Wednesday 30 October 2019

CINTA RAKYAT ATAU CINTA DIRI

CINTA RAKYAT ATAU CINTA DIRI

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat - 1/11/19
( 1 - 26 )


1. Buat pertama kali dalam sejarah negara dimana majoriti rakyat telah melakukan suatu tindakan ngeri yang tidak pernah dimimpikan

2. Barisan Nasional atau BN yang terdiri dari 13 buah Parti Komponan yang diterajui oleh UMNO telah ditewaskan oleh gabungan 4 parti utama , PKR , DAP , BERSATU dan AMANAH

3. Kekalahan BN mengingatkan kita kepada sejarah peperangan BADAR dimana tentera Islam seramai 300 orang yang diketuai oleh Nabi Besar kita Muhammad SAW dengan bantuan ALLAH SWT telah berjaya mengalahkan tentera musuh yang berjumlah 1000 orang

4. Sudah beberapa Pilihanraya Umum sebelum ini gabungan parti - parti pembangkang yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah kemudian sebanyak 2 kali di ketuai oleh Anwar Ibrahim telah TIDAK BERJAYA juga

5. Menjelang Pilihanraya pada 9hb Mei 2018 , Kerajaan BN atas alasan yang tidak logik telah tidak membenarkan 4 Parti Pembangkang tersebut bertanding atas satu nama dan 1 simbol , iaitu Pakatan Harapan seperti 13 parti yang bertanding dengan 1 nama dan 1 simbol , Barisan Nasional

6. Bukan itu sahaja , BERSATU yang baru ditubuhkan diuggut untuk dibatalkan pendaftaran nya

7. Atas keputusan muktamad Kerajaan itu kesemua 4 parti Pembangkang bersepakat menggunakan nama dan simbol PKR bagi menghadapi Pilihanraya

8. Situasi ini pernah berlaku apabila calon - calon DAP hampir bertanding menggunakan nama dan simbol PAS

9. BN bukan sahaja menggunakan seluruh jentera Kerajaan termasuk media cetak dan elektronik bahkan mereka berbelanja berjuta ringgit menggunakan khidmat pakar - pakar nasihat dari luar negara seperti APCO sebuah syarikat yang berhubung rapat dengan inteligansi Israel

10. Beratus juta ringgit telah di belanjakan mereka bagi menentukan kemenangan 

11. Calon - calon Pembangkan pula terpaksa mengutip derma dari orang ramai bagi mengisi Tabung Pilihanraya nya

12. Walau pun daif jika dibandingkan dengan kekuatan BN , namun semangat perjuangan Tun Dr. Mahathir yang ketika itu hampir mencecah usia 93 tahun telah menjadi insprasi perjuangan Pembangkang

13. Tun mengingatkan kita bagaimana Omar Mokhtar seorang bangsa Libya yang lanjut umurnya berjaya mematahkan tentera Italy yang kuat dan serba lengkap semasa Perang Dunia ke2

14. Tidak salah jika disamakan semangat perjuangan Tun dengan Ho Chi Minh juga seorang yang agak berumur yang berjaya mengalahkan Tentera Bersekutu Amerika Syarikat semasa perang Vietnam dahulu

15. Perjuangan Tun ketika berusia 93 tahun adalah lagenda yang tidak akan dapat kita lihat lagi

16. Kini umpama 'Harimau Mati Meninggalkan Belang , Manusia Mati Meninggalkan Nama' Tun pada usia 94 tahun mahu menghabiskan sisa - sisa hidupnya membantu memulih dan membangungkan semula negara dan memajukan rakyat dari bebanan hutang yang dilakukan oleh Najib dan kunco - kunco nya

17. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dan bersyukur kepada Illahi kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang tertua bukan saja di Malaysia tapi diseluruh alam yang maseh kuat dari segi pisikal dan pemikiran

18. Sambutan luar biasa sebagai tanda penghargaan dan penghormatan diberikan oleh mana - mana negara yang dilawati nya

19. Malangnya situasi selepas Pilihanraya berubah ; jika dulu beliau di sanjung kini beliau di kutuk oleh lawan dan 'kawan'

20. Berbagai alasan dan tektik digunakan bagi MENEKAN beliau mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri 

21. Tidak hairan jika saranan demi saranan oleh Pembangkang tapi yang AMAT MENYEDIHKAN apabila tekanan dilakukan oleh 'Musuh Dalam Selimut' 

22. Yang terbaru apabila Ronnie Liu , Ahli Majlis Kerja Tertinggi DAP menyatakan bahawa gabungan PKR , DAP , AMANAH dan beberapa parti dari Sabah dan Sarawak BOLEH TERUS BERKUASA tanpa BERSATU , ini dengan sendirinya akan mengenepikan Tun selaku Perdana Menteri

23. Rakyat sudah bosan dengan kelaku yang sedang mereka tonton

24. Apakah mereka dipilih untuk kepentingan rakyat atau kepentingan diri

25. Berdasarkan kenyataan Ronnie Liu maka ada beberapa cara atau langkah yang boleh dilakukan TANPA BERDOLAK DALIK oleh DAP, PKR dan AMANAH :-

i. Undi tidak percaya terhadap Tun dan diganti dengan Anwar Ibrahim

ii. Menafikan 'rancangan' mereka, jika ada seperti yang di suarakan oleh Ahli Kerja Tertinggi DAP itu

iii. Menyatakan secara resmi dalam Parlimen oleh PKR, DAP dan AMANAH secara berasingan bahawa mereka menyokong Tun kekal sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal

Gagal atau enggan berbuat demikian dengan sendirinya mengesahkan 'konspirasi sulit' yang didedahkan oleh Ahli Kerja Tertinggi DAP itu

'Terlajak Perahu Boleh Di Undur, Terlajak Kata Buruk Padah nya' 

26. TUNGGU APA LAGI SEDANG KAN PISAU BERADA DI TANGAN

Wassalam
Terima Kasih

Monday 28 October 2019

TERUSKAN SAHAJA UNDI TAK PERCAYA

TERUSKAN SAHAJA
UNDI TAK PERCAYA

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 27/10/19
( 1 - 32 )


1. Bagaimana negara nak maju jika kita terus bertelagah sesama sendiri

2. Kedudukan rakyat sejak setahun yang lepas tak ubah seperti gunung berapi yang mengeluarkan asap tebal tetapi maseh tidak meletup 

3. Asap tebal itulah yang menyebabkan keadaan serba salah dan keluh kesah ; nak lari mungkin tak meletup tapi jika duduk pula mungkin menempah maut ; tidak ada ketentuan dan semacam tidak ada kesudahan

4. Selagi jerawat yang sudah mula menanah di atas hidung tidak dipecahkan selagi itulah perasaan tidak senang akan berterusan

5. Sama ada kita berada dikedai kopi dan warong , di restoran atau dipejabat , di bandar mahupun di Felda isu peralihan kuasa adalah topik yang sentiasa diperkatakan

6. Isu ini bermula dan berterusan sehingga kehari ini sejak Pilihanraya Umum ke14 yang diadakan pada hari Rabu 9hb Mei 2018 ; ia akan terus di perkatakan selagi tidak dimuktamadkan

7. Umpama ' Rumah Siap Tapi Pahat Maseh Berbunyi ' berbagai kenyataan terutama dari mereka yang mahukan peralihan kuasa berlaku hari ini juga

8. Otai Reformasi pula menetapkan Mei tahun hadapan , 2020 bagi Tun meletakan jawatan dengan keyakinan Reformasi akan hanya berlaku selepas pemindahan kuasa 

9. Ada yang berpendapat REFORMASI yang dilaung - laungkan sejak kira - kira 30 tahun dahulu adalah hanya slogan bagi menghalalkan hawa nafsu dan cita - cita sahaja

10. Jika ditanya setiap orang dikalangan mereka berkemungkinan mereka tidak boleh beri jawapan sebenar apakah yang di maksudkan dengan REFORMASI , dan perubahan / pembaharuan bagaimana yang mereka mahu

11. Semasa kempen Pilihanraya Umum dulu mereka mengarak , melangit memuji dan memuja Tun , kini orang yang sama mengutuk dengan kata - kata kesat melupai segala jasa, pengorbanan dan peranan Tun menjayakan kemenangan PH

12. Ini kah MARUAH orang Melayu yang bukan sahaja tak tahu membalas malah TAK PEDULI budi orang ; mereka ini lah yang mencemarkan nama baik orang Melayu itu sendiri

13. Mereka percaya hanya Anwar Ibrahim sahaja mempunyai 'Lampu Ajaib' atau ' Magic Lamp' yang boleh membaiki labu yang telah ditebuk oleh tikus atau mendirikan semula rumah yang telah dihancurkan oleh anai - anai dalam sekelip mata sahaja

14. Apakah selepas peralihan kuasa nanti pelabur - pelabur asing akan berduyung - duyung melabur sehingga semua graduan akan mendapat pekerjaan jestru tidak ada lagi pengganguran dan isu geladangan

15. Apakah hutang negara akan turun secara mendadak , dan simpanan negara bertambah jestru nilai Ringgit Malaysia ( RM ) akan lebih kukuh dari keadaan sekarang jika dibandingkan dengan Dollar Amerika dan Singapora

16. Apakah Kerajaan PH pinpinan baru akan menghapuskan segala Akta bersabit keselamatan kerana ketika itu mereka berpendapat khidmat Pasukan Polis hanya sekadar mengawal kesesakan jalan raya sahaja

17. Bukan sahaja mahukan Tun mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri , Ronnie Liu , seorang Ahli Jawatan Kerja Tertinggi DAP dengan lantang dan berani mencadangkan agar BERSATU dikeluarkan dari PH kerana mengikut beliau PH boleh terus memerintah TANPA BERSATU

18. Mengikut perkiraannya gabungann DAP ,
PKR , AMANAH dan beberapa parti di Sabah dan Sarawak sudah mencukupi bilangan majoriti yang diperlukan dalam Parlimen bagi membuat undi tak percaya

19. Sama ada pandangan tersebut atas dorongan atau sebaliknya ia tidak penting ; yang penting beliau adalah merupakan salah seorang Pemimpin Kanan DAP

20. Bagi membuktikan DAP bukan parti yang anti Melayu , anti Islam dan anti Tun Mahathir , Ronnie Liu yang sebelum ini lantang mahukan Tun diusir sebagai Perdana Menteri WAJIB dipecat serta merta sebagai Ahli DAP 

21. Kepimpinan Tertinggi DAP juga PERLU MEMBERI AMARAN kepada mana - mana Ahli nya agar TIDAK celupar dan biadap seperti Ronnie Liu

22. Alasan KONON NYA beliau cintakan PH dan berniat baik dengan pendirian nya itu hanya membuat rakyat khususnya pengundi - pengundi Melayu HILANG KEYAKINAN dan KEPERCAYAAN terhadap DAP

23. Kepada mereka DAP sudah melampai batas ( cross the line ) dan telah 'Menjolok Sarang Tebuan' 

24. Lazimnya orang Melayu akan bersatu apabila ketuanya ( sama ada suka atau tidak ) dicabar

25. KEIKHLASAN DIBALAS DENGAN LEMPARAN NAJIS KE MUKA ; ini lah yang dikatakan 'Sudah Dapat Madu Sepah Di Buang'

26. Jika tidak dibukti dan muktamadkan dengan UNDI TIDAK PERCAYA di Parlimen terhadap Tun selaku Perdana Menteri dan digantikan dengan Anwar Ibrahim , situasi seperti 'Kapal Tidak Ada Haluan' akan berterusan , dan ini tidak baik bagi rakyat yang menagih pembelaan

27. Mana - mana Ahli Parlimen samada DAP , PKR dan lain - lain boleh mengemukakan dan menyokong Usul tersebut

28. Persoalan nya ada kah puak - puak yang sentiasa berkokok seperti ayam jantan yang mahu kan Tun dibuang mempunyai sokongan majoriti dalam Parlimen atau temberang yang diulang tayang bagi mendapatkan sokongan ?

29. DAP jika mahu membersihkan diri atau sebaliknya SEHARUSNYA membuat pendirian resmi dalam Parlimen menyokong Tun sebagai Perdana Menteri atau pun tidak ; jika tidak , mereka harus meninggalkan PH serta merta - DAP TAK PERLU BERKUNTAU LAGI !!

30. Kebelakangan ini Pemimpin - Pemimpin DAP dengan lantang dan tanpa peduli perasaan masyarakat Melayu / Islam dan keselamatan Negara menyoal beberapa isu seperti Pendakwah Zakir Naik , Kehadiran Tun di Kongress Maruah Melayu , LTTE , Buku Komik berunsur falasafah Komunis dan yang terbaru mahukan Tun dan BERSATU dipecat sebagai ahli PH

31. Ini lah cara yang paling baik bagi MEMBUKTIKAN dan MEMASTIKAN siapa yang rakyat mahu memimpin mereka dan negara ini , Tun Dr. Mahathir Muhammad atau Anwar Ibrahim

32. SEMOGA NEGARA DAN RAKYAT MAJU SEMULA

Wassalam
Terima Kasih

Saturday 19 October 2019

IBARAT KACANG LUPAKAN KULIT

IBARAT KACANG
LUPAKAN KULIT

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu - 19/10/19
( 1 - 28 )


1. Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Kerajaan PH di Parlimen baru - baru ini telah sedikit sebanyak membantu mengurangkan tekanan sara hidup rakyat hasil peninggalan Kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Tun Razak 

2. Di zaman itu Najib menekankan 'loyalty' atau ketaatan kepada pemimpin ( beliau ) lebih penting mengatasi segala - galanya

3. Hanya selepas berbagai asakkan akhirnya Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal memberanikan diri menyoal secara terbuka isu penyelewangan wang rakyat melalui 1MDB

4. Adalah diharapkan segala apa yang dijanjikan seperti yang terkandung di dalam Manifesto PH akan dapat di penuhi

5. Rakyat faham bukan senang nak melaksanakan semua janji - janji tersebut tetapi oleh kerana ini adalah satu - satu jalan yang boleh digunakan bagi mengapi - apikan kebencian rakyat terhadap Kerajaan PH yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir di samping isu perkauman, maka PH perlu berbuat sesuatu bagi meyakin dan menurunkan suhu kepanasan politik

6. 'Sudah Dapat Gading Bertuah Tanduk Tidak Berguna Lagi'

'Lepas Jambatan Tongkat DiBuang'

7. Itulah gambaran yang dicanaikan di kalangan rakyat terutama pengundi - pengundi Melayu sehingga sebahagian mereka yang menolak UMNO /BN pada Pilihanraya Umum yang lepas mulai TERPENGARUH dan mula menjauhkan diri 

8. Mereka lupa atau lebih dashyat lagi apabila mereka mempercayai isu 
IMDB dan SRC yang merupakan rompakan terbesar dunia yang pertama kali berlaku ada lah cerita dan fitnah PH yang sengaja diada - adakan bagi memenangi Pilihanraya

9. Begitu juga isu perkauman seolah - olah tanpa UMNO , Melayu akan mati

10. UMNO dan beberapa budak suruhan nya menggambil kesempatan dengan Kebebasan Bersuara dan pemansuhan beberapa Akta penting bagi membakar kebencian rakyat terhadap Kerajaan

11. Mereka tiba - tiba menunjukkan keprihatinan , dan bersekongkol dengan penyokong - penyokong Anwar Ibrahim yang mahukan Tun berundur selaku Perdana Menteri dalam masa terdekat

12. Langkah - langkah tertentu perlu dilakukan bagi menangani segala tanggapan negatif rakyat terhadap Tun dan Kerajaan PH 

13. Janji - janji PH semasa Pilihanraya dahulu terutama mengurangkan kos sara hidup rakyat MESTI dilaksanakan segera seperti duit pasar , bil air dan api , perbelanjaan sekolah anak - anak , sewa rumah atau bayaran bulanan pinjiman bank bagi rumah dan kereta atau motosikal PERLU DIATASI SEGERA kerana ini semua amat memeritkan rakyat

14. Walaupun Belanjawan 2020 banyak menjanji untuk membantu namun masih kedengaran rungutan rakyat ; sebagai contohnya kontraktor - kontraktor kecilan seperti Kelas F atau G 1 mengeluh kerana banyak projek ditangguh atau dibatalkan dan tidak diteruskan

15. Begitu juga dengan pemaju - pemaju perumahan Bumiputra bagi projek PPRT , Rumah Murah dan sebagainya , nasib mereka kini terumbang ambing seperti sabut dipukul ombak

16. Difahamkan ada sesetengah mereka terpaksa berhutang dengan Bank bagi menyediakan tapak tanah untuk projek - projek tersebut sebagai melaksanakan syarat Kerajaan dahulu namun Kementerian Kewangan dibawah Lim Guan Eng TIDAK menggambil kira kesengsaraan yang dihadapi pemaju tersebut samada mengurangkan keuntungan atau projek mereka dibatalkan sahaja

17. Dalam masa yang sama yang membuat rakyat sakit hati dan benci apabila terdapat sikap sesetengah Menteri , Menteri Besar dan Ketua Menteri yang menampakkan kebodohan dan kelemahan seolah - olah tidak tahu mengguna kuasa dan menjalankan tugas demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan negara 

18. Ada juga EXCO Negeri yang sebuk mengambil kesempatan bagi mengumpulkan dana semata - mata bagi mencapai cita - cita politik mereka 

19. Sebagai contoh terdapat seorang EXCO di Melaka yang maseh berangan untuk menjadi Ketua Menteri dan kini katanya sebuk berkempen untuk mendapat tempat tertinggi dalam kepimpinan BERSATU Pusat

20. Bagi menjayakan nafsu nya, difahamkan ada pula pakatan hendak menggantikan seorang Ketua Bahagian bertaraf Menteri Pusat dengan mengapi - apikan seorang yang pernah terpalit dengan beberapa skandal yang TERPAKSA diberhentikan khidmatnya sebagai 'orang besar' di Kuala Lumpur bertanding di peringkat Bahagian

21. Maseh terdapat beberapa orang Menteri yang maseh tercengang - cengang tak ubah seperti 'Rusa Masuk Kampong' yang menganggap menggunakan kuasa seolah - olah mereka menyalahgunakan kuasa ( abuse ) seperti apa yang pernah dilakukan oleh Najib , Zahid dan sebahagian besar Menteri , Menteri Besar dan Ketua Menteri di zaman itu

22. Ada pula Menteri yang rajin membuat kenyataan bodoh dan tak masuk akal seperti Menteri Pelajaraan dan ada pula yang terlalu gemar mencampuri hal Kementerian lain seperti Syed Saddiq

23. Difahamkan Rina Harun seorang Menteri yang bukan sahaja susah nak berjumpa tapi beliau selalu membatalkan temujanji disaat - saat akhir tanpa alasan kukuh ; malah banyak kerja - kerja kemasyarakatan diTitiwangsa , Kuala Lumpur dimana beliau selaku Wakil Rakyatnya kini diambil alih oleh Johari Ghani bekas MP disitu

24. Sebagai Menteri Ekonomi , Azmin Ali seharusnya MESTI rajin turun padang bagi mendengar sendiri rintihan dan kelohan rakyat di warung warung dan kedai kedai kopi , masalah harian peneroka FELDA , RISDA dan FELCRA , bukan hanya mendengar lapuran dari pegawai - pegawai ; ini bagi mematikan cakap - cakap yang beliau hanya layak menjadi 'Menteri Pengiring' sahaja

25. Ada yang tak tahu dan ada pula yang takut bertindak sehingga ada Ketua Setiausaha Kementerian ( KSU ) naik tochang , mereka kadangkala tidak bekerjasama dan bertindak TANPA PEDULI akan pandangan dan arahan yang diberi

26. Begitu juga terdapat mereka yang bertugas samada sebagai pegawai seperti Ketua Setiausaha Sulit Kanan , SUSK dan Pembantu Peribadi ( PA ) mahupun sebagai Setiausaha Politik dan Pengurus dan CEO Badan Berkanun atau Agensi , mereka berlagak tak ubah seperti 'Besar Sudit Dari Mangkok' atau tak ubah seperti 'Katak Hendak Jadi Lembu'

26. SEPATUTnya mereka terutama Menteri dan Timbalan , Menteri Besar dan Ketua Menteri berkerja sebagai satu pasukan atau one team membantu Perdana Menteri menyelesaikan masalah bagi memajukan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara dengan sifat berani berdepan dengan rakyat dan buat keputusan yang berani dan betul

27. Jika mereka terus berkomplot dengan harapan untuk naik ke atas dek kerana janji manis maka ini lah petanda malapetaka akan menimpa Kerajaan Pakatan Harapan pada Pilihanraya ke15 nanti

28. Sekali lagi ditegaskan

'JANGAN HANYA MENDENGAR GURUH DI LANGIT , AIR DI TEMPAYAN TERUS DI CURAHKAN'

'YANG DI KEJAR TAK DAPAT YANG DI KENDUNG BERCICIRAN'
dan
'JANGAN MEMBUNUH ANGSA YANG BERTELURKAN EMAS'

Wassalam
Terima Kasih

Friday 11 October 2019

PERJANJIAN - RAKYAT KELIRU

PERJANJIAN - RAKYAT KELIRU

Tamrin Tun Ghafar

Khamis - 10/10/19
( 1 - 25 )

1. Hari Rabu 9hb Mei 2018 , merupakan Hari Keramat kepada Negara

2. Selepas 61 tahun berkuasa dan dengan beribu juta wang ringgit dan seluruh jentera kerajaan digunakan namun dengan izin ALLAH Yang Maha Esa UMNO / Barisan Nasional telah ditumbangkan

3. Kombinasi 4 parti , PKR , DAP , AMANAH dan BERSATU yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Muhammad telah diberi mandat menubuhkan Kerajaan baru

4. Sebelum ini beberapa cubaan yang di ketuai Tengku Razaleigh Hamzah melalui Perpaduan Ummah dan Anwar Ibrahim sebanyak 2 kali melalui beberapa parti TIDAK mendapat kepercayaan rakyat terutama pengundi - pengundi Melayu

5. HANYA dengan kepercayaan terhadap Tun sahaja maka majoriti pengundi Melayu termasuk ahli - ahli UMNO sendiri telah memenangkan Pakatan Harapan atau PH

6. Anwar Ibrahim yang menjalani hukuman undang - undang dipenjara Sungai Buluh ketika Piliharanraya Umum yang lepas HANYA dibebaskan MELALUI pengampunan Yang Di Pertuan Agong SELEPAS Tun dilantik sebagai Perdana Menteri buat kali ke 2

7. Walau pun usia Tun sudah menjangkau 93 tahun ketika itu namun kesemua parti dalam PH mahukan Tun mengetuai mereka

8. Malah ada seorang bekas pemimpin PKR telah terbang ke London meminta Tun berjuang bersama mereka

9. Berbulan lama nya seperti orang muda dan tanpa peduli penat lelah , hampir setiap hari Tun berkempen di seluruh negara

10. Difahamkan 4 parti tersebut telah memeterikan satu perjanjian persahabatan

11. Setahun selepas PH menubuhkan Kerajaan dan setahun selepas Anwar dibebaskan sehingga kini berbagai tekanan dan gesaan meminta Tun melepaskan jawatan Perdana Menteri dilakukan ; Ia tak ubah seperti ' Selepas Menyeberang, Tongkat Hendak Di Buangkan - Ia seolah - olah Tidak Berguna Lagi'

12. Ada yang berhemah dan bersantun dan ada juga yang biadap dengan menggunakan bahasa kesat

13. Ada NGO yang menetapkan tarikh April atau Mei 2020 bagi Tun mengundurkan diri dan ada juga yang mahu beliau berbuat demikian jika boleh hari ini juga

14. Ada puak yang mengatakan termaktub dalam perjanjian PH yang kedudukan Tun sebagai Perdana Menteri adalah berupa sementara sahaja iaitu 2 tahun tapi ada pula yang menidakkan nya

15. Kebelakangan ini hampir setiap hari berbagai kenyataan dan tulisan bagi memastikan Tun mengundur diri

16. Sebenarnya rakyat sudah mula bosan dengan apa yang mereka dengar dan lihat

17. Sepatutnya mereka berganding bahu sama - sama membantu demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat BUKAN sebok nak merebut tempat dan harta

18. Permainan kotor ini bukan sahaja datang nya dari mereka yang berada di luar malah yang lebih menjijikan ia dilakukan oleh mereka yang berada di dalam

19. Mereka ini tak ubah seperti 'Gunting Dalam Lipatan' atau seperti nyamuk yang senantiasa menggigit untuk menyedut darah

20. Inikah budaya Melayu ' Baru ' yang sedang diperkenalkan ; mereka ini sebenarnya sudah hilang maruah dan budi pekerti yang boleh dijadikan contoh generasi akan datang

21. Mereka lebih mementingkan diri dan puak dari rakyat dan negara ; percayalah apa yang kita lakukan sekarang akan berbalik kepada kita atau kepada anak kita satu hari nanti

22. BAGI MENJERNIHKAN KEADAAN , DAN MENUMPUKAN MASA MEMBELA RAKYAT , ADALAH LEBIH BAIK PERJANJIAN ITU DI KONGSIKAN BERSAMA RAKYAT SECARA TERBUKA

23. Kalau boleh biarlah
RUMAH SIAP DAN
PAHAT TAK BERBUNYI LAGI

24. Yang berkokok di luar sana ;
JANGANLAH SEPERTI
ANAK KECIL YANG TAK RETI BAHASA,
MERENGEK - RENGEK DAN MELALAK TAK SABAR - SABAR
NAK KAN GULA - GULA !!!

25. Apakah kita lupa atau tidak percaya bahawa 'Kita Merancang Tapi Allah SWT Adalah Sebaik - Baik Perancang'

MASANYA PASTIKAN
TIBA JUA
SABAR LAH !!

Wassalam
Terima Kasih

Tuesday 1 October 2019

SURAT  KHABAR  LAMA

SURAT  KHABAR  LAMA

Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 01/10/19
( 1 -  39  )

1.  Berbeza dengan radio yang mendendangkan lagu - lagu lama yang nostalgik , akhbar lama atau SKL pula banyak mencatatkan peristiwa silam yang boleh dijadikan pedoman.

2. Sesekali, molek rasanya jika kita dapat belajar sedikit kesah dulu dulu dari 'SKL', yang sesungguhnya boleh meletakkan kita di atas landasan yang betul

3.   Dek kerana SKL ini memerlukan ruang untuk disimpan, maka nasibnya mudah untuk dijadikan bahan yang dibuang , dibakar atau pun dijual kepada Apek atau India yang akan membelinya dengan harga 'patut'

4.  'Diari' peribadi atau buku catitan harian yang kita tulis sejak zaman muda hinggalah  beranak dan bercucu, juga boleh mengingatkan kita peristiwa - peristiwa lampau

5.   Sebenarnya, jika kita mengimbau sejenak sejarah bangsa di negara ini,  kita tentunya akan menghargai dan terus mencintai Tanahair kita yang cukup bertuah

6.   'Lain Hulu
       Lain Parang
       Lain Dahulu
       Lain Sekarang'

      'Banyak Udang
       Banyak Garam
       Banyak Orang
       Banyak Ragam'

7.   Selepas Darjah 6, saya dihantar belajar ke Sekolah Datuk Abdul Razak atau SDAR di Tangung Malim bermula dengan Kelas Remove

8.  Di sana terdapat seorang guru dari England dan beberapa orang guru bukan Melayu

9.  Oleh kerana 100% pelajar ketika itu dari kaum Melayu dan dari sekolah kebangsaan, maka, dua masalah  besar berlaku yang menyebabkan saya hanya di SDAR setakat Tingkatan 2 sahaja :-

i.   Cara pemikiran saya agak BEKU, oleh kerana pergaulan tertumpu sesama pelajar Melayu sahaja

ii.   Penguasaan dan pertuturan bahasa Inggeris amat tidak meyakinkan

10.  Minda mula terbuka dan penguasaan bahasa Inggeris  bertambah baik dengan pergaulan dalam kalangan pelajar bukan Melayu di Sekolah Tinggi Melaka atau Malacca High School

11. Di sinilah, di Sekolah inilah, mulanya saya mengenal erti perpaduan , menghormati bangsa , budaya dan fahaman agama bukan Melayu/Islam sehingga sekarang

12.  Sebagai contoh , persahabatan dengan kawan - kawan lama sejak di bangku sekolah, seperti Segeran atau Cikgu Segeran , Johari Nasir atau Joe , anak tiri Tun Malik  ( Alfatihah ) , Gabenor Melaka dan Gerald Geh , yang sudah berhijrah keluar negara maseh berkekalan

13.  Hari demi hari sehingga kini sistem  pembelajaran kita  tidak lagi mengutamakan perpaduan kaum malah mutunya pun jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan beberapa negara jiran

14.  Majoriti anak - anak Melayu akan ke Sekolah Kebangsaan sedangkan anak - Cina dan India pula ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil

15.  Trend ini berlanjutan ke Sekolah Menengah dan ke Universiti

16.  Di Universiti pula wujud Persatuan - Persatuan mengikut kaum dan Agama

17.  Selagi sistem pembelajaran negara berpecah mengikut kaum selagi itulah tidak akan ada titik pertemuan yang di harap - harapkan

18.  Sekolah Wawasan, hanya akan tinggal kenang kenangan

19. Berbagai Dasar dan Agensi dibentuk untuk membina Perpaduan Bangsa, namun rahsianya tetap terletak kepada sejauhmana pendidikan itu di satu alirkan

20. Di sinilah pembentukan sahsiah dan jatidiri Bangsa mampu untuk kita corakkan

21. Usaha ini perlukan sedikit pengobanan, dan pengorbanan itu adalah merupakan ego kaum yang membelenggu  hasrat untuk mencapai Perpaduan sejati. Jika tak sanggup mengorbankan ego kaum, hasrat untuk melihat Perpaduan sejati akan tinggal sebagai harapan yang tak pasti

22. Kita rindukan suasana masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama yang bersatu sebagai bangsa Malaysia yang saling menghormati antara satu sama lain TANPA  punyai perasaan benci dan syak wasangka

23.  Tun Dr. Mahathir yang diberi peluang oleh  ALLAH SWT bagi memimpin dan membetulkan keadaan  negara pada usia 93 tahun ini MESTI  berani dan BERTEGAS  menangani isu perpaduan kaum dalam negara kita

24.  Biar lah puak extremis , rasis dan mereka yang senantiasa menangguk di air yang keruh terus memprotes namun yang PENTING  ialah perpaduan kaum yang patut diutamakan yang akhirnya dapat menjamin kelangsungan pembangunan Malaysia Baru idaman rakyat

25.  Bukankah datuk nenek kita pernah berpesan :

       'Jika Mahu
        Melentor Buluh,
        Biarlah Semasa
        Rebongnya'

       'Bagaimana Acuan
        Begitu lah
        Kueh nya'

26.  Sebagai seorang doktor lakukanlah pembedahan sekali lagi bagi menyelamatkan keadaan yang semakin terancam

27.  Kebelakangan ini , bagi mendapatkan simpati dan sokongan kaum Melayu , UMNO dan PAS  yang rasis sudah mula menunjukkan taring dan belangnya kononnya mereka lah wira bangsa dan Islam

28.  Jika pihak berkuasa khasnya polis hanya  'Menanam Tebu Di Bibir Mulut' sahaja tanpa menggambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang memporak perandakan negara maka keadaan akan lebih merbahaya

29.  Sememangnya adalah tugas dan tanggungjawab Polis untuk memastikan rakyat menghormati Perlembagaan dan Undang-Undang

30. Dengan penghapusan atau pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1959, ia meletakkan Polis dalam situasi yang merunsingkan

31. Jika Kerajaan PH hendak meneruskan juga rancangan untuk menghapuskan akta-akta seperti berikut semata - mata kerana 'TERPAKSA' menunaikan janji mereka semasa Pilihanraya yang lepas :

i.    SOSMA
ii.   POCA
iii.  POTA
iv.  AKTA HASUTAN
v.   AKTA PERHIMPUNAN
      AWAM
vi.  AKTA MESIN CETAK
      DAN PENERBITAN

berkemungkinan besar Polis hanya akan menjadi harimau yang tidak berkuku dan bertaring

32. Sebuah Jawatankuasa Khas MISTI diwujudkan untuk mengkaji akibat cadangan penghapusan Akta - Akta tersebut

      'JANGAN SAMPAI
       MENANG SORAK
       TAPI KAMPUNG
       TERGADAI

      'IKUT HATI MATI
       IKUT RASA
       BINASA'

33. JANGAN
       DAH
       TERHANTUK
       BARU
       NAK
       TERGADAH

keadaan kini tak ubah seperti

      'RETAK 
       MENANTI
       BELAH'

34.  Tangkap dan dakwa sesiapa sahaja samada dari Pembangkang mahupun Kerajaan , jika ucapan dan tindakan mereka boleh menyumbang ke arah perpecahan dan pergaduhan kaum

35. POLIS TIDAK  PERLU MENUNGGU ARAHAN  BAGI  MENYELAMATKAN  KEADAAN

36.  Sejauh mana polis di bawah kepimpinan Hamid Bador TEGAS melaksanakan tanggung jawab dan amanah sama - sama lah kita lihat

37.   Dalam konteks ini, saya mengesyorkan agar Polis diberikan mandat penuh untuk menjalankan tanggung jawab untuk menjaga ketenteraman rakyat.

38. Taring untuk Sang Harimau amatlah penting, kerana setakat ini, banyak terkaman yang dibuat, namun lepas tanpa gigitan.

39. Demi keamanan, kebahagian dan perpaduan kaum..pihak Polis perlulah bertindak sama seperti sang Harimau..menerkam dan menggigit dengan taringnya

BERTINDAKLAH

      'SEBELUM NASI
       MENJADI BUBUR'

      'SEBELUM
       SELUMBAR
       TERUS
       MENCUCUK
       MATA'

Wassalam
Terima Kasih

R A S U A H

R   A   S   U    A   H REFORMASI REFORMATI Tamrin  Tun  Ghafar   Rabu - 14/02/24 ( 1 - 17 ) 1.   Kali  pertama  Dewan PWTC  tiba - tiba  sen...