JANGAN MENGUNDANG LAKNAT ALLAH SWT
Tamrin Tun Ghafar
Ahad - 0710/18
( 1 - 22 )
1. Selain dikejutkan dengan Piliharanraya Kecil Parlimen Port Dickson , negara khasnya umat Islam dikejutkan pula dengan pendirian seorang Menteri yang diamanahkan dan bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama Islam.
2. Menteri yang dimaksudkan ialah Datuk Dr. Mujahid bin Yusoff Rawa dari parti AMANAH yang mewakili Kerajaan Pakatan Harapan ( PH ) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
3. Pendirian Tun Mahathir yang tidak bersetuju dengan kebebasan LGBT sepatutnya dijadikan garis panduan oleh mereka yang bernasib baik dipilih menganggotai Kabinet.
4 . Walaupun beliau mungkin mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza tapi dari segi etika dan amalan, beliau sepatutnya mengambil kira pendirian Perdana Menteri yang melantiknya sebagai menteri.
5. Saya tidak pasti sama ada pendirian beliau ini berdasakan fahaman peribadi atau telah dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu.
6. Apakah liberalisme ini merupakan dasar parti Amanah dan Kerajaan PH?
7. Sebenarnya saya mula berdamping dengan beliau ini sewaktu bersama dalam PAS dan dalam sebuah NGO, Gerakan Anti Perkauman atau nama pendeknya GAP.
8. Mungkin saya salah seorang kenalan yang begitu gembira apabila beliau dipilih sebagai menteri oleh Tun Mahathir.
9. Namun kegembiran saya itu ibarat 'Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang , Rupanya Hujan Di Tengahari’.
10. Pendirian beliau ini telah menghampakan saya dan seluruh umat Islam yang lain yang mahu melihat segala bentuk kemaksiatan ditangani.
11. Dr. Mujahid yang telah mendapat pelajaran tinggi dari Universiti Al Azhar , Mesir kini dilihat sebagai seekor tikus mondok yang tunduk kepada segelintir manusia yang pandai berpura - pura.
12. Sebagai umat Islam saya juga tidak bersetuju dengan tindakan keterlaluan segelintir penguatkuasa yang bertindak sesuka hati tanpa mengikut aturan dan peraturan sehingga ia boleh menimbulkan kebencian terhadap Islam itu sendiri.
13. Memang Islam mengajar kita menghormati
hak dan kepentingan setiap penganutnya.
14. Islam juga tidak menggalakkan kita mencari dosa orang lain dengan tindakan - tindakan keterlaluan.
15. Bukankah tanggungjawab semua terutama pihak berkuasa iaitu pemerintah menentukan segala gejala yang bertentangan dengan Islam itu sendiri ditangani?
16. Kita sering dengar ungkapan 'Amal Maaruf dan Nahi Munkar' - menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
17. Cara yang paling baik yang sepatutnya dilakukan ialah mendidik pegawai - pegawai penguatkuasa khasnya dan mereka yang hanya pandai memberi arahan dengan pendekatan - pendekatan yang lebih berhemah.
18. Mengambil jalan mudah seperti yang diumumkan oleh Menteri yang berkenaan sudah pasti menggalakan kemaksiatan terus berleluasa, jauh sekali daripada membenterasnya.
19. Kepada sebahagian besar umat Islam di negara ini, pendirian yang diambil adalah bertentangan dengan apa yang diajar, mengambil jalan mudah , tidak bertanggungjawab; ia bagaikan cuci tangan sahaja.
20. Sepatutnya Kerajaan mengambil iktibar dari laknat ALLAH SWT berdasarkan pengalaman ngeri yang menimpa penduduk di Sulawesi, baru-baru ini.
21. Kepada Sdr Mujahid , baliklah ke pangkal jalan sebelum nasi menjadi bubur.
22. SEMOGA LAKNAT ALLAH TIDAK MENIMPA KITA.
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment