Tuesday 17 September 2019

SAYA PUN MELAYU JUGA

SAYA  PUN  MELAYU  JUGA

Tamrin Tun Ghafar

Khamis - 19/09/19
( 1 - 39 )

1.   Kali ini saya menggunakan tajuk buku " I Too am Malay " atau " Saya Pun Melayu Juga " tulisan Zaid Ibrahim , mantan Menteri Kabinet, satu ketika dulu sebagai tajuk penulisan kali ini

2.  Ada 4 ayat dan laungan yang senantiasa bermain di bibir orang Melayu sejak lahirnya UMNO  dan PAS :-

i.   ' Tidak Hilang Melayu Di Dunia '

ii.  '  Hidup Melayu '

iii. '  Ketuanan  Melayu '

iv.  '  Takbir - Allahuakhbar '

3.  Saya maseh teringat kisah perbualan saya dengan seorang pemandu teksi satu masa dulu yang menyatakan bahawa kesemua 5 orang anak - anaknya kini bekerja sebagai doktor di Amerika Syarikat , England dan di Australia

4.   Apek yang berusia lebih 65 tahun itu memberitahu saya bahawa kesemua anak - anaknya itu belajar hingga berjaya dek kerana hasil penat lelah beliau yang mencari nafkah sebagai pemandu teksi sejak muda lagi

5. Apabila ditanya kenapa tidak memohon biasiswa atau pinjaman pelajaran (ketika itu belum ada PTPTN), beliau tersenyum sambil berkata: 'saya sudah cuba banyak tempat, tapi semua tatak lulus. Saya bukan Melayu maaa!!!'..Terkedu saya mendengar jawapan Apek yang datang dari hatinya yang berjiwa besar

6.  DEB,  walaupun ada kebaikannya namun dalam masa yang sama ia juga telah melahirkan segelintir Melayu yang menggambil kesempatan ( oportunis) untuk memajukan diri sendiri atas nama Melayu

7. Lebih menjengkilkan, ada saki baki Melayu yang 'hebat dan berjaya' tetapi sebenarnya mereka ini telah dipergunakan untuk memajukan diri sendiri di sebalik syarikat - syarikat bukan Melayu selepas melihat peluang yang terbuka atau sengaja dibuka oleh tangan tangan yang berkuasa ketika itu

8.  Mereka ini adalah terdiri daripada bekas pegawai - pegawai tinggi Kerajaan dan pemimpin - pemimpin UMNO yang mempunyai jaringan yang mantap kepada pintu - pintu kuasa yang boleh membuat keputusan yang memihak kepada syarikat bukan Melayu itu

9.  Mereka diberi jawatan samada sebagai Pengarah mahupun Pengerusi syarikat - syarikat bukan milik Melayu

10.  Sesungguhnya mereka ini pada pandangan orang kampung, tak ubah seperti macai / barua yang syok sendiri yang hanya berkhidmat kepada syarikat bukan Melayu. Mereka ini sesuai dilabelkan  sebagai pengkhianat bangsa

11.  Sebenarnya barua - barua  ini lah yang telah menjerut kepentingan ekonomi Melayu sendiri
Tak perlulah saya mendedahkan identiti mereka kerana begitu begini pun mereka ini adalah golongan yang tidak ada maruah dan tidak tahu malu

12.  Pepatah Melayu ada menyebut :

' Sudah Gaharu Cendana Pula , Sudah Tahu Bertanya Pula '

' Sudah Terang Lagi Bersuluh'

' Siapa Makan Cili Dia Merasa Pedas'

13. Bagi menutup pekong sendiri, mereka kini menyalak bagaikan anjing gila menyalahkan orang lain khususnya kaum Cina dan DAP kononnya bangsa tersebutlah yang menyebabkan orang Melayu mundur

14. Jangan SALAHKAN orang lain dek kesalahan dan kelemahan kita sendiri

15.   Begitu juga keadaan nya dengan sebahagian besar kontraktor , pengimport - pengimport kereta yang di beri AP , pemaju dan banyak lagi yang bertopengkan Melayu, sedangkan mereka mengAliBabakan  peluang yang diberikan

16.  Mereka yang diberi lesen perniagaan seperti di Kampong Baru ,Datok Keramat dan beberapa tempat lagi di seluruh Negara, biasanya memilih jalan mudah untuk kaya

17.   Sudah 62 tahun kita Merdeka dan berbagai Dasar dan Agensi di perkenalkan bagi membantu kaum Melayu/ Bumiputra, namun prestasi kita makin lama makin merosot jika dibandingkan dengan Bukan Bumiputra

18.  Mereka yang diamanahkan untuk mempimpin, sayangnya telah menggunakan kedudukan untuk mengayakan diri dan kuncu - kuncu

19.  Yang miskin akan jadi lebih miskin dan yang kaya akan terus menambah kekayaan

20.  Bangsa Melayu yang ketinggalan ini kelihatan terkial kial mengais sisa sisa KEK ekonomi yang berbaki akhirnya mengeluh kerana tidak diberi perhatian, jauh sekali diberi pertolongan

21.  Lebih dashyat lagi  usahawan - usahawan Melayu ini di sabotaj malah dicantas oleh kerana  mereka yang berkuasa samada mempunyai sifat dengki semula jadi atau sukar mendapat habuan ( rasuah )

22.  Bagi mereka yang baru menikmati kuasa , mereka hanya  berlagak tetapi kenyataan nya mereka terpinga - pinga seperti ' Rusa Masuk Kampung '

23.  Sepatutnya, semua pihak samada Menteri , Menteri Besar dan Ketua Menteri dan Pegawai - Pegawai Kerajaan senantiasa bertindak membantu usahawan Melayu untuk terus berjaya dan lebih maju lagi

24.  Inilah sikap negatif Menteri dan Pegawai - Pegawai Kerajaan yang diamanakan ketika itu

25.  Adalah diharapkan sikap negatif Menteri - Menteri dan Pegawai - Pegawai itu TIDAK  BERPINDAH ke dalam pentadbitan Kerajaan Pakatan Harapan atau PH

26. Walau bagaimanpun SPRM harus pantas bertindak mencegah penyakit ini agar tidak merebak seperti barah

27. Tempoh 100 hari bagi Lateefa Koya selaku KP SPRM sudahpun berlalu ; beliau perlu bersihkan kerosakan ini dari dalam mahupun yang di luar sana. SPRM  itu sendiri tidak terkecuali dari ancaman perosak ini dan kemungkinan turut ternoda akan dosa dosa perbuatan si durjana

28. Berbagai - bagai  berita dan cakap - cakap yang kita dengar berhubung dengan salah laku beberapa orang pegawai yang sepatutnya tidak berlaku tetapi telah mencemarkan organisasi tersebut

29. Mereka ini adalah ibarat musang yang berbulukan ayam ; pandai berpura - pura dan berlakun tak ubah seperti ' Hantu Raya ' yang akhirnya akan memakan tuannya sendiri.
' Harapkan Pegar , Pegar Makan Padi '

30. Cara mereka ini terlalu licik dan halus sehingga sukar dibuktikan ; mereka dibayar dan dibayai  melalui orang - orang tertentu oleh penyamun Tarbus

31.  HENTIKAN  SERTA MERTA  AMALAN  RASUAH  DAN  NEPOTISMA  INI JIKA  MAHU  MELIHAT  BANGSA  MELAYU  TERUS  MAJU

32.   Teguran Tun Dr. Mahathir sebenarnya adalah satu cabaran bagi semua orang Melayu untuk MENGUBAH cara berfikir ke arah yang lebih positif, BUKAN NYA melatah seperti Janda Terpijak Kaca..

33.  Kepada bekas - bekas Menteri , pemimpin - pemimpin UMNO dan Pegawai - Pegawai Kerajaan yang korup, tayangkanlah kekayaan  anda dengan mahligai yang besar dan indah , kereta yang menjalar , bercuti ke Amerika dan England dan mengerjakan UMRAH  setiap tahun - Orang Kampung semua tahu dari mana sumber kekayaan mereka itu, tidak lain dan tidak bukan adalah hasil rasuah dek menjadi macai atau barua ( Pengerusi  atau Pengarah ) syarikat bukan Melayu

34.  ' SESAT DI HUJUNG  JALAN,  BALIKLAH KE PANGKAL  JALAN ', SEBELUM NASI MENJADI BUBUR..adalah sebaik - baik amalan

35. Ingatlah, bagaimana HARUMNYA NAMA sebahagian Pemimpin dan Pegawai Tinggi Kerajaan terdahulu yang telah pergi, namun perginya mereka dengan maruah yang tinggi dan dijulang namanya sehingga ke hari ini, walaupun perginya tidak meninggalkan harta, kereta mahupun mahligai yang berharga..

36. Bagi mereka yang menggadaikan bangsa, sebenarnya, keluarga dan anak cucu ANDA sedang menikmati kemewahan hasil tinggalan sisi gelap anda yang jelas mencerminkan kecurangan

37. Ingatlah pesanan Tun bahawa TIADA  JALAN MUDAH  dan SINGKAT  untuk meraih kejayaan atau kemewahan melainkan berusaha gigih dan kerja lebih kuat seperti yang dilakukan oleh rakan - rakan kita dari kaum lain

38.  ' Yang Bulat Tak kan Datang Bergolek , Yang Pipih Tak kan Datang  Melayang "

39. ALLAH  SWT  TIDAK  MEROBAH  KEADAAN  SESUATU  KAUM  SEHINGGA  MEREKA   MEROBAH  KEADAAN  YANG  ADA  PADA  DIRI  MEREKA  SENDIRI -  Surah 13 Ar- Ra'd  ,  Ayat 11

Wasallam
Terima Kasih

Friday 6 September 2019

BIAR PUTIH TULANG


BIAR  PUTIH  TULANG

Tamrin Tun Ghafar

Isnin - 09/09/19
( 1 - 28 )

1.  'Freedom of Speech', atau amalan 'Kebebasan Bersuara'  yang ditaja dan  digalakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan atau PH jelas disalah gunakan oleh mereka yang mempunyai motif tertentu.

2   Di England khususnya di Kota London, orang ramai boleh meluahkan segala perasaan dan berucap ditempat -  tempat tertentu yang dipanggil  'Speakers Corner'.

3.  Berbeza dengan kebanyakan negara - negara di Europah, di mana sesuatu kaum asal itu merupakan kaum yang 'majority' atau kaum yang mengatasi kaum - kaum lain, sedangkan Malaysia, terdiri dari berbagai suku kaum , adat dan agama walaupun kaum Melayu adalah majoriti.

4.  Sejak PH mengambil alih pemerintahan dari UMNO/ Barisan Nasional , terlalu kerap suara dan pandangan yang dilemparkan yang mana telah menimbul dan mengundang rasa kebencian  terhadap sesuatu kaum.

5.  Perasaan kasih sayang , hormat menghormati dan keharmonian mula ditenggelamkan oleh bukan sahaja dari luar malah dari dalaman parti pemerintah.

6.  Keadaan yang membimbangkan ini telah mengundang ramai pihak termasuk Yang Di Pertuan Agong dan Sultan Perak telah membuat teguran sinis dan nasihat terbuka  agar kita semua berbalik ke pangkal jalan.

7.   Kebimbangan ini juga  telah menyebabkan  Mufti Perlis menyarankan agar kepimpinan hari ini menggunakan kaedah  pentadbiran yang pernah diamalkan oleh Saddam Husein semasa memerintah Iraq.

8.  Rakyat yang cintakan keamanan dan ingin meneruskan  pencarian hidup TANPA  merasa takut, masih tertanya - tanya bilakah Tun yang menjadi tunggak harapan mahu bertindak tegas demi keselamatan.

9.  Mereka yang tidak bersetuju dan  benci terhadap Tun akan terus membenci Tun; ianya tak ubah seperti ubat yang dimakan, walaupun pahit, namun ianya mampu memberi kesembuhan bagi penyakit yang dihidapi.

10.  Begitu juga kumpulan - kumpulan yang TIDAK SABAR,  akan  menghuru harakan lagi keadaan dengan harapan untuk memberi tekanan atau 'pressure', supaya Tun TUNDUK   kepada rancangan busuk mereka; mereka ini adalah pengecut, tak ubah seperti 'BALING BATU SEMBUNYI TANGAN'.

11. Kebebasan bersuara yang dianjurkan oleh Kerajaan hari ini, telah disalah ertikan malahan digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang akhirnya akan menggugat keamanan dan keharmonian kaum.

12. Inilah satu satunya senjata yang amat berkesan yang digunakan untuk memalu, menekan dan akhirnya menjatuhkan kepimpinan Kerajaan yang sediaada.

13. Bagi mereka yang biasa disuap dengan dedak di bawah Kerajaan UMNO/ BN, kini menyalahkan Kerajaan dengan berbagai tohmahan.

14. Di mana saja kita pergi, samada di pejabat, mahupun di tempat awam, topik utama yang sering diperkatakan adalah, Kerajaan yang ada terlalu menzalimi Melayu/ bumiputra.

15. Sebahagian besar kontraktor Melayu/ Bumiputra yang diberi projek dan kemudiannya, mengALIBABAkannya kini mulai mengeluh kerana tidak lagi mendapat kemewahan dengan mudah.

16. Mereka yang mengaut keuntungan yang berlebihan dari projek projek terdahulu, kini terpaksa mengurangkan keuntungan jika mahu meneruskan projek tersebut.

17. Tender Terbuka kini dilakukan bagi projek projek baru.

18. Syarikat yang telah menerima Surat Niat, atau Letter of Intent, PERLU melalui proses rundingan harga semula bagi memastikan Kerajaan yang mewakili rakyat, mendapat perkhidmatan terbaik atau ' value for money'.

19. Berbagai kaedah baru diperkenalkan bagi mengelakkan salahguna kuasa dan rasuah dan juga bagi menjimatkan dan menyelamatkan ketirisan wang negara.

20. Anehnya, mereka yang pernah merompak wang negara secara berleluasa, kini dianggap sebagai 'wira' kononnya wira tersebut dizalimi oleh kerajaan PH.

21. Mereka yang dibayar dari hasil rompakan akan berhimpun beramai ramai dengan memakai baju T berseragam bagi menyambut kehadiran 'wira' mereka yang sedang berdepan dengan berbagai pertuduhan yang sangat berat.

22. Majoriti yang berhimpun itu ialah Melayu/ bumiputra yang begitu senang digula gula dan diperbodohkan.

23. Mereka sebenarnya ketagihan dedak, bukannya sayangkan agama, bangsa dan negara.

24. Manakala ada pula 'opportunis politik', yang sekarang ini meraih keuntungan yang besar, yang sanggup kedepan bertindak sebagai ketua jurucakap mereka.

25. Mereka ini tak ubah seperti 'Lidah Biawak', apabila berkata kata dan lebih buruk lagi mencari makan seperti 'Gergaji Dua Mata'.

26. Bagi berlaku adil dan bertanggung jawab, TANPA pilih bulu, Hamid Bador, selaku Ketua Polis Negara, perlu PANTAS dan TUNTAS (tegas), bagi membenteras dan mengheret biawak biawak politik ini ke muka pengadilan.

27. 'ALANG ALANG MENYELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN'.

28. Demi Malaysia Tercinta:

'Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata'

'Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat'

Wassalam
Terima kasih

sila layari: #https://tamrintunghafar.blogspot.com/2019/09/biarputihtulang

Tuesday 3 September 2019

POLITIK SEMPIT DAN REMPIT

POLITIK  SEMPIT  DAN  REMPIT

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu - 31/08/19
( 1 -  34 )

1.   Hari ini 62 tahun yang lepas buat kali pertamanya Bendera Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan selepas bendera Penjajah British, Union Jack diturunkan.

2.  Di Stadium Merdeka, dengan disaksikan oleh Raja - Raja Melayu dan ribuan rakyat berbilang kaum, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj telah melaungkan laungan MERDEKA !!!

3.  Perundingan Kemerdekaan tercapai apabila Raja - Raja dan sebahagian besar masyarakat Melayu BERSETUJU  memberi kerakyatan  kepada pendatang  dari China dan India yang dibawa masuk oleh British dengan syarat penduduk asal negara, Melayu/ Bumiputra diberi sedikit  Hak Istimewa.

4.  Kegembiran mencapai Kemerdekaan terbantut apabila rusuhan kaum berlaku pada 13hb Mei 1969.

5.  Kesan dari rusuhan  itu maka syak wasangka dan tuduh menuduh di antara 3 kaum utama berterusan sehinggalah ke hari ini.

6.   Bak kata Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri bagi  kali 2, dan yang mempunyai pengalaman luas selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, bukan senang memimpin sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.

7.   Umpama 'Menatang Minyak Yang Penuh' , masing - masing kaum   sering berkokok dan bertindak bagai cuba 'Menegak Benang Yang Basah'  TANPA PEDULI  perasaan orang lain.

8.  Tanpa disedari pihak asing telah berjaya meniup  api perkauman di kalangan rakyat ketika itu.

9.  Ia ditambah pula oleh beberapa faktor dalaman yang tidak sabar melihat perubahan kepimpinan.

10.  Adalah tidak adil sama sekali menuding jari menyalahkan satu kaum atau parti semata - mata sebagai punca utama perbalahan kaum itu sedangkan 'Tepuk Sebelah Tangan Takkan Berbunyi'.

11.  Kini selepas peristiwa berdarah itu  berkubur genap 50 tahun lamanya namun perpaduan dan kerharmonian berbilang kaum mula menghantui kita semula.

12.   Berbagai isu yang sepatutnya tidak berbangkit telah dengan sengaja diperbesarkan sebagai  tajuk perbincangan utama oleh mereka yang mempunyai motif tertentu.

13.  Kebebasan bersuara disalahgunakan secara berleluasa oleh media cetak dan elektronik dan oleh segelintir pengamal - pengamal sosial media yang cuba menjadi juara yang dipanggil 'loud minority' yang TIDAK bertanggungjawab.

14.  Sepatutnya mereka membantu menyejukkan suhu yang sedang membara, BUKANNYA 'Menyimbah Minyak Ke Dalam Api'.

15.  Mereka yang mempunyai cita - cita dan gelojoh, berharap kepimpinan negara hari ini boleh ditukar ganti dengan angkara tersebut.

16.  Bagi mengelakkan  pergaduhan kaum dari berlaku, Mufti Perlis telah menyarankan agar corak pentadbiran Saddam Husein dilaksanakan.

17.  Walaupun Saddam dianggap sebagai 'kuku besi' namun ketika itu jarang sekali kedengaran perbalahan serius diantara berbagai puak dan Pemisah Kurdish di Iraq.

18.  Tun Hussein Onn, Bapa Perpaduan, pernah berpesan  "Jangan sampai anak cucu kita mengencingkan kubur kita dek kerana kegagalan mengurus negara dalam keadaan porak peranda".

19.  SEBENARNYA  MENGURUS  NEGARA  TAK UBAH  SEPERTI  MENGURUS  KELUARGA  KITA  SENDIRI.

20.   Walaupun Zakir Naik telah memohon maaf  namun serangan berterusan oleh DAP dan pelampau Hindu sebenarnya cuba 'Menutup Pekung' yang LEBIH  BAHAYA :-

i   Kenyataan terbuka Pemimpin Tertinggi DAP yang juga Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran bahawa orang Melayu adalah pendatang sedangkan orang India adalah penduduk asal negara ini.

ii.  Wathya Moorthy yang pernah menuduh bahawa rakyat Malaysia keturunan India di sini dianak-tirikan, namun beliau tetap dilantik sebagai Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal perpaduan.

iii.  Dr. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah seorang lagi 'extremist' yang berkiblatkan politik perkauman yang sempit.

21.  Negara sepatutnya mempunyai pemimpin - pemimpin yang bersikap sederhana dan toleransi BUKANNYA sikap pelampau yang ditonjolkan oleh mereka.

22.  Pelampau Cina pula melalui Dong Zong terus berkeras asalkan mereka berjaya mendapat apa yang mereka rancang.

23.  Setiap kali Pilihanraya Umum diadakan, mereka akan mengemukakan berbagai tuntutan berupa 'ugutan' atau 'blackmail' jika mahukan sokongan pengundi masyarakat Cina.

24.  Dunia dan masyarakat Cina tempatan  tahu dan sedar bahawa kaum Cina di Malaysia menikmati kemewahan ekonomi dan kesejahteraan hidup, adalah dengan sikap bermurah hati penduduk asal.

25.  Mereka memilih menutup mata bahawa sekolah aliran Cina dan India TIDAK  dibenarkan wujud di Indonesia dan Singapura, begitu juga di Thailand.

26.  Mereka juga sepatutnya berterima kasih dan menghargai dengan bantuan kerajaan yang menelan ribuan jutaan ringgit yang diberikan sebagai bantuan kepada sekolah sekolah mereka selama ini.

27. Sebenarnya apa yang sedang dimiliki oleh kaum Cina dan India dalam bidang pendidikan di negara ini adalah TIDAK MENGUNTUNGKAN mereka! Kedudukan ini serupa dengan kewujudan sekolah sekolah antarabangsa yang diterokai oleh sebahagian besarnya dari kalangan kaum pendatang.

28. Belum pernah perbalahan antara kaum utama berlaku sejak peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tapi kini dengan isu - isu yang berbangkit ia mula menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat yang cintakan keamanan!, lebih bahaya penyakit benci membenci ini diperturunkan kepada anak - anak muda yang tidak memahami sejarah.

29.  Memahami kelemahan dan kegagalan orang Melayu itu sendiri, UMNO dan PAS pula membakar semangat kebencian terhadap kaum lain dengan menggunakan isu perkauman dan agama, sedangkan berbagai bagai dasar dan agensi diperkenalkan bagi membantu kaum Melayu dan Bumiputra. Sayangnya, semua ini masih belum berjaya mencapai apa yang diidamkan oleh semua.

30.  Mereka lebih mementingkan kedudukan diri dan parti masing - masing dari kepentingan masa depan anak bangsa Malaysia itu sendiri.

31.  JANGAN  MENGOTORKAN  LEBUHRAYA  MALAYSIA  BARU  DENGAN  MENABUR  SAMPAH  SARAP.

32.  JANGAN  AMALKAN  POLITIK  SEMPIT  DAN REMPIT  WALAUPUN  PUN  MAJORITI  KITA  TAHU  MEREKA INI  ADALAH  KELOMPOK  YANG KECIL YANG DIPANGGIL  'LOUD  MINORITY', jika tidak dibendung dan lebih baik lagi dihapuskan sahaja, ia pasti membahayakan pengguna yang lain. Mereka ini sebenarnya sedang cuba untuk meruntuhkan apa yang telah terbina selama ini.

33.  Kepada Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan kepada Ketua Polis Negara, ingatlah,  jawatan yang dipegang ini adalah satu  AMANAH yang pasti dipersoalkan diakhirat kelak.

34. Semoga kita dapat membuang segala yang KERUH dan jadikan sambutan Kemerdekaan kali ke 62 Tahun ini sebagai titik permulaan Malaysia yang kita benar benar cintai..

Wasallam
Terima Kasih

Sila layari : tamrintunghafar.blogspot.com

R A S U A H

R   A   S   U    A   H REFORMASI REFORMATI Tamrin  Tun  Ghafar   Rabu - 14/02/24 ( 1 - 17 ) 1.   Kali  pertama  Dewan PWTC  tiba - tiba  sen...