Sunday 26 December 2021

HARAM JADAH - AKHIR NYA RAKYAT JUGA YANG DI PERSALAHKAN

HARAM  JADAH -  AKHIR NYA  RAKYAT  JUGA YANG  DI PERSALAHKAN 

Tamrin Tun Ghafar 

Ahad - 26/12/2021

( 1 -  23 )


1.   Pemimpin yang mabuk kuasa tapi rakyat yang salah 

2.   Pemimpin yang menyalah guna kuasa dan rasuah  tapi rakyat yang salah 

3.   Pemimpin yang rompak harta negara tapi rakyat yang salah 

4.  Pemimpin yang bergembira bercuti disana sini ,  dan rakyat yang mengharungi banjir tapi rakyat yang bersalah 

5.  Pemimpin yang RAMPAS  KUASA tapi rakyat juga yang salah 

6.  RAKYAT  TAK  SALAH  TAPI AKHIRNYA  RAKYAT  TETAP  SALAH 

7.  Yang tak salah ialah pemimpin kerana mereka ini mungkin Malaikat atau Nabi yang MAKSUM
 
8.  Perkataan HARAM JADAH  memang  kasar  tapi rakyat masih ingat bagaimana   Najib Tun Razak di Temerloh , Pahang MEMAKI  HAMUN mereka yang tidak bersetuju dengan cadangan Pengapungan Felda Global  Ventures atau FGV 

9.   Dari awal MALAPETAKA yang melanda sebahagian negara kita , TIDAK ADA  sebarang kerjasama atau koordinasi di antara Kerajaan Pusat , Negeri dan Daerah 

10.   Apakah kerana Selangor dan  Negeri Sembilan di Perintah oleh BUKAN  BN atau PN maka sengaja dibiarkan  agar rakyat menderita ? 

11.  Jika diperhatikan ramai pemimpin - pemimpin Pusat terutama yang berjawatan  sama ada  tidak turun padang kerana bercuti atau  HANYA ibarat : 

MELEPAS  BATUK 
DI TANGGA 

12.  Seperti biasa SEMBURIT  menggambil kesempatan  dengan  BERLAKUN dihadapan jurukamera menyapu  seperti yang dilakonkannya  di Masjidil Haram , Mekah  tapi TANPA  kekasihnya Haziq Aziz ,  dan   Zafrul pula nak lakukan  'Operasi Menyelamat'  dengan menggunakan bot yang disediakan oleh  NADMA  namun bot yang dinaikinya penuh dengan Pegawai dan jurukamera - maka sorang mangsa pun tak dapat diselamatkan 

13.  Menteri Rina Haron  TETAP  bergaya dengan kasut tumit tingginya sedangkan Wakil Rakyat Segambut , Hannah Yeoh berkaki ayam , menyenseng lengan  membuat kerja - kerja amal TANPA henti dan  dan TANPA  kira bangsa dan agama  ;  selain itu rupa - rupa nya Rina juga seorang pelakon ; apa tidak nya , dihadapan pegawai - pegawai dan beberapa jurugambar BERPURA - PURA  mencuci namun kebodohan Do Rae Mon ini menyerlah lagi apabila tempat yang 'dicuci' itu sudah pun bersih 

14.   Mahiaddin pula dikhabarkan bercuti di Pangkor Laut , sebuah Resort  mahal kepunyaan YTL sedangkan Anuar Musa pula katanya bersama tauke Cina , Vincent Tan , walaupun beliau 'kondem orang Cina'  di Langkawi ; jika kedua - dua maklumat itu benar , takkan lah pula bak kata pepatah : 

TEMPUA  BERSARANG  RENDAH 

15.  Ismail Sabri SEDANG PANIK; terpaksa berpura - pura  GARANG , memerintah Menteri  -  Menteri yang sedang bercuti balik segera  dan yang belum bertolak batalkan rancangan 

16.  Beberapa persoalan  berkaitan arahan Ismail itu mula berbunyi 
  i.   Mengapa beri kelulusan kemudian arah batal 
  ii.  BERANI  ke beliau  PECAT Menteri - Menteri yang tak ikut arahan tersebut 

17.  Sebenarnya nyawa Ismail ni SERUPA jer seperti PM  Nika Gee  dulu tak ubah seperti  'TALI  YANG  AKAN  PUTUS  BILA - BILA  MASA  SAHAJA' 

18.  Segala - galanya BERMULA  dari  LANGKAH  SHERATON  apabila  Mahiaddin yang dibantu Hamzah Zainudin dan SEMBURIT tergamak TIKAM Tun secara terang - terangan 

19.  Oleh kerana BODOH  DAN  GAGAL , Mahiaddin hanya dapat bertahan selama 17 Bulan sahaja ; maka Ismail Sabri , BERUK BERA , salah seorang Naib Presiden UMNO  diamanahkan  sebagai PM yang baru mulai 20hb Ogos 2021 

20.  Baru 4 Bulan ambil alih jawatan , beliau SENDIRI umum semua Menteri dan beliau sendiri telah berjaya mencapai 90% KPI atau Key Performance  Index atau dalam bahasa Melayu  ialah Indek Prestasi Utama 

21.   Dalam keadaan kelangkabut ini kita  rakyat Malaysia HARUS  tidak lupa jasa Tun Dr. Mahathir yang membina Terowong Laluan Air Bawah Tanah Sungai Besi dan beberapa Kolam Air bagi menampung limpahan air 

22.  Cuba bayangkan jika sekira nya Terowong dan Kolam Air tidak ada ; ini bermakna berkemungkin besar seluruh  Kuala Lumpur dan jiran  menjadi 'KOLAM RENANG' 

23.   TERIMA  KASIH  TUN - JASA MU TETAP DI KENANG  

Wassalam
Terima Kasih

Wednesday 22 December 2021

PENCETUS UMMAH ATAU PENIPU UMMAH ?

PENCETUS  UMMAH
ATAU  PENIPU  UMMAH  ? 

Tamrin Tun Ghafar 

Ahad - 26/12/21

( 1 -  28 )


1.   Apabila kita bersembang kita boleh bayangkan maksud  PENCETUS  UMMAH  namum sekali lagi saya TERPAKSA   dedahkan  perkara yang mungkin ramai tidak bersetuju  - PENIPU  UMMAH 

2.  Memang kita tidak boleh MENDEDAHKAN  keburukan atau aib sesaorang  secara terbuka  NAMUN  Nabi Besar kita Muhammad SAW didalam satu hadith nya  BERPESAN  kita  PERLU MENEGUR   sebelum nyawa sampai ke kerongkong ; itu perlu dilakukan sama ada dengan pedang , tangan atau pun lisan 

3.   ALLAH  SWT  pula didalam beberapa       Firman Nya  didalam Al Quran  juga MENGINGATKAN kita :  'Rahsiakan perkataan mu  ATAU  nyatakan sahaja.  Sesungguhnya , Dia Maha Mengetahui segala isi hati'  

4.  Hadith Nabawi pula menyuntuh tentang 'Makan Halal Melahirkan Amal Soleh' : 'Wahai Tuhanku , makanannya daripada barang yang haram , minumannya daripada yang haram , pakiannya daripada yang haram dan diberi makan dari yang haram , maka bagaimanakah ALLAH SWT akan memperkenankan doanya ?' 

5.   Rasulullah SAW  juga  MELAKNAT  orang yang rasuah dan melakukan rasuah  ( Hadith Riwayat Abu Daud ) 

6.  Niat saya hanya satu ,  oleh kerana kita orang Melayu  MUDAH  LUPA  maka perlu diulangi dan diingatkan selalu  dari masa kesemasa dengan harapan kita akhirnya TIDAK  akan jadi  bangsa yang mudah ditipu, dijual atau diperdaya oleh SEGALA  JANJI  MANIS  apatah lagi di bekalkan dengan gula - gula  dan  wang ringgit  

7.  'ABAH  SAYANG MELAKA' - ini lah ayat  SEJUK bersama wajah  Mahiaddin yang terpampang dikain - kain rentang  hampir seluruh simpang jalan dan pelusuk Negeri Melaka  baru - baru ini  seolah - olah beliau yang bertanding ! 

8.  Jika SPR  dan SPRM  'bersih dan tulus' , satu siasatan MESTI  di adakan segera  dari mana wang ringgit yang begitu  banyak di curahkan oleh Parti BERSATU  ketika PRN  Melaka 

9.   Beliau kenal ke orang  Melaka ?  Setahu saya dan dari  beberapa kawan rapat  beliau  dia ini ( Mahiaddin ) seorang  makhluk yang  SOMBONG , KEDEKUT , PENDENDAM  DAN  TAK KENAL  ORANG PUN  malah katanya masih ramai penyokong  BERSATU  di Parlimen Pagoh dsn DUN  Bukit Gambir , Johor yang beliau tidak mengenali 

10.   Mereka  sokong kerana title  'Tan Sri' , tak lebih dari itu 

11.  Bagi menutup  segala  keaiban semasa  BERTAHTA  dulu  beliau gunakan saluran TV dan Radio  mengulangi DOA , ini bagi menunjuk dan mencerminkan seolah - olah  beliau ini  BERSIH dan boleh di percayai namun apa yang dilakukan adalah sebalik nya 

12.  Berani saya katakan Mahiaddin ini seorang perompak juga  seperti orang yang di jatuhkannya , Najib Tun Razak 

13.   Alkisah terbaru  ialah projek 5G  yang diberi  Mahiaddin TANPA  mengikut prosedur yang telah ditetapkan  dan diguna pakai oleh Kerajaan 

14..  Beberpa Ahli Parlimen TERMASUK  yang terbaru  yang TIDAK PERNAH  BERLAKU  , Timbalan Menteri Penerangan dan Komunakasi  sendiri TIDAK  PUAS  HATI  dengan  mempersoalkan cara pemberian projek ini yang bernilai RM20 Billion  dilakukan 

15..  Sama ada  Agong  juga ada terima imbuhan dari RM20 Billion ini , Wallahhualam ! 

16.   Sehingga kini dia buat bodoh ;  tidak sepatah pun penafian dari mulut beliau  sendiri ; apakah beliau kena STROKE  sehingga tak boleh berkata apa - apa pun 

17.  Ini style atau cara beliau  dari  sejak MB Johor lagi  - rompak , samun dan buat bodoh  dengan harapan  orang Melayu terutamanya akan kata ini semua FITNAH  nak jatuhkan beliau 

18.   Selain kes Nika Gee  saya juga CABAR  beliau  bawa saya ke Mahkamah dalam kes 5G ini -  ADA  BERANI  ?? 

19.   Cabaran ini akan saya terus lontarkan kepada beliau  selagi beliau BERDIAM DIRI , TAKUT 

20.  Negara  tak perlu makhluk perosak dan berpura - pura  seperti  beliau
 
21.   Saya CABAR   agar rakyat khusus nya   Ahli - Ahli Parlimen dan Senat  beramai - ramai  TUNTUT   PENJELASAN   dari beliau  seperti yang dilakukan oleh Zaidi , Timbalan Menteri Penerangan dan Komunakasi 

22..   Kepada  ahli - ahli  Parti  BERSATU  jangan tunggu   lama - lama  BERTINDAK! ; LEBIH BAIK  TINGGAL KAN SAHAJA  BELIAU  ATAU  JAWAB  DI AKHIRAT KELAK 

23.  PERCAYA  MAHIADDIN  atau PERCAYA  ALLAH SWT atau TAKUT  MAHIADDIN  atau TAKUT  ALLAH SWT 

24.  Mungkin  kita dah lupa kata - kata beliau menjelang  PRU 14 ; 
"PAS  adalah  Parti  Amalan Sesat  ;  Sesiapa  Ikut  Mereka  Pasti AKAN  Sesat" - kini BERSATU ikut PAS  melalui PN, jadi apa maknanya  - SESAT  ATAU  TIDAK !! 

25.  Surah Ibrahim 

       Juzuk 13
       Ayat 21 

'Dan mereka semua ( di Padang Mahsyar ) berkumpul untuk menghadap ke hadrat  ALLAH,  lalu orang yang lemah berkata  kepada orang yang sombong , "Sesungguh nya kami dahulu adalah pengikut - pengikut mu , maka dapatkah kamu menghindarkan  kami daripada azab ALLAH  ( walaupun )  sedikit sahaja ?"
Mereka menjawab , "Sekiranya  ALLAH memberi petunjuk kepada kami , nescaya kami dapat memberi petunjuk kepada kamu .  Sama sahaja bagi kita , sama ada kita menggelisah  dan mengeluh  atau bersabar .  Kita tidak  mempunyai tempat untuk melarikan diri" 

26.  Terserah lah kepada Hamzah , SEMBURIT , Peja  dan  Ahli MPT  BERSATU  yang lain  -  ALLAH  beri otak untuk berfikir ; apa yang ada didepan mata hanya mainan dunia sahaja , dan ianya TIDAK  kekal 

27.  Lebih senang hidup begini dari menjadi  KHADAM   beliau  seperti Tosrin Jarvanti , Solehan , Mazlan Bujang dan Dr. Sharuddin Jamal  

28.  AKHIR  SEKALI  MARILAH  KITA  SEMUA  DOAKAN AGAR  OSMAN SAPIAN ,  BEKAS  MB JOHOR  DI PANJANGKAN UMUR  DAN  SEMBUH  SEGERA SEPERTI  SEDIAKALA,  amiin !!


Wassalam
Terima Kasih

Tuesday 21 December 2021

MENTERI TAK SIUMAN RAKYAT TOLONG RAKYAT !!

MENTERI  TAK  SIUMAN
RAKYAT  TOLONG  RAKYAT !! 

Tamrin Tun Ghafar 

Selasa - 21/12/21

( 1 -  25 )


1.  Dibayar gaji RM57,227  sebulan - itu TIDAK  termasuk , kereta , pemandu , ADC  dan pembayaran allowance lain , namun cara pemikiran beliau lansung TIDAK  setimpal  dengan  cara pemikiran beliau 

2.  Sebagai  tokoh Agama dan memandangkan pula jawatan Menteri yang dipegangnya ,  sepatutnya Timbalan Presiden PAS  , Tuan Ibrahim Tuan Man , JIKA punyai  MARUAH  dan sifat TANGGUNG  JAWAB   TIDAK  akan menerima sebarang jawatan  Kabinet pun 

3.  Kenyataan awal beliau  bahawa negara TIDAK  terjejas dengan kesan Taufan Rai berpunca dari Filipins  AMAT BODOH  dan datang nya dari seorang  yang TIDAK  SIUMAN - ia TIDAK boleh diterima oleh rakyat  apatah lagi dimaafkan 

4.  Amat MEMALUKAN , tapi itulah  CETEK Dan BANGANGNYA PEMIKIRAN  Menteri Alam Sekitar Dan Air  berhubung banjir yang melanda kita 

5.  Jika dibandingkan dengan program cuaca  CNN , SEBELUM  ribut taufan  melanda pantai atau daratan Amerika Syarikat  , setiap 30 minit  mereka akan mengikuti pergerakan taufan tersebut  dan MELAPURKAN  kepada umum 

6.  Apakah beliau menggap rakyat  boleh terima kenyataan awal tersebut kerana datang nya dari seorang berjawatan Menteri ? 

7.  Sejak kenyataan tersebut , beliau sudah HILANG  dari radar ; entah kemana ?
 
8.  Ismail  Sabri Yaakub , Perdana  Menteri pula CUBA  MENYELAMATKAN  keadaan dengan mengatakan beliau tidak sangka akibat banjir tersebut yang begitu besar - kenyataan ini  pun rata - rata  orang kampung  menggangap satu kenyataan datangnya  dari seorang Sidang atau Tok Penggawa  

9.   Terkini  kenyataan akhbar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  yang bertanggung jawab terus menjaga NADMA , agensi yang ditubuhkan khas  menjaga bencana alam  

10.  Umum berpendapat  kenyataan Dr. Latip Ahmad ini  BAGHAL , BODOH  dan tidak mustahil terminum  air ketum berlebehan 

11.  Kita salut sekumpulan tentera  yang sanggup membantu mereka yang terjejas WALAUPUN  tidak dapat persetujuan Menteri  BAGHAL  ini dan NADMA 

12.  Alasan yang diberi ialah kos menyelamat  dan membiayai banjir yang melanda negara terlalu besar , TAPI  belanja projek 5G   sebanyak hampir RM 20 billion yang dilakukan Mahiaddin  TANPA SEBARANG  tender dan mengikuti prosedur Kerajaan  ADA PULA wang nya 

13.   Jika Pilihanraya  pandai pula mencari dan merayu dari pengundi - pengundi  , janji itu dan ini  TAPI  bencana alam  budak sekolah pun boleh buat kenyataan lebih baik 

14.  Apakah peti TV  beliau rosak  sehingga  tidak tahu apa yang sedang berlaku 

15.   Zafrul ,  Menteri Kewangan pula  'BERLAKUN'  kononnya nak buat operasi menyalamat tapi bot yang dinaiki itu penuh dengan pegawai - dimana lah letaknya akal beliau ini 

16.  Kelayakan menerima bantuan RM1000 /- yang diumumkan oleh Ismail Sabri semalam AMAT  mengecewakan apabila Menteri Noh Omar atau lebih dikenali dengan panggilan 'Noh Udang'  mana - mana  Dewan tak berdaftar maka mangsa  bajir TAK BOLEH  terima bantuan  tersebut ; dah lah gelaran Noh  Udang ; agaknya dalam keadaan rakyat tertekan dimana letak nya otak beliau 

17.  Sebenarnya bak kata pepatah : 

IKAN ITU  BUSUK
DARI  KEPALA 

Oleh kerana Perdana Menteri itu  DUNGGU  DAN  BAGHAL  maka seluruh badan sehingga ekor pun rosak juga 

18.  LANGSUNG  tidak ada sebarang  keordinasi antara Kerajaan Pusat dan Negeri , apatah lagi Daerah 

19.  Inilah  AKIBAT  yang bermula  dari LANGKAH  SHERATON 

20. Jalan selamat bagi Ismail Sabri , JIKA BERMARUAH DAN  TIDAK  MEMENTINGKAN DIRI  ialah MELETAK  JAWATAN  Perdana Menteri dan di ikuti oleh barisan Menteri  yang lain 

21. Saya pernah kata Mahiaddin BODOH  dan GAGAL  namun apa yang jelas TERBUKTI  beliau ini bijak sedikit dari Perdana Menteri sekarang 

22. PEDULI APA DENGAN  RAKYAT !! ,  RAKYAT  TIDAK  PENTING , YANG PENTING  IALAH  NYAWA  MENANTU  BELIAU  MISTI  DI SELAMATKAN DAHULU 

23.  Mungkin Ismail  dan Kabinet dah buat bancian jumlah mereka yang layak dan cara mana nak dapatkan bantuan RM1,000.00 yang di umumkan   SEDANGKAN  duit bantuan pemandu taksi sebanyak RM500 /- yang diumumkan Mahiaddin dulu  sehingga sekarang pun tinggal janji sahaja 

24. JIKA  RAKYAT  MASIH  SOKONG  MEREKA , MEMANG PATUT PUN DI JUAL HIDUP - HIDUP 

25. RAKYAT  TOLONG  RAKYAT  bukan  KERAJAAN  TOLONG  RAKYAT 

Wassalam
Terima Kasih

Saturday 11 December 2021

R E S E T M A L A Y S I A

R   E   S   E  T
MALAYSIA 

Tamrin Tun Ghafar 

Ahad - 12/12/21

( 1 -  23 )


1.   Setelah  menghadiri pelancaran memorandum  persefahaman antara beberapa NGO  dan  RESET  Malaysia  oleh Tun Dr. Mahathir  pada hari Sabtu 20hb Nobember 2021 saya nampak masih ramai lagi masyarakat  Melayu  yang BERJIWA  BESAR 

2.   Saya tertanya - tanya  apa sudah jadi kepada  BANGSA  MELAYU yang pernah  dihormati dan dipandang tinggi  kini  sanggup  jadi BANGSA  MELAYU YANG  TIDAK  LAGI  MALU , DAN  BANGSAT? 

3.   Kini sebut sahaja , RASUAH , PEMYELEWANGAN KUASA  semuanya  berada dalam darah daging  majoriti  BANGSA  MELAYU  

4.   Mereka  tidak tinggal mengerjakan Solat  dan berdoa  selalu, ada  yang memakai kopiah dan wangi - wangian dan ada yang  berjubah dan berserban dan berjanggut  konon nya mengikut Sunnah  Nabi namun  lupa atau  tidak peduli langsung  AMANAH  yang  diberi  ALLAH  SWT apabila kemewahan dan kedudukan dunia di utamakan ; sedangkan kita tahu harta , keluarga , anak - anak dan cucu  cicit  HANYA  BERSIFAT  SEMENTARA  SAHAJA ! 

5.   Mereka  hilang pedoman , hilang malu  seolah - olah amalan rasuah itu adalah perbuatan yang  DI IZINKAN  jestru  segala hasil kekayaan , kemewahan dan makan minum keluarga dan cucu cicit, pada mereka adalah HALAL 

6.  Yang  PENTING   ialah  kekayaan sehingga  sanggup  berlumba - lumba MENAYANG  rumah siapa yang lebih besar dan indah , kereta mewah dan  emas dan berlian dan bercuti  atau sebok bermain golf diluar negara samada bersama keluarga  atau perempuan simpanan 

7.   Hukuman dunia  tidak lagi  menjadi ketakutan  kerana  sebahagian besar pelaksana  undang - undang  seperti  SPRM  dan  Polis  pun  'MAKAN' juga 

8.   Sepatutnya  selepas  64 tahun MERDEKA , dan  berbagai  Dasar dan  Badan  seperti Bank , Perbadanan itu dan ini diujudkan dan berbagai  bantuan kewangan diberi ,  BANGSA  MELAYU  hari ini sepatut nya  tidak lagi MEREMPAT  dan menjadi  BANGSA  BANGSAT yang masih  mengaku 'AKU LAH TUAN' , dan orang Cina  pula menjadi 'TARGET'  atau 'SASARAN' 

9.    Mereka  mengagung - agungkan  orang yang telah di HUKUM  BERSALAH  ; ada yang sanggup mencium tangan banduan yang merompak  harta negara , dan  ada yang  sanggup menjual diri   HANYA  mendapat upah tak sebanyak mana pun ;  apakah  ini sudah menjadi  SIFAT  SEMULA JADI  ORANG  MELAYU  YANG  SANGGUP  MENGADAI  DIRI ?  TAK  TAHU  MALU   , DAN  TAK  ADA MARUAH  DIRI ? 

10.  Sebut sahaja rasuah , Malaysia kini berbangga kerana akhirnya  MENGATASI   Indonesia yang satu ketika dulu dikenali dengan amalan rasuah nya 

11.   KINI  KITA  ORANG  MELAYU  SUDAH   PUN MENJADI  BAHAN  EJEKAN  DAN  DI PANDANG  HINA  OLEH MASYARAKAT  DALAMAN  DAN  ANTARABANGSA 

12.  Umpama gerabak , Negara sudah terbabas dari landasan , justeru PEMULIHAN  besar - besaran  MISTI dilakukan SEGERA melalui apa yang dinamakan  RESET  MALAYSIA 

13.   RESET   MALAYSIA  adalah  cetusan  pemikiran asal  atau  original idea  Timbalan  Presiden  Parti  PEJUANG  Malaysia , Marzuki Yahya 

14.   Sejak penubuhan resmi RESET MALAYSIA , beberapa NGO  mula mendatanginya ,  malah  adik  BANDUAN PERTAMA NEGARA , NAZIR Tun Razak  mencadangkan  penubuhan  RESET  yang dinamakan RESET  NASIONAL   

15.   Rakyat MULA  SEDAR   betapa serius dan  pentingnya  di SEGERAKAN  meletakan  semula  negara  dilandasan asal  jika sekiranya TIDAK  MAHU  terus  melihat kehancuran yang dilakukan oleh mereka yang TIDAK PERCAYA kepada SEGALA  JANJI  ALLAH  SWT 

16.  Mereka cuba menyenbunyikan fakta malah menafikan SEGALA  NAJIS  yang dilakukan semasa BERKUASA sedangkan ALLAH  SWT  TAHU  sekecil - kecil hama yang dilakukan 

17.  JIKA Jepun dan  Germany  boleh  bangkit semula  dari  kehancuran  akibat Perang Dunia maka alangkan baiknya  SEMUA  NGO  BERSATU  HATI dibawah satu bumbung ,  R E S E T  MALAYSIA membangunkan  semula Negara 

18.  KETEPIKAN kepentingan diri , sifat dendam dan kebencian terhadap Tun Dr Mahathir  yang hanya mahu membantu memulihkan  negara  seperti dulukala apabila  kita pernah dihormati dan di pandang tinggi sehingga digelar  The Asian Tiger 

19.  Pada usia 96 tahun ini dan  BANYAK  BERPENGALAMAN beliau  HANYA   MAHU   MEMBANTU   MEMBANGUNKAN  SEMULA  NEGARA - terserahlah kepada umum  menerima  atau  menolak nya 

20.  Selagi kita orang Melayu punyai SIFAT  BENCI , DENDAM  DAN  TAK  PERCAYA  orang itu dan ini , maka selagi itulah  kita akan terus berada  di bawah 

21.   SIAPA  LAGI  JIKA  BUKAN  TUN 
        R E S E T 

22.  Jika masing - masing  termasuk  perompak dan penyamun  dan mereka yang melakukan hubungan seks luar tabaii percaya boleh  mengetuai pemerintahan negara  maka TUNGGULAH  BALA  yang jauh lebih besar dari ALLAH  SWT  menimpa  negara 

23.  JANJI  ALLAH  ADA  LAH BENAR

Wassalam
Terima Kasih

Wednesday 8 December 2021

'MAKAN SUMPAH' ?

'MAKAN  SUMPAH'  ? 

Tamrin Tun Ghafar 

Rabu - 08/12/2021

( 1 - 15 )


1.    Hari ini , 20hb Disember  2019  iaitu hampir 2 tahun  Najib  MELAFAZKAN   SUMPAH  LAKNAT   di Masjid Kampung Baru , Kuala Lumpur  BERHUBUNG  kes SRC 

2.    Najib bukan sahaja BERBOHONG dengan cuba  menyakinkan umum  TAPI  yang Maha Penting  BERBOHONG   kepada ALLAH  Maha Pencipta  dan Maha Menghatahui segala - gala nya 

3.    Hari ini 3 Hakim Mahkamah  Rayuan  sebulat suara mendapati  MOHD.  NAJIB  TUN  HAJI   ABDUL  RAZAK   bersalah  -  menggunakan wang tabung KWSP   sebanyak  RM42  juta  untuk  kepentingan dan kegunaan diri sendiri  dan isteri , Rosmah Mansor 

4.    Najib ketika itu TAHU ;  beliau sebagai Perdana Menteri , Menteri Kewangan  DAN   Penasihat  Agung  SRC  telah  MENYAKINKAN   Jemaah Menteri  tentang wang 'PINJIMAN'  SRC  tersebut 

5.    Kini Najib sudah kalah.  Satu di Mahkamah Tinggi  dan satu lagi di Makhmah Rayuan 

6.    Najib punyai satu lagi peluang , iaitu  menyakinkan  Mahkamah  Persekutuan
 
7.    JIKA   menang Najib akan dibebaskan  tapi jika kalah beliau PASTI  berangkat ke Penjara Sungai Buluh  untuk sekian lama 

8.    Umum juga  sedang menungggu 2 lagi keputusan , kes  Rosmah Mansor di Sarawak   dan kes  Yayasan  Akal Budi ,  kepunyaan Presiden Parti UMNO  Malaysia , Zahid Hamidi 

9.    Mereka  menghadapi  kes salahguna kuasa dan  RASUAH  

10.   Jika kalah juga  mereka akan MERENGOK dimana - mana penjara yang sesuai 

11.    Selalu saya berkata , jika TIDAK  MEROMPAK   bukan  UMNO  nama nya ! 

12.   Hari ini  Rabu 8hb Disember 2021  MUNGKIN  tidak ada lagi gelak gempita diruang tetamu rumah Najib di Pavilion , Kuala Lumpur 

13.    Maseh ingat kah kita apa berlaku  pada hari Rabu 9hb Mei 2018  dahulu ? 

14.  Rosmah Mansor  boleh lah cari BOMOH  baru  samada  dari India mahupun dari Indonesia 

15.    MALU  APA  BOSSKU 😭😭😭 


Wassalam
Terima Kasih

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...