Friday 26 February 2021

DEBAT TERBUKA

Isnin 1 Mac 2021 

Tan Sri Muhyiddin  Yassin
Pejabat Perdana Menteri
Aras 5 , Blok Utama
Bangunan 
Perdana Putra
Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA 

           dan 

No.5 , 
Jalan Setia Bakti 7
Bukit Damansara
50490  
KUALA  LUMPUR 

MELALUI  SURAT  BERDAFTAR  DAN
POS  LAJU


Saudara  Tan Sri Muhyiddin , 

PERKARA : 

DEBAT  TERBUKA 

1.   Saya percaya  Saudara perasan bahawa saya memilih menggunakan perkataan  Saudara BUKAN  seperti orang lain yang menggunakan perkataan atau bahasa  yang lebih sesuai apabila menulis kepada Saudara 

2.   Saya lakukan ini kerana  saya TIDAK  MENGIKTIRAF  seseorang  yang naik secara  MENIKAM  DARI  BELAKANG  dan  menubuhkan KERAJAAN  PINTU BELAKANG 

3.   Tindakan Saudara dan beberapa orang kanan  seperti Hamzah Zainuddin dan  Azmin Ali  adalah suatu PENGKHIANATAN  yang dilakukan kepada majoriti  rakyat khususnya pengundi  yang  PERCAYA  kepada segala janji dan hujah  Saudara  semasa kempen Pilihanraya Umum ke 14  yang berlangsung pada hari  Rabu 9hb Mei 2018  yang lepas 

4.   " UMNO. adalah PEROMPAK  dan  PAS  Parti yang MENYOKONG PEROMPAK " 

5.  " Percayalah , saya TIDAK AKAN  kembali  malah TIDAK  AKAN  BERSAMA  UMNO 
lagi " 

6.  " Kita MESTI  TOLAK  mereka " 

Itu sebahagian  janji dan kata - kata Saudara semasa kempen dahulu 

KUAT  KERBAU
PADA  TALI
KUAT  MANUSIA  
PADA  JANJI 

9.  Saudara TELAH  MENIPU  RAKYAT   dengan janji dan kata - kata manis 

10.  Kini rakyat menuntut  kepastian  dan penjelasan  Saudara terhadap beberapa isu , siapa yang  bercakap benar , Saudara atau Tun Dr. Mahathir  yang Saudara gulingkan dengan  PERTOLONGAN UMNO dan PAS , dua buah Parti    yang Saudara  sendiri  PERNAH  MINTA  RAKYAT  TOLAK 

11.  Begitu juga kisah HUBUNGAN  SEKS  dengan NIKA  GEE  yang ketika itu adalah  masih isteri  orang 

12. Begitu juga isu projek bernilai  lebih  RM1 Billion yang katanya MELIBATKAN  menantu Saudara 

13.   Perkara - perkara ini BOLEH  Saudara  perjelaskan  dalam satu Forum  atau Debat TERBUKA   antara Saudara  dan Tun Dr. Mahathir  sama ada sebelum Ramadan atau SELEWAT - LEWATNYA  dalam tempoh 2 minggu bulan Syawal 2021 ini 

14.  Jika Kabinet boleh bermesyuarat  setiap hari Rabu , jika sekolah  dibuka mulai 1hb Mac ini , jika  Kasino Genting , restaurant dan pasar malam  boleh beroperasi maka rakyat  harap JANGAN  GUNAKAN  ISU  COVID 19 SEBAGAI  ALASAN  UNTUK  MENGELAK  DARI  DEBAT  TERBUKA  INI 

15.   Saya beri tempoh sehingga 10hb Mac ini untuk Saudara  memaklumkan  keputusan Saudara , jika gagal saya TIDAK  ADA PILIHAN  melainkan  mendedahkan SURAT  TERBUKA  ini  kepada umum. 

Sekian
Terima Kasih


Tamrin Tun Ghafar 

SILA  JAWAP  MELALUI 

alamat E-Mail :  tamrintgb@gmail.com

Wednesday 24 February 2021

SIAPA PAYUNG SIAPA

SIAPA  PAYUNG  SIAPA 

Tamrin Tun Ghafar 

Khamis - 25/02/21
( 1 -  18 )


1.   " Mesyuarat Raja - Raja  di tangguh ke 30 Jun kerana PKP " - itulah tajuk lapuran  Malaysiakini pada hari Selesa lepas  bersamaan 23hb Februari 2021 

2.   Bersama tajuk tersebut disertakan gambar YDP Agung  sedang dipayungkan - itu sebenarnya adalah sebahagian adat istiadat yang digunapakai sekian lama bagi melindungi Raja apatah lagi Agung  dari terkena pancaran matahari atau percekan hujang 

3.  Melihat gambar tersebut ia terus  mengimbau kembali  tulisan saya bertajuk : 

TALIAN  HAYAT  TERAKHIR 

pada Ahad 21/02/21 di perengan 6 yang menyentuh tentang beberapa 'Bil Board'  besar  di 2 buah negeri dengan mesej : 

'Raja Adalah 
Payung  Rakyat' 

4.   PKP  adalah sengketan PERINTAH KAWALAN  PERJALANAN atau dalam bahasa Inggerisnya  MCO  yang bermaksud  MOVEMENT CONTROL   ORDER 

5.  Atas sebab PKP  maka  Mesyuarat Majlis  Raja - Raja yang sepatutnya bersidang selama 2 hari TERPAKSA  di tunda ke 30hb Jun 2021  seperti  yang dinyatakan 

6.  Dengan anjakan selama 4 bulan apakah ia bererti Agung dan Raja - Raja Melayu sudah dimaklum dan diyakinkan  oleh Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan bahawa peneluaran wabak COVID 19 ini PASTI  akan berakhir ,  dan ketika itu  TIDAK  PERLU  lagi   PKP  seperti selama ini sehingga  menyebabkan  Mesyuarat Majlis Raja - Raja pun TERPAKSA  ditangguh 

7.  Sebenarnya kenyataan Pegawai Istana Negara berhubung penangguhan tersebut MENGGUNDANG  KRITIKAN  kerana ianya TIDAK MASUK  AKAL  dan  TIDAK  BOLEH  diterima  rakyat 

8.   Takkanlah  Raja - Raja  HANYA  dimaklumkan tarikh Mesyuarat tersebut  seminggu  dua  sebelum itu  dan di tangguh atas alasan PKP  sehari SEBELUM  Mesyuarat  sedangkan  PKP telah dilaksanakan sejak setahun yang lepas 

9.  Mereka  berkata budak - budak  sekolah pun akan ke sekolah tak lama lagi asalkan mengikuti SOP  begitu juga Kasino Genting , Pasar Malam  dan Restoran dan banyak lagi kelonggaran diberi 

10.  Mungkin  Agung dan Raja - Raja hendak menjimat wang rakyat kerana bagi mengganjurkan Tele Conference  bulan Nobember dahulu  bagi Persidangan APEC  Kerajaan berbelanja  RM200 juta 

11.  Kita bersyukur AKHIRNYA  Agung perkenan Parlimen boleh Bersidang mengikut masa yang difikirkan sesuai  ATAS  NASIHAT  Perdana Menteri ;  semuga  PERSETUJUAN  ini  BUKAN  merupakan satu  taktik Muhyiddin bagi menurukan suhu kemarahan rakyat 

12.  Apa yang di TUNTUT  Rakyat  ialah : 

i.   PEMBATALAN  SERTA MERTA  Perintah Darurat  

ii.   Agung  MENASIHAT  atau MENGARAH KAN  Muhyiddin yang TIDAK  PUNYAI  sokongan MAJORITI  Ahli  Parlimen  MESTI  MELETAK Jawatan dalam Bulan Februari ini juga ; lagi pun BUKAN  amalan kita kerajaan di ujudkan MELALUI  PINTU  BELAKANG , dan tidak secara langsung ia  MENCEMAR  reputasi Institusi Raja - Raja Melayu seolah - olah mereka BERSUBAHAT   dengan Perompak dan Pengkhianat ini 

13.  JANGAN LAH   SEBAB  NILA  SETITIK  IA  MEROSAKAN  SUSU   SEBELANGA -  JANGAN  SEBAB  DIA SEORANG   MAKA  IMEJ  NEGARA  KHUSUS NYA INSTITUSI RAJA - RAJA  TERCEMAR 

14.  Ada yang mengatakan jika Mat Sejuk atau Abahcow  ini boleh jadi Perdana Menteri  , ramai lagi  yang lebih BERKELIBER  dari beliau yang boleh diangkat 

15.  Agong MESTI  menjemput dan mendengar  Tun Dr. Mahathir , Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim bagi membuat penilian 

16.   Rakyat  kini DAHAGAKAN  payung bagi MELINDUNGI  DAN  MENYELAMATKAN  mereka dan nagara 

17.  Lebih 700, 000 sudah hilang pekerjaan , hutang negara kini sudah mencecah RM1.3 Trillion  dan  banyak kilang - kilang besar  berpindah ke negara - negara jiran 

18.   Seperti kata - kata dan mesej di 'bil board'  yang  didirikan 

'Raja  Adalah 
Payung  Rakyat' 

maka diharap Agung dan Raja - Raja Melayu   BERTEGAS   dan  MENGGAMBIL   TINDAKAN  DRASTIK  MEMBANTU  MAJORITI  RAKYAT  bukan mempertahan dan melindungi  mereka yang MENGKHIANATI  undi rakyat 

Wassalam
Terima Kasih

SIAPA PAYUNG SIAPA

Saturday 20 February 2021

TALIAN HAYAT TERAKHIR

TALIAN  HAYAT  TERAKHIR 

Tamrin Tun Ghafar 

Ahad - 21/02/2021
( 1 -  25 )


1.   Jika kita masih ingat menjelang PRU14  lepas  yang berlangsung pada hari Rabu  9hb Mei 2018, rakyat, melalui DEKLARASI  RAKYAT   telah  meluahkan perasaan benci mereka kepada  UMNO/BN atas sebab - sebab yang telah diketahui umum. 

2.   Namun usaha itu TERBANTUT  apabila Agong dan sebahagian besar Raja - Raja  Melayu ketika itu  ENGGAN   mendengar  rintihan  mereka, malah ada Raja dan keluarga berkempen bagi memenangkan UMNO/BN; satu tindakan  yang  telah MELANGGAR   Perlembagaan. 

3.   Sebagai seorang PEJUANG, Tun yang ketika itu berusia 92 tahun, seperti seekor kuda  yang jatuh namun tetap bangkit semula, tidak putus asa. 

4.   Akhirnya rakyat ,  TANPA  MEMPEDULIKAN keengganan Agong dan Raja - Raja Melayu MENDENGAR  bantahan mereka,  buat pertama kali  sejak Merdeka  MENOLAK  UMNO/BN. 

5.   KINI  SEKALI LAGI   rakyat  benar - benar  MERAYU  agar  Agong dan Raja -  Raja Melayu MENGENEPIKAN  segala kepentingan  peribadi, jika ada, MENDENGAR   DAN  BERTINDAK  
MEMBATALKAN  DARURAT  yang telah  mereka persetujui DAN MENGGANTIKAN  SERTA MERTA  Muhyiddin  yang TELAH  HILANG  MAJORITI sebagai Perdana Menteri 

6.  Rakyat masih terbayang bagaimana di sebuah negeri 'bill board' yang besar dengan gambar Raja dan Permaisuri  dengan ayat "RAJA  ADALAH  PAYUNG  RAKYAT" ; begitu juga 'bill board' seorang Raja bersama Permaisuri dipayungkan seolah - olah  memberi mesej yang sama. 

7.  Apakah kali ini Agong dan Raja - Raja Melayu  AKAN  MEMBUKTIKAN  seperti  apa yang terpapar   di 'bill board'  tersebut ? 

8.  Apabila Megat Seri Rama, Laksamana Bentan melafazkan kata - kata 

RAJA  ADIL
RAJA  DI SEMBAH
RAJA ZALIM
RAJA DI SANGGAH 

ia sebenarnya adalah nasihat berbentuk kata - kata yang berguna dari  seorang rakyat  yang patuh, namum tidak dapat menahan kemarahannya. 

9.  Mulai peristiwa gelap itu yang diingati sebagai 

SULTAN  MAHMUD  MANGKAT  
DI JULANG 

sehingga  ke hari ini Melaka  yang melahirkan  ramai Sultan tidak lagi mempunyai Raja atau Sultan. 

10.   Kita bersyukur rakyat akur dan hormat Raja - Raja yang telah diberi kepercayaan. 

11.  Tidak seperti apa yang pernah dan sedang berlaku terhadap Raja - Raja di luar sana, seperti kebangkitan  Mao Tse Dong di China, Lenin di Rusia, Revolusi Rakyat di Perancis, Kebangkitan Rakyat di Indonesia dan di Iran dan kini apa yang sedang berlaku di Thailand yang sememangnya tidak terlintas dalam fikiran. 

12.  "JANGAN  BERI  AMANAH  KEPADA  GOLONGAN  TERPALIT  RASUAH "  -  itulah  tajuk yang tersiar di kebanyakan media cetak dan elektronik ekoran Titah Baginda Sultan Nazrin, Sultan Perak  tidak lama dulu. 

13.  Mengapa media begitu berminat  melaporkan ucapan itu?; apakah mereka ketandusan berita atau ada mesej tertentu yang hendak mereka sampaikan? 

14.  Seperti pesanan Khairuddin Abu Hassan, Mesyuarat Majlis Raja - Raja  PERLU MENELITI dan MENGHALUSI pandangan Azalina Othman Said, Peguam dan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat. 

15.  Khairuddin sendiri dengan sokongan Majlis Peguam Islam Malaysia, Majlis Peguam Negara dan Tun Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin PEJUANG  telah memulakan TINDAKAN  MAHKAMAH  terhadap  'nasihat' Muhyiddin yang TIDAK ADA  SOKONGAN majoriti Ahli - Ahli Parlimen  kepada Yang Di Pertuan Agong. 

16.  Yang Di Pertuan Agong adalah TUNGGAK  rakyat, justeru  kita  MESTI mempertahankan Institusi ini  ASALKAN kita semua faham dan akur bahawa PERLEMBAGAAN NEGARA ADALAH  SUPREME atau YANG TERATAS SEKALI. 

17.  Baru - baru ini Sarawak Report mendedahkan kononnya Tengku Mahkota Pahang  telah membeli sebuah rumah di England dengan harga  RM350 juta dengan belanja kos mengurus rumah tersebut ialah £5 juta atau RM25 juta setahun bersamaan RM2 juta sebulan. 

18.  Tidak mustahil laporan itu palsu atau sengaja diada - adakan  bagi tujuan  memburukan imej Tuanku dan Negara namun rakyat BERHARAP  Agong sebagai KETUA NEGARA  MENGGAMBIL  tindakan undang - undang dengan kadar SEGERA  terhadap Sarawak Report bagi MEMBERSIHKAN DIRI dan MENJAGA  MARUAH  rakyat. 

19.   JIKA tidak berbuat demikian berkemungkinan besar berbagai persoalan akan bermain di fikiran rakyat : 

i.   Apakah tuduhan Sarawak Report itu benar dan berasas 

ii.   Dari sumber kewangan  mana  Tengku  Mahkota Pahang itu  boleh membeli sebuah rumah di England yang begitu besar dengan harga belian RM350 juta dan kos penyelengaran sahaja berjumlah £5 juta  atau RM25 juta bersamaan RM2 juta sebulan 

iii.   Apakah Tengku Mahkota Pahang  TELAH  membayar cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri  atau LHDN  hasil keuntungan perniagaan beliau ? 

iv.  Di harapkan  juga Agong  MENAFIKAN    cakap - cakap  dikalangan rakyat  bahawa disebabkan  kepentingan / keuntungan peribadi  maka  Muhyiddin  kini  AMAT  SELESA  dengan kedudukan beliau  WALAUPUN  TIDAK  PUNYAI  sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat ; ini jelas bertentangan dengan PERLEMBAGAAN 

20.  Perkara 34 (2), (3) dan (6) Perlembagaan - ia berhubung dengan: 

KETIDAKBOLEHAN
YANG DI PERTUAN  AGONG DAN PERMAISURI 

justeru rakyat ingin kepastian samada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan  Agong boleh menggunakan kedudukannya MEMPENGARUHI Kerajaan dalam apa-apa keputusan dan tindakan untuk mendapatkan apa-apa projek diberikan kepada mana-mana syarikat atau badan atau individu yang akhirnya mendapat  keuntungan  perbadi atau keluarga; terserahlah kepada pakar-pakar Perlembagaan dan Mahkamah MENTAFSIRKAN perkara ini. 

21.  Yang penting kita rakyat Malaysia sama - sama membangunkan semula Negara ini dengan MENGHAPUSKAN  SEGALA  amalan rasuah, salah guna  kuasa dan mereka yang mengambil  peluang dan kesempatan  bagi kepentingan diri dan keluarga. 

22.  ‘JANGAN  BERI  AMANAH  KEPADA  MEREKA  YANG  TERPALIT  RASUAH  DAN  YANG  TIDAK BERMARUAH " 

23. Surah  Al - Waqi'ah  27 : 83 di muka surat 537 berbunyi : 

' Maka Mengapa Tidak Menghalang Ketika Nyawa Telah Sampai Di Korongkong ' 

24.  Kepada Yang Di Pertuan Agong dan Raja - Raja Melayu  ANGGAPLAH  RAYUAN  INI SEBAGAI  TALIAN HAYAT  TERAKHIR RAKYAT. 

25.   'JANGAN  SEBAB  NILA  SETITIK  ROSAK  SUSU  SEBELANGA'


Semoga Yang Di Pertuan Agong dan Raja - Raja  Melayu turut meneliti tulisan ini 

Wassalam
Terima Kasih

Friday 12 February 2021

LAWATAN YANG BERJAYA ?

LAWATAN  YANG  BERJAYA  ? 

Tamrin Tun Ghafar 

Jumaat - 12/02/21
( 1 -  22 )


1.  Hampir 2 minggu lepas Mat Sejuk atau Abahcow telah melakukan Lawatan Resmi ke Republik Indonesia 

2.  Apakah setelah 'berjaya' maka lawatan  yang sepatutnya dilakukan selama 2 hari itu katanya telah disengkatkan ke kurang 24 jam sahaja ? 

3.  Bagi mereka yang kurang pasti maksud panggilan  'MAT SEJUK'  dan 'ABAHCOW' maka ianya  perlu dijelaskan : 

i.   MAT  SEJUK - mencerminkan sikap 'SELAMBA' sesaorang atau mungkin ianya hanya kepura - puran  seolah - olah  TIDAK KISAH ATAU TIDAK  PEDULI segala apa yang di lemparkan terhadap beliau namum disebalik nya ia lebih garang dari seekor singa  yang  cedera 

ii.  ABAHCOW - 
pada mulanya panggilan ABAH terhadsp Muhyiddin di perkenalkan oleh mereka yang ingin menggampu beliau namun  dihujung perkataan ABAH  di tambah perkataan COW  oleh mereka yang terlalu marah dan benci beliau , maka ujudlah ABAHCOW  yang membawa maksud : 

ABAH  yang membawa erti  BAPAK  dalam bahasa Melayu
sedangkan  COW pula bermaksud  LEMBU 

4.    Seperti juga apa yang berlaku di Malaysia , rakyat Indonesia  mengikuti perkembangan politik kita sehingga  terdapat  dikalangan mereka  MEMBANTAH  lawatan tersebut melalui Facebook Presiden Jokowi dengan ayat - ayat yang  tidak senang di baca ; sebagai contoh : 

i. 'Bagaimana dia boleh jadi PM Malaysia sedangkan tidak ada sokongan dewan' 

ii.  'Pak Presiden , tolong sekat , jangan biarkan dia pulang ke Malaysia' 

iii.  'Dia ini manusia ke hantu  dia tidak punya malu' 

iv.  Yang paling terasa apabila seorang Netizen  melemparkan cabaran berbunyi : 

   'Hairan  sunggyh bagaimana rakyat di Malaysia  boleh punyai pengkhianat  sebagai Ketua Negara mereka - buang aja deh !' 

5.   Rakyat ingin tahu SEKEMBALI   DARI LAWATAN  ITU , SUDAH KAH  BELIAU  , ISTERI  DAN ROMBONGAN   MENJALANI  KURANTIN  DI HOTEL YANG  DI SEDIAKAN  SELAMA  MINIMA 7 HARI  JIKA TIDAK  10 ATAU 14 HARI  SEPERTI APA YANG  RAKYAT  BIASA MISTI  LAKUKAN ??  atau dikecualikan oleh kerana kuman COVID 19 ini PASTI  tidak akan  menghinggapi PM dan  ahli rombongan  SEDANGKAN lapuran Pertubuhan Kesihatan Dunia ' atau World Health Organisation  ( WHO ) MENGESAHKAN   wabak COVID di Indonesia  jauh lebih buruk dari kita; apakah itu tujuan Dr. Adham Baba MEMENDIKKAN  masa kurantin BAGI Menteri - Menteri HANYA 3 hari sahaja ' 

6.  Jika jalani Kurantin selama 7 hari , ini bermakna beliau TIDAK BOLEH  ke pejabat ? 

7.  Rakyat tertanya apa perlunya membuat lawatan tersebut dalam keadaan COVID  ini sedangkan segala perbincangan  diantara beliau dan Presiden Indonesia BOLEH  di lakukan melalui  ATAS  TALIAN  atau TELE 
CONFRENCE 

8.  Jika tidak di ingatkan pun sepatutnya beliau  boleh berfikir, tidak lama dulu iatu pada bulan Nobember 2020 Malaysia telah menganjurkan  Persidangan APEC  yang melibatkan ramai pemimpin dunia dengan  cara TELE CONFERENCE 

9.  Bak kata pepatah : 

     Rumah Dah Siap
     Pahat Maseh
     Berbunyi 

ini berhubung dengan kos RM200 juta  untuk  mengendalikan TELE CONFRENCE  tersebut  

10.  RM 200 juta adalah satu perbelanjaan  yang TAK  MASUK  AKAL bagi  mengendalikan  TELE CONFERENCE ;  apakah ada element 'penyelewangan'  berlaku ? 

11.  Rakyat juga ingan tahu  berapa ramai yang mengikuti rombongan tersebut  dan berapakah jumlah yang dibelanjakan TERMASUK  kos Kapalterbang , hotel ,  dan pegawai - pegawai keselamatan yang pergi lebih awal 

12.  Dalam  musim COVID ini  beliau tidak perlu  membuat lawatan tersebut ;  SEPATUTNYA  beliau TUNJUK  contoh dan teladan baik yang boleh di ikuti , bukan nak menunjuk  'SIAPA  BOLEH  HALANG  APA  PM NAK BUAT ?' , sedangkan rakyat , dahlah susah , kena pula bayar kompaun RM1000 malah ada yang di penjara jika tak mampu bayar 

13.  Bukan kah kos mengendalikan APEC  RM200 juta , kos Lawatan ke Indonesia dan kos pembinaan 3 Dewan Orang Ramai  sebanyak RM35 juta di Kawasan beliau sendiri di Pagoh , Johor TANPA  TENDER  TERBUKA boleh digunakan   membantu  hospital - hospital yang  MEMERLUKAN  bantuan ubat - ubatan dan oksigen , dan  mungkin boleh disalurkan kepada Pasukan Tentera  MEMBINA   hospital  sementara  untuk digunakan pesakit - pesakit Wabak COVID ? 

14.  LAWATAN  YANG  AMAT  BERJAYA ? - itu kenyataan  beliau sekembali dari Lawatan tersebut 

15.  Tolong PERINCIKAN  apakah KEJAYAAN   beliau setelah perbincangan dengan Presiden Jokowi 

i.   apakah  Indonesia MEMBERI  IZIN  agar Malaysia  menganjakkan Batu Sempadan  Negara 1 inchi lagi kedalam Kawasan Indonesia ? 

ii.   apakah Indonesia BERSETUJU  nelayan kita menangkap ikan didalam kawasan  perairan mereka  SECARA  BEBAS  tanpa di tangkap ? 

iii.  apakah Indonesia  BERSETUJU  kita menghantar pulang setiap tahun  200,000 Pendatang Haram atau PATI  ? 

Jika setakat pengumuman  bersetuju meningkatkan Kerjasama Ekonomi dan  Kerjasama  menangani  Wabak COVID19  , itu  perkara biasa 

16.  Apakah beliau  menggunakan alasan Rahsia , OSA  dan Wabak COVID  untuk tidak mahu  memeberitahu rakyat KEJAYAAN NYA itu ; rakyat  BUKAN LAH  Ahli Kabinet yang bukan sahaja telan apa yang di temberangkan nya  malah  TANPA  mengkaji lapuran  ada yang berlagak sebagai hulubalang yang  konon nya sanggup ke hadapan ; jestru  membuat kenyataan - kenyataan  bodoh 

17.  Difahamkan ribuan Netizen  melalui Facebook Resmi Istana Negara MEMINTA  Darurat  di tarik balik dan Muhyiddin yang sudah tidak ada majoriti Parlimen  berhenti atau diberhentikan SERTA MERTA 

18.  Ini lah akibatnya  apabila beliau SANGGUP  MENIKAM  ORANG  YANG  PERNAH  MENYUAP NASI KE MULUT  DENGAN  MERAMPAS   KUASA  -  - 'What Goes Around Comes Around' atau  'APA YANG  KITA  LAKUKAN  AKAN  KEMBALI  BERLAKU  KEPADA  KITA  SEMULA'
tamrintunghafar.blogspot.com 

19.  Walaupun punyai Kabinet terbesar dalam dunia   atau bak kata budak - budak - Kitchen Cabinet , namun beliau  GAGAL  atau dalam bahasa Inggerisnya 

YOU ARE  A  FAILURE 

20.  Mat Sejuk atau Abahcow ini PASTI  AKAN  DI KENANG  SEBAGAI  PENGKHIANAT , PEROMPAK  DAN  PENCURI  YANG  MENUBUHKAN  KERAJAAN  MELALUI  PINTU  BELAKANG 

21.  Baru setahun  melakukan RAMPASAN  KUASA ,  rakyat sudah  meyuarakan kemarahan amat sangat terhadap beliau ; rata - rata; jika tidak ,  ini adalah BUKTI  cakap beliau TIDAK BOLEH  DI Percayai DAN MAHU  beliau  MEMBUKTIKAN  cakap nya pada awal RAMPASAN  KUASA  bahawa beliau TIDAK  BERMINAT  jawatan yang di rampas ini 

22.  Jagalah nama baik dan maruah isteri , anak - anak dan adik beradik  jika TIDAK  MAHU   dicampakan ke dalam 'Lubang Buaya'  seperti yang terdapat di Kota Jakarta 

23.  TERSERAH LAH  samada mahu menerima pandangan ini  atau  mahu MELENYAPKAN  para pengkritik  beliau  atau  MENGGUBAL  undang - undang agar Perdana Menteri TIDAK  BOLEH  DI TEGUR  ATAU  DI KRITIK   


Wassalam
Terima Kasih

Monday 8 February 2021

TMJ DAN EBIT LEW

TMJ  DAN  EBIT  LEW

Tamrin Tun Ghafar

Isnin - 08/02/2021
( 1 -  22 )


1.  Ebit Lew bukanlah dari keluarga yang senang, jauh sekali dari keluarga yang berjaya dan kaya.

2.  Sedih bercampur bangga apabila mendengar liku hidup awalannya sehinggalah beliau mampu  MENOLONG  mereka yang memerlukan  pertolongan.

3.  Walaupun IKHLAS  namun beliau  TIDAK  KESUNYIAAN  dari berbagai DUGAAN dan HALANGAN.

4.  Yang terbaru apabila  beliau  telah MENGISLAMKAN  150 orang yang hanya tinggal di dalam sampan-sampan kecil  di perairan Semporna, Sabah selain membantu mereka yang TERLALU  DAIF  di Kelantan dan di seluruh negara.

5.   Kini umum mula mengenali  dan mengiktiraf kerja-kerja AMAL  beliau.

6.   Kita umat  yang DILAHIRKAN   Islam sepatutnya merasa bersalah dan  malu diatas kegagalan  melakukan usaha seperti yang dilakukan oleh Ebit yang hanya MEMELUK Agama Suci  ALLAH  SWT  selepas dilahirkan dari keluarga Cina.

7.  Namun usaha baik  beliau  yang DITUNTUT agama itu telah mendapat berbagai kritikan dan kata-kata sinis; malangnya kritikan dan halangan datangnya dari tidak lain tidak bukan umat yang mengaku diri mereka Islam.

8.  Yang mereka tahu ialah berlumba - lumba menghimpun kekayan sama ada dengan jalan yang lurus mahupun RASUAH  dan SALAH GUNA KUASA.

9.  Di mana  Menteri, Timbalan  Menteri, Duta Bertaraf Menteri dan mereka yang telah diberi jawatan  di Syarikat - Syarikat GLC yang sedang berbahagia dengan gaji dan imbuhan yang lumayan?

10.   Biasanya sebahagian besar Wakil Rakyat yang diberi peruntukan lebih RM3 juta seorang setahun menggunakannya untuk menperkukuhkan dan mengekalkan jawatan, dalam erti kata lain mereka menutup mata sebelah terhadap rakyat di bawah yang menjerit kesusahan.

11.  Yang rakyat lihat ramai di antara mereka  berlumba - lumba mendirikan rumah yang lebih besar dan menambah  kereta - kereta mewah untuk mereka dan anak - anak bagi menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimiliki.

12.  Isteri - isteri mereka pula sibuk menayang cincin emas dan permata serta pakaian-pakaian yang mahal yang ditempah dari pereka - pereka fesyen yang ternama.

13.  Jika ke masjid mendengar ceramah pula, mereka akan belumba - lumba  menayang beg tangan berjenama.

14.  Kebanyakan Ustaz-ustaz yang berceramah di Masjid dan di surau-surau JARANG berterus-terang tentang keadaan terkini.

15.  APAKAH MEREKA  TERFIKIR MELAKUKAN SEPERTI YANG DILAKUKAN EBIT LEW?

16.  Walaupun sebelum ini banyak  tulisan saya mengkritik TMJ namun keprihatinan yang ditunjukkan beliau  dengan menghulur sedikit bantuan melalui Ebit Lew kepada rakyat yang memerlukan, terutama sekarang  harus DICONTOHI  DAN  DIBERI PUJIAN.

17.  Saya berharap  langkah  baik yang dilakukan TMJ  AKAN  diikuti oleh  lebih ramai lagi mereka yang jauh  lebih bernasib  baik dari mereka yang memerlukan bantuan.

18.  Jangan terlalu SIBUK MEMBERI DAN MENGUTIP pingat semata-mata.

19.  JIKA  TIDAK  BOLEH  ATAU  TIDAK MAHU  MEMBANTU  JANGANLAH  KITA  MENGHALANG  KERJA - KERJA  BAIK  BELIAU.

20.  Ingatlah Firman ALLAH  SWT  segala yang ada didunia ini, harta dan keluarga  akan tinggal buat selama-lamanya.

21.  Kepada TMJ, semoga dimurahkan rezeki dan teruskanlah kerja - kerja baik ini.

21.  Ebit Lew TIDAK PERLUKAN publisiti murahan seperti Muhyiddin yang tak habis-habis dengan ‘Ucapan Khas’ dan jawatan Kerajaan bagi MEMBANTU RAKYAT yang MEMERLUKAN.

Wassalam
Terima Kasih.

R A S U A H

R   A   S   U    A   H REFORMASI REFORMATI Tamrin  Tun  Ghafar   Rabu - 14/02/24 ( 1 - 17 ) 1.   Kali  pertama  Dewan PWTC  tiba - tiba  sen...