Tuesday 21 September 2021

APAKAH MERDEKA ATAU RASUAH YANG DI PERJUANGKAN ?

APAKAH  MERDEKA  ATAU  RASUAH  YANG  DI PERJUANGKAN  ? 

Tamrin Tun Ghafar 

Rabu - 22/09/2021
( 1 - 28 )


1.    " Saya JANGKA  pada tahun 2020 , dan mungkin awal lagi orang Melayu akan tolak UMNO ; ini kerana masa itu pemimpin - pemimpin  UMNO  hanya berjuang untuk diri , bukan lagi untuk rakyat ; mereka berebut kuasa  dan  jawatan untuk kayakan diri dan keluarga "  -  itu lah  AMARAN  AWAL  Dr. Mahathir  agar pemimpin - pemimin UMNO  disemua peringkat  MENGHAPUSKAN amalan rasuah dikalangan mereka 

2.   Jangkaan  Dr. Mahathir yang disuarakan dihadapan  ahli - ahli  UMNO kira - kira  20 tahun SEBELUM  Pilihanraya Umum 2018  TELAH  MENJADI  KENYATAAN 

3.   Buat pertama kali sejak Pilihanraya Umum pertama diadakan iaitu pada 27hb Julai 1955  orang Melayu  MENOLAK   UMNO / BN ; ini kerana sifat dan sikap Pemimpin UMNO  yang SOMBONG , TAMAK   DAN  TIDAK PEDULI  PERASAAN  RAKYAT , mereka berlagu  seperti  'DUNIA  INI  ANA  YANG  PUNYA' , di tambah pula ketika itu  'CASH  IS  KING ' 

4.  SEJARAH  HITAM  tersebut berlaku pada hari Rabu 9hb Mei 2018 

5.  BUKAN  MUDAH  ibu bapa dan nenek moyang kita berjuang bagi membebaskan Tanahair dan Bangsa dari cengkaman Penjajah 'Orang Putih'  Inggeris , dan   BUKAN SENANG  Penjajah nak  MELEPASKAN  negara yang dijajah 

6.  Landskap  politik negara  berubah apabila munculnya Sir Harold MacMichael bagi mendapat persetujuan Raja - Raja Melayu rancangan Kerajaan Inggeris membentuk MALAYAN  UNION 

7.  Tanpa membuang masa dan tanpa berunding ,  Sultan Ibrahim Abu Bakar  adalah Sultan pertama yang menurunkan tandatangan BERSETUJU  dengan rancangan jahat itu 

8.  Raja - Raja Melayu yang lain dipujuk rayu oleh Sultan Johor itu ,  dan pada masa sama  MacMichael MENGUGUT jika mana - mana  Raja tidak bersetuju , kedudukan atau jawatan  mereka akan DIGANTI  oleh orang lain sebagai Raja atau Sultan 

9.   MUNGKIN  TAKUT  hilang kedudukan ,  mereka  akhirnya turut  BERSETUJU 

10.  Sementara itu rakyat khususnya orang Melayu MEMBERONTAK ,  MENOLAK penubuhan MALAYAN  UNION 

11.   Pada masa sama sekumpulan Tujuh Orang Muar , Johor  yang berpengaruh   melancarkan gerakan yang sama 

12.  Kumpulan itu diketuai oleh Datuk Abdul Rahman Yassin  ( TIDAK  ADA talian darah dengan Mahiaddin Yasin ) , seorang Hakim ; beliau ialah bapa kepada Tun Dr. Ismail dan datuk kepada Taufik Tun Ismail , mantan Ahli Parlimen Benut dan moyang kepada Tariq , anggota Parti  PEJUANG 

13.  Datuk Hassan Yunus  yang pada masa itu Mufti Besar Johor yang mewakili Gerakan tersebut  telah  BERJAYA menyakinkan Sultan MENARIK BALIK  sokongan yang beliau berikan kepada  Inggeris  dan Raja - Raja Melayu  yang lain IKUT sahaja 

14.  Walaupun dari Negeri yang sama tapi Datuk Abdul Rahman dan rakan - rakan ialah  WIRA RAKYAT  DAN  NEGARA  yang tak didendang  sedangkan Mahiaddin pula ialah PEROMPAK  dan  PERAMPAS  KUASA  yang di agung - agungkan oleh mereka yang disogoknya melalui 'SCHEME OF THINGS' 

15.  Orang Melayu TOLAK  Malayan Union atas 3 sebab : 

i.   Tidak sanggup bertuankan Penjajah  lagi 

ii.  Tidak sanggup melihat Raja - Raja Melayu  DI HINA dengan  MENURUNKAN  kedudukan mereka dari Raja ke taraf Mufti  dan mungkin bawah lagi iaitu Penghulu sahaja 

iii.  Kerajaan Inggeris akan melantilk orang nya  sebagai  Governor General bertindak sebagai  Ketua Negara  atau Agong 

16.  Pada awal 1956  , Datuk Seth Said ,  Pemangku Menteri Besar merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Johor telah diberi ARAHAN  oleh Sultan Ibrahim Johor agar dengan apa cara sekali pun Rundingan MERDEKA   yang diketuai oleh Tengku Abdul Rahman dengan Kerajaan Inggeris di Kota London ,  MESTI  DI TENTANG 

17.  Ketetapan  Inggris  ialah TIDAK  ada MERDEKA  jika terdapat salah seorang wakil Sultan  tidak bersetuju 

18.  Jika ketika itu Datuk Seth Said TIDAK  BELOT kepada Sultan Ibrahim maka sampai kehari ini mungkin kita masih di jajah dan diperintah Inggeris 

19.  Kedua - dua TINDAKAN Sultan Ibrahim Abu Bakar , moyang kepada Sultan Ibrahim sekarang  yang BERSETUJU  Malayan Union dilaksanakan  dan  TIDAK  mahu Merdeka ,  boleh dianggap sebagai PENGKHIANATAN   ATAU  PENDERHAKAAN  kepada rakyat dan Tanah  Melayu 

20.  Semasa Pindaan Perlembagaan dahulu , jika sekiranya Dr. Mahathir  TIDAK  MENENTANG  hasrat beberapa pihak , MUNGKIN keadaan hari ini berlainan 

21.  Tindakan orang Melayu MEMBERONTAK ,
dengan  bantuan Gerakan 7 orang WIRA  Muar ,  Keputusan Datuk Seth Said  MEMBELAKANG  arahan Sultan dan  PERANAN  Dr. Mahathir yang mahu mengekalkan Institusi Raja - Raja  Melayu  PERLU  di jadikan  bahan buku sejarah dan dibaca oleh setiap pelajar dan setiap insan yang cintakan negara ; begitu juga perananan Tok Janggut , Tok Bahaman , Mat Kilau dan ramai lagi WIRA  YANG  TIDAK  DI DENDANGKAN 

22.  64 tahun selepas Merdeka nampaknya Wakil - Wakil Rakyat yang rakyat pilih semasa Pilihanraya TIDAK  LAGI  peduli perasaan dan kepentingan rakyat 

23.   RASUAH ,  SALAHGUNA  KUASA  sudah menjadi darah daging umpama ; 

   ISI  DAN KUKU 

mereka TIDAK MALU dan TIDAK TAKUT undang - undang kerana dilindungi oleh pemimpin yang dahagakan sokongan 

24.  Tranparensi Antarabangsa  atau TI  meletakan Malaysia ditangga melebihi Indonesia dan beberapa negara Afrika dan Latin Amerika 

25.  Agensi - agensi seperti  SPRM dan polis tak ubah seperti : 

HARAPKAN PEGAR
PEGAR  
MAKAN PADI 

kes - kes yang melibatkan orang kenamaan atau yang punyai 'hubungan dengan si anu - si anu ditutup sahaja sedangkan yang mencuri se tin milo dan curi duit surau dan masjid dihukum penjara 

26.  Sedih rasanya apabila seorang geladangan iaitu mereka TERPAKSA  tidur dikaki - kali lima oleh kerana tak mampu bayar sewa bilik dihukum RM2,000 dan pencuri petai dihukum 2 bulan penjara  sedangkan PEMBERI  rasuah di denda RM1.5  juta dan  PENERIMA  rasuah  dibebaskan 

27.  TIDAK  nampak  Ismail Sabri  akan berusaha kearah PEMBERSIHAN  negara dari  penyakit  RASUAH  ini ;  yang rakyat nampak tak sampai seminggu pun masuk pejabat abang beliau dilantik sebagai Pengurusi NAFAS  Kebangsaan yang baru atas alasan "Abang Saya Pun Keluarga Malaysia" -  sudah saya katakan walaupun Mahiaddin tu bodoh tapi beliau CERDIK  sedikit dari Ismail Sabri 

28.  INI KAH  MERDEKA  YANG  KITA  BANGGAKAN ? 

Wassalam
Terima Kasih

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...