Saturday 10 August 2019

20190809 TALAM DUA MUKA

'TALAM  DUA MUKA'

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat - 09/08/19
( 1 -  34 )



1.   Kebelakangan ini isu penyerahan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya menjadi tajuk perbincangan yang begitu hangat dibincangkan terutama dikalangan mereka yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat dan ahli parti

2.   Sememang nya rakyat sudah mula merasa bosan dan muak dengan isu tersebut

3.  Kemana dan dimana Tun  berada samada didalam atau di luar negara isu ini sengaja diutarakan oleh pemberita – pemberita dan individu tertentu seolah - olah ada Tok Dalang  yang tidak akan berhenti  merancang disebalik tabir

4.  Selagi Tun tidak diganti sebagai Perdana Menteri segera  selagi itu lah mereka tidak akan berpuas hati

5.    Penjelasan  terbuka  oleh Setiausaha Agong Pakatan Harapan atau PH disatu ketika dahulu  bahawa TIDAK ada ' time frame ' atau ' tempoh masa tertentu ' penyerahan kuasa seperti yang  termaktub didalam Perjanjian yang telah dipersetujui oleh parti - parti komponan PH  sepatutnya boleh meredakan keadaan ; namum ia tetap diteruskan

6.   Ada pula ugutan dan suara sumbang oleh beberapa pehak atau kumpulan pendesak yang mahu menentukan tarikh pemindahan kuasa ; mereka  berlagak seolah - olah mereka lah pencorak politik negara ini

7.  Baru setahun jagong diberi mandat mereka TIDAK  sabar - sabar mahu merampas tahta dan akhirnya merampas  harta - mereka ini lebih mementingkan nafsu diri dari memberi tumpuan kepada kesempurnaan hidup rakyat

8.  Bak kata orang - orang tua ' Apa Yang Di Harap Tak Pernah Dapat, Apa Yang Dapat Tak Pernah Ku Harap'

9.  ' Kita boleh merancang tetapi ALLAH  SWT adalah sebaik - baik perancang '

10.  Walaupun tidak lagi mengangotai mana - mana parti namum saya tetap mengikuti perkembangan semasa , bermula dari Deklarasi Rakyat cetusan pemikiran Tun Dr. Mahathir sendiri ; malah saya merupakan orang yang ke 10 menanda tangan Deklarasi tersebut

11.  Pada usia 93 tahun , Tun sepatutnya menghabiskan sisa - sisa hidup beliau bersama isteri dan anak cucu , namun beliau akhirnya bersetuju dengan pujokan ramai bagi  menentang UMNO / Barisan Nasional atau BN

12.  Segala usaha bagi menggantikan UMNO / BN  sebelum Pilihanraya Umum  yang baru lepas iaitu pada hari Rabu 9hb Mei 2018 telah TIDAK  BERHASIL atau hanya menemui kegagalan sahaja

13.  Sebab utama kegagalan ialah ketika  itu  pengundi - pengundi Melayu terutama diluar bandar TIDAK YAKIN dengan parti - parti pembangkang  semada yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah ( Semangat 46 )  mahupun Anwar Ibrahim ( PKR )


14.  Walaupun UMNO /BN telah menggunakan wang yang begitu banyak ( Cash Is King ) ,  dan dibantu pula oleh seluruh Jentera Kerajaan dan media  namun dengan pengelibatan Tun sebagai tunggak, keyakinan rakyat  terutama pengundi - pengundi Melayu terhadap pembangkang berubah sehingga buat pertama kali selepas memerintah selama 61 tahun UMNO / BN ditumbangkan

15.  Atas persetujuan bersama, maka simbol PKR digunakan selepas pendaftaran parti BERSATU  dan PAKATAN  HARAPAN  tidak dibenar digunapakai

16.   Atas sebab - sebab tertentu , Yang Di Pertuan Agong ketika itu , Sultan Mohammad V , melengah - lengahkan perlantikan kerana ingin melantik Dr.Wan Azizah Ismail dari PKR , iaitu isteri Anwar Ibrahim yang ketika itu maseh berada di dalam penjara Sungai Buluh sebagai Perdana Menteri namun atas ketegasan Mat Sabu , Presiden AMANAH  dan Lim Guan Eng , Setiausaha Agong DAP ,   Agong akhirnya TERPAKSA akur dengan keputusan  parti yang mendapat mandat rakyat

17.  Reformasi atau tugas pertama yang dilaksanakan oleh Tun selaku Perdana Menteri ke 7 ialah mendapatkan Pengampunan Di Raja atau  Royal Pardon dari Agong yang MEMBOLEHKAN   Anwar Ibrahim  bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Port Dickson

18.  Kini pada usia 94 tahun dan merupakan pemimpin dunia yang paling tua , hasrat Tun  hanya satu iaitu mahu membina semula mahligai yang telah diruntuhkan oleh lanun Bugis dan pemakan - pemakan dedak nya

19.  Di negara mana sahaja Tun lawati  beliau di beri sambutan luar biasa

20.  Bak kata Recep Tayyip Erdogan , Presiden Turki baru - baru ini seluruh masyarakat dunia mahukan Tun sebagai pemimpinnya namun ALLAH  SWT telah memilih Malaysia memilikinya

21.  Sepatut nya kita rakyat Malaysia harus berbangga  mempunyai seorang pemimpin yang dihormati dunia, BUKAN cuba ' Membunuh Angsa Yang Mengeluarkan Telur Emas ' atau dalam bahasa  Inggeris  'Don't Kill The Goose That Lay The Golden Egg'

22.  Takkan kita nak mencurah air didalam simpanan  apabila mendengar guruh di langit , yang belum lagi tentu menurukan hujan

23.  Memang benar banyak lagi janji Pilihanraya yang perlu dilaksanakan namun Tun TELAH  BERIKRAR  AKAN  PASTI melaksanakan  janji - janji tersebut sebaik sahaja ekonomi negara pulih

24.  'Harimau  Mati Meninggalkan Belang , Manusia Mati Meninggalkan Nama'

25.  Rakyat kini sedang meneropong segala langkah pemimpin terutama mereka yang diberi peluang mengetuai sesuatu Kementerian

26.  Sepatutnya mereka yang berkedudukan dalam Kerajaan mahu pun parti , dan lebih muda dan bertenaga dari Tun bekerja sebagai satu pasukan membantu usaha murni Tun

27.  Sebagai contoh Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Lim Guan Eng dari DAP dan di bantu oleh Setiausaha Politik nya Tony Pua ,  jangan cuba menggambil sebarang tindakan yang bukan sahaja membantut tapi yang boleh menggagalkan segala usaha membantu usahawan Melayu/ Bumiputra seperti yang terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan

28.  Menteri - Menteri ,   Menteri Besar dan Ketua Menteri harus tahu kedudukan dan kuasa  yang diberikan mengikut Perlembagaan  BUKAN  ikut sahaja kehendak ,  atau di permainkan oleh pegawai - jestru  rakyat TIDAK TERPAKSA  menunggu sekian lama  seperti  'Punggok Merindukan Bulan' bagi mendapatkan apa - apa  keputusan atau sokongan

29.   DAP pula harus bekerja lebih keras bagi menangkis tuduhan yang parti ini adalah chauvinis - anti Melayu dan Islam ; JANGAN SEKALI – KALI CUBA MENANGGOK DI AIR YANG KEROH

30.  ALLAH  YANG  MAHA  ESA  yang memberi kekuatan mental dan physical kepada Tun selaku Perdana Menteri  pasti mahu melihat sejauh mana amanah yang diberi dilaksanakan

31.  Mana - mana Menteri , Timbalan dan Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lemah dan tidak berminat berkerja dan  yang boleh merosakan   PH elok lah di gantikan  kerana waktu berbulan madu sudah lama berakhir

32.  HENTI KAN  KEPURA - PURAAN  SEBELUM  RAKYAT  BERTINDAK

33.  Bak kata pepatah  ' Di Luar Bagai  Madu , Di Dalam Bagai Hempedu '

34.  Kepada kaum Islam ‘Selamat Menyambut Aidil Adha’


Wasallam
Terima Kasih

Pembaca boleh juga melayari melalui Blog saya di https://tamrintunghafar.blogspot.com/

1 comment:

  1. http://chng.it/cgSKnLwY

    Orang Ramai Sila sign Petition Pecat IGP Hamid Bador kerana Melanggar Arahan Mahkamah Pasal anak Mrs Gandhi - Diksa Prasana....Kerana tahu mana bekas suami Mrs Gandhi dan tak serahkan Kembali Diksa Prasana sebagai Hindu kepada emaknya....12 Tahun menunggu....Jangan biarkan Kejadian Zalim ini beterusan tanpa batasan lagi kat Malaysia!!

    ReplyDelete

DI MANA MEREKA

DI  MANA  MEREKA  ?  Tamrin  Tun Ghafar Isnin  -  07/10/24 ( 1 - 19 ) 1.   Tentu  pehak  Imegresen  TIDAK  SETUJU   malah  ada  yang   marah...