SUDAH
SAMPAI MASANYA HANTU RAYA INI DI
TANGKAP DAN DILOKAP
Rakyat jika tak muntah, dah muak dan bosan dengan wayang kulit atau wayang pacak cina yang terus ditayang kepada mereka.
Dalam kes KP SPRM ini Peguam Negara dan Ketua Polis Negara yang baru ini tak ubah seperti pemain bolah yang mengawal agar bola tidak masuk gol seolah olah mereka bermain mengikut arahan.
Hentikan pertunjokan silap mata ini.
CUKOPLAH DENGAN ALASAN DEMI ALASAN.
Rakyat yang menggundi mula menyoal mampu dan berani ke Kerajaan menangkap KP SPRM ini atau lebih baik terus biarkan sahaja Hantu Raya ini bebas merayau, dan pada masa yang sama beliau boleh diguna bagi mengaib sesiapa sahaja yang Tuan nya arah sehingga selesai PRU nanti atau beliau sedang digunakan bagi menutop kes2 tertentu.
Siapa agaknya mereka yang memelihara Hantu Raya ini sehingga PM dan Kabinetnya terpaksa menutop mulut dan TIDAK BERANI bertindak sedangkan kesalahan KP SPRM ini bak kata pepatah 'bulu dah mencucok mata' , 'dah terang lagi bersuloh.
Dulu pernah seorang KSU dan beberapa Pegawai Tinggi Kerajaan ditamatkan, dan ada pula diturunkan pangkat , diturunkan gaji dll kerana terlibat dlm kesalahan2 seperti yang dilakukan oleh KP SPRM ini.
Rakyat yang pernah memberi kuasa amat dahagakan pentadbiran yang adil lagi saksama bukan nya pentadbiran yang mengamalkan sikap pilih bulu atau double standard.
YANG LEBIH SERIOUS LAGI IALAH RAKYAT MAHU MELIHAT KERAJAAN YANG ADIL DAN BERANI BUKAN LEMAH , KERAJAAN YANG TIDAK MELINDUNGI PESALAH SEPERTI KP SPRM INI.
Kepada KP SPRM ini apakah anda tidak punyai perasaan malu dan harga diri dengan kakitangan dan pegawai2 SPRM sendiri dan dengan rakyat keselurohannya. Apakah anda tidak rasa bersalah dengan isteri dan anak2 dirumah.
Apakah KP SPRM ini begitu hebat sehingga tidak ada seorang pun Pegawai SPRM yang layak menggantikannya.
Nasihat saya anda BERHENTILAH menyalahguna Ayat2 Quraan dan Hadith dengan memegang chokmar memberi khutubah , bersajak dan bersyarah bagi menutop pekong dibadan.
Lazimnya Hantu Raya akhirnya boleh memakan tuan nya sendiri.
Semoga pandangan ikhlas saya ini dapat disampaikan kepada mereka yang berkenaan.
Tamrin Tun Ghafar
Ahad 26/12
No comments:
Post a Comment