HADI UMPAMA PEMANDU YANG HILANG KAWALAN
Tamrin Tun Ghafar
Jumaat 04/05/18
( 1 - 41 )
1. Dulu benci UMNO , kini mengendeng-ngendeng umpama 'Hidung Tak Mancung , Pipi Tersorong - Sorong'.
2. Dulu puji DAP,!kini benci DAP, dengan alasan parti itu anti Melayu dan anti Islam.
3. Maaf cakap , perangai Hadi juga tak ubah seperti kupu-kupu malam yang berdiri di tepi - tepi jalan dan bersedia menjual tubuh badan kepada sesiapa yang bersetuju dengan harga yang ditetapkannya.
4. Saya tertarik dengan Surat Terbuka Hadi yang ditujukan kepada anak - anak para pemimpin PAS yang tidak lagi bersama parti itu tetapi sebaliknya mereka lebih yakin dan percaya perjuangan PAKATAN HARAPAN ( PH ) yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir.
5. Mereka yang dimaksudkan ialah.:
a ) Dr. MUJAHID YUSUF RAWA - anak Dato Yusuf Rawa , Presiden PAS dari 1982 - 1989 ; bertanding di Kawasan PARLIMEN PARIT BUNTAR.
b ) MUHAMMAD FAIZ FADZIL - anak Dato Hj. Fadzil Noor , Presiden PAS dari 1989 - 2002 ; bertanding di DUN PERMATANG PASIR dalam Kawasan Parlimen Permatang Pauh.
c ) NIK OMAR NIK
ABDUL AZIZ - anak Tok Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS dari 2002 - 2013 ; bertanding di DUN CHEMPAKA dalam Kawasan Parlimen Pangkala Chepa . Kawasan DUN ini pernah di wakili oleh ayahanda Tok Guru Nik Aziz sendiri.
6. Hadi cuba memujuk mereka dengan memberi dua sebab :
a ) PH dipimpin oleh seorang yang tidak boleh dipecayai ( Tun Mahathir ).
b ) PH di anggotai oleh DAP yang anti Islam ( juga anti Melayu ).
7. Dalam surat tersebut , Hadi juga menyebut "KELUAR PARTI ( PAS ) SEPERTI
TUKAR IMAN DAN
MENJADI KUFUR ".
8. D zaman Baginda Rasulullah tidak ada PAS , begitu juga negara - negara Islam lain seperti Arab Saudi dan Indonesia, juga tidak ada PAS.
9. Yang ada hanya PAS LAWATAN sahaja.
10. Ketiga-tiga mereka yang tidak mahu bersama PAS kerana mereka nampak tingkahlaku Hadi seperti seorang pemandu yang hilang kawalan ; sekejap ke kiri , sekejap ke kanan dalam pemanduannya.
11. Mereka sedar TIDAK SALAH dan TIDAK BERDOSA berhijrah dari Hadi yang tidak nampak jalanraya dengan jelas kepada Tun Mahathir , walaupun berumur tetapi punyai pengalaman yang luas dan maseh boleh memandu dengan cermat tanpa membahayakan nyawa mereka yang menjadi penumpangnya.
12. Sebenarnya Hadi sudah mula panik, justeru Surat Terbuka itu sebenarnya ditujukan juga kepada ahli - ahli PAS yang lain agar mereka tidak berhijrah seperti Dr. Mujahid , Faiz Fadzil dan Nik Omar Nik Aziz.
13. Dengan Surat Terbuka itu juga , Hadi mahu pengundi - pengundi PAS menolak calun - calun DAP dan seterus nya menyokong calun - calun MCA , Gerakan dan MIC atas alasan DAP parti yang anti Melayu dan Islam.
14. Saya masih terbayang bagaimana susahnya pemimpin - pemimpin DAP pada Piliharaya yang lepas ( PRU 13 ) nak menyakinkan masyarakat Cina agar memberi undi kepada calon-calon daripada PAS.
15. Dengan menghantar rombongan demi rombongan menziarahi Tok Guru Nik Aziz di rumahnya di Pulau Melaka, Kelantan , mereka telah yakinkan yang lain bahawa Islam agama yang baik dan boleh dipercayai.
16. Dengan sokongan DAP itulah maka buat pertama kalinya sejak Pilihanraya Umum Pertama 1957, PAS berjaya mendapat 21 Kerusi Parlimen.
17. Inilah usuha - usaha Lim Kit Siang , Lim Guan Eng , Liew Chin Tong , Anthony Loke , Nga Kor Meng dan Ng Swee Lim , ADUN Sekinchan, Selangor dan beberapa pemimpin DAP bagi menolong kemenangan calon-calon PAS.
18. Lim Guan Eng pula pernah merengkok dalam penjara kerana usaha beliau menebus maruah keluarga seorang anak gadis Melayu bawah umur yang di perkosa oleh seorang pemimpin UMNO ketika itu.
19. Akhirnya perogol bebas, pembela maruah gadis di penjara dan gadis tersebut melahirkan anak di sebuah Pusat Tahanan Wanita.
20. Namun diatas segala usaha dan pengorbanan DAP terhadap PAS ( Melayu / Islam ) dan pengorbanan Lim Guan Eng itu , Hadi dan Pemimpin - Pemimpin UMNO masih melemparkan fitnah konon nya DAP itu anti Melayu dan anti Islam.
21. SAMPAI BILAKAH KITA NAK MENGHINA MASYARAKAT CHINA DAN BUKAN MELAYU LAIN?
22. Yang rasis atau perkauman ialah kita, bangsa Melayu sendiri.
23. Kalau berat pun mulut nak berterima kasih, sekurang-kurangnya kita hentikan perbuatan mengeji dan mencaci mereka.
24. BUKTIKAN KEPADA MEREKA BANGSA MELAYU BUKANLAH BANGSA BANGSAT, BANGSA MELAYU TAHU MEMBALAS BUDI seperti kata - kata Hadi semasa Pilihanraya Kecil Teluk Intan, "PAS TIDAK LUPA JASA ORANG”.
25. Ucapan - ucapan Hadi semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan , Perak tidak berapa lama dahulu , dan ucapan - ucapan beliau sebelum itu pun banyak mempertahan dan memuji DAP ( sila tonton video yang disertakan ).
26. Dalam kes RUU 355 , MCA , Gerakan dan MIC begitu LANTANG MENENTANG Pindaan Hukum Islam itu.
27. Pemimpin - pemimpin mereka seperti Presiden MCA, Liow Tiong Lai , Timbalannua , Wee Ka Siong, Presiden Gerakan Mah Siew Keong dan pemimpin Gerakan yang lain serta Dr. Subramaniam , Presiden MIC telah mengeluarkan beberapa kenyataan akhbar MENGUGUT akan keluar Kabinet secara serta-merta jika RUU 355 di luluskan ( sila lihat kenyataan tersebut ).
28. Bak kata Hadi sebelum ini , PAS tidak akan lupakan jasa DAP yang begitu banyak terhadap parti itu.
29. Apakah rakaman suara Nik Abduh membocorkan rahsia sogokan sejumlah wang dari UMNO dan pengakuan seorang pemimpin PAS yang Parti mereka telah menerima ' derma ' sejumlah RM 2.5 juta dari individu tertentu , yang menyebabkan Hadi tiba - tiba bertukar haluan perjuangan daripada mengkafirkan kepada menghalalkan?
30. Saya perturunkan AMANAT HADI AWANG bagi mengingatkan kita semua betapa dahsyatnya kesan sampingan AMANAT itu kepada masyarakat Melayu / Islam negara ini.
31. Selepas saya meninggalkan UMNO setelah menyertainya secara aktif sejak awal 70an , Anwar Ibrahim mencadangkan saya berjuang bersama beliau dalam PKR; tiba - tiba Mazlan Aliman, ketika itu Ahli Jawatankuas PAS Pusat menasihatkan saya jika nak masuk syurga, pilihan saya hanya satu iaitu PAS.
32. Rupa-rupanya kepercayaan ini 'Bersama PAS ke Syurga' maseh diguna pakai sehingga ke hari ini.
33. DOSA DAN PAHALA , SYURGA DAN NERAKA , BUKAN BOLEH DITENTUKAN OLEH PAS ATAU PRESIDENNYA HADI. ITU HAK ALLAH SWT.
34. Berhijrahlah sebelum kita terpesong. Nauzubillah !!
35. Selamat melaksanakan tanggong jawab kita pada Hari Rabu
9hb Mei ini.
36. Arwah Tok Guru Nik Aziz selalu mengingatkan, jika mereka bagi gain, ambil;jika mereka bagi dapur masak , beras, gula dan minyak masak pun ambil; apatah lagi jika mereka bagi RM500, RM1000, RM 2000 dan waima RM3000 sekali pun, juga patut diambil kerana duit itu adalah duit kita juga.
37. Pesan Tok Guru Nik Aziz lagi, undi adalah sulit dan ia adalah HAK kita.
38. JANGAN KETEPIKAN SEGALA APA YANG TERNYATA DALAM AL QURAAN DAN HADITH.
39. Semoga kita Bangsa Melayu , bangsa yang tahu membalas budi dan jasa orang.
40. Jangan sebab mendapat segala jenis habuan, 'Menang Sorak Kampung Tergadai’.
41. MATINYA SEMUT KERANA GULA.
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment