Saturday, 17 August 2019

20190817 SALUTE AGONG !!! KEMANA TERBANG NYA HELANG ?

SALUTE AGONG !!!
KEMANA TERBANG NYA HELANG ?

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu - 17/08/19
( 1 - 34 )

1. Perumpamaan yang biasa didengar ialah ' Enggang Sama Enggang Mana Nak Sama Dengan Pipit '

2. Walau bagaimanapun 'budak kecil yang bodoh' atau 'stupid young boy' ini tanpa memahami telah menggunakan istilah sendiri ' HELANG dan PIPIT ' bagi membezakan diri dan keluarga beliau dengan rakyat Johor biasa

3. Ini lah jadinya apabila sesaorang yang tidak mempunyai pelajaran dan ilmu yang cukup dan tinggi bercakap ikut sedap mulut sahaja

4. Yang dia tahu ialah hanya menayang kekayaan dan jumlah pengiring bermotosikal dan kereta mewah yang dimiliki dan jumlah bodyguard yang terpaksa berlari mengiringi kenderaan beliau

5. Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (income tax) tidak perlu TERAGAK - AGAK dan MELENGAH KAN lagi siasatan samada cukai kereta dan cukai peribadi dibayar atau sebaliknya seperti rakyat biasa; tindakan susulan dan tegas MISTI diambil tambah lagi Kerajaan sedang berusaha menambah dana Negara untuk di gunakan menolong rakyat

6. Mengikut kajian oleh pengkaji burung atau ornitologist ada beberapa perbezaan sifat atau karektor 3 jenis burung tersebut : -

i. ENGGANG
Burung rimba atau
hutan yang hanya
memakan buah -
buahan jenis beri atau
ara - ia boleh juga
didapati
berhampiran
tebing sungai

ii. PIPIT
Burung kecil ini
hanya memakan
bijiran dan
serangga

iii. HELANG
Bersais besar , ia
diikhtiraf sebagai
burung pemangsa
atau 'Bird of
Pray' - ia
AMAT Ganas - untuk hidup
mencari makan
dengan
MEMBUNUH
termasuk sesama
burung
seperti burung
pipit

7. Kini budak ini yang juga dari keturunan HELANG di lantik pula sebagai Pemangku Raja atau 'Sultan'

8. Mengikut Undang - Undang Tubuh Negeri sesaorang yang di lantik kejawatan itu bertindak sepenohnya sebagai ' Sultan ' kerana TIDAK ada 2 Sultan dalam masa yang sama melainkan 'Sultan' dulu kembali menggambil alih semula jawatan itu

9. ' Tanpa Angin Tiba - Tiba Pokok Bergoyang ' maka berbagai andian atau spekulasi timbul ekoran tidakan tersebut

10. Ada yang mengatakan atas sebab kesihatan, nak berseronok dengan hasil kekayan yang diperolohi maka bapa budak ini bercuti panjang

11. Ada pula cerita bahawa perangai budak ini tidak lagi boleh di 'kawal' atau di disiplinkan seperti dalam filem P Ramlee 'Anak Ku Sazali' maka bapa beliau TERPAKSA melepaskan jawatan

12. Ramai juga berpendapat Perlantikan itu terpaksa dilakukan bagi menggelakan budak ini ditangkap polis atas beberapa Kesalahan Jenayah atau 'crime' yang pernah dilakukan

13. Perlembagaan Negara yang mengatasi Perlembagaan Negeri adalah jelas :-

i. Mana - mana Raja atau 'Sultan' jika melakukan KESALAHAN SIVIL seperti menipu, mencuri maka dengan persetujuan Peguam Negara ia boleh dibicarakan di Mahkamah Khas - itu lah yang dimaksudkan
KEKEBALAN atau IMUNITI; ada 2 orang Sultan yang pernah di dakwa di bawah bidang kuasa Mahkamah Khas ini

ii. Jika melakukan KESALAHAN JENAYAH atau CRIMINAL OFFENCE maka Sultan atau Raja boleh ditangkap dan dibicarakan dimana - mana Mahkamah seperti rakyat biasa - TIDAK ADA LAYANAN Istimewa atau IMUNITI

Criminal Offence atau Kesalahan Jenayah adalah termasuk mencedera dan membunuh , dadah dan berbagai lagi

iii. Bagi ahli keluaga TERMASUK yang bergelar seperti Tengku Mahkota , Raja Muda , Bendahara , Temenggong dan Laksamana TIDAK ADA SEBARANG KEKEBALAN atau IMUNITI - mereka BOLEH diheret pada bila - bila masa dimana - mana Mahkamah seperti rakyat biasa jika melakukan apa - apa KESALAHAN CIVIL apatah lagi KESALAHAN JENAYAH

14. KESALAHAN JENAYAH pula tidak ada ' Time Bar atau TIDAK ADA SEKATAN MASA' walaupun sesuatu Kesalahan Jenayah tersebut berlaku atau dilakukan 50 tahun yang lepas

15. Budak ini TELAH melakukan beberapa Kesalahan Jenayah serius sama ada sewaktu beliau bergelar Raja Muda mahupun Tengku Mahkota

16. 11 tahun dahulu beliau telah membelasah dengan teruk Tengku Nadzimuddin , anak kepada Tengku Dara Naquiah dan Tengku Muzaffar . Datuk beliau ketika itu ialah Tuanku Jaafar , Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pernah menjadi Agong

17. Walau pun 10 lapuran polis termasuk di Bukit Aman dan kepada Peguam Negara telah dibuat ekoran trajidi itu namun TIDAK ADA sebarang tindakan undang - undang diambil oleh pehak polis dan Peguam Negara SEHINGGA kini

18. Oleh kerana insiden ini sudah lama berlaku berkemungkinan besar Tengku Nadzimuddin dan keluarga mahu melupakan sahaja peristiwa malang itu

19. Berdasarkan kepada sidang media yang divideokan itu dan bagi MENENTUKAN peristiwa - peristiwa kejam sebegini TIDAK BERULANG dengan sewenang - wenang dan bagi membuktikan kata - kata Hamid Bador , Ketua Polis Negara yang baru bahawa Polis dibawah pimpinan beliau TIDAK akan bertolak ansur bagi menegakan undang - undang maka Polis HARUS melaksanakan tanggong jawab mereka TANPA PERLU menunggu arahan dan TANPA PILIH BULU walau pun budak ini telah dilantik sebagai Pemangku 'Sultan atau Raja'

20. Rakyat menaruh keyakinan dan harapan tinggi kepada Kerajaan PH pimpinan Tun Dr. Mahathir dan Hamid Bador bagi memulihkan semula image Polis yang telah di ROSAK KAN oleh beberapa orang Ketua Polis sebelum ini dan pengampu - pengampu mereka dari peringkat atas hingga bawah yang yang rasuah dan bertindak sesuka hati membelakangkan undang - undang

22. Pada hari Selasa bersamaan 30hb Julai lepas Tengku Abdullah dan isterinya Tengku Azizah Aminah Maimunah telah di Tabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong dan Permaisuri Agong yang baru

23. Sultan Brunei dan Putra Mahkota atau Crown Prince Abu Dhabi sanggup melapangkan masa menghadiri Upacara tersebut bersama - sama Sultan dan Raja - Raja Melayu yang lain namum HANYA 'Sultan' Johor dan budak kecil itu yang telah menghilangkan diri - entah kemana terbang nya

24. Sepatutnya mereka berbangga kerana yang di Tabalkan sebagai Agong itu ialah adik ipar nya sendiri dan Permaisuri pula adalah adik kandung nya

25. Ketidak hadirian mereka disaat - saat akhir jelas membuktikan mereka berdua iaitu 'Sultan' Johor dan budak kecil itu HANYA mementingkan diri atau selfish

26. Sebagai ' Sultan' yang KONON NYA berkhidmat dan menjaga hak dan kepentigan rakyat Johor beliau TIDAK SEPATUT NYA bertindak sedimikian

27. Jika Majlis Pertabalan yang amat penting dan bermakna ini boleh di perlakukan sedemikian rupa apatah lagi nasib rakyat dan negeri Johor; mungkin mereka menganggap diri mereka seperti HELANG dan yang lain nya PIPIT

28. Ini kah sikap dan perangai buruk dan tidak bertanggong jawab seorang 'Sultan' yang bercita - cita menjadi Yang Di Pertuan Agong dan bakal 'Sultan'

29. Mereka berdua SEPATUTNYA belajar dan mengikuti cara jejak langkah Tengku Abdullah , Pahang dan adik nya yang kini telah di Tabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong dan Permaisuri yang dihormati rakyat BUKAN BERLAGAK sombong , bongkak dan suka menunjuk - nunjuk

30. 'Sultan' Johor dan si pendek itu besar kepala , dan tak peduli perasaan rakyat kerana mereka berdua boleh menakut dan memperbodohkan rakyat KHUSUS Menteri Besar , EXCO dan Wakil - Wakil Rakyat

31. Kepada SEMUA mereka HENTI KAN sikap menggampu yang berlebihan JIKA mahu sokongan rakyat Johor pada Pilihanraya akan datang

32. INGAT , KITA KITA HANYA TAKUT PADA ALLAH SWT; SULTAN BUKAN TUHAN !!!

33. TANPA RAKYAT TIDAK ADA SULTAN

34. Tulisan ini boleh diikuti melalui : http://tamrintunghafar.blogspot.com

Wasallam
Terima Kasih

Sunday, 11 August 2019

20190127 TAKKAN DAH TERHANTUK MASIH TAK TERNGADAH

TAKKAN  DAH  TERHANTUK  MASIH  TAK  TERNGADAH

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 27/01/19
( 1 -  23 )

1.  Kemenangan besar UMNO / Barisan Nasional atau BN pada Pilihan Raya Kecil ( PRK ) Cameron Highlands yang berlangsung semalam hari Sabtu 26hb Januari adalah bukti bahawa kuasa sebenar  berada di tangan rakyat.

2.  Sudah beberapa kali saya mengingatkan jika UMNO / BN yang telah memerintah selama 61 tahun boleh ditumbangkan , maka rakyat juga boleh menurunkan Kerajaan Pakatan Harapan atau PH dengan sekelip mata sahaja.

3.  Sebenarnya kemenangan BN tidaklah bermakna rakyat MENOLAK  Tun , dan dalam masa yang sama tidak bermakna mereka  sudah boleh MENERIMA Najib.

4.  Kehadiran Najib tak ubah seperti  'Melukut Tepi Gantang' ; ini kerana rakyat khasnya pengundi - pengundi di Cameron Highlands termasuk masyarakat Orang Asli tahu tentang berbagai rompakan harta negara yang telah di lakukan oleh Najib , Rosmah dan Jho Low ; merekalah yang bertanggungjawab menghancurkan ekonomi negara.

5.  Jika Jho Low dan keluarganya termasuk Nik Faizal tidak bersalah , mengapa mereka menyembunyikan diri seperti tikus dalam lubang.

6.  Sejak kebelakangan ini kedengaran bermacam - macam rungutan rakyat yang menagih bantuan dan sokongan Kerajaan.

7.  Pemimpin - pemimpin PH harus rajin turun padang berdamping dengan rakyat  bagi mendapatkan maklum balas.

8.  Dalam masa yang sama percakaran diantara pemimpin sama ada antara parti mahu pun sesama sendiri MESTI dihentikan serta merta.

9.  Jangan fikir dengan menolak Tun sebagai Perdana Menteri segala masalah boleh diatasi.

10.  Tidak ada Lampu Aladdin atau Magic Lamp yang boleh menyelesaikan segala kerumitan yang negara hadapi hasil peninggalan  Kerajaan UMNO / BN dahulu.

11.  Rakyat sedang meneropong tingkah laku dan perangai pemimpi  - pemimpin PH sama ada di Pusat mahu pun di peringkat Negeri dan cawangan.

12  Tidaklah menghairankan jika sekiranya sekali lagi rakyat akan menolak PH pada PRK yang bakal diadakan di Semenyih , Selangor tidak lama lagi.

13.  Memang benarlah Tun selaku Perdana Menteri ingin memberi masa dan peluang kepada Menteri - Menteri dan Menteri - Menteri Besarnya membaiki diri dan prastasi masing - masing , namun adalah lebih baik jika sekiranya rombakan dilakukan SEBELUM nasi menjadi bubur.

14.  Tingkah laku mereka tak ubah seperti ' Si Kudong Dapat Cincin ' atau ' Kera Dapat Bunga '.

15.  Apabila A Kadir Yassin mencadangkan agar Menteri - Menteri di sekolahkan , mereka melenting ; reaksi mereka itu tak ubah bak kata orang tua ‘Bodoh Sombong  Yang Tak Boleh Di Ajar '.

16. Sudah mula kedengaran amalan salahguna kuasa dan rasuah dilakukan dikalangan sesetengah mereka yang telah diberi jawatan dan kepercayaan sama ada diperingkat Menteri , Menteri Besar dan pegawai - pegawai mereka sedangkan Tun selaku Perdana Menteri bersungguh - sungguh mahu memerangi amalan buruk itu.

17.  AMBILLAH TINDAKAN  SEKERAS - KERAS NYA kepada sesiapa saja yang tidak amanah sama ada yang dahulu mahu pun yang sekarang TANPA pedulikan siapa mereka.

18.  Sementara itu carilah jalan bagi melaksanakan janji - janji PH seperti yang terkandung dalam manifesto mereka dahulu.

19.  ' KUAT  KERBAU  PADA  TALI , KUAT MANUSIA  PADA  JANJI '.

20.  Jika ini semua dapat dilaksanakan saya yakin PH akan terus memerintah 100 tahun lagi ; jika tidak , inilah kali pertama dan kali terakhir PH berpeluang berkuasa.

21. Buanglah yang keruh , ambil yang jernih.

22.  Tun adalah manusia biasa yang tidak sunyi dari kelemahan dan kesilapan , namun kita harus berterima kasih kepada beliau yang sanggup mengemudi bahtera yang telah dihancurkan.

23. BERSATU  KITA  TEGUH  DAN  MAJU ,  BERCERAI  KITA SAMA  SAMA  ROBOH.

Terima Kasih.

20190119 BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT

BIDUK  LALU  KIAMBANG  BERTAUT

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu - 19/01/19
( 1 - 22  )

1.  Hari Khamis  10hb Januari yang baru lepas telah berlaku satu peristiwa yang pasti menjadi kenangan manis bagi seluruh rakyat Johor yang cintakan kedamaian

2.   Pertemuaan 4 mata diantara Sultan Johor dan Perdana Menteri di Istana Bukit Serene , Johor  sememang nya dinanti - nanti seperti  'Ponggok Merindukan Bulan'

3.  Saya percaya segala apa yang tersemat didada masing - masing telah pun diluahkan

4.  Almarhum Sultan Mahmood Iskandar Johor ( ALFATIHAH )  yang pernah menjawat jawatan Yang Di Pertuan Agong ketika Tun menjadi Perdana Menteri bagi kali pertama dahulu ; kini giliran anaknya pula , Tengku Ibrahim selaku Sultan menyambut Tun sebagai Perdana Menteri bagi kali ke 2

5.   Dari susuk wajah Sultan ia menampakan betapa hormatnya beliau terhadap seorang Negarawan yang kini berusia 93 tahun

6.  Begitu juga hormatnya Tun terhadap Sultan yang jauh lebih muda dari beliau

7.  Tun bukan sahaja disambut dengan baik malah Tuanku Sultan sendiri sanggup merendahkan diri memandu kereta Proton Saga menghantar Tun ke lapangan terbang Senai

8.  Jarang sekali kita dengar dan lihat tindakan seorang Sultan sedemikian

9.  Peristiwa itu amat nostalgik sekali kerana kereta tersebut adalah hadiah istimewa Tun kepada bapa beliau 34 tahun yang lepas

10.  Tidak cukup dengan itu , TMJ yang begitu lantang  menentang Tun , telah mengeluarkan satu kenyataan yang boleh di anggap positif

11.  Alang ke elok nya jika pendirian Sultan dan anaknya Tengku Ismail terhadap Tun berlaku lebih awal lagi

12.  Apa pun yang penting , kini mereka iaitu Sultan dan Perdana Menteri boleh bertemu dan berbincang terus bagi kesejahteraan rakyat Johor

13.  Jika selepas ini ada puak - puak yang cuba memecahkan tembok yang telah di bina itu , ia adalah sia - sia sahaja

14.  Yang sebenarnya saya dan Sultan Ibrahim sudah mula berkenalan semasa kami bersekolah di Trinity Grammar School di Sydney , Australia dalam tahun 1966/7 lagi

15.   Yang membezakan kami , beliau adalah Sultan sedangkan saya dari negeri Melaka yang tidak berSultan

16.  Tidak ada maasalah bagi rakyat menyokong Institusi Raja Berpelembagaan ASALKAN  Perlembagaan dan Undang - Undang  dihormati dan dipertahankan oleh semua

17.  Adalah tidak bermakna  sesaorang itu menjadi Sultan jika sekiranya tidak mendapat sokongan rakyat

18.  TANPA  RAKYAT  MAKA  TIDAK  ADA  RAJA

19.  Kuburkan sahaja peristiwa lama ; biarlah ' Kiambang Bertaut Selepas Biduk Berlalu '

20.  Pertelagahan dan perbalahan yang berpanjangan TIDAK akan menguntungkan sesiapa

21.  ULAR  TIDAK  AKAN  HILANG  BISA NYA  WALAU  PUN  MENYUSUP DI AKAR

22.  Pesanan terakhir Megat Seri Rama , Laksamana Bentan sebelum menikam mati Sultan Mahmood yang zalim , ' Raja Adil Raja Di Sembah , Raja Zalim Raja Di Sanggah ' harus di jadikan ikhtibar

Terima Kasih

20190116 BIARLAH SEMALAM MENJADI KENANGAN

BIARLAH  SEMALAM
MENJADI  KENANGAN

Tamrin Tun Ghafar

Rabu -  16/01/19
( 1 -  31 )

1.   Selepas kita dikejutkan dengan kekalahan UMNO/BN yang telah berkuasa selama 61 tahun di tangan Pakatan Harapan atau PH pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada pilihanraya lepas, kini kita dikejutkan pula dengan beberapa kejutan lain.

2.   Bermula saja bulan pertama 2019 tapi beberapa sejarah telah pun terukir; bermula pada hari Ahad 6hb Januari 2019  dengan  peristiwa yang TIDAK PERNAH berlaku di negara ini apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V tiba - tiba meletakkan jawatan sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 15.

3.  Oleh kerana TIDAK  ADA  SEBARANG penjelasan atau perkhabaran rasmi dari beliau sendiri, Istana Negara, Majlis Raja-Raja mahupun Kerajaan,  maka adalah TIDAK  ADIL sama sekali  apabila PDRM ( polis )  bertindak terhadap beberapa individu yang telah membuat berbagai andaian dan menterjemahkan perasaan mereka di media sosial.

4.  Perbualan dan andaian terhadap peristiwa itu masih belum sampai ke penghujungnya  lagi; rakyat masih terpinga - pinga dengan berita perletakan jawatan tersebut.

5.  Bak kata pepatah  'Mulut Tempayan Boleh
Ditutup Tapi Mulut Manusia Tak Boleh  Begitu'.

6.  Ramai yang berpendapat  'Takkan Boleh Menutup Bangkai  Gajah Dengan Sebuah Nyiru’.

7.  Jawatan Yang Di Pertuan Agong ini adalah rebutan di kalangan  9 orang Raja itu sendiri; masing-masing berlumba dan melobi untuknya.

8.  Belum pernah seorang yang telah diberi kepercayaan dan amanah sebagai Agong , tiba - tiba bertindak sedemikian; kononnya beliau tidak berminat menjadi Agong!

9.   Itulah akibatnya  apabila tidak ada penjelasan rasmi berhubung perletakan jawatan itu.

10.  Saya sendiri telah dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung beberapa tulisan saya SEBELUM beliau meletakkan  jawatan secara serta merta itu.

11.  Saya ke Bukit Aman dipanggil  oleh  ASP Khairul Riduan dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan  Siasatan Jenayah atau CID pada hari Isnin 7hb Januari iaitu sehari selepas Sultan Muhammad V meletak jawatan.

12.  Di dalam kenyataan bertulis,  saya mengaku  bertanggungjawab terhadap tulisan  saya dan pengederannya (viral) yang dijadikan kes siasatan bertajuk 'ANTARA
KING  EDWARD VIII  dan  KING  MUHAMMAD V'.

13.  Seperti termaklum tulisan itu dimuat naik di laman sosial beberapa hari SEBELUM beliau letak jawatan.

14.  Sebelum itu saya menulis dengan tajuk 'FROM  RUSSIA  WITH  LOVE’.

15. 'SILA  DUDUK , JANGAN  LARI' pula ditulis pada lewat petang hari Ahad 6hb Januari, iaitu hari yang sama beliau meletak jawatan.

16. Yang menjadi kesangsian saya, apa perlunya polis menghantar telefon bimbit saya itu ke Jabatan Forensik , SKMM sedangkan saya telah memberi pengakuan bertanggungjawab terhadap tulisan saya itu?

17.  Jika SOP atau Standard  Operating Procedure Polis dijadikan alasan menyiasat dan merampas telefon bimbit  saya, maka mengapa Bukit Aman TIDAK menyoal siasat dan mendakwa  bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Muhammad yang  TELAH  MEMBOHONG  dan  MENGHINA Sultan Muhammad V dan Tun Dr. Mahathir?

18. Sebagai orang yang pernah menjawat jawatan Ketua Hakim Negara, dan polis sendiri pasti tahu undang-undang 'a crime is still a crime’ atau 'jenayah yang telah dilakukan tetap merupakan jenayah’ walaupun seseorang itu telah meminta maaf.

19.  Baru - baru ini Tommy Thomas,  Peguam Negara sendiri telah menegaskan TIDAK  seorang pun boleh mengatasi Perlembagaan dan Undang - Undang ; ini termasuklah bekas Ketua Hakim itu yang juga telah kerap kali membakar semangat perkauman melalui tulisan dan kenyataannya kepada media.

20.  Nampaknyan amalan pilih bulu atau ‘double standard’ Khalid Bakar bekas Ketua Polis Negara dulu kini seolah - olah di teruskan dalam PDRM.

21.  Pada hari Khamis lepas bersamaan 10hb Januari 2019 Tun Mahathir selaku Perdana Menteri telah sanggup merendahkan diri mengunjungi Sultan Johor di Istananya di Bukit Serene, Johor Bahru.

22.  Tun yang pernah menghadiahkan kereta PROTON  SAGA keluaran pertama kepada Agong, Sultan Mahmood Iskandar, ayahanda kepada Sultan Ibrahim Johor sekarang, sekali lagi berpeluang menaiki kereta tersebut walau pun dikeluarkan 34 tahun yang lalu.

23.  Semoga pertemuan  tersebut akan membuka lambaran baru di antara kedua-dua insan tersebut.

24.  'BUANGLAH  YANG  KERUH , AMBIL  YANG  JERNIH’ -  yang penting ialah rakyat di bawah ini.

25.  Semalam hari Selasa 15hb Januari satu lagi peristiwa penting telah berlaku.

26.   Jika Sultan Muhammad V telah meletakan jawatan sebagai  Yang Di Pertuan Agong pada 6hb Januari , kali ini giliran Sultan Haji Ahmad Shah pula menyerahkan takhta kepada anaknya Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baru.

27.  Adalah telah menjadi rahsia terbuka atau ‘open secret’ kesihatan Sultan Pahang , Tengku Haji Ahmad Shah sememangnya  tidak begitu mengizinkan sejak sekian lama.

28.  Sama ada  tindakan beliau sekarang ini mengizinkan anaknya mengambil alih kesultanan tersebut ada kaitan dengan pemilihan Yang Di Pertuan  Agong yang baru, WALLAHHUALAM !!!

29.  Semoga Yang Di Pertuan Agong  yang akan dipilih kelak oleh Raja - Raja  boleh benar-benar menjadi  payung kepada rakyat jelata yang berbilang kaum, agama dan budaya di negara ini - janganlah jadi seperti Kacang Lupakan Kulit; selepas mengangkat sumpah rakyat tidak dihiraukan lagi.

30.  Biarlah peristiwa semalam menjadi ikhtibar kepada masa depan yang lebih cerah.

31.  QUE SERA SERA.

Terima Kasih.

20190106 SILA DUDUK, JANGAN LARI

SILA  DUDUK, JANGAN  LARI

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 06/01/19
( 1  -  18 )

1.  'Sila Duduk,  Jangan Lari', itulah ayat pertama yang dilafadzkan oleh  Sultan Muhammad V, Yang Di Pertuan Agong ketika itu, semasa meresmikan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Sidang Parlimen ke 14 pada 17hb Julai 2018 lalu.

2.  Kata - kata itu adalah ekoran satu insiden sehari sebelum Perasmian Sidang Dewan apabila Ahli - Ahli Parlimen UMNO /BN keluar meninggalkan Dewan.

3.  Walaupun berjenaka namum ia juga memberi erti bahawa Ahli - Ahli Parlimen UMNO / BN harus menerima kekalahan dengan hati yang terbuka TANPA menyimpan dendam.

4.  Ini dilakukan ekoran kekalahan mereka dalam Pilihanraya ke-14  pada hari Rabu 9hb Mei 2018.

5.  Kita faham bagaimana remuknya hati mereka setelah menggunakan segala kuasa dan undang - undang , seluruh jentera kerajaan dan wang ringgit yang mencurah seperti hujan yang tak berhenti - henti , namum perasaan benci rakyat terhadap UMNO /BN tidak boleh dikawal lagi.

6.  Genap  sebulan  selepas upacara perkahwinan Yang Di Pertuan Agong dengan bekas ratu Moscow itu tersiar di media masa bersama gambar - gambar dan klip video yang menunjukkan aksi jijik wanita yang kini sudah bertaraf isteri kepada seorang Sultan, saya telah menulis sebuah artikel bertajuk ' FROM  RUSSIA  WITH  LOVE '.

7.  Baru - baru ini sekali lagi saya menyentuh isu perkahwinan mereka melalui satu tulisan bertajuk ' 'ANTARA  KING  EDWARD VIII dan SULTAN  MUHAMMAD V'.

8.   Pada hari Jumaat lepas saya terima satu panggilan dari Bukit Aman meminta saya menghadirkan diri pada esok hari Isnin 7hb Januari 2019.

9.  Pihak polis ingin mengambil  kenyataan dari saya berkaitan dengan tulisan terbaru  saya itu.

10.  Kebetulan dalam artikel tersebut saya telah mencadangkan Sultan Muhammad V melepaskan jawatan atau turun takhkta sebagai Yang Di Pertuan Agong seperti apa yang pernah dilakukan oleh King Edward VIII apabila beliau berkahwin dengan seorang perempuan Amerika Syarikat, Wallis Simpson  yang pernah punyai suami sebanyak 2 kali.

11.  Berita pengunduran beliau sebagai Yang Di Pertuan Agong yang telah berlegar di sana sini sejak seminggu yang lepas kini sudah menjadi kenyataan.

12.  Kenyataan yang dikeluarkan hari ini Ahad 6hb Januari 2019 merupakan satu lagi bahan sejarah negara , ini kerana sejak Merdeka pada tahun 1957 dan selepas diumumkan sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 15 , belum pernah perletakan jawatan dilakukan oleh mana - mana Agong.

13.   Hanya Majlis Raja - Raja sahaja yang tahu sebab sebenar pengunduran Sultan sebagai Yang Di Pertuan Agong.

14.  Selagi rakyat tidak dimaklumkannya selagi itu berbagai teori atau alasan yang berlegar di media sosial dan di warung-warung termasuk di pedalaman.

15.   Ada 2 perkara besar sudah berlaku :

i.  Kesabaran rakyat khasnya pengundi - pengundi Melayu TELAH menghantar UMNO dan BN yang telah berkuasa sejak Merdeka lagi ke tanah perkuburan.

ii.  Tindakan melepaskan jawatan ini adalah pertama kali berlaku.

16.  Semoga Majlis Raja- Raja berhati hati memilih Agong ke 16 supaya pisang tidak berbuah 2 kali.

17.  Jia  sekiranya undang - undang tubuh Negeri Kelantan  tidak membenarkan wanita tersebut dijadikan sebagai
Sultanah, adakah beliau rela mengikuti jejak langkah King Edward VIII?

18.  SEMOGA   EPISOD  INI  DIJADIKAN  PELAJARAN DAN INGATAN  KEPADA  KITA  SEMUA  KHASNYA  KEPADA  RAJA DAN  KELURAGA  MEREKA.

Terima Kasih.

20190103 ANTARA KING EDWARD VIII DAN KING MUHAMMAD V

ANTARA  KING  EDWARD VIII  DAN  KING  MUHAMMAD  V

Tamrin Tun Ghafar

Khamis - 03/01/19
( 1 - 25 )

1.   King Edward VIII menjadi Raja hanya selama 326 hari sahaja.

2.  Beliau yang diangkat sebagai Raja pada 20hb Januari 1936 dan  turun takhta pada 11 hb Disember pada tahun yang sama.

3.  Dalam tulisan saya 'FROM RUSSIA WITH LOVE ' bertarikh 23hb November 2018, saya telah membayangkan betapa mulianya cinta seorang Raja England terhadap kekasihnya, Wallis Simpson , seorang janda dari Amerika Syarikat.

4.  Walaupun bukan beragama Islam dan  tidak pun terlibat dalam apa - apa skandal seperti dalam adegan  lucah ‘Reality Show’ namun bagi memelihara nama baik Negara dan bagi mengekalkan Institusi Raja Berpelembagaan itu sendiri maka King Edward memilih untuk turun takhta.

5.  Itulah pengorbanan tinggi seorang insan ( Raja ) yang mempunyai prinsip hidup yang harus menjadi contoh kepada seluruh Raja - Raja yang ada.

6.  Dengan melepaskan jawatan oleh Raja Nazrin, Sultan Perak sebagai Pemangku Agong , ini bermakna Sultan Muhamaad V sudah pun kembali ke tanahair bagi menyambung tugas beliau sebagai Yang Di Pertuan Agong.

7.  Sama ada percutian selama 2 bulan  atas alasan perubatan itu benar atau sebaliknya, tidaklah  dapat dipastikan.

8.  Begitu juga gambar - gambar  majlis perkahwinan beliau bersama wanita Russia itu di Moscow masih kekal sehingga kini sebagai satu misteri.

9.  Biasanya perkahwinan bagi   kali kedua atau lebih dari satu, ia dirahsiakan kerana tidak mahu mengundang masalah daripada isteri pertamanya.

10.  Biasanya yang membawa isteri  pulang ke rumah setelah berkahwin senyap - senyap ialah Mat Rempit atau Mat Pit iaitu Penagih Dadah saja.

11.  Ini jauh berbeza dengan perkahwinan  'Raja Sehari' di mana kaum keluarga dan sahabat andai dijemput bagi meraikannya bersama.

12.  Kalau benarlah Agong telah  bernikah dan telah mengadakan majlis perkahwinannya di Moscow TANPA memberitahu rakyat apatah lagi Perdana Menteri, ia adalah satu perbuatan yang tidak salah untuk dikutuk.

13.  Seperti yang saya tulis sebelum ini , yang berkahwin itu ialah Tengku Faris  Ibni Tengku Ismail Petra, Sultan Kelantan ke 29 yang telah dipilih sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 15 BUKAN  Faris bin Ismail dari Kampung Wakaf Chek Mek , Kelantan.

14.  Jika beliau tidak tahu membezakan kedudukannya sebagai Sultan dan Agong, sepatutnya Majlis Penasihat Di Raja atau sekurang - kurangnya  Pegawai Kanan atau Pegawai Protokol boleh menasihatkan  beliau dalam perkara sebigini, melainkan mereka juga tidak tahu menahu mengenai perkahwinan itu.

15.  Sehingga kini rakyat masih bermain teka teki sama ada gambar - gambar perkahwinan Agong itu benar atau tidak; begitu juga gambar - gambar lucah dan adegan video seks rambang  dalam kolam renang dan atas katil seorang wanita dengan lelaki yang tidak dikenali itu adalah wanita yang kini menjadi isteri Sultan Serambi Mekah dan juga Yang Di Pertuan Agong.

16.  Rakyat yang menanggung elaun dan lain - lain kaedah kehidupan Agonf BERHAK  diberitahu perkara sebenarnya BUKAN dirahsiakan dari mereka, melainkan beliau menganggap rakyat negara ini tidak penting.

17.  Jika benarlah Agong memang telah berkahwin dengan wanita tersebut maka beliau harus mengikut jejak langkah King Edward iaitu TURUN TAKHTA serta merta secara sukarela.

18.  Jika sekiranya beliau enggan berbuat demikian, maka Majlis Raja - Raja perlu menasihatkannya dan jika berdegil juga maka beliau perlu DIPECAT sebagai Yang Di Pertuan Agong.

19.  Di peringkat Negeri pula terserah pada Majlis Penasihat Di Raja mengambil tindakan.

20.  Sama ada ini merupakan balasan ALLAH SWT terhadap beliau yang  'merampas  kuasa' daripada ayahnya, Sultan Kelantan ketika itu yang masih hidup sehingga kini, hanya ALLAH 
sahaja yang mengetahuinya.

21. Tak semestinya dengan kopiah, serban, jubah dan capal yang dipakai itu menandakan keimanan seseorang.

22.  SEKALI  AIR  BAH , SEKALI  PANTAI  BERUBAH.

23. Terserahlah kepada Majlis Raja - Raja sama ada mahu bertindak bagi menyelamatka Institusi Raja Berperlembagaan atau sebaliknya; pisau berada di tangan anda.

24.  JANGAN  DISEBABKAN  SETITIK NILA , MAKA  ROSAK  SUSU  SEBELANGA.

25.  Semoga Agong , Raja - Raja dan rakyat dapat memikirkan pandangan dan teguran  saya ini dengan rasional.

Terima Kasih.

20190101 BENAR KE TANPA  UMNO  TIDAK  ADA  MELAYU ,  TANPA  PAS  TIDAK  ADA  ISLAM ?

BENAR KE TANPA  UMNO  TIDAK  ADA  MELAYU ,  TANPA  PAS  TIDAK  ADA  ISLAM ?

Tamrin Tun Ghafar

Selasa -  01/01/19
( 1 -  24 )

1.  Saya memilih tarikh hari ini 1hb Januari 2019  bagi  menulis artikel seperti tajuk diatas kerana keinginan melihat lembaran baru negara tercinta ini bermula.

2.  Tahun 2018 adalah tahun yang dipenuhi peristiwa bersejarah , suka dan duka yang tidak mudah dilupakan.

3.  Bermula dengan Pilihanraya Umum pada  Rabu 9hb Mei 2018 apabila buat pertama kalinya UMNO dan Barisan Nasional ( BN ) telah di kalahkan.

4.   Sebagai Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO  nama Najib Tun Razak mula  tercatat dalam sejarah sebagai orang yang bertanggungjawab diatas kekalahan parti tersebut.

5.  Buat pertama kali sejak 1957 UMNO dan 13 komponen parti yang lain di bawah BN  telah ditumbangkan oleh hanya 4 parti - PKR , DAP dan 2 parti baru , AMANAH  dan BERSATU yang  yang diwujudkan menjelang PRU 14.

6.  Ketika Anwar Ibrahim di dalam penjara,  isteri beliau Dr. Wan Azizah menerajui PKR sedangkan DAP pula di pandu oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng  yang bertindak sebagai Setiausaha Agung.

7.  Terdiri dari mereka yang berhemah dan tidak ekstrem, mereka akhirnya meninggalkan PAS dan menubuhkan parti  AMANAH yang diketuai oleh Mohammad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

8.   Oleh kerana tidak tahan dengan penyelewangan kuasa , rasuah dan rompakan wang negara melalui 1MDB , SRC dan lain - lain  oleh Najib Tun Razak , Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri  dan Timbalan Presiden UMNO meletak jawatan  dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu atau BERSATU.

9.  Tun Dr. Mahathir yang sebelum itu bergerak atas tiket Deklarasi Rakyat dan telah berjaya mengumpulkan hampir 3 juta tandatangan tanda protes terhadap tindakan Najib telah dilantik sebagai Pengerusi BERSATU dan Pengerusi Pakatan Harapan atau PH , gabungan 4 parti tersebut.

10.  Raja - Raja termasuk  Agong ketika itu TIDAK MAHU melayani Tun yang ingin menyampaikan memorandum tersebut.

11.  Majlis Raja - Raja HANYA bertindak seperti  'Melepaskan Batuk Di Tangga' sahaja  apabila mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu 1MDB tapi TIDAK ADA TINDAKAN SUSULAN; rakyat tertanya-tanya di manakah Raja-Raja ketika rakyat dahagakan pembelaan?

12.  Sebaliknya ekoran dari usaha Tun hendak mengadap Raja - Raja , Sultan Kelantan yang kini Yang Di Pertuan Agong bertindak menarik balik pingat DK Kelantan dari beliau.

13.  Selain Sultan Kelantan , Sultan Johor dan anaknya dan Sultan Selangor juga turut menyerang Tun.

14.  Menjelang Pilihanraya yang baru berlangsung itu , Najib berserta Timbalannya dan pemimpin - pemimpin UMNO yang lain tidak berhenti - henti menakutkan pengundi - pengundi Melayu , konon tanpa UMNO Melayu akan jadi bangsa bangsat dan orang Cina melalui DAP pula akan menghapuskan hak istimewa dan bahasa  Melayu , menjadikan negara ini sebagai Republik dan lain - lain lagi.

15.  Hadi dan PAS pula mengeluarkan berbagai fatwa dengan harapan pengundi - pengundi Melayu menolak calon-calon  DAP tapi keputusan Pilihanraya membuktikan tindakan mereka tidak menjadi.

16.  Diatas kepercayaan  'CASH  IS  KING'
Najib menggunakan wang ringgit yang begitu banyak bagi memenangi Pilihanraya tersebut.

17.  Selain itu segala bentuk penindasan terhadap para pengkritik dilakukan termasuklah tindakan polis terhadap Tun Siti Hasmah dan Tun Dr. Mahathir sendiri.

18.  Sebenarnya  Najib dan Hadi  percaya bahawa orang Melayu  masih boleh ditipu dengan isu - isu perkauman dan agama sedangkan orang Melayu sudah lama bangkit.

19.  Tangapan mereka 'Tanpa UMNO  Melayu Akan  Mati ,  dan Tanpa PAS Tidak Ada Islam'  adalah  iguan  mereka  semata - mata.

20.   Adalah lebih baik jika UMNO  dan PAS mencermin diri sendiri bagi mengelakkan diri mereka daripada sebarang cacian dan cemuhan.

21. Sempena tahun baru 2019 ini , elakkan diri dari terus bercakaran dan memburuk - burukkan pemimpin demi membangunkan negara tercinta ini ; lagi pun kita semua manusia biasa yang tak boleh lepas dari kelemahan dan kesilapan; BUKAN SENANG membaik pulih sebuah rumah yang hampir ranap yang telah dimakan anai-anai.

22.  Jika negara Jerman dan Jepun boleh bangkit semula selepas mengalami perang dunia ke 2  dengan teruknya maka mengapa kita tidak boleh berbuat sedemikian?

23.  Jangan Buang Air Di Tempayan Dek Dentuman Guruh Di Langit.

24. Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Sama-Sama Akan Roboh - JANGANLAH KITA BERKELAKUAN SEPERTI ANAI - ANAI.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2019.

Terima Kasih.

20181227 BAKAL SULTAN YANG RENDAH AKHLAK

BAKAL SULTAN YANG RENDAH  AKHLAK

Tamrin Tun Ghafar

Khamis - 27/12/18
( 1 -  23 )

1.   Bukan Sultan tak kenal siapa suami Dang Anum.

2.  Namum tanpa ambil peduli pengorbanan suami Dang Anum Megat Seri Rama,  Laksamana Bentan , Sultan yang tidak berhati perut dan nak menunjukkan kuasa ,  beliau terus membunuh Dang Anum hanya kerana anak yang dikandung kempunankan seulas nangka.

3.  Walaupun berketurunan Temeggong iaitu rakyat biasa yang dipilih menggantikan Sultan Mahmood Mangkat DiJulang yang tidak meninggalkan zuriat , keturunan ini sehingga kini memang bertanggungjawab merosakkan imej Institusi Raja Berpelembagaan negara kita.

4.  Berbagai kezaliman, rompakan  dan perkara bodoh yang dilakukan oleh keluarga Sultan Johor ini.

5.  Ini termasuklah membunuh, mencedera, menggambil tanah - tanah negeri Johor yang berpotensi dan menjualkannya  semula dengan keuntungan yang lumayan.

6.    Bukan setakat tanah sahaja tapi  bauxite dan pasir sungai serta laut juga dijual secara haram kepada Republik Singapura.

7.  Pulau kecil yang pernah dipunyai  oleh Johor dan dijual oleh Raja Hussain kepada penjajah British dahulu kini sudah membesar.

8.  Inilah akibat perbuatan tamak Sultan dan anaknya melalui rakan kongsinya , seorang pemimpin UMNO  Bahagian di Johor merompak pasir laut kepunyaan Kerajaan Pusat secara besar - besaran dan dijual ke Singapura.

9.  Operasi rompakan ini dilakukan sejak beberapa tahun dahulu; ia adalah kehilangan pendapatan hasil berbilion ringgit kepada Kerajaan Pusat.

10.  Kastam, Jabatan Laut dan lain - lain Jabatan sama ada telah disumbat dedak atau takut bertindak kerana takut Sultan dan anaknya murka.

11.  Mereka ini masih menggangap bahawa Sultan itu Tuhan , Malaikat atau Dewa yang tak boleh disentuh.

12.  Semua Sultan atau Raja kita adalah TERTAKLUK  JUGA  KEPADA  PERLEMBAGAAN 
DAN UNDANG  UNDANG  NEGARA ; sabit kesalahan mereka juga  boleh didakwa dan dipenjarakan.

13.  Rakyat begitu hairan kenapa polis sehingga kini tidak bertindak terhadap anak raja yang begitu bidap, kurang ajar dan tidak berakhlak itu sedangkan tindakan tegas dan pantas terhadap sesiapa sahaja rakyat yang bersalah walaupun kesalahan itu jauh lebih kecil dari Sultan dan anaknya.

14.   Reaksi terhadap Syed Saddiq  Syed Abdul Rahman baru - baru ini oleh anak Raja yang bakal diangkat sebagai Sultan TIDAK langsung mencerminkan ciri - ciri seorang Islam dan anak bangsawan yang baik.

15.  Syed Saddiq hanya  mengucapkan dan mendokan agar anak raja tersebut dipanjangkan umur sempena menyambut hari lahirnya , namun ia dijawab dengan begitu kasar sekali.

16. Ini adalah satu pelajaran dan ingatan kepada Syed Saddiq, Menteri-Menteri dan Menteri Besar beserta EXCO dan Wakil Rakyat Johor, mulai hari ini tak perlu lagi nak beria-ia sangat mengambil hati Sultan dan anaknya itu sedangkan bunga dibalas dengan najis.

17. Jika nak juga buat ucapan sedemikian tak payahlah nak buat melalui media sosial, cukup dengan hantar kad atau surat.

18. ‘Bulat  Air Kerana Pembetong, Bulat Manusia Kerana Sepakat'.

19. Lidi kelapa boleh dipatah - patahkan jika ia hanya sehelai sahaja tetapi  boleh jadi penyapu sampah jika ia bersatu.

20. Kepada Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri , kata - kata Azman Attar ( arwah )  'When You Are In Power , You Must Be Powerful or You Are Bloody Fool'.

21. Kepada Sultan Johor ajarlah anaknya itu
bersopan santun dan menghormati orang lain.

22. Kepada Sultan-Sultan lain TOLONGLAH juga nasihatkan Sultan Johor ini sebelum nasi menjadi bubur.

23. Jangan sampai kemurkaan rakyat terhadap perangai dan tingkah laku Sultan dan anaknya tidak boleh dibendong akhirnya.

Terima kasih.

20181118 TANGKAP SAJA MEREKA YANG MASIH BERDEGIL

TANGKAP  SAJA  MEREKA  YANG  MASIH  BERDEGIL

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 25/11/18
( 1 -  29 )

1.   Ekoran penolakan ICERD  oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri di Papua New Guinea baru - baru ini, Kabinet telah membuat keputusan muktamad bahawa Kerajaan  TIDAK akan  menandatangani dan meratifikasi Deklarasi tersebut.

2.  Bukan sahaja Ketua Polis Negara, bahkan Tan Sri Muhyiddin selaku Menteri Dalam Negeri dan Tun Dr. Mahathir sendiri telah menasihat dan memberi amaran agar perhimpunan anjuran UMNO dan PAS yang bakal diadakan pada 8hb Disember nanti  dibatalkan.

3.  Polis sendiri melalui Timbalan Ketua Polis Negara mengumumkan akan memanggil beberapa individu yang dikenal pasti yang cuba mencetuskan hura hara dan pertumpahaan darah semasa perhimpunan tersebut.

4.  Salah seorang yang disenaraikan ialah Zahid Hamidi, mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dan kini Presiden UMNO.

5.  Tidak hairanlah Zahid termasuk dalam senarai hitam polis kerana rekod beliau sendiri tidak begitu baik.

6.  Semasa dalam Kabinet, jenayah pertama yang dilakukannya ialah apabila beliau sendiri terlibat mencederakan dengan teruk Ahmad Bazli,  kekasih anak sulungnya ketika itu sehingga menyebabkan tempurung hadapan di dahi beliau retak - ini telah disahkan sendiri oleh pakar-pakar yang memberi rawatan.

7.  Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri,  beliau telah menulis kepada Director (Pengarah) Federal Bureau of Investigation atau FBI Amerika Syarikat meminta Biro tersebut tidak mengambil sebarang tindakan undang - undang terhadap seorang penjenayah Malaysia yang ditangkap di sana.

8.  Semasa beliau menjadi Menteri Dalam Negeri itulah tak kurang 3 juta pekerja  asing terutama dari Bangladesh berpusu - pusu datang ke negara kita.

9.  Apakah ketika itu Zahid berjuang untuk keselamatan dan kesenangan rakyat khususnya bagi orang Melayu atau untuk keluarga dan kroni-kroni beliau.

10. Mengapa beliau tidak menganjurkan demontrasi ketika itu apabila Kerajaan BN menggantikan Dasar Ekonomi Negara dengan Dasar sama rata atau meritokrasi , membuka biasiswa JPA kepada semua bangsa dan peruntukan besar - besaran kepada Sekolah Jenis Kebangsaan ( sekolah Cina dan Tamil).

11. Zahid hanya berkokok setelah hilang jawatan kerajaan dan sedang menghadapi 45 pertuduhan undang - undang, beliau kini sedang memperalatkan rakyat bersama PAS menganjurkan demontrasi tersebut.

12. Atas alasan menyelamatkan Melayu dari segi ekonomi dan agama beliau sebenarnya sedang bermain api membakar semangat orang Melayu khasnya ahli UMNO berbuat apa sahaja dengan satu tujuan.

13. Kepada beliau jika sekiranya Tun Dr. Mahathir dan Kerajaan berjaya diturunkan, peluang beliau dibebaskan adalah cerah.

14. Kepada Hadi pula inilah peluang keemasaan bagi beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan akhhirnya menjadi orang nombor satu negara.

15. Zahid umpama orang yang sedang lemas - beliau akan buat apa sahaja bagi menyelamatkan dirinya.

16. Zahid juga tak ubah seperti seekor harimau cedera yang sedang mengganas -  ini AMAT BERBAHAYA kepada negara dan masyarakat berbilang kaum.

17.  Sudah 61 tahun negara Merdeka dan berbagai - bagai dasar dan agensi ditubuhkan, dari Agong dan 9 orang Sultan, dari Perdana Menteri ke Menteri Besar , dari KSN hingga ke budak pejabat dan pemandu,  90% daripadanya adalah Melayu tetapi ekonomi Melayu masih jauh ke belakang; begitu juga dengan kedudukan agama Islam.

18. Tidak boleh dinafikan memang ada segelintir bukan Melayu yang agak keterlaluan pemikiran mereka tetapi bilangan mereka terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Melayu dan Bumiputera; lagi pun mereka yang keterlaluan itu tidak punyai cukup kuasa bagi melaksanakan apa yang berada dalam pemikiran.

19. Jalan mudah bagi mereka ialah dengan menyalahkan bukan Melayu khasnya parti DAP yang disifatkan sebagai anti Melayu.

20. Perlu diingatkan DAP tidak berkuasa dan DAP juga tidak mempersoalkan malah mereka sentiasa menghormati Artikal 153 Perlembagaan negara.

21. Bukankah lebih bermakna jika himpunan yang dicadangkan itu dijadikan ‘Himpunan Rakyat Menuntut Wang Rakyat Yang Dilesapkan Oleh Najib Melalui 1MDB Dipulangkan Segera’ - itu barulah berjuang untuk rakyat dan tanahair.

22. Bagi Pas pula, bak kata Shahbudin Husin, seorang blogger, apa perlunya nak berdemonstrasi di jalanraya jika setakat nak berdoa kesyukuran - kan lebih afdal jika mengadakan  doa kesyukuran di masjid dan surau.

23. Sebenarnya ini semua alasan yang tidak boleh diterima oleh mereka yang mempunyai akal yang terbuka dan waras, bukan akal yang sempit atau jumud dan bak kata Kharuddin Abu Hassan tak ubah seperti ‘otak udang’.

24. Kerajaan hari ini perlu tegas bagi menentukan keselamatan,  kerhamonian dan ekonomi negara dapat dipulihkan semula  TANPA sebarang gangguan dari puak pelampau ini.

25. Bagi mengubati pesakit ialah dengan memberi ubat - ubatan walaupun pahit untuk ditelan.

26. Sama ada mereka membaca kenyataan kerajaan dan amaran atau baca tapi tak faham atau sengaja buat tak faham atau tak peduli itu semua.

27. Mereka sebenarnya sedang mencabar kesabaran dan kekuatan kerajaan dan pasukan polis dan anggota keselamatan.

28. Bak kata Azman Attar ( arwah )  'If You Have The Power You Must Be Powerful  Or Else You Are Bloody Fool’.

29. Humbankan saja mereka ke dalam penjara sebelum 'Nasi Menjadi Bubur’.

Terima Kasih.

20181108 PENJENAYAH BUKAN WIRA

PENJENAYAH BUKAN WIRA

Tamrin Tun Ghafar

Khamis - 08/11/18
( 1 - 26 )

1.  Itulah tajuk utama (headline) Utusan Malaysia, akhbar kepunyaan UMNO beberapa hari yang lepas.

2.  Sebelum itu dalam ruangan editornya yang menggunakan gelaran 'Awang  Selamat ' telah dengan terang - terangan  membelasah Najib yang pernah menjadi pemimpin parti itu.

3.  Khairy Jamaluddin dan Nazri Aziz yang di suatu ketika dahulu merupakan hulubalang Najib, kini tidak segan silu menempelak bekas bosnya itu.

4.  Tak cukup dengan itu, satu lapuran Polis dan SPRM  tentang salahlaku Najib berhubung 1MDB pun telah dibuat oleh bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau.

5.  Tak tahulah pula berapa ramai lagi pemimpin - pemimpin UMNO yang akan mengikuti jejak langkah Khairy, Nazri dan Utusan selepas ini.

6.  Sementara itu difahamkan mungkin lebih banyak lagi kes baru terhadap Najib dan Rosmah akan dikemukakan di mahkamah, ini termasuk kes pembunuhan Altantuya.

7.  RM2,600 juta atau RM2.6 bilion duit 1MDB dan RM42 juta dari dana SRC yang telah masuk ke akaun peribadi Najib di AmBank telah pun menjadi rahsia umum di serata dunia.

8.  Entah berapa bilion lagi yang disimpan diluar negara, sama - samalah kita tunggu dan lihat nanti.

9.  Saya pernah terbaca satu coretan yang mengatakan dengan jumlah kesalahan jenayah yang dilakukan, Najib akan menjalani hukuman penjara selama 450 tahun lamanya.

10.  Kepada mereka yang masih percaya bahawa Najib, pahlawan Bugis tidak melakukan rompakan- rompakan tersebut , adalah elok jika mereka meminta petunjuk ALLAH  SWT.

11.  Kita semua harus bersyukur kerana ALLAH SWT  telah memberi keberanian kepada rakyat membuang UMNO , parti Najib ( bukan lagi parti orang Melayu ) ke dalam laut dalam pilihanraya umum lalu.

12.  Difahamkan ramai lagi pemimpin UMNO  akan diseret ke mahkamah atas segala jenis jenayah yang pernah mereka lakukan semasa bertakhta dahulu.

13.  Kini Najib dan Zahid Hamidi  sedang memberi gambaran seolah - olah apa yang berlaku terhadap diri mereka adalah satu tindakan politik; kononnya mereka bersih seperti kain putih yang tidak pernah dikotori.

14.  Tidaklah menghirankan apabila sesetengah pemakan dedak menyalak seperti anjing gila mempertahankan kedua - dua mereka itu.

15.  Dulu Najib bangga menggelarkan dirinya sebagai Pahlawan  Bugis yang tidak akan tunduk kepada sesiapa pun.

16. Apabila Tun Mahathir menyelar Najib sebagai lanun, bukan sahaja masyarakat Bugis, malah Sultan Selangor yang juga keturunan Bugis menyelar beliau (Tun); ada yang menuntut Tun meminta maaf kepada masyarakat tersebut.

17. Hari ini bukan sahaja beliau menghadapi tindakan undang-undang di mahkamah, bahkan kerajaan Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat melalui DOJ juga bercadang mengambil tindakan yang sama.

18. Sebenarnya Najib telah menconteng arang di muka masyarakat Bugis apabila beliau kecundang kepada  pemberita wanita Al-Jazeera baru - baru ini.

19. Kini terbuktilah rupa-rupanya Pahlawan Bugis itu sebenarnya adalah  Pahlawan Plastik sahaja; hanya berani di depan pemakan dedak tapi pengecut menghadapi orang tua yang berumur 93 tahun.

20. Terserahlah kepada masyarakat Bugis khasnya Sultan Selangor dan Johor yang juga keturunan Bugis sama ada mahu terus menyokong perompak ini sebagai Pahlawan mereka atau sebaliknya merendah diri memohon maaf kepada Tun yang telah membongkar perkara sebenar.

21. Bukan ke kaum Bugis mempunyai adat resam dan cara hidup yang baik, merendah diri, menghormati, bermaaf-maafan dan membantu mereka yang memerlukannya.

22. Najib telah MENGHANCURKAN segala harapan dan cita - cita arwah bapanya,  Tun Abdul Razak untuk membangunkan negara lebih maju dari negara- negara lain di rantau ini.

23. Dek terlalu sayangkan Rosmah ( atau takut ) beliau sanggup memalukan Tun Rahah, ibu yang pernah menyusukannya  dengan berbagai jenayah yang dilakukan.

24. Apabila ditanya oleh Para Sahabat, Rasullullah SAW pernah mengatakan peperangan yang paling besar ialah melawan
NAFSU.

25. Kepada ahli - ahli UMNO di semua peringkat, sedarlah diri dan terimalah kenyataan.

26. SAYONARA  UMNO.

Terima Kasih.

20181030 TEMPOH BERBULAN MADU SUDAH BERAKHIR

TEMPOH  BERBULAN  MADU  SUDAH  BERAKHIR

Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 30/10/18
( 1 -  22 )

1.   A Kadir Jasin mencadangkan kesemua Menteri Pakatan Harapan ( PH )  perlu ‘disekolahkan'.

2.  Cadangan itu berputik dari kekecewaan dan ketakutan beliau melihat apa yang sedang berlaku di kalangan beberapa orang Menteri.

3.  Bukan sahaja beliau malah sudah ramai mereka yang menyokong PH termasuk diri saya sendiri mula mempersoalkan kewibawaan dan prestasi sesetengah mereka yang telah diberi peluang oleh Perdana Menteri itu.

4.  Kerisauan beliau ini ada asasnya :

i.  Menampakan seolah - olah mereka terlalu gelojoh  untuk menerima Bintang Gelaran sedangkan khidmat mereka baru sahaja menjangkau  6 bulan sejak PRU14 yang berlangsung pada 9hb Mei lepas. Ia umpama murid yang baru ke sekolah, belum lagi duduk peperiksaan, tetapi sudah beratur mengambil ‘certificate’.

Jika mengandung pun terpaksa menunggu 9 bulan sebelum melahirkan anak.

ii.  Prestasi mereka tidak menyerlah dan menyakinkan, malah ada yang bertindak tanpa menggunakan akal yang waras.

5.  Dalam masa yang sama pendirian Perdana Menteri pula agak berbeza dengan luahan Kadir; tapi ada logiknya.

6.  Sebagai Perdana Menteri beliau terpaksa menampakkan pendirian mempertahankan Ahli Kabinetnya dengan hujah walaupun terdapat beberapa orang Menterinya TIDAK membantu beliau namum mereka tidaklah merompak dan menyamun harta negara.

7.  Kepada saya teguran dan pendirian kedua-duanya (A Kadir Jasin dan Perdana Menteri) adalah betul.

8.  Menteri-menteri yang dilantik dan pegawai - pegawai mereka pula kenalah menyesuaikan diri tanpa terbawa - bawa tingkah laku lama iaitu dari Pembangkang kepada Pemerintah.

9.  Rakyat sedang meneropong setiap  perkataan
dan langkah menteri dan pegawai - pegawai mereka.

10.  Begitu juga mereka yang berjawatan Menteri Besar dan EXCO khasnya; mereka tidak harus bersikap kasar dan tidak menghormati pandangan masyarakat yang mengundi mereka.

11.  Hentikan  SERTA MERTA jika ada unsur - unsur salah guna kuasa dan rasuah di kalangan mereka.

12.  Selain dari itu, mereka perlu senantiasa ingat bahawa mereka terhutang budi kepada rakyat yang membolehkan mereka berkuasa, bukannya kepada Sultan dan keluarga atau kepada Yang Di Pertua Negeri; malah ada Sultan dan ahli keluarga seperti Johor dan Pahang dan Yang DiPertua Negeri Melaka yang berkempen untuk UMNO dan BN dalam pilihanraya yang lepas.

13.  Tun Khalil Yaakub umpamanya telah melawat beberapa Bilik Gerakan UMNO /BN dan memberi pandangan serta rangsangan kepada petugas - petugas pilihanrayanya.

14.  Perdana Menteri harus mengambil tindakan terhadap mereka yang telah melanggar Perlembagaan.

15.  Perlu diingatkan jika rakyat boleh menumbangkan UMNO/ BN yang telah berkuasa selama 61 tahun , rakyat juga boleh
menumbangkan Kerajaan PH pada Pilihanraya Umum akan datang.

16.  Jika nak terus berkuasa lebih lama lagi maka segala amalan buruk MESTI diberhentikan segera.

17.  Saya mencadangkan beberapa perjumpaan hati ke hati di antara semua Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen PH dengan Perdana Menteri  (retreat) diadakan dalam masa terdekat dan diikuti dengan sekurang - kurangnya sekali setahun.

18.  Politik cantas mencantas, baling batu sembunyi tangan juga harus diberhentikan serta merta.

19.  'JANGAN  SEBAB  NILA  SETITIK , MAKA  ROSAK  SUSU  SEBELANGA’.

20.  Biarlah semalam berlalu untuk kecemerlangan Negara dan keselesaan rakyat pada hari ini dan esok.

21.  JANGAN  KECEWAKAN  HARAPAN  RAKYAT KHASNYA YANG  TELAH  MEMBERI  SOKONGAN KEPADA PAKATAN HARAPAN.

22.  Berkhidmat Untuk Rakyat , Bukan Untuk Diri dan Keluarga.

Terima Kasih.

20180508 BOMOH , MANDI BUNGA ATAU MANDI SUSU

BOMOH , MANDI  BUNGA  ATAU  MANDI  SUSU

Tamrin Tun Ghafar
Selasa  08/05/18
( 1 -  39)

1.  Hanya tinggal 24 jam saja lagi iaitu  hari  Rabu  9hb Mei 2018 , rakyat daripada yang bergelar Tun , Tan Sri , Datuk Seri dan berbagai - bagai lagi gelaran  hinggalah pengemis dan pencuci jamban ,  akan menentukan
samada UMNO/ BN yang telah diberi kepercayaan dan amanah  selama kira - kira 60 tahun lamanya  bagi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan Negara akan terus mendapat kepercayaan rakyat  sekali lagi
untuk terus berkuasa.

2.  Kali ini rakyat mempunyai pilihan samada mahu UMNO/ BN terus memerintah atau pun memilih gabungan Parti dibawah panji PAKATAN  HARAPAN  yang akan menggunakan simbol PKR ( mata ).

3.  Yang sedihnya berbagai usaha dibuat oleh Suruhanraya Pilihan Raya atau SPR dan Pendaftar Pertubuhan atau ROS dan berbagai - bagai agensi Kerajaan yang lain  termasuk agensi  yang tidak ada kena mengena dengan perjalanan Pilihanraya seperti Suruhanraya Pencegah Rasuah ( SPRM ) telah bertindak terhadap Pakatan Harapan ( PH ) yang di pimpin oleh Tun Dr. Mahathir.

4.  Sebagai contoh  mereka ( PH ) tidak dibenarkan menggunakan nama dan simbol PH kerana kononnya salah satu parti gabungan mereka iaitu Parti Peribumi Bersatu ( PPBM )  Malaysia dibatalkan sementara pendaftaran mereka atas alasan parti tersebut tidak memenuhi syarat - syarat ROS.

5.  Umum bertanya mengapa ROS tidak membatalksn juga UMNO dan BN atas kesalahan - kesalahan mereka yang lebih teruk dan nyata.

6.  Sehingga kini ROS  hanya membisu seribu bahasa.

7.  Jika ada jawapan pun , ia tidak boleh diterima oleh akal yang normal.

8.  Yang terbaru , SPR mengarahkan agar wajah Tun Dr. Mahathir di kerat bahagian kepala dari papan - papan iklan atas alasan wajah calon yang bertanding sahaja yang dibenarkan.

9.  Jika itu alasannya mengapa gambar - gambar wajah  Ketua Parti Komunis China bersalaman dengan Liow Tong Lai , Presiden MCA di merata tempat tidak disentuh oleh SPR dan mana - mana Majlis Kerajaan Tempatan?

10.  Inilah  'Demokrasi Yang TIDAK  Demokrasi' ; dalam ertikata lain inilah bukti AMALAN  KUKU  BESI yang dipraktis oleh Negara Malaysia selama ini tetapi dalam masa yang sama kita menipu masyarakat antarabangsa dengan menonjolkan seolah - olah demokrasi senantiasa wujud di negara ini.

11.  Inilah kali pertama sejak Pilihanraya Pertama dijalankan , saya melihat begitu dahsyat penipuan dan taktik-taktik kotor  dilaksanakan oleh pihak - pihak yang telah diamahkan bagi melaksanakan Pilihanraya dengan bersih dan adil.

12.  Semuanya ini dilakukan secara terang terangan tanpa rasa takut dan malu.

13.  Cuba bayangkan apa akan berlaku kepada Pengerusi SPR , Pengarah ROS dan lain - lain agensi jika sekiranya  majoriti rakyat memilih PH menubuhkan Kerajaan selepas 9 Mei ini?

14.  Pengundi hari ini lebih pintar jika dibandingkan
dengan masa lampau.

15.  Selain dari isu pengangguran terutama dikalangan graduan , isu pinjiman PTPTN  yang melibatkan kira 600,000 penuntut , isu kira - kira 5 juta pekerja asing yang berada disini dan isu peneroka - peneroka Felda yang menanggung beban hutang yang amat sangat dan isu kos sara hidup  harian yang tidak tertanggung  rakyat adalah isu - isu yang perlu mendapat  pembelaan.

16.  Dengan beberapa isu yang dibangkit itu, majoriti rakyat tertanya - tanya apakah itu balasan yang dihadiahkan satelah slogan " RAKYAT  DIDAHULUKAN , PENCAPIAN  DIUTAMAKAN" yang diperkenalkan oleh UMNO / BN menjelang PRU 13 lima tahun yang lepas.

17. Hari ini rakyat dipersembahkan dengan slogan yang lain pula  "HIDUP  RAKYAT".

18.  Sekali lagi ramai yang bertanya  "HIDUP  RAKYAT"  mana yang dimaksudkan, sedangkan kain rentang "HIDUP  RAKYAT" pun di cetak oleh syarikat Negara Komunis China seolah olah tak ada sebuah syarikat  kepunyaan rakyat Malaysia khasnya Bumiputra yang mampu mendapat kontrak tersebut.

19.  Tambah mereka, apa yang dilakukan itu tak ubah seperti pepatah "Kera Di Hutan DiSusukan, Anak Di Pangkuan Mati Kelaparan”.

20. Belum pernah saya melihat  'KEBANGKITAN  RAKYAT ' begitu hebat menjelang mana - mana Pilihanraya.

21. Lautan manusia berhimpun setiap kali ceramah umum diadakan oleh PH  tanpa mereka mempedulikan sama ada hujan mahupun ribut.

22. Rakyat  dahagakan KEMERDEKAAN  yang sebenarnya.

23. Dalam kesibukan KEBANGKITAN  RAKYAT, ada pula mereka terutama pengundi Melayu yang mudah digula - gulakan dan ditakut - takutkan.

24. Wang ringgit, pemberian berbagai cenderahati , cabutan bertuah ,  janji - janji manis seperti setiap pengundi akan di beri RM2000/- seorang jika calun UMNO/ BN menang sudah menjadi amalan walaupun ia melanggar Akta Pilihanraya.

25. Mengapa SPR tidak bertindak, jawapan nya mudah sahaja ' Tahu Sama Tahu'  sudahlah!

26. Tanpa UMNO Melayu akan jadi bangsat  dan merempat ; tanpa UMNO Negara ini akan dikuasai oleh Cina , Agama Islam akan disama-ratakan dengan agama lain - itulah antara dakwaang selalu kedengaran.

27. Kata mereka lagi rakan kongsi PH ialah DAP yang kononnya anti Melayu dan anti Islam.

28. Malangnya masih ramai orang Melayu tak sedar , sejak penubuhan MCA dan MIC TIDAK ada seorang Melayu pun yang dibenarkan menjadi Ahli Parti - Parti tersebut , jauh sekali dipilih menjadi calun sedangkan sejak DAP  ditubuhkan  ramai orang Melayu bukan sahaja dibenarkan menjadi Ahli bahkan ramai Melayu yang  dipilih sebagai calon Parti tersebut.

29. Jumlah calun DAP kali ini berkurangan tetapi dalam masa yang sama calun Melayu dari Parti tersebut ( DAP ) bertambah.

30. Namun begitu boleh dikatakan calon-calon MCA , Gerakan dan MIC hanya mampu menang dikawasan - kawasan di mana majoriti pengundinya adalah Melayu ; mereka berjaya menipu pengundi - pengundi Melayu terutama dikampung - kampung tradisi dan pendalaman.

31. Walaupun mereka ( MCA , Gerakan dan MIC ) menagih sokongan dan bantuan Melayu, tetapi dalam masa yang sama mereka telah beberapa kali mengugut keluar atau berhenti dari Kabinet jika sekiranya RUU 355 diluluskan.

32. Tindakan MCA , Gerakan dan MIC membuat ugutan tersebut adalah tindakan yang biadap dan kurang ajar . Mereka langsung TIDAK  PEDULI dan TIDAK MENGHORMATI  perasaan atau senseviti orang Melayu/ Islam.

33. Mereka seperti Liaw Tong Lai ( Bentong ) , Wee Kah Siong ( Ayer Hitam ) dan calon-calon MCA , Gerakan dan MIC amat pandai BERPURA - BERPURA dengan makcik  dan pakcik  di kampung - kampung.

34. Semoga kali ini makcik dan pakcik terutama di kampung - kampung tidak membenarkan diri ditipu dan diperbodoh - bodohkan lagi oleh mereka dan pemakan - pemakan dedak.

35. Akhir sekali berdoa sahajalah kepada ALLAH SWT daripada bergantung harap kepada perbuatan syirik seperti percaya kepada bomoh , mandi bunga dan mandi susu.

36. KITA  BERHAK  MEMILIH  ANTARA  BATU  DAN  PERMATA.

37. Semoga agensi - agensi Kerajaan seperti SPR , ROS dan Polis  HENTIKAN   tindakan - tindakan yang melanggar undang - undang.

38. "JANGAN  FIKIRKAN  PANAS  HINGGA KE PETANG , TETAPI  HUJAN DI TENGAHARI”.

39. Biarlah sejarah Hang Li Po menjadi pengajaran kepada kita semua.

Terima Kasih.

20180504 HADI UMPAMA PEMANDU YANG HILANG KAWALAN

HADI  UMPAMA  PEMANDU  YANG  HILANG  KAWALAN

Tamrin Tun Ghafar
Jumaat  04/05/18
( 1 -  41 )

1.  Dulu benci UMNO , kini mengendeng-ngendeng umpama 'Hidung Tak Mancung , Pipi Tersorong - Sorong'.

2.  Dulu puji DAP,!kini benci DAP, dengan alasan parti itu anti  Melayu dan anti Islam.

3.  Maaf cakap , perangai  Hadi juga tak ubah seperti  kupu-kupu malam yang berdiri di tepi - tepi jalan dan bersedia menjual tubuh badan kepada sesiapa yang bersetuju dengan harga yang ditetapkannya.

4.  Saya tertarik dengan Surat Terbuka Hadi yang ditujukan kepada anak - anak para pemimpin PAS yang tidak lagi bersama parti itu tetapi sebaliknya mereka lebih yakin dan percaya perjuangan PAKATAN  HARAPAN ( PH ) yang dipimpin  oleh Tun Dr Mahathir.

5.  Mereka yang dimaksudkan ialah.:

a )  Dr. MUJAHID YUSUF  RAWA - anak Dato Yusuf Rawa , Presiden PAS dari 1982 - 1989 ; bertanding di Kawasan PARLIMEN  PARIT  BUNTAR.

b )  MUHAMMAD  FAIZ  FADZIL -  anak Dato Hj. Fadzil Noor , Presiden PAS  dari 1989 - 2002 ; bertanding di DUN  PERMATANG  PASIR  dalam Kawasan Parlimen Permatang  Pauh.

c )  NIK  OMAR  NIK 
ABDUL  AZIZ - anak Tok Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS  dari 2002 -  2013 ; bertanding di DUN  CHEMPAKA dalam Kawasan Parlimen Pangkala Chepa . Kawasan DUN ini pernah di wakili oleh ayahanda Tok Guru Nik Aziz sendiri.

6.  Hadi  cuba memujuk mereka dengan memberi dua sebab :

a )  PH  dipimpin oleh seorang yang tidak boleh dipecayai ( Tun Mahathir ).

b )  PH  di anggotai oleh DAP yang anti Islam ( juga anti Melayu ).

7.  Dalam surat tersebut , Hadi juga menyebut     "KELUAR  PARTI ( PAS )  SEPERTI
TUKAR  IMAN  DAN
MENJADI  KUFUR ".

8.  D zaman Baginda Rasulullah tidak ada PAS ,  begitu juga negara - negara  Islam lain seperti Arab Saudi dan Indonesia, juga tidak ada PAS.

9.  Yang ada hanya  PAS  LAWATAN sahaja.

10.  Ketiga-tiga mereka yang tidak mahu bersama PAS kerana mereka nampak tingkahlaku Hadi seperti seorang pemandu yang hilang kawalan ; sekejap ke kiri , sekejap ke kanan dalam pemanduannya.

11.  Mereka sedar TIDAK  SALAH  dan  TIDAK  BERDOSA  berhijrah dari Hadi yang tidak nampak jalanraya dengan jelas kepada Tun Mahathir , walaupun berumur tetapi punyai pengalaman yang luas dan maseh boleh memandu dengan cermat tanpa membahayakan nyawa mereka yang menjadi penumpangnya.

12.  Sebenarnya Hadi sudah mula panik, justeru Surat  Terbuka itu sebenarnya ditujukan juga kepada ahli - ahli PAS yang lain agar mereka tidak berhijrah seperti Dr. Mujahid , Faiz Fadzil dan Nik Omar Nik Aziz.

13.  Dengan Surat Terbuka itu juga , Hadi mahu pengundi - pengundi PAS menolak  calun - calun  DAP dan seterus nya menyokong calun  - calun MCA , Gerakan dan MIC atas alasan DAP parti yang anti Melayu dan Islam.

14.  Saya masih terbayang bagaimana susahnya pemimpin - pemimpin DAP pada Piliharaya yang lepas  ( PRU 13 ) nak menyakinkan masyarakat Cina agar memberi undi kepada calon-calon daripada PAS.

15.  Dengan menghantar rombongan demi rombongan menziarahi Tok Guru Nik Aziz di rumahnya di Pulau Melaka, Kelantan , mereka telah yakinkan yang lain bahawa Islam agama yang baik dan boleh dipercayai.

16. Dengan sokongan  DAP  itulah maka buat pertama kalinya sejak Pilihanraya Umum Pertama 1957, PAS berjaya mendapat 21 Kerusi Parlimen.

17.  Inilah  usuha - usaha  Lim Kit Siang , Lim Guan Eng , Liew Chin Tong , Anthony Loke , Nga Kor Meng dan Ng Swee Lim , ADUN  Sekinchan, Selangor dan beberapa pemimpin DAP bagi menolong kemenangan calon-calon PAS.

18.  Lim Guan Eng pula pernah merengkok dalam penjara kerana usaha beliau menebus maruah keluarga seorang anak gadis Melayu bawah umur yang di perkosa oleh seorang pemimpin UMNO ketika itu.

19.  Akhirnya perogol bebas, pembela maruah gadis di penjara dan  gadis tersebut melahirkan anak di sebuah Pusat Tahanan Wanita.

20.   Namun diatas segala usaha dan pengorbanan DAP  terhadap PAS ( Melayu / Islam )  dan  pengorbanan Lim Guan Eng itu , Hadi dan Pemimpin -  Pemimpin UMNO masih melemparkan fitnah konon nya DAP itu anti Melayu dan anti Islam.

21.  SAMPAI  BILAKAH  KITA  NAK  MENGHINA  MASYARAKAT  CHINA  DAN  BUKAN  MELAYU  LAIN?

22.  Yang rasis atau perkauman ialah kita, bangsa Melayu sendiri.

23.  Kalau berat pun mulut  nak berterima kasih, sekurang-kurangnya kita hentikan perbuatan mengeji dan mencaci mereka.

24.  BUKTIKAN KEPADA  MEREKA BANGSA  MELAYU  BUKANLAH BANGSA BANGSAT, BANGSA  MELAYU  TAHU  MEMBALAS  BUDI seperti kata - kata Hadi semasa Pilihanraya Kecil Teluk Intan, "PAS  TIDAK  LUPA  JASA  ORANG”.

25. Ucapan - ucapan Hadi semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan , Perak tidak berapa lama dahulu , dan ucapan - ucapan beliau sebelum itu pun banyak mempertahan dan memuji DAP ( sila tonton video yang disertakan ).

26. Dalam kes RUU 355 , MCA , Gerakan dan MIC  begitu LANTANG MENENTANG  Pindaan Hukum Islam itu.

27. Pemimpin - pemimpin mereka seperti Presiden MCA, Liow Tiong Lai , Timbalannua , Wee Ka Siong, Presiden Gerakan Mah Siew Keong dan pemimpin Gerakan yang lain serta Dr. Subramaniam , Presiden MIC telah mengeluarkan beberapa  kenyataan akhbar MENGUGUT akan keluar Kabinet secara serta-merta jika RUU 355 di luluskan  ( sila lihat kenyataan tersebut ).

28. Bak kata Hadi sebelum ini ,  PAS tidak akan lupakan jasa DAP yang begitu banyak terhadap parti itu.

29. Apakah rakaman suara Nik Abduh  membocorkan rahsia  sogokan sejumlah wang dari UMNO  dan pengakuan seorang pemimpin PAS  yang Parti mereka telah menerima ' derma ' sejumlah  RM 2.5 juta dari individu tertentu , yang menyebabkan Hadi tiba - tiba bertukar haluan perjuangan daripada mengkafirkan kepada menghalalkan?

30. Saya perturunkan AMANAT  HADI AWANG  bagi mengingatkan kita semua betapa dahsyatnya kesan sampingan AMANAT itu  kepada masyarakat Melayu / Islam negara ini.

31. Selepas saya meninggalkan UMNO setelah menyertainya secara aktif sejak awal 70an , Anwar Ibrahim mencadangkan saya berjuang bersama  beliau dalam PKR; tiba - tiba Mazlan Aliman, ketika itu Ahli Jawatankuas PAS Pusat menasihatkan saya jika nak masuk syurga, pilihan saya hanya satu iaitu  PAS.

32. Rupa-rupanya kepercayaan ini 'Bersama PAS  ke Syurga' maseh diguna pakai sehingga ke hari ini.

33. DOSA  DAN  PAHALA , SYURGA  DAN  NERAKA , BUKAN  BOLEH  DITENTUKAN  OLEH  PAS  ATAU  PRESIDENNYA  HADI. ITU  HAK  ALLAH  SWT.

34. Berhijrahlah sebelum kita terpesong. Nauzubillah !!

35. Selamat melaksanakan tanggong jawab kita pada Hari Rabu 
9hb Mei ini.

36. Arwah Tok Guru Nik Aziz selalu mengingatkan, jika mereka bagi gain, ambil;jika mereka bagi dapur masak , beras, gula dan minyak masak pun ambil; apatah lagi  jika mereka bagi RM500, RM1000, RM 2000 dan waima RM3000 sekali pun, juga patut diambil kerana duit itu adalah duit kita juga.

37. Pesan Tok Guru Nik Aziz  lagi, undi adalah sulit dan ia adalah  HAK  kita.

38. JANGAN  KETEPIKAN  SEGALA  APA YANG TERNYATA  DALAM  AL QURAAN  DAN HADITH.

39. Semoga kita Bangsa Melayu , bangsa yang tahu membalas budi dan jasa orang.

40. Jangan sebab mendapat  segala jenis  habuan,  'Menang Sorak Kampung Tergadai’.

41. MATINYA SEMUT  KERANA  GULA.

Terima Kasih.

20180502 NASIB BAIK SAYA TUKAR CITA-CITA

NASIB  BAIK  SAYA  TUKAR  CITA-CITA

Tamrin Tun Ghafar
Rabu  02/05/18
( 1 -  18 )

1.  Semasa saya di bangku sekolah dulu, cita - cita saya ialah nak jadi Inspektor Polis.

2. Kawan baik saya, Johari Nasir (anak tiri Gabenor Melaka) dan Ramli Omar (anak cikgu) meneruskan kerjaya mereka sebagai pegawai polis berpangkat tinggi sehingga bersara.

3.  Cita-cita saya berubah apabila meneruskan pelajaran di Australia.

4.  Minat saya dalam politik bermula pada awal 1966 dengan penglibatan dalam Persatuan Penuntut-Penuntut Malaysia di Sydney.

5.  Pada pilihanraya pertama bagi saya, saya telah menang DUN Ayer Molek tanpa bertanding, diikuti kemudian  dengan dua pilihanraya peringkat Parlimen di kawasan Batu Berendam, Melaka.

6.   Sebelum saya, Batu  Berendam pernah diwakili oleh Tan Sri Chong Hong Yan, bekas Menteri Kesihatan dan Tun Tan Siew Sin, bekas Presiden MCA  dan  juga Menteri Kewangan.

7.  Di antara  Ketua Polis Negara yang saya kenal dan hormat ialah Tun Haniff Omar.

8.  Baru - baru ini apabila berlaku skandal seks melibatkan Dzulkifli Ahmad, Ketua Persuruhjaya SPRM , Tan Sri Fuzi, Ketua Polis Negara telah memberi persetujuan bersemuka dengan saya dan dua orang rakan yang lain.

9.  Malangnya perjumpaan itu hanya diadakan dengan Dato Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Pengarah CID PDRM  dan beberapa Pegawai tinggi polis yang lain.

10.  Alasan kenapa Tan Sri Fuzi tidak dapat hadir memang tidak masuk akal iaitu kononnya beliau kena menghadiri Forum Bandar Sedunia yang dihadiri oleh Perdana Menteri.

11.  Ekoran kegagalan beliau menghadirkan diri pada perjumpaan tersebut, saya telah menulis "Kes KP  SPRM - Mengapa Ketua Polis Lari?”

12.  Baru-baru ini umum digemparkan bagaimana seorang calon di kawasan DUN Rantau dalam Parlimen Rembau, Negeri Sembilan telah dihalang daripada memasuki dewan untuk menyerahkan borang pencalonan oleh kira-kira 20 orang anggota polis.

13. Tindakan anggota-anggota polis yang tak berakal dan tak bertamadun itu telah menyebabkan calon tersebut, Dr. S Streram gagal menyerahkan borang pencalonannya berserta Surat Tauliah pada waktu yang ditetapkan.

14.  Yang amat malang dan memalukan seluruh warga polis ialah apabila Tan Sri Fuzi selaku Ketua Polis Negara sewenang-wenangnya membuat penafian bahawa anggota-anggota polis tersebut TIDAK  MENGHALANG  calon tersebut dari memasuki dewan penamaan calon.

15.  Pendirian atau stand Ketua Polis Negara ini adalah satu yang tidak bijak dan tidak bertanggungjawab. Tindakan beliau itu adalah tidak setimpal dengan jawatan yang disandangnya.

16.  Selaku Ketua Polis Negara sepatut nya beliau bertindak secara professional, siasat dahulu, barulah buat pendirian, bukan sebaliknya.

17. Dengan kes skandal seks melibatkan KP SPRM  yang ditutup begitu sahaja oleh kerajaan dan terbaharu penipuan KPN sendiri berhubung pencalonan di Rantau, ia bagaikan kata pepatah, harapkan pagar, pagar makan padi.

18. Kalau inilah tingkah laku dan sikap  pegawai tinggi yang  kerajaan ada, maka tak hairanlah jika sekiranya Tsunami Rakyat akan berlaku pada Hari Rabu  9hb Mei ini nanti.

Terima Kasih.

20180501 HADI KERAP BERJUMPA RASULULLAH

HADI  KERAP  BERJUMPA  RASULULLAH
TTG 01/05/18

1.  Tidak mustahil bagi seseorang itu bermimpi berjumpa Rasulullah.

2.   Di zaman Arqam dulu saya sendiri pernah mengalami mimpi yang sama tapi tidak mendapat sebarang arahan dari Baginda, saya penuh sedar apa yang saya tuliskan ini.

3.  Saya hanya menceritakan pengalaman manis saya itu kepada isteri selepas beberapa tahun kemudian setelah Arqam diharamkan.

4.   Hari ini rahsia itu saya kongsikan setelah ada dua orang pemimpin tertinggi PAS  menceritakan perkara yang sama.

5. Kisah Hadi kerap berjumpa Rasulullah dalam mimpi dan bertindak mengikut arahan Baginda seterusnya tidaklah menghairankan saya.

6.  Kisah Hadi itu mengingatkan  saya kembali cerita Ustaz Ashaari Muhammad atau Abuya, pemimpin nombor satu Arqam  bermimpi berjumpa Rasulullah hampir setiap minggu dan mendapat arahan.

Ustaz Ashaari sudah lama kembali kepangkuanNya. ALFATIHAH.

7.  Saya pernah mengingatkan Mahir, salah seorang pegawai Arqam agar Ashaari dan isteri - isteri beliau merahsiakan sahaja mimpi-mimpi tersebut kerana selain ianya rahsia ALLAH  SWT, saya tidak mahu timbul perasaan riak di kalangan mereka.

8.  Saya masih ingat tidak seorang pun ahli jemaah Arqam yang berani mempersoalkan Ashaari dan isteri-isteri beliau berhubung kesahihan mimpi tersebut seolah-olah beliau ini adalah maksum.

9.  Mereka yang cerdik berfikir dan meragui kesahihan mimpi dan arahan-arahan  tersebut telah lari meninggalkan Jemaah Arqam.

10.  Mereka yang lari seperti Ustaz Halim dituduh sebagai anjing dan pengkhianat kepada perjuangan menegakkan  'Daulah  Islamiah’.

11.  Ashaari dan pengikut-pengikut  percaya bahawa beliau ialah Pemuda Bani Tamim dari Timur yang diamanahkan membawa panji-panji dan obor Imam Mahadi.

12.  Begitu taksub dan wala'nya pengikut-pengikut Arqam terhadap Ashaari ketika itu.

13.  Nasib baiklah Ashaari tidak mengeluarkan AMANAT seperti AMANAT HADI AWANG yang mengatakan sesiapa sahaja terkorban memerangi kerajaan negara ini yang mengamalkan perlembagaan kafir, maka mati mereka itu adalah mati syahid.

14.  Selepas Arqam diharamkan dan selepas Ashaari meninggal dunia barulah ada beberapa  orang 'panglima-panglima' Ashaari berani menceritakan perkara sebenar berhubung mimpi dan arahan tersebut.

15.  Mengikut mereka, bagi mempastikan jemaah terus kekal dalam perjuangan dan dalam masa yang sama ianya boleh mempengaruhi mereka yang masih di luar, maka mereka perlu menghebahkan mimpi-mimpi dan arahan-arahan tersebut.

16.  Sama ada mimpi dan arahan Rasulullah itu betul atau sebaliknya, hanya ALLAH  SWT sahaja yang mengetahui  segala-galanya.

17.  Kepada saya,  apa perlunya menceritakan mimpi Hadi bertemu dan seterusnya mendapat arahan Rasulullah sewaktu musim Pilihanraya ini.

18.  Apakah Hadi dan PAS mula merasai kepanasan sehingga terpaksa mengaitkan Baginda Rasulullah bagi memenangi Pilihanraya yang akan berlangsung pada Hari Rabu  9hb Mei ini?

Wallahhualam !!!

19.  Tapi, jangan kita lupa pesan Baginda Rasulullah, salah satu tanda dunia hampir kiamat ialah apabila ulama-ulama mula memperdagangkan ayat-ayat suci Al-Quran demi kepentingan duniawi.

20.  SEMOGA KITA SEMUA  TERMASUK HADI INSAF DAN BERTAUBAT SEBELUM NYAWA KITA DICABUT.

Salam
Mantan Ahli UMNO
Mantan Ahli PAS
Mantan Jemaah Arqam.

20180429 BATU DAN RANTAU - JANGAN CABUT HAK RAKYAT

BATU  DAN  RANTAU  -  JANGAN  CABUT  HAK  RAKYAT

Tamrin Tun Ghafar
Ahad  29/04/18
( 1 -  17 )

1.  Semalam  Sabtu 28/04/18  bermulanya proses rakyat menggunakan hak mutlak mereka menentutukan kerajaan  jenis apa yang patut dipilih untuk menjaga kepentingan mereka.

2.  Mengikut Perlembagaan Negara, TIADA siapa pun berhak menyekat, menghalang, memaksa dan mengugut sesiapa pun daripada mengundi dan diundi.

3.  SPR dan Polis  JANGAN  sekaki - kali menyalahgunakan kuasa mereka bagi membantu satu pihak  dan berusaha keras mengenepikan hak dan kebebasan pihak yang lain.

4.  Apa yang di lakukan oleh SPR  dan Polis di kawasan Parlimen Batu, WP  dan Kawasan DUN  Rantau, Negeri Sembilan adalah peristiwa yang malang, mendukacitakan dan memalukan.

5.  Kecacatan demi kecacatan dilakukan oleh Agensi - Agensi Kerajaan seperti ROS , SPR  dan Polis   yang telah diberi amanah bagi menguruskan perjalanan Pilihanraya  berjalan dengan bersih dan adil.

6.  Segala hasrat dan perasaan rakyat seolah-olah langsung TIDAK  DIPEDULIKAN.

7.  Yang penting bagi mereka UMNO / BN  mesti terus berkuasa selama lima tahun lagi walaupun sebahagian besar mereka sedar apa yang berlaku terhadap negara dan rakyat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

8.  Mereka bertindak seolah-olah mereka tidak peduli atau tidak percaya kepada JANJI  ALLAH  SWT.

9.  Yang penting bagi mereka ialah jawatan dan kemewahan. Mereka ini mungkin selalu  mendengar syarahan - syarahan agama
di masjid, surau dan TV tetapi masih memilih kebatilan dari kebenaran , yang bengkok dari yang lurus.

10.  Tidak perlulah saya menghuraikan satu persatu apa yang telah dilakukan oleh SPR  dan Polis semalam kerana saya percaya di zaman teknologi moden ini, sebahagian besar rakyat sudah pun melihat gambar-gambar dan juga video sebagai buktinya.

11.  Nasihat saya kepada  Ketua Polis Negara, Pengerusi SPR dan Ketua Pengarah ROS  agar HORMATILAH  hak rakyat.

12.  Segala jawatan, pangkat dan kemewahan adalah bersifat sementara sahaja di dunia ini.

13.  BERTAUBATLAH  SEBELUM  TERLEWAT kerana panjang pendeknya nyawa kita umpama hanya  senafas sahaja dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa apabila sampai waktunya.

14.  Gunakanlah kuasa  mengundi kita dengan sebaik-baiknya nya bagi masa depan anak cucu kita.

15.  Bak pesan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat - jika mereka bagi duit , ambil; jika mereka bagi kain songket ,  ambil dan jika mereka janji bulan dan bintang sekali  pun  kita setuju sahajalah asalkan kita tidak menjual maruah dan tidak terus membenarkan diri kita ditipu lagi.

16.  SETIAP  UNDI  ADALAH  SULIT DAN JANGAN TAKUT MENGGUNAKAN HAK KITA MENURUT PILIHAN KITA.

17. Hari Rabu 09/05/18 adalah hari keramat bagi kita yang cintakan negara ini.

SELAMAT MENGUNDI.

Terima Kasih.

20180425 SULTAN  -  HINDARKAN  SIFAT  MAZMUMAH

SULTAN  -  HINDARKAN  SIFAT 
MAZMUMAH

Tamrin Tun Ghafar
Rabu 25/04/18
( 1 -  41 )

1.  Selepas wafatnya Baginda Rasullullah, para  sahabat enggan menerima jawatan Ketua atau Khalifah kerana takutnya mereka terhadap balasan ALLAH  SWT diatas kelemahan dan kesalahan - kesalahan yang mungkin dilakukan mereka tanpa disedari mata kasar rakyat.

2.  Diatas ketakutan itulah mereka menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan beramanah.

3.  Sepatutnya setiap individu yang telah diangkat dan diamanahkan oleh rakyat jelata sebagai pemimpin sama ada  Ketua Kerajaan mahu pun Sultan  MESTILAH melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sifat Mahmudah seperti  yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah dan para sahabat.

4.  Imam Al Ghazali didalam Kitabnya  'Arbain Fi Usuluddin' telah menggariskan 10 Sifat Mahmudah ( Terpuji ) dan 10 Sifat Mazmumah ( Keji ).

5.  10 Sifat Mahmudah :

a.  Taubat
b.  Khauf ( Takut )
c.  Zuhud
d.  Sabar
e.  Syukur
f.  Ikhlas
g.  Tawakkal
h.  Mahabbah ( Kasih Sayang )
i.   Redha
j.   Zakrul Maut ( Mengingati Mati )

6.  10 Sifat Mazmumah :

a.  Banyak Makan
b.  Banyak Bercakap
c.  Marah
d.  Hasad
e.  Bakhil
f.  Cintakan Kemegahan
g.  Cintakan Dunia
h.  Bangga Diri
i.   Ujub ( Hairan Diri )
j.  Riak ( Menunjuk - nunjuk ).

7.  Di negara kita ,  seperti juga Raja - Raja di England dan di Eropah,  Sultan  atau Raja adalah terikat kepada Perlembagaan dan Undang - Undang Negara kerana mereka adalah Raja Berperlembagaan BUKAN  Raja Mutlak.

8.  Perlembagaan Negara adalah ‘Supreme’ atau duduknya di atas sekali , justeru Sultan juga seperti rakyat jelata harus akur dan menghormati Perlembagaan dan Undang - Undang.

9.  Sultan  TIDAK  BOLEH  bertindak sesuka hati mengikut selera dan cita rasa mereka.

10.  Negara ini adalah hak rakyat BUKAN  hak Sultan.

11.  'Tiada rakyat maka tiada Sultan’ - itu adalah kata - kata arwah ayah saya Abdul Ghafar Baba ( Tun ) semasa beliau membentangkan Rang Undang - Undang bersabit penubuhan Mahkamah Khas bagi membicarakan mana - mana Sultan yang melakukan sebarang kesalahan.

12.  Sultan hanya diberi perlindungan  kekebalan atau immuniti semasa menjalankan tugasan rasmi sahaja dan jika bersalah boleh dibicarakan di Mahkamah Khas.

13.  Jika sekiranya sebarang kesalahan dilakukan  di luar tugasan rasmi,   maka Sultan boleh diheret ke mana - mana mahkamah.

14.  Keluarga Sultan seperti Tengku Mahkota, Raja Muda, Tengku Bendahara, Tengku Laksamana dan lain - lain TIDAK ada sebarang perlindungan kekebalan atau immuniti pun, justeru mereka boleh diheret ke mahkamah pada bila - bila masa  sahaja apabila melakukan sebarang kesalahan. Dari segi undang-undang, mereka adalah sama seperti rakyat biasa.

15.  Di England, Queen Elizabeth  dan keluarganya pun terpaksa  membayar segala bentuk cukai seperti rakyat biasa yang lain.

16.  Difahamkan di suatu ketika dahulu, setiap Sultan hanya dibenar membeli 6 buah kereta untuk kegunaan peribadi tanpa perlu membayar cukai import dan cukai jalan, tetapi setelah  menonton beberapa video, Sultan Johor dan keluarganya didapati mempunyai kira - kira 300 buah kereta mewah. Sama ada kenderaan tersebut sudah dibayar cukai import dan cukai jalan -  Wallahhuallam !!

17.   Rakyat pula terpaksa berkerja keras  bagi menyediakan
wang deposit,  penjamin dan sebagainya untuk membeli kereta.

18.  Sultan  dan keluarga harus bersyukur diatas segala nikmat dan kemewahan yang dikecapi selama ini.

19.  Apa yang rakyat harapkan dari seseorang Sultan  ialah agar mereka menjalankan tugas yang telah diamanahkan mengikut Perlembagaan dan Undang - Undang.

20.  Dalam tulisan saya 'FAKTA  YANG  TAK  BOLEH  DI  PADAMKAN' pada Khamis 23/11/17  dan  'SULTAN  BUKAN  TUHAN’ pada Isnin 05/03/18 , saya telah sedikit sebanyak menyentuh perkara - perkara berhubung dengan pindaan-pindaan Perlembagaan Negara. Tulisan itu boleh dibaca di sini - tamrintunghafar.blogspot.my

21.  Sebelum pindaan tersebut rakyat sering membaca dan mendengar berita - berita bagaimana beberapa insiden jenayah yang dilakukan oleh Sultan Johor ketika itu terhadap rakyat marhaen.

22.  Sebagai contoh, bagaimana seorang budak Melayu dipukul dipadang golf sehingga membawa kematian,  seorang rakyat lain yang berketurunan Cina maut ditembak pada jarak dekat atas alasan pemuda tersebut seorang penyeludup, bagaimana dua orang rakyat berketurunan India dibelasah  dengan begitu teruk oleh Sultan yang dibantu oleh beberapa pengawal peribadinya dengan menggunakan tong gas masak diatas kesalahan memotong kereta yang dipandu oleh Sultan.

23. Kes bagaimana seorang jurulatih hoki , Douglas Gomez dicederakan oleh Sultan Johor merupakan kemuncak hilangnya kesabaran rakyat terhadap kelakuan Istana.

24.  Bahang kemarahan rakyat terhadap Sultan begitu membara.

25.  Sebagai Perdana  Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir telah diberi kata dua - selamatkan rakyat atau selamatkan Institusi Raja.

26.  Dengan meminda Perlembagaan, Tun Dr. Mahathir bukan sahaja dapat menyelamatkan rakyat dari terus dizalimi tetapi dalam masa yang sama beliau juga berjaya menyelamatkan Institusi Raja.

27.  Mungkin oleh kerana perkara tersebut berlaku semasa kebanyakan Sultan  kini ketika itu muda atau mungkin ada  yang sedang belajar di luar  negara, maka ia menyebabkan  mereka mungkin samar - samar tentang fakta sebenar.

28.  Dengan pendedahan ini ,  jika tidak mahu berterima kasih pun kepada Tun Dr. Mahathir di atas keikhlasan  beliau menyelamatkan  keadaan , saya memohon terutama kepada mana - mana  Sultan  tak perlulah berdendam dan membenci terhadap  beliau secara keterlaluan.

29.  Sultan sebenarnya bukanlah Dewa  atau Malaikat yang turun dari langit , jauh sekali jika dibandingkan dengan Firaun yang  merasai diri mereka sebagai  Tuhan.

30.  Sedar atau tidak, setiap kali kita Sujud kepadaNya , pungkok ( bahasa Kedah yang bermaksud punggung ) kita lebih tinggi dari muka  - itu bermakna seseorang itu janganlah nak bermegah - megah sangat dengan kedudukan dan kemewahan yang ALLAH SWT berikan.

31. Tindakan Tunku Mahkota Johor baru - baru ini menginfak atau menderma sebanyak RM1 juta kepada rakyat Johor di sebuah Pasaraya adalah dialu-alukan.

32.  Tetapi, alangkah lebih berkesan jika Sultan dan anaknya itu menggunakan kekayan yang ada untuk membantu keseluruhan rakyat Bangsa  Johor yang majoritinya sedang di bebani  kos sara hidup yang begitu tinggi.

33.  Berhubung  PRU yang akan berlangsung pada Rabu  09/05/18 ini , walaupun saya adalah Bangsa Melaka tetapi saya ingin mengingatkan rakyat Bangsa Johor dan keseluruhannya bahawa Sultan dan ahli keluarga mereka  TIDAK ADA  HAK
mencampuri, mempengaruhi atau menentukan siapa yang harus jadi calon dalam pilihanraya dan siapa pula yang tidak diperkenankan.

34.  Hak mengundi adalah hak mutlak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

35.  Jika Tunku Mahkota Johor benar - benar prihatin terhadap kebajikan rakyat, saya sarankan beliau menyerahkan takhta dan bertanding dalam PRU ini. Jika menang, Sultan bolehlah  melantik anaknya itu sebagai MB Johor yang baru.

36.  Mungkin dengan  kombinasi Ayah sebagai Sultan dan anak sebagai MB, Negeri Johor akan lebih maju lagi.

37.  Mengakhiri tulisan saya ini, elok  kita semua termasuk Sultan dan ahli keluarga mereka agar lebih mengingati tentang mati dan balasanNya kelak sambil membaca, menghayati dan memahami  Surah Al Ghaasyiyah ( 88 ) di m/s  592.

38. Segala pangkat, darjat, kekayaan, kemewahan dan  istana-istana AKAN kita tinggalkan buat selama - lamanya apabila sampai masa kita dipanggil mengadap Tuhan.

39. Ketika jasad kita dikebumikan, tidak akan ada seorang pun pengawal perbadi atau Askar Timbalan Setia yang akan bersetuju menemani kita disana kelak. Yang ada ialah iman dan amalan kita sahaja.

40.  Amalkanlah Sifat Mahmudah dan tinggalkan Sifat - Sifat Mazmumah.

41. Semoga Sultan, ahli keluarga  dan rakyat jelata menerima pandangan ikhlas saya ini dengan hati yang terbuka.

Terima kasih.

20180430 PRU-PUAD ZARKASHI BERBOHONG ATAU SULTAN MELANGGAR PERLEMBAGAAN?

PRU-PUAD  ZARKASHI BERBOHONG  ATAU  SULTAN  MELANGGAR  PERLEMBAGAAN?

TTG 30/04/18

1.  Berbagai pihak termasuk Sultan telahpun membuat pendirian berhubung pilihanraya umum yang akan dimuktamadkan pada hari Rabu 9hb Mei ini.

2.  Ketegasan Sultan Selangor bahawa beliau dan keluarga berkecuali dalam proses pilihanraya ini membuktikan beliau faham dan menghormati Perlembagaan Negara.

3.  Seharusnya pendirian beliau itu dijadikan contoh oleh Sultan-Sultan yang lain termasuk Sultan Johor dan anaknya, TMJ.

4.  Walaupun pada awalnya Puad Zarkashi, Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat yang telah meletakkan jawatan selaku Ketua Pengarah JASA dan telah
mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Pemimpin UMNO serta mengugut untuk bertanding sebagai calon Bebas di Kawasan Parlimen Batu Pahat, beliau bagaimanapun tiba-tiba hilang dari radar di hari penamaan calon yang berlangsung pada hari Sabtu 28hb April lalu.

5.  Kemarahan beliau kerana tidak dicalonkan semula bertanding dalam PRU ini seperti sudah terpadam.

6.  Sikap beliau yang hanya mementingkan diri sendiri  telah mengundang kritikan daripada berbagai pihak.

7.  Jika sekiranya alasan bahawa beliau telah dinasihatkan oleh Sultan Johor agar tidak meneruskan rancangan bertanding itu betul, maka ini bermakna Sultan Johor telah melibatkan diri dalam politik yang membawa erti Sultan Johor telah MELANGGAR Perlembagaan Negara.

8. Perlu diingatkan bahawa Perlembagaan Negara yang telah dipersetujui oleh Sultan-Sultan ketika menuntut Kemerdekaan dari British dahulu MELARANG pihak istana dan keluarga mereka daripada melibatkan diri dalam politik dan pentadbiran negara serta negeri.

9.  Jika sekiranya alasan Puad Zarkashi itu tidak benar, maka adalah lebih baik Sultan Johor atau pegawainya membuat penafian terbuka. Jika  ini dilakukan, ia dengan sendirinya membawa erti Puad Zarkashi telah mengheret Sultan ke kancah politik.

10.  Kalau Puad Zarkashi didapati berbohong  kepada Sultan dan rakyat, beliau harus dihukum dengan setimpalnya.

11.  Sultan sebagai 'orang tua' mestilah menunjukkan contoh yang boleh dijadikan teladan buat rakyat.

12.  Saya akan menghantar kesemua pandangan  saya terhadap Sultan khasnya Sultan Johor dalam masa terdekat ini.

13.  Ingat mengingati adalah amalan baik yang di laksanakan oleh Baginda Rasulullah SAW.

Terima kasih.

20190418 PRU 14 - SPRM JANGAN CUBA MENGAMBIL KESEMPATAN

PRU 14 -  SPRM  JANGAN  CUBA  MENGAMBIL   KESEMPATAN

Tamrin Tun Ghafar
Rabu  18/04/18
( 1 -  25 )

1.  Walaupun Kerajaan  menafikan bahawa apa yang dilakukan oleh Surahanjaya Pilihan Raya ( SPR ) tidak ada kena mengena dengannya tapi rakyat tidaklah semudah itu boleh diyakini.

2.  SPR  yang dipengerusikan  oleh Hashim Abdullah, dengan sokongan Ahli - Ahli  Parlimen  BN  pada Sidang Dewan yang baru lepas telah berjaya melakukan Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya.

3.  Bagi  UMNO/ BN proses Persempadanan ini amat penting kerana   percaya ia boleh membantu kemenangan mereka.

4. Tak cukup dengan itu , SPR juga  atas  "nasihat" Kerajaan telah memutuskan Pengundian akan berlangsung  hari Rabu  09/05/18 iaitu jatuh pada hari bekerja.

5.  Umum faham tujuan diadakan Pengundian pada hari bekerja tersebut ialah bagi mengurangkan peratus yang keluar  mengundi.

6.  Atas  ugutan Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang hendak  mengumumkan cuti umum pada Hari Pengundian tersebut bagi membolehkan lebih ramai akan berpeluang  mengundi, Kerajaan Pusat akhirnya TERPAKSA  MENGALAH dengan mengisytiharkan cuti umum bagi seluruh negara pada hari tersebut.

7.  Difahamkan Pakatan Harapan,  jika menang , telah bersetuju untuk mengisytiharkan cuti umum dua hari berturut turut ekoran cuti umum pada Hari Pengundian Rabu 09/05 , bermula hari Khamis 10/05 dan Jumaat 11/05.

8.  Jika ini berlaku , ia bermakna cuti umum akan berlaku selama lima hari bermula Rabu hingga Ahad  13/05.

9.  Adalah difahamkan cadangan Dr. Dzulkefly Ahmad , Pengarah Strategi Parti  Amanah Negara ( PAN )  ini telah pun dipersetujui pemimpin - pemimpin dalam Pakatan Harapan.

10.  Adalah difahamkan juga cadangan baik ini mempunyai tujuan yang harus diberi sambutan :

a )  lebih ramai akan berpeluang menggambil bahagian mengundi di pilihanraya yang bersejarah ini.

b )  secara tak langsung ia akan memberi peluang kepada ahli keluarga bertemu dan berehat sesama sendiri dengan lebih selesa.

c )  jika Pakatan Harapan yang bertanding menggunakan logo PKR  berjaya menggambil alih tampuk pemerintahan negara selepas sekian lama dikuasai Perikatan dan kini BN , PH mahu rakyat menyambut kemenangan ini kelak seperti mereka telah berjaya  mendapat Kemerdekaan yang sebenarnya.

11.  Seolah - olah tidak  cukup dengan tindakan SPR itu , Pendaftar Pertubuhan ( ROS ) pula memberi pukulan dengan membatalkan sementara waktu pendaftaran Parti Bersatu  yang di kepalai oleh Tun Mahathir dan pada masa yang sama  tidak membenarkan penggunaan nama Pakatan Harapan ( PH ).

12. Tindakan - tindakan kedua - dua Agensi Kerajaan  tersebut yang sepatutnya beramanah dan berkecuali  dianggap keterlaluan dan bodoh.

13.  Kini giliran Dzulkifli Ahmad , KP  SPRM  pula  menunjukkan sikap bodoh sombongnya yang tak boleh diajar.

14. " JANGAN  SIBUK  NAK  JAGA  TEPI  KAIN  ORANG”;  tampallah dahulu kain anda yang sudah koyak rabak sebelum mahu membetulkan kain orang lain.

15.  Itulah komen umum apabila diminta pandangan berhubung kenyataan Dzulkifli kononnya hanya UMNO / BN  sahaja
yang telah menghantar  senarai mereka yang dipilih menjadi calon ke SPRM bagi tujuan semakan sama ada mereka bebas dari amalan rasuah dan menyeleweng kuasa atau sebaliknya.

16.  Tambah mereka lagi , jika SPRM itu sendiri tidak dicemari oleh  seorang KP yang penuh dengan najis seperti kerbau membawa lumpur, berkemungkinan besar tidak kurang dari 70% mereka yang dicalonkan bertanding semula pasti gagal atau tidak layak.

17.  Yang sebenarnya TIDAK ada sebarang undang - undang pun  di mana senarai calon harus diperiksa dan diluluskan  oleh SPRM  terlebih dahulu.

18.  Umum hairan bagaimana pemimpin - pemimpin UMNO /BN  boleh dengan senang diperbodohkan oleh Dzulkifli ini.

19.  Apakah jiwa Mat Maslan telah meresapi pemikiran mereka ? Wallahhualam !!

20.  Atau berkemungkinan  mereka juga berada dalam situasi di mana mereka  terpaksa ikut sahaja kerenah KP SPRM  ini seperti kerbau yang dicucuk hidung.

21.  Itulah agaknya mengapa kesemua kes beliau ditutup dengan begitu mudah tanpa Kerajaan memberi sebab - sebab yang  kukuh (  solid ).

22.  Apa pun tindakan ketiga - tiga agensi tersebut , ia pasti mengkukuhkan keberanian lebih ramai pengundi yang akan melaksanakan kuasa mereka pada Rabu  09/05/18 nanti.

23.  Bak kata seorang Senator Amerika , " YANG  PATUT  DIPERSALAHKAN  IALAH  PENGUNDI  YANG  MEMILIH  PENYANGAK  MENJADI  PEMIMPIN  MEREKA”.

24.  Selamat Melaksanakan Tanggong Jawab Mengundi  Pada Rabu 09/05 /18  ini.

25.  KELUARLAH  BERAMAI  -  RAMAI  KERANA  SETIAP  UNDI  ITU PENTING UNTUK MASA DEPAN NEGARA DAN JUGA KITA SEBAGAI RAKYAT.

Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat ini.