Sunday 11 March 2018

20180311 ANTARA ZAIRIL DAN DZULKIFLI

ANTARA  ZAIRIL  DAN  DZULKIFLI

Tamrin Tun Ghafar
Ahad  11/03/18


1. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya Mohd Daud diatas pertunangan mereka yang berlangsung pada Sabtu, 10 Mac 2018.

2. Ibu bapa mereka  turut hadir.  Bapa Zairil , Tan Sri Khir Johari , bekas Menteri di zaman Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj telah lama meninggalkan kita . ALFATIHAH.

3. Saudara mara, sahabat handai dan pemberita turut juga  hadir memeriahkan majlis pertunangan dua pemimpin muda DAP itu.

4. Mereka TIDAK merahsiakan majlis tersebut.

5. Zairil ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera dan Dyana Sofya pernah bertanding atas tiket DAP semasa pilihanraya kecik Parlimen Teluk Intan menentang Presiden Parti Gerakan, Datuk Mah Siew Keong. Walaupun  muda dan ' first timer',  beliau hanya 
kalah dengan kira-kira 350 undi sahaja.

6. Dijangkakan pasangan tersebut akan  bernikah dalam waktu yang terdekat ini.

7. Pada 24/02/18, saya telah menulis  artikel bertajuk "SELAMAT  PENGANTIN  BARU KP SPRM.”

8. Dzulkifli Ahmad , KP  SPRM telah bernikah dengan Shazreen Mohd Hatta di satu majlis yang dirahsiakan pada 28 Januari 2018.

9. Dikatakan Dzulkifli berang apabila gambar pernikahan beliau itu telah diviralkan dengan begitu meluas di media-media sosial.

10. Tak tahulah  kenapa beliau marah dan daripada siapa pernikahannya itu hendak hendak dirahsiakan. Daripada Puan Sri  dan anak-anak, daripada kakitangan dan pegawai  SPRM  atau daripada rakyat keseluruhannya?

11. Beza diantara Zairil dan Dzulkifli ialah Zairil bertunang dan Insha Allah akan bernikah dengan gadis yang TIDAK  PERNAH bersuami sedangkan Dzulkifli bernikah dengan wanita yang pernah diusung ke sana sini sewaktu wanita tersebut  MASIH bersuami.

12. Dari segi undang-undang,  Zairil tidak  bersalah  tetapi Dzulkifli telah melakukan satu kesalahan dibawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

13. Seksyen ini berhubung salahlaku bersama isteri  orang dengan niat untuk mengadakan hubungan seks. Jika didapati bersalah boleh dihukum penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

14. Terserahlah kepada pihak polis, Peguam Negara, JAKIM dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa sama ada mahu terus melindungi beliau yang telah melakukan kesalahan atau sebaliknya.

15. Dzulifli mungkin boleh cuba menutup pekung yang bernanah dengan terus berkhutbah di mana-mana masjid dan surau, bersajak dan memberi ucapan serta kenyataan  yang berunsur nasihat dan amaran atas kedudukannya sebagai KP SPRM.

16. Satu cara lagi bagi menutup kesalahan yang telah dilakukan beliau ialah dengan terus membuat tangkapan demi tangkapan terutama di kalangan orang-orang politik.

17.  Di dunia ini kita bolehlah bersilat dan berdrama. Kita juga boleh gunakan aturan dan peraturan jabatan sedia ada bagi menghukum sesiapa yang menegur dan membantah salahlaku kita . Pegawai-pegawai yang dirasakan tidak sebulu akan diambil tindakan. Hanya mereka yang pandai mengampu akan dinaikkan pangkat dan sebagainya
Berbagai alasan boleh diberi untuk menghalalkan perbuatan itu.

18. Ingat bahawa kita semua akan  disoal dan dihukum apabila mati kelak.

19. Di waktu itu segala jawatan, pangkat, kuasa dan uniform yang kita pakai hari ini TIDAK akan dapat melindungi sebarang  salahlaku yang telah kita lakukan.

20. Diharap Dzulkifli bersedia berjumpa dengan saya dalam masa terdekat ini bagi menerangkan isu-isu mengenai dirinya yang berbangkit dan menjadi bualan ramai.

21. SEMOGA  ALLAH SWT  MERESTUI  SEGALA  APA  JUA YANG  KITA  LAKUKAN DI DUNIA INI.

Terima kasih.



Tuesday 6 March 2018

20180305 SULTAN BUKAN TUHAN

SULTAN  BUKAN  TUHAN

Tamrin Tun Ghafar
Isnin 05/03/18
(1-36)

1. “Jika you batalkan juga  pindaan ini , saya akan tentang you habis-habisan. You tahu kan negara ini hak siapa . Yes, hak rakyat , bukan hak mereka. 

2. “Mereka ini kena patuh Perlembagaan dan undang-undang . Mereka bukan Raja Mutlak  saperti  Raja-Raja Arab . Rakyat yang meletakkan mereka di situ”.

3. Saya tersentak melihat wajah serius dan kata-kata tegas ayah saya, Pak Ghafar ( arwah  Tun )  apabila Dr. Mahathir ( Tun ) menelefon beliau memaklumkan hasratnya tidak mahu meneruskan cadangan meminda Perlembagaan Negara berhubung kuasa Raja-Raja.

4. Ketika itu Pak Ghafar ialah Pengerusi Kompleks Kewangan yang juga salah seorang Naib Presiden UMNO.

5. Pak Ghafar minta saya rahsiakan perkara ini kerana tidak mahu rakyat hilang keyakinan terhadap Dr. Mahathir.

6. Arwah pernah juga memberitahu saya sebab-sebab beliau enggan menerima Bintang-Bintang Kebesaran atas alasan beliau tidak mahu tangan beliau terikat andainya jika berlaku pertikian diantara rakyat dengan Raja.
Katanya lagi mungkin satu hari nanti  anak-anak Raja yang tak senang dengan kita , mereka akan sewenang-wenangnya tarik balik pingat yang diberi oleh bapa mereka kepada kita  . Lagi pun, sambung beliau, itu semua (Pingat dan Gelaran) bukan boleh membantu  kita di dalam kubur nanti.

7. Ayahanda Tun Ghafar  meninggal pada 23hb April 2006 pada umur 81 tahun. ALFATIHAH.

8. Rahsia ini terpaksa saya kongsikan bersama kerana kebelakangan ini saya lihat ada di kalangan Raja-Raja sama ada mungkin terlupa atau tidak tahu punca mengapa dua kali Perlembagaan Negara  TERPAKSA  dipinda, justeri mereka terus berdendam dan menyalahkan Tun Dr. Mahathir seolah-olah  beliau sesuka hati dan beria-ia sangat yang mahu kedua dua Perkara dalam Perlembagaan itu dipinda.

9. Perlu saya berterus terang selepas meninggalkan UMNO dan PAS dan Deklarasi Rakyat yang dipimpin sendiri oleh Tun Mahathir, saya tidak lagi menganggotai mana-mana parti politik mahu pun NGO.
Perkara ini pernah saya maklumkan juga kepada YAB Datuk Seri Najib sendiri.

10. Saya lebih senang begini, memberi pandangan dan teguran2 secara bebas.

11. Terserahlah kepada sesiapa membuat andaian dan interpretasi terhadap tulisan-tulisan saya.

Kita semua bukan maksum. Tegur menegur dan ingat mengingat adalah amalan baik yang dituntut oleh agama.

12. Niat saya hanya
mahu melihat negara kita terus maju dan dihormati oleh dunia dan rakyat hidup aman damai tanpa kira kaum dan agama.

13. Setelah berbincang beberapa kali, akhirnya pada 1hb Ogos 1983, Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu telah membentangkan usul meminda Perkara 66 Perlembagaan Negara.

14. Walaupun Parlimen telah meluluskan Pindaan tersebut tetapi Raja-Raja masih enggan memberi persetujuan kerana mengikut Perkara 38 ( 4 ) 2  Raja-Raja MESTI   bersetuju dengan mana-mana pindaan Perlembagaan yang ada kaitan dengan kedudukan mereka.


15. Rakyat jelata mula marah diatas keenganan Raja-Raja memberi persetujuan. Perhimpunan demi perhimpunan membantah sikap Raja-Raja telah diadakan.

16. Segala rahsia dan kelemahan Raja-Raja dan keluarga mereka ditelanjangkan. Terdapat juga suara-suara dan cadangan yang ekstrim  disuarakan. Itulah perasaan rakyat terhadap Raja-Raja ketika itu.

17. Di sini Dr.Mahathir telah berjaya mententeramkan   keadaan, jika tidak, mungkin  hari ini tidak ada lagi Raja-Raja seperti yang pernah berlaku pada  Negeri  Melaka sejak tahun 1699 iaitu kira-kira  320 tahun dahulu atau yang pernah berlaku di negara-negara Eropah suatu masa dulu.

18. Bagi mengatasi kemelut itu, Majlis Tertinggi UMNO telah melantik Pak Ghafar mengetuai rombongan UMNO bagi berbincang dengan kesemua Raja-Raja. Ia berlangsung di Istana Kayangan , Selangor. Turut dalam rombongan itu ialah Datuk Harun Idris ( bekas MB Selangor ), Datuk Kamaruddin Md. Isa ( bekas MB Perak ), Datuk Mustapha Jabar ( Setiausaha Agung ) dan Puan Marina Yusoff.

Raja-Raja pula dibantu oleh Raja Aziz Addrause, seorang pakar undang-undang yang terkenal.

19. Akhirnya mereka (Raja-Raj dan peguam  mereka) bersetuju dengan hujah Pak Ghafar bahawa TIDAK ADA terdapat mana-mana perkara  dalam Perlembagaan yang mengatakan Raja-Raja  berhak atau punyai kuasa menolak mana-mana Bill yang diluluskan oleh Parlimen, justeru  mereka ( Raja2 ) BERSETUJU dengan Pindaan Perkara 66 Perlembagaan itu.

20. TIDAK  ADA  RAJA  JIKA  TIDAK  ADA  RAKYAT kerana  rakyatlah
yang mengangkat seseorang itu menjadi Raja.

21. Saya pernah dengar  cakap-cakap  kononnya  ada terdapat  amalan di mana Raja-Raja  perlu meneliti dan meluluskan senarai calon dari parti memerintah sama ada sipolan-sipolan itu boleh bertanding atau sebaliknya . Begitu juga kononnya sama ada sesorang itu boleh dilantik sebagai EXCO  atau tidak turut ditentukan oleh  Raja berkenaan.

Semua amalan ini termasuk meminta mana-nana parti yang telah mendapat kepercayaan dan mandat rakyat menghantar 3 nama kepada Raja untuk dipilih sebagai Menteri Besar dan cakap-cakap kononnya ada Raja  yang TIDAK  AKAN melantik sipolan-sipolan sebagai Ketua Pentadbir Kerajaan jika parti  yang menang tidak digemarinya - ini semua adalah amalan yang terang-terang bertentangan dengan Perlembagaan dan Undang-Undang negara.

22. Jika amalan ini berterusan , maka Pilihanraya adalah sia-sia sahaja. Lebih baik Raja lantik sahaja sesiapa yang mereka suka sebagai Bendahara ( Ketua Kerajaan ) sepertimana yang pernah dilakukan oleh Raja-Raja di zaman Kesultanan Melaka dahulu.

23. Lagi pun cuba bayangkan di mana Raja-Raja nak letakan diri jika sekiranya parti yang mereka tak minat itu mendapat sokongan majoriti rakyat bagi mentadbir Negara atau Negeri.

24. Pindaan Perlembagaan kedua berlaku apabila seorang rakyat biasa, Douglas  Gomez  dipukul dengan teruk oleh Sultan Mahmod Iskandar dari Johor. Insiden ini berlaku di Istana Johor pada 30hb November 1992.

25. Usul yang dibawa oleh Pak Ghafar dan diluluskan  pada  10hb Disember 1992  adalah bagi mewujudkan Mahkamah Khas untuk membicarakan mana-mana Raja yang melanggar Perlembagaan dan Undang-Undang. Jika didapati bersalah, hukuman keatasnya adalah mengikut undang-undang yang sedia ada.

26. Ekoran penubuhan Mahkamah Khas itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah adalah Raja yang pertama sekali diheret ke Mahkmah. Ia berlaku pada 1995.

27. Adalah  tidak ruginya jika sekiranya Raja-Raja membincangkan sesama sendiri perkara-perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Negara.

28. Raja-Raja mestilah menunjukkan contoh dan teladan yang baik yang boleh diikuti oleh rakyat jelata.

29. Anak ketam tidak akan dapat berlari betul selagi bapa ketam tidak berjalan betul terlebih dahulu.

30. Jika sekiranya mana-mana Raja merasakan mereka boleh berkhidmat lebih hebat untuk rakyat, maka jalan yang sebaik-baiknya  ialah mereka turun takhta dan bertanding dalam pilihanraya.

31. Saya masih teringat kata-kata Sultan Mahmod Iskandar  dari Johor yang berbunyi -
"AKU  BUKAN  TUHAN  YANG  PATUT  DISEMBAH"

32. Saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan fakta dalam tulisan ini.

33. Tulisan ini akan saya serahkan kepada Raja-Raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam masa terdekat ini.

34. Saya bertanggungjawab di atas tulisan ini.

35. HAK  MENGUNDI  IALAH  HAK  RAKYAT.

36. Mohon dikongsikan kepada mereka yang cintakan sistem Raja Berperlembagaan seperti yang kita amalkan sekarang.

Terima Kasih.

R A S U A H

R   A   S   U    A   H REFORMASI REFORMATI Tamrin  Tun  Ghafar   Rabu - 14/02/24 ( 1 - 17 ) 1.   Kali  pertama  Dewan PWTC  tiba - tiba  sen...