Tuesday 28 March 2023

MENGAPA HANYA SEORANG SAJA DI SEBUT

MENGAPA   HANYA  SEORANG  SAJA  DI SEBUT 

Tamrin  Tun  Ghafar

Isnin  -  27/03/2023
( 1 -  24 )


1.   Yang  berpelajaran  cetek ,  tambah pula  yang  tak  berpelajaran langsung  dan ada pula  'profesor  kangkong'  dan  Pengenelisa Politik  dan  Ekonomi  Bebas  menggunakan  bahasa  kesat  mengatakan  orang  tua yang  menghampiri 98  tahun ini  telah gagal  mentadbir  negara  selama  beliau  memerintah  22  tahun  dan 22  bulan  dan  tidak lagi 'relevan'

2.   Tuduhan yang  popular  dilemparkan  terhadap  beliau  ialah  beliau  merupakan  salah  seorang  pemimpin dunia  yang  terkaya , dan  dalam  masa  sama  mengkayakan  anak - anak nya

3.  Kini  tuduhan  terbaru  ialah  beliau  mahu  menjadi  Perdana  Menteri  kali ke 3  dengan  menggunakan  PROKLAMASI   ORANG  MELAYU   sebagai  senjata

4.   Persoalan  nya , mengapa  Tun Mahathir  yang   tua dan tidak releven lagi  di sebut - sebut  namanya  dan  dimaki hamun dituduh  sebagai  seorang  yang  gagal  dan dipersalahkan  ? 

5.   Apakah  Abdullah  Ahmad  Badawi  atau  Pak Lah  berjaya  membangunkan  ekonomi  orang  Melayu  sedangkan  ramai  maseh  ingat  bagaimana menantu nya , Khairy Jamalauddin  atau  KJ  BERMAHARAJALELA ditingat  4  dahulu ? 

6.     Apakah  Najib  Tun Razak  dan  isterinya , Rosmah  yang  sebok  mengatur  strateji mencuri  wang  rakyat  yang  kini menyebabkan  hutang  negara  begitu tinggi itu berjaya  ?

7.   Selama  17  bulan  memerintah  dan  pada masa sama  negara  dan dunia  dilanda  COVID  mungkin  menyebabkan  Mahiaddin  Yasin   tidak  bersekesempatan melaksanakan  impian nya  untuk  orang Melayu

8.   Apa  yang  boleh  dilakukan  oleh  seorang  Perdana  Menteri  jika  tak sampai pun 14 bulan  memerintah    DIJATUHKAN   oleh  parti nya sendiri ,  UMNO  ;  itulah  nasib  Ismail Sabri  Yaakob  atau  Mael  Bera

9.  Tanpa  SOKONGAN   UMNO khususnya  dan GPS  Sarawak ,  Anwar  Ibrahim  dari  parti  Pakatan  Harapan  atau  PH , sebuah  gabungan  PKR ,  AMANAH  dan DAP  TIDAK  akan  berjaya  diangkat  sebagai  Perdana  Menteri  ke 10  WALAUPUN  Perhimpunan Agung  UMNO  MELULUSKAN  resolusi  'Menolak  kerjasama dengan  PH ,  Anwar  dan  DAP

10.   Jika mahu  berjaya , Anwar MISTI
  
   'WALK  THE  TALK' 

atau  dalam  bahasa  mudahnya   

    'MELAKSANAKAN
     SEGALA   JANJI
     BELIAU'

bukan  sebok mencari  kesalahan  orang  lain

11.   Kerajaan  Perpaduan  ini  bagus  untuk  Negara  yang  berbilang kaum  namun  jangan lah  sampai

   'KERA  DI HUTAN
    DI SUSUKAN  
    SEDANGKAN
    ANAK  
    DI PANGKUAN
    MATI
    KELAPARAN'

12.  Sebenarnya  Tun Mahathir  hanya punyai  satu  cita - cita sebelum  meninggalkan kita buat  selama - lamanya  , terutama  bangsanya  sendiri , ORANG   MELAYU 

13.   Biarlah  apa orang kata namun  hasrat  beliau melihat  orang  Melayu  bersatu  dan  maju  diTanah Air nya  sendiri  perlu  di beri sokongan  bukan  dicaci

14.  JIKA   BUKAN  TUN  YANG  MENCETUS  DAN  MENGGERAKKAN  PEMIKIRAN  SEHINGGA  LAHIRNYA
PROKLAMASI   ORANG  MELAYU ,  SIAPA  LAGI ?

15.  Seperti  Dasar Ekonomi Baru  atau DEB   yang  diperkenalkan  oleh  Tun Razak  dahulu ,  walaupun  ianya  bagi tujuan  membangunkan  orang Melayu  tapi  dalam masa sama  tidak pula merampas  dan  menyekat  hak  bangsa  asing

16.  Jestru  Kerajaan  hari ini  tidak  harus  menyekat  pelancaran  PROKLAMASI  ORANG  MELAYU  dengan berbagai  tuduhan  dan alasan yang  tidak  masuk akal   seperti  yang  berlaku  pada Ahad  19hb Mac 2023  dimana  Tun  TERPAKSA   mengadakan  Sidang  Media Khas atau  Special  Press  Conference  di Ibu Pejabat Parti  PUTRA   setelah  gagal  mendapatkan 4 tempat

17.   Polis  sendiri  akhirnya  mengaku  tidak  ada  sebarang  rusuhan dan tidak  ada  sebarang  senjata  pun  digunakan ,  malah  pelancaran  tersebut  hanya  menggundang   40  orang  saja  yang  bakal  disaksikan  kira - kira  300  orang jemputan

18.   Kerajaan  hari ini , oleh  kerana  gagal  melaksanakan  janji - janji  mereka sewaktu  Pilihanraya Umum  yang  lepas    serta  yang termaktub  dalam  manifasto mereka , maka kini  mereka mula  

TAKUT   PADA  
BAYANG - BAYANG
SENDIRI

19.  Laksanakan  lah  segala  janji ,  rakyat  khususnya  pengundi Melayu  tidak lah  sebodoh  yang  dianggapkan

20.  HENTIKAN   RETORIK SEBELUM  RAKYAT  HILANG  KEPERCAYAAN

21.   Jika  Tun Dr. Mahathir  pada  usianya menghampiri  98  tahun  DAN  tidak  relevan  lagi  ,  mengapa  disebut - sebut  namanya  

22.   APA  YANG  HENDAK  DI TAKUTKAN KEPADA  TUN  YANG  DAH  TUA  DAN  TAK  RELEVAN  LAGI ,  DAN  TAKUT  PADA  PROKLAMASI  ORANG  MELAYU  ?

23.  Ayuh , bangkit lah  ORANG  MELAYU      menyokong  PROKLAMASI  ORANG  MELAYU  ini  sebelum  kita  hanyut  di Tanah Air  sendiri  dengan  menurunkan  tanda tangan

24.   KETEPIKAN  FAHAMAN  POLITIK ,  EGO  DAN  SIFAT  SOMBONG  ,  BENCI  DAN  SOMBONG  BAGI  KEPENTINGAN  BANGSA


Wassalam
Terima Kasih

Sunday 5 March 2023

JIKA TUHAN PUN SANGGUP DI TIPU

JIKA  TUHAN  PUN  SANGGUP  DI TIPU

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat - 03/03/23
( 1 -  24 )


1.   "Bukanke  you  guru  dan  sifu  saya"

itu  kata - kata  manis  Zahid Hamidi , Presiden  UMNO  sewaktu  perbualan  telefon  SELEPAS  Persidangan  Agung  UMNO  atau  PAU  dan  SEBELUM  Anwar  dilantik  sebagai  Perdana  Menteri  ke10  atau  PMX

2.  Perbualan  tersebut  membuktikan  Zahid  lansung  tidak  peduli  keputusan  PAU  yang  tolak  Anwar , PH  dan  DAP

3.  Walaupun pada mulanya  dinafikan  tapi  akhirnya  mereka  TERPAKSA  mengaku  perbualan  tersebut

4.    "WALLAHI
         WABILLAHI
         WATATLLAHI" 

tanpa  mengambil  kira  apa yang  berlaku  terhadap  Najib  yang  rajin  bersumpah  dengan  nama  ALLAH ,  Zahid  juga  menggambil  jalan  sama bagi  tujuan  menyakinkan  beberapa   Ahli  Parlimen UMNO  bahawa  beliau  TIDAK  akan  menyokong  Anwar  sebagai  PMX  dan  tidak  akan  bekerjasama  dengan  DAP

5.  Oleh kerana  telah   TIDAK  MENGHORMATI   keputusan   PAU  dan   lebih serius    SANGGUP  BERBOHONG   dengan  menggunakan  nama  ALLAH  SWT , jika  UMNO  maseh  mahu kekal  'relevan'  dan  disokong  rakyat  khasnya  orang  Melayu  maka  UMNO  misti  berani  menggambil  tindakan  luarbiasa  dengan  MENDISIPLIN   malah   MEMECAT  beliau sebagai  Presiden PARTI

7.  Bagi  mendapatkan  sokongan  Wakil - Wakil  Rakyat  UMNO  Zahid  menggambil  kesempatan  dengan  alasan  sebagai  Presiden  Parti   Anwar  tidak ada pilihan  melainkan melantik  beliau  sebagai  salah  seorang  Timbalan  Perdana  Menteri

8.   Jika  Fadillah  Yusof  dari  Sarawak  yang  BUKAN  Presiden Parti BOLEH  dilantik juga  sebagai  Timbalan PMX  maka  sudah terbukti Zahid  lebih  pentingkan  diri  dari  memberi  keutamaan  kepada   Anwar

9.  Menjelang   
PRU 15   yang baru berlangsung   saya telah  memberitahu  seorang  pemimpin  UMNO  yang  kini  berjawatan  Menteri bahawa  UMNO  akan  hanya  perolehi  30 Kerusi  Parlimen  jika  ia diterajui  Zahid  dan  Najib 

10.  Ahli - Ahli  UMNO  perlu  sedar , Najib  TERPAKSA  melepaskan  jawatan Presiden UMNO  dan Pengurusi  BN  kerana  hanya  berjaya  memperolehi  73  Kerusi  Parlimen  sedangkan  UMNO  dibawah  pimpinan Zahid  hanya  perolehi  26  Kerusi  sahaja

11.  Wan Saiful  melepaskan  jawatan  Ketua  Penerangan  BERSATU  setelah  dituduh rasuah  atas prinsip TIDAK mahu melibatkan  Parti  sedangan kan  Zahid  pula  yang  dalam perbicaraan maseh  bergayut  dengan  harapan  sebagai  Presiden  UMNO   dan  sebagai TPM   beliau  akan  dibantu  oleh  PMX  dan SPRM  MELEPASKAN  diri  dari dipenjara

12.  Pengakuan  Zahid  semasa  ditemurah  TV  Indonesia  bahawa  ibu bapa  beliau  dari Ponorogo , dan beliau  'BALIK  KAMPUNG'   di Indonesia membuat  ramai  tertanya - tanya  apakah  UMNO  sudah  ketandusan  pemimpin  yang  berwibawa seperti  Tengku  Razaleigh  Hamzah  atau  majoriti  Perwakilan  ketika  itu  seperti  ular sawa yang  kenyang  akibat terlebih  makan 'dedak'

13.  Usaha  Anwar  memerangi  rasuah ,  penyelewangan  kuasa  dan ketirisan   bukan  sahaja  perlu  diberi  pujian  malah  perlu  disokong  namun usaha  murni  tersebut mungkin  tidak  dapat  dilaksanakan  sepenuhnuya  kerana    orang  dibawah  dagunya  sedang  dibicarkan dengan  47  pertuduhan di Mahkamah

14.  Bolehke  seorang  Timbalan Perdana  Menteri  meggunakan  'outrider'  ,  kereta  peronda  polis  dan  pegawal pengawal  ke Mahkamah  dan  berhadapan dengan Hakim didalam kandang

15.  Di dunia  ini  hanya  di  Malaysia  saja  terdapat  Timbalan  Perdana  Menteri  memohon  Mahkamah  memulangkan Pasport  Antarabangsa nya bagi tujuan  tertentu  TAPI  permintaan  tersebut  ditolak

16.  Jika  Mahkamah  membenarkan permohonan tersebut ,  Mahkamah  juga  harus  bersikap  adil  kepada  mereka  yang  berada didalam  situasi  sama

17.  Cuba  bayangkan   jika  Anwar  ditimpa  kemalangan  serius  atau meninggal dunia maka  sudah tentu  Malaysia  akan  dipimpin seorang  penjenayah  dan kaki pukul

18.   Ingatkah peristiwa dimana Zahid  terlibat  bukan  sahaja mencedera malah  hampir  menanam hidup - hidup  Amir Bazli  Abdullah dari  Kelantan ,  kekasih  anak beliau Nurul Hidayah  yang  kebetulan  seorang  janda  ketika  itu

19.  Pepatah Cina  ada  menyebut :

NANG  BO  TI  NANG
KUI  BO  TI  KUI

yang  membawa  maksud  

MANUSIA  BUKAN
HANTU  PUN  BUKAN

ini lah  gambaran  sebenar  Zahid  Hamidi ,  Presiden  UMNO  

20.   UMNO  misti BERANI  BERTINDAK   dari  sekarang  lagi  dengan  membuat  pembersihan dari  atas  hingga  ke peringkat  cawangan  jika  ianya  mahu  di percayai  :

IKAN  ITU  BUSUK
BERMULA  DARI  KEPALANYA

22.  UMNO  juga  harus  kikis  sikap 'SINDROM  PENAFIAN'  atau  'DENIAL  SYNDROME' dan  misti  terima  pandangan  yang  berbeza

23.  MAJORITI  PERWAKILAN  HARUS  DIPERSALAHKAN   KERANA  MEMILIH  ORANG  SEBEGINI  SEBAGAI  PEMIMPIN  ;  BAGI  MENGISI  PERUT MEREKA  SANGGUP  MENJUAL  MARUH DIRI    

24.  Jika  Tuhan  pun  sanggup  ditipu  , ini kan pula  Ahli - Ahli  UMNO


Wassalam 
Terima  Kasih

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...