Saturday 30 May 2020

NAJIB LANGGAN SISTEM DARI ISRAEL ??

NAJIB LANGGAN SISTEM DARI ISRAEL ??

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 31/05/2020
( 1 - 18 )


1. Belum lagi reda malah suhu ( temperature ) makin hari makin bertambah panas keadaan politik negara khususnya Parti BERSATU dan kedudukan Muhyiddin sendiri selaku Perdana Menteri 'PINTU BELAKANG, tiba - tiba kita dikejutkan dengan satu berita yang amat MENGGEMPARKAN.

2. Jika berita ini benar maka ia bererti satu lagi PENGKHIANATAN yang disembunyikan selama ini dari pengetahun rakyat KHASNYA kepada umat Islam negara ini TERBONGKAR.

3. PEMBONGKARAN PENGKHIANATAN ini datangnya bukan dari orang biasa tapi dari mahkamah Israel sendiri.

4. Oleh kerana kezaliman Yahudi Israel terhadap penduduk Islam khusunya di Semenanjung Gaza dan Palestin, Malaysia adalah satu - satu negara Islam yang TIDAK mengiktiraf negara tersebut justeru kita TIDAK DIBENARKAN berurusan dengan mereka.

5. Lupakah kita APCO , sebuah syarikat yang ada kaitan rapat dengan Organasasi Pengintapan Israel dilantik oleh Kerajaan UMNO/ BN dengan bayaran RM75 juta bagi membantu mereka memenangi PRU14 dulu?

6. Walaupun pada mulanya Kerajaan ketika itu menafikannya namun atas desakan demi desakan AKHIRNYA seorang Menteri tampil membuat pengakuan di dalam Sidang Parlimen.

7. Hari ini Mahkamah Israel memaklumkan Kerajaan Malaysia TELAH membeli beberapa alat pengintipan dari sebuah syarikat Israel.

8. Oleh kerana tidak ada Hubungan Diplomatik maka syarikat Israel dan Kerajaan Najib TERPAKSA membelinya MELALUI negara ketiga, Cyprus.

9. SEPERTI BIASA Najib MENYALAHKAN orang lain seolah - olah tangan dan jiwanya BERSIH seperti juga isu 1MDB , SRC dan lain - lain kesalahan.

10. Tidak hairan juga jika beliau sekali lagi BERSUMPAH di mana - mana Masjid seperti kes PEMBUNUHAN ALTANTUYA .

11. Selain dari BERSUMPAH biasanya mereka akan ke Mekah bagi menunjukkan kononnya betapa ALIM mereka ini, dan orang alim takkan nak buat kerja-kerja kotor begitu - KALAU TAK MEROMPAK BUKAN UMNO NAMANYA!!

12. Cukup dengan SUMPAH , pemakan - pemakan dedak yang senantiasa kelaparan akan terus percaya kepada beliau.

13. Selepas KENYANG seperti ular sawa, mereka TIDAK PEDULI sama ada mereka telah ditipu dan negara dan maruah mereka TERGADAI.

14. Seolah - olah terlebih minum air ketum atau mabuk dadah, yang mereka diajar dan tahu hanya beberapa perkataan sahaja 'Malu Apa BossKu', Hidup Melayu dan Takbir , Allahuakhbar'.

15. Kata - kata Najib ada kebenarannya ' CASH IS KING '.

16. Ini yang dikatakan

'Menang Sorak 
Kampung Tergadai'.

17. Menjelang PRU 14, Najib buat apa saja asalkan menang, ini termasuk berbilion ringgit ditabur - namun bak kata Muhyiddin rakyat sudah kenal permainan UMNO dan PAS - itu Muhyiddin dulu , tapi sekarang bagi mendapatkan jawatan beliau BOLEH pula bercumbu - cumbuan dan tidur bersama dengan kedua - dua Parti tersebut.

18. SAMA ADA MUHYIDDIN BOLEH TIDUR LINA ATAU MENGIGAU DI CEKIK HANTU, SAMA - SAMALAH KITA TUNGGU DAN LIHAT PENYUDAH KEPADA LAKONAN YANG DIPERTONTONKAN ini.

Wassalam
Terima Kasih.

Friday 15 May 2020

APA YANG NAK DITAKUTKAN?

APA  YANG  NAK  DITAKUTKAN?

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat - 15/05/2020
( 1 -  25 )


1.  6 hari lepas  iaitu pada 9hb Mei 2020 genap 2 tahun  Pakatan Harapan  atau PH  mengingati HARI  KEMENANGAN  RAKYAT.

2.  Tarikh  itu 2 tahun  yang lepas, buat pertama kali  dalam sejarah negara rakyat telah  menggunakan kuasa mereka menukar Kerajaan UMNO / BN  sejak Merdeka 61 tahun dahulu.

3.  Kebencian rakyat terhadap Kerajaan UMNO / BN  yang diseliputi najis rasuah dan kezaliman tidak boleh dikawal lagi, justeru  rakyat  MENOLAK mereka.

4.  Polis di bawah Khalid Bakar yang diberi gelaran Mr. Twitter ketika itu bagaikan  ROBOT, bertindak keras termasuk  menangkap dan mendakwa sesiapa saja  yang lantang menentang pemimpin - pemimpin yang terang - terang MEROMPAK  harta negara/ rakyat.

5.  Ramai Pegawai Tinggi Kerajaan seperti Peguam Negara  sama ada dipecat atau ditukarkan ke Jabatan lain.

6.   Selain Tun Mahathir yang  DIHALANG meneruskan ucapan di Majlis  'Nothing To Hide' , polis juga pernah  merakam kenyataan Tun Siti Hasmah Mohd Ali yang  ketika itu sudah pun berusia 92 tahun kerana menghadiri Perhimpunan Wanita di Kuala Lumpur membantah kenaikan harga barang dan lain - lain lagi.

7.  Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO  dibuang begitu saja  seperti sampah oleh Najib dan Majlis Tertinggi UMNO  kerana MENDEDAHKAN cerita sebenar 1MDB; begitu juga nasib yang sama  yang menimpa Shafie Apdal yang pada masa itu Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

8.  Saya sendiri bersama rakan - rakan lain seperti  Tian Chua, Hishamuddin Rais, Adam Adli dan Peguam Haris Ibrahim dicampakan ke dalam lokap Balai Polis Jinjang kerana tak puas hati dengan keputusan Pilihanraya.

9. Peristiwa RAMPASAN KUASA yang dilakukan oleh Muhyiddin dan Azmin terhadap Tun  pada 23hb Februari 2020  mengingatkan kembali peristiwa yang berlaku di Italy  di zaman The Roman Empayar kira - kira  1000 tahun  dahulu di mana Brutus dan rakan - rakan  MENIKAM  Julius Caesar sampai mati.

10.  "Et Tu Brute ?"  atau   Kau Juga Brutus ?" -  apakah soalan sama Tun terhadap  Azmin  yang dianggap  sebagai  ANAK EMAS beliau sehingga SANGGUP BERSUBAHAT  MENIKAM  DARI  BELAKANG?

11.  Jika dikaji, rampasan kuasa  itu  tidak berlaku dalam sekelip mata,  sebenarnya TELAH  DIRANCANG  lebih awal lagi dengan cermat dan teliti yang melibatkan UMNO  dan PAS  - masakan Tun pernah menyatakan beliau berbangga mempunyai sokongan hampir keseluruhan Ahli - Ahli Parlimen.

12.  Bagi mengelak diri dari dituduh, Muhyiddin, Azmin dan seorang dua lagi dari tuduhan MENIKAM  TUN  DARI  BELAKANG mereka telah  menggunakan 'orang tertentu'  sebagai  'pendinding atau alibi' seolah - olah orang inilah yang bertanggungjawab 'menjatuhkan' seorang Perdana Menteri yang mempunyai pengelaman amat luas.

13.  Sejak tertularnya rakaman suara siri 1 dan 2  mesyuarat MPT  BERSATU  yang berlangsung pada 23 dan 24hb Februari 2020 barulah RAKYAT  SEDAR siapakah SEBENARNYA  yang BERBOHONG - Tun atau Muhyiddin?

14.  Sejak Mengangkat  Sumpah  Jawatan Perdana Menteri pada 1hb Mac 2020 sehingga sekarang sebahagian rakyat masih percaya cakap - cakap KONONNYA  Muhyiddin TIDAK  BERMINAT Jawatan Perdana Menteri.

15.  Ramai juga yang bertanya :

i.  Jika tidak berminat  mengapa SANGGUP membawa  BERSATU keluar dari Pakatan Harapan  atau PH dan bergabung dengan UMNO  dan PAS  yang telah ditolak rakyat dalam Pilihanraya dahulu?

ii.  Jika benar tidak berminat mengapa tidak bawa kembali BERSATU  ke PH dan serahkan  Jawatan Perdana Menteri tersebut pada yang berhak, Tun?

iii.  Bagi MENENTUKAN  kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri  TIDAK  TERGUGAT, seramai hampir 80 Ahli Parlimen dilantik sebagai Menteri dan Timbalan, ini selain dari melantik Ahli - Ahli Parlimen dan beberapa Ketua Bahagian UMNO  dan Parti - Parti yang menyokongnya sebagai Pengurusi GLC.

NOTA :  
a ) Amerika Syarikat  yang maju dengan jumlah penduduk lebih 300 juta orang HANYA  mempunyai 18 orang Menteri sahaja.

b )  China dan India yang maju dan masing - masing  mempunyai seramai lebih 1.2 Billion rakyat HANYA diwakili tak lebih 40 orang Menteri sahaja.

c )  Jiran kita Indonesia  hanya mempunyai tak lebih 30 Menteri yang memberi khidmat kepada hampir 300 juta rakyat  yang tinggal merata 7000 pulau negara tersebut.

16.  Pada mulanya Sidang Parlimen yang sepatutnya diadakan pada pertengahan bulan Mac  telah ditangguhkan ke 18hb Mei ini atas alasan memberi ruang kepada Menteri - Menteri baru terutama  Menteri yang kurang cerdik dari  Parti Lebai menyiapkan  diri.

17.  Atas desakan Ahli - Ahli 'Pembangkang' yang sebenarnya 'Kerajaan' , Speaker telah bersetuju  membenarkan usul melanjutkan hari PERDEBATAN  daripada hanya  1 hari ke 8 hari.

18.  Atas SEBAB - SEBAB  PENTING  UNTUK RAKYAT  dan PERLU  DIBAHASKAN  maka  Usul Undi Tak Percaya Ahli Parlimen Langkawi , Tun Dr. Mahathir terhadap Muhyiddin Yassin sebagai  Perdana Menteri juga diterima untuk dimasukkan dalam aturun peraturan Mesyuarat Parlimen.

19.  Difahamkan Menteri Undang - Undang yang juga bertanggungjawab kepada hal ehwal Parlimen TELAH  memaklumkan kepada wakil PH Agenda Mesyuarat Sidang Parlimen 18 Mei ini.

20.  Tiba - tiba tanpa ambil kira penerangan  Menteri Undang - Undang kepada wakil PH, ATAS  ARAHAN  PERDANA  MENTERI, Speaker TERPAKSA   menghadkan masa Sidang Parlimen ini HANYA  bagi mendengar Titah Yang DiPertuan  Agong sahaja TANPA sebarang perbahasan sehinggalah bulan Julai akan datang.

21.  Memandangkan  berkemungkinan alasan  wabak COVID 19  ini boleh menjangkiti  mana - mana Ahli Parlimen dan mungkin  terkena pada  YDP Agong sendiri, maka  YDP Agong boleh mengeluarkan Perintah atau Arahan agar Perasmian Sidang Parlimen pada Isnin 18hb Mei ini diadakan secara 'LIVE' - YDP Agong jika perlu mengenakan Pakaian Rasmi yang lengkap dan bertitah dari Istana Negara.

22.  Adalah AMAT ANEH   Agong dan 222 Ahli Parlimen TERMASUK  Speaker dan  pegawai - pegawai Parlimen yang bertugas TERPAKSA memakai 'face mask' semasa berucap dan hadir nanti.

23.  Difahamlan hampir semua Ahli Parlimen termasuk dari Sabah dan Serawak sudah berada di Kuala Lumpur lebih awal dari 18hb Mei ini.

24.  Bayangkan jumlah kos termasuk tiket kapalterbang, hotel, makan minum dan elaun hadir mesyuarat bagi 222 orang Ahli Parlimen yang mesti  hadir lebih awal  begitu besar  sedangkan rakyat TERPAKSA  menunggu ehsan bantuan Kerajaan.

25.  Persoalannya JIKA  MUHYIDDIN  YAKIN  PUNYAI  SOKONGAN  KUAT  DI PARLIMEN, MENGAPA  BERDOLAK DALIK  TAKUT  BERHADAPAN  DENGAN  UNDI  TAK  PERCAYA ?

Wassalam
Terima Kasih.

Sunday 3 May 2020

GENDANG PERANG SUDAH BERBUNYI - LEBIH BAIK BERUNDUR SEBELUM DIHUMBAN KELUAR

GENDANG PERANG SUDAH BERBUNYI - LEBIH BAIK BERUNDUR SEBELUM DIHUMBAN KELUAR

Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 05/05/2020
( 1 - 35 )


1. Bagi menghormati Bulan Ramadhan ini saya telah bertekad untuk tidak membuat sebarang komen seperti yang lazim dilakukan.

2. Namun dengan beberapa peristiwa dan kenyataan politik beberapa hari ini, tidak dapat tidak atau suka tak suka saya TERPANGGIL juga untuk memberi ulasan.

3. Walaupun ramai yang bersetuju namun tidak dapat dinafikan ada juga segelintir 'pengampu- pengampu' yang tak senang dengan pandangan dan kritikan saya sama ada secara terang - terangan mahu pun secara sinis.

4. Kita perlu menegur dan BERCAKAP BENAR jika mahu melihat negara kita terus maju, malah lebih maju dari negara lain yang sudah maju.

5. Perkara ini tidak mustahil; jika kita masih ingat kehebatan negara kita pada awal 1990 dibawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad ketika itu, negara kita disanjung tinggi sehingga digelar 'THE ASIAN TIGER' oleh dunia.

6. IMF dan George Soros yang pernah mengkritik Dr. Mahathir ketika Asian Financial Crisis AKHIRNYA memuji kehebatan dan kecekapan beliau menangani situasi tersebut dengan baik dan berkesan.

7. Begitu juga walau pun TIDAK disenangi oleh 9 orang Raja - Raja Melayu, namun Dr. Mahathir memilih menyelamatkan negara dan rakyat dari terus 'DIBULI' dan dalam masa yang sama BERJAYA MENYELAMATKAN Institusi Raja Berpelembagaan semasa Krisis Perlembagaan dahulu; malangnya masih ada di kalangan mereka yang marah dan menggangap Dr. Mahathir seorang 'PEMBELOT’.

8. Tun Dr. Mahathir BUKANLAH MAKSUM seperti Hadi, beliau juga tak lepas dari melakukan kesilapan.

9. Menjelang Pilihanraya Umum ke14 pada 9hb Mei 2018, walaupun sudah menjangkau usia 93 tahun ketika itu namun Parti - Parti Gabunagan PH ( PKR , AMANAH, DAP dan BERSATU ) pada masa itu TERPAKSA memujuk Tun bagi mengepalai mereka bagi menumbangkan UMNO/BN.

10. Kerana keengganan Kerajaan Najib membenarkan penggunan nama dan simbol Pakatan Harapan ketika itu, AKHIRNYA mereka semua bersetuju MEMINJAM nama dan simbol PKR.

11. Situasi sama ini hampir menjadi kenyataan apabila PAS dibawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz pernah membenarkan DAP ( yang kini dianggap oleh Hadi sebagai anti Melayu dan Islam ) bertanding atas nama dan simbol PAS.

12. Tun telah dipilih sebagai Pengerusi BERSATU dan Muhyiddin pula sebagai Presidennya.

13. Mengikut Perlembagaan BERSATU, Pengerusi mempunyai kuasa yang lebih dari Presiden; sebagai contoh Presiden MESTI TERLEBIH dahulu mendapat persetujuaan Pengerusi bagi segala apa yang hendak dilakukan, ini termasuk dalam perlantikan Setiausaha Agung Parti.

14. Langkah Sheraton telah mengubah corak amalan politik negara apabila Muhyiddin SANGGUP melupakan PERJANJIAN PERSEFAHAMAN antara 4 Parti Gabungan PH yang mana beliau sendiri menandatanganinya dan bekerjasama dengan UMNO , PAS dan disokong pula oleh GPS Sarawak dan 10 bekas Ahli Parlimen PKR pimpinan Azmin Ali bagi menubuhkan Kerajaan yang TIDAK DIPILIH rakyat.

15. Bagi mendapatkan jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin selaku Pengerusi BERSATU Johor SANGGUP dengan mudah menyerahkan Kerajaan Johor dari BERSATU kepada UMNO.

16. Di Johor, Wakil-Wakil Rakyat dari Bersatu sudah TIDAK LAGI DIHORMATI oleh UMNO.

17. Rakyat Johor mula terasa telah DIPERALAT dan DITIPU oleh Muhyiddin dek kerana gilakan jawatan Perdana Menteri.

18. Mereka masih TERBAYANG bagaimana BENCI dan JANJI Muhyiddin bahawa apa pun jadi TIDAK AKAN BERSAMA UMNO lagi; jika di Jepun terutama di zaman SAMURAI dahulu demi menjaga maruah.....mmm faham sajalah.

19. Jika Dewan Negeri Johor dibubarkan dan diadakan pilihanraya semula, BERSATU yang kini ada 11 kerusi Dewan Negeri akan HANYA dapat TAK LEBIH 4 kerusi sahaja.

20. Pada rakyat Johor khususnya mereka terlalu bosan dari terus dipermain-mainkan dan ditipu seolah-olah undi mereka pada BERSATU TIDAK DIHORMATI, apa faedah menyokong BERSATU jika Muhyiddin yang kini sudah dapat apa yang diidamkan beliau selama ini, maka beliau sendiri TIDAK PEDULIKAN perasaan pengundi di sana.

21. Walaupun TIDAK BOLEH BERTAHAN LAMA atas sebab tekanan politik dan barah tali perut sehingga ada yang menggelarkan beliau sebagai Perdana Menteri setengah hari (beliau perlu balik ke rumah setiap hari dan berehat selepas mengambil ubat-ubatan) namun yang penting bagi Muhyiddin ia terukir dalam sejarah negara bahawa beliau pernah menjadi Perdana Menteri walaupun TAK SAMPAI setahun.

22. INILAH SIKAP MEMENTINGKAN DIRI daripada menghormati suara dan kehendak rakyat yang telah menolak UMNO dan PAS.

23. Memang benar apa yang dikatakan oleh Mat Sabu, Presiden AMANAH:

'YANG MENANG
JADI
PEMBANGKANG
YANG KALAH
JADI
KERAJAAN.’

24. Dalam politik tidak ada kawan dan lawan yang kekal - dulu Muhyiddin dan Azmin adalah 'orang kepercayaan' Tun Mahathir tapi demi kepentingan diri masing-masing, kedua-dua mereka sanggup MENIKAM Tun dari belakang; lupakah kita peristiwa Muhyiddin ‘menikam’ Abdullah Badawi dan lupakah kita bagaimana Azmin ‘menikam’ Anwar serta Wan Azizah ekoran ‘Langkah Kajang’?

25. Kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional ( PN ) hari ini tak ubah seperti nyawa di hujung pedang.

26. Ekoran kenyataan Mat Hasan, Timbalan Presiden UMNO beberapa hari lepas, sudah ada laporan-laporan dibuat kepada ROS yang ingin kepastian apakah PN pernah didaftarkan seperti Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) dan bila pula Azmin Ali dan 9 orang Ahli Parlimen PKR mengisi Borang Keahlian BERSATU dan diluluskan pula oleh parti yang mana Tun bukan sahaja sebagai Pengerusi, bahkan telah diumumkan MENANG
tanpa bertanding bagi penggal akan datang sedangkan Muhyiddin sebagai Presiden pula menghadapi tentangan.

27. Bagi menentukan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya itu tidak tergugat, beliau SANGGUP MENJADI PAK TURUT - kini tak ubah seperti mesin duit atau ‘ATM machines’ - siapa saja orang politik yang berjawatan tak kira ssma ada di Pusat mahu pun Negeri membuat ugutan, maka bagi menutup mulut, mereka akan diberi jawatan dalam GLC.

28. Muhyiddin selaku Pengerusi BERSATU Johor kini TIDAK MAMPU berbuat apa - apa terhadap UMNO yang terang - terangan membuli BERSATU di peringkat negeri Johor walau pun BERSATU mempunyai 11 Kerusi Dewan Undangan Negeri dan majoriti Kerajaan PN HANYA 1 Kerusi sahaja.

29. Difahamkan Kerajaan negeri Perak juga sedang bergolak di mana hampir kesemua Ketua - Ketua Bahagian UMNO TIDAK senang dengan Menteri Besar mereka yang kebetulan pula penyokong kuat Muhyiddin; jika ini berlaku BERSATU yang HANYA punyai 4 Kerusi Dewan Undangan Perak, termasuk 3 yang melompat, pasti akan tumbang.

30. QUE SERA SERA - APA NAK JADI, JADILAH - yang maha penting bagi Muhyiddin ialah jawatan Perdana Menteri saja.

31. Apakah benar RM250 Billion bagi menangani masalah yang dihadapi Makcik Kiah seperti yang pernah diumumkan dan disambut dengan titisan air mata gembira benar - benar mencapai sasaran atau satu lagi gula - gula yang dicampakan keatas tanah untuk kutipan Makcik Kiah?

32. Rakyat tak sabar menunggu bagi melihat sejauh mana Kerajaan PN ini boleh bertahan.

33. Muhyiddin ada 2 pilihan :

i. Bagi mengekalkan jawatan Perdana Menteri, tangguhkan lagi Sidang Parlimen ATAU,

ii. Pilih jalan mana yang sesuai untuk keluar SEBELUM DIHUMBAN - pintu depan, belakang, tingkap atau bak kata Hadi, Duta Khas kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri, ‘melalui’ TEBUK ATAP'.

34. Bagi tujuan meraih simpati dan sokongan dan dalam masa yang sama MENYALAHKAN TUN kerana meletak jawatan, nasihat ikhlas saya Hentikan DRAMA atau MAINAN POLITIK konon nya beliau TAK BERMINAT nak jadi Perdana Menteri

35. ‘YA ALLAH MASUKKAN AKU DARI PINTU YANG BENAR DAN KELUARKAN AKU JUGA DARI PINTU YANG BENAR' - Amiin !


Wassalam
Terima Kasih.

R A S U A H

R   A   S   U    A   H REFORMASI REFORMATI Tamrin  Tun  Ghafar   Rabu - 14/02/24 ( 1 - 17 ) 1.   Kali  pertama  Dewan PWTC  tiba - tiba  sen...