu dan pintar ialah 'terlompat - lompat dan terpekek' seperti :
MONYET KENA BELACAN
dan meminta nombor talipon dari seorang penuntut wanita yang membuat soalan semasa sesi soal jawab
13. Kalaupun BNM lupa memklumkan jumlah hutang negara sudah mencapai RM1.5 Trillion , beliau BOLEH bertanya Menteri Kewangan status kewangan negara
14. Beranikah PMX memecat Menteri Kewangan yang 'lemah' dan 'sibuk' menyanyi dan menari dan memecat Menteri Ekonomi yang 'tak cerdik' dan beranikah PMX pecat Menteri Penerangan yang berbisikal dalam pejabat dan mengugut nak menghantar polis kerumah - rumah mereka yang dah 'bosan' dengan Kerajaan Madanon yang pintar menabur janji
15. SEBENARNYA RAKYAT SUDAH TERLALU BOSAN DENGAN KERAJAAN MADANON INI
16. Anwar dan Zahid PERLU mengarahkan peguam mereka memulakan tindakan Mahkamah terhadap saya dalam masa 2 minggu dari tarikh artikel ini
17. Diharap mereka tidak akan menggunakan kedudukan melengah dan melewatkan Perbicaran
18. Ingat pepatah Inggeris menyebut :
WHAT GOES
AROUND
COMES
AROUND
19. Jangan seronok menuding jari kerana 3 jari lagi akan menuding kepada diri kita
Wassalam
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment