Sunday 14 October 2018

20180512 SAYONARA UMNO

SAYONARA UMNO

Tamrin Tun Ghafar
Sabtu 12/05/18
(1 - 33)

1. UMNO yang dilahirkan pada 11hb Mei 1946 menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-72.

2. Malam semalam Majlis Tahlil diadakan di PWTC ,  satu - satu nya bangunan kepunyaan UMNO.

3. Inilah pertama kali UMNO menyambut hari ulangtahun kelahiran dalam keadaan sugul dan muram.

4. Sama ada majlis tahlil itu merupakan majlis terakhir bagi UMNO, sama-samalah kita tunggu dan lihat.

5. Apakah BN juga akan menerima nasib yang sama, wallahualam!!

6.  Talian hayat UMNO  selama ini iaitu SPR dan ROS  tidak boleh digunakan lagi.

7.  Jika semasa kempen pilihanraya lalu, papan - papan tanda dan iklan yang memaparkan wajah Tun Mahathir diharamkan, kini mulai dihalalkan.

8.  Bukan setakat itu sahaja , Tun Mahathir turut dihina dan dimaki hamun oleh Pemimpin UMNO / BN.

9.  Stesen - stesen TV dan akhbar - akhbar kepunyaan UMNO  seperti Utusan , Berita Harian dan New Straits Times boleh dikatakan setiap hari mempaparkan kenyataan - kenyataan Menteri - Menteri dan sesiapa sahaja yang sedia membelasah  Tun Mahathir.

10.  Segala jasa Tun Mahathir selama  22 tahun sebagai Perdana Menteri dahulu diketepikan begitu sahaja.

11.  Tata susila Melayu  hormat menghormati , berbudi bahasa dan membalas budi  telah dighaibkan begitu sahaja oleh Pemimpin - Pemimpin UMNO di semua peringkat.

12 . "Cash Is King" adalah budaya baru yang amat digemari oleh mereka.

13.  Akhirnya  mereka mati seperti matinya semut kerana gula.

14.  Kepada Penjawat Jawatan Awam dan  yang lain - lain yang pernah terlibat dalam segala amalan rasuah, mereka dan keluarga  kini tidak lagi boleh berlagak seolah - olah dunia ini mereka yang punya.

15.  Begitu juga  mereka yang terlibat menyembunyikan  fakta bagi tujuan melindungi mana - mana penjenayah , pencuri dan perompak , nasihat saya mereka bolehlah melantik peguam - peguam bagi membela mereka di mahkamah nanti.

16.  Majoriti rakyat yang membenamkan UMNO/BN pada PRU 14 yang baru berlangsung sebenarnya mereka TIDAK  TERTAHAN  lagi melihat harta Negara  di rompak oleh mereka yang diberi kuasa tanpa punyai perasaan malu dan takut, sedangkan rakyat terpaksa berhempas pulas memerah keringat bagi menyediakan makan untuk keluarga di rumah.

17.  Bertahun lamanya rakyat  yang pernah membenarkan  diri ditipu dan tertipu menitiskan air mata kesedihan kerana kesusahan hidup mereka.

18.  Mulai semalam tangisan  mereka bertukar dari kesedihan kepada kegembiraan.

19.  Mulai semalam juga rakyat mula merasai KEMERDEKAAN sebenar.

20.  Rakyat yakin Tun Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga 2003 , tidak akan mengulangi kelemahan - kelemahan yang pernah berlaku di era beliau dahulu.

21.  Kepada mereka Tun umpama pepatah " Harimau Mati Meninggalkan Belang , Manusia Mati Meninggalkan Nama " ;  kepada mereka  juga Tun bukanlah " Pagar Yang Makan Padi".

22.  Kepada Tun Dr. Mahathir saya ucapkan syabas dan tahniah kerana dilantik semula menerajui Negara ini buat kali kedua pada usia beliau 93 tahun.

23.  Kepada rakyat Malaysia saya ucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan yang buat kali kedua.

24.  Kepada  Kerajaan yang baru ini jalankanlah tanggungjawab dengan bijaksana dan beramanah.

25. SEMOGA  PERISTIWA  HITAM  YANG  MELANDA  UMNO/ BN  TIDAK  AKAN  MELANDA  PAKATAN  HARAPAN.

26.  Rakyat telah menghantar UMNO dan BN  ke tanah perkuburan, hanya menunggu masa sahaja untuk ditalkinkan.

27.  Begitu tajam sekali pandangan Tun apabila kira - kira 35 tahun dahulu beliau telah memberi amaran bahawa pada tahun 2020 dan mungkin awal lagi dari itu, rakyat khasnya orang Melayu akan menolak UMNO.

28.  Kata Tun Mahathir lagi,  kerakusan, penyelewangan kuasa , amalan rasuh , politik wang dilakukan oleh Pemimpin - Pemimpin UMNO  TANPA punyai perasaan kesian kepada rakyat yang menderita di bawah.

29.  Saya sendiri yang telah meninggalkan UMNO / BN menjelang PRU 13   dahulu dan saya  bertindak demikian kerana TIDAK BERSETUJU dengan apa yang dilakukan oleh Pemimpin - Pemimpin UMNO ketika itu.

30.  Saya menolak UMNO dan BN bukan benci pada nama nya, saya menolak UMNO kerana  sedar bahtera yang saya berada di dalamnya sedang dikemudikan  oleh lanun yang hanya mementingkan diri , keluarga dan mereka yang taat kepadanya saja.

31.  KUN  FA YA  KUN -  JADI ; MAKA  JADI LAH IA.

32.  HANYA  ALLAH  SWT SAHAJA  YANG MAHA  BERKUASA DI ATAS  SEGALA - GALA NYA.

32. ALLAH  SWT telah mencabut nyawa  UMNO dan BN pada 9hb Mei 2018 setelah 72 tahun ia dilahirkan.

33.  SAYONARA !!

Kongsikan dan simpanlah tulisan  saya ini sebagai kenangan.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

DI MANA MEREKA

DI  MANA  MEREKA  ?  Tamrin  Tun Ghafar Isnin  -  07/10/24 ( 1 - 19 ) 1.   Tentu  pehak  Imegresen  TIDAK  SETUJU   malah  ada  yang   marah...