Tuesday 31 March 2020

JANGAN SAMPAI MAKCIK KIAH MERAJUK

JANGAN SAMPAI MAKCIK KIAH MERAJUK

Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 31/03/2020
( 1 - 18 )


1. Sejak dijadikan lambang yang mewakili rakyat, khusus yang memerlukan bantuan kewangan oleh Muhyiddin Yassin semasa mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin, nama Makcik Kiah sudah menjadi sebutan ramai sehingga katanya ada yang bercadang menamakan anak perempuan yang bakal dilahirkan dengan nama Kiah atau Rokiah.

2. Pakej Rangsangan Ekonomi yang berjumlah RM250 bilion adalah merupakan pakej ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan China, diikuti oleh Kanada, Australia, Eropah dan Singapura.

3. Ini bukan saja membuktikan komitmen Kerajaan Perikatan Nasional ( PN ) pimpinan Muhyiddin bagi membantu rakyat yang susah akibat penularan wabak penyakit CORONAVIRUS atau COVID19 tapi yang tidak kurang penting ia juga membuktikan kepada dunia Malaysia masih punyai kedudukan kewangan atau simpinan yang begitu besar dan kukuh yang boleh dibelanjakan bila - bila masa , dan TANPA PERLU mendapat kelulusan Parlimen terlebih dahulu.

4. Sama ada nama sebenar Makcik Kiah ialah Rokiah dan sama ada beliau merupakan ibu kepada Dr. Marzuki Mohamad, orang kanan Muhyiddin sendiri, itu tidak penting.

5. Selesai sahaja Pakej Rangsangan itu diumumkan, ribuan rakyat menadah tangan menzahirkan kesyukuran mereka.

6. Suasana kesyukuran ini mengimbau kembali peristiwa di Temerloh apabila Najib, bekas Perdana Menteri ketika itu mengumumkan rancangan Felda Global Venture ( FGV ) anak syarikat FELDA mengapungkan sahamnya, manakala yang memberontak tidak setuju dengan rancangan itu dilabel sebagai 'Haram Jadah' oleh beliau.

7. Janji Najib setiap Peneroka Felda akan jadi kaya dan ada yang bakal jadi jutawan luntur apabila saham FGV menjunam jauh dari nilai pengapungan sebenar - itulah nasib malang peneroka Felda.

8. Ahli - ahli akademik dan hampir kesemua akhbar termasuk yang berbahasa Cina dan Tamil menzahirkan kegembiran mereka di muka hadapan dengan segala pujian; apa tidaknya dalam suasana ekonomi di mana 'Dapur Mula Tak Berasap' hampir majoriti rakyat akan mendapat sekurang - kurang RM4000.00 seorang; rakyat tersenyum lebar seolah - olah bermimpi berada di taman bunga.

9. Tidak ketinggalan ada juga yang mengatakan Muhyiddin 'The Best Prime Minister Since Merdeka' atau 'Perdana Menteri Yang Terhebat Sejak Merdeka'.

10. Tak sampai seminggu pun sudah ada komen - komen dan analisa dari beberapa tokoh dan penulis terkemuka berhubunan Pakej Rangsangan bagi Makcik Kiah itu.

11. A Kadir Jasin mengemukakan secara terpinci dan amat mudah difahami umum jumlah sebenar yang Makcik Kiah akan dapat iaitu HANYA RM800.00 sahaja BUKAN RM4000.00 seperti yang diumumkan oleh Muhyiddin.

11. Yang hairanya analisa Kadir DISAHkAN tidak lain tidak bukan oleh Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan yang bertanggungjawab menyediakan pakej tersebut.

12. Pengesahan atau pengakuannya semasa ditemuramah di Stesen TV baru - baru ini oleh Tengku Zafrul yang dikatakan 'Pakar Kewangan' yang dibawa khas dari CIMB ke dalam Kabinet ini sudah barang tentu menjadi tajuk perbualan umum.

13. Rakyat kini terutama kalangan B40 yang pernah mendapat bantuan Kerajaan melalui beberapa skim mula mengesyaki ada yang tak kena dengan pengumuman tersebut.

14. i. Jika Kerajaan begitu yakin mempunyai dana yang cukup mengapa pula pembayaran dicadangkan diberi secara berperingkat-peringkat:

a) pembayaran pertama pada hujung bulan April sedangkan Puasa bermula pada 24hb April ini.

b) Pembayaran kedua pada bulan Mei berkemungkinan besar selepas Hari Raya.

Rakyat kini TERLALU perlukan bantuan kewangan secepat mungkin bukannya seminggu lagi apatah lagi pada hujung bulan April dan Mei.

ii. Betulkah Kerajaan mempunyai sumber kewangan sebanyak itu ( RM250 Billion ) sedangkan Petronas yang menjadi penyumbang utama ekonomi negara kini berada dalam keadaan AMAT KRITIKAL?

iii. Ekoran penutupan kilang - kilang dan lain - lain perniagaan , sumber kewangan kedua terbesar iaitu kutipan cukai turut merosot begitu ketara sekali.

iv. Industri pelancongan sebagai salah satu sumber negara kini terjejas dengan teruk; MAS, AirAsia, Firefly dan Malindo TERPAKSA mengurangkan penerbangan, begitu juga pendapatan hotel , restoran dan lain - lain yang berkaitan.

v. Dalam masa yang sama segala hutang negara termasuk 1MDB perlu dibayar selain dari gaji kakitangan awam yang berjumlah hampir 1.2 juta serta bayaran pencen untuk pesara.

15. Rayuan dan suara - suara sumbang sudah mula kedengaran, namun rakyat masih ternanti - nanti penjelasan dari mulut Muhyiddin sendiri:

i. Apakah Makcik Kiah akan dapat RM4000. 00 atau hanya RM800.00 seperti yang disahkan oleh Tengku Zafrul - jika Muhyiddin masih mempertahankan angka yang disebut iaitu RM4000.00 maka ini bermakna Zafrol tidak sepintar yang digambarkan, justeru beliau MESTI dipecat serta merta dari Kabinet seperti juga Menteri Kesihatan 'Air Suam' yang juga telah melanggar Akta Kesihatan 1971 kerana mendedahkan nama pesakit Covid19 yang meninggal dunia.

ii. Jika Muhyiddin 'pusing' atau buat 'u- turn' ini bermakna beliau seorang Perdana Menteri yang telah menipu rakyat, maka secara gentleman atau anak jantan, beliau HARUS MELETAKKAN JAWATAN yang disandangnya kini.

16. Lebih buruk, Muhyiddin juga didapati melanggar arahan PKP daripada kerajaan pimpinannya sendiri apabila keluar membeli barangan dapur di sebuah pasaraya pada Ahad lalu bersama isterinya, sedangkan peraturan hanya membenarkan ketua keluarga saja keluar membeli-belah.

17. Itulah akibatnya apabila 
' Yang Kalah Jadi
  Kerajaan, Yang Menang Jadi
  Pembangkang'.

18. Jangan sampai Makcik Kiah merajuk kerana akibatnya akan diterjemahkan pada PRU ke15 nanti.

Wassalam
Terima Kasih.

Tuesday 24 March 2020

MUHYIDDIN PERLU KETEPIKAN LALAT DAN LANGAU

MUHYIDDIN PERLU KETEPIKAN LALAT DAN LANGAU

Tamrin Tun Ghafar

Rabu - 25/03/2020
( 1 - 23 )


1. Pada Ahad 1hb Mac 2020 Malaysia menyaksikan upacara Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri ke 8 ( PM8 ) yang berlangsung di Istana Negara

2. Ianya berlaku ekoran perletakan jawatan secara tiba - tiba oleh Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri ke 7 selepas memegangnya hanya 22 bulan sahaja

3. Saya tidak berhasrat membicara atau berdebat berbagai teori berhubung tindakan Tun itu

4. Untuk rekod , Tun yang pernah menjawat jawatan tersebut selaku PM ke 4 selama 22 tahun iaitu dari 16hb Julai 1981 ( 6 hari selepas tarikh lahir beliau ke 56 tahun ) hingga 30hb Oktober 2003 , satu rekod yang belum lagi diatasi oleh sesiapa pun

5. Setelah gagal beberapa kali , akhirnya Pembangkang ( PKR , DAP dan AMANAH ) TERPAKSA MEMINTA Tun yang ketika itu sudah berusia 93 tahun menerajui mereka bagi mengalahkan UMNO / BN pada Pilihanraya ke 14 yang berlangsung pada hari Rabu 9hb Mei 2018 ; buat pertama kali dalam sejarah sejak Merdeka UMNO/ BN dikalahkan

6. Ekoran perlantikan beliau itu , Tan Sri Muhyiddin Yassin ( TSM ) telah menubuhkan Kabinet nya yang terdiri dari UMNO , PAS , BERSATU , GPS ( Sarawak ) , serpihan dari PKR dan beberapa parti kecil dari Sabah ; juga saya tidak berhasrat berdebat sama ada Kerajaan sekarang 'Mengikut Pintu Depan Atau Pintu Belakang'

7. Walaupun dunia termasuk Negara kita menghadapi wabak Coronavirus atau Covid19 yang amat kritikal ini namun tindakan Dr. Adham Baba selaku Menteri Kesihatan yang baru ini TELAH MENGUNDANG kritikan dan komen - komen negatif terhadap beliau

8. Perlantikan beliau sebagai Menteri Kesihatan yang baru bagi menggantikan Dr. Dzulkifli Ahmad dari AMANAH mungkin berdasarkan kepada pengelaman luas beliau dalam Kerajaan dan Swasta

9. Sebelum dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementetian Pengajian Tinggi dari tahun 2004 hingga 2008 beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas ( Pendidikan ) di Kementerian Belia dan Sukan

10. Berasal dari Batu Pahat dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan beliau yang kini mempunyai rangkian klinik di Johor atas nama Klinik Adham pernah juga menjadi Pro Chancelor Universiti KL atau UniKL dan Pengurusi UniKL Medical Services

11. Pada mulanya rakyat merasa lega apabila beliau yang mempunyai Ijazah Sarjana Perubatan dan Pembedahaan ( MBBS ) dan pengelaman luas dipilih menerajui Kementerian tersebut namun rupa - rupanya BUKAN sahaja tak seindah apa yang diharapkan tapi ia lebih MEMBURUKAN nama baik Kementerian dan Kerajaan

12. Cadangan beliau semasa temubual di Station TV tidak lama dulu cara mengubati wabak Covid 19 DENGAN HANYA MEMINUM AIR SUAM telah mengundang begitu banyak kritikan

13. Bukan sahaja rakyat yang meluahkan kemarahan dan kebencian terhadap Dr. Adham malah Kementerian Kesihatan sendiri MENOLAK kaedah yang di cadangkan nya itu

14. Jika cadangan Menteri Kesihatan ini boleh mengatasi wabak ini dengan cara yang di cadangkan nya itu berkesan maka tak perlu lagi negara - negara seperti Amerika Syarikat , China , Jepun , Australia dan banyak lagi bermatian mencari ubat yang sesuai

15. Jika berjaya , beliau bukan lagi patut di nobatkan dengan Nobel Peace Prize bahkan dilantik sebagai Ketua Pengarah atau Pengurusi Organasi Kesihatan Sedunia atau World Health Organisation ( WHO ) , Bangsa - Bangsa Bersatu atau United Nations ( UN )

16. Mungkin rakyat sanggup menunggu sebulan lagi bagi melihat keberkesanan MINUM AIR SUAM yang dianjurkan beliau bagi mengatasi wabak tersebut atau mungkin beliau bercadang memperkenalkan keadah lain seperti menggunakan khidmat bomoh yang menggunakan kelapa dan buluh meneropong kuman Coronavirus atau Covid 19

17. Dengan kelulusan , kepakaran dan pengelaman luas yang ada pada Dr.Adham Baba PM 8 tidak salah melantik beliau sebagai Menteri Kesihatan , namun jika sekiranya cadangan beliau itu merupakan cadangan bodoh dan tak masuk akal yang pasti akan terus mengundang kritikan maka Muhyiddin hanya tinggal satu pilihan - TANPA BERLENGAH memecat beliau dari menggotai Kabinet

18. Pemecatan beliau samalah seperti pemecatan Osman Sapian atau lebih dikenali sebagai Man Datsun dan penggantinya Dr. Shahrudin Jamal yang baru belajar menjadi MB Johor yang kebetulan dari Parti BERSATU juga , dan jawatan itu pula tiba - tiba di serahkan dengan dulang mas kepada UMNO yang telah dihumbankan oleh rakyat Johor pada PRU yang baru lepas

19. Ini lah yang dikatakan oleh Mat Sabu , Pengurusi AMANAH

'Yang Kalah
Jadi Kerajaan
Yang Menang
Jadi Pembangkang'

20. PEMECATAN SESAORANG MENTERI ADALAH KUASA MUTLAK PERDANA MENTERI - Muhyiddin dan Shafie Apdal sendiri TELAH di pecat oleh Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Negara atas isu rompakan wang 1MDB

21. Begitu juga cadangan Muhyiddin memecat Marzuki Yahya selaku Setiausaha Agong Parti BERSATU dan menggantikan nya dengan Hamzah Zainuddin ( walau pun Perlembagaan BERSATU TIDAK MEMBERI cheque kosong atau blank cheque kepada Presiden Parti bertindak sesuka hati TANPA TERLEBIH DAHULU berunding dengan Pengurusi Parti , Tun )

22. Kepada Mat Maslan saya memohon maaf kerana tempat Saudara kini diambil alih oleh seorang badut ( clown ) yang kebetulan Bangsa Johor juga

23.

'Buang Yang
Keruh
Ambil Yang
Jernih'

Muhyiddin PERLU ketepikan lalat dan langau, jika gagal berbuat demikian beliau mungkin AKAN MENGUKIR SEJARAH SEBAGAI PERDANA MENTERI YANG PALING PENDEK TEMPOH NYA

Terima Kasih
Wassalam

R A S U A H

R   A   S   U    A   H REFORMASI REFORMATI Tamrin  Tun  Ghafar   Rabu - 14/02/24 ( 1 - 17 ) 1.   Kali  pertama  Dewan PWTC  tiba - tiba  sen...