Sunday 25 February 2018

20180101 SELAMAT TINGGAL 2017


SELAMAT
TINGGAL  2017

Semalam  telah pergi, kini kita rakyat yang cintakan negara Malaysia ini berhadapan dengan banyak lagi ujian di tahun baru ini dan tahun2  mendatang.

Walaupun 2017 telah berlalu tetapi ia tidak bermakna apa yang telah berlaku dan dilakukan ketika itu dan dalam tahun2 sebelumnya rakyat boleh lupa dan memaafkan.

Sebagai contoh isu melanggar Aturan dan Peraturan  Pentadbiran Awam dan isu skandal seks bersama isteri orang  yang dilakukan oleh Ketua sebuah Agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan   membersikan negara  dari segala kesalahan rasuah  dan salahguna kuasa iaitu Tan Sri Dzulkipli Ahmad,  selaku Ketua Pengarah SPRM.

Bukan sahaja tindakan undang2 tidak diambil terhadap beliau  malah kenyataan2 beberapa pemimpin Kerajaan termasuk TPM sendiri membuktikan bahawa Kerajaan memang melindungi penjenayah2 seperti Tan Sri Dzulkipli ini.

Apa sebab Kerajaan  bersikap pilih bulu atau double standard  dengan melindungi mereka seperti ini atau kita hanya boleh mengagaknya sahaja?

Saya masih teringat kisah kejatuhan keSultanan Melaka yang menyaksikan Melaka kehilangan Sultan sehingga ke hari ini.

Seorang Tokoh Sejarah Melaka (arwah) pernah menceritakan kepada saya bagaimana siKitol berjaya mempengarohi Sultan2 ketika itu sehingga Sultan2 menjauhkan diri dari penasihat2 tulin dan ikhlas.

Mengikut Ahli Sejarah itu lagi siKitol adalah gelaran sahaja  saperti  gelaran Agong di zaman ini dan Firaun di zaman Nabi Musa. Nama sebenar  siKitol  ialah Abibal anak lelaki Abdel Raman.

SiKitol amat berpengaruh dan amat  tamak . Walaupun beliau tidak punyai jawatan  tertentu dalam Istana tetapi Sultan2 ketika itu amat mempercayai beliau.

SiKitol hanya mementingkan perutnya sendiri  tanpa peduli apa yang berlaku kepada Melaka dan kedudukan Sultan sehingga berlakunya tragedi  hitam Sultan Mahmud mangkat dijulang.

Sekiranya Pemimpin2 hari ini mempercayai dan seterusnya membenarkan siKitol mencorak Undang2 dan Pentadbiran Negara maka jangan terperanjat jika sekiranya rakyat membuat penghukuman pada PRU yang pasti akan diadakan bila2 masa sahaja.

APAKAH  KERAJAAN SUDAH BERSEDIA DITUKAR ATAU DIGANTI SEMATA2 KERANA  TIDAK SANGGUP MELUKAKAN HATI  SIKITOL.

Kepada Tan Sri Dzulkipli Ahmad, nasihat  ikhlas saya mulai Tahun Baru ini, jika tidak bertaubat dan memohon maaf kepada rakyat secara terbuka maka berhentilah membaca khutbah , bersajak dan memberi segala apa nasihat  kepada anak buah dan umum. Mustahil bapak ketam boleh mengajar anaknya berjalan lurus.

Berhentilah menjadi Hantu Raya jika Saudara masih bermaruah dan masih sayangkan SPRM  dan Negara.

Semoga pandangan saya ini  dapat dikongsi bersama demi kebaikan negara.

Tamrin Tun Ghafar
Isnin 01/01/2018

No comments:

Post a Comment

DI MANA MEREKA

DI  MANA  MEREKA  ?  Tamrin  Tun Ghafar Isnin  -  07/10/24 ( 1 - 19 ) 1.   Tentu  pehak  Imegresen  TIDAK  SETUJU   malah  ada  yang   marah...