Sunday 24 October 2021

SULTAN JOHOR - SEJARAH DAN FAKTA

SULTAN JOHOR - 
SEJARAH  DAN  FAKTA


Tamrin Tun Ghafar 

Isnin.- 25/10/2021
( 1 - 17 )


1.  Sejarah , samada baik atau sebaliknya adalah fakta yang tidak boleh dipinda apatah lagi disembunyi atau dipadamkan  kerana apa yang telah berlaku dan dilakukan sekarang lambat laun pasti akan TERSERLAH akhirnya 

WE  CANNOT  CHANGE  THE CLOCK BACK 

THE TRUTH
WILL PREVAIL 

2.   Sebagai contoh , walaupun berlaku kira - kira 320 tahun dahulu , dan berbagai usaha dilakukan bagi 'menghalalkan' perbuatan zalim Sultan Mahmud namun ia tetap menjadi bualan sehingga kehari ini 

3.  Begitu juga peristiwa sedih bagaimana Sultan Mahmud , bapa Sultan Johor sekarang  bertindak  GANAS  DAN  SESUKA  HATI  membunuh beberapa orang awam 

4.  Pada 30hb November 1992 , Douglas Gomez , seorang jurulatih pasukan hokey telah dibelasah dengan teruk oleh Sultan Mahmud di Istana beliau di Johor Bahru 

5.  Ekoran peristiwa kezaliman itu , bagi MENYELAMATKAN  nyawa orang awam  dan PADA  MASA  SAMA  bagi menyelamatkan Institusi Raja ,   Kerajaan yang dipimpin oleh Dr. Mahathir ketika itu  TIDAK  ADA  PILIHAN  melainkan TERPAKSA meminda Perlembagaan - apakah tindakan Dr. Mahathir  itu salah ?  ; sepatutnya rakyat dan Raja - Raja BERTERIMA  KASIH  kepada Tun 

6.   Pada 10hb Disember 1992 ayah saya , Encik Abdul Ghafar Baba  - Tun  ( Al-fatihah )  mengemukakan usul  didalam Parlimen bagi membolehkan mana - mana Raja atau  Sultan yang  MELANGGAR  Perlembagaan dan Undang - Undang BOLEH  di heret ke Mahkamah Khas ,  dan jika didapati  bersalah  HUKUMAN nya sama seperti orang awam jua , didenda , dipenjara atau pun digantung sampai mati JIKA  membunuh ; rakyat mungkin  bertindak liar  terhadap Raja - Raja  dan keluarga TANPA  PEDULI  undang - undang  jika Perlembagaan  tidak dipinda 

7.  Perangai buruk itu diikuti oleh TMJ yang ketika itu bergelar  Raja Muda Johor , apabila MEMBELASAH  dengan teruk Tengku Nadzimuddin Tengku Mudzaffar , cucu kepada Tuanku Jaafar , Negeri Sembilan ( Alfatehah ) 

8.  Walaupun 10 lapuran polis dan juga kepada Peguam Negara dibuat  tapi MALANGNYA  Polis dan Peguam Negara ketika itu menggambil  sikap 'berat sebelah' 

9.  Kini umum tertanya - tanya apakah Sultan Johor  tidak membuat kajian dan baca sejarah atau buat 'home work' SEBELUM  membuat komen berhubung PULAU BATU  PUTEH yang lebih dikenali oleh masyarakat antarabangsa dengan nama Portugese , PEDRA  BRANCA 

10.  Adalah lebih baik Sultan  berdiam diri atau 'Silence Is Golden' dari bak kata pepatah : 

  JANGAN  SUKA
  MENUDING JARI 

tambah pula ada niat mencari kesalahan orang lain  SEDANGKAN  lupa kesalahan dan kelemahan sendiri walaupun dilakukan oleh keturunan kita dahulu 

11.   Jika  cerita Pulau Batu Puteh  boleh di buka semula seperti 'mengeluarkan mayat dari kubur' , maka elok juga peristiwa - peristiwa lama pun di bincang semula 

12.  Ada 3 KESALAHAN  BESAR  yang dilakukan oleh Sultan Ibrahim Abu Bakar , moyang kepada Sultan Ibrahim , Johor sekarang : 

A. i. Mempengaruh Raja - Raja Melayu yang lain bersetuju dengan rancangan penjajah British mengujudkan Pemerintahan  British  melalui Malayan Union - dengan cara ini British AKAN TERUS  BERKUASA memerintah Tanah Melayu 

ii. Jika berjaya diteruskan  Tanah Melayu mungkin terus dijajah , dan  seorang Governor General British akan dilantik , maka tidak ada lagi Agong ; Raja - Raja Melayu pula hanya menjaga hal ehwal Agama Islam seperti Mufti dan melapur terus kepada Governor General British 

B.  Pada 21hb September 1953 , mengarahkan  Datuk Mohd Seth Saaid , Setiausaha Kerajaan Negeri Johor MEMAKLUMKAN kepada Setiausaha Jajahan atau The Colonial Secretary ,  Singapura bahawa Kerajaan Johor TIDAK menuntut  HAK  atau pun THE JOHOR GOVERNMENT DOES  NOT CLAIM  THE OWNERSHIP of Pedra Branca 

C.  Mengarahkan Pemangku Menteri Besar merangkap Setiausaha Kerajaan Johor  MENGGAGALKAN  Rundingan Kemerdekaan yang di ketuai Tengku di Kota London 

13. Raja - Raja Melayu yang ada  SEKARANG   PERLU  TAHU DAN BERTERIMA KASIH kepada rakyat kerana tanpa bantahan orang Melayu dan tanpa peranan yang di lakukan oleh  7 orang  WIRA MUAR  ketika itu  mungkin hari ini  tidak ada Raja - Raja lagi , justeru  rakyat PERLU  dihormati selalu  tambah pula TIADA  RAKYAT  TIADA  RAJA 

14.    Rakyat tidak membantah  penubuhan Jawatanhuasa Menyiasat Isu Pulau Batu Puteh  NAMUN  rata - rata  lebih senang jika dibentuk terus Royal Commission of Inquiry  ( RCI ) kerana ini AKAN  LEBIH  TULUS  DAN  TERBUKA dimana  tertuduh , Tun Dr. Mahathir  diberi peluang  menjawab SEMUA pertuduhan berkaitan isu tersebut 

15.  Oleh kerana isu Pulau Batu Putih  ditimbulkan semula seperti  'mayat di gali semula'  dari kubur maka rakyat  sedang menuntun sejauh mana Ismail Sabri Yaakob BERANI  BERTINDAK menubuhkan satu lagi Jawatankuasa Menyiasat atau RCI , atau beliau HANYA  seperti kerbau di cucuk hidung 

16.  Jika Kerajaan boleh menyiasat isu  Pulau Batu Puteh yang telah berlalu atas alasan 'MARUAH  NEGARA'  maka Kabinet juga harus bertindak adil menyiasat  SECARA  MENYELURUH perkara -  perkara berikut yang sering  dibangkit dan  menjadi perbualan  rakyat  kebelakagan  ini ; mereka mahu jawapan sebenar , BUKAN  'menyapu sampah dibawah permaidani'  atau 'do not sweep under the carpet' : 

i.  Bagaimana Singapura yang disatu ketika dahulu  HAK  Johor  , tapi  kini sudah  menjadi negara asing - siapa yang BERTANGGUNG  JAWAB ? 

ii.  Siapa yang mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor MELEPASKAN  Pulau Batu Puteh ke penjajah British 

iii.  Apakah benar Sultan Ibrahim PERNAH  MENGARAHKAN   Datuk Md Seth  MENGGAGALKAN   Rundingan Merdeka 

iv.  Siapa yang MENJUAL  ribuan ton pasir ke Singapura sehingga  sempadan negara tersebut menghampiri  Johor 

v.  Sanggupkah Pulau Kukup  DIPULANGKAN  semula kepada Kerajaan Johor setelah ianya dijadikan  'Tanah Sultan' atau 'Sultanate Land' 

vi.  Mengapa Sultan bersungguh - sungguh  mahukan  'Permenant Resident Status ' atau 'Malaysia As A Second Home' diberi kepada semua pembeli hartanah di Forest City 

vii.  Siasatan juga perlu dilakukan keatas projek melombong emas dan lain - lain logam di Tenggaroh - sebuah usahasama diantara Sultan Johor dengan sebuah syarikat awam Singapura atau  Public Listed Company , Southern Alliance Mining Limited dimana Sultan diberi saham percuma 15% dan TELAH  menerima 3juta sebagai pembayaran awal 

viii.  Siasatan juga PERLU dilakukan keatas syarikat Aras Kuasa  Sdn Bhd 

ix.  Rakyat juga BERHAK  TAHU  samada cukai beratus buah kereta kepunyaan  Sultan dan TMJ  telah  dibayar seperti rakyat biasa 

x.  Oleh kerana rakyat inginkan kepastian maka elok juga Jawatankuasa yang saya cadangkan ini siasat samada Sultan Johor sekarang benar - benar berketurunan Raja /Sultan Ali atau keturunan Temenggong Abdul Rahman yang bukan keturunan Raja tapi telah berpakat dengan penjajah British 

17.   JANGAN  
        CUBA 
        JOLOK
        SARANG
        TEBUAN 

            dan 

        JANGAN 
        HANYA
        NAMPAK
        KUMAN
        DI SEBERANG
        LAUTAN
        SEDANGKAN
        GAJAH
        DI DEPAN
        MATA
        BUAT - BUAT
        TAK NAMPAK 

              dan 

        JANGAN
        BALING 
        BATU
        DI RUMAH
        KACA 

Terserah kepada Ismail Sabri dan  Kabinet nya samada  BERANI  menubuhkan Jawatankuasa Khas  tersebut ; rakyat khasnya pengundi - pengundi di Melaka  PASTI  akan membuat penilian mereka 

Wassalam
Terima Kasih

Sunday 10 October 2021

ISLAM HALALKANRASUAH ?HADI MERAPU LAGI

ISLAM  HALALKAN
RASUAH  ?
HADI  MERAPU  LAGI 

Tamrin Tun Ghafar 

Ahad - 10/10/2021
( 1 - 24 )


1.   Jika apa yang diperkatakan Hadi itu benar ,  "Islam Membenarkan Rasuah" ,  maka benarlah  kata  bekas Perdana Menteri yang GAGAL bahawa  PAS  bukan lagi  Parti Islam SeMalaysia tapi PAS  sudah  jadi Parti Ajaran Sesat 

2.  'BERTAUBAT   LAH   SEBELUM  TERLAMBAT'  

3.  Oleh kerana  gambaran yang diberikan seolah - olah  Hadi lah Pemimpin Agung Islam namun kini sejak memimpin PAS ,  Islam  dinegara ini tercemar , dimomok dan di ejek oleh bukan Islam - lagi pun mereka pun  tahu ketika memperkenal dan mengembangkan Islam dahulu , Rasullulah  TIDAK  PUN menggunakan  Parti Islam bagi tujuan tersebut 

4.   Mereka faham dan hormat  Islam yang dibawa  oleh  Nabi Besar kita  namun  pada mereka  Islam  yang dipimpin Hadi tak ubah seperti seekor  SESUMPAH  yang  bertukar warna  mengikut kesusaian dan keperluan semasa 

5.   Mengikut Hashim Jasin , Mursyidul Am PAS , Hadi KERAP berjumpa  Rasulullah dalam mimpi  BAGI  MENDAPAT  ARAHAN  menjelang Piliharaya Umum yang lepas tetapi selepas Pilihanraya tersebut isu ini TIDAK lagi timbul 

6.  Memang benar apa yang dikatakan 

     IKAN  ITU
     BUSUK
     BERMULA DARI
     KEPALA NYA 

namun dalam hal ini kita tidak perlu salahkan pengikut - pengikut yang maseh percaya dengan beliau 

7.  Ahli - ahli PAS  telah di TARBIAHKAN  dari awal lagi  agar  'WALAK'  atau  akur dan taat kepada Ulil Amri  atau  pemimpin mereka  TANPA  dibenarkan  menyoal ; dalam  bahasa mudah yang senang difahami mereka ini : 

   LURUS  BENDUL 

Saya kesian melihat mereka tak ubah seperti : 

       LEMBU 
       CUCUK
       HIDUNG 

kadang - kadang saya lihat mereka  seperti  : 

     KATAK  BAWAH
       TEMPURUNG 

mereka  TERKONGKONG ,  ibarat  orang  Semenda : 

       DI PANGGIL
       DIA  DATANG
       DI SURUH
       DIA  PERGI 

8.   Mereka TIDAK  DI PERJELASKAN  apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'Taat Kepada Ulil Amri' atau  Pemimpin ; yang mereka diajar ,  sesiapa yang  tidak patuh  pada pemimpin dan Parti   pasti  TIDAK  AKAN  DAPAT  CIUM  PINTU SYURGA 

9.   'Ulil Amri atau Pemimpin' yang dimaksudkan ialah mereka yang  BERSIH  DAN  PATUH  kepada  SEMUA  perintah ALLAH  SWT , bukan bersembunyi di sebalik rekaan 'Fatwa atau Dalil'  'POLITIK MATANG' , bagi menangguhkan pelaksanaan  dan sebagainya 

10.  Hadi dan pemimpin - pemimpin  PAS  lain JANGAN   BERDOLAK DALIH  konongnya belum punyai kuasa penuh untuk melaksanakan apa yang diperjuangkan  sejak penubuhan nya dalam tahun 1951 

11.  SEBENARNYA HADI  MASEH  MENGIDAM JAWATAN  PERDANA  MENTERI 

12.  Cara nya  MUDAH ; bekerjasama dengan musuh utamanya , UMNO  melalui  Muafakat Nasional ( MN )  dan  dengan BERSATU   melalui Pakatan Nasional ( PN ) dengan harapan kedua - dua Parti Melayu itu AKAN  MENYOKONG   semua calon - calon PAS  ; sebaliknya PAS  akan 'chaketing' atau 'sabotaj'  calon - calon  UMNO  dan BERSATU , jestru  PAS  AKAN  DAPAT  Kerusi Parlimen terbanyak , maka Hadi akan ditabalkan sebagai Perdana Menteri 

13.  Kalau dahulu Idris Ahmad , Naib Presiden PAS  pernah memberi  jaminan PAS  hanya perlu 5 hari sahaja  BUKAN 5 tahun  untuk membuat  perubahan , kini  setelah di lantik sebagai  Menteri bertanggong jawab  Hal Ehwal  Agama Islam , dan dibantu  oleh Timbalan  Menteri dari parti yang sama ,  ALLAH  SWT  sedang MELIHAT  samada apa yang diperjuankan akan dilaksanakan 

14.  Selain dari jawatan - jawatan Pengurusi GLC  untuk 12 orang Ahli Parlimen mereka , Hadi pula dilantik sebagai Duta Khas ke Timur Tengah BERTARAF  Menteri yang  TIDAK  DI  TERIMA  oleh sebahagian besar negara - negara Islam di sana 

15.  Kalau dulu mereka  MENYALAK  kerana Kerajaan TIDAK melulus dan  melaksanakan Hukum Hudud atau RUU 355  , TIDAK  menutup kilang arak dan TIDAK  mengharamkan kedai - kedai judi TERMASUK  menutup Kasino Genting , kalau dulu mereka menuntut semua permaguri  tutup aurat dan kalau dulu mereka 'champion' kes Adib tapi kini mereka SENYAP seribu bahasa , tak ubah seperti : 

     TIKUS  JATUH
     KE  BERAS 

16.  Mereka BISU  apabila  Kerajaan umum  kes  Adib di tutup , begitu juga cabutan judi di naikkan semula dari 8 kali setahun ke 22 kali setahun ; sedangkan  Kerajaan PH bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir melalui Menteri Kewangan dari Parti 'Komunis' DAP Lim Guan Eng yang MENGURANGKAN jumlah cabutan judi tersebut - didalm isu ini siapa yang lebih Islam , Komunis DAP  atau Islam PAS ? 

17.  Jika seorang Menteri MCA pun boleh bertindak tegas bagi masyarakat Cina inikan pula 18 Ahli Parlimen PAS - apakah mereka ini sememangnya  BODOH  atau BUTA   dan  TAK TAHU menggunakan KUASA  yang di beri  ALLAH  SWT 

SURAH AL - SAFFAT
Mukasurat  447
Ayat   28 

Seseungguhnya pengikut - pengikut mereka berkata kepada pemimpin mereka "Kamulah yang datang kepada kami dengan membawa tipu muslihat yang memikat hati" 

18.  SURAH IBRAHIM 

Mukasurat 258
Ayat 21 

"Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut - pengikutmu , maka dapatkah kamu menghindarkan kami daripada azab ALLAH   ( walaupun ) sedikit sahaja ? "
"Mereka menjawab " Sekiranya  ALLAH memberi petunjuk kepada kami , nescaya kami memberi petunjuk kepadamu .  Sama sahaja bagi kita .  Kita tidak mempunyi tempat untuk melarikan diri" 

19.  SURAH  AL - ANAM 

Mukasurat 136
Ayat 70 

Tinggalkanlah orang - orang yang memjadikan agamnya sebagai permainan dan gurua senda , dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia .  Peringatkanlah  mereka dengan  al- Quran agar setiap orang tidak terjurumus kedalam neraka kerana perbuatan nya sendiri 

20.   Mulai sekarang  rakyat  TIDAK PERLU  LAGI  KRITIK   kalau pemimpin atau pegawai kerajaan melakukan rasuah kerana  mengikut Hadi dan PAS , Islam menghalalkan perbuatan terkutuk itu 

21.  HADI  BUKAN  TOK GURU NIK AZIZ  ATAU  FADZIL  NOOR -  SEBAHAGIAN   PEMIMPIN  PAS  KINI  HANYA  PENTINGKAN JAWATAN  DAN  KEBENDAAN  DUNIA 

22.   Dengan sikap  Hadi ,  Menteri ,  Timbalan Menteri  dan  Ahli - Ahli Parlimen  PAS  yang lain  maka TIDAK  MUSTAHIL  mereka juga akan menerima tawaran untuk jawatan  sama  jika pun  tawaran tersebut datangnya dari Anwar Ibrahim , Mat Sabu  mahupun dari Lim Guan Eng ;   Hadi  AKAN  keluarkan  Fatwa atau  Dalil  baru bagi MENGHALALKAN  tindakan  tersebut 

23.  Yang  MENJADI  PERSOALAN  PENTING   mengapa Agong sebagai Ketua Agama Islam , Raja - Raja Melayu sebagai Ketua Agama Negeri , Majlis Fatwa dan Mufti - Mufti BERDIAM  DIRI ,  TIDAK  ada sepatah tegurun dan sebarang tindakan oleh pehak berkuasa pun  di ambil terhadap mereka yang menyalahguna dan memutarbelit  Al Quraan dan Hadith sehingga membuatkan rakyat khasnya umat Islam 'CONFUSED' 

24.  Apakah Agong dan Raja - Raja sudah lupa atau tutup telinga dan mulut  SUMPAH yang dilafaskan  mereka  dulu ? 

Wassalam
Terima Kasih

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...