Sunday 11 August 2019

20171226 SUDAH SAMPAI MASANYA HANTU RAYA INI DI TANGKAP DAN DILOKAP

SUDAH  SAMPAI MASANYA     HANTU  RAYA  INI  DI TANGKAP  DAN  DILOKAP
(TTG 26/12/17)

Jika mereka yang hanya  baru disiasat  boleh dihina  dan diaibkan  dengan ditangkap dan dilokap  mengapa tindakan  yang sama tidak boleh dilakukan  terhadap  KP  SPRM ini

Rakyat jika tak muntah, dah muak dan bosan dengan   wayang kulit atau wayang pacak cina yang terus ditayang kepada mereka

Dalam kes  KP SPRM  ini Peguam Negara dan Ketua Polis Negara yang baru ini  tak ubah seperti pemain bolah yang mengawal agar  bola  tidak masuk gol seolah olah mereka  bermain mengikut arahan

Hentikan pertunjokan silap mata ini

CUKOPLAH  DENGAN  ALASAN  DEMI  ALASAN

Rakyat yang menggundi  mula menyoal mampu dan berani ke Kerajaan menangkap  KP SPRM ini atau lebih baik  terus  biarkan sahaja Hantu Raya ini bebas merayau,  dan pada masa yang sama beliau  boleh diguna bagi  mengaib sesiapa sahaja yang Tuan nya arah sehingga selesai PRU nanti atau  beliau  sedang digunakan bagi menutop  kes2 tertentu

Siapa agaknya mereka  yang memelihara Hantu Raya ini sehingga PM dan Kabinetnya terpaksa menutop mulut dan  TIDAK BERANI bertindak sedangkan kesalahan  KP  SPRM ini bak kata pepatah 'bulu dah mencucok mata' ,  'dah terang lagi bersuloh '

Dulu pernah seorang KSU dan beberapa Pegawai Tinggi Kerajaan ditamatkan,  dan ada pula diturunkan pangkat , diturunkan gaji  dll kerana terlibat dlm kesalahan2  seperti yang dilakukan oleh KP SPRM ini.

Rakyat yang pernah memberi  kuasa  amat dahagakan pentadbiran yang adil lagi saksama bukan nya pentadbiran yang mengamalkan sikap pilih bulu atau double standard.

YANG  LEBIH  SERIOUS  LAGI IALAH  RAKYAT MAHU  MELIHAT KERAJAAN  YANG  ADIL  DAN  BERANI  BUKAN LEMAH , KERAJAAN  YANG TIDAK  MELINDUNGI  PESALAH SEPERTI  KP  SPRM  INI

Kepada  KP  SPRM ini  apakah anda tidak punyai perasaan malu dan harga diri dengan kakitangan dan pegawai2  SPRM sendiri dan dengan rakyat keselurohannya. Apakah anda tidak rasa bersalah dengan isteri dan anak2 dirumah

Apakah KP SPRM ini begitu  hebat sehingga tidak ada seorang pun Pegawai SPRM yang layak menggantikannya

Nasihat  saya anda BERHENTILAH menyalahguna  Ayat2 Quraan dan Hadith dengan memegang chokmar memberi khutubah , bersajak dan bersyarah bagi menutop pekong dibadan

Lazimnya Hantu Raya akhirnya boleh memakan tuan nya sendiri

Semoga pandangan ikhlas saya  ini dapat disampaikan kepada mereka yang berkenaan

Tamrin Tun Ghafar
Ahad  26/12

No comments:

Post a Comment

DI MANA MEREKA

DI  MANA  MEREKA  ?  Tamrin  Tun Ghafar Isnin  -  07/10/24 ( 1 - 19 ) 1.   Tentu  pehak  Imegresen  TIDAK  SETUJU   malah  ada  yang   marah...