Wednesday 28 September 2022

'MERPATI' - APA LAGI YANG DI TUNGGU

'MERPATI'  -  APA  LAGI  YANG  DI TUNGGU

Tamrin  Tun  Ghafar

Khamis  -  29/09/22
( 1 - 19 )


1.   MERPATI
       TERBANG  DUA
       SEJOLI
       LALU  HINGGAP
       DI DALAM  
       PENJARA

       SEMASA
       BERKUASA
       HEBAT  MENCURI
       DAN  MABUK
       BERJOLI
       KINI  MENANGGIS
       TIDAK    
       BERMAKNA

2.   HARIMAU  MATI
       MENINGGALKAN
       BELANG

       MANUSIA  MATI
       MENINGGALKAN
       NAMA

3.  'Saya rela kubor 
       saya  di kencing
       jika  saya  tidak
       menunaikan
       amanah  dan   
       kepercayaan  
       yang
       tuan - tuan
       berikan  -  
       Hussein  Onn
       Perdana  Menteri
       ke 3

4.  'MERPATI'   ialah  Kod  Nama  atau Code Name yang  di reka  bagi mengelak   dikesan  semasa  memindahkan  Najib  dari  Penjara  Kajang  ke Pusat Rawatan  Rehabilatasi  Cheras

5.  Jika  Najib  benar - benar  mermerlukan  pakar  mengubati 'sakit'  yang  beliau konon nya  alami jestru  mengapa  pemindahan itu  dilakukan  secara  SENYAP  seperti  BERBISIK  di dalam  kelambu  dan  mengapa  ia nya MELIBATKAN  Menteri Dalam  Negeri  

6.    Rakyat  pasti  bersetuju  jika  Najib benar - benar  perlu dihantar ke Pusat  Rawatan  tersebut

7.   Jika benar   'sakit'   takkan  berani  pakar - pakar  di Cheras  dan  Hospital  Besar  Kuala Lumpur  MENGESAHKAN   beliau  TIDAK  SAKIT   dan perlu dihantar  pulang  ke sarang  asalnya ,  Penjara  Kajang

8.   INI  SALAH SATU DRAMA  YANG  DI LAKUNKAN  NAJIB   BAGI  MEMBOLEHKAN   BELIAU  BOLEH  BERJUMPA  DENGAN  SESIAPA  PUN  TANPA  SEKATAN  KETAT

9.   Walaupun  sudah  dihantar  pulang ,  umum  maseh  tertanya - tanya  dan menunggu  jawapan  samada  Hamzah Zainuddin  dan  mereka  yang disebut  dalam 'pesanan talipon  bimbit'  itu benar   

10.  NAFIKAN   jika  ia hanya rekaan  penulis sahaja  ;  jangan  dok  sebok  mencari  'penulis'  tersebut dan di ambil   tindakan - itu  sebenarnya  style  pemimpin - pemimpin  UMNO   bagi  menutup  lobang  atau  menutup  bangkai  yang di lakukan

11.   Jika  UMNO /BN   hendak    Pilihanraya diadakan   sekarang  atau  beberapa  bulan lagi , UMNO   DAN  KERAJAAN PERLU  MEMBERSIHKAN  DIRI  DARI  SEBARANG  KEKOTORAN   DENGAN  MEMECAT  DAN  MENGAMBIL  TINDAKAN  UNDANG - UNDANGB  KEPADA    MEREKA  YANG  TERLIBAT  DALAM  SKANDAL  TERBARU  INI

12.  Ada 3 perkara  penting  yang  perlu  di selesaikan  dalam masa terdekat  ini   :

i.   Mahkamah  perlu  melantik  segera  Hakim - Hakim  bagi  mendengar  dan  membuat  keputusan   SEMAKAN  atau  REVIEW  yang  telah dikemukan  Najib ;  SEMAKAN   ini  BUKAN   mendengar  semula  kes SRC  International   yang  sudah selesai  tapi  setakat  menentukan   samada  Mahkamah Persekutuan  berlaku adil  semasa  perbicaraan  tersebut

ii.   Agong  perlu  menubuhkan  sebuah Lembaga  Pengampunan  bagi  membuat  keputusan  samada  banduan  Najib  boleh  di beri Pengampunan  Di Raja  atau  Royal  Pardon  

Kenyataan  YDP  Agong  tidak lama dulu tentang penyalah guna  Pengampunan  telah  mendapat  sokongan  beberapa  orang  Sultan  yang  lebih 'senior'  dan  sokongan   beratus ribu  rakyat  yang MENOLAK  segala jenis  pengampunan terhadap  banduan  Najib

iii.   Jika Malaysia  pada zaman Tun Dr. Mahathir dulu  di hormati  malah  dikenali  sebagai  THE  ASIAN  TIGER  tapi  Najib  bertanggung jawab  mencalar  nama baik itu  dengan  arang 

Malaysia  bukan  sahaja  dikenali  sebagai Negara  Kliptokrat , iaitu  pemimpin nya  yang  di amanahkan  menyalah guna kuasa  dengan  merompak  secara  besar - besaran  wang rakyat/ negara  

13.   Kini  rakyat dan dunia  merasa hairan  mengapa  ada dua jenis  banduan  didalam  penjara  :

a )   banduan  biasa

b )   banduan  bergelar  'Datuk Seri'

Di  England  mendiang  Ratu Elizabeth  pernah  melucutkan  semua gelaran  terhadap  anak kandung nya  sendiri , Andrew  ,  yang  akan  dibicarakan  di Mahkamah  kelak

Berbeza  di Malaysia  ,  Negara  Islam  , orang  yang  telah  didapati  bersalah  mencuri  oleh  Mahkamah  yang tertinggi  sekali  maseh  di panggil dengan  gelaran Datuk Seri ;  ia  memberi  GAMBARAN  BURUK  kepada  Negara  dan  Islam

14.   Sudah tentu  kelebihan  layanan  dan keistimewaan  di beri  kepada  banduan yang bergelar jika dibandingkan  dengan  ribuan  banduan lain 

15..  BUKAN KAH SEMUA  BANDUAN  ADA LAH  SAMA  SAHAJA  ,  TIDAK  ADA   DUA  DARJAT  ?

16.  Yang  Di Pertuan  Besar  Negeri  Sembilan  di ikuti Sultan  Selangor  dan Yang Di Pertua  Pulau  Pinang  telah  MEMBERSIHKAN   negeri Mereka  dengan menggambil balik Anugerah yang di beri

17.   Rakyat  hairan  mengapa  Sultan dan Yang Di Pertua 10 negeri - negeri lain  HANYA  BERPELUK  TUBUH   tidak  mengikuti  ke tiga - tiga  negeri  tesebut  Anugerah  yang  telah di beri

18.   Apakah  mereka  menunggu  YDP  Agong  membuka langkah sebelum  mereka  bertindak  terhadap 'MERPATI'   dua sejoli ini

19.    'JANGAN 
          TUNGGU
           LAMA - LAMA
           NANTI  DIA
           DI  AMBIL
           ORANG'


Wassalam
Terima  Kasih

Monday 12 September 2022

MELAYU MUDAH LUPA - INI KAH PERJUANGANG UMNO SEKARANG INI ?

MELAYU  MUDAH  LUPA  -  INI KAH PERJUANGAN  UMNO  SEKARANG  INI  ?

Tamrin Tun Ghafar

Selasa -  13/09/22
( 1  -  29 )


1.    Yang  bergema  di Dewan Merdeka  WTC  baru - baru ini  ialah  

'HIDUP  NAJIB'  
 
'MALU  APA  BOSS 
 KU'

 'BEBAS KAN  NAJIB'

perhimpunan  ini  diadakan  ekoran  keputusan Mahkamah  Persekutuan  yang  terdiri  dari  5 Hakim  bersetuju  dengan  pendapat  Mahkamah Rayuan  yang  terdiri dari  3 Hakim  dan  Mahkamah  Tinggi terdiri dari seorang Hakim  yang  mendapati  Najib  telah  melakukan  rompakan  RM42 juta

2.   Bagi  menguatkan  lagi hujah  ,  2 peguam , Shafee Abdullah  dan Zaid Ibrahim  turut  berucap  selain dari  beberapa ahli keluarga  dan seorang Ahli Parlimen

3.  Najib  didapati  bersalah  dengan hukuman 12 tahun  penjara  dan denda RM210  juta

4.   Sementara  mendapat  jawapan  rayuan pengampunan  dari Agong  dan  'review' ,  Najib  dikatakan  berada di Penjara Kajang  sebagai  salah seorang  banduan

5.  Walaupun  Pengarah  Penjara  telah  menafikan  bahawa Najib  di beri  'LAYANAN  ISTEMEWA'   namum  ramai  yang  maseh  mempersoalkan  kenyataan  atau  penafian  tersebut

6.  Mahkamah  juga  mendapati  Rosmah Mansor ,  isteri Najib  bersalah , dan  menjatuhkan  hukuman  10 tahun penjara dan denda RM970 juta

7.   Selepas  Rosmah ,  giliran  Bung Mokhtar Radin dan isteri kedua beliau ,  diikuti Azeez  Rahim  atau  Azeez  Keling dan Zahid Hamidi yang  menghadapi  87  pertuduhan

8.   Tidak  mustahil  ramai lagi  pemimpin - pemimpin UMNO  akan  diheret ke Mahkamah  

9.  Yang menjadi  PERSOALAN  apakah  ini  perjuangan  UMNO  kini  berbanding  dengan  UMNO  dimasa dahulu  dimana  mereka  berkumpul  demi menjaga  Hak Melayu  BUKAN  diperalatkan  untuk  kepentingan  Najib  ,  Presiden UMNO  dan  yang  lain

10.   Sebenarnya  UMNO  sudah  rosak di sebabkan : 

    CASH  IS  KING

11.  Sebahagian  besar  ahli UMNO  telah  'di beli'  oleh Najib  samada secara terus ( direct ) mahupun  melalui  'balaci'  beliau yang akhirnya  berjaya  menjadikan UMNO itu hak peribadi  beliau

12.  Walaupun  sebahagian  besar  orang Melayu  'lapar'   namun  majoriti  mereka  MENOLAK  UMNO  pada  Pilihanraya Umum ke 14  yang diadakan  pada hari Rabu 9hb Mei 2018

13.  Tun Dr. Mahathir sudah pun membuat  ramalan 30 tahun dahulu bahawa  pada tahun 2020  atau mungkin awal lagi ,  orang Melayu  akan menolak  UMNO  kerana  amalan rasuah  , dan  pentingkan diri dan keluarga

14.  Tun Ghafar Baba  ( Al Fatehah )  juga  pernah  menyuarakan  kebimbangan  yang  sama  terhadap apa yang  akan  menimpa UMNO

15.  Hairan bagaimana Tok Guru Nik Aziz  ( TGNA )  ( Al Fatehah )  menyebut  2 nama ,  Najib dan Zahid dalam doa  beliau

16.  Dalam suasana  dimana Najib dan  yang  lain sedang dan mungkin di penjarakan juga ,  kita  tidak  boleh lupa  peranan  5 orang wanita  :

i.   Rosmah  Mansor -  gila jawatan dan rasuah  

ii.   Clare Rewcastle Brown  dari  Sarawak  Report  yang beroperasi  dari  London -  orang  pertama  yang  membongkar penipuan 1MDB

iii.   Loretta  Lynch  -  Peguam Negara  Amerika Syarikat  yang telah  berjaya  menggumpul  dan memulangkan  USD 1.2  Billion kepada  Kerajaan Malaysia

iv.  Mary Ann Jolley  -    pemberita  Al Jazerra -  walaupun pernah diusir  keluar negara  oleh  Najib namun akhirnya  berjaya  menemubual  Najib  sehingga  hilang 'control' , dan lari

v.  Tun Tengku Maimun Tuan Mat ,  Ketua Hakim Negara bersama 2 Hakim wanita dan 2 Hakim Lelaki  menjatuhkan Hukuman muktamad     dan  mempenjarakan  Najib

17.  Najib ,  Rosmah  dan  yang  lain BERNASIB  BAIK   kerana  'crime'  yang  dilakukan   mereka  adalah  dinegara ini ;  jika  di Saudi Arabia atau  Negara  -  Negara  Islam  di Timur Tengah ,  samada  dipotong  tangan  atau  leher mereka di pancung ;  di Negara Komunis China , hukuman  pesalah  ialah  tembak mati

18.   Watak  Najib dan Rosmah  sama  seperti  pasangan suami isteri Bonnie and Clyde yang akirnya  terpaksa  ditembak  mati oleh sepasukan  polis Amerika Syarikat

19.   Sudah mula kedengaran  :

'JIKA  TIDAK  MEROMPAK ,  MENCURI  DAN  RASUAH ,  BUKAN  UMNO   NAMA NYA'

20.   Idris Ahmad , Naib Presiden PAS   yang kini BERSEKONGKOL   dengan UMNO  dalam Kabinet pernah   menuduh :

'UMNO ,  SIANG  BELA  MELAYU ,
MALAM  JUAL MELAYU'

21.      Kedua - dua kenyataan itu tidak mustahil  ada kebenaran nya

22.   UMNO  maseh di tokok lama ; TIDAK  PERCAYA  jika  dikatakan  UMNO  akan  gagal  sekali lagi , dan akan MELENTING  jika di tuduh  Parti  ini  sudah rosak akibat  di selubungi  RASUAH

23.   UMNO  akan  cakap  dan  lakukan  apa   sahaja  tanpa  berfikir panjang  termasuk  yang  terbaru   anak  Najib   sanggup  MENYAMAKAN  beliau  dengan  Nabi Allah Yusof  dan Nelson Mandela

24.  Nabi Yusuf  digoda  oleh isteri pembesar Mesir  bernama Aziz sedangkan Nelson Mandela adalah  PEJUANG  Kulit Hitam di Afrika Selatan  yang  menentang  Dasar Kulit Puteh - Aperthaid

25.  Nabi Yusuf  dan  Nelson Mandela di penjarakan  BUKAN  kerana mencuri harta rakyat  seperti Najib dan Rosmah  tetapi  atas  dasar  BERJUANG  UNTUK  RAKYAT

26.  Sebelum terlupa ,  suami pertama  Rosmah  juga  bernama  Aziz  seperti nama suami Zulaika 

26..    ORANG  MELAYU  TIDAK  LAGI  BOLEH  MENGHARAPKAN  UMNO  MEMBELA  NASIB  MEREKA ;   UMNO  HANYA  PANDAI  BERPURA - PURA  MENJELANG   PILAHANRAYA

27.   UMNO  yang  banyak berjasa  kepada  saya dan keluarga  kini umpama  bas usang   dimana hampir  kesemua alat ganti rosak  ; tambah pula ia di pandu oleh Wak Jawa  yang  mungkin  terlebih minum air ketum

LAIN  PADANG
LAIN  BELALANG
LAIN  DULU
LAIN  SEKARANG

28.   Dalam keadaan  begini  di bimbangkan  susah untuk sampai ke destinasi  ,  dan amat merbahayakan  penumpang

29.   Dari segi  keselamatan  ada lah lebih baik  kesemua  penumpang  didalam nya turun  dan  menunggu   keanderaan  dan  pemandu  yang  lebih baik  untuk sampai ke destinasi  dengan  lebih  selamat


Wassalam
Terima  Kasih

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...