Wednesday 24 October 2018

20181024 TMJ - JANGAN ULANGI PERISTIWA HITAM

TMJ  -  JANGAN  ULANGI  PERISTIWA  HITAM

Tamrin Tun Ghafar

Rabu  -  24/10/18
( 1 -  25 )

1.   Hari ini sepuluh tahun yang lalu iaitu pada 24hb. Oktober 2008 genap sudah berlakunya satu peristiwa yang tidak  sepatutnya berlaku dan dilakukan oleh seorang ahli keluarga Raja.

2.  Sama ada ia telah diselesaikan atau sebaliknya, yang penting ia telah berlaku.

3.  Pada tarikh tersebut, Tengku Nadzimuddin, anak kepada Tengku Mudzaffar dan Tengku Dara Naquiah telah  dibelasah dengan teruk oleh Raja Muda Johor yang kini bergelar Tengku Mahkota Johor atau TMJ dan pengawal - pengawal peribadi yang terdiri dari anggota  Askar Timbalan Setia atau  lebih dikenali sebagai Johor Military Force ( JMF ).

4.  Jika tidak silap Ketua Polis Negara atau IGP ketika peristiwa itu berlaku ialah Tan Sri Musa Hassan.

5.  Mengapa beliau dan Ketua Polis Negeri Johor ketika itu menutup kes yang begitu jelas salah dari Akta Undang-Undang Jenayah?

6.  Tindakan mereka menutup kes sebegini tak ubah seperti ‘Menutup Bangkai Dengan Nyiru’, ‘Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi’ dan ‘Pilih Bulu’; itulah imej buruk polis ketika itu.

7.  Kerajaan dan rakyat hari ini menuntut Pasukan Polis dari  Ketua  sehingga ke pangkat  'private' melaksanakan undang - undang dengan tulus dan berhemah tinggi  TANPA kira pangkat dan kedudukan, ini termasuk tindakan terhadap mana - mana ahli keluarga Raja jika mereka melakukan kesalahan; ‘semoga pisang tidak berbuah dua kali’.

8.  Jika kes seorang ahli keluarga Raja pun boleh ditutup oleh polis, apatah lagi kes-kes jenayah yang membabitkan antara Sultan atau ahli keluarga mereka dengan rakyat biasa.

9. Beberapa perkara yang menyebabkan mereka ( polis ) tidak berbuat demikian jika ia melibatkan keluarga Raja ialah :-

i.  Mereka mungkin sudah termakan budi dengan anugerah dan gelaran yang telah diberi oleh mana - mana  Sultan.

ii.  Yang masih belum menerima sebarang pingat dan bintang, mereka tidak mahu dilihat sebagai 'menentang arus' dalam menjalankan tugas.

iii.  Yang sedihnya ada di antara mereka yang menganggap seolah-olah Sultan dan keluarga mereka adalah keturunan dewa-dewa yang diturunkan dari langit bagi menjadi payung atau pelindung rakyat???

iv.  Terdapat begitu ramai anggota polis hari ini yang TIDAK  FAHAM  Perlembagaan dan Undang - Undang.

10. Amalan menggampu berlebih - lebihan  dengan menyembah dan mencium tangan Sultan dan anak -  anak mereka  harus DIBERHENTIKAN serta merta oleh semua rakyat terutama ahli politik dan yang berjawatan; lagi pun Sultan BUKAN Tuhan atau Malaikat yang di turunkan khas dari langit; cukuplah penghormatan kepada Sultan dan keluarga mereka dengan menundukkan sedikit kepala dan bersalam tangan.

11. JANGAN  BIARKAN  SULTAN  DAN  KELUARGA  MEREKA  BERMAHARAJALELA  DENGAN  MELAKUKAN APA  SAHAJA TANPA  MENGHORMATI  PERLEMBAGAAN  DAN  UNDANG - UNDANG  DAN  TANPA  MENGAMBIL  KIRA  PERASAAN  ORANG  LAIN.

12. Kepada Sultan Johor , sebelum nasi menjadi bubur  didiklah  anak emasnya , Tengku Mahkota itu yang bakal menggantikannya agar bersopan santun, berbudi pekerti yang baik dan  tahu menghormati orang lain terutama mereka yang jauh lebih dewasa daripadanya; JANGAN ULANGI PERISTIWA HITAM SEPERTI MANA YANG PERNAH DILAKUKAN OLEH ARWAH DATUK, BAPA DAN BELIAU SENDIRI.

13. Kepada semua Raja dan keluarga mereka pula, belajar dan fahamilah sejarah negara terutama yang melibatkan Perlembagaan dan  mengapa pindaan terhadapnya TERPAKSA  dilakukan.

14. JANGAN  SEWENANG - WENANG  MENUDING  JARI.

15. Sebenarnya kezaliman dan tindak tanduk merekalah yang telah MEMAKSA Kerajaan UMNO/ BN  yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu untuk meminda Perlembagaan negara.

16. Pindaan tersebut adalah jalan terbaik bagi menyelamatkan rakyat daripada terus dizalimi oleh Sultan Johor dan ahli keluarganya dan dalam masa yang sama dapat menyelamatkan Institusi Raja Berpelembagaan.

17.   Jika tidak mahu berterima kasih apatah lagi memohon maaf kepada Tun Mahathir oleh kerana sikap sombong diri yang merasakan kedudukan mereka sebagai Sultan dan keluarga Raja tidak perlu merendah diri memohon maaf kepada insan yang telah berjaya menyelamatkan mereka dari dibuang oleh rakyat ketika itu, sekurang - kurangnya kikislah sifat dan sikap membenci dan bermusuhan terhadap beliau.

18. Malangnya semasa Perlembagaan dipinda hampir kesemua Sultan yang ada sekarang masih dibangku sekolah lagi , apatah lagi anak-anak mereka mungkin masih menyusu atau belum dilahirkan lagi.

19. Atas  alasan hendak menjaga kepentingan rakyat negeri kononnya, kebelakangan ini rakyat menyaksikan bagaimana melampaunya sikap mereka terhadap Perdana Menteri.

20. Tidak boleh dibayangkan apakah jenis tindak balas rakyat terhadap Raja dan keluarga apabila kesabaran mereka mencecah tahap maksima jika Sultan terus dengan perangai buruk mereka dan Tun Mahathir pula membiarkan sahaja situasi itu berlaku tanpa melakukan pindaan kepada Perlembagaan?

21. Semoga apa yang dilakukan oleh rakyat Perancis , Russia , Mesir , Iran , Indonesia dan yang terbaru di Nepal tidak akan berlaku terhadap Sultan dan keluarga mereka di negara ini.

22. Ubahlah sikap dari yang buruk kepada yang baik, dari bermegah - megah  dengan kekayaan dan kemewahan kepada merendah diri dan dari sikap membenci kepada menghormati.

23. ‘Ular Menyusup Di Akar Tidak Akan Hilang Bisanya’, ‘Ikut Resam Padi, Semakin Berisi Semakin Tunduk.’

24. Hanya amalan yang baik sahaja yang akan menyelamatkan kita di sana nanti. Saya yakin jika Sultan rajin menasihatkan rakyatnya, Bangsa Johor, maka beliau juga perlu menasihatkan anaknya terlebih dahulu - ‘Bapa Borek, Anak Rintik.’

25. Semoga Raja dan rakyat jelata dapat mentelaah pandangan ikhlas  saya  ini.

Terima Kasih.

Sunday 14 October 2018

20181013 SUDAH SAMPAI MASANYA ANAK MELAKA JADI TYT

SUDAH  SAMPAI  MASANYA ANAK  MELAKA  JADI  TYT

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu - 13/10/18
( 1 -  29 )

1.  Hari ini adalah tarikh kelahiran Tun Khalil Yaakob , Yang Di Pertua Negeri Melaka yang ke-80 tahun. Jawatan ini dipegangnya sejak 2004 lagi.

2.  Dari segi umur jika arwah Tun Ghafar masih hidup , ia bermakna Tun Khalil 13 tahun lebih muda dari beliau.

3.  Pada mulanya Ketua Menteri menawarkan saya gelaran terhormat yang membawa gelaran Dato.

3.  Untuk makluman, sebelum ini sebanyak 3 kali tawaran oleh Ketua Menteri - Ketua Menteri  yang terdahulu  telah saya tolak tawaran tersebut.

4.  Kali ini saya menolaknya sekali lagi dan sebaliknya mencadangkan gelaran tertinggi negeri Melaka , iaitu Darjah yang membawa gelaran Dato Seri Utama diberikan kepada arwah ayah saya, Tun Abdul Ghafar Baba.

5.  Cadangan ini saya kemukakan  atas dasar penghargaan dan penghormatan terhadap jasa arwah yang begitu banyak sekali bagi rakyat dan negeri Melaka.

6.  Cadangan saya itu telah dipersetujui oleh  Saudara Adli Zahary, Ketua Menteri; malah pejabat beliau telah pun mengirim saya butiran lanjut berhubung perkara tersebut.

7.  Sebenarnya  tak perlu pun anugerah itu diberikan kepada arwah Tun Ghafar kerana semasa hidup dahulu Kerajaan Pusat dibawah pimpinan  Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu telah pun mengiktiraf jasa dan bakti beliau kepada Negara dengan gelaran tertinggi  ‘Tun’.

8.  Beberaoa tahun lepas sempena 'Hari Wilayah’ atas cadangan Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah ketika itu, Yang Di Pertuan Agong telah menganugerahkan darjah kebesaran Dato Seri Utama kepada arwah Tun Ghafar.

9.  Pengiktirafan ini dibuat bagi mengenang jasa arwah semasa memimpin UMNO dan Barisan Nasional ( BN ) Wilayah Persekutuan di suatu ketika dahulu.

10.  Bagaimanapun, beberapa hari lepas, saya dimaklumkan oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri bahawa Tun Khalil selaku TYT  tidak setuju anugerah tersebut diberikan kepada arwah  bapa saya (disertakan  teks pesanan dari Saudara Ashraf, Setausaha Politik Ketua Menteri Melaka itu).

11.  Kepada kami sekeluarga penolakan itu adalah perkara kedua, lagi pun ia tidak boleh dibawa ke kubur bagi menentukan Syurga dan Neraka  bagi seseorang.

12. Yang menjadi tanda tanya ialah apakah Tun Khalil menganggap jasa arwah tidak setimpal dengan anugerah yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri; apakah beliau selaku Ketua Menteri  dahulu tidak pernah berjasa dan berbakti kepada rakyat dan negeri Melaka atau pernahkah beliau merompak  kawasan balak dan kekayaan negeri seperti yang pernah dilakukan oleh beberapa Ketua Menteri dan Menteri Besar sebelum ini?

13.  Tahukah beliau arwah Tun Ghafar merupakan Ketua Menteri pertama yang dipilih rakyat sejurus selepas Merdeka.

14. Sedarkah  Tun Khalil bahawa arwah Tun Ghafarlah yang bertanggungjawab  melakar Bendera Negeri Melaka yang maseh berkibar sehingga hari ini?

15. Saya sedar walaupun berlainan parti tetapi Saudara Adli dan rakan - rakan beliau seperti Mat Sabu, Salahuddin Ayub,  Mazlan Aliman  dan lain-lain amat menghormati arwah Tun Ghafar.

16. Apakah jasa mereka yang namanya tidak pernah didengar atau mereka yang baru diberi jawatan   tiba - tiba dianugerahkan dengan berbagai gelaran?

17. Malah jasa arwah Tun Ghafar, kalau mahu disebut jauh lebih besar kepada rakyat dan Negeri Melaka jika dibandingkan dengan Tun Khalil Yaakob sendiri.

18. Tun Khalil mungkin tidak tahu, demi perjuangan sucinya, arwah Tun Ghafar ketika kembali kepada PenciptaNya bukan sahaja tanpa meninggalkan hutang, malah meninggalkan harta  yang tak sebanyak mana bagi dibahagi-bahagikan dengan sempurna oleh anak-anak beliau yang ramai.

19. Saya yakin jika arwah masih hidup  sudah tentu beliau ( Tun Khalil)  orang pertama yang akan berlari menganugerahkan ‘Bintang  dan Bulan’ kepadanya.

20. Sebahagian rakyat tahu apa yang dilakukan oleh Tun Khalil semasa  beliau memegang jawatan Menteri Besar Pahang, begitu juga semasa menjadi Menteri Penerangan dahulu.

21. Mungkin ramai tidak perasan mengapa Abdullah Badawi  melantik beliau sebagai TYT Melaka sejurus selepas menggambil alih jawatan Perdana Menteri menggantikan Tun  Dr. Mahathir.

22. Bermula dengan Tun Leong Yew Koh dari Perak sebagai TYT pertama , kemudian diikuti oleh Tun Malik dari Negeri Sembilan sehinggalah perlantikan Tun Khalil dari Pahang sejak 14 tahun yang lepas, semua TYT Melaka bukan merupakan anak Melaka.

23. Kita juga punyai cukup bukti bagaimana  Tun Khalil selaku TYT telah secara terang-terangan melibatkan diri melawat beberapa Bilik Gerakan UMNO /BN  sama ada di Melaka mahupun beberapa Bilik Gerakan UMNO /BN di Pahang  dalam pilihanraya yang lepas dan memberi nasihat serta rangsangan kepada petugas - petugas parti.

24. Beliau boleh menafikan tapi kita punyai ramai saksi yang sanggup tampil ke hadapan.

25. Kepada Saudara Adli, laksanakanlah tanggungjawab yang telah diamanakan dengan sebaik mungkin.

26. Buat pertama kalinya Rakyat Melaka telah menolak UMNO yang telah memerintah negeri itu sejak sekian lama.

27. Rakyat Melaka telah memilih Pakatan Harapan, yang seterusnya mengangkat Saudara sebagai Ketua Kerajaan Melaka.

28. SAUDARA  DI PILIH OLEH  RAKYAT  BUKANYA OLEH TYT.

29. Semoga pandangan saya ini dapat dikongsi bersama.

Terima Kasih

20181007 JANGAN MENGUNDANG LAKNAT ALLAH SWT

JANGAN  MENGUNDANG LAKNAT ALLAH SWT

Tamrin Tun Ghafar

Ahad  -  0710/18
( 1 -  22 )

1.   Selain dikejutkan  dengan Piliharanraya Kecil Parlimen Port Dickson , negara khasnya umat Islam dikejutkan pula dengan pendirian seorang Menteri yang diamanahkan dan bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama Islam.

2.  Menteri yang dimaksudkan ialah Datuk Dr. Mujahid bin Yusoff Rawa dari parti AMANAH yang mewakili Kerajaan Pakatan Harapan ( PH )  pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

3.  Pendirian Tun Mahathir yang tidak bersetuju  dengan kebebasan LGBT sepatutnya dijadikan garis panduan oleh mereka yang bernasib baik dipilih menganggotai Kabinet.

4 .  Walaupun beliau mungkin mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza tapi dari segi etika dan amalan, beliau sepatutnya mengambil kira pendirian Perdana Menteri yang melantiknya sebagai menteri.

5.  Saya tidak pasti sama ada pendirian beliau ini berdasakan fahaman peribadi atau  telah dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu.

6.  Apakah liberalisme ini merupakan dasar parti Amanah dan  Kerajaan PH?

7.  Sebenarnya saya mula berdamping dengan beliau ini sewaktu bersama dalam PAS dan  dalam sebuah NGO, Gerakan Anti Perkauman atau nama pendeknya GAP.

8.  Mungkin saya salah seorang kenalan yang begitu gembira apabila beliau dipilih sebagai menteri oleh Tun Mahathir.

9.  Namun kegembiran saya itu ibarat 'Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang , Rupanya Hujan Di Tengahari’.

10.  Pendirian  beliau ini telah menghampakan saya dan seluruh umat Islam yang lain yang mahu melihat segala bentuk kemaksiatan ditangani.

11.  Dr. Mujahid yang telah mendapat pelajaran tinggi dari Universiti Al Azhar , Mesir kini dilihat sebagai seekor tikus mondok yang tunduk kepada segelintir manusia yang pandai berpura - pura.

12.  Sebagai umat Islam saya juga tidak bersetuju dengan tindakan keterlaluan segelintir penguatkuasa yang bertindak sesuka hati tanpa mengikut aturan dan peraturan sehingga ia boleh menimbulkan kebencian terhadap Islam itu sendiri.

13.  Memang Islam mengajar kita menghormati
hak dan  kepentingan setiap penganutnya.

14.  Islam juga tidak menggalakkan kita mencari dosa orang lain dengan tindakan - tindakan keterlaluan.

15.  Bukankah tanggungjawab semua terutama pihak berkuasa iaitu pemerintah menentukan segala gejala yang bertentangan dengan Islam itu sendiri ditangani?

16.  Kita sering  dengar ungkapan 'Amal Maaruf dan Nahi Munkar' -  menyuruh  manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

17.  Cara yang paling baik yang  sepatutnya dilakukan ialah mendidik pegawai - pegawai penguatkuasa khasnya dan mereka yang hanya pandai memberi arahan dengan pendekatan - pendekatan yang lebih berhemah.

18.  Mengambil jalan mudah seperti yang diumumkan oleh Menteri yang berkenaan sudah pasti menggalakan kemaksiatan terus berleluasa, jauh sekali daripada membenterasnya.

19.  Kepada sebahagian besar umat Islam di negara ini, pendirian yang diambil adalah bertentangan dengan apa yang diajar, mengambil jalan mudah , tidak bertanggungjawab;  ia bagaikan cuci tangan sahaja.

20.  Sepatutnya Kerajaan mengambil iktibar dari laknat ALLAH  SWT berdasarkan pengalaman ngeri yang menimpa penduduk di Sulawesi, baru-baru ini.

21. Kepada Sdr Mujahid , baliklah  ke pangkal jalan sebelum nasi menjadi bubur.

22. SEMOGA LAKNAT ALLAH TIDAK MENIMPA KITA.

Terima Kasih.

20181005 JANGAN MENCONTENG ARANG DI MUKA

JANGAN  MENCONTENG  ARANG  DI MUKA

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat -  05/10/18
( 1 -  34 )

1.  Sudah beberapa  kali kenyataan karut telah dibuat oleh makhluk yang berselindung di sebalik gelaran TMJ ini.

2.  Sebenarnya  'kehebatan' beliau ini hanya semata - mata bergantung  di bawah  ketiak bapanya, Sultan dan pengawal - pengawal peribadi yang terdiri dari anggota Askar Timbalan  Setia Johor atau Johor Military Force ( JMF ).

3.  Kini pasukan tersebut diletakkan dibawah tanggungjawab beliau yang menggelarkan sendiri diri nya sebagai Mejar Jeneral.

4.  Dari segi undang - undang,  amalan dan protokol Angkatan Tentera, beliau sememangnya TIDAK LAYAK sama sekali menggunakan gelaran tersebut dan ini adalah satu kesalahan.

5.  Bagi menjaga nama baik Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan sepatutnya  mengarahkan beliau tidak lagi menggunakan gelaran tersebut.

6.  Kementerian boleh mengutus surat berbentuk  'nasihat' . Jika beliau berdegil dengan tidak mengendahkan 'nasihat' tersebut , maka Kementerian harus mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

7.  Kepada Sdr. Khairy Jamaluddin, bekas Menteri , saya ucap tahniah diatas sikap tanggungjawab  dan prihatin beliau apabila secara sukarela memulangkan medal tentera yang pernah diterimanya.

8.   Di zaman moden ini , apakah perlunya pasukan Askar Timbalan Setia Johor itu dikekalkan sedangkan Angkatan Tentera  dan Pasukan Polis kita sudah memadai menjaga keselamatan negara, apatah lagi setakat mengawal dan  menjaga keselamatan Istana?

9.   Sudah sampai masanya pembersihan dan 'reformasi' dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan dengan mengkaji semula  peranan pasukan tersebut.

10.   Kelakuan TMJ ini  tak ubah seperti  'menconteng arang di muka sendiri'  dan ibarat 'sebab setitik nila rosak susu sebelanga' ; ia sedikit sebanyak  mencemarkan Institusi Raja Berpelembagaan itu sendiri.

11.   Sepatutnya apabila seseorang anak itu melakukan kesalahan atau tak reti bahasa maka adalah menjadi tanggungjawab bapanya untuk mengajar dan membetulkan  yang tak betul melainkan jika bapa itu pun sama - sama tak betul atau dalam bahasa Mat Rempit  - 2 x 5 sahaja.

12.  Hormatilah  diri sendiri jika mahu orang lain menghormati kita;  begitu juga Raja -Raja MESTILAH menghormati Perlembagaan dan Undang - Undang agar rakyat terus menghormati mereka.

13.  Apakah mereka sudah lupa Sumpah dan Ikrar mereka semasa menggambil alih jawatan sama ada Agong mahu pun Sultan?

14.  Apa yang rakyat lihat hari ini, sudah terlalu banyak tindakan mereka khasnya Sultan Johor dan anaknya yang melanggar Perlembagaan.

15.  Menuduh Kerajaan PH  pimpinan  Tun Dr. Mahathir kononnya menggunakan peralatan canggih buatan Israel  mengintip ( spying) beliau dan bapanya adalah satu tindakan provokasi yang amat serius ;  apa penting sangat ke mereka berdua ini sehingga Kerajaan terpaksa melakukan pengintipan, atau mereka sedang mencari pablisiti murah bagi menutup kelemahan sendiri?

16.  Beliau perlu tampil dengan bukti kukuh  terhadap dakwaan yang dibuat itu,  bukan menyerang secara membabi buta sahaja.

17.  Rakyat mula bertanya apakah ada dua bentuk Perlembagaan dan Undang - Undang yang wujud , satu untuk Sultan dan keluarga mereka dan yang satu lagi untuk rakyat?

18.   Amat malang sekali jika sekiranya Polis tidak tahu atau tidak memahami Perlembagaan.

19.   Sepatutnya Polis boleh menyiasat dan mendakwa beliau atas kesalahan yang serius ini walaupun bergelar  Tengku Mahkota Johor.

20.  Perlu diingatkan sekali lagi Tengku Mahkota , Raja Muda dan lain - lain ahli keluarga Sultan , mereka TIDAK punyai perlindungan kekebalan atau imunity; taraf mereka sama saja seperti rakyat biasa ; boleh diheret ke muka pengadilan bila - bila masa sahaja jika melanggar undang - undang.

21.  Undang - undang tetap undang atau dalam bahasa Inggerisnya law is law.

22.  Polis harus bertindak secara profesional , bukan pilih bulu atau hanya bertindak mengikut arahan.

23.  Ketua Polis Negara TIDAK SEPATUTNYA berpeluk tubuh dalam perkara sedemikian.

24.  Menyarankan Kerajaan Negeri Johor  membayar gaji minima kepada pekerja juga satu tindakan yang boleh dilihat sebagai mencampuri Pentadbiran Negeri - jika gian sangat , serahkan saja gelaran Tengku Mahkota Johor itu dan bertandinglah dalam Pilihanraya.

25.  Jika menang , Sultan lantik anaknya itu sebagai Menteri Besar Johor - itu kan lebih baik!!

26.  Baru - baru ini  secara sinis beliau cuba mempersenda orang tertentu dengan kekayaan kononnya hanya orang tersebut sahaja dengan wang ringgit yang banyak mampu membeli kelab bolasepak Real Madrid, sebuah kelab terkemuka dunia; mengapa   tidak ada angin  tiba - tiba  beliau mengaitkan orang tersebut?

27.  Ini adalah motif jahat; tindakan ini boleh dianggap sebagai  biadab dan kurang ajar oleh seorang budak yang bergelar Tengku Mahkota.

28.  Jika  jaga Persatuan Bolasepak Negara atau FAM pun gagal, janganlah cuba menonjol diri seperti Mat Jenin.

29.  Melalui peguamnya beliau menafikan kononnya  kenyataan yang dimuat-naik dalam facebooknya bukanlah ditujukan  kepada
seorang Menteri yang menyatakan Tun Dr. Mahathir ialah seorang 'perfectionist' ;  tetapi umum bukanlah sebodoh itu.

30.  Saya berpendapat mulai sekarang tak perlulah lagi sesiapa Menteri sibuk nak menyembah dan mencium tangan mereka.

31.  SULTAN  BUKAN  TUHAN  YANG  PERLU  DISEMBAH dan BUKAN  TOK  GURU  ATAU  IBU 
IBU  BAPA  KITA  YANG  BAIK  TANGAN  MEREKA  DICIUM.

32.  Akhir nya  Majlis Raja - Raja patut
menasihatkan Sultan  Johor agar beliau menasihatkan anaknya, Tunku Ismail agar jangan terlalu celupar, hormat dan pelihara Perlembagaan dan Undang - Undang , hormat orang yang lebih dewasa dari kita dan hormatlah perasaan rakyat jelata.

33.   Saya sedia menghadap beliau di mahkamah  pada bila - bila masa jika beliau ingin mengambil tindakan undang-undang berhubung tulisan ini.

34.  JADILAH  PAYUNG  YANG  SEMPURNA  SEBAGAI  TEMPAT  RAKYAT BERTEDUH.

Terima Kasih.

20180920 TUDUHAN JAHAT - MENGAPA POLIS TAKUT BERTINDAK?

TUDUHAN  JAHAT -  MENGAPA  POLIS  TAKUT  BERTINDAK?

Tamrin Tun Ghafar

Khamis - 20/09/18
( 1 -  38 )

1.   Setelah Perlembagaan dipinda, jika sekiranya terdapat mana - mana Sultan melanggar  Perlembagaan dan undang-undang, mereka boleh diheret ke  Mahkamah Khas.

2.  Perkara ini TELAH  pun berlaku apabila Sultan Ahmad Shah dari Pahang dan Tuanku Jaafar  dari Negeri Sembilan didakwa
atas kesalahan yang masing-masing lakukan.

3.  Perlu diingat, ahli keluarga Sultan termasuk Tengku Mahkota atau Raja Muda  langsung TIDAK   mempunyai sebarang perlindungan kekebalan atau immunity; jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum oleh mana - mana mahkamah seperti rakyat biasa sahaja.

4.  Ekoran kekejaman Sultan Iskandar, bapa Sultan Johor sekarang di suatu ketika dahulu di mana beliau sesuka hati mencedera malah menembak mati rakyat yang tidak mampu mempertahankan diri, maka bagi menyelamatkan rakyat dan Institusi Raja Berpelembagaan, Kerajaan  yang dipimpin oleh  Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri ketika itu TERPAKSA  menarik balik kekebalan atau immunity mereka.

5.  Begitu juga Perlembagaan TERPAKSA  dipinda apabila ada kalangan Sultan yang melambat - lambatkan persetujuan kepada undang - undang yang telah diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri; untuk apa perkara sebegini dilakukan? Wallahualam!

6.  Jika sekiranya Sultan ketika itu menghormati Perlembagaan dan Undang - Undang seperti yang dilakukan oleh datuk dan moyang mereka sebelum ini , saya yakin pindaan terhadap Perlembagaan itu tidak perlu sama sekali dilakukan.

7.  Ini, Sultan dan keluarga mereka PERLU  faham; merekalah sebenarnya penyebab dan punca  mengapa Kerajaan TERPAKSA menarik balik perlindungan kekebalan dan kuasa  muktamad atau kuasa veto mereka, itu pun jika benar mereka punyai kuasa tersebut.

8.  Oleh kerana tidak memahami sejarah dan ditambah dengan sikap mazmumah, sejak kebelakangan ini  Sultan dan keluarga meraka khususnya Sultan Johor dan anaknya, Tunku Ismail dan Sultan Selangor kerap menyalahkan Tun Dr. Mahathir diatas Pindaan Perlembagaan tersebut.

9.  Menjelang PRU 14 yang baru lalu , Sultan Selangor mengeluarkan kenyataan bagi pihak Majlis Raja - Raja tentang kekecewaan mereka terhadap Tun Dr. Mahathir  kerana bersama Parti - Parti Pembangkang menentang UMNO/ BN.

10.   Ekoran keceman tersebut,  Sultan Kelantan yang kini merupakan Yang Dipertuan Agong telah menarik balik Darjah Kerabat Kelantan (DK Kelantan) yang diberikan kepada Tun Mahathir dan beliau kemudian secara sukarela memulangkan Darjah Kerabat Selangor ( DK Selangor ).

11.  Sultan  Johor dan anaknya pula tidak berhenti-henti menghentam Tun Dr. Mahathir.

12.  Di manakah Sultan - Sultan mahu meletak muka apabila segala usaha mereka ditolak oleh majoriti rakyat dengan menumbangkan Parti UMNO / BN yang mereka sokong selama ini? Itulah isyarat kepada Sultan bahawa rakyat sekarang tidak lagi seperti lembu yang boleh dicucuk hidung.

13. Mereka seharusnya MENCERMIN  diri sendiri sebelum  menuding jari kepada Tun Mahathir.

14. Tindak tanduk mereka  menghumbankan diri ke dalam kancah politik adalah bukti mereka MELANGGAR Perlembagaan dan Sumpah Jawatan mereka.

15. Baru - baru ini anak Sultan  Johor, Tunku Ismail yang tanpa segan silu menggunakan gelaran Brigadier General telah dengan sengaja membuat kenyataan serius terhadap Kerajaan.

16. Tuduhan tanpa asas kononnya Kerajaan sedang mengintip (spying) beliau dan bapa beliau dengan menggunakan alatan buatan Israel adalah tuduhan yang amat berat, serius dan jahat.

17. Amat mengecewakan apabila  polis terutama Bukit Aman dan Polis Johor tidak mengambil sebarang tindakan undang - undang terhadap “budak” ini.

18. Mustahil IGP dan Ketua Polis Johor tidak faham Perlembagaan dan Undang - Undang, atau pun mereka takut dimurkai Sultan, tapi bagaimana pula jika rakyat yang murka?

19. Perlembagaan dan Undang - Undang TIDAK membezakan antara Sultan  dan rakyat.

20. Walaupun Sultan diberi perlindungan kekebalan atau immunity tetapi jika melakukan kesalahan, mereka tetap boleh diheret ke mahkamah; apatah lagi Tengku Mahkota , Raja Muda dan lain - lain ahli keluarga Sultan yang TIDAK diberi sebarang perlindungan kekebalan tersebut.

21. Bayangkan jika sekiranya rakyat biasa membuat tuduhan seperti yang dilakukan oleh anak Sultan Johor baru - baru ini, sudah pasti polis akan bertindak seperti kilat; mereka akan di tangkap, dilokap dan dihumban kedalam penjara.

22. Mengambil kira undang-undang sedia ada, pihak polis  SEPATUTNYA  menjalankan tanggungjawab dengan mengambil tindakan terhadap beliau tanpa memilih bulu.

23. Dalam kes ini Bukit Aman atau polis Johor patut memanggil  anak Raja ini seperti yang selalu pihak polis lakukan kepada rakyat biasa.

24. Jika beliau enggan memberi keterangan di balai polis, maka waran tangkap sepatutnya dikeluarkan.

25. 'Kekebalan’ beliau hanya bergantung dibawah ketiak bapanya dan Johor Military Force ( JMF ) atau dalam bahasa Melayu Askar Timbalan Setia Johor  ( ATJ ).

26. Ditubuhkan dalam sekitar 1886 oleh Sultan Ibrahim ia kini mempunyai kira - kira 100 anggota dan diletakkan dibawah jagaan Tunku Ismail sendiri yang menggelarkan dirinya ' Brigidier General'.

27. Pada asalnya penubuhan  ATJ ini ialah bagi mengawal Istana; mereka hanya berpakaian seluar pendek dan menggunakan cotar sahaja.

28. Kerajaan, melalui Ketua Turus Angkatan Tentera BOLEH memerintahkan segala alat senjata moden yang kini digunakan oleh pasukan ini diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia.

29. Demi keutuhan Institusi Raja Berpelembagaan,  Majlis Raja - Raja MESTI menasihatkan Sultan Johor dan anaknya supaya mendisiplinkan diri mereka.

30. Perdana Menteri juga harus mengingatkan Raja - Raja tentang apa yang berlaku terhadap Raja - Raja di beberapa negara lain.

31. Shah Iran yang begitu hebat sekali pun akhirnya mati sebagai orang pelarian di Mesir. Raja Nepal diturunkan melalui Pungutan Suara atau Referendum Rakyat.

32. Bagi mengelakkan Pungutan Suara atau Referendum yang telah saya cadangkan baru - baru ini , adalah lebih manis jika Majlis Raja - Raja sendiri membuat ketetapan mulai tahun hadapan atau selewat - lewatnya tahun 2020 , segala kos membiayai kehidupan mereka dan keluarga  termasuk elaun bulanan dan lain - lain MESTI dibentang dan dibincang oleh Parlimen dan Dewan Negeri terlebih dahulu.

33. Perlu juga diingatkan kehancuran sesebuah Empayar berpunca dari kesalahan mereka sendiri.

34. Tunku Abdul Rahman dalam tulisannya menyebut kata - kata Raja Mesir,  Raja Farouk yang lari ke Rom, Italy setelah ditumbangkan oleh rakyat  dalam tahun 1952  - “akhirnya yang akan tinggal hanya 5 Raja sahaja - Raja England , raja kelawar , raja sepit , raja diamond dan raja lekok ; mungkin Tunku terlepas pandang, ada satu lagi yang tinggal  iaitu  'joker’.

35. Bak kata Laksamana Bentan, Megat Seri Rama apabila beliau menikam Sultan Mahmud hingga mati " Raja adil Raja disembah , Raja zalim Raja disanggah".

36. Semoga  Raja - Raja  mengambil iktibar segala pandangan ikhlas saya ini.

37. “Ular Menyusup Di Akar Tidak Hilang Bisanya”.

38. Agar tulisan saya  ini dapat dikongsi bersama oleh sebanyak mungkin mereka yang berminat.

Terima Kasih.

20180918 BAKAL PERNIKAHAN YANG AKAN DISAKSIKAN MCA DAN MIC

BAKAL  PERNIKAHAN  YANG  AKAN  DISAKSIKAN  MCA  DAN  MIC

Tamrin Tun Ghafar

Selasa -  11/09/18
( 1 -  27 )

1.  Pada 7hb April 1981 di Kampong Bonggol Paradong , Kuala Terengganu , Hadi Awang yang kini selaku Presiden PAS telah habis-habisan menyerang  UMNO dengan begitu hebat sekali; belum pernah lagi UMNO, sejak tertubuhnya Pas, diserang sebegitu rupa.

2.  Ucapan Hadi itu yang lebih dikenali sebagai Amanat Haji Hadi telah di jadikan pegangan perjuangan ahli - ahli PAS.

3.  Pada 1986 , Hadi sekali lagi menyerang UMNO  kerana berkawan dengan MCA dengan mengumpamakan MCA sebagai seketul daging babi yang berada dalam kawah daging lembu.

4.  Semasa zaman Semangat 46 yang diasaskan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Hadi berpeluk-pelukan dengan DAP bagi menumbangkan UMNO/ BN.

5.  Ucapan Hadi di pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan, di hadapan lautan manusia , beliau dengan lantang membela DAP.

6.  Menjelang Pilihan Raya ke 14 yang berlangsung pada 9hb Mei 2018 lalu, pendirian Hadi mula berubah.

7.  Jika dulu beliau menyerang UMNO kerana bersekongkol dengan MCA tapi kini  seolah-olah UMNO / BN adalah parti yang suci dan sealiran dengan PAS.

8.  Lupakah Hadi dan ahli - ahli PAS  kenyataan Najib selaku Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengurusi Barisan Nasional menjelang PRU 13 pada tahun 2008 yang berkata bahawa selagi UMNO /BN berkuasa selagi itu Hukum Hudud TIDAK  akan dilaksanakan?

9.  Apakah Hadi, pemimpin dan ahli PAS  kini telah memaafkan rakan kongsi UMNO iaitu MCA , MIC dan Gerakan yang pernah mengugut mahu keluar ( berhenti ) dari Kabinet jika sekiranya pembentangan RUU 355 tajaan PAS diteruskan dalam Parlimen?

10.  Pada pilihanraya kecil Sungai Kandis baru-baru ini,   PAS bukan sahaja tidak meletakkan calonnya bartanding, malah Hadi mengarahkan ahli - ahlinya bekerja kuat menyokong calon UMNO /BN bagi mengalahkan calon Pakatan Harapan ( PH ).

11.  Kali ini pula di pilihanraya kecil Seri Setia, giliran UMNO / BN pula tidak meletakkan calon, sebaliknya beberapa Ahli
Majlis Tertinggi UMNO bukan sahaja berarak mengiringi calob PAS, bahkan mereka berkempen habis-habisan di sana seolah olah calon UMNO/ BN yang bertanding.

12.  Keadaan di pilihanraya kecil  Balakong lagi memeranjatkan apabila beberapa Pemimpin Tertinggi PAS bersungguh-sungguh berkempen bagi memenangkan calon MCA sedangkan Hadi pernah menyamakan MCA seperti seketul daging babi yang berada dalam kawah daging lembu.

13.  Apakah Hadi telah mengeluarkan fatwa baru yang daging babi itu sekarang ini sudah boleh dimakan oleh beliau dan ahli-ahli PAS?

14. Kebelakangan ini Hadi dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain menyerang  PH yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir atas alasan DAP adalah parti yang anti Melayu dan Islam.

15.  Sama ada mereka lupa atau buat - buat lupa tentang kenyataan Najib yang pernah menentang Hudud dan ugutan MCA terhadap BN jika sekiranya pembentangan RUU 355 diteruskan.

16.  Segala taktik  PAS dan UMNO/ BN di ketiga-tiga pilihanraya kecil tersebut terbukti telah mengalami kegagalan.

17.  Tidak lama lagi  akan berlangsung Perhimpunan Agung  UMNO dan Muktamar Tahunan PAS.

18.  Belum pun lagi UMNO menjemput PAS untuk hadir, tiba - tiba Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan PAS sedang menimbang kehadiran mereka di Perhimpunan Agung UMNO itu.

19.  Begitu juga Zahid Hamidi,  Presiden UMNO telah mengesahkan  'ana' akan hadir di Muktamar PAS nanti.

20.  Itulah tanda - tanda bahawa UMNO dan PAS sudah tentu akan mengadakan ‘Majlis Pernikahan’ mereka tidak lama lagi.

21.  Hanya tarikh ‘penikahan’ saja belum lagi ditetapkan tapi yang pasti rakan baik mereka, MCA dan MIC pasti hadir sebagai saksi kepada ‘perkahwinan’ tersebut.

22. Semoga ‘pernikahan’ kali ini berkekalan sehingga ke anak cucu dan tidak seperti ‘penikahan‘  terdahulu di zaman Tun Razak dan Datuk Asri yang berakhir dengan ‘perceraian’.

23. Sebenarnya taktik Pas berbaik-baik dengan UMNO hanyalah tipu daya Pas apabila mereka berjaya mengurangkan kerusi UMNO di Kelantan dan menumbangkan kerajaan UMNO di Terengganu.

24. Apa pun pesanan Allahyarham Datuk Fadzil Noor, bekas Presiden Pas dalam ucapan terakhirnya, “apabila kita berjinak-jinak dengan musuh (UMNO), itulah tanda bermulanya kehancuran kita (Pas).

25. Kata-kata Tok Guru Nik Aziz Nik Mat kepada saya, “UMNO bila lemah dia cari kita, bila kuat dia tendang kita.”

26. Sama-samalah kita tunggu dab lihat siapakah yang lebih bijak selepas ini.

27. Tulisan ini khas untuk renungan semua ahli - ahli UMNO/ BN dan PAS yang barangkali dalam detik penantian menunggu tarikh ‘pernikahan’ kedua-dua parti itu.

Terima Kasih.

20180909 RAJA-RAJA - PUNGUTAN SUARA ( REFERENDUM ) PERLU DIADAKAN

RAJA-RAJA - PUNGUTAN  SUARA ( REFERENDUM )
PERLU  DIADAKAN

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 09/09/18
( 1 -  23 )

1.  Hari ini rakyat meraikan Hari Keputeraan rasmi Yang Di Pertuan Agong.

2.  Buat pertama kali dalam sejarah negara tidak ada sebarang pengurniaan anugerah kebesaran diberikan kepada sesiapa pun atau dalam erti kata lain tidak ada sebarang Bintang dan Pingat  pun diberi pada tahun ini.

3.  Sebenarnya anugerah sedemikian bolehlah disamakan seperti Sijil Pelajaran, ia hanya diberi kepada mereka yang telah lulus peperiksaan saja.

4.  Mereka yang telah berkhidmat dengan baik dan berjasa kepada negara dan negeri sahaja yang sepatutnya diberi penghormatan menerima anugerah sedemikian.

5.  Amalan memberi anugerah  secara sewenang-wenangnya kepada sesiapa sahaja tanpa menggambil kira latar belakang sesaorang penerima seharusnya diberhentikan serta merta mulai sekarang.

6.  Cukuplah dengan cakap - cakap kononnya  ada seorang Sultan dan keluarga beliau dari Pantai Timur yang menjual Pingat Datuk dan Datuk Seri kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar pada harga yang ditetapkan.

7.  Difahamkan amalan itu telah dilakukan sejak sekian lama setiap kali  menyambut Hari Kelahiran Sultan tersebut.

8.  Hasil dari perbuatan  tersebut, kita sering kedengaran bagaimana segala jenis manusia termasuk kaki busuk seperti samseng,  penipu dan perompak dengan mudah menggunakan gelaran Datuk atau Datuk Seri di merata-rata.

9.  Perbuatan  sebegini  sudah tentu mengguris perasaan mereka yang benar - benar layak sama ada yang telah dianugerahkan atau yang masih menunggu untuk diberikan sesuatu anugerah.

10.  Ada juga pingat  diberi lagi kepada orang yang sama beberapa kali seolah-olah jasanya sangat besar, sedangkan biasanya orang berkenaan selalunya hanyalah ‘kaki mengampu’ saja.

11.  Sebagai perbezaan , di England  misalnya, pingat HANYA  diberi kepada beberapa orang sahaja dari sekian ramai yang layak
menerimanya.

12.  Cliff Richard , penyanyi terkemuka dunia dan Paul Mac Cartney dari kumpulan The Beatles sebagai contoh, mereka hanya menerima gelaran ' Sir ' dari Ratu Elizabeth selepas berpuluh tahun berkecimpung dalam industri hiburan, tidak seperti di sini bersepah-sepah artis diberikan gelaran Datuk dan Datuk Seri.

13.  Sebagai makluman, gelaran 'Sir' adalah lebih kurang sama gelaran Datuk atau Datuk Seri di negara kita.

14.  Amalan  memberi dan menjual gelaran-gelaran tersebut seperti ‘kacang putih’ perlu dihentikan serta merta.

15.  Allahyarham bapa saya, Tun Abdul Ghafar Baba hanya bersetuju menerima Anugerah Negara selepas beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, itu pun setelah beberapa kali dipujuk rayu oleh kerajaan dan ahli keluarga - ALFATIHAH !!

16.  Pendirian Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri  berhubung pemberian sebarang pingat dan anugerah seharusnya dijadikan panduan setiap negeri terutama negeri - negeri yang diperintah oleh Kerajaan Pakatan Harapan ( PH ).  Menteri Besar dan Ketua Menteri MESTI  BERTEGAS  memaklumkan pendirian ini kepada Raja dan Gabenor mereka; lagi pun Raja-Raja hanyalah manusia biasa, bukan Tuhan atau malaikat yang perlu ditakuti.

17.   Malaysia sudah Merdeka selama  61 tahun dan kini negara  pula di ketuai oleh Agong yang ke 15, maka sudah sampai masanya perubahan segera dilakukan.

18.   Rakyat kini mahu tahu apakah sejumlah wang yang besar hasil titik peluh mereka berbaloi dibelanjakan demi  kesenangan dan kemewahan Raja -Raja dan keluarga mereka?

19.   Saya amat terharu melihat bagaimana petani dan pesawah membanting tulang , bagaimana nelayan menyabung nyawa menempuh ombak gelora, bagaimana pemandu teksi dan pengangkutan lain menyengkang  mata dan bagaimana geladangan tidur di kaki-kaki lima kerana kesusahan  hidup  mencari rezeki - ini semua dilakukan mereka demi mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga mereka, sedangkan pada masa yang sama ada segelintir manusia yang tidak cukup - cukup melayani nafsu mereka dan keluarga dengan  kemewahan hidup seolah-olah itulah syurga mereka.

20. Jika sekiranya Kerajaan PH pimpinan  Tun Dr. Mahathir tidak mahu dituduh sekali lagi sebagai tidak sensitif terhadap Istana, maka saya kini mencadangkan Pungutan Suara atau Referendum harus diadakan dalam masa terdekat ini bagi mengetahui sama ada rakyat setuju atau tidak setiap sen yang dibelanjakan kepada  Agong dan Raja - Raja hendaklah dibentang, dibahas dan diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Negeri, ATAU mereka tidak peduli sebanyak mana wang rakyat diperuntukan kepada setiap Istana?

21. Di England dan Negara - Negara Eropah yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan seperti Malaysia, setiap sen yang di diperuntukkan kepada Raja mereka MESTI  terlebih dahulu mendapat persetujuan Parlimen.

22. Semoga cadangan  Pungutan Suara atau Referendum ini akan meningkatkan lagi penghormatan rakyat terhadap Raja - Raja sebagai payung kepada rakyat.

23. Sila kongsikan padangan ikhlas saya ini dengan seluas-luasnya.

Terima Kasih.

20180822 SIAPA YANG USIK PERLEMBAGAAN

SIAPA  YANG  USIK  PERLEMBAGAAN

Tamrin Tun Ghafar

Rabu - 22/08/18
( 1 - 25 )

1.  "Unsur - unsur tradisi dalam Perlembagaan tidak usah diusik bagi memastikan keharmornian dan keamanan dapat dikekalkan" - kata Sultan Kedah baru-baru ini.

2.  Unsur - unsur tradisi yang dimaksudkan itu ialah yang berhubung dengan kewujudkan institusi Diraja, hak istimewa orang Melayu dan Islam sebagai agama rasmi.

3.  Perkara yang disebutkan itu selalu didendangkan sejak merdeka sehingga kini dan akan terus diulangi selagi dunia tidak kiamat.

4.  Bak kata Hang Tuah - "Tidak Hilang Melayu Di Dunia”.

5.  Dari Agong ke Sultan , dari Perdana Menteri ke Menteri Besar, dari Ketua Setiausaha  Negara ke Pegawai Daerah dan Pengarah Tanah  hinggalah  ke budak pejabat dan pemandu kereta , hampir 95% daripadanya adalah orang Melayu.

6.   Berbagai dasar dan agensi digubal dan diwujudkan dengan satu tujuan iaitu bagi menentukan orang Melayu tidak  ketinggalan di tanah airnya sendiri.

7.  Kini kira - kira tiga juta Tanah Simpanan  atau Malay Reserve Land telah lesap tanpa diganti dengan sempurna.

8.   Hari ini hampir 5 juta rakyat Bangla, India, Nepal, Indon dan Myanmar membanjiri negara  kita, begitu juga rakyat dari China; satu angka yang amat menakutkan iaitu lebih 15% daripada jumlah penduduk kita yang seramai 30 juta.

9.  Projek - projek rasaksa seperti Forest City di Johor, Melaka South Gate  dan banyak lagi sedang dibangunkan oleh syarikat - syarikat dari Negara China.

10.  Begitu juga dengan East Coast Rail Link ( ECRL), High Speed Railway ( HSR ), hartanah strategik seperti tanah Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi ,  Kuala Lumpur.

11.  Isu - isu serius yang membabitkan agama Islam seperti pertukaran agama dari Islam ke agama kristian, LGBT , perhubungan sejenis kini begitu berleluasa.

12.  Tak cukup dengan itu negara di gemparkan pula dengan pendedahan skandal 1MDB, rompakan demi rompakan oleh Najib dan Rosmah secara bermaharajalela semasa berkuasa dahulu.

13.  Rakyat  ketika itu terus tertekan tanpa sebarang pembelaan oleh mereka yang kononnya  'payung' yang melindungi mereka.

14.  Apa yang kita lihat hak rakyat dikikis sedikit demi sedikit.

15.  Di Johor sebagai contoh, Sultan mencampuri hal ehwal politik dan pentadbiran negeri tanpa memperdulikan Perlembagaan dan Undang - Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

16.  Begitu juga di beberapa  negeri lain.

17.  Ada Sultan yang menggunakan kedudukan bagi mengkayakan diri mereka dan keluarga sama ada dengan 'memaksa' Menteri Besar memberi tanah , balak dan pasir  dan ada pula yang 'menjual' Darjah Kebesaran  yang membawa gelaran Dato dan sebagainya.

18 . Sedang ada rakyat yang masih hidup sebagai peminta sedekah, tapi dalam masa yang sama ada pula di kalangan Raja-Raja yang bermegah-megah dengan istana-istana dan koleksi kereta mewah mereka. Ada pula yang menayang kapalterbang milik peribadi mereka.

19.  Rakyat  berhak tahu apakah peranan Raja-Raja yang sepatutnya menjadi payung atau ‘penyelamat’ kepada rakyat.

20.  Apakah mereka dengar tangisan bayi yang kelaparan dek kemiskinan dan rintihan rakyat yang memerlukan bumbung yang sempurna?

21.  Sudah 61 tahun kita merdeka selepas dijajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun tapi masih ada sebahagian rakyat khasnya orang Melayi hidup mereka terumbang-ambing tak ubah seperti sampah di laut - mereka dahagakan pembelaan.

22.  Perdana Menteri ,  Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan ( EXCO ) diamanahkan oleh rakyat bagi menjaga kepentingan mereka  dan menyelesaikan masalah ekonomi negara yang ditinggalkan Najib dan kerajaan BN, justeru  mereka MESTI memberi keutamaan yang lebih kepada rakyat dari Raja-Raja yang begitu selesa hidup mereka.

23.  Apabila rakyat murka, Kerajaan yang pernah berkuasa berpuluh tahun lamanya pun boleh di tumbangkan.

24.  Mudah-mudahan kita semua, Agong, Raja, Perdana Menteri, Menteri Besar dan rakyat jelata diberi petunjuk dan hidayahNya sempena Hari Raya Korban ini.

25.  Semoga Kerajaan PH yang di pimpin oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bertegas bagi membetulkan keadaan tanpa ada  gangguan dari mana -  mana pihak.

Terima Kasih.

20180818 DAH PATUT PUN MCA DIPADAMKAN

DAH  PATUT  PUN  MCA  DIPADAMKAN

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu -  18/08/18
( 1 -  23 )

1.  Sir Tun Tan Cheng Lock , bapa kepada Tun Tan Siew Sin telah dipilih sebagai Presiden MCA yang pertama apabila parti itu ditubuhkan pada 27/02/1949.

2.  Tujuan utama penubuhan Malayan Chinese Association atau MCA ialah untuk menjaga hal ehwal dan kebajikan masyarakat Tionghua.

3.  Pada tahun 1952 , MCA telah bergabung dengan  Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR tetapi ia lebih  dikenali  dengan UMNO , iaitu ringkasan pendek bahasa Inggeris - United Malay National Organisation  dan  Malayan Indian Congress atau MIC  dengan menubuhkan parti PERIKATAN.

4.  Kapal Layar telah dipilih sebagai logo atau lambang parti tersebut.

5.  Selepas Tun Abdul Razak Hussein menggambil alih kepimpinan parti dan negara sebagai Perdana Menteri kedua, lahirlah Barisan Nasional atau BN untuk menggantikan Perikatan.

6.  BN yang diwujudkan pada 1hb Januari 1973 dianggotai sama oleh parti seperti Gerakan, PPP dan beberapa buah parti dari Sabah dan Sarawak.

7.  Malah PAS yang di pimpin oleh Datuk Asri Muda pernah menganggotai BN walau pun untuk beberapa waktu sahaja iaitu selepas diusir keluar dari BN.

8.  Selepas kepimpinan Tun Tan Siew Sin, tujuan asal penubuhan MCA telah mula berubah.

9.  Dari parti yang memperjuangkan kebajikan masyarakat Tiongha ia sudah menjadi parti  'taukey’.

10.  Bukan sahaja TIDAK PERNAH orang Melayu diberi peluang bertanding atas tiket MCA tapi yang LEBIH DASHYAT lagi tak seorang pun  orang Melayu   dibenarkan menjadi ahlinya.

11.  Yang peliknya setiap kali pilihanraya,   hampir kesemua calon MCA bertanding di kawasan  majoriti pengundinya ialah Melayu; dalam erti kata sebenarnya MCA berjaya mengguna/menipu orang Melayu sejaka pilihanraya pertama lagi.

12.  Dasar mereka berbeza dengan DAP, walaupun berbagai tuduhan dilemparkan terhadap parti itu, namun ramai ahlinya terdiri dari orang  Melayu.

13. Dari mula ditubuhkan hingga sekarang ramai pula wakil rakyat Melayu sama ada di peringkat DUN mahupun Parlimen yang mewakili parti tersebut ( DAP ).

14. Walaupun MCA  begitu 'chauvanist' dan 'racist' tetapi pengundi - pengundi Tionghua sendiri mula menolaknya
pada setiap kali pilihanraya.

15. Kini keseluruhan wakil rakyat mereka hanya tinggal 3 orang sahaja , seorang Ahli Parlimen dan dua orang  ADUN.

16. Keadaan MCA sekarang tak ubah seperti hanya tiga batang gigi yang tinggal dan dah mula bergoyang.

17. Langkah yang paling baik ialah cabut sahaja gigi - gigi tersebut sebelum ianya  bernanah.

18. Oleh kerana terlalu terdesak  menghadapi DAP dalam pilihanraya kecil di DUN Balakong ini, tiba-tiba MCA  menggambil langkah yang tidak pernah berlaku sejak bersama UMNO dan MIC sejak tahun 1952:

1)  Buat pertama kali mereka tidak akan menggunakan lambang BN.

2.  MCA kini boleh pula bekerjasama dengan Pas dan Hadi sendiri mengarahkan ahli-ahlinya di Balakong agar mengundi calon MCA - ini kononnya dilakukan kononnya atas kesefahaman mereka adalah parti pembangkang.

Adakah Hadi dan pemimpin-pemimpin tertinggi Pas sudah lupa atau buat-buat lupa bagaimana MCA, Gerakan dan MIC mengugut kerajaan dan UMNO khasnya bahawa mereka akan menarik diri (berhenti) dari Kabinet jika sekiranya kerajaan meneruskan cadangan membentangkan usul melaksanakan RUU355?

19. Baru-baru ini Liow Tiong Lai, Presiden MCA dengan nada yang sombong mengumpamakan BN dengan pepatah Cina ‘Ming Cun Shi Wang’ yang membawa maksud  ‘Luaran BN Hanya Tinggal Nama Saja Sedangkan Realitinya BN Sudah Mati.’

20. MCA sebenarnya sudah mula meroyan, hilang pedoman, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Nyawa mereka hanya di hujung pedang sahaja.

21. Semoga kali ini pengundi-pengundi khasnya pengundi Melayu  sama ada UMNO mahu pun Pas di Balakong TIDAK membenarkan diri mereka ditipu dengan segala janji manis dan tipu helah MCA.

22. Pepatah Tionghua ada menyebut ' Nang Bo Tinang, Qui Boh Qui’ yang bermaksud 'Hantu Bukan, Manusia Pun Bukan'.

23. Makhluk sedemikian harus dihapuskan sahaja dari alam ini.

Terima Kasih.

20180808 APAKAH YANG HARAM BOLEH DIHALALKAN ?

APAKAH  YANG  HARAM  BOLEH  DIHALALKAN ?

Tamrin Tun Ghafar

Rabu - 08/08/18
(1 - 18)

1.  Di satu ketika dahulu negara kita telah digemparkan dengan isu 'The 6 Million Dollar Man'.

2.  Isu itu timbul apabila seorang Ketua Bahagian UMNO yang pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri oleh Najib Tun Razak dan  kini menjawat jawatan Ahli Dewan Rakyat atau MP kerap berjudi di kasino Genting Highland.

3.  Kemudian sekali lagi kegemparan berlaku apabila seorang Ahli Lembaga Pengarah Genting yang  beragama Islam membuat dakwaan bahawa tidak terdapat dalam Al-Quran bahawa judi itu haram.

4.  Baru-baru ini   kita lihat tentang penyebaran gambar seorang Ahli Dewan Rakyat dari UMNO  sedang berjudi di Singapura.

5.  Tidak terperanjat jika alasan 'Mirip macam saya, suara pun macam saya , tapi itu bukan saya' digunakan bagi menafikan ' habit' beliau itu.

6.  Jika kita singkap sejarah , kasino Genting Highland itu sendiri telah diasaskan oleh seorang tokoh UMNO, Tan Sri Noah Omar, bapa mertua Tun Razak dan datuk kepada Najib Tun Razak bersama dengan Tan Sri Lim Goh Tong, seorang ahli perniagaan berasal dari China.

7.  Ketiga  - tiga  mereka yang masih berjawatan itu pada masa yang sama cuba menampilkan imej seolah-olah merekalah hero memperjuangkan  Melayu dan Islam.

8.  Bagi mempengaruhi pengundi di Sungai Kandis, salah seorang dari mereka sanggup melemparkan tuduhan liar kononnya negara sedang dikuasai oleh penganut agama Kristian yang terdiri dari DAP.

9.  Untuk makluman, agama Kristian  sendiri mengharamkan segala bentuk perjudian.

10.  Negara yang pernah dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris beratus tahun lamanya tidak pula bertukar menjadi negara Kristian, malah kekal sebagai negara Islam sehingga ke hari ini. Jadi, di mana logiknya DAP yang mempunyai tidak sampai 50 wakil rakyat (MP) dari jumlah 222 orang boleh mengkristiankan Malaysia?

11.  Sebenarnya mereka ini tidak menunjukan teladan sebagai seorang penganut Islam yang boleh dicontohi.

12.   Oleh kerana amalan - amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam telah sebati dengan UMNO,  pasti TIDAK akan ada  sebarang tindakan displin terhadap mereka walaupun dakwaan berkenaan adalah suatu bentuk hasutan yang serius.

13.  Semoga Kerajaan PH sekarang dan akan datang TIDAK akan teragak - agak mengdisiplinkan mana - mana ahli mereka  terutama yang beragama Islam jika terjerumus dengan perkara - perkara yang dilarang oleh agama.

14.  Rakyat sememangnya dahagakan pemimpin bersih dari segala amalan buruk seperti salah guna kuasa, rasuah, nepotisme dan kronisme dan lain-lain lagi.

15.  Jika rakyat boleh campakkan UMNO dan BN yang sudah memerintah selama 61 tahun,  rakyat juga boleh berbuat begitu terhadap PH.

16.  Kini rakyat bertanya mengapakah Raja melalui Majlis Raja - Raja yang bersidang setiap tahun membisu seribu bahasa bagi menyekat amalan-amalan yang bertentangan dengan kehendak Islam itu sendiri?

17.  Apa tugas Mufti sebagai Penasihat Agama kepada Raja-Raja?

18.  Sesuai dengan amanah yang diberikan ALLAH SWT itu, lakukanlah yang terbaik didunia ini.

Terima Kasih.

20180805 SUNGAI KANDIS - PH PATUT BERTERIMA KASIH KEPADA NAJIB

SUNGAI  KANDIS -  PH  PATUT  BERTERIMA  KASIH  KEPADA  NAJIB

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 05/08/18

1.  Selepas peristiwa ngeri yang berlaku pada UMNO / BN pada PRU14 yang berlangsung pada 09/05/18, Najib Razak terpaksa meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

2. Bagi UMNO dan Perikatan yang kemudian ditukar ganti kepada Barisan Nasional ( BN ) oleh Tun Razak, Perdana Menteri ke-2 yang juga bapa kepada Najib, kekalahan itu memang amat perit dan memalukan.

3.  Bak kata Najib, beliau tak sangka sama sekali bencinya rakyat terhadap beliau dan Rosmah, isteri tersayangnya.

4.  Pesan orang tua - tua, isteri itu boleh jadi madu dan boleh juga jadi racun.

5.  Melalui pilihanraya kecil ini  Najib cuba membuktikan segala dakwaan Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri tertua dalam dunia terhadap beliau adalah salah dan fitnah semata-mata.

6.  Tidak cukup dengan beliau berkempen bermati - matian,  pada saat akhir Rosmah juga turut  turun padang menemani suaminya dengan kepercayaan rakyat Sungai Kandis sudah bersedia memaafkan mereka.

7.  Terlalu terdesak, beliau  menggunakan taktik kotor dengan memomok - momok Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan yang kononnya tidak layak memegang jawatan itu.

8.  Dalam pilihanraya Sungai Kandis juga memperlihatkan kerjasama antara UMNO dan PAS tidak begitu menjadi.

9.  PAS  bersetuju menyokong  UMNO / BN  dengan tidak meletakkan calon dan mengarahkan
ahli - ahlinya mengundi calon UMNO, Lokman Noor Adam.

10.  Bayangkan tanpa sokongan padu PAS, berapakah undi sebenar yang UMNO akan diperolehi oleh calon BN?

11. Dah terang lagi bersuluh, rupa-rupanya majoriti rakyat masih tidak boleh memaafkan Najib dan Rosmah diatas segala kepincangan serta skandal yang mereka lakukan semasa berkuasa dahulu.

12.  Wang tunai serta beg tangan berjenama dan barang - barang kemas emas dan permata bernilai melebihi RM 1 Billion kepunyaan mereka yang disembunyikan telah dirampas akhirnya.

13.  Mungkin lebih banyak lagi yang telah dibawa lari ke luar negara dan tidak diketahui oleh kita semua.

14.  Kepada saya, pengelibatan Najib dan Rosmah adalah malapetaka  sekali lagi bagi UMNO dan BN.

15.  Ada dua lagi pilihanraya kecil  akan diadakan dalam masa terdekat ini  - satu di Belakong dan satu lagi di Seri Setia.

16. Bagi membuktikan berkemungkinan  pengundi Sungai Kandis tersilap pangkah dan yang penting bagi membuktikan mereka tak bersalah, apakah Najib dan Rosmah
bersedia turun padang di kedua - dua kawasan itu?

17.  Nasihat saya adalah lebih baik mereka berdua ini  menumpukan masa bagi menghadapi tindakan undang - undang daripada membantu PH menang seperti apa yang berlaku di Sungai Kandis.

18.  Semoga Mat Maslan dan pemimpin - pemimpin UMNO dan BN yang lain boleh menyampaikan nasihat saya ini kepada bekas pemimpin mereka itu.

Terima Kasih.

20180714 RAKYAT DAN RAJA - SIAPA YANG LEBIH BERKUASA ?

RAKYAT  DAN  RAJA  -  SIAPA  YANG  LEBIH  BERKUASA ?

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu 14/07/18
( 1  -  25 )

1.  Tiada rakyat maka tiada Raja, inilah keadaan yang sebenarnya.

2.  Jika kita kembali kepada sejarah, ia jelas menampakkan bahawa rakyatlah di suatu masa dahulu yang memilih siapa di kalangan mereka untuk diangkat sebagai Ketua yang kemudiannya ditukar gelaran sebagai Raja atau Sultan.

3.  Apabila tiada persefahaman,  maka jalan terbaik ialah menjemput mereka sama ada dari Sumatra ( Minangkabau) mahu pun dari Kepulauan Sulawesi atau lebih tepat orang Bugis sebagai Ketua atau Raja mereka.

4.  Raja atau Sultan Negeri Sembilan berasal dari Pagar Ruyong, Sumatra sementara Sultan Selangor dan Johor pula berasal dari keturunan Bugis,  di Sulawesi, Indonesia.

5.  Ibu Sultan Perak berasal dari keturunan rakyat biasa Pulau Pinang sementara ibu Sultan Ibrahim Johor pula adalah seorang rakyat biasa keturunan  Inggeris dari England, beliau baru sahaja meninggal dunia baru-baru ini. Raja Muda Selangor pula adalah kacukan Bugis dan rakyat biasa dari Amerika Syarikat.

6.  Keturunan apa pun mereka ini, yang sahih mereka telah diberi peluang diangkat sebagai Raja atau Sultan oleh rakyat.

7. Hanya ADAT sahaja yang mengizinkan keturunan mereka dari asal ke cucu cicit untuk terus mewarisi tempat tersebut tanpa disoal oleh rakyat kini.

8. Istilah Raja berasal dari perkataan Sanskrit, India yang bermaksud Rajan atau Ketua Puak.

9. Sultan pula merupakan istilah Bahasa Arab yang berasal daripada perkataan   'Salatha' yang bererti yang berkuasa.

10. Sejak Merdeka keadaan mula berubah. Raja atau Sultan TIDAK lagi bertindak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. ‘Sekali air bah, sekali pantai berubah’.

11. Mengikut hikayat lama, Laksamana Bentan, Megat Sri Rama telah melafazkan kata - kata yang sehingga kini masih bermain di kepala sebahagian rakyat iaitu 'Raja Adil Raja DiSembah , Raja Zalim Raja DiSanggah'.

12. Kezaliman Sultan membunuh Dang Anum, isteri Laksamana Bentan itu berakhir dengan apa yang dikenang sehingga sekarang sebagai -  ‘Sultan Mahmud Mangkat Di Julang'.

13. Peristiwa tersebut mengingatkan kita khasnya Sultan bahawa mereka tidak boleh bertindak sesuka hati.

14. Menjelang PRU 14 yang berlangsung pada 9hb Mei yang baru lepas,!beberapa orang Sultan telah bertindak diluar batasan.

15. Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menarik Darjah DK daripada Tun Mahathir. Darjah ini dianugerahkan kepada Tun oleh ayahanda beliau, Sultan Ismail Petra.

16. Sebelum arahan diberi  dikeluarkan, Tun Mahathir sendiri telah memulangkan pingat yang sama taraf  kepada Sultan Selangor.

17. Di Johor pula Sultan Ibrahim dan anaknya Tunku Ismail   bersungguh - sungguh berkempen bagi mengalahkan Tun Mahathir dan parti beliau dengan alasan- alasan yang tak masuk akal.

18. Sultan harus menerima hakikat bahawa usaha mereka telah ditolak oleh majoriti rakyat, justeru ia dengan sendiri membawa makna bahawa rakyat lebih cerdik dari mereka.

19. Rakyat berasa lega apabila Pakatan Harapan yang diberi amanah memerintah telah melaksanakan beberapa perubahan atau reform apabila beberapa agensi seperti SPRM , SPR dan lain-lain yang selama ini berada dibawah kawalan Pejabat Perdana Menteri ( PMO ) diletakan terus dibawah kawalan Parlimen.

20. Banyak lagi Akta yang akan dimansuhkan dalam masa terdekat ini.

21. Bagi menguatkan lagi Institusi Raja Berperlembagaan dan dalam masa yang sama bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham antara Raja dan Rakyat, maka perkara berikut adalah dicadangkan:-

1.  Setiap tahun semasa Pembentangan Belanjawan sama ada di peringkat Parlimen ( Agong ) dan Negeri ( Sultan ), segala kos perkhidmatan, perbelanjaan dan penyelenggaraan mereka dan keluarga  MESTI dibentang bagi mendapat kelulusan. Ini kerana setiap sen yang dibelanjakan adalah hasil titik peluh rakyat, maka rakyat berhak diberitahu ke mana wang mereka dibelanjakan.

2.  Parlimen MESTI meluluskan garis panduan yang jelas berkenaan perkara - perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh mereka, sebagai contoh jumlah kereta yang dikecualikan dari sebarang cukai,  tidak boleh berniaga dan menggunakan pengaruh untuk sebarang projek, tidak boleh  'menjual' sebarang Darjah Kebesaran,  tidak boleh mencampuri hal ehwal politik sama ada secara tersurat dan tersirat. Begitu juga tidak boleh terlibat dalam urusan pentadbiran seperti hal ehwal tanah dan pembangunan seperti yang dilakukan di Johor. Kuasa ini MESTI dibatalkan serta merta.

22. Cadangan diatas adalah amalan biasa yang dilaksanakan di England dan di beberapa negara yang mempunyai Raja di Eropah.

23. Semoga  'Reformasi' ini berani dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.

24. Tindakan ini tidak sekali - kali menjejaskan kedudukan Sultan, malah ia akan memastikan mereka terus hidup di istana yang disumbangkan oleh rakyat jelata tanpa perlu menitiskan walau setitik peluh pun.

25. Sila kongsi bersama pandangan saya ini.

Terima Kasih.

20180708 RM10 JUTA - SIAPA YANG MEMFITNAH, ZAHARIN ATAU ROSMAH?

RM10  JUTA  -  SIAPA  YANG  MEMFITNAH, ZAHARIN  ATAU  ROSMAH?

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 08/07/18
( 1 - 18 )

1.  Sudah sekian lama rakyat khasnya penduduk Negeri Sembilan menunggu - nunggu jawapan yang lebih jelas, akhirnya menjadi kenyataan jua.

2.  Sehari sebelum Najib Tun Razak ditangkap oleh SPRM, sahabat saya Zaharin Md. Yassin telah menemui Najib dan isterinya di rumah mereka di Taman Duta, Kuala Lumpur.

3.  Mengikut kata Zaharin,  ada dua perkara penting yang disebut oleh Rosmah di hadapan Najib sendiri.

4.  Pertama,!bagi  menentukan kemenangan dalam pilihanraya umum baru - baru ini, Mustapha Mohamed selaku  Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan ada menggambil wang sebanyak RM35 juta daripada Najib.

5.  Sama ada wang tersebut diagih-agihkan kepada setiap calon UMNO / BN atau digunakan sepenuhnya untuk jentera parti, itu terserahlah kepada yang terlibat untuk menjelaskannya.

6.  Setinggi gunung sekali pun wang dicurahkan, rakyat Kelantan khasnya mereka yang tinggal di perantauan tetap tidak percaya kepada janji - janji manis UMNO/BN.

7.  Mereka lebih rela  makan kangkung dari terus ditipu oleh pemimpin - pemimpin UMNO.

8.  HANYA  JAUHARI  SAHAJA  YANG  MENGENAL  MANIKAM.

9.  Perkara kedua dan yang tidak kurang pentingnya disebut oleh Rosmah kepada Zaharin ialah bagaimana Najib semasa berkuasa dahulu  telah  MENYELAMATKAN
Mohamad Hassan atau Mat Hassan dalam kes wang
RM10 juta yang dihantarnya ke London melalui sebuah syarikat Pengurup Wang atau Money Changer.

10. Di bawah Akta tertentu Bank Negara Malaysia ( BNM ), lesen syarikat tersebut telah digantung atas penglibatan dalam penghantaran yang tidak mengikut peraturan.

11.  Isu ini telah diperkatakan dan disoal begitu hangat sama  di dalam Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan mahu pun di Parlimen.

12.  Malah difahamkan beberapa laporan polis dan SPRM telah disusuli kemudiannya, tetapi Mat Hassan selaku Menteri Besar ketika itu tidak pernah diambil apa-apa tindakan.

13.  Kini satelah ditewaskan di peringkat Pusat dan  Negeri  oleh Pakatan Harapan ( PH ) dibawah pimpinan Tun Dr. Mahathir yang sekarang menjadi Perdana Menteri, kes ini MESTI  dibuka semula tanpa  berlengah-lengah lagi.

14.  BNM , Polis dan SPRM tidak boleh lagi menutup kes ini dengan memberi berbagai alasan, ditambah pula kerajaan  kini begitu serius mahu menghapuskan segala bentuk rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa undang-undang negara.

15. Akta Pengubahan Wang Haram atau Anti Money Laundering Act ( AMLA ) sebagai contoh boleh dikenakan terhadap Mat Hassan atas kesalahan tersebut.

16.  Mungkin Lembaga Hasil Dalam Negeri atau Income Tax juga boleh menyiasat sama.

17.  Semoga tidak ada seorang pun pegawai dari agensi - agensi penyiasat  yang disebut di atas tidak termakan budi atau serba salah menggambil tindakan  atau cuba menutup pekung ini atas alasan Mat Hassan berasal dari Negeri atau Daerah yang sama dengan mereka.

18. SEPANDAI - PANDAI  TUMPAI  MELOMPAT, AKHIRNYA  JATUH  KE TANAH
JUGA.

Terima Kasih.

20180701 BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG

BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG

Tamrin Tun Ghafar
Ahad  -  01/07/18
( 1 -  13 )

1.  Tahniah kepada Zahid Hamidi diatas kejayaan beliau mengalahkan Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO yang berlangsung kelmarin, Sabtu  30/06/18.

2.  Malangnya tak sampai pun 24 jam  bergembira dengan kemenangannya, Zahid Hamidi terpaksa hadir memberi kenyataan di Ibu Pejabat SPRM, esok Isnin 02/07/18.

3.  Adalah difahamkan sebab beliau dipanggil ini ialah berhubung kes pecah amanah atau Criminal Breach of Trust ( CBT )  sebanyak RM800,000/- yang melibatkan sebuah yayasan di mana beliau adalah pengerusinya.

4.  Difahamkan yayasan tersebut ialah Yayasan Akal Budi.

5.  Begitu juga kes berhubung 1MDB di mana beliau  mengaku telah berjumpa 2 orang waris keluarga Diraja Arab yang kononnya telah menderma RM2.6 bilion kepada Najib Razak.

6. Ini belum lagi kes Kretam Holdings dan Tekala yang asalnya kepunyaan Yayasan Gerak Bakti milik Pemuda UMNO Malaysia, tapi kemudian menjadi miliknya.

7. Dalam tahun 1988, Zahid Hamidi mengaku mempunyai RM240 juta dan beliau seharusnya memaklumkan kepada umum bagaimana memperolehi kekayaan sebanyak itu ketika itu?

8. Berkemungkinan besar polis akan membuka semula kes jenayah  yang melibatkan beliau, ahli keluarga dan ‘bodyguardnya’ yang memukul sehingga retak 'skull' Amar Bazli , bekas kekasih anak perempuan beliau di suatu ketika dahulu.

9. Timbalan Presiden UMNO yang baru dipilih pula, Mat Hassan turut berhadapan dengan kes ‘Anti Money Laundring Act’ atau AMLA.

10. Syarikat Pengurup Wang atau Money Changer yang menguruskan penghantaran RM10 juta ke London bagi pihak  Mat Hsssan telah di ambil tindakan oleh Bank Negara Malaysia ( BNM) tetapi ketika itu tidak ada sebarang tindakan undang - undang pun dikenakan pada beliau.

11. Boleh dikatakan sebahagian besar mereka yang menang dalam pemilihan UMNO terutama di peringkat pusat masing - masing tak ubah seperti kerbau yang telah terpalit lumpur.

12. Apa pun yang akan berlaku terhadap setiap mereka, ia bukan ‘salah ibu menggandung'.

13. Nasihat saya eloklah sediakan payung sebelum hujang atau dalam msksud lain sediakanlah peguam sebeum anda diheret ke mahkamah.

Selamat Membaca

Terima Kasih.

20180625 UMNO TU BINATANG APA?

UMNO TU BINATANG APA?

Tamrin Tun Ghafar

Isnin  -  25/06/18
( 1 -  22 )

1.  Saya menyokong tindakan Hishamuddin Tun Hussein yang tidak bertanding sebarang jawatan di peringkat tertinggi UMNO pada pemilihan kali ini.

2.  Saya yakin tindakan beliau ini berdasarkan prinsip kebertanggungjawaban di mana beliau merasakan turut memikul beban kekalahan Barisan Nasional baru - baru ini.

3.  Memang benar Najib adalah punca utama kekalahan tersebut tetapi pemimpin - pemimpin  lain perlu  juga memikulnya bersama.

4.  Zahid Hamidi , Khairy Jamaluddin, Annuar Musa , Mat Hassan, Azeez Rahim dan ramai  lagi sepatutnya TIDAK LAYAK  bertanding dan dipilih oleh kerana tindakan Najib adalah  'collective responsibility' atau ' keputusan bersama' dengan semua pemimpin tersebut.

5.  Semasa zaman Najib merekalah hero  yang bermatian mempertahankan beliau.

6.  Kini mereka cuba menjadi hero lagi dengan mengemukakan berbagai cadangan bagi membaik pulih UMNO yang tinggal nyawa - nyawa ikan saja lagi.

7.  Soalnya. mengapa sekarang ? Mengapa mereka menikus di zaman Najib berkuasa dahulu?

8.  Jawapannya mudah, mungkin jika mereka lantang bersuara , mereka pasti akan dipecat seperti yang berlaku kepada Tan Sri Muhyiddin yang ketika itu adalah seorang Timbalan Perdana Menteri dan Shafie Apdal, Menteri Pembangunan Luar Bandar.

9.  Dalam ertikata lain mereka ini lebih mementingkan jawatan dan kedudukan daripada berjuang untuk parti, jauh sekali untuk rakyat.

10. Di dalam kesibukan berkempen masing - masing calon cuba menonjolkan diri,melalui poster,  memberi sampul surat yang berisi duit, malah ada yang sanggup berbohong  seperti sesetengah penjual ubat di kaki lima.

11. Mat Hassan bukan sahaja menyebarkan poster seolah - olah dia adalah regu Tengku Razaleigh sebagai Timbalan, malah sanggup mengeluarkan kenyataan bodoh  yang berbunyi "UMNO mesti
memilih pemimpin yang berintegriti"  yang membawa maksud   ketulusan, kejujuran dan keikhlasan. Bukankah sejak dilantik sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO NS, beliau telah melantik abangnya, Dato Azman sebagai Setiausaha Perhubungan,adiknya Dato Ghani sebagai Bendahari tak rasmi ,  menantu Dato Azman sebagai Ketua Puteri dan anak sebagai Naib Ketua Pemuda? Sebenarnya Mat Hassan cuba menonjolkan imej seorang yang tidak mementingkan diri dan keluarga.

12.  Beliau patut dihadiahkan cermin muka bersaiz  besar supaya senang nampak jerawat, parut dan kudis di wajahnya sendiri. Bayangkan jika Tengku Razaleigh dan beliau berjaya, kemudian sekiranya berlaku apa-apa kepada Tengku Razaleigh, maka beliaulah bakal menyandang jawatan Presiden UMNO. Nauzubillah!!

13. Karektor Mat Hassan ini juga mencerminkan budaya  sebahagian besar pemimpin UMNO sebenarnya.

14.  Tengku Razaleigh apabila kalah menentang Dr. Mahathir , beliau dan beberapa orang Menteri berhenti dari menjadi  anggota Kabinet.

15.  Bersama rakan - rakan beliau kemudian menubuhkan parti Semangat 46 setelah tidak dibenarkan menyertai UMNO ketika itu.

16.  Itu pada saya adalah tindakan waras sebagai pemimpin dan tidak hanya berkokok selepas parti menerima kekalahan.

17.  Jika sekiranya ahli - ahli UMNO di peringkat Cawangan dan Bahagian berfikir secara rasional, maka saya pasti mereka tidak akan memilih pemimpin yang menggunakan wang ringgit untuk memenangi pertandingan.

18.  Masalahnya sebahagian besar ahli UMNO tidak ubah seperti harimau sarkas, siapa yang hulur lebih, orang itulah yang akan mereka pilih.

19.  Pepatah Inggeris 'Old Habits Die Hard’ yang bermaksud Tabiat Yang
Sukar Hendak Diubah.

20.  Jika perangai ini berkekalan, tidak mustahil satu hari nanti cucu cicit kita akan bertanya "UMNO Tu Binatang  Apa Tok?”

21.  Bayangkan  satu hari nanti dalam program 'Hari Ini Dalam Sejarah' pengacara TV ketika itu membaca satu skrip "Hari ini 30 tahun dahulu pada 9hb Mei 2018 , UMNO dan parti komponennya Barisan Nasional telah ditolak oleh rakyat setelah memerintah selama 61 tahun".

22.  JANGAN  MENANG  SORAK  KAMPUNG  TERGADAI.

Terima Kasih.

20180622 BILA BNM NAK BUKA SEMULA KES RM10 JUTA ??

BILA  BNM  NAK  BUKA  SEMULA  KES  RM10 JUTA ??

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat -  22/06/18
( 1 - 15 )

1.  Tindakan pertama Mohamad Hassan atau Mat Hassan, apabila dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan ialah menghantar RM10 juta ke London.

2.  Wang tersebut dihantarnya melalui sebuah syarikat Pengurup Wang atau Money Changer.

3.  Diatas kesalahan tersebut  Bank Negara Malaysia atau BNM telah mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut tetapi tidak terhadap Mat Hassan.

4. Berkali - kali Pembangkang ketika itu mempersoalkan perkara tersebut di Dewan Negeri dan Parlimen tapi tidak dihiraukan.

5. Apakah dibawah Kerajaan sekarang BNM dan SPRM masih mahu menutup kes ini begitu saja sedangkan kes - kes yang lebih ringan  diburu sehingga ke lubang cacing?

6. Selain dari kes diatas , rakyat Negeri Sembilan khususnya begitu benci dengan Datuk Azman, abang kepada Mat Hassan yang bertindak seperti 'Besar Sudu Dari Senduk' sepanjang  beliau menjawat jawatan MB selama ini.

7.  Dato Azman adalah orang yang membolot hampir semua kontrak di pejabat-pejabat daerah melalui pelbagai syarikat yang beliau mempunyai kepentingan.

8. Seorang lagi adik kepada MB bernama Dato Ghani Hassan bekas ADUN Rantau juga dilaporkan mempunyai kekayaan bernilai jutaan ringgit.

9. UMNO telah menjadi parti keluarga semasa era Mat Hassan di mana abang( Dato Azman ) sebagai setiausaa, manakala adik ( Dato Ghani ) menjadi bendahari tak resmi sehingga menyebabkan rakyat meluat dan menolak BN dalam pilihanraya lalu.

10.  Beliau ini umpama bunga ros yang hanya cantik dilihat tapi penuh dengan duri.

11. Menjelang PRU 14 yang lalu Mat Hassan menggalakkan Pemuda BN di kawasan Parlimen Rembau bertindak ganas dengan menterbalikkan meja jika terjumpa mereka yang menentang kerajaan di kedai-kedai kopi.

12. Sepatutnya sebagai seorang MB beliau tidak bertindak seperti seekor binatang buas dan ganas.

13. Walaupun menang tanpa bertanding, oleh kerana calon Pembangkang dihalang dari memasuki Dewan ketika penamaan calon, namun kiraan undi membuktikan calon Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kalah teruk di kawasan Dun Rantau di
mana Mat Hassan sebagai Adunnya.

14. Jika UMNO  terus memilih orang sebegini sebagai Timbalan Presidennya, maka sudah patutlah UMNO dikuburkan oleh rakyat yang bencikan penyelewangan kuasa dan rasuah.

15. Semoga BNM, SPRM dan Bukit Aman bertindak segera terhadap beliau sebelum Parlimen bersidang pada pertengahan Julai nanti.

Terima kasih.

20180620 MENANG JADI ARANG

MENANG  JADI  ARANG 

Tamrin Tun Ghafar

Rabu -  20/06/18
( 1 -  21 )

1.   Seperti juga Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebenarnya saya juga tidak berminat nak ambil tahu apatah lagi nak komen mengenai parti yang pernah saya anggotai di suatu waktu dahulu.

2.  UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu sudah pun tinggal nyawa - nyawa ikan sahaja.

3.  Ini semua berlaku angkara kerakusan dan tamak haloba Najib Tun Razak ,  bekas pemimpin UMNO yang mereka puji dan puja, malah bak kata Ismail Sabri, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, “tak percaya Najib bermakna tak percaya ALLAH”.

4.  Kepada Najib, bukan sahaja 'cash is king’ tetapi yang beliau utamakan ialah ketaatan atau loyalty kepada beliau sebagai pemimpin walaupun  seseorang itu hanya punyai   'otak udang' saja.

5.  Bak kata pepatah cina   'Ikan Itu Busuk Bermula Dari Kepala', bermakna apabila ketua  itu rasuah,  pencuri, penyamun dan perompak, maka ia  pasti diikuti oleh jual-juaknya.

6.  Kini  UMNO yang hanya ‘tinggal nyawa - nyawa ikan' sedang cuba diberi nafas dengan harapan ia tidak di talkinkan terus.

7.  Perangai lama UMNO masih melekat lagi di badan mereka ibarat irama dan lagu yang tak boleh dipisahkan; SIAPA KAYA dan PEMURAH, BERJAYA.

8.  Sepatutnya dalam keadaan sebegini mereka insaf, duduk semeja berunding siapakah di antara pemimpin yang ada yang harus diketengahkan sebagai Presiden atau Ketua yang baharu seperti yang di amalkan oleh para sahabat selepas wafatnya Baginda Rasulullah SAW.

9.  UMNO sebenarnya ketandusan pemimpin yang bersih dan bertenaga.

A .  ZAHID  HAMIDI :

Walaupun ketika ini beliau bertindak sebagai Pemangku Presiden, namun kredibiliti beliau tercalar dengan beberapa isu seperti kes jenayah dan pembohongan yang mana beliau sendiri terlibat -

a )  Insiden Amir Bazli yang dibelasah beliau dan beberapa orang suruhan nya.

b)  Saham syarikat Kretam Holdings Berhad dan Tekala Berhad yang pada asalnya kepunyaan Pemuda UMNO melalui Yayasan Gerak Bakti.

c )  Pembohongan beliau berhubung 1MDB kononnya beliau sendiri telah berjumpa dua orang 'penderma’ Arab.

d ) Tuduhan beliau 'Mahathir ialah  anak lelaki Iskandar Kutty’ yang sehingga kini beliau gagal membuktikannya.

e )  Tak sampai sebulan dilantik sebagai Timbalan PM, beliau  sudah meminta sokongan Tun Mahathir bagi menggantikan Najib sebagai PM, sehingga kini beliau gagal mengeluarkan rakaman perbincangan yang pernah dijanjikannya.

f )  Belum pun sebulan menerima kekalahan ,  beliau selaku Pemangku Presiden telah meminta nasihat Tun  bagaimana nak kuatkan UMNO semula sedangkan Tunlah yang orang yang mengepalai Pakatan Harapan yang menggalahkan  parti tersebut.

B.  KHAIRY  JAMALUDDIN :

a )  Ketua Pemuda dan bekas Menteri Beliau dan Sukan.

b )  Semasa bapa mertuanya Abdullah Ahmad Badawi menerajui Kerajaan, beliau lebih dikenali sebagai 'budak tingkat 4'.

c )  Di zaman itulah 'budak tingkat 4' ini begitu bermaharajalela mempengaruhi bapa mertuanya yang lemah sebagai Perdana Menteri.

d ) Kegemilangan UMNO mula merudum akibat kebosanan rakyat terhadap campurtangan ‘budak tingkat 4’ inilah.

e ) Di zaman ‘budak tingkat 4’ inilah bermulanya kebencian rakyat terhadap UMNO dan ia meletup seperti gunung berapi pada pilihanraya yang baru lepas.

f )  Beliau tidak boleh lepas tangan kes kehilangan  RM100 juta semasa beliau menerajui Kementerian Belia dan Sukan.

C.  TENGKU RAZALEIGH HAMZAH:

a )  Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan.

b )  Selain Tengku Abdul Rahman, beliaulah  satu - satunya Keluarga Raja yang tak mengira penat lelah berjuang untuk rakyat.

c )  Selepas tidak berjaya mengalahkan Dr. Mahathir sebagai Presiden UMNO dalam tahun 1987 , beliau menerajui parti Semangat 46 ( S46 ).

d )  Walaupun  bergabung dengan PAS dan DAP,  beliau gagal mengalahkan UMNO dan BN yang di pimpin oleh Dr. Mahathir ketika itu.

e )  Akhirnya parti S46 itu dibubarkan dan ahli - ahlinya termasuk Tengku Razaleigh sendiri balik kepangkuan UMNO.

f )  Usaha bagi melibatkan beliau dalam kes BMF di Hong Kong hanya satu rekaan dan  sia - sia sahaja.

10.  Selama ini setiap Bahagian mendapat bantuan dari Ibu Pejabat UMNO sebanyak RM10,000/- sebulan , malangnya bantuan ini telah pun diberhentikan selepas sahaja BN kalah pilihanraya.

11.  Sesiapa yang dipilih sebagai Presiden yang baru perlu juga memikirkan cara mana boleh membantu pentadbiran dan aktiviti Bahagian dan Cawangan.

12.  RM10,000/- sebulan  x 192 Bahagian = RM1,920,000 x 12 bulan = RM23,040,000/- setahun x 5 tahun  ( jika Piliharaya diadakan ketika itu )  = RM115,200,000/-.

13.  Bahagian dan Cawangan TIDAK akan bergerak TANPA bantuan kewangan.

14.  Sepatutnya jika Najib sayangkan UMNO, beliau harus melepaskan jawatan Presiden parti itu setahun yang lepas.

15. Khaled Nordin ( Johor )  dan Mohamad Hassan ( Negeri Sembilan ) sepatutnya tidak bertanding untuk jawatan - jawatan tertinggi seperti jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

16. Selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN, mereka BERTANGGUNGJAWAB atas  kekalahan UMNO dan BN di negeri  masing - masing.

17. Mereka sepatutnya menumpukan masa sepenuhnya membetul dan  menguatkan parti di negeri masing - masing selepas kekalahan baru-baru ini, bukan nak menonjol diri seolah-olah mereka telah berjaya mengekalkan kemenangan.

18. Terserahlah kepada ahli - ahli UMNO sama ada mereka sanggup membuat kesilapan kali kedua atau sebaliknya.

19. KINI  NASI  SUDAH  JADI  BUBUR.

20. Menang jadi arang, kalah jadi abu.

21. Sebaik-baik cara bagi UMNO mencari pemimpin ialah dengan memperkenal dan melaksanakan sistem LELONG.

Terima Kasih.

20180615 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT  HARI  RAYA  AIDILFITRI

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat  15/06/18
( 1 -  20 )

1.  Syukur Alhamdulillah umat Islam telah berjaya menunaikan ibadah- ibadah dalam bulan Ramadhan selama sebulan  dengan sempurna.

2.  Hari ini 1 Syawal, kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan rasa gembira.

3.  Semoga segala amalan baik yang dituntut ALLAH SWT dan yang telah ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW menjadi pegangan hidup kita sehingga kita kembali kepadaNYA.

4.  Tahun 2018 ini merupakan tahun yang penuh sejarah dan cabaran.

5.  Bermula pada hari Rabu  9hb Mei, UMNO dan Barisan Nasional ( BN ) yang telah memerintah negara selama 61 tahun buat pertama kali telah kalah kepada parti Pakatan Harapan ( PH ).

6.  Pada usia 93 tahun , Tun Dr. Mahathir Muhamnad yang pernah menjadi Ketua Kerajaan selama 22 tahun dipilih semula sebagai Perdana Menteri ke-7.

7.  Malangnya upacara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri sama ada disengajakan atau tidak telah tertangguh dari jam 9.30 pagi ke 5 petang dan akhirnya ke 9. 30 malam, inilah kali pertama perkara seperti ini berlaku sejak negara mencapai kemerdekaan.

8.  Selama 10 hari lamanya surat Perdana Menteri yang mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baru telah tidak mendapat maklum balas dari Istana Negara.

9.  Dalam perutusan sempena  Hari Raya, Yang Dipertuan Agong menyatakan baginda dan Raja - Raja sentiasa bertindak mengikut Perlembagaan dan Undang - Undang.

10.  Apakah  berkempen secara terbuka menentang Tun Mahathir dan partinya oleh Sultan Johor dan anaknya, Tunku Mahkota Johor, melengah-lengahkan perlantikan Perdana Menteri dan Peguam Negara bertepatan dengan Perlembagaan Negara?

11.  Teguran A Kadir Jasin terhadap Agong dan Raja - Raja memang tepat dan berpatutan, beliau sepatutnya tidak  perlu melepaskan jawatan selaku jurucakap ' Council of Eminent People'.

12.  Tak tahulah siapa yang telah berjaya menyakinkan Tun Mahathir untuk  bertemu Zahid Hamidi tetapi yang penting dan menggelikan hati apabila Zahid selaku Pemangku Presiden UMNO sendiri telah meminta nasihat Tun Mahathir, orang yang telah menumbangkan UMNO bagaimana hendak memulih dan  menguatkan UMNO semula.

13.  Ada yang beranggapan tanpa menyebutnya,  Zahid berharap kes jenayah yang telah dilakukan dulu terhadap Amir Bazli dan kes saham Syarikat Kertam Holdings Berhad dan Tekala Berhad tidak akan dibuka semula.

14. Tak tahulah apa perkataan yang sempurna yang  boleh digunakan apabila Zahid meminta polis memulangkan duit  samun yang dirampas  dari rumah Najib dan kondo mewah anaknya atas alasan duit yang berjumlah RM114 juta itu adalah kepunyaan UMNO.

15.  Mengapa duit sahaja yang di minta, sedangkan lebih 300  beg berjenama Berkin, lebih 80 jam tangan bernilai berjuta ringgit dan barang - barang kemas yang diperbuat dari emas dan berlian tidak pula di tuntutnya?

16.  Inilah kualiti pimpinan UMNO yang masih mengamalkan perangai lama seolah - olah mereka berkuasa lagi.

17.  Kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka adalah disebabkan politik Istana sendiri.

18.  Pantun
" Kalau Roboh Kota Melaka,
Papan Di Jawa Saya Dirikan
Kalau Sungguh Bagai DiKata, Nyawa Dan Badan Saya Serahkan"
mungkin masih boleh di ambil kira.

19.  KITA  MERANCANG  TAPI  ALLAH  JUA  YANG  MENENTUKAN.

20.  Kata - kata Megat Terawis semasa peristiwa Sultan Mahmod Mangkat Di Julang “Raja Adil Raja Di Sembah, Raja Zalim Raja Di Sanggah”.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Terima Kasih.

20180611 MENGAPA SULTAN PERLU MARAH?

MENGAPA  SULTAN  PERLU  MARAH?

Tamrin Tun Ghafar
Isnin  -  11/06/18
( 1 -  24 )

1.  Walaupun Sultan Selangor tidak menyebut siapakah yang dimaksudkan beliau yang kononnya tidak menghormati Raja-Raja, tapi tidak silap jika saya katakan orang yang dimaksudkan beliau ialah A Kadir Jasin.

2.  Sebenarnya majoriti rakyat hari ini amat berterima kasih kepada Sdr Kadir kerana ada juga  insan di kalangan kita yang sanggup mendedahkan kepincangan yang
dilakukan oleh kerajaan Najib yang memua-muakan Agong dengan segala kemewahan yang begitu besar.

3.  Jika jumlah RM256 juta yang diperuntukan dan dibelanjakan oleh Agong dalam tempoh satu setengah tahun itu benar, ia bermakna wang rakyat dikorbankan sebanyak  RM13.8 juta sebulan.

4.  Katakanlah  jumlah tersebut hanya RM50 juta sahaja pun ia tetap susah bagi rakyat menerimanya kerana jika dibahagikan dengan 18 bulan, ia membawa erti setiap bulan perbelanjaan mengurus  Agong ialah RM2.7 juta.

5.  Mengapa dan kenapa Najib beria-ia  sangat berbuat demikian? Jawapannya mungkin rakyat akan ketahui satu hari nanti.

6.  Begitu juga sudah kedengaran berbagai  projek  yang memberi keuntungan lumayan diberi kepada beberapa orang Sultan melalui orang - orang dan syarikat - syarikat tertentu. Wallahualam !!

7.  Seramai 7 juta rakyat Malaysia didapati masih menagih bantuan kerajaan melalui BR1M atau kini dikenali Bantuan Sara Hidup.

8.  Apakah Sultan tahu dan peduli bagaimana masih ramai lagi rakyat yang tak mampu menyediakan wang permulaan atau deposit untuk membeli rumah murah dan motosikal, apatah lagi membeli kereta?

9.  Setakat menaiki bot dengan diiringi beberapa orang kenamaan bagi melihat operasi menyelamat setiap kali musim tenkujuh hanya boleh memberi rangsangan kepada mangsa yang dilawati itu saja.

10.   Dalam masa yang sama, ada Sultan, anak dan keluarga mereka sibuk menayang  kemewahan dengan mempamerkan jumlah kereta dan kenderaan termasuk kapalterbang yang mereka miliki.

11.  Cuba bayangkan berapa mewah dan hebatnya mereka menyambut Hari Raya jika dibandingkan sesetengah rakyat miskin?

12.  Terlalu banyak insiden yang menyayat hati yang mana Sultan yang  'komited' menjaga hak dan kebajikan rakyat seharusnya membuat sesuatu.

13.  Kes di mana seorang ibu tunggal yang miskin bersama anak kecilnya dipenjarakan kerana terpaksa mencuri sekotak milo untuk melayani permintaan anak kecil itu masih terbayang - bayang di mata saya.

14.  Sultan dan keluarga tak perlu melalui kesusahan itu semua.

15.  Bersyukurlah kepada ALLAH SWT yang memberi segala nikmat dan rezeki  serta berterima kasihlah kepada rakyat yang meletakkan  mereka di takhta yang ada sekarang.

16.  Teguran saya ini adalah bagi bagi kebaikan bersama - Sultan kekal di istana dan rakyat pula terbela - bukan perjalanan sehala sahaja atau dalam bahasa Inggeris  'one way traffic'.

17.  Tiada Sultan atau Raja jika tanpa rakyat, justeru  kongsikanlah kekayaan yang ALLAH SWT berikan.

18.  Sebagai contoh , Queen Elizabeth di England membayar segala jenis cukai sama seperti rakyat biasa, ini termasuk cukai import dan cukai jalan bagi  kenderaan peribadi mereka.

19. Tak tahulah  sama ada Sultan Johor dan anak-anaknya  sebagai contoh, membayar segala cukai atau tidak terhadap kira - kira 300 buah kenderaan mewah yang mereka miliki,  seperti rakyat yang lain yang terpaksa membayar cukai demi negara.

20.  Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah faham untuk selama - lamanya,  maka saya cadangkan 2  perkara ini dilakukan segera :

1)  Kerajaan hari ini yang mengamalkan dasar ketelusan dan jimat cermat,  setiap kali belanjawaan dibentangkan perlu juga  membentangkan belanjawaan untuk Agong , dan  begitu juga bagi setiap negeri  yang mempunyai Sultan atau Raja, lagi pula setiap sen yang dibelanjakan adalah hasil cukai dari rakyat.

2)  Parlimen  hendaklah merangka dan meluluskan apa - apa perkara yang boleh dan sebaliknya untuk dilakukan oleh Agong dan setiap Sultan.

Perkara ini perlu dikemukakan dengan sejelas - jelas nya semoga perhubungan baik  antara Sultan dan rakyat berkekalan buat selama - lamanya.

21.  Semoga sejarah Maria Anthonette di Perancis dan keluarga Csar di Russia  tidak akan sekali - kali belaku di negara kita ini.

22. Tumbangnya kubu UMNO / BN diJohor adalah satu amaran keras rakyat negeri itu terhadap Sultan Johor dan anaknya Tunku Mahkota Johor agar mereka tidak mencampuri hal ehwal politik dan pentadbiran negeri. Segala kuasa rakyat seperti hal ehwal tanah dan pembangunan MESTILAH dipulangkan semula kepada rakyat melalui kerajaan yang telah diberi mandat dan kepercayaan dalam pilihanraya.

23. Sultan harus bertindak mengikut Perlembagaan dan Undang - Undang.

24. APAKAH  HILANG  BISA  ULAR  MENYUSUR DI BAWAH  AKAR?

Selamat  Berpuasa dan Berbuka dan berkongsi membaca tulisan saya ini.

Terima Kasih.

20180604 SEMOGA RAJA MENGHORMATI PERLEMBAGAAN

SEMOGA  RAJA  MENGHORMATI  PERLEMBAGAAN

Tamrin Tun Ghafar

Isnin  -  04/06/18
( 1 -  27 )

1.  Oleh kerana terlalu bosan dengan sikap UMNO / Barisan Nasional ( BN ) yang telah memerintah negara ini sejak 61 tahun lalu, rakyat telah menunjukkan taring mereka dengan menukar kerajaab dari BN  kepada Pakatan Harapan ( PH ).

2.  Tun Dr. Mahathir yang berusia hampir 93 tahun dan mempunyai pengalaman yang begitu luas telah diberi kepercayaan dan dilantik semula  sebagai Perdana Menteri.

3.  Rakyat sekali lagi mula resah dan bosan apabila upacara mengangkat sumpah jawatan  Perdana Menteri pada Khamis 10hb Mei  di Istana Negara di tunda dari jam 9.30 pagi kepada  5 petang dan akhirnya hanya menjadi kenyataan pada jam 9
malam.

4.   Agong ketika itu sepatutnya melaksanakan tugas dan tanggungjawab beliau tanpa perlu melengah - lengahkannya.

5.  Di luar Istana Negara rakyat yang marah dengan sikap Istana  mula berkumpul.

6.  Sepuluh hari lepas, atas persetujuan bersama pemimpin - pemimpin PH , YAB Tun Dr. Mahathir telah menasihatkan Agong agar memecat Apandi Ali selaku Peguam Negara.

7.  Apandi Ali yang dipilih sendiri oleh mantan Perdana Menteri  bagi menggantikan Ghani Patail, Peguam Negara yang telah dipecat  atas alasan yang tidak munasabah, telah gagal menjalankan tugas beliau dengan sempurna.

8.  Kesalahan serius beliau ialah menutup pekung Najib.

9.  Jika Agong ini bersetuju memecat Ghani dan melantik Apandi sebagai Peguam Negara, maka mengapa pula Agong bertindak seolah - olah tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan baru ini untuk memecat Apandi?

10.  Tommy Thomas , seorang  peguam yang amat pakar dalam bidang Perlembagaan adalah pilihan Kerajaan.

11.  Mengikut sumber ,  alasan yang diberi  ialah kononnya Tommy bukan berbangsa Melayu.

12.  Rakyat ingin tahu apakah Agong dan Raja - Raja  HANYA  bertakhta untuk orang Melayu sahaja  atau rakyat Malaysia keseluruhannya tanpa mengira kaum, budaya dan agama?

13.  Agong dan Raja - Raja JANGAN BERMAIN politik perkauman.

14.  Negara ini mengamalkan  sistem Raja Berpelembagaan BUKAN  Raja Mutlak  atau dalam bahasa Inggeris  'Constitutional Monarch' NOT 'Absolute Monarch'.

15.  Justeru,  Agung dan Raja - Raja bukan sahaja perlu menghormati malah  WAJIB mempertahankan Perlembagaan Negara ini.

16.  Seperti yang terkandung dalam Sumpah Jawatan, mereka  perlu menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka mengikut Perlembagaan dan Undang - Undang.

17.  Segala tindakan rasmi mereka  MESTILAH berpandukan nasihat Perdana Menteri dan atau Menteri Besar negeri masing - masing.

18.  Perlembagaan MELARANG  Agong dan Raja - Raja mencampuri hal ehwal politik dan pentadbiran.

19. Rakyat Johor telah tidak pedulikan usaha Sultan mereka melobi rakyatnya menolak Tun dan partinya. Ini ada ingatan kepada Sultan dan anaknya Ismail agar TIDAK MENCAMPURI hal ehwal politik. Begitu juga perkara berhubung pentadbiran seperti hal tanah dan pembangunan.

20. Sebarang usaha yang bertentangan dengannya , mereka boleh di bawa ke Mahkamah Khas.

21. Jika alasan Tommy pernah memawakli Chin Peng, Ketua Komunis dahulu, apakah alasan UMNO sendiri yang telah menjalin hubungan persahabatan dan kerjasama erat dengan Parti Komunis China?

22. Jika alasannya  Tommy bukan seorang yang beragama  Islam bagi menasihat Majlis Raja - Raja tentang Hukum Syariah dan lain-lai  berkaitan Agama Islam, apa gunanya Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai oleh Mufti dan cerdik pandai Agama yang boleh dirujuk?

23. Sejak dulu lagi Tun sememangnya TIDAK  suka berkonfrantasi dengan Raja - Raja ( sila rujuk tulisan saya "Sultan Bukan Tuhan” beberapa bulan sebelum ini )

24. SETIAP  KESABARAN  ADA  HADNYA.

25. Selama ini rakyat TIDAK  PERNAH peduli tentang bagaimana sebahagian duit hasil titik peluh mereka digunakan bagi menjaga keselesaan setiap orang Raja dan keluarga mereka.

26. Semoga pandangan saya ini akan dapat mengelakkan Krisis Perlembagaan yang baru.

27. SEMOGA  PISAU  DI TANGAN  TIDAK  DISALAHGUNAKAN.

Mohon diedarkan.

Terima Kasih.

R A S U A H

R   A   S   U    A   H REFORMASI REFORMATI Tamrin  Tun  Ghafar   Rabu - 14/02/24 ( 1 - 17 ) 1.   Kali  pertama  Dewan PWTC  tiba - tiba  sen...