Sunday, 25 February 2018

20171211 BOLEH KE SULTAN MENGENEPIKAN PERLEMBAGAAN NEGARA


BOLEHKE  SULTAN  MENGENEPIKAN  PERLEMBAGAAN  NEGARA;

Walaupun saya tidak lagi menganggotai mana2 parti politik namum saya tetap dengan pendirian saya menegur dan memberi pandangan2 dengan harapan ianya boleh membantu Negara tercinta ini terus maju dengan urusan dan pentadbiran mengikut aturan dan peraturan yang baik dan sempurna.

Perlembagaan Negara kita adalah hasil perundingan dan persetujuan diantara Sultan2 dan rakyat
Negara kita mengamalkan Raja Berpelembagaan BUKAN  Raja Mutlak ( Constitutional Monarch  NOT Absolute  Monarch ).

Perlembagaan Negara adalah Supreme iaitu yang teratas sekali.

Jestru semua rakyat termasuk  Agong dan Sultan2 MISTILAH akur , menghormati , memelihara dan bertindak mengikut apa yang termaktub didalamnya.

Sultan2 TIDAK BOLEH melibatkan diri dalam perkara politik dan urusan pentadbiran melainkan atas nasihat Kerajaan.

Kini dikalangan rakyat  rungutan2 terhadap tindakan2   Sultan mula terdengar seperti ada yang memberi Anugerah dan Gelaran sewenang wenangnya tanpa kawalan teliti , ada yang melibatkan diri secara langsung urusan tanah dan pembangunan , ada yang bersaing bagi projek2 yang tinggi nilainya dan kebelakangan ini pula ada yang melibatkan diri dalam  kanca politik.

Menghalau keNegeri asal sesiapa yang bercanggah pendapat atau tidak sehaluan dengannya adalah kurang tepat sekali kerana Negeri ini , Negara ini adalah hak rakyat bukan hak individu.

Sesaorang Sultan mistilah berjiwa besar dan tidak emosi.

Jika Sultan boleh menegur Sultan juga boleh ditegur.

Segala campurtangan dan komen yang berunsor politik oleh mana2 Sultan ianya pasti mengundang reaksi rakyat sama ada setuju atau pun sebaliknya.

Tanpa rakyat maka tidak ada Sultan.

Saya tidaklah memihak kepada sesiapa tetapi sekadar menasihat dan mengingatkan sahaja agar Sultan tidak terlupa Lafaz Sumpah Jawatan ketika ditabalkan.

Jika sekiranya ada mana2 Sultan yang berminat dengan dunia politik maka sebaik baik cara ialah melepaskan kedudokan dan bertanding didalam mana2 Pilihanraya . Bak kata pepatah Inggeris ' you cannot have the best of both world'.

Yang Maha Agong ialah ALLAH SWT Maha Pencipta.

Setiap kali kita Sujud , setiap kali kita mengerjakan Umrah dan Ibadat Haji kita diwajibkan berikhram dengan berkain putih yang tidak berjahit.  Begitu juga akhirnya kita semua dikafankan dengan  kain warna yang serupa , putih - tidak ada beza langsun diantara Sultan dan pengemis ketika itu. Dalam erti kata  lain disisi ALLAH  SWT kita semua adalah sama sahaja.

Yang membezakan kita semua ialah rekaan dan ciptaan manusia semata2 .  Ianya bersifat sementara sahaja.

Jestru kita harus bersyukor dengan segala kesenangan, kedudokan dan nikmat yang diberikanNya
Semoga ALLAH  SWT MeRahmati makhlokNya yang suka bermaaf2an dan yang suka menjauhkan diri dari sifat benci dan dendam.

Segala peristiwa dan perkara yang berlaku dan dilakukan sudah pasti ada puncanya
Biarlah peristiwa Sultan Mahmud  hanya tinggal sebagai sejarah hitam Kesultanan Melaka
Semoga  Sultan2 khasnya Sultan Selangor menerima teguran dan pandangan ikhlas saya ini  tanpa dipegarohi perasaan emosi dan dengan hati dan minda terbuka.

Tamrin Tun Ghafar

1 comment:

BANDUANBANDUAN TERHORMAT ?Tamrin Tun GhafarSabtu - 01/12/24( 1 - 14 )1. Puas saya mencari dalam mana - mana kamus termasuk kamus Dewan Bahasa makna dan maksud 'BANDUAN TERHORMAT' tetapi gagal2. Belum ada dalam sejarah istilah ini di gunakan dalam dunia termasuk di Negara - Negara miskin samada di Benua Afrika dan Negara - Negara di Amerika Selatan apatah lagi Negara Maju3. Hanya di Malaysia sahaja istilah ini di perkenalkan oleh seorang banduan yang kini dengan sokongan Parti - Parti lain. termasuk DAP , sebuah Parti TERBESAR dalam..gabungan Pakatan Harapan atau PH membolehkan beliau di lantik sebagai Perdana Menteri ke 10 , jawatan yang di idam - idamkan sekian lama4. SUDAH TERLALU LAMA saya MENUNGGU seperti : MENUNGGU BULAN JATUH KE RIBA namun Anwar MASIH TAK BERANI bertindak BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH5. Ada yang mengingatkan dan ada juga bosan dengan tuduhan LIWAT itu 6. Sebagai orang Islam saya juga tahu hukuman terhadap pemfitnah dan kepada yang bosan itu , NASIHATKAN lah Anwar MENYAMAN MALU terhadap saya di Mahkamah , dan JANGAN MENANGGUHKAN PERBICARAN itu seperti kes tuduhan Tun Dr. Mahathir yang mencabar beliau menunjukan bukti 6 kotak bukti berhubung konon nya Tun sakau duit Negara berbillion ringgit7. Pada MULA nya Anwar yang MINTA PENANGGUHAN dan kini sudah hampir setahun Anwar masih GAGAL berbuat demikian tapi maseh bercakap berkenaan nya dengan tidak menyebut nama orang yang di maksudkan8. Harap tidak ada usaha dari sesiapa yang MENEMUI dadah dan Pistol dalam kereta saya seperti yang berlaku pada Yusuf Rawther dan TAK PERLU gunakan Polis dan MCMC merampas fon bimbit saya seperti yang berlaku kepada Chegu Bad , Papagomo , Naim Brandage dan ramai lagi yang AMAT menyampah kepada Anwar9. Dulu saya katakan Mahiaddin gagal , begitu juga Ismail Sabri lemah sebagai Perdana Menteri10. Baru - baru ini BERSIH memberi Grad D dan Parti BERSATU pula memberi Grad F kepada Anwar dan Kerajaan beliau11. ANWAR , SEORANG PEMBOHONG YANG SUKA BERJANJI TAPI TIDAK MENUNAIKAN JANJI - JANJI TERSEBUT , MAKA SAYA SIFATKAN BELIAU TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG 'MUNAFIK' SELAIN DARI BAPA PEMBOHONG No. 1 NEGARA12. Kegemaran Anwar ialah LIWAT , LIWAT dan LIWAT13. SAYA MENUNGGU TINDAKAN SAMAN MALU BELIAU DI MAHKAMAH JIKA SEKIRA NYA SAYA MEMFITNAH14. Pepatah Cina ada mengatakan : NANG BO TI NANG KUI BO TI KUI bermaksud Orang Bukan Hantu Pun BukanWassalamTerima KasihTERHORMAT