Friday 29 July 2022

SUSAH KAH NAK IKUT YANG BAIK

SUSAH KAH NAK IKUT YANG BAIK

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu - 30/07/2022
( 1 -  30 )


1.   'KELUARGA  MALAYSIA'   yang 
disebut  selalu  dengan  bangga , dan  mengakui pula itu adalah cetusan pemikirannya sendiri kononnya  telah dimulakan  pada 22hb August 2021 , iaitu  sehari selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri

2.  Mengikut rekod 'KELUARGA  MALAYSIA'   adalah Deklarasi  yang  TELAH  dilancarkan  oleh  Dr. Wan Azizah  Ismail  pada 25hb September 2019 di Pusat Inovasi dan Kreativiti  ( MAGIC )  2 tahun SEBELUM  Ismail mengangkat  sumpah ;  semasa itu Dr. Wan ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap  Menteri Wanita  dan Kebajikan

3.  Walaupun mungkin pada  penyokong  perkara itu remeh dan tak penting  namun ramai  juga  MAHUKAN  PENJELASAN  siapa  yang  benar -  Dr. Wan Azizah  atau Ismail Sabri

4.  Begitu juga siapa  yang  SEBENARNYA  yang  mula - mula  mencetuskan  cadangan  penubuhan Majlis Pemulihan Negara  atau  MPN  yang kini dipengurusikan  oleh Mahiaddin Yasin , mantan Perdana Menteri  GAGAL yang kini BERTARAF  Menteri -  Tun atau Mahiaddin  sendiri ?

5.  Jika Dr. Wan Azizah dan Tun  yang  mencetuskan  idea  tersebut , ini bermakna mereka berdua  ( Ismail Sabri  dan  Mahiaddin )  TIDAK  MEMPUNYAI  idea tersendiri  ,  dan  tanpa mempunyai  perasaan malu dan bersalah MENIPU  rakyat  dengan mengciplak idea orang lain

6.  Umum  MENDESAK   mereka  semua tampil  menjelaskan perkara  sebenar

7.  Dengan hampir 300 juta rakyat , Jokowi , Presiden  Indonesia  mampu  melawat hampir kesemua  daerah dengan menggunakan  pesawat , helikopter ,  berkereta , bermotosikal  mahupun  berjalan kaki  bagi menemui rakyatnya

8.  Walaupun mampu , beliau memilih kesederhanaan  dengan tidak menunjuk atau bermegah  dengan  pakian - pakian  yang mahal  seperti  baju berjenama  berharga RM5,000 yang dipakai oleh Perdana Menteri , Ismail Sabri sewaktu  bertemu  Perdana Menteri Singapura tidak lama dahulu atau memakai jam tangan bernilai RM240,000  SEDANGKAN  rakyat susah

9.  Pakian  Jokowi dan isteri  beliau  AMAT  SIMPLE ; berbaju kemeja puteh dengan menyenseng lengan  dan tidak pun memakai jam tangan , begitu juga kasut getah yang dipakai tidak melebihi RM200.00 sepasang  namun rakyat  terus mengalu dan  mencintainya

10.  Itulah  contoh baik  seorang pemimpin berjiwa rakyat yang patut diikuti  oleh Ismail Sabri  yang  selalu  melaungkan  'KELUARGA  MALAYSIA'  yang hanya berjumlah 33 juta rakyat sahaja  ;  bak kata pepatah :

ULAR  MENYUSUR  AKAR  TIDAK  HILANG  BISANYA

11.  Dahulu sebut sahaja  RASUAH  ,  kita dan dunia pasti  menuding  jari ke Indonesia tapi kini semuanya  sudah berubah

12.  Apakah  kita tidak malu apabila Indek Rasuah  membuktikan Malaysia  sudah jauh kehadapan  meninggalkan Indonesia dan negara - negara  yang dikenali sebagai perasuah ?

13.  Akibat  amalan rasuah yang menjadi - jadi banyak  pelabur  menjual saham dan  memindahkan  operasi mereka ke Indonesia dan negara - negara jiran  justeru meninggalkan kesan buruk terhadap ekonomi terutama jumlah pengganguran  terus meningkat

14.  Berpunca dari amalan rasuah lah nilai matawang  negara  terus merudum , dan dengan itu kos barang - barang keperluan  terus meninggi seolah - olah tiada nokta

15.  Sindrom nafi atau  Denial  Syndrom yang menjadi amalan pemimpin terutama pemimpin - pemimpin UMNO  harus dihentikan  segera - mereka harus :

BERPIJAK  DIBUMI NYATA  

16.   IKAN  ITU 
        BUSUK  DARI
        KEPALA

jika  Perdana Menteri  pilihan Agong  BUKAN  rakyat  itu rasuah maka ianya akan menjadi ikutan  SEMUA 

17.  Jika Jokowi  boleh melakukan reformasi  dengan  menggantikan 4 orang Menterinya  dengan yang lebih dinamik dalam tempoh  masa  4 bulan dan mempenjarakan  pemimpin - pemimpin politik lain kini rakyat  Malaysia  juga  MENUNTUT  KEBERANIAN  Ismail Sabri memecat sekurang - kurangnya 50%  Menteri yang lemah ,  bangang dan korup  yang boleh dijadikan 'kayu api'  atau  dalam bahasa Inggerisnya  'Dead Wood' ;  lagi pun jumlah Kabinet Malaysia  adalah yang TERBESAR  sekali di dunia dengan kos menampung mereka dan pegawai - pegawai  boleh digunakan membantu rakyat dan membangunkan negara

18.  Selain beberapa badut atau clown  di Dewan Rakyat ,  Malaysia juga punyai 2 orang adik beradik  - seorang Peguam Negara dan seorang lagi Yang Di Pertua Dewan Rakyat  atau Speaker  yang  PATUT  di pecat  kerana  mereka  tidak mencerminkan tingkah laku yang baik sebagai penyandang jawatan masing - masing ; mereka  berdua adalah hasil lantikan Mahiaddin

19.  Jika SPRM  dan Peguam Negara  beramanah  menjalankan tugas tanpa pilih bulu dan kedudukan , tidak mustahil  Mesyuarat  Kabinet  boleh diadakan di penjara Sungai Buloh

20.  Baru - baru ini Ahli Parlimen Kota Belud  diperintah keluar dan digantung selama 2 hari kerana  mengemukakan usul berhubung Kaum Sulu yang merampas 2 aset Petronas tetapi dalam masa sama tidak ada tindakan tegas terhadap seorang Ahli Parlimen UMNO  yang  menggunakan  bahasa  jelek dan kotor terhadap Ahli Parlimen Wanita

21.  Menolak usul Kota Belud  dengan  ALASAN  konon nya  ia nya subjudis adalah satu pembohongan atau pun kebodohan Speaker 

22.  3 orang Menteri mengadakan perjumpaan tertutup dengan Ahli - Ahli Parlimen  di sebuah hotel terkemuka berhubung usul tersebut adalah TIDAK  BERMORAL  sama sekali ; mengapa  tidak dibahaskan terus di Parlimen ?

23.  Kini rakyat  lagi bertambah  BOSAN   apabila  beberapa pemimpin parti politik  MASIH  BERANGAN  - ANGAN  menjadi Perdana Menteri 

a.   Sejak zaman Abdullah Ahmad Badawi  lagi  sehingga  sekarang Anwar  bercita - cita  jawatan tersebut 

b.  Mahiaddin  yang  TERBUKTI MENIPU  ANGKA   DAN  TERBUKTI  GAGAL  masih menamakan diri  sendiri   kejawatan tersebut

c.  Shafie Apdal  dari Parti  WARISAN  juga  tidak ketinggalan  dengan menamakan diri nya  sendiri  sebagai calon Perdana Menteri

d.  Hanya Tun Dr. Mahathir  sahaja  yang  TIDAK  menamakan dirinya sebagai calon Perdana Menteri , walaupun berumur  tapi jika dibandingkan  dengan yang lain , jauh lebih baik dari ukuran fizikal , mental dan pengelamannya yang luas

24.  Tun  yang mempunyai pengelaman luas  sebagai Perdana Menteri  boleh  mengasuh dan membimbing  anak - anak  muda  seperti  Rafizi , Nurul Izzah dan lain - lain  yang bakal menggambil alih kepimpinan negara kelak

25.  Tun bukan lah Malaikat atau Nabi yang terkecuali dari kelemahan dan kesilipan tetapi untuk  rekod  walaupun dituduh dan difitnah  oleh musuh - musuh politik  , Perdana Menteri yang terkaya  di Malaysia jika tidak di dunia , dari zaman Abdullah , Najib , Mahiaddin dan kini Ismail Sabri tidak ada bukti pun kearah tersebut

26.  Nabi Muhammad  pernah menasihati  Abdul Rahman bin Samurah  agar tidak meminta jawatan  kerana jika diberi jawatan TANPA  meminta , ALLAH  SWT  AKAN  MENOLONG  tetapi jika meminta  jawatan tersebut ia AKAN  DI BIARKAN

27.  Kehebatan beliau terserlah  lagi  apabila mantan Menteri Perdagangan Indonesia menemuramah  beliau sedangkan pemimpin Parti lain tidak berada dalam senarai nya 

28.  Selain dari Jepun, Korea dan  Universiti  Oxford yang Tun telah menerima jemputan ,  beberapa negara lain sedang menunggu  giliran 

29.  Mengapa  negara - negara tersebut  hanya  menjemput  Tun yang tua pada umurnya  tetapi tidak pun menjemput  mereka yang  jauh lebih muda ?

30.  Kata - kata Erdogan , Presiden Turki :

ALLAH SWT  MENGHADIAHKAN  TUN  UNTUK  MALAYSIA  SEDANGKAN  DUNIA  MEMERLUKAN NYA 


Wassalam
Terima Kasih

Monday 18 July 2022

JANGAN TERLALU TAKSUB MEREBUT TAHTA SEDANGKAN RAKYAT MENDERITA

JANGAN  TERLALU  TAKSUB  MEREBUT  TAHTA  SEDANGKAN  RAKYAT  MENDERITA

Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 19/07/2022
( 1 -  18 )


1.  Adalah satu kesilapan besar jika pemimpin masih beranggapan rakyat itu bodoh dan boleh terus dijadikan sebagai : 

BATU  LONCATAN

2.  Rakyat sedar permainan sebahagian ahli - ahli politik  dan konco - konconya  yang menggunakan mereka untuk kepentingan diri dan keluarga akhirnya - apa yang mereka dapat sebagai balasan ialah  dicampakan sedikit habuan seperti memberi  gula - gula kepada kanak - kanak yang terus melalak  dan mungkin memberontak

3.  Sebenarnya  sudah lama rakyat  mendendam perasaan ;  kebencian mereka terhadap kebanyakan ahli - ahli politik hanya umpama :

RETAK  MENUNGGU
BELAH

4.  Berlakun bagaimana pun rakyat  tahu kebanyakan mereka ini masih tidak cukup - cukup  dengan  kekayaan  yang  sedia ada

5.  Menyalahguna kuasa  dan  melakukan rasuah sudah menjadi sebahagian darah daging mereka - mereka tidak merasa malu dan tidak takut kepada undang - undang dunia  dan undang  -  undang ALLAH  SWT  - apakah dengan solat , berpuasa  dan menunaikan Umrah dan Haji  maka  segala apa yang dilakukan oleh seseorang  perasuah itu boleh  diampunkan 

6.  Trend kebelakang ini jelas menunjukan   setiap kali rakyat bising maka bantuan  kewangan akan di beri ,  memang rakyat perlukan segala bantuan kewangan
tapi yang penting ialah joran atau kail bukan setakat memberi  ikan sahaja

7.   Sikap Mahiaddin dan  partinya BERSATU  mengemukakan tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri disaat  

DAPUR  MULA  TAK BERASAP' 

jelas MEMBUKTIKAN  beliau dan Parti BERSATU nya sememangnya tidak peka  dan sensitif terhadap apa yang sedang  dihadapi rakyat  dan negara

8.  Kalau jawatan tersebut begitu penting  mengapa ketika merampas kuasa dahulu beliau tidak pula membuat perlantikan tersebut , sebaliknya  melantik beberapa orang sebagai Menteri Kanan  atau Senior  Minister  ?

9.   Samada Ismail Sabri Yaakub atau Mahiaddin Yasin   benar , itu bukan menjadi kayu pengukur  pada rakyat  menentukan parti mana yang mereka akan pilih pada PRU  akan datang

10.  Rakyat  sebenarnya  sudah tahu memilih antara INTAN  DAN  KACA

11.  Disini ada dua kesalahan besar  yang  diambil kira   rakyat  semasa  menggundi nanti  yang  dilakukan  Mahiadiin  dan partinya , BERSATU :

i.  Merampas kuasa dari Tun  melalui LANGKAH  SHERATON

ii.  Mengutamakan  jawatan  Timbalan Perdana Menteri dengan membuat tuntutan tersebut  ketika  rakyat sedang menderita umpama :

KAIS  PAGI 
MAKAN  PAGI
KAIS  PETANG
MAKAN  PETANG

12.  Ada 2 pendekatan yang boleh dilakukan Mahiaddin jika sekiranya  tuntutan tersebut tidak dilayan :

i.   Menarik sokongan atau apa yang pernah dikatakan beliau  'Press The Button'  terhadap Kerajaan yang ada ini - ini bermakna  Parlimen dibubarkan dan  Pilihanraya  Umum yang baru  perlu diadakan - soalnya  adakah beliau berani memandangkan ramai Ahli Majlis Tertinggi BERSATU  kini menjawat jawatan Menteri , Timbalan dan Pengerusi GLC

ii.  Meletak jawatan Pengurusi/ Presiden Parti  BERSATU  secara  terhormat  sebelum diturunkan

13.  Selepas ini Mahiaddin bolehlah balik ke pangkuan Nika Gee  dan Azmin    pula mencari pasangan lelaki baru jika  sekiranya Haziq Aziz  tidak lagi berkenan dihati

14.  Inilah nasib apabila sesaorang  Perdana Menteri itu  BUKAN  pilihan rakyat  tetapi kehendak Agong 

15.  Harga barang - barang keperluan tidak terkawal ,  mata wang negara merudum , pelabur - pelabur lari ke negara - negara jiran yang mengakibatkan  jumlah pengganguran  bertambah , indeks jenayah terus meningkat begitu juga amalan rasuah  menjadi - jadi dan Malaysia kini dikenali sebagai pusat  pendatang haram  dan dadah 

16.  Rakyat  perlukan  pembelaan  ;  bantuan RM100 ke RM300 bagi Kumpulan B40  hanya gimik politik bagi meraih sokongan sahaja - realitinya  rakyat mahu penyelesain jangka panjang tapi mereka yang bukan termasuk dalam kategori B40 , dimana pembelaan bagi mereka ?

17.  Bagi tujuan tersebut  orang yang mempunyai pengelaman luas  walaupun ada yang tidak gemar dengan beliau ialah Tun Dr. Mahathir

18.  Tidak ada apa yang diperlukan beliau  melainkan  menyumbang bakti terakhir kepada rakyat dan negara sebelum  beliau menutup mata kali terakhir, Wallahualam!! 


Wassalam
Terima Kasih

Saturday 9 July 2022

97 ATAU 79

97  ATAU  79  ?

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 10/07/2022
( 1 - 28 )


1.  Jika berhadapan dan berbicara pasti ramai yang terpegun  mendapati  bagaimana insan yang diberi berbagai panggilan dan gelaran  seperti   'atuk' , 'nyayuk'  dan  'tak relevan'  mempunyai tenaga dan pemikiran  dan ingatan  yang begitu dinamik  seperti orang yang baru berumur 79 tahun bukannya 97 tahun

2.   Mereka yang beranggapan negatif itu adalah terdiri dari kalangan yang  mungkin tidak  pernah berjumpa dan berbual dengan Tun justeru tidak tahu isi hati Tun sebenarnya  berhubung negara dan bangsa

3.  Mereka MEMBENCI  Tun konon nya Tun tidak berbuat sesuatu untuk orang Melayu khususnya 

4.   Inilah yang dikatakan Tun  MELAYU  MUDAH  LUPA  -  sebenarnya  selama 22 tahun sebagai PM kali pertama  terlalu banyak yang dilakukan

5.   Tun , seperti Perdana Menteri lain  sama ada sebelum atau selepas BUKAN lah maksum seperti Malaikat dqn Nabi yang tidak punyai sebarang kelemahan  dan kesilapan 

6.   Melayu melenting apabila Tun menggelar mereka 'MALAS'  - sebenarnya Tun mahu lebih ramai Melayu berjaya  seperti bangsa lain , khususnya  Cina ; Tun tidak rela melihat bangsanya merempat seperti pepatah :

KERA  DI HUTAN
DI SUSUKAN
ANAK  DI PANGKUAN
MATI  KEHAUSAN

BERDIRI  SAMA  TINGGI
DUDUK  SAMA
RENDAH

7.  "APA ERTINYA  KEMERDEKAAN   JIKA  BANGSA  MASEH  TERTINGGAL"  - Tun Dr. Mahathir 

8.  Hari ini Ahad 10hb Julai  Tun genap mencapai umur ke 97 ; marilah kita semua  ketepikan sikap benci dan doakan agar ALLAH  SWT  memanjangkan umur dan kesihatan yang baik untuk beliau dan Tun Hasmah Ali yang akan mencapai umur ke 96 tahun pada hari Selasa 12hb Julai ini 

9.   Saya ingat tarikh lahir mereka kerana saya dilahirkan pada 11 hb Julai , 72 tahun yang lepas ; pertengahan  antara Tun Mahathir dan Tun Hasmah

10.   Tanpa teraju dan bimbingan Tun MUSTAHIL  negara dapat mengubah corak pemerintahan apabila buat PERTAMA  kali selepas Merdeka pada tahun 1957 rakyat khususnya orang Melayu  tidak memilih Barisan Nasional yang dulunya  Perikatan

11.  Ini terbukti apabila Pilihanraya demi Pilihanraya  yang diketuai oleh orang  tertentu gagal menumbangkan  Barisan Nasional - mereka TIDAK  dapat kepercayaan dan sokongan pengundi Melayu

12.  Sebagai Perdana Menteri buat kali kedua   tangan Tun terikat  ; Parti - Parti gabungan dibawah PH atau Pakatan Harapan punyai agenda masing - masing

13.  Tun  di'sabotaj'  bukan saja oleh sebahagian  Menteri - Menterinya bahkan disabotaj  oleh Partinya sendiri , BERSATU  sehingga digulingkan Mahiaddin  dan Azmin Ali ekoran LANGKAH  SHERATON jestru Tun hanya berada disana selama 22 bulan sahaja ;  inilah kezaliman Mahiaddin dan Azmin terhadap Tun yang amat percaya kepada  mereka  berdua

14.  Rakyat  patut berbangga kerana buat pertama kali dalam dunia seorang yang sudah menjangkau umur lebih 95 tahun dilantik semula menerajui Negara

15.  Ke Negara mana saja dilawati , sambutan yang diberikan kepada Negarawan ini amat hebat ; mereka menunggu pemikiran seorang pemimpin walaupun sudah lanjut berusia tapi  penuh dengan pengelaman

16.  'ALLAH SWT  memberi Malaysia Tun Dr. Mahathir walaupun dunia  MEMERLUKAN nya' - itu adalah ayat yang dilafazkan oleh Recep Tayyip Erdogan , Presiden Turki yang amat digeruni dan dihormati oleh Barat

17.  Majoriti rakyat masih terbayang SAMBUTAN  LUAR BIASA  Negara Indonesia yang dipimpin  Presiden Jokowi  dan Pakistan  pimpinan Perdana Menteri Imran Khan - malah   Tun telah dijadikan idola mereka

18.  Semasa 22 bulan memerintah , kadar atau indek rasuah turun mendadak , Negara mula dipandang dan dihormati semula namun selepas digulingkan kadar rasuah terus meningkat tanpa henti seolah - olah  tiada nokta 

19.  Sudahlah rakyat bawahan  menderita akibat kos barangan yang memuncak , kini Kerajaan BN pimpinan Ismail Sabri Yaakub MENARIK semula subsidi  minyak masak , ayam dan telur  tapi dalam masa sama Kerajaan BERSETUJU   gaji  Pengurusi dan Ahli Lembaga Pengarah  GLC  seperti Felda dan FGV dinaikan

20.   Sepatutnya konsep "Keluarga Malaysia' yang diciplak dari idea Dr. Wan Azizah  semasa beliau didalam Kabinet Tun selama 22 bulan itu dipraktikan BUKAN  sekadar retorik atau sedap mulut sahaja

21.   Yang miskin terus menderita dan yang kaya dan berada , samada punca pendapatannya halal atau haram terus berbahagia dan berbangga -  kenaikan kos sara hidup  langsung tidak menjejaskan mereka 

22.  Sepatutnya jika Kerajaan benar BERJIWA  RAKYAT  ,  sekurang - kurangnya  POTONG  GAJI  Menteri kepada  50%  dan  BUANG  50%  Ahli Kabinet   yang  terlalu besar  dan tak berfaedah - kebanyakan  mereka adalah  'dead wood' yang boleh dijadikan kayu pembakar sahaja

23.   Jika Mahiaddin GAGAL , Ismail  yang menggantikannya  MESTI   BERANI BERTINDAK   untuk rakyat  , jika tidak bak kata seorang pemimpin UMNO  Negeri Johor , Perdana Menteri  yang paling lemah sejak Merdeka

24.   SEBENARNYA    BUAT  MASA INI  NEGARA  PERLUKAN  SEORANG  PEMIMPIN   YANG  PENUH  DENGAN  PENGELAMAN  DAN IDEA  WALAUPUN SUDAH MENCAPAI UMUR 97  TAHUN   TAPI MASEH BERTENAGA  DARI  MEREKA  YANG  TERLALU RETORIK DAN SIBUK MERANCANG  UNTUK NAIK KE ATAS  WALAUPUN  MUDA

25. Jadikan Tun yang penuh dengan pengelaman sebagai bapa yang akan mendidik orang muda untuk menggambil alih kepimpinan negara

26.  Bak pesan arwah ayah saya , Tun Ghafar  Baba , mereka yang sibuk merancang naik keatas pasti tidak akan berjaya - SKIMMER  CAN NEVER BE SUCCESSFUL

27.  'Apa Yang 
       Di Rancang 
       TIDAK  Akan 
       Dapat

       Apa Yang Dapat
       Tak Pernah 
       Di Rancang

28.  'SELAMAT  HARI  JADI  TUN DAN TUN HASMAH  SEMOGA ALLAH SWT  PANJANGKAN  UMUR  DAN  BERI  KESIHATAN  YANG BAIK' dan SELAMAT  MENYAMBUT  HARI RAYA  AIDIL  ADHA


Wassalam
Terima Kasih

Monday 4 July 2022

SEKARANG BANYAK ORANG SUDAH GILA

SEKARANG  BANYAK  ORANG  SUDAH  GILA

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat - 01/07/22
( 1 -  26 )


1.   'Ini Semua Kerja Orang Gila ; Sekarang   Banyak Orang Sudah Gila'

2.   Komen  Samy Velu , mantan Menteri dan Presiden  Parti MIC dulu kini sudah lebih menyerlah seperti pepatah :

      DAH   TERANG
      LAGI  BERSULUH

3.   Tak tahu bagaimana nak mulakan tulisan ini kerana Negara  kini dipenuhi dengan ramai badut atau clown

4.   Setelah sedar usaha menipu rakyat dengan mengata KING  itu adalah rakyat  ,  cubaan terbaru  beliau bagi mengelirukan  pemikiran  Hakim - Hakim  dan rakyat bagi mengelak diri dari merengkok didalam penjara  ialah dengan mengata  beliau  TIDAK  DITUDUH  MENCURI   tapi HANYA  dituduh tidak memaklumkan   Bank Negara transisi berbilion ringgit yang masuk kedalam akaun bank beliau

5.   Zahid Hamidi pula disatu masa dulu pernah mengaku ibu bapa  beliau lahir di Indonesia dan bersetuju dengan pemberita TV Indonesia  bahawa beliau sememangnya 'balik kampung' setelah memaklumkan paman atau pakcik beliau adalah 'wali kota'  Jogjakarta  ( sila tonton klip video )

6.   Dengan pengakuan tersebut Zahid telah berjaya  menipu  ahli - ahli UMNO  yang memilih Jawa ini sebagai Presidennya ATAU   mereka tidak peduli itu semua  asalkan mendapat bayaran lumayan dan janji - janji manis  

7.   Sepatutnya Perwakilan  UMNO  memilih seorang tokoh yang lebih dinamik, berpengelaman dan waras  seperti Tengku Razaleigh Hamzah tetapi rupanya Perwakilan telah dibeli 

8.   Kini UMNO  terbahagi 2 kumpulan besar - satu kumpulan  Naib Presiden yang kini Perdana Menteri dan satu lagi kumpulan Klaster Mahkamah yang diketuai Najib selaku Penasihat Barisan Nasional , dan Zahid ,  Presiden  UMNO 

9.  Pendedahan Tajuddin Abdul Rahman , Ahli MKT  yang dipecat baru - baru ini telah membuka pekong permainan kotor Zaid  terutama Akaun Bersumpah atau SD  yang ditandatangi  menyokong Anwar Ibrahim , Ketua PKR  sebagai Perdana Menteri  sedangkan keputusan Sidang Perwakilan UMNO   MENOLAK  Anwar , DAP  dan PKR 

10. Ini bermakna Zahid telah memperdaya Perwakilan  UMNO  khususnya - terserahlah pada Ahli UMNO  sama ada mempercayai  londehan Tajuddin  jika benar  atau Zahid , yang majoriti kenal beliau sebagai kaki kelentong

11.  Jika UMNO  mahu berkuasa semula 3  manusia ini MESTI  segera  di kikis :

a.  Zaid
b.  Najib
c.  Mat Hassan

mereka ini yang MEROSAKAN nama baik UMNO ; mereka  MENGGUNAKAN  UMNO  hanya untuk kepentingan diri dan keluarga ; mereka akan terus  MEROMPAK selain dari hendak melepaskan diri dari Sungai Buloh 

12.  Perwakilan dan sebahagian Ketua Bahagian  SENANG  DI BELI  oleh mereka yang masih mempunyai wang yang bertimbun - ini lah nasib Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO  yang dilahirkan pada 11hb Mei 1946  dahulu

13.  UMNO dulu benar - benar  berjuang untuk bangsa tapi UMNO  sekarang berjuang untuk mengkayakan diri dan keluarga - syarahan mereka adalah retorik atau umpama tin kosong sahaja.

14.  Kini rakyat susah dan menderita akibat kos sara hidup terus meningkat naik - yang kaya dan berada tak kira samada punca kekayan mereka dari wang haram yang dinikmati keluarga atau sebaliknya sedangkan yang miskin terus menderita

15.  Negara kini seolah - olah  TIADA  Kerajaan dan Pemimpin ; rakyat hanya dipentingkan  ketika Pilihanraya sahaja 

16.  Bantuan RM100.00 yang diumumkan  tak ubah seperti memberi gula - gula kepada anak yang sedang menangis - apabila menangis lagi diberi pula aiskrim dan seterusnya

17.  Yang PENTING  ialah satu solusi jangka panjang untuk rakyat BUKAN  solusi jangka pendek seperti yang dilakukan

18.  Penyelewangan kuasa dan rasuah dilakukan hampir disemua peringkat seolah - olah ALLAH   SWT  tidak tahu dan tidak  nampak apa yang dilakukan

19.   Setelah merompak kebanyakan mereka  berlumba - lumba ke Tanah Suci samada nak tunjukkan mereka  bersih atau memohon ampun dari Yang Maha Esa ,  kemudian kerja rasuah akan dilakukan semula - itulah putaran yang berlaku tanpa segan silu

20.  Dalam keadaan rakyat susah , Perdana Menteri sibuk menayangkan pakaian yang mahal - apakah beliau tidak tahu keperitan yang sedang dialami rakyat ? atau beliau tidak peduli apa orang kata

21.  Kini  SPRM  tidak akan menyiasat  mereka yang berkedudukan seperti  Menteri  atau mereka 'MEMILIH'

22.   Potong saja lah 50% gaji dan allowance Perdana Menteri , Menteri dan Timbalan , dan dalam masa sama kurangkan jumlah Kabinet dan Timbalan yang begitu besar; itu jika Ismail berani ,  jika tidak , berundur sajalah sebelum dipecat seperti Mahiaddin dulu

23.  Belum tentu UMNO/BN  akan dapat 2/3  majoriti dalam Pilihanraya Umum yang bakal diadakan

24.  Rakyat terpinga - pinga  melihat  gelagat  'pemimpin - pemimpin'  mereka  bercakaran  sesama sendiri

25.  Sudah sampai masa nya mereka ini dicampakan kesungai , dan menaikan mereka yang lebih dinamik dan ikhlas - masanya sudah sampai 'orang muda' diberi peluang menerajui Negara tapi buat sementara perlu di bimbing oleh orang yang banyak pengalaman 

26.  KATA - KATA  SAMY VELU  ITU  ADA  KEBENARAN  NYA -  'SEKARANG  BANYAK  ORANG  SUDAH  GILA'


Wassalam
Terima Kasih

DJ SAL DAN DJ WONG MAHIADDIN DAN AZMIN BILA PULA

DJ  SAL  DAN  DJ  WONG
MAHIADDIN  DAN  AZMIN  BILA  PULA  ?

Tamrin Tun Ghafar

Isnin - 27/06/2022
( 1 -  19 )


1.   Syabas Idris Ahmad , Menteri yang dipertanggong jawabkan apa - apa perkara berkaitan agama

2.  Jika di bandingkan dengan beberapa Menteri dari PAS malah Anggota Kabinet yang lain sekalipun beliau merupakan ahli baru tetapi menyerlah

3.  Pagi ini saya terbaca lapuran bertajuk 'Pehak Berkuasa Agama Perlu Pangil Dj Sal dan Dj Wong ;  kenyataan itu dibuat oleh Menteri berkenaan

4.  Ada baiknya pihak Jabatan Agama mendengar penjelasan  mereka berdua ini dan pada masa sama boleh lah memberi sedikit nasihat dan pandangan dari sudut dan kacamata  Islam

5.  Mungkin ada yang berpendapat perkara ini tidaklah terlalu serius sehingga ianya memerlukan  campur tangan Menteri

6.   Sepatutnya Pejabat Agama boleh bertindak  sendiri tanpa menunggu arahan Menteri

7.   Jika diteliti Pejabat Agama dan Mufti  HANYA  bergerak apabila di arah ,  mereka ini  seolah - olah  'blank' atau  'kosong'  di atas umpama paku , sekali dipukul sekali dia bergerak ; tidak dipukul maka dia  akan kaku ; mereka hanya tunggu Menteri 'batuk'  atau bersuara

8.   Nasib baik Idris ini  pro aktif justeru umum mulai nampak ada sedikt  perubahan  namun ada beberapa  perkara yang perlu di bangkit atau di tanya berhubung Pesta Ben Odori yang katanya pesta agama dari Jepun

9.   Jika PAS dan Menteri sendiri  tidak bersetuju  kerana ianya bertentangan dengan Islam ,  apakah Pesta Cheng Beng , yang memuja roh simati  dan Taipusam juga perlu diharamkan  kerana ia juga berunsur keagamaan

10.  Selain itu umum mahu Idris bertindak tegas keatas Mahiaddin dan Azim yang telah melakukan perkara - perkara yang jijik dan ditentang ALLAH SWT

11.  Walaupun peristiwa  hubungan seks antara Nika Gee dan Mahiaddin sudah lama namun umum masih ternanti - nanti dan bertanya  apakah Islam membenarkkan hubungan seks dengan isteri  orang sehingga meruntuhkan rumah tangga mereka

12.  Berbagai laporan telah dibuat terutama di Pejabat Jawi namun kes tersebut ditutup begitu sahaja

13.  Haziq Abdul Aziz lelaki yang mengaku sendiri mengadakan hubungan seks dengan Azmin di Hotel Four Point di Sabah TELAH  membuat lapuran demi lapuran tetapi kes ini pun ditutup dengan harapan ianya lama kelamaan  akan dilupai

14.  Jika tidak benar mengapa sehingga hari ini Mahiaddin  tidak ambil tindakan Mahkamah terhadap saya walupun sudah 4 kali di cabar termasuk bersumpah didalam mana - mana masjid , begitu juga Azmin Ali TIDAK  PERNAH  menyaman Haziq Aziz jika dia difitnah

15.  'Melayu Mudah Lupa'  yang di sebut Tun Dr. Mahathir itu membawa maksud lain , bukan dalam kedua - dua kes ini

16.  Bagaimana Menteri Agama sekarang boleh menutup sebelah mata dan sanggup bergelumang dengan MUNAFIK  sebegini

17.   Umum pasti akan 'tabik'  Idris jika  berani bertindak terhadap kedua- dua durjana ini

18.   Apakah perbuatan luar tabii mereka berdua ini  boleh dilupakan begitu sahaja , dan PAS  boleh bersama mereka  dibawah satu bumbung , Pakatan Nasional  atau PN

19.   Jika ini pun Idris teragak - agak bertindak maka kata - kata beliau bahawa PAS  perlu hanya 5 hari bukan 5 tahun menjadikan negara ini Islam yang sebenar HANYA  retorik dan  pembohongan sahaja

Wassalam
Terima Kasih

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...