BOMOH , MANDI BUNGA ATAU MANDI SUSU
Tamrin Tun Ghafar
Selasa 08/05/18
( 1 - 39)
1. Hanya tinggal 24 jam saja lagi iaitu hari Rabu 9hb Mei 2018 , rakyat daripada yang bergelar Tun , Tan Sri , Datuk Seri dan berbagai - bagai lagi gelaran hinggalah pengemis dan pencuci jamban , akan menentukan
samada UMNO/ BN yang telah diberi kepercayaan dan amanah selama kira - kira 60 tahun lamanya bagi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan Negara akan terus mendapat kepercayaan rakyat sekali lagi
untuk terus berkuasa.
2. Kali ini rakyat mempunyai pilihan samada mahu UMNO/ BN terus memerintah atau pun memilih gabungan Parti dibawah panji PAKATAN HARAPAN yang akan menggunakan simbol PKR ( mata ).
3. Yang sedihnya berbagai usaha dibuat oleh Suruhanraya Pilihan Raya atau SPR dan Pendaftar Pertubuhan atau ROS dan berbagai - bagai agensi Kerajaan yang lain termasuk agensi yang tidak ada kena mengena dengan perjalanan Pilihanraya seperti Suruhanraya Pencegah Rasuah ( SPRM ) telah bertindak terhadap Pakatan Harapan ( PH ) yang di pimpin oleh Tun Dr. Mahathir.
4. Sebagai contoh mereka ( PH ) tidak dibenarkan menggunakan nama dan simbol PH kerana kononnya salah satu parti gabungan mereka iaitu Parti Peribumi Bersatu ( PPBM ) Malaysia dibatalkan sementara pendaftaran mereka atas alasan parti tersebut tidak memenuhi syarat - syarat ROS.
5. Umum bertanya mengapa ROS tidak membatalksn juga UMNO dan BN atas kesalahan - kesalahan mereka yang lebih teruk dan nyata.
6. Sehingga kini ROS hanya membisu seribu bahasa.
7. Jika ada jawapan pun , ia tidak boleh diterima oleh akal yang normal.
8. Yang terbaru , SPR mengarahkan agar wajah Tun Dr. Mahathir di kerat bahagian kepala dari papan - papan iklan atas alasan wajah calon yang bertanding sahaja yang dibenarkan.
9. Jika itu alasannya mengapa gambar - gambar wajah Ketua Parti Komunis China bersalaman dengan Liow Tong Lai , Presiden MCA di merata tempat tidak disentuh oleh SPR dan mana - mana Majlis Kerajaan Tempatan?
10. Inilah 'Demokrasi Yang TIDAK Demokrasi' ; dalam ertikata lain inilah bukti AMALAN KUKU BESI yang dipraktis oleh Negara Malaysia selama ini tetapi dalam masa yang sama kita menipu masyarakat antarabangsa dengan menonjolkan seolah - olah demokrasi senantiasa wujud di negara ini.
11. Inilah kali pertama sejak Pilihanraya Pertama dijalankan , saya melihat begitu dahsyat penipuan dan taktik-taktik kotor dilaksanakan oleh pihak - pihak yang telah diamahkan bagi melaksanakan Pilihanraya dengan bersih dan adil.
12. Semuanya ini dilakukan secara terang terangan tanpa rasa takut dan malu.
13. Cuba bayangkan apa akan berlaku kepada Pengerusi SPR , Pengarah ROS dan lain - lain agensi jika sekiranya majoriti rakyat memilih PH menubuhkan Kerajaan selepas 9 Mei ini?
14. Pengundi hari ini lebih pintar jika dibandingkan
dengan masa lampau.
15. Selain dari isu pengangguran terutama dikalangan graduan , isu pinjiman PTPTN yang melibatkan kira 600,000 penuntut , isu kira - kira 5 juta pekerja asing yang berada disini dan isu peneroka - peneroka Felda yang menanggung beban hutang yang amat sangat dan isu kos sara hidup harian yang tidak tertanggung rakyat adalah isu - isu yang perlu mendapat pembelaan.
16. Dengan beberapa isu yang dibangkit itu, majoriti rakyat tertanya - tanya apakah itu balasan yang dihadiahkan satelah slogan " RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPIAN DIUTAMAKAN" yang diperkenalkan oleh UMNO / BN menjelang PRU 13 lima tahun yang lepas.
17. Hari ini rakyat dipersembahkan dengan slogan yang lain pula "HIDUP RAKYAT".
18. Sekali lagi ramai yang bertanya "HIDUP RAKYAT" mana yang dimaksudkan, sedangkan kain rentang "HIDUP RAKYAT" pun di cetak oleh syarikat Negara Komunis China seolah olah tak ada sebuah syarikat kepunyaan rakyat Malaysia khasnya Bumiputra yang mampu mendapat kontrak tersebut.
19. Tambah mereka, apa yang dilakukan itu tak ubah seperti pepatah "Kera Di Hutan DiSusukan, Anak Di Pangkuan Mati Kelaparan”.
20. Belum pernah saya melihat 'KEBANGKITAN RAKYAT ' begitu hebat menjelang mana - mana Pilihanraya.
21. Lautan manusia berhimpun setiap kali ceramah umum diadakan oleh PH tanpa mereka mempedulikan sama ada hujan mahupun ribut.
22. Rakyat dahagakan KEMERDEKAAN yang sebenarnya.
23. Dalam kesibukan KEBANGKITAN RAKYAT, ada pula mereka terutama pengundi Melayu yang mudah digula - gulakan dan ditakut - takutkan.
24. Wang ringgit, pemberian berbagai cenderahati , cabutan bertuah , janji - janji manis seperti setiap pengundi akan di beri RM2000/- seorang jika calun UMNO/ BN menang sudah menjadi amalan walaupun ia melanggar Akta Pilihanraya.
25. Mengapa SPR tidak bertindak, jawapan nya mudah sahaja ' Tahu Sama Tahu' sudahlah!
26. Tanpa UMNO Melayu akan jadi bangsat dan merempat ; tanpa UMNO Negara ini akan dikuasai oleh Cina , Agama Islam akan disama-ratakan dengan agama lain - itulah antara dakwaang selalu kedengaran.
27. Kata mereka lagi rakan kongsi PH ialah DAP yang kononnya anti Melayu dan anti Islam.
28. Malangnya masih ramai orang Melayu tak sedar , sejak penubuhan MCA dan MIC TIDAK ada seorang Melayu pun yang dibenarkan menjadi Ahli Parti - Parti tersebut , jauh sekali dipilih menjadi calun sedangkan sejak DAP ditubuhkan ramai orang Melayu bukan sahaja dibenarkan menjadi Ahli bahkan ramai Melayu yang dipilih sebagai calon Parti tersebut.
29. Jumlah calun DAP kali ini berkurangan tetapi dalam masa yang sama calun Melayu dari Parti tersebut ( DAP ) bertambah.
30. Namun begitu boleh dikatakan calon-calon MCA , Gerakan dan MIC hanya mampu menang dikawasan - kawasan di mana majoriti pengundinya adalah Melayu ; mereka berjaya menipu pengundi - pengundi Melayu terutama dikampung - kampung tradisi dan pendalaman.
31. Walaupun mereka ( MCA , Gerakan dan MIC ) menagih sokongan dan bantuan Melayu, tetapi dalam masa yang sama mereka telah beberapa kali mengugut keluar atau berhenti dari Kabinet jika sekiranya RUU 355 diluluskan.
32. Tindakan MCA , Gerakan dan MIC membuat ugutan tersebut adalah tindakan yang biadap dan kurang ajar . Mereka langsung TIDAK PEDULI dan TIDAK MENGHORMATI perasaan atau senseviti orang Melayu/ Islam.
33. Mereka seperti Liaw Tong Lai ( Bentong ) , Wee Kah Siong ( Ayer Hitam ) dan calon-calon MCA , Gerakan dan MIC amat pandai BERPURA - BERPURA dengan makcik dan pakcik di kampung - kampung.
34. Semoga kali ini makcik dan pakcik terutama di kampung - kampung tidak membenarkan diri ditipu dan diperbodoh - bodohkan lagi oleh mereka dan pemakan - pemakan dedak.
35. Akhir sekali berdoa sahajalah kepada ALLAH SWT daripada bergantung harap kepada perbuatan syirik seperti percaya kepada bomoh , mandi bunga dan mandi susu.
36. KITA BERHAK MEMILIH ANTARA BATU DAN PERMATA.
37. Semoga agensi - agensi Kerajaan seperti SPR , ROS dan Polis HENTIKAN tindakan - tindakan yang melanggar undang - undang.
38. "JANGAN FIKIRKAN PANAS HINGGA KE PETANG , TETAPI HUJAN DI TENGAHARI”.
39. Biarlah sejarah Hang Li Po menjadi pengajaran kepada kita semua.
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment