Saturday 31 July 2021

HANYA TUNGGU DI KEBUMIKAN

HANYA  TUNGGU  DI KEBUMIKAN 

Tamrin Tun Ghafar 

Jumaat - 30/07/2021
( 1 -  23 )


1.   Umpama orang yang lemas , akan capai apa saja asalkan  selamat , namun  apabila sudah sampai masa tiada  siapa atau ubat yang boleh menyelamatkannya melainkan  ALLAH  SWT. 

2.  Dimandi sudah , dikafankan pun sudah hanya menunggu mayat diusung ke tanah perkuburan untuk di kebumikan. 

3.   Itulah keadaannya yang berlaku apabila  PENIPUAN  DAN  PENDERHAKAAN  dilakukan terhadap Agong  dan Parlimen pada hari Isnin 26hb Julai 2021. 

4.  Kali pertama  PENIPUAN  ini dilakukan Mahiaddin ialah apabila memaklumkan kepada  Agong  beliau punyai sokongan majoriti  Ahli - Ahli Wakil Rakyat  sedangkan SEHINGGA  KINI  beliau masih MENGELAK  dari undi tak percaya dalam Parlimen : jika cukup mengapa takut ? 

5.  Bagaikan dipukau atau ada kebenaran berbagai  cerita  di sebaliknya , Wallahualam , namun Agong  BERSETUJU melantik beliau sebagai Perdana Menteri. 

6.  Rakyat masih terbayang melihat melalui kaca TV  bagaimana gembiranya beliau  bersama isteri , keluarga dan rakan - rakan setelah perlantikan tersebut. 

7.   Bukankah kita melihat  SEMBURIT  memeluk ketat Mahiaddin , dan ada pula yang menitiskan air mata kesoronokan. 

8.  Namun disebalik keseronokan  dan  kegembiraan tersebut  dan setelah mengadakan 'PERBINCANGAN'  bagi menguatkan  kedudukan nya melalui   'SCHEME  OF  THINGS' , beliau BERPURA - PURA  mengatakan  beliau sememangnya tidak berminat  dengan jawatan tersebut. 

9.   Dalam tahun 1858 di Clinton , Illinois Presiden Amerika Syarikat , Presiden  Abraham Lincoln  berkata : 

'YOU  CAN  FOOL  ALL THE PEOPLE  SOME  OF THE TIME  AND  SOME OF  THE PEOPLE  ALL THE TIME 

BUT YOU CANNOT FOOL ALL THE PEOPLE  ALL THE TIME' 

10.   SEPANDAI - 
        PANDAI  TUPAI
        MELOMPAT
        PASTI  JATUH
        KE TANAH JUA 

11.  Seorang sahabat ,  Abu Zar r.a. pernah  bertanya  mengapa beliau tidak diberi jawatan namun secara spontan Rasullulah  SAW  BERSABDA  "anda orangnya lemah untuk memegang jawatan , sedangkan jawatan itu adalah AMANAH . Pada hari kiamat jawatan akan menjadi  KEHINAAN  DAN  PENYESALAN , kecuali bagi siapa yang  MENGAMBIL NYA  DENGAN  BENAR  DAN  MELAKSANAKANNYA  DENGAN  BENAR"  ( Hadis Riwayat Muslim , Sahih Muslim ) 

12.   Apakah  dengan sibuk membaca doa dan diulangi hampir setiap waktu , maka ia menjadikan beliau seorang pemimpin yang bersih dan boleh dipercayai ? -  sedarkah  taraf  Menteri Agama kini  TAK  LEBIH sebagai  Imam kampung  sahaja  - pun berpura - pura  berlagak  hebat  tapi  sebenarnya kosong. 

13.   MAHIADDIN , YOU  ARE A FAILURE ! 

Hentikan lakonan kepura - puraan seolah - olah bagaikan seorang ulamak  sedangkan :. 

KOKOK  BERDERAI - DERAI , EKOR  BERGELUMANG  TAHI  

mengapa sehingga kini masih TAK  BERANI  bawa saya ke Mahkamah isu Nika Gee , isteri orang yang diperkosa dahulu 

BERANI  KERANA  BENAR , TAKUT  KERANA  SALAH 

14.  Apabila  seekor ikan itu  busuk di kepala maka seluruh anggota nya sehingga ke ekor  busuk sama - dalam  bahasa yang senang difahami  oleh kerana  Perdana Menteri itu BODOH  DAN  GAGAL  maka  seluruh Anggota Kabinet atau Menteri nya  2X5  juga justeru  KERAJAAN  GAGAL ! 

15.    Menteri Undang - Undang  bercakap dalam Parlimen  BAGI  PIHAK  Kerajaan  ; Agong  keluar kenyataan  MENAFIKAN  segala apa yang di ucapkan itu. 

16.  Ekoran kenyataan Agong , Mahiaddin  pula menyusuli dengan  kenyataan 4 muka surat ;  SATU  LAGI  PEMBOHONGAN yang dilakukan. 

17.   Kenyataan Agong melalui  surat  beliau bertarikh  29hb  Julai 2021  AMAT  JELAS   bagaikan   : 

DAH  TERANG  LAGI BERSULUH 

18.   Mahiaddin  nampaknya  bersungguh - sungguh   MELAWAN  ARUS - bukan sahaja  menentang  Agong  bahkan Institusi Raja - Raja itu sendiri. 

19.  Semasa negara berada dalam Perintah Darurat  yang akan berakhir pada malam esok , jam 12 malam ,  Sabtu 31hb July , AGONG  MASIH  PUNYAI  KUASA  MEMECAT  Mahiaddin sebagai Perdana Menteri. 

20.    Presiden UMNO , Najib dan mereka yang sedang  menghadapi  tindakan  Mahkamah  TIDAK  BOLEH  DI PERCAYAI  DAN  HARAPKAN  lagi ;  berbohong  seperti Mahiaddin , mereka terus  MENIPU  ahli - ahli  UMNO  yang telah beri kata putus  MENARIK  SOKONGAN ;  mereka  menggunakan  kedudukan  untuk MELEPAS  DIRI  dari hukuman penjara. 

21.  Tindakan Ismail Sabri , Naib Presiden UMNO  bersetuju  dengan 40 Ahli Dewan  Rakyat UMNO/BN  menyokong Kerajaan PN  sebenarnya TELAH  PUN  DI JANGKA - walaupun MELANGGAR  kehendak PAU  namun  kepentingan periibadi MENGATASI  segala - galanya ; ia tak ubah  seperti  : 

ALI  BABA  DAN  40  PENYAMUN 

22.  Rata - rata rakyat  MAHUKAN  MAHIADDIN  DIPECAT  SERTA  MERTA justeru mereka bersama Agong dan Raja - Raja Melayu menggulingkan KERAJAAN  GAGAL  ini. 

23.   Oleh kerana TIADA  mana - mana Parti yang punyai sokongan majoriti maka bagi mengelakkan  perkara atau situasi  sama berulang lagi  adalah lebih baik Agong melantik satu  Majlis  atau Badan khusus  menangani wabak COVID  dan masalah ekonomi yang dihadapi  rakyat  dan negara sehingga PRU  akan datang  dimana masa itu rakyat pilih siapa dan Parti mana yang difikirkan sesuai ;  Majlis  atau Badan ini TIDAK  BOLEH  BERPOLITIK  DAN  HANYA  MELAPORKAN   PADA AGONG  SEGALA YANG DILAKUKAN.


Wassalam
Terima Kasih

Wednesday 28 July 2021

APAKAH PERLANTIKAN DAN TINDAKAN MAHIADDIN MENEPATI PERLEMBAGAAN

APAKAH PERLANTIKAN  DAN  TINDAKAN  MAHIADDIN  MENEPATI  PERLEMBAGAAN


Tamrin Tun Ghafar 

Selasa - 27/07/2021
( 1 -  29 )


1.   Mengikut PERKARA  43  ( 2 ) ( a )  Agong  melantik seorang Perdana Menteri  yang pada HEMAT NYA  MENDAPAT  KEPERCAYAAN   MAJORITI  Ahli Dewan Rakyat 

2.  Yang menyebabkan bak kata pepatah : 

PAHAT  MASIH  BERBUNYI  
WALAUPUN  RUMAH
SUDAH  LAMA
SIAP 

rakyat  MASIH TIDAK  PUAS  HATI  cara pemilihan Mahiaddin itu dibuat ; rakyat juga BERHAK  TAHU  mengapa Agong  TIDAK  mahu  berjumpa  Tun Dr. Mahathir  selepas  DI TIPU  Mahiaddin  konon nya beliau sudah ada  cukup sokongan majoriti  -  ada 2 cara yang   SEPATUTNYA  dilakukan Agong  ketika itu : 

   i.  Berjumpa Tun Dr. Mahathir bagi mendengar  pandangan beliau 

   ii.  Jika tidak yakin maka Agong BOLEH  mengarahkan Speaker Dewan Rakyat  panggil satu Persidangan Khas  bagi MENENTUKAN  siapa yang sebenar  punyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat , maka berdasarkan itu baru lah membuat perlantikan 

3.  Sepatutnya  Agong  MENGGUNAKAN  PENDEKATAN ATAU CARA  Sultan Azlan Shah  ( Alfatihah )  apabila beliau melantik Zamri Kadir sebagai Menteri Besar Perak  yang baru menggantikan Nizar Jamaluddin 

4.  Seorang yang amat berhati - hati dan tulus dan  pernah menjadi Ketua  Hakim Negara , bagi berlaku ADIL  seperti SUMPAH  yang dilafazkan ,  telah menentukan  SETIAP  Ahli  Dewan  Negeri menyatakan pendirian dengan menurunkan tandatangan  mereka 

5.  Mengapa Agong  SETELAH  berbincang  DAN mendapat nasihat  Raja - Raja  Melayu  TELAH  DENGAN  SEBULAT  SUARA  MENOLAK  cadangan Kerajaan PN Mengisthiarkan Darurat  

6.   Mengapa pada kali kedua , TANPA  MEMPEDULI  DAN  MENGHORMATI  pandangan  dan nasihat  Raja - Raja  Melayu yang  lebih dewasa ,  berpengelaman  dan ada yang  mempunyai  akademik  yang lebih baik , Agong kali ini  BERSETUJU  pula mengisytiharkan BUKAN  SAJA  DARURAT  TAPI  PADA  MASA  YANG SAMA  BERSETUJU  MENGGANTUNG  PARLIMEN ? - ini juga menimbulkan  1001 soalan 

7.  Alasan  yang dimaklumlan kepada umum ikutan  tindakan tersebut ialah  bagi menangani penularan wabak COVID  

8.  Jika itu alasan nya MENGAPA  angka positif COVID  terus meningkat  dari hanya  beberapa ratus kini melebihi 17,000 sehari  dengan jumlah kematian melebihi 8,000 dan yang lebih dahsyat  lagi  lebih 1,500  telah bunuh diri ? 

9.  Apa kaitan penggantungan Parlimen dengan masalah COVID  sedangkan  tidak lama dulu , berjuta anak - anak dibenarkan ke sekolah ? 

10.   Mengapa sehingga hari ini  Komplek - Komplek dan kedai - kedai  Perniagaan  terus beroperasi , begitu juga lebih 50,000  kilang  dan perniagaan diberi pengecualian asalkan mengikuti  syarat - syarat  SOP  sedangkan  Parlimen yang dianggotai seramai 220 Ahli akhir nya selepas di tegur Raja - Raja Melayu  barulah dipanggil Bersidang , itu pun selama 5 hari sahaja dengan berbagai syarat di ketengahkan 

11.  SEBENARNYA  Perintah Darurat dan Penggantungan Parlimen ini tidak lebih dari MEMPASTIKAN  : 

   i.  Kedudukan Mahiaddin yang  TIDAK  ADA  MAJORITI   terus dikekalkan 

  ii.  Mereka BOLEH  lakukan  apa saja TANPA perlu  mendapat  persetujuan Parlimen  yang  sudah di gantung 

12.  31hb Julai  2021 adalah tarikh akhir Darurat namun Parlimen yang KONON NYA DI BENAR  BERSIDANG  selama 5 hari mulai 26hb Julai 2021  tidak ubah seperti  'Kambing Masuk Kandang' - soalan  dihadkan  dan segala usul  TERMASUK  undi tidak percaya tidak dibenarkan ; Speaker Azhar Harun dan abang beliau Idrus Harun , Peguam Negara  HANYA   seperti : 

     LEMBU  CUCUK
     HIDUNG 

mereka adik beradik yang dilantik Mahiaddin bertindak sebagai  hulubalang  mengawal pintu  dengan tombak dan keris 

13.   'SIDANG KHAS'  ini sengaja diadakan bagi MELAYANI  arahan Agong dan Raja - Raja TAPI  TIDAK  MELAKSANAKAN  ARAHAN  SEPENUHNYA - ini adalah sikap biadap dan kurang ajar Mahiaddin kepada Agong dan Raja - Raja  seolah - olah nak mencabar  'SIAPA  RAJA'  

14.   JIKA  BENAR  CUKUP  MAJORITI  MENGAPA  BERBELIT - BELIT  SEPERTI  LIDAH  BIAWAK -  MENGAPA  TAKUT ?  

15.  12 hari selepas Hussein Onn ( Alfatehah ) jadi Perdana Menteri  menggantikan Tun Razak  ( Alfatehah ) yang meninggal di London beliau telah memanggil Sidang Khas khusus untuk Undi Percaya / Tak Percaya terhadap beliau 

16.  Hanya dalam tempoh 3 hari sahaja Abdullah Ahmad Badawi  telah mendapat sokongan Parlimen sebagai Perdana Menteri baru menggantikan Dr. Mahathir - ini lah sikap dan sifat  GENTELMEN  bukan macam  PONDAN  TUA seperti Mahiaddin  

17.  Tengku , Tun Razak , Dr. Mahathir dan Najib tidak perlu melakukan nya kerana mereka dipilih rakyat melalui proses Pilihanraya 

18.  Sejak  MENIKAM  Tun Mahathir dari BELAKANG  dengan menubuhkan KERAJAAN  PINTU  BELAKANG   yang  GAGAL  ini , Mahiaddin   TERUS  MENGELAK  dari mengadakan Sidang Parlimen bagi MENGELAKAN  undi tak percaya 

19.  Bukankah  Agong , Perdana Menteri , Menteri - Menteri dan Timbalan TERMASUK  Peguam Negara dan Speaker MENGANGKAT  SUMPAH  BERLAKU  ADIL  DAN  MENJUNJUNG  PERLEMBAGAAN  ? 

KEMANA  HILANG NYA  SUMPAH  TERSEBUT  ?? 

20.  Bukan kah melanggar Perlembagaan  merupakan PENGKHIANATAN  kepada Negara ?  ;  apa HUKUMAN  kepada  PENGKHIANAT  NEGARA ? 

21.   Tidak ramai orang seperti  Syed Saddiq , Ahli Parlimen Muar  yang  SANGGUP  MEMPERTAHANKAN  PRINSIP  PERJUNGAN  walaupun diugut , di hina oleh makhluk katik  bergelar TMJ yang TIDAK  BERPELAJARAN  TINGGI  seperti Syed Saddiq dan HANYA  PANDAI  BERLAGAK  dengan kereta - kereta mewah  yang di import  TANPA  BAYAR  CUKAI  , sanggup  berhadapan dengan segala tuduhan SPRM  di Mahkamah 

22.  Ugutan  dan Pembelian Ahli - Ahli Parlimen  masih berterusan  bagi mengekalkan Mahiaddin namun taktik atau cara nya berbeza 

23.  MAHIADDIN  SEMEMANG NYA  TIDAK  ADA  MAJORITI  

24.  PERKARA  43 ( 4 ) 

Jika Perdana Menteri  Tidak Lagi Mendapat  Kepercayaan Majoriti Ahli Dewan Rakyat , Maka Perdana Menteri HENDAKLAH  MELETAK  JAWATAN.  

25.   TANPA  SEGAN SILU  kini Kerajaan PN  TELAH  MENCURI  idea Tun Dr. Mahathir  menubuhkan MAJLIS  PEMULIHAN  NEGARA  atau  MPN  bagi memantau PELAN  PEMULIHAN NEGARA  atau PPN  yang di wujudkan Mahiaddin secara tergesa - gesa ekoran cadangan  penubuhan MPN  

26.  Tindakan ini adalah susulan Menteri Kewangan  berjumpa Tun bagi mendapatkan nasihat 

27.  Tindakan ini MEMBUKTIKAN  2  perkara : 

  i.  PPN  yang ditubuhkan itu , bak kata Rafidah Aziz TIDAK  ADA  APA pun didalam nya 

  ii.  Bukti yang  AMAT  NYATA  Mahiaddin dan 32  orang Menterinya  ( yang terbesar di dunia ) TIDAK  BERKEMAMPUAN  berfikir  seperti Tun seorang ;  HANYA   YANG  MENCETUSKAN  IDEA  YANG  MAMPU  MELAKSANAKAN NYA 

28.  Ada kah Menteri Undang - Undang TELAH  DI ARAH  MENIPU  PARLIMEN dengan mengatakan Kabinet dan Perdana Menteri  BERSETUJU Ordinan Darurat  TELAH  ditarik balik mulai Rabu 21hb Julai 2021 , ini bagi tujuan MENGELAKAN  undi tak percaya , ATAU  Agong BERSETUJU  TAPI  BERDIAM  DIRI  SAHAJA ? 

JIKA  Agong  tidak dirujuk terlebih dahulu dan seterusnya memberi persetujuan beliau , ini bermakana SEKALI  LAGI  Mahiaddin MENIPU  Agong ;  PERBUATAN  INI  ' IS  VERY UNBECOMING ' , IA TIDAK  BOLEH  DI MAAFKAN 

29.  Terserah kepada Agong dan Raja - Raja  Melayu  sama ada  mahu  BERPELUK  TUBUH  dan MEMBIAR KAN SAJA  apa yang sedang berlaku  atau BERTINDAK  TEGAS  menyelamatkan Negara dan rakyat  dari TERUS  MENDERITA  - selain ALLAH  SWT  ,  rakyat juga MENGHARAPKAN    perlindungan Raja - Raja Melayu 

PISAU  BERADA  DI TANGAN
- KILL  OR  BE  KILLED 

YANG  PATUT  DI GANTUNG  IALAH  MAHIADDIN   BUKAN   RAKYAT  DAN  NEGARA 

Wassalam
Terima Kasih

Saturday 17 July 2021

LEBIH BAIK BERSUARA DARI KE JALAN RAYA

LEBIH  BAIK  BERSUARA  DARI  KE JALAN  RAYA 

Tamrin Tun Ghafar 

Sabtu - 17/07/2021
( 1 -  24 )


1.  " RAKYAT  BERSUARA  JAUH  LEBIH  BAIK  DARI RAKYAT  TURUN KE JALAN  RAYA " 

ini ialah selembut - lembut  PERINGATAN    dan  AMARAN  rakyat  kepada  KERAJAAN  BODOH  DAN  GAGAL  pilihan  Agong  yang disuarakan oleh seorang ustaz  yang  TIDAK  TAHAN  LAGI   dengan  segala  penderitaan yang rakyat  hadapi selama ini  ; klip video ustaz ini berlegar secara  meluas  sejak awal bulan Julai ini 

2.  Kali terakhir  rakyat  menderita kebuluran bermula pada 8hb. Disember 1941 apabila Tentera Jepun  mendarat di Kampong Pantai Pak Amat di Kota Baru , Kelantan 

3.  Walaupun pemerintahan Jepun  tidak lama  namun rakyat  amat sangsara dimana ubi kayu ,  bukan lagi  beras menjadi makanan  utama 

4.  Kebelakangan  ini
rakyat mengeloh , menangis ; sudah melebihi 1500  orang  MEMBUNUH  DIRI kerana  tidak tahan  'PRESSURE'  akibat  KEGAGALAN  Kerajaan PN  pimpinan  Mahiaddin menangani masalah wabak COVID 

5.  Ketika kempen Pilihanraya Kecil Slim dalam Kawasan Parlimen  Tanjung Malim , Perak , Azmin Ali yang lebih dikenali  dengan panggilan SEMBURIT yang  pernah bertanggong jawab selaku Menteri Ekonomi bawah Kerajaan PH dengan lantang dan tanpa punyai perasaan  salah  ( guilty concious )  membohongi  rakyat  kononya jika PH  terus memerintah maka lebih ramai akan dijangkati  COVID  dan mati dalam masa sama katanya lagi ekomomi akan jatuh merudum ? 

6.  Ketika itu jumlah pesakit COVID  ia lah 22 orang sahaja dengan 2 orang dimasukan ke hospital  dan TIDAK  ADA   sebarang  kematian pun jika dibandingkan sudah lebih 5000 orang  mati akibat jangkitan kuman COVID dan setiap hari angka positif tidak kurang  6000  sehingga pernah mencecah lebih 8000 sehari 

7.   SEMBURIT  dengan muka selamba TERUS   MEMBOHONGI  rakyat  konongnya ekonomi negara  kini berada dalam keadaan amat baik dan ramai pelabur luar negara  berminat   melabur disini sedangkan  jumalah  pengganguran  kini meningkat  
ke 800, 000  orang dan jumalah graduan yang maseh menggangur bertambah ; ini adalah akibat  penutupan dan penghijrahan  kilang - kilang ke negara - negara jiran dan terkini Jepun , German dan Holland  sudah mula berundur dari Malaysia 

8.   Semasa  rakyat  mengkibar BENDERA   PUTIH   kerana tidak berkemampuan tetapi dalam masa sama SEMBURIT   dan keluarga  berseronakan  diluar negara -  satu tidakan yang TIDAK  BERTANGGUNG  JAWAB 

9.  Percaya lah  sekembali dari bersoronĂ kan diluar negara nanti  beliau akan  MAKAN  MAGGI  MEE   nak menunjuk  bahawa begitu  perahatin beliau kepada rakyat kerana  PENANGGUHAN  bukan  POTONGAN  gaji beliau  dan Menteri - Menteri lain. selama 3 bulan 

10.   Oleh kerana BANTUAN  SEBENAR   untuk mereka yang memerlukan   TIDAK  MENAPATI  SASARAN  SEBENAR   mereka yang amat susah  maka disarankan  mengkibarkan BENDERA  PUTIH   dengan satu tujuan murni  ; jiran bantu jiran , rakyat bantu  rakyat  - dalam  bahasa  mudah  mereka sudah  TIDAK  PERCAYA  lagi  dengan  Kerajaan PN  dan Wakil - Wakil Rakyat  yang  mereka pilih 

11.  Drama terbaru yang dihidangkan  apabila hampir kesemua Ahli UMNO  yang  berjawatan Menteri , Timbalan Menteri dan Pengurusi - Pengurusi  GLC   tidak menghormati  Resolusi   Perhimpunan  Agung UMNO  atau  PAU yang diputusukan sebulat suara 

12.  Alasan nya amat mudah -  siapa nak bayar gaji dan allowance bulanan mereka yang berjumlah puluhan ribu sebulan ?  , jestru  tunggu sahajalah  apabila Parlimen dibubarkan  nanti  BUKAN  sekarang 

13.  Inl lah  sikap dan sifat  MUNAFIK  Wakil - Wakil Rakyat  UMNO  yang  HANYA  MEMENTINGKAN DIRI  dari menghumban  Mahiaddin ke dalam sungai 

14.   4  tanda  - tanda    SIKAP  DAN  SIFAT   ORANG   MUNAFIK  : 

i.  Apabila diberi AMANAH  - Khianat 

ii.  Apabila  BERBICARA   atau  BERCAKAP  -  Bohong 

iii.  Apabila  BEJANJI  -  Tidak Di Penuhi  atau  Mungkir Janji 

iv.  Zalim


Terdapat beberapa JANJI  ALLAH  SWT  di dalam Al Quran  terhadap orang - orang MUNAFIK antara nya dalam ; 

Surah An - Nisa 

Ayat 145
Mukasurat 101 

'Sesungguhnya orang- orang MUNAFIK  itu ditempatkan pada peringkat yang paling bawah di neraka.  Mereka TIDAK  akan menerima sebarang
pertolongan' 

Surah  Al - Taubah
Ayat  84
Mukasurat 200 

'Dan janganlah engkau ( Muhammad )  mendirikan solat untuk seseorang  yang mati diantara mereka ( orang - orang MUNAFIK )  selama - lama nya dan janganlah engkau ( Muhammad ) berdiri ( mendoakan ) di atas kuburnya.  Mereka mati dalam  keadaan fasik' 

15.  Setiap hari ada sahaja  kematian akibat COVID   dan hampir  setiap minggu  ada sahaja  yang MENGGANTUNG   DIRI ; situasi  ini  TIDAK  PERNAH  BERLAKU 

16.  Menurut  Brigadier Jeneral  Dr. Mohd Arshil Moideen  akibat tiada koordinasi dari peringkat atas  hingga kebawah maka usaha menangani wabak COVID ini menemui kesukaran ; pendapat ini di PERSETUJUI   oleh Dr. Jemilah Mahmood, Penasihat  Khas  kepada Perdana Menteri berhubung Kesihatan Awam 

17.   Rakyat  malah Raja - Raja Melayu  pun  sudah tahu  mengapa  Kerajaan ini merupakan KERAJAAN  GAGAL . 

18.   Saya penuh yakin Mahiaddin dan Anggota Kabinetnya SENGAJA   MEMEKAK KAN telinga , dan TIDAK  HAIRAN  jika  segala pandangan dan rintihan rakyat TIDAK   DI PEDULIKAN dan mungkin berakhir di tong sampah sahaja 

19.   KIBARKAN  BENDERA   HITAM  sebagai  usaha rakyat menyelamatkan diri dari TERUS   DI TINDAS   DAN  DI ZALIMI  - ini lah cara TERBAIK  - KITA  JAGA  KITA  !! 

20.   Akhir sekali  saya cadangkan pehak Bukit Aman  mengadakan  beberapa siri kursus Perlembagaan Negara   untuk Pegawai - Pegawai mereka agar  mereka lebih peka sebelum melaksanakan  sebarang undang - undang 

21.  PERKARA  10 (1) (a) (b) dan (c)  Perlembagaan Negara 

(a)  tiap- tiap warganegara BERHAK  kepada  kebebasan  bercakap dan bersuara 

(b)   semua warganegara BERHAK  BERHIMPUN  secara aman  dan tanpa senjata 

(c)   semua warganegara  BERHAK  untuk membentuk persatuan 

22.  TIDAK  SIAPA  BOLEH  PAKSA  APA PUN  PAKAIAN  ATAU  WARNA  BENDERA  YANG  DIKIBARKAN 

23.    NEGARA  KAYA  JESTRU  LANTIK LAH  SEMUA  MENTERI  SEBAGAI  TIMBALAN  PERDANA  MENTERI  -  rakyat kini  sudah AMAT  DERITA ;  sudah  sampai satu tahap  yang  diluar  pemikiran normal - yang  PENTING  Kerajaan  Gagal  ini MISTI  DI GANTI   atau  'RESET'  SERTA MERTA dengan sistem   lain 

24.   Ahli - Ahli Parlimen  khususnya dan ahli - ahli politik lain  MISTI  MENGENEPIKAN  DAHULU  kepentingan    Parti dan Ketua  masing - masing  dan diri  JIKA   sayangkan  rakyat  dan negara  ; JANGAN  menggunakan kepentingan  rakyat  SEBAGAI  HELAH  untuk berkuasa dan kemudian merompak ; dalam ertikata lain : 

        JANGAN
        MENANGGUK 
        DI AIR  KEROH 

Wassalam
Terima Kasih

Saturday 10 July 2021

JALAN PENYELESAIAN TERBAIK

JALAN  PENYELESAIAN TERBAIK 

Tamrin Tun Ghafar 

Sabtu - 10/07/2021
( 1 -  28  )


1.   Sebelum meneruskan tulisan ini saya mengucapkan  SELAMAT  HARI  LAHIR  ke 96 kepada Tun Dr. Mahathir Muhammad dan kepada Tun Dr. Siti Hasmah  Ali yang akan menyambut tarikh lahir beliau pada hari Isnin 12hb Julai ini 

2.   Saya pasti mengingati  kedua - dua tarikh ini kerana kebetulan saya dilahirkan 71 tahun dahulu pada  11hb. Julai  ia itu pertengahan diantara tarikh lahir Tun Mahathir pada hari ini dan Tun Hasmah 

3.   Anugerah ALLAH SWT bukan sahaja pada umur beliau malah yang LEBIH PENTING  ialah FISIKAL  DAN  MENTAL  Tun malah KESIHATAN  DAN  PEMIKIRAN  beliau  jauh lebih baik dari mereka yang lebih muda dari beliau 

4.  Berpuluh tahun lamanya kita di dendangkan  dengan berbagai tuduhan , tomahan dan celaan terhadap beliau dan keluarga namun sehingga kini  TIDAK  ADA  SEBARANG  BUKTI  pun yang mampu dikemukakan dimana - mana Mahkamah  

5.   Sebenarnya pesan orang - orang tua ada  benarnya : 

      NAK  TAHU
      KEBAIKAN
      SESAORANG
      TANYA LAH 
      RAKAN NYA 

      NAK TAHU
      KEBURUKAN
      SESAORANG
      TANYA LAH
      MUSUH NYA 

   'CAKAP  BENAR' -  itulah  dua perkataan  yang  terdapat diblog saya , tamrintunghafar.blogspot.com , lagi pun sejak  meninggalkan UMNO  dan  PAS sehingga kini saya TIDAK  menganggotai mana - mana party politik , jestru  saya  bebas  memberi pandangang dan kritikan 

6.  Mengapa Tun tiba - tiba meletak jawatan  Perdana Menteri bagi kali kedua telah di terangkan secara terperinci  namun maseh ramai yang TIDAK  MEMAHAMI  DAN  MENERIMA  penjelasan  demi penjelasan  yang diberi 

7.  Samada  mereka benar - benar tidak faham atau sengaja buat - buat tak faham  kerana : 

      ADA  UDANG
      DI SEBALIK
      BATU 

8.   Kebelakangan ini sudah ada cakap - cakap  'HANYA  JIKA'  atau  'IF ONLY'  Tun tidak berundur , apa yang  MENIMPA  RAKYAT  dan NEGARA  mungkin tidak berlaku - mungkin  kematian  akibat COVID berjumlah lebih 5000 orang dan kes bunuh diri  sejak  Mahiaddin ambil alih melalui RAMPASAN  KUASA  berjumlah lebih 1500 orang tidak akan kita lalui 

9.   Apa yang berlaku terhadap negara dan rakyat  sebenarnya ada HIKMAH nya ; sekurang - kurang nya kita berpeluang membeza diantara batu dan permata , diantara intan dan belian 

10.   Nabi SAW  pernah bersabda : 

"jangalah kamu meminta jawatan , sebab jika kamu diberi jawatan TANPA  MEMINTA , maka kamu akan ditolong ; namun jika kamu di berinya  KERANA MEMINTA maka kamu akan dibiarkan" 

apatah lagi jika dilakukan seperti Mahiaddin melalui RAMPASAN  KUASA dek sebab  GILA KUASA ? 

11.   Kini umum sudah dimaklumkan  keputusan  MUKTAMAD  Majlis Kerja Tertinggi ( MKT )  UMNO  yang bersidang pada hari Rabu 7hb Jun 2021 MENARIK  sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional ( PN ) pimpinan Mahiaddin 

12.  Ini dilakukan  ekoran keputusan majoriti  akar umbi melalui  Perhimpunan Agong  UMNO  ( PAU )  yang  mahu DIHENTIKAN   KERJASAMA  UMNO  dengan  BERSATU , DAP , PH  dan Anwar Ibrahim 

13.   Mereka berpendapat Kerajaan pimpinan Mahiaddin ini ialah KERAJAAN  GAGAL dalam menangangi masalah wabak COVID  dan segala rintahan rakyat 

14.  Mungkin ini BALASAN  ALLAH  SWT yang dijanjikan   hasil doa rakyat yang dizalimi atau Hukum 'Karma'   diatas PENGKHIANATAN  NASIONAL  ( PN ) 

15.  Yang paling ketara  sekali kajian  Transperansi Antarabangsa  ( TI )  mendapati  taraf RASUAH  Malaysia  berada diperingkat  TERBURUK  sekali  sejak  Kerajaan PN pimpinan Mahiaddin merampas kuasa - soalnya mengapa  Azam Baki dan SPRM  membiarkan  saja  perkara seburuk ini boleh terus berlaku ; apakah : 

     HARAPKAN 
     PEGAR , PEGAR
     MAKAN  PADI 

16.   Kajian  The Economist pula menunjukan Malaysia merupakan negara TERAKHIR sekali yang akan dapat memulihkan ekonomi nya 

17.  Kenyataan Zafrul , Menteri Kewangan  , hutang dan kerugian ( loan & liability )  negara sudah mencecah 89.2% dengan jumlah hutang terkumpul  RM1.3 trilion , satu angka yang tidak pernah didengar sejak Merdeka 

18.   Rata - rata  rakyat  sudah hilang kepercayaan  dan keyakinan terhadap Wakil Rakyat  dan Parti Politik ; mereka HANYA BERLUMBA - LUMBA  MEREBUT KUASA sehingga sanggup MENJUAL  DIRI  DAN MARUAH bagi kepentingan diri dan keluarga  SEDANGKAN  RAKYAT  MENDERITA , tidak ada apa lagi yang hendak dikaiskan 

19.   Kalau pun Agong  melantik sesiapa  pun dari mana - mana Parti Politik  sebagai gantian  PASTI  TIDAK  AKAN  DAPAT  MENYELESAIKAN  MASALAH  Negara  dan rakyat : 

    PAHAT  AKAN
    TERUS  BERBUNYI 

kerana Perdana Menteri baru akan terus ditekan dan diugut dengan segala jenis  permintaan dan lain - lain ekoran KERAJAAN  YANG  TIDAK  CUKUP  SOKONGAN atau Majoriti - situasi lama akan terus berulang  dan rakyat akan terus menderita 

20.  Bagi mengatasi  KESANGSARAN  HIDUP  rakyat  , COVID  dan meletakan negara kelandasan seperti sebelum ini dimana Malaysia  dikenali sebagai  'The Asian Tiger'   maka cadangan Tun Dr. Mahathir harus bukan sahaja diberi perhatian  malah perlu dilaksanakan  serta merta iaitu mengujudkan  MAJLIS   PEMULIHAN  NEGARA  atau  MPN  - ia adalah  jalan atau cara  TERBAIK  

21.   Pasti  mereka  yang  gila kuasa  TANPA  KESAH kesusahan  dan penderitaan rakyat dan dilema negara tidak akan bersetuju dengan  cadangan ini 

22.  Oleh kerana cadangan ini datang nya dari Tun maka akan berbunyilah  suara - suara sumbang dengan berbagai tuduhan dan  tomahan 

23.  Pada umur 96 ini dan  dengan berbekalkan berbagai pengelaman  Tun HANYA  MAHU  BERBAKTI  kepada negara dan rakyat buat kali terakhir 

24. Negara  AMAT   PERLUKAN   seorang  Perdana Menteri  yang  punyai pengelaman luas  yang  boleh  membetulkan keadaan  BUKAN  setakat  melantik sesaorang  atas cadangan Mahiaddin yang sudah gagal atau mana - mana Parti 

25.   Hanya  Agong  dan  Raja - Raja Melayu  sahaja yang BOLEH  menyelamatkan negara dan rakyat ;  sebarang  'SILAP  LANGKAH' pasti akan terus  memudaratkan rakyat dan negara 

26.  Ketepikan  sikap dan sifat  'DENDAM'  dan  'BENCI' terhadap sesaorang jika kita  benar - benar IKHLAS  sayangkan rakyat  dan negara 

27.  Terserahlah kepada rakyat memilih siapa yang mereka fikir layak  memimpin negara  apabila Pilihanraya Umum ke15 diadakan nanti 

28.  Disertakan keratan akhbar berhubung cadangan penubuhan  'MAJLIS  PEMULIHAN  NEGARA'  seperti yang dicadangkan


Wassalam
Terima Kasih

R A S U A H

R   A   S   U    A   H REFORMASI REFORMATI Tamrin  Tun  Ghafar   Rabu - 14/02/24 ( 1 - 17 ) 1.   Kali  pertama  Dewan PWTC  tiba - tiba  sen...