BENAR KE TANPA UMNO TIDAK ADA MELAYU , TANPA PAS TIDAK ADA ISLAM ?
Tamrin Tun Ghafar
Selasa - 01/01/19
( 1 - 24 )
1. Saya memilih tarikh hari ini 1hb Januari 2019 bagi menulis artikel seperti tajuk diatas kerana keinginan melihat lembaran baru negara tercinta ini bermula.
2. Tahun 2018 adalah tahun yang dipenuhi peristiwa bersejarah , suka dan duka yang tidak mudah dilupakan.
3. Bermula dengan Pilihanraya Umum pada Rabu 9hb Mei 2018 apabila buat pertama kalinya UMNO dan Barisan Nasional ( BN ) telah di kalahkan.
4. Sebagai Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO nama Najib Tun Razak mula tercatat dalam sejarah sebagai orang yang bertanggungjawab diatas kekalahan parti tersebut.
5. Buat pertama kali sejak 1957 UMNO dan 13 komponen parti yang lain di bawah BN telah ditumbangkan oleh hanya 4 parti - PKR , DAP dan 2 parti baru , AMANAH dan BERSATU yang yang diwujudkan menjelang PRU 14.
6. Ketika Anwar Ibrahim di dalam penjara, isteri beliau Dr. Wan Azizah menerajui PKR sedangkan DAP pula di pandu oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang bertindak sebagai Setiausaha Agung.
7. Terdiri dari mereka yang berhemah dan tidak ekstrem, mereka akhirnya meninggalkan PAS dan menubuhkan parti AMANAH yang diketuai oleh Mohammad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
8. Oleh kerana tidak tahan dengan penyelewangan kuasa , rasuah dan rompakan wang negara melalui 1MDB , SRC dan lain - lain oleh Najib Tun Razak , Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO meletak jawatan dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu atau BERSATU.
9. Tun Dr. Mahathir yang sebelum itu bergerak atas tiket Deklarasi Rakyat dan telah berjaya mengumpulkan hampir 3 juta tandatangan tanda protes terhadap tindakan Najib telah dilantik sebagai Pengerusi BERSATU dan Pengerusi Pakatan Harapan atau PH , gabungan 4 parti tersebut.
10. Raja - Raja termasuk Agong ketika itu TIDAK MAHU melayani Tun yang ingin menyampaikan memorandum tersebut.
11. Majlis Raja - Raja HANYA bertindak seperti 'Melepaskan Batuk Di Tangga' sahaja apabila mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu 1MDB tapi TIDAK ADA TINDAKAN SUSULAN; rakyat tertanya-tanya di manakah Raja-Raja ketika rakyat dahagakan pembelaan?
12. Sebaliknya ekoran dari usaha Tun hendak mengadap Raja - Raja , Sultan Kelantan yang kini Yang Di Pertuan Agong bertindak menarik balik pingat DK Kelantan dari beliau.
13. Selain Sultan Kelantan , Sultan Johor dan anaknya dan Sultan Selangor juga turut menyerang Tun.
14. Menjelang Pilihanraya yang baru berlangsung itu , Najib berserta Timbalannya dan pemimpin - pemimpin UMNO yang lain tidak berhenti - henti menakutkan pengundi - pengundi Melayu , konon tanpa UMNO Melayu akan jadi bangsa bangsat dan orang Cina melalui DAP pula akan menghapuskan hak istimewa dan bahasa Melayu , menjadikan negara ini sebagai Republik dan lain - lain lagi.
15. Hadi dan PAS pula mengeluarkan berbagai fatwa dengan harapan pengundi - pengundi Melayu menolak calon-calon DAP tapi keputusan Pilihanraya membuktikan tindakan mereka tidak menjadi.
16. Diatas kepercayaan 'CASH IS KING'
Najib menggunakan wang ringgit yang begitu banyak bagi memenangi Pilihanraya tersebut.
17. Selain itu segala bentuk penindasan terhadap para pengkritik dilakukan termasuklah tindakan polis terhadap Tun Siti Hasmah dan Tun Dr. Mahathir sendiri.
18. Sebenarnya Najib dan Hadi percaya bahawa orang Melayu masih boleh ditipu dengan isu - isu perkauman dan agama sedangkan orang Melayu sudah lama bangkit.
19. Tangapan mereka 'Tanpa UMNO Melayu Akan Mati , dan Tanpa PAS Tidak Ada Islam' adalah iguan mereka semata - mata.
20. Adalah lebih baik jika UMNO dan PAS mencermin diri sendiri bagi mengelakkan diri mereka daripada sebarang cacian dan cemuhan.
21. Sempena tahun baru 2019 ini , elakkan diri dari terus bercakaran dan memburuk - burukkan pemimpin demi membangunkan negara tercinta ini ; lagi pun kita semua manusia biasa yang tak boleh lepas dari kelemahan dan kesilapan; BUKAN SENANG membaik pulih sebuah rumah yang hampir ranap yang telah dimakan anai-anai.
22. Jika negara Jerman dan Jepun boleh bangkit semula selepas mengalami perang dunia ke 2 dengan teruknya maka mengapa kita tidak boleh berbuat sedemikian?
23. Jangan Buang Air Di Tempayan Dek Dentuman Guruh Di Langit.
24. Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Sama-Sama Akan Roboh - JANGANLAH KITA BERKELAKUAN SEPERTI ANAI - ANAI.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2019.
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment