Tuesday 24 November 2020

TASBIH - ANTARA WIRID DAN SOKONGAN

TASBIH - ANTARA  WIRID  DAN  SOKONGAN

Tamrin Tun Ghafar

Isnin - 23/11/2020
( 1 -  22 )


1.   Biasanya  jumlah semut akan bertambah mendampingi gula namun kini kita dapati  jumlah semut berkurangan  walaupun sudah 9 bulan berada di meja.

2.  Katanya YDP Agong berpuas hati apabila dimaklumkan Muhyiddin mempunyai sokongan yang meyakinkan, justeru diperkenankan sebagai Perdana Menteri yang baru.

3.   Muhyiddin  dan juak-juaknya  berpelukan  dan ada yang  berpesta  sehingga menitiskan air mata kegembiran dengan berita perlantikan itu.

4.   PENGKHIANATAN  yang diikuti dengan tertubuhnya Kerajaan Pintu Belakang atau mengikut istilah Hadi,  Kerajaan Tebuk Atap  adalah ekoran peristiwa  'Langkah Sheraton'.

5.  TIDAK  BOLEH DINAFIKAN  3 pelakun utama RAMPASAN  KUASA   tersebut ialah Muhyiddin, Azmin  dan Hamzah sedangkan yang lainnya adalah pelakon tambahan sahaja yang memegang perisai dan tombak.

6.  Setelah menangguhkan Perasmian  Sidang Parlimen  dari bulan Mac ke Mei, dari 222 jumlah keseluruhan ,  sokongan terhadap Muhyiddin  HANYA 114 Ahli Parlimen sahaja; dan kini 113  satelah Ahli Parlimen Grik  meninggal dunia baru - baru ini ( ALFATIHAH ).

7.   TIDAK  PASTI sama ada  Muhyiddin  telah bercakap benar atau telah berjaya MEMBOHONGI  YDP  Agong dengan jumlah sebenar yang didapati.

8.  2 hari lagi iaitu pada hari Rabu 25hb November  2020  , Ahli - Ahli Parlimen AKAN  mengundi sama ada menyokong atau menolak  Belanjawan 2021  yang telah dibentangkan  oleh Menteri Kewangan.

9.   Berbagai - bagai pendapat dan syarat telah diberi dan ada yang  menggangap jika tidak menyokongnya ia merupakan sebagai PENGKHIANAT.

10.  Penolakan  Belanjawan bermakna  UNDI  TIDAK  PERCAYA  kepada Kerajaan Tebuk Atap  tetapi  ia TIDAK BERERTI  gaji dan pencen tidak boleh dibayar seperti sebelum ini.

11.  Dengan  majoriti 2 Kerusi sahaja walaupun mempunyai  Kabinet yang terbesar di dunia; Menteri dan 3 orang Duta bertaraf Menteri dan Timbalan  yang berjumlah 72 orang kesemuanya, Muhyiddin, Azmin dan Hamzah  mungkin tidak dapat tidur lena.

12.  UMNO  yang  merupakan Parti yang terbesar dalam Kerajaan sekarang  TELAH  TERLALU  BERLEMBUT  DAN  MENGALAH  kepada Muhyiddin,  seolah - olah  TELAH  DIPUKAU.

13.   ALLAH  SWT sedang menguji  PAS  yang  SEJAK  PENUBUHANNYA  berjuang  untuk mewujudkan undang - undang dan akhirnya menubuhkan negara Islam , dengan memberi mereka kuasa, namun setakat ini segala apa yang dipejuangkan itu  adalah RETORIK  semata - mata.

14.  Umat Islam khususnya ahli - ahli akar umbi PAS  tertanya - tanya  apakah  PAS  dibawah pimpinan Hadi  sudah mempunyai fatwa baru,  menghalalkan yang haram.

15.  Apa sudah jadi dengan RUU355, penutupan  semua kedai dan pusat judi termasuk kasino di Genting Highland dan pengharaman dan penutupan kedai - kedai arak dan kilang pengeluaran arak.

16.  Orang Islam juga menuntut  Kerajaan yang mana PAS  berada bersama  membersihkan negara ini dari SEGALA  aktiviti maksiat seperti yang diperjuangkan.

17.   ALLAH  SWT  Sedang  memerhati apakah  Ahli - Ahli Parlimen  PAS  (Parti Islam  SeMalaysia)  akan terus menyokong PENGKHIANAT  yang  terbukti  telah bergelumang dengan  maksiat seperti Muhyiddin dengan isteri orang,  Nika Gee, Azmin dengan kes SEMBURITnya dan  fitnah Hamzah terhadap Anwar.

18.  Menarik sokongan terhadap PENGKHIANAT  TIDAK  bererti  mengkhianati  seseorang. 

19.  Saya yakin  Ahli - Ahli Parlimen PAS  pun sedar bahawa  HANYA  ALLAH SWT  Sahaja yang  menentukan segala - galanya TERMASUK  rezeki  dan kedudukan , asalkan kita LAKSANAKAN  SEGALA  PERINTAHNYA dan  MENJAUHKAN  DIRI DARI  SEGALA  LARANGANNYA.

20.   Berdoa dan berzikir itu sememangnya baik dan digalakan namun apa faedahnya jika ianya setakat di bibir sahaja  TANPA  melaksanakan segala yang diperintah ALLAH  SWT.

21.   Bagi mengekalkan jawatan,  Muhyiddin sekali  lagi TERPAKSA   berbaik dan berjanji  dengan semua pihak. 

22.  TIDAK  MUSTAHIL  TASBIH  DI TANGAN  DIGUNAKAN  BUKAN  UNTUK  BERWIRID  TAPI  UNTUK  MENGHITUNG JUMLAH  UNDI  YANG  AKAN  DIPEROLEHI.

Wassalam
Terima Kasih.

Thursday 19 November 2020

AHLI PARLIMEN YANG PALING BANGSAT

AHLI  PARLIMEN  YANG PALING  BANGSAT

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat - 20/11/20
( 1 - 21 )


1.  'Orang Berbudi
      Kita Berbahasa
      Orang Memberi
      Kita Merasa'

2.   Jika Kita Tidak
      Boleh  Membalas
      Budi
      Sekurang
      Kurangnya
      Kita
      Tahu Mengenang
      Budi

3.  Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bintulu , Sarawak  AKAN  DIKENANG   sebagai  seorang  Ahli Parlimen yang terlalu BANGSAT oleh generasi kini dan akan datang.

4.  Tindakan beliau melemparkan tuduhan liar terhadap Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kementerian  Kesihatan  yang  BEKERJA KERAS  menangani  Wabak Covid 19  telah  mengundang kritikan rakyat kerana  rakyat faham Tan Sri Noor Hisham  adalah  kepala atau ketua ribuan  doktor dan Kakitangan Hospital dan Kementerian; mereka TERPAKSA berpisah dengan keluarga, bertarung nyawa bagi menyelamatkan kita semua.

5.   Yang peliknya dari 72 orang Menteri, yang Bertaraf Menteri dan Timbalan  hanya salah seorang Timbalan Menteri Kesihatan sahaja yang bersuara, itu pun SETELAH  Tun Dr. Mahathir  ( Ahli Parlimen Langkawi ) dan beberapa Ahli Parlimen DAP membuat kritikan tegas.

6.   Sepatutnya Ahli Parlimen itu mempersoalkan di mana 'hilangnya' Adham Baba , Menteri Kesihatan dan 2 orang Timbalannya  yang TIDAK  MUNCUL.

7.  Mungkin oleh kerana yang melakukan perbuatan keji dan hina terhadap KP itu adalah  PENGAMPU Muhyiddin Yassin, yang kebetulan pula telah melantik beliau sebagai Duta Khas Malaysia ke China bertaraf Menteri, maka parti - parti lain dalam Perikatan Nasional  dan Muafakat Nasional  SENYAP  SERIBU  BAHASA.

8.  Beliau, jika faham, sepatutnya  merasa lega  kerana saya memilih untuk  tidak  menggunakan tajuk yang  LEBIH  KESAT  seperti  Ahli Parlimen Haramjadah, Barua, Bangkai, Binatang,   Yang Tak Tahu Mengenang Budi dan beberapa perkataan lain.

9.  Di satu ketika dahulu  Lim Guan Eng  dipenjarakan kerana  MEMPERTAHANKAN  MARUAH  seorang gadis Melayu bawah umur yang telah diperkosa oleh seorang pemimpin UMNO.

10.   Dalam kes terbaru ini 2 orang Ahli  Parlimen  DAP  yang  BUKAN  Melayu, YB RSN Rayer (Jelutong) dan YB Lim Lip Eng (Kepong) dihalau keluar dari  Dewan Parlimen kerana mahu MEMBELA  Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan,   seorang Pegawai Tinggi Kerajaan yang kebetulan seorang Melayu / Islam yang dicemuh oleh BANGSAT  ini.

11.  Di mana Ahli - Ahli  Parlimen dari UMNO, PAS  dan BERSATU dan juga Parti - Parti lain yang kononnya  berjuang  untuk Melayu / Islam; mereka TIDAK  BERSUARA   seolah - olah  PEKAK  dan BISU - apakah  berkemungkinan  mereka ini semua TELAH  TERMAKAN  BUDI  dari Ahli Parlimen  BANGSAT ini?

12.  Cuba bayangkan apa akan jadi  jika sekiranya  Ahli Parlimen DAP  yang membuat  serangan seperti yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Bintulu itu; SUDAH  PASTI  mereka akan diserang bertubi - tubi oleh UMNO , PAS  dan BERSATU  dan NGO - NGO  dan Parti - Parti Melayu lain atas dasar PERKAUMAN.

13.  Saya tidak pasti  sama ada Ahli Parlimen Bintulu ini adalah Tiong  yang PERNAH  DIKAITKAN  dengan skandal tanah  PKFZ  di Kawasan Pelabuhan Kelang di satu ketika dahulu.

14.  Jika  tekaan  itu benar, ini  bererti jika ada  Ahli - Ahli Parlimen Melayu / Islam yang mungkin disogok dengan wang ringgit , mereka dan keluarga  sebenarnya telah  TERMAKAN  DUIT  HARAM.

15.   Muhyiddin pula TIDAK  akan  bertindak terhadap beliau seperti MELUCUTKAN  jawatan Duta Khas ke China Bertaraf Menteri  kerana PERLUKAN  SOKONGAN  beliau.

16. Oleh kerana TAKUT terus diserang dan boleh menjejaskan  Muhyiddin sendiri maka akhirnya  atas nasihat, beliau TERPAKSA meminta  maaf - sama ada ikhlas atau sebaliknya itu pada beliau tidak penting.

17.  JIKA  'BUDGET' pun  TIDAK   dibentangkan di Kabinet dan Menteri  pula  TAK TAHU  apa yang dilakukan oleh Timbalannya dalam kes  JASA, maka  jawabnya Kerajaan Perikatan Nasional atau PN pimpinan Muhyiddin SEMEMANGNYA  TERLALU  LEMAH dan Ahli - Ahli  Parlimen pula  boleh ambil kesempatan  buat dan kata apa sahaja seperti Ahli Parlimen  BANGSAT ini.

18.  BUDGET  YANG  DI BENTANGKAN  BUKAN  UNTUK  MENANGANI  WABAK   COVID 19  DAN UNTUK  RAKYAT,  TAPI  IA LEBIH  KEPADA  MENENTU DAN  MENGUATKAN  KEDUDUKAN  MEREKA YANG  GILA KUASA  TERUS  KEKAL.

19.  Itulah  sebabnya  'Budget' yang dibentangkan baru - baru ini TIDAK  BOLEH  DISOKONG oleh mana - mana  Ahli  Parlimen jika mereka punyai fikiran WARAS!!

20.   'Terlajak Perahu
         Boleh DiUndur
         Terlajak Kata
         Buruk 
         Padahnya'

21.  Sebenarnya yang  takut mati  ialah ialah Ahli Parlimen Bintulu itu sendiri dan Menteri Air Suam  yang dimaklumkan memang berhasrat menggantikan Tan Sri  Noor Hisham kerana beliau lebih diyakini dan dipercayai oleh rakyat dari Menteri bodoh yang dilantik oleh seorang yang LEBIH  MEMENTINGKAN  DIRI  dari segala yang lain.

Wassalam
Terima Kasih.

Tuesday 10 November 2020

MUKA TEMBOK

'MUKA  TEMBOK' 

Tamrin Tun Ghafar

Rabu - 11/11/2020
( 1 - 19 )


1.   Cuba dengar klip  video yang disertakan dengan teliti serangan, cemuhan,  tuduhan  dan kata - kata kesat Muhyiddin terhadap UMNO  dan PAS  tidak berapa lama dulu.

2.  "UMNO  Adalah Parti  PEROMPAK  dan PAS  Pula Parti Yang Kononnya Memperjuangkan Islam, Tapi MENYOKONG  PEROMPAK; Islam Apa Ini ?"

3.  "SAYA  TIDAK  AKAN  KEMBALI  ATAU  BERSAMA  UMNO  LAGI - SATU PEROMPAK  DAN SATU LAGI  PENYOKONG   PEROMPAK -  NO WAY"

4.  Apakah tindakan beliau  membuat U-Turn atau Pusingan U kini terhadap UMNO  dan PAS  yang pernah beliau caci itu  HANYA SANDIWARA  SEMATA - MATA  bagi  MENDAPATKAN  SOKONGAN  mereka atau beliau benar - benar  SUDAH  INSAF  dan MENYESAL kerana segala apa tuduhannya itu adalahu PEMBOHONGAN  DAN FITNAH  yang sengaja  dibuat bagi  MENDAPATKAN   SOKONGAN rakyat?

5.   Muhyiddin   KENA  JELASKAN   kepada UMNO, PAS  dan  umum di atas  PENIPUAN  dan FITNAH  itu  dan tampil  mengakui  bahawa  UMNO dan PAS  adalah Parti yang BERSIH  dari AMALAN   RASUAH   DAN   SALAHGUNA   kuasa - jika dengan Allah SWT kita sentiasa memohon ampun, apatah lagi sesama manusia, tambah pula sebangsa dan seagama.

6.   Jika enggan atau gagal  berbuat demikian maka ia bermakna  Muhyiddin  sanggup berpelukan  dengan PEROMPAK  dan PENYOKONG  PEROMPAK  semata - mata  kerana  gilakan kuasa.

7.   Dalam  erti kata lain  beliau sanggup berbuat apa sahaja termasuk  MENJILAT  LUDAH  DAN  KAHAKNYA  SENDIRI  bagi  memenuhi  nafsunya.

8.   UMNO  dan PAS  pula  sah  TIDAK  kisah atau peduli atas   serangan  dan tuduhan  Muhyiddin terhadap mereka kerana apa yang dituduh itu mungkin benar ASALKAN  mereka dapat kekalkan  jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC.

9.   Justeru  tidaklah keterlaluan  jika  Pemimpin dan Ahli-Ahli Bersatu, UMNO  dan PAS  seperti:

‘MUKA  TEMBOK’

Tidak  bermaruah  dan tidak ada perasaan malu langsung.

10.  Muhyiddin, Zahid dan  Hadi  JANGAN  FIKIR  rakyat  tidak tahu  dan tidak nampak  PERMAINAN KOTOR  mereka  yang  HANYA   PENTINGKAN  DIRI  dan JAWATAN   dari  memikirkan  hal rakyat di bawah ini.

11.   PEMBELOT  dan PENGKHIANAT  Azmin dan Hamzah pula senantiasa  berfikir  langkah - langkah  seterusnya   yang  perlu dihidangkan  kepada  Muhyiddin yang  bak kata Khairuddin Abu Hassan  mempunyai 'OTAK UDANG'.

12.   Muhyiddin  ibarat  pengantin  yang dihias, dipakaikan pakaian pengantin, dipimpin ke pelamin, dibawa memotong kek, ke meja makan  dan akhirnya diusung ke pintu  keluar untuk bersalaman dengan tetamu dan diucapkan  -  SELAMAT  PENGANTIN  BARU!;  tak  perlu  berfikir  kerana semuanya dibereskan oleh tukang andam  - Azmin dan Hamzah Zainuddin.

13.   Muhyiddin  PASTI   jatuh  seperti durian  yang  menunggu masa saja untuk gugur, jika tidak jatuh secara baik ke dalam jaring ia pasti jatuh ke atas tanah dan mungkin bergolek  ke dalam longkang.

14.  Apabila sampai musimnya  SEMUA durian yang di dahan akan turut  gugur sama.

15.   APABILA  NYAWA   SUDAH   SAMPAI   KE HALKUM, MASA  ITU  ALLAH  TIDAK  LAGI  TERIMA  TAUBAT.

16.  Tambah pula  Pembentangan  Belanjawan  atau Budget 2021 merupakan 'BELANJAWAN  HAPRAK'   yang  kononnya bagi membantu  mengatasi kesusahan rakyat tetapi ianya setakat: 

  'Melepas Batuk
   Di Tangga'

17.  Lidah Propanganda Kerajaan, JASA  dihidupkan  semula  dengan  peruntukan sebanyak RM81 juta; sekiranya  benar Ketua Pengarah JASA  yang bakal dilantik adalah  penyokong kuat Azmin maka tak salahlah jika dikatakan JASA yang diwujudkan semula itu akan digunakan untuk menguatkan Muhyiddin dan Azmin.

18.   Lihatlah sendiri   Peruntukan  Keperluan  Hospital / pesakit yang  di potong begitu sahaja tanpa peduli penderitaan  rakyat:

19.   'SEPANDAI  -
         PANDAI
         TUPAI  
         MELOMPAT
         PASTI JATUH
         KE TANAH  JUA’

Wassalam
Terima Kasih.

R A S U A H

R   A   S   U    A   H REFORMASI REFORMATI Tamrin  Tun  Ghafar   Rabu - 14/02/24 ( 1 - 17 ) 1.   Kali  pertama  Dewan PWTC  tiba - tiba  sen...