Tuesday 31 December 2019

SUMPAH LAKNAT - YANG LAIN - LAIN TAK BERMINAT KE ?

SUMPAH LAKNAT - YANG LAIN - LAIN TAK BERMINAT KE ?

Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 31/12/19
( 1 - 32 )


1. Menjelang Tahun Baru 2020 ini berbagai perkara telah berlaku

2. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja cerita baru yang timbul

3. Dari satu sudut , ini membuktikan bahawa Dasar Keterbukaan Bersuara atau Domokrasi wujud semula dibawah Kerajaan PH

4. Walaupun Dasar ini bagus bagi mendapatkan 'feedback' namun jika tidak berhati - hati ia boleh disalahguna dan amat membahayakan keharmonian kaum

5. Kita serahkan kepada pucuk pimpinan dan penguatkuasa seperti Polis dan SPRM menggunakan kuasa yang ada agar

'Pisang Tidak Berbuah
Dua Kali'

6. Sebelum kita terus digelakan kanak - kanak tentang wujudnya Santa Claus , kita juga harus ingat maseh ada pemakan - pemakan dedak di luar sana yang maseh 'percaya' kepada Najib

7. Bukan sahaja Negara , malah Dunia TELAH dikejutkan dengan pertuduhan Chif Inspektor Azilah Hadri melalui Akuan Bersumpah atau SD nya bahawa Najib Tun Razak yang mengarahkan beliau membunuh, dan kemudian menghapuskan mayat Altantuya , gadis Mongolia

8. Ekoran tindakan Azilah itu , 10 hari yang lepas iaitu pada hari Jumaat 20hb Disember di Masjid Kampung Baru , Kuala Lumpur telah berlangsung satu upacara yang menimbulkan banyak persolan dan komen

9. Tidak pasti apakah TUJUAN SEBENAR Najib membuat apa yang di katakan 'Sumpah Laknat' itu

10. Jika kononnya hendak 'membersikan diri' dengan 'Sumpah Laknat' itu , maka mengapa pula selepas itu beliau bersedia menjawab pertuduhan Azilah didalam Mahkamah ?

11. Mengikut Mufti Perak TIDAK TERDAPAT dalam Al Quran apa yang disebut sebagai 'Sumpah Laknat' ; jika sesaorang itu berbohong maka 'Laknat' akan menimpa orang tersebut

12. Mufti Wilayah Persekutuan pula telah membicarakan perkara yang sama tetapi pada masa yang sama , seperti juga teguran Jeneral ( B ) Arshad , Presiden PATRIOT mempersoalkan sikap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI) dan Jawatankuasa Masjid Kampung Baru MEMBENARKAN Masjid digunakan bagi kepentingan politik sesaorang

13. Jika ia berlaku dimana - mana Masjid atau Surau di Negeri Selangor misalnya , sudah pasti tindakan
tegas akan diambil

14. Tulisan ini di hantar juga kepada Mujahid Yusuf Rawa , Menteri yang bertanggong jawab hal Agama dengan harapan beliau menasihatkan Agong menggambil langkah - langkah tertentu supaya tidak ada lagi sesiapa menyalahguna Rumah Allah untuk mencari pablisiti murah seperti yang dilakukan oleh Najib

15. Mengikut Dr. Fatma Az Zahara , salah seorang penceramah yang berasal dari Mesir, hanya orang munafik sahaja yang menggunakan sumpah bagi menutup kesalahan

16. Surah Al MUJADILA ( 58 ) : 16 membawa maksud yang jelas :

"Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai ( untuk menyelamatkan diri dan harta bendanya daripada dirampas atau dibunuh ) , maka dengan yang demikian dapatlah mereka menghalang ( dirinya dan orang lain ) dari jalan ALLAH , oleh itu mereka beroleh azab seksa yang menghina"

17. Surah AL MUNAAFIQOON (63 ) : 2

juga membawa maksud yang sama

18. Tidaklah pasti samada sesaorang yang bersumpah seperti itu perlu memegang Al Quran atau cukup dengan hanya membaca skrip yang telah disediakan

20. Apakah dengan apa yang dikatakan 'Sumpah Laknat' itu maka ia telah membuktikan sesaorang itu bersih dari melakukan kesalahan dan akan terlepas dari segala hukuman

21. Jika jawapan nya begitu maka 'sepatutnya' beliau dari awal lagi berbuat demikian ( Sumpah Laknat ) SEBELUM kes SRC , 1MDB , Gangguan Terhadap Lapuran Audit , Cukai RM1.6 Billion dan kes - kes lain dibawa ke Mahkamah bagi membersihkan diri dan berkemungkinan di campakan ke dalam penjara

22. Beliau juga patut membuat 'Sumpah Laknat' yang beliau tidak pernah mengenali Jho Low , Tim Leissner dari Goldman Sach dan mungkin juga beliau tak mengenali Azilah Hadri seperti beliau tak pernah kenal wanita Mongolia yang bernama Altantuya atau Aminah yang telah dibunuh dengan kejam

23. Apakah yang lain - lain seperti Zahid Hamidi , Tengku ( ? ) Adnan Mansor , Azeez Rahim , peguam - peguam beliau seperti Shafie Abdullah dan Hafarizam , Rosmah , Riza Aziz dan keluarga beliau 'terlupa' membuat 'Sumpah Laknat' yang sama bagi membersihkan diri , dan dikenakan tindakan undang - undang

24. Jika 'Sumpah Lanat' boleh di gunapakai maka Hakim buat sahaja keputusan 'tidak bersalah' terhadap mereka TANPA PERLU buang masa Hakim dan Mahkamah

25. Masaalah kesesakan penjara pun akan selesai apabila banduan - banduan Islam membuat 'Sumpah Laknat' seperti yang dilakukan Najib

26. Bagi menyakinkan pengundi - pengundi Melayu menjelang Pilihanraya Umum yang lepas Najib telah mengumumkan bahawa beliau telah diberi penghormatan berdoa betul - betul di Makam Rasulullah , dan mengikut beliau SEGALA permintaan atau doa disitu akan diangkat terus dan makbulkan

27. Sebenarnya sudah beratus tahun lamanya Makam Rasullullah telah dikepung dengan tembok batu yang tebal dan tinggi ; malah sejak itu tiada siapa pun termasuk keluarga Raja Arab dapat peluang seperti yang beliau nyatakan

28. Jika benar , sudah pasti Najib tidak akan melepaskan peluang berdoa disana untuk menang Pilihanraya , namum keputusan menunjukan majoriti pengundi Melayu menolak UMNO/BN ; ini membuktikan beliau sanggup lakukan apa sahaja termasuk berbohong di Makam Rasullullah

29. Bukan sahaja kalah tapi kini beliau dan keluarga berhadapan dengan berbagai tindakan undang - undang

30. Kata orang tua - tua :

'Alah Bisa Tegal
Biasa'

31. SEMOGA ACARA 'SUMPAH LAKNAT' INI TIDAK MENJADI BAHAN LAWAK SEPERTI KANAK - KANAK LAWAKKAN KITA TENTANG WUJUDNYA SANTA CLAUS

32. Dengan harapan rakyat Malaysia berbilang kaum terus hidup aman damai dan hormat menghormati diantara satu sama lain , saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun 2020

Wassalam
Terima Kasih

Saturday 21 December 2019

JANGAN MAKAN GAJI BUTA

JANGAN  MAKAN  GAJI  BUTA

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu - 21/12/19
( 1 -  23  )


1.   Sebenarnya sejak Pilihanraya Umum pada 9hb Mei 2018 yang lepas sehingga kini berbagai tindakan telah dilakukan bagi kesejahteraan negara dan rakyat 

2.  Walaupun begitu maseh banyak lagi yang perlu dilaksanakan bagi memenohi janji - janji PH seperti yang terkandung didalam manifesto mereka

3.   Jika di teliti dan di halusi , banyak juga janji - janji Pilihanraya BN yang TIDAK  dilaksanakan

4.  Bak kata Perdana Menteri dan Menteri Kewangan  SEGALA  janji tersebut PASTI  akan ditunaikan menjelang Pilihanraya Umum yang akan datang

5.  Jika pemimpin - pemimpin Pembangkang menilai secara rasional dan positif  tanpa punyai perasaan benci dan emosi ,  senarai tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan bagi menyelamatkan wang negara dan bagi kesejahteraan rakyat seperti yang dilampirkan , sudah pasti mereka akan bersetuju dengan apa yang telah , sedang dan akan dilakukan oleh Kerajaan kini

6.  Hakikat sebenar ,  Najib dan beberapa orang nya lah yang menyebabkan keadaan kewangan dan ekonomi negara kini berada dalam keadaan yang merunsingkan

7.  Dengan pengelaman yang luas  dan keikhlasan Tun selaku Perdana Menteri dan di bantu pula oleh Tun Daim , bekas Menteri Kewangan , dan jika rakyat bersabar  segala duri dan ranjau  pasti akan dapat diatasi dan negara dan rakyat  akan maju semula seperti dahulu

8.  Itu lah yang dilakukan oleh rakyat Jepun dan Germany selepas kedua - dua negara tersebut hampir musnah semasa Perang Dunia ke 2 dahulu

9.  Kerajaan kini TERPAKSA  berhati - hati seperti

   'Menatang Minyak    
    Yang Penuh'

dalam segala tindakan bagi memulih dan membangunkan semula ekonomi rakyat dan negara

10.   Jika rakyat boleh terima hakikat  bahawa kesesakan lalu lintas dan berbagai kesulitan yang timbul ekoran pembinaan berbagai highway dan jejantas  yang memakan masa yang agak lama bagi  kelancaran dan keselesaan masa depan penduduk maka  rakyat juga harus memberi kepercayaan dan  menyokong usaha - usaha yang sedang dijalankan oleh Kerajaan

11.  'Berakit - rakit 
        Ke hulu
       'Berenang - 
        Renang 
        Kemudian ,

       'Bersakit - sakit
        Dahulu , 
        Bersenang -
        Senang 
        Kemudian'

11.  Amat  MUSTAHIL  mereka yang telah di beri amanah hanya mahu berkuasa sepenggal sahaja 

12.  KEGAGALN  KERAJAAN  PH  MENYAMPAI KAN  MAKLUMAT  BUKAN LAH  SALAH RAKYAT

13.  Gobind Singh Deo selaku Menteri Komunakasi dan Maltimedia jelas  GAGAL  membantu Kerajaan  menyampaikan  segala maklumat kepada rakyat  terutama berhubung dengan segala usaha dan tindakan Kerajaan

14.  Alasan bahawa beliau tidak ada kuasa  terhadap stesen TV dan Radio swasta dan gagal mendapat kerjasama pegawai - pegawai  Kementerian jelas membuktikan kelemahan beliau sendiri sebagai seorang Menteri yang dipertanggong jawabkan

15.  Sepatutnya beliau kerap turun padang berdailog dan menyampaikan  maklumat kepada rakyat

16.  Kelemahan dan kegagalan beliau sebagai Menteri Komunakasi dan Maltimedia menyakinkan lagi rakyat terhadap usaha Pembangkang ; sekali gus menyebabkan segala hasrat murni Perdana Menteri menjadi  sia - sia sahaja

17.  Jika beliau seorang 'Gentelman'  yang bermaruah , beliau sepatutnya mengundurkan diri atau berhenti sebagai  seorang Menteri ATAU  sekurang - kurangnya meminta ditukar kan ke Kementerian yang lebih mudah seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga hal ehwal Perpaduan dan Orang  Asli

18.  'JANGAN  MAKAN  GAJI  BUTA' -  itulah ulasan  penyokong  - penyokong  PH  dan majoriti rakyat terhadap Gobind 

19.  Kementerian Komunakasi ini yang merupakan 'front line' sepatutnya diterajui oleh seorang yang mempunyai pengelaman yang luas dan 'PR' yang baik dengan pegawai dan rakyat

20.   Mungkin atas sebab - sebab tertentu ada yang tidak bersetuju tetapi adalah dirasakan Rais Yatim yang 'kreatif' dan 'forceful' memenohi kriteria yang boleh membantu memulihkan image Kerajaan yang mula luntur

21.  Tun mempunyai 2 pilihan , samada tidak mahu mengguris hati seorang Menteri yang LEMAH dan GAGAL yang kebetulan dari DAP atau memenangi semula sokongan rakyat kepada Kerajaan PH

22.  'Sudah Kalah 
        Baru Berkubu'

       'Sudah Kecurian
        Baru Mengunci
        Pintu'

       'Jangan Selepas 
        Kuda Dah  
        Terlepas , 
        Baru Nak Tutup 
        Pintu Stabil'

23.  SEMOGA   LAGU  DENDANGAN  AHMAD  JAIS  ( Alfatihah )  
'Harapan Kecewa' TIDAK  MENJADI  KENYATAAN 

Wasallam
Terima Kasih

Monday 2 December 2019

HUMBANKAN SAJA MEREKA KE DALAM KAMAR TIRAI BESI

HUMBANKAN SAJA MEREKA KE DALAM KAMAR TIRAI BESI

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 01/12/19
( 1 - 39 )


1. Tidak ada tolak ansur dan pengampunan
terhadap sesiapa sahaja yang menyalahguna kuasa dan melakukan rasuah

2. Salah satu sebab rakyat menumbangkan UMNO/BN ialah kerana amalan rasuah sudah sampai kesatu tahap dimana ianya seperti lagu dan irama yang tidak boleh dipisahkan

3. Kesungguhan Kerajaan PH yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir memerangi rasuah adalah salah satu bukti bagi menunaikan janji Pilihanraya yang harus diberi pujian dan sokongan

4. Kini rakyat mahu melihat sejauh mana kesungguhan memerangi salahguna kuasa dan rasuah ini dilaksanakan , apakah ia setakat 'pilih bulu' atau 'menanam tebu di bibir sahaja' , dalam erti kata lain jangan 'cakap tak serupa bikin'

5. Menentang amalan rasuah adalah JIHAD yang dituntut , ia WAJIB dilakukan TANPA mengira jawatan dan kedudukan dan TANPA mengira kawan mahupun lawan , ini TERMASUK Menteri - Menteri , Menteri Besar dan Ketua Menteri dan Pegawai - Pegawai Kerajaan

6. Mereka yang bergulumang dengan amalan jijik sebegini terdiri dari mereka yang TIDAK BERAMANAH dan TIDAK BERMARUAH

7. Cuba bayangkan ahli keluarga mereka menjamu selera dan menayang kekayan dan kemewahan dari hasil HARAM yang dilakukan sedangkan rakyat dibawah tak ubah seperti 'kais pagi makan pagi'

8. HENTIKAN DAN BERTAUBAT LAH sebelum 'nasi menjadi bubur' , sebelum dicampakan kedalam kamar bertirai besi atau penjara

9. Sudah menjadi kelaziman setelah melakukan pecah amanah dan rasuah mereka akan bergegas ke Tanah Suci seolah - olah nak menunjukan mereka ini bersih dan boleh dipercayai

10. Lebih dashyat lagi setelah melakukan rompakan negara besar - besaran ada yang sanggup menipu lagi dengan cerita kononnya telah dapat berdoa diMakam Rasulullah secara 'direct' , dan segala doa itu pasti diMakbulkan ; adalah tidak logik atau masuk akal sesaorang berdoa untuk kalah dan diheret keMahkamah dan mungkin akhirnya disumbatkan ke penjara

11. Kini mereka kesana sini cuba menyakinkan orang Melayu bahawa tanpa mereka dan UMNO nasib orang Melayu akan hanyut seolah - olah Kerajaan hari ini tidak peka dan mengabaikan tanggong jawab terhadap bangsa Melayu itu sendiri

12. Apakah mereka boleh tipu semua orang atas perbuatan MUNGKAR yang dilakukan sebelum ini ; mereka sebenarnya berusaha nak menutup segala kesalahan yang dilakukan dan dalam masa yang sama mahu kan semula kuasa yang telah hilang ; apabila dapat kuasa amalan rompakan akan dilakukan semula

13. Sebebarnya jika rakyat tidak bertekad menumbangkan UMNO /BN pada Pilihanraya Umum yang lepas mereka akan terus melakukan rompakan dan negara berkemungkinan besar AKAN BANKRUP seperi Greece

14. Perlantikam Latheefa Koya , seorang peguam kanan dan aktivis yang lantang menentang amalan rasuah sebagai Ketua Persuruhjaya
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia atau
KP SPRM yang baru adalah bukti kesungguhan Tun memerangi gejala tersebut

15. Usaha yang sedang dilakukan oleh 'wanita pertama' yang 'diimport' menyandang jawatan KP SPRM ini agak 'TERBANTUT' sedikit kerana terdapat beberapa 'orang lama' yang maseh tidak mahu menerima beliau sebagai 'boss' mereka

16. Mereka ini amat bijak dan licik tak ubah seperti pepatah :

'Talam Dua Muka'

'Pepat DiLuar
Runcing Didalam'

'Api Dalam Sekam'

'Kura - kura
Dalam Perahu'

17. Latheefa PERLU BERHATI - HATI kerana mereka ini tak ubah seperti seekor ular yang boleh mematuk bila - bila masa sahaja

18. Difahamkan mereka ini terdiri dari kumpulan kecil di SPRM yang menggunakan kedudukan mereka bagi menghimpun kekayaan

19. Bagi mengelak perbuatan keji , tak beramanah dan tak bermaruah ini dari dihidu , mereka menggunakan berbagai taktik termasuk menggunakan khidmat 'orang luar' bagi membuat kutipan

20. Segala pembelian dan perbelanjaan akan diurus oleh 'orang luar' ini samada secara bayaran tunai atau cash atau/dan dengan mengguna kad keredit

21. Bagi tujuan tersebut mereka akan melewat - lewatkan siasatan dengan berbagai alasan , menyembunyikan fakta kes dan sanggup menghilangkan laporan atau fail siasatan ; ada yang di 'jaga' secara bayaran bulanan

22. Mereka ini melakukan perkara - perkara bodoh itu secara sedirian atau 'atas' arahan/'kehendak' pehak - pehak tertentu

23. Inilah 'sabotaj' yang dilakukan bagi melemah dan memalukan Latheefa dan Kerajaan PH khusus Tun sendiri i

24. Waktu berbulan madu sudah berakhir ; kini rakyat MENAGIH tindakan tegas dan pantas bagi mengatasi amalan keji ini sebelum rakyat melempar tuduhan bahawa Kerajaan ini hanya

'Menanam Tebu
DiBibir Sahaja'

atau

'Janji Capati BUKAN
Jangi Di Tepati'

25. Kes - kes seperti Tabung Haji , lapuran Kementeriam Wilayah Persekutuan berhubung dengan penyelewangan diPutrjaya Holding dan beberapa kes besar perlu diambil tindakan segera

26. Baru - baru ini terdapat beberapa rungutan berhubung dengan salah laku Muhyiddin Yassin , Menteri Dalam Negeri yang juga Presiden Parti Bersatu yang mungkin telah menyalahi Akta SPRM

27. 'Apa Tujuan Pembida Tender DiJemput Ke Pertandingan Golf KDN ?' ada lah tajuk blogger Shahbudin Husain yang ditulis tidak lama dulu

28. Mengikut beliau pertandingan golf ANJURAN KDN itu selain dari Muhyiddin , Ketua Setiausaha Negara atau KSN dan Ketua Seriausaha Kementerian atau KSU ( yang baru bersara ) turut hadir ; begitu juga anak dan menantu beliau , Pembida - pembida projek Sistem Bersepadu Immigresen atau Immigration Integrated System atau ISS yang bernilai tidak kurang RM1 Billion telah 'dijemput' sama

29. Disertakan bersama ini tulisan Shahbudin Husain yang dinyatakan sebagai renungan

30. Apa yang ditulis oleh Shahbudin mengingatkan kembali beberapa perkara yang pernah berlaku hampir disetiap tempat yang beliau kemudi :

i. Bermula dengan penggambilan / rampasan tanah ladang Mount Austin Estate seluas kira - kira 5,000 ekar ia MENYALAHI Kanun Tanah Negara : tanah ini dipindah milik terus kepada Syed Mokhtar , sahabat baik beliau untuk dimajukan - ini berlaku semasa beliau memegang jawatan Menteri Besar Johor

ii. Menyambung Perjanjian Air yang menguntungkan Singapura TANPA mendapat persetujuan Kerajaan Pusat

iii. Bantuan Kerajaan sebanyak RM250 juta kepada syarikat National Feedlot Corporation ( NFC ) yang di punyai oleh keluarga Sharizat Jalil yang ketika itu menjawat jawatan Menteri dan Ketua Wanita UMNO - dikatakan beliau ( Muhyiddin ) selaku Menteri Pertanian telah memberi sokongan kuat sehingga berjaya

iii. Projek Bistari Net bernilai lebih RM5 Billion katanya diberi kepada YTL dan kerja - kerja bawahan atau 'sub contract' dikendalikan oleh ahli keluarga beliau - ini berlaku semasa beliau mengepali Kementerian Pelajaran

iv. Kini heboh diperkatakan tentang 2 syarikat :

a. AMONA INFRA CARE Sdn Bhd - projek penyelenggaran jalan negeri bagi kawasan utara Johor benilai Ratusan Ribu Juta Ringgit - sebelum ini kerja - kerja ini dilaksanakan oleh kontraktor - kontraktor Kelas F

b. BUJANG HOLDINGS Sdn Bhd - projek serupa seperti ( a ) diatas untuk seluruh Perak yang bernilai hampir 1 Billion diberi tanpa tender terbuka

31. Mohd. Fuad bin Yassin , adik Muhyiddin sebapak tetapi berlainan ibu adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut

32. Bagi menentukan KESAHIHAN kesemua perkara tersebut , SPRM PERLU membuka kertas siasatan dalam kadar segera TANPA merasa serba salah atau takut hanya kerana beliau ialah Menteri Dalam Negeri dan Presiden Parti BERSATU

33. Lihat saja apa yang berlaku di Taiwan , Korea Selatan malah di Israel sendiri , Presiden dan Perdana Menteri disiasat dan didapati bersalah

34. Mahyuddin BUKAN Mailikat atau maksum yang tidak sunyi dari sebarang kelemahan dan kesalahan

35. Jika angin tidak bertiup kencang tak kan pokok boleh bergoyang

36. SPRM MISTI BERTINDAK SECARA BEBAS TANPA PILIH BULU DAN TANPA DI PENGARUHI OLEH SESIAPA PUN - jangan buat - buat tak nampak gajah didepan mata sedangkan kuman diseberang laut dicari sehingga ke lubang cacing

37. "Tangkap lah saya jika saya sendiri melakukan kesalahan" - itu adalah rayuan Tengku Abdul Rahman Putra Alhaj ( Alfatihah ) pada Harun Hashim , Pengurusi Badan Pencegah Rasuah atau BPR

38. Demi menjaga nama baik UMNO/PERIKATAN dan demi prinsip hidup , Abdul Rahman Talib ( Alfatihah ) , Menteri Pelajaran ketika itu sanggup meletakan jawatan selepas dituduh melakukan rasuah sedangkan beliau TIDAK PERNAH menggambil kesempatan atau menyalahguna kuasa bagi mengkayakan diri dan keluarga

39. RAKYAT MAHUKAN PEMIMPIN DAN PEGAWAI YANG BERSIH, BERAMANAH DAN BERMARUAH DAN BUKAN NYA MEREKA YANG PANDAI BERPURA - PURA

Wassalam
Terima Kasih

R A S U A H

R   A   S   U    A   H REFORMASI REFORMATI Tamrin  Tun  Ghafar   Rabu - 14/02/24 ( 1 - 17 ) 1.   Kali  pertama  Dewan PWTC  tiba - tiba  sen...