Friday, 15 December 2023

RAJA DAN PERLEMBAGAAN

RAJA DAN PERLEMBAGAAN

Tamrin Tun Ghafar

Rabu - 01/11/23
( 1 - 23 )


1. Bukan cemburu atau irihati diatas 'kekayan' yang di miliknya tetapi hanya mahu mengingatkan semua pehak , dari Agong hinggalah ke peminta sedekah dan geladangan agar MENGHORMATI DAN MEMATUHI Perlembagaan dan Undang - Undang Negara ini

2. Perlembagaan dan Undang - Undang adalah TERTINGGI sekali , malah Agong dan Raja - Raja duduk dibawahnya

3. Setiap Negara PERLU ada Perlembagaan dan Undang - Undang 

4. Tanpa nya Negara akan menjadi carca marbah dan huru hara

5. Malah ketika menerima jawatan tertinggi negara , Yang Di Pertuan Agong TELAH BERSUMPAH dengan nama ALLAH memerintah secara ADIL mengikut Perlembagaan dan Undang - Undang

6. Di dalam Perlembagaan terdapat 2 perkara penting yang WAJIB di ikuti dan di hormati Agong dan Raja - Raja :

   SUMPAH dan
   LARANGAN

7. SUMPAH  
         JAWATAN

Jadual Keempat

SUMPAH BAGI
YANG DI PERTUAN AGONG

Kami ..... ibni .....
Yang Di Pertuan Agong bagi Malaysia BERSUMPAH dengan MELAFAZKAN

       WALLAHI
       WABILLAHI
       WATALLAHI

maka dengan lafaz ini berikralah Kami dengan sesungguh dan dengan sebenarnya MENGAKU akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dangan MENGIKUTI sebagaimana Undang - Undang dan Perlembagaan yang telah di sah dan di masyhurkan dan akan di sah dan di masyhurkan di masa hadapan ini. Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri

8. LARANGAN

PERKARA 34

( 2 ) Yang Di Pertuan Agong TIDAK BOLEH memegang apa - apa jawatan yang baginya ada apa - apa saraan

( 3 ) Yang Di Pertuan Agong TIDAK BOLEH melibatkan diri secara aktif dalam apa - apa perusahan komersial

( 6 ) Fasal ( 2 ) dan ( 3 ) HENDAKLAH terpakai bagi Raja Permaisuri Agong

9. Baru - baru ini saya terbaca satu lapuran akhbar berpristij , The Edge dan diikuti penjelasan lanjut berhubung pembabitan YDP Agong dalam syarikat Citaglobal

10. 9.03% bersamaan  
37. 69 million saham , jika di darafkan dengan harga pembelian setiap satu saham dengan harga RM1.50 , bermakna jumalah kos keseluruhan ialah 37.69 juta saham X RM 1.50 = RM56.535 juta

11. Dengan 9.03% itu Agong merupakan pemegang saham ke3 terbesar dalam syarikat CItiglobal , sebuah syarikat awam atau PLC

12. 3 persoalan yang bermain di kepala majoriti rakyat :

   i. Apakah dengan jumlah saham yang banyak dan kos hampir mencecah RM57 juta , Agong HANYA melabur sahaja sedangkan banyak lagi syarikat PLC seperti Talikom , TNB dan Bank - Bank yang boleh memberi pulangan yang lebih baik

ii. Rakyat juga ingin penjelasan dari mana PUNCA wang yang begitu banyak ( RM57 juta ) di perolehi

iii. Majoriti umum faham SEGALA pendapatan dari Kerajaan seperti gaji , allowance dan lain - lain MUNGKIN tidak perlu bayar cukai pendapatan namun apakah pengaculian diberi untuk income atau pendapatan luar dari Kerajaan

iv. Apakah Agong yang sepatut nya MENJADI contoh menghormati dan memelihara Perlembagaan dan Undang - Undang TELAH melanggar Perlembagaan dan Undang - Undang , dan boleh 
di hadapkan di Mahkamah Khas ?

13. Pada 15hb. Disember 1983 , setelah berbincang dengan wakil - wakil UMNO di Istana Bukit Kayangan , Shah Alam yang diketuai oleh Ayahanda kami , Abdul Ghafar Baba ( arwah Tun ) Raja - Raja akhirnya
TELAH buat keputusan BERSETUJU dengan Pindaan yang di usulkankan oleh Dr. Mahathir ( Tun ) pada 1hb Ogos 1983

14. Pindaan Perlembagaan itu berhubung TEMPOH perkenan Raja - Raja memberi persetujuan kepada mana - mana bil yang di kemukakan  

15. Sebelum Pindaan ke2 di usulkan pada 10hb Disember 1992 oleh ayahanda kami , Encik Abdul Ghafar Baba ( arwah Tun ) , Raja - Raja TIDAK BOLEH di heret ke mana - mana Mahkamah walaupun membunuh atau mencederakan sesiapa

16. Tindakan Sultan Johor , bapa kepada bakal Agong mencederakan Douglas Gomes TELAH menimbulkan kemarahan rata - rata rakyat

17. Cuba bayangkan JIKA usul Pindaan Perlembagaan tersebut tidak dilakukan ; mungkin ramai lagi yang akan di zalimi , dan rakyat pula mungkin akan bangkit bertindak lebih ganas terhadap Raja - Raja

18. Ini lah KEPINTARAN Dr. Mahathir MENYELAMATKAN Rakyat dan pada masa sama MENYELAMATKAN Institusi Raja - Raja

19. Jasa Tun Dr. Mahathir sepatutnya di kenang sebagai seorang pemimpin yang BERKELIBAR dan PENYELAMAT oleh semua yang terlibat BUKAN mencaci atau mengutuk beliau

20. Mari lah sama - sama kita memaafkan sebarang kelemahan Tun ketika memerintah dahulu dan mendoakan beliau di panjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik dan berterusan

21. KALAU
          TIDAK
          MAMPU
          MEMBALAS
          BUDI
          SEKURANG
          KURANG
          KITA
          MENGINGAT
          JASA NYA

22. TERLALU
          LAMA
          MENUNGGU
          GURUH
          DI LANGIT
          TAPI
          HUJAN
          MASIH
          TAK TURUN
          TURUN  

23. Bak kata
          arwah
          P. RAMLEE

         'DUNIA INI
          HANYA
          PALSU
          MANUSIA
          BERDUSTA'


Wassalam
Terima Kasih

No comments:

Post a Comment