Sunday 19 April 2020

TAK SEINDAH WAJAH - SM SALIM

TAK SEINDAH WAJAH - SM SALIM

Tamrin Tun Ghafar

Isnin - 20/04/2020
( 1 - 12 )


1. Kali ini saya hanya menulis semula senikata lagu yang disampaikan oleh Sheikh Salim Sheikh Muhamad Al Mahros atau lebih dikenali umum Tan Sri SM Salim

2. Beliau yang dilahirkan diKampung Baru , Kuala Lumpur ( dahulunya Selangor ) pada 30hb Julai 1928 telah meninggalkan kita buat selama - lamanya pada 29hb Disember 2016 iaitu pada usia 88 tahun

3. Ekoran panggilan anak perempuanya yang memberi tahu keadaan ayahnya yang sedang nazak , dan permintaan arwah untuk berjumpa saya , saya dan isteri , Khatijah terus membatalkan rancangan ke destinasi yang dirancang

4. Keadaan arwah sememangnya menyentuh perasaan ; beliau tidak lagi mengenali saya dan tetamu yang lain

5. Itu lah kali terakhir saya bersama beliau ( Alfatihah )

6. Jika di teliti , 'TAK SEINDAH WAJAH' adalah lagu yang banyak membawa makna dan maksud

7. Terserahlah ; bak kata orang - orang tua

'Siapa Makan Cili atau Cabai Dialah Yang Merasa Pedasnya'

8. 🎼 Kusangka Aur
Di Pinggir
Tebing
Kiranya Tebu
Di Pinggir Bibir
Ku Sangka Jujur
Pancaran Batin
Rupanya Palsu
Penghias Zahir

Ku Kira Hati
Jiwa Nuraini
Suci Seindah
Wajah
Terbayang
Ku Kira Puji
Seikhlas Budi
Ku Lupa Lidah
Tidak Bertulang

Di Manis Gula
Semut Binasa
Kail Berduri
Bersalut Umpan
Di Manis Kata
Insan Terlena
Kerana Budi
Hamba
Terkorban

Inikah Dia
Lakunan Hidup
Di Pentas Dunia
Insan Berpura
Tipu Dan Daya
Pencapai
Maksud
Budi Dan Harta
Merangkum
Noda 🎼

9. Masa yang lepas tidak akan kembali lagi namun ia menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan

10. Ini lah yang dikatakan

'HARIMAU MATI
MENINGGALKAN
BELANG
MANUSIA MATI
MENINGGALKAN
NAMA'

11. Semoga Roh Sahabatku Allahyarham Tan Sri SM Salim Di Cucuri Rahmat Oleh Maha Penciptanya , ALLAH SWT

12. SEMOGA IBADAH RAMADHAN INI MEMBERI KEINSAFAN KEPADA KITA SEMUA

Wasallam
Terima Kasih

Monday 13 April 2020

APABILA EGO MENGATASI NAFSU

APABILA EGO MENGATASI NAFSU

Tamrin Tun Ghafar

Tarikh : Rabu - 15/04/2020

( 1 - 27 )

1. Apabila ditanya apakah ada perang yang lebih besar dari perang - perang sebelum ini ; Rasulullah menjawab dengan tegas - 'NAFSU'

2. Setiap makhluk tidak boleh lari dari ini , samada keinginan makan minum, berjalan , malah apa saja yang berada dalam pemikiran sesaorang

3. Ahli politik bernafsu menjadi Wakil Rakyat atau pemimpin , selepas itu nafsunya meningkat mahu jadi Menteri dan akhirnya Perdana Menteri

4. Bagi memenuhi nafsu , orang politik akan lakukan apa saja termasuk memfitnah , menyusun perancangan sulit dan akhirnya menumbangkan sape saja asalkan berjaya

5. Tidak ketinggalan ada yang sanggup berpura - pura sebagai orang yang berilmuan tinggi seperti guru agama , ustaz dan pemimpin parti Agama

6. Tidak ada dalam sejarah Islam dimana wujudnya Parti Islam seperti yang terdapat dinegara kita

7. Samada perjuangan mereka benar - benar ikhlas nak mengembangkan Syiar Islam atau hanya menggunakan Islam bagi memenuhi nafsu , Wallahualam !

8. Islam yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad SAW TIDAK pernah mengajar malah melarang kita berpuak - puak

9. Yang ada pada Islam ialah Iman dan Amalan TANPA kira bangsa dan keturunan

10. Umat Islam dilarang bermusuhan dengan sesiapa pun malah kita diajar berbaik - baik dan menghormati walaupun dengan bukan Islam

11. Malangnya hari ini kita lihat sebahagian Umat Islam secara terang - terangan melakukan perkara yang bertentangan dengan Ajaran Rasullulah walaupun kita tidak meninggalkan Solat, dan menghadiri ceramah - ceramah Agama

12. Oleh kerana SIFAT EGO nya yang terlalu tebal sehingga kini, Hadi yang telah secara sinis mengait dan menuduh UMNO KAFIR kerana mengamalkan Perlembagaan dan undang - undang Barat ( KAFIR ), dan sehingga hari masih TIDAK MAHU meminta maaf SECARA TERBUKA, maka UMNO itu masih lagi Kafir ; tidak hairanlah kini di mana dunia makin tua dan hampir pupus orang Islam boleh 'menghawani' orang kafir dan duduk bersama menjamu 'daging babi'

13. Bukankah Islam menganjurkan kita bermaafan

14. Apakah 'PERKAHWINAN' antara PAS dan UMNO ini ikhlas atau setakat kahwin 'MUTAAH' saja atau dalam bahasa Inggerisnya ' MARRIAGE OF CONVENIENCE'

15. Pesan Tok Guru Nik Aziz ,

"UMNO APABILA LEMAH AKAN CARI KITA , APABILA KUAT SEMULA AKAN TENDANG KITA ( PAS )"

16. Selepas PRU 14 yang berlangsung pada Rabu 9hb Mei 2018 , UMNO tercungap - cungap seperti ikan mencari oxygen ; ahli - ahli nya bertaburan seperti

'Anak Ayam Kehilangan Ibu'

17. Nasib baiklah beberapa orang pemimpin PAS sudah kekenyangan dedak yang dimakan menjelang PRU itu lagi

18. Bak kata Najib

"I SCRATCH
YOUR BACK ,
YOU SCRATCH
MINE"

19. 'Ada Budi
Ada Batas
Ada Budi
Ada Balas'

Mungkin itu lah sebabnya terlalu mudah bagi PAS menerima lamaran UMNO ; jestru dengan aluan kompang dan doa mereka 'BERSANDING'

20. ALLAH SWT MENGUJI kita semasa susah dan MENGUJI kita juga semasa senang

21. Walaupun PAS hanya mempunyai 18 Ahli Parlimen namun kehadiran mereka amat diperlukan oleh Muhyiddin

22. Sebenarnya kedudukan Muhyiddin begitu 'PANAS' ;

'Nyawa Beliau
Berada
Di Hujung Pedang'

Suka atau tidak, demi menentukan jawatan Perdana Menteri tidak bergoyang, Muhyiddin TERPAKSA MENGHORMATI dan BERSETUJU dengan SEGALA kemahuan PAS, ia tak ubah seperti

'Menatang Minyak
Yang Penuh'

23. ALLAH SWT Melihat begitu juga umum khususnya ahli - ahli PAS yang cerdik dan mempunyai fikiran waras dan siuman juga menunggu - nunggu apakah pemimpin mereka AKAN MENGGUNAKAN PELUANG KEEMASAN INI BAGI MELAKSANAKAN SEGALA HUKUM ALLAH SWT YANG DIPERJUANGKAN SEJAK 69 TAHUN DAHULU

24. Bak kata Takiyuddin Hassan Setiausaha Agung PAS yang baru dilantik sebagai Menteri Undang - Undang dan Hal Ehwal Parlimen pada bulan Februari yang baru lalu semasa menjawab isu RUU355 , "Hanya Kerajaan Sahaja Yang Boleh Membawa Usul Sebegini

25. Apakah Hadi dan penganut nya AKAN mengeluarkan 'fatwa' baru bagi melewat - lewat kan perlaksanaan HUKUM ALLAH atau melupakan nya sahaja atas alasan itu semua adalah rekaan yang diada - adakan ; dalam lain - lain perkataan

PAS SEMEMANGNYA TIDAK PERNAH BERNIAT DAN BERJUANG BAGI MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH

26. JANGAN SAMPAI SENJATA MAKAN TUAN !!

27. Bacalah Dengan Hati Mu , Bukan Setakat Mulut Mu !

Wassalam
Terima Kasih

Saturday 11 April 2020

MUSTAHIL AYAH CHIK BUAT FITNAH

MUSTAHIL AYAH CHIK BUAT FITNAH


Tamrin Tun Ghafar
Sabtu - 11/04/2020
( 1 - 24 )


1. Jika tidak ada Perintah Kawalan Perjalanan ( PKP ) ekoran COVID-19 ini sudah barang tentu ahli - ahli PAS serata pelusuk tanahair akan mengadakan kenduri kesyukuran atas perlantikan Presiden mereka sebagai Duta Khas Perdana Menteri bertaraf Menteri ke Timur Tengah.

2. Walaupun hanya menang 18 daripada 222 kerusi Parlimen, namun kerana masuk melalui 'Tebuk Atap' - BUKAN pintu belakang sepertimana istilah Hadi, PAS berjaya mendapat 3 orang Menteri dan 5 orang Timbalan Menteri.

3. Ini permainan politik hebat yang TIDAK PERNAH berlaku, bak kata Mat Sabu :

'Yang Menang
Jadi Pembangkang
Yang Kalah
Jadi Kerajaan.’

4. Jika ada penuntut Universiti yang bercita - cita membuat tesis untuk mendapatkan Phd, justeru kajian terperinci perlu dilakukan kerana kesemua yang terlibat dengan percaturan politik ini masih boleh ditemui.

5. Perlantikan Tan Kok Wai dari DAP walaupun BUKAN BERTARAF MENTERI sebagai Duta Khas Kerajaan Malaysia ke China semasa era Kerajaan Pakatan Harapan sebelum Kerajaan 'pintu belakang' mengambil alih, PAS melalui kenyataan dari Tuan Ibrahim Tuan Man membidas perlantikan itu.

6. Alasan PAS ketika itu ialah Kerajaan PH jangan terikut - ikut apa yang Kerajaan UMNO / BN pernah lakukan iaitu melantik 9 orang bekas Menteri sebagai 'Penasihat Khas PM dan Duta ke Amerika bertaraf Menteri dan lagi pun keadaan kewangan negara ketika itu hampir pupus akibat skandal 1MDB dan amalan rasuah oleh mereka yang berkuasa.

7. Mereka yang dilantik oleh
Najib adalah seperti berikut :

i. Zainal Abidin Osman

ii. Sharizat Jalil

iii. Rais Yatim

iv. Noh Omar

v. Abdullah Zain

vi. Ong Ka Ting

vii.Tiong King Sing

viii. Samy Velu

ix. Jamaluddin Jarjis - Duta Besar ke Amerika Syarikat juga bertaraf Menteri.

8. Perlantikan Hadi disambuat baik oleh Tuan Ibrahim Tuan Man dengan mengatakan perlantikan itu TIDAK ADA KAITAN dengan politik, justeru harus diterima dengan baik.

9. Inilah perangai PAS dari dulu hingga sekarang - bising dan memprotes apabila mereka tidak dapat faedah atau pengiktirafan tapi apabila berlaku pada batang hidung sendiri mereka tanpa segan silu secara otamatik menukar corak dan warna.

10. Berhubung masaalah kewangan, saya percaya Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin hari ini mempunyai dana yang amat lumayan sehingga boleh menampung 71 orang Menteri ( termasuk Hadi ) dan Timbalan Menteri.

11. Memandangkan kedudukan kewangan negara yang berlebihan, Muhyiddin hanya perlu tambah 42 orang lagi Ahli Parlimen ( 71 + 42 = 113 Kerusi ) sebagai Menteri dan Timbalan Menteri bagi MENENTUKAN jawatan Perdana Menteri terus TERJAMIN TANPA boleh diugut oleh sesiapa pun.

12. Muhyiddin TAK PERLU dengar apa orang cakap, yang penting ialah beliau boleh terus berkuasa sehingga nyawa terpisah daripada badan.

13. Istilah 'Ayah Chik' ialah nama timang - timangan atau panggilan oleh mereka yang terlalu akrab dengan Hadi.

14. Di kalangan masyarakat Terengganu khususnya penduduk Marang dimana Hadi menjadi Wakil Rakyat, gelaran itu diberi kerana menganggap tahap Hadi melebihi seorang Wali.

15. Tanggapan ini dikuatkan lagi apabila menjelang PRU yang lepas, Hashim Jasin , Mursydul Am PAS memaklumkan Hadi kerap berjumpa Rasulullah di dalam mimpinya; tak pasti pula sama ada mimpi bertemu Rasulullah oleh Hadi masih berterusan SELEPAS PRU14 yang lepas.

16. Saya masih TIDAK PERCAYA Hadi seorang ulama yang dipandang begitu tinggi oleh ahli - ahli PAS sanggup membuat fitnah terhadap Anwar Ibrahim konongnya Anwar TERLIBAT dengan Freemason dan mendapat sokongan badan Yahudi itu untuk menjadi PM.

17. Mengikut lapuran surat Hadi yang menggunakan 'letterhead' PAS bertarikh 22hb Mac 2020 telah dihantar secara sulit kepada pemimpin - pemimpin Gerakan Islam seluruh dunia namun telah terlepas kepada pengetahuan umum pada 3hb April 2020 iaitu dua hari SELEPAS perlantikan beliau sebagai Duta Khas ke Tmur Tengah bertaraf Menteri.

18. Jika kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man itu benar iaitu perlantikan Hadi TIDAK bersabit dengan politik, maka ini bermakna Muhyiddin telah nampak lebihnya kehebatan dan ketokohan Hadi jika dibandingkan dengan Hishamuddin Hussein, Menteri Luar yang katanya amat berpengaruh dengan negara - negara Arab seperti Arab Saudi dan negara - negara bersekutu yang tidak begitu senang dengan Iran.

19. Selepas selesainya COVID-19 ini Hadi bolehlah mulakan lawatan rasmi ke negara - negara Islam dengan diiringi oleh pegawai - pegawainya.

20. Bagi penjimatan kos ekoran perlantikan ini mungkin sebahagian besar Duta kita diberhentikan perkhidmatan mereka dan digantikan dengan ahli - ahli PAS dengan gaji yang lebih murah!

21. Hadi yang juga menuduh AMANAH terlalu liberal kini setelah diberi kuasa WAJIB membuktikan segala apa yang diperjuangkan selama ini AKAN DILAKSANAKAN SEBELUM PRU15 akan datang.

22. Jika SEBELUM ini PAS MELALAK ke sana ke sini bagi mewujudkan negara Islam, kini rakyat sedang menunggu dengan debaran apakah PAS benar - benar BERJUANG UNTUK ISLAM atau hanya MENGGUNAKAN ISLAM bagi kepentingan diri mereka.

23. SEMOGA GELARAN AYAH CHIK TIDAK BERTUKAR MENJADI AYAH PIN!

24. ‘Terlajak Perahu
Boleh Diundur
Terlajak Kata
Buruk Padahnya’.


Wassalam
Terima Kasih.

Friday 10 April 2020

TAK SEINDAH WAJAH - SM SALIM

TAK SEINDAH WAJAH - SM SALIM

Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 14/04/2020
( 1 - 11 )


1. Kali ini saya hanya menulis semula lagu yang disampaikan oleh Sheikh Salim Sheikh Muhamad Al Mahros atau lebih dikenali umum Tan Sri SM Salim

2. Beliau yang dilahirkan diKampung Baru , Kuala Lumpur ( dahulunya Selangor ) pada 30hb Julai 1928 telah meninggalkan kita buat selama - lamanya pada 29hb Disember 2016 iaitu pada usia 88 tahun

3. Ekoran panggilan anak perempuanya yang memberi tahu keadaan ayahnya yang sedang nazak , dan permintaan arwah untuk berjumpa saya , saya dan isteri , Khatijah terus membatalkan rancangan ke destinasi yang dirancang

4. Keadaan arwah sememangnya menyentuh perasaan ; beliau tidak lagi mengenali saya dan tetamu yang lain

5. Itu lah kali terakhir saya bersama beliau ( Alfatihah )

6. Jika di teliti , 'TAK SEINDAH WAJAH' adalah lagu yang banyak membawa makna dan maksud

7. Terserahlah ; bak kata orang - orang tua

'Siapa Makan Cili atau Cabai Dialah Yang Merasa Pedasnya'

8. 🎼 Kusangka Aur
Di Pinggir
Tebing
Kiranya Tebu
Di Pinggir Bibir
Ku Sangka Jujur
Pancaran Batin
Rupanya Palsu
Penghias Zahir

Ku Kira Hati
Jiwa Nuraini
Suci Seindah
Wajah
Terbayang
Ku Kira Puji
Seikhlas Budi
Ku Lupa Lidah
Tidak Bertulang

Di Manis Gula
Semut Binasa
Kail Berduri
Bersalut Umpan
Di Manis Kata
Insan Terlena
Kerana Budi
Hamba
Terkorban

Inikah Dia
Lakunan Hidup
Di Pentas Dunia
Insan Berpura
Tipu Dan Daya
Pencapai
Maksud
Budi Dan Harta
Merangkum
Noda 🎼

9. Masa yang lepas tidak akan kembali lagi namun ia menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan

10. Ini lah yang dikatakan

'HARIMAU MATI
MENINGGALKAN
BELANG
MANUSIA MATI
MENINGGALKAN
NAMA'

11. Semoga Roh Sahabatku Allahyarham Tan Sri SM Salim Di Cucuri Rahmat Oleh Maha Penciptanya , ALLAH SWT

Wasallam
Terima Kasih

Tuesday 7 April 2020

JANGAN ENGKAR PERINTAH ALLAH

JANGAN ENGKAR PERINTAH ALLAH

Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 07/04/2020
( 1 - 30 )


1. Apabila dikatakan istilah PAS sudah berubah daripada Parti Islam Se Malaysia
kepada Parti Amalan Sesat ( PAS ), ramai ahli mereka berasa marah.

2. Apabila dikatakan mereka ini tak ubah seperti SEEKOR SESUMPAH yang boleh bertukar warna badan mengikut keadaan dan keperluan, ramai juga yang tidak setuju.

3. Tanpa disedari oleh ramai ahlinya, prinsip dan dasar parti yang diperjuangkan sejak dilahirkan dalam tahun 1951 iaitu 69 tahun lamanya perlahan - lahan telah mula terhakis.

4. Bagi menentukan mereka terus berkuasa, Hadi dan pemimpin - pemimpin PAS yang lain lazimnya membuat berbagai fatwa mengikut keperluan dan kesesuaian semasa.

5. Keadaan sebegini pernah saya lalui semasa mengikuti Kumpulan Al - Arqam pimpinan Ashaari Muhammad ( Alfatihah ) di suatu ketika dahulu.

6. Jika Ashaari mendakwa selalu mendapat arahan dari Rasullullah melalui mimpinya, ahli - ahli PAS pula begitu yakin Hadi ialah seorang ulama besar, perwaris Nabi yang begitu maksum, justeru tanpa menggunakan akal yang Allah SWT beri, mereka akan terus percaya dan akur ( walak ) tanpa berfikir panjang.

7. Rasulullah TIDAK PERNAH memaki hamun dengan menggunakan bahasa kesat seperti 'barua' dan 'anjing' terhadap sesiapa yang tidak sehaluan dengan Baginda.

8. Ulama Perwaris Nabi SEPATUTNYA mengikut jejak langkah atau contoh baik yang ditunjukkan Baginda, BUKAN mengikuti perangai Abu Lahab.

9. Peristiwa Batu Pahat TELAH MEMAKSA ramai pemimpin - pemimpin PAS yang sama - sama berkorban dan ramai yang keluar masuk penjara MENINGGALKAN PAS dan akhirnya menubuhkan parti baru, AMANAH.

10. TANPA sedikit pun mengambil kira pengorbanan mereka, oleh kerana MEMPUNYAI PANDANGAN AGAK BERBEZA, Hadi menyerang mereka sebagai 'barua' dan 'anjing' UMNO; serangan Hadi masih berterusan dengan menuduh AMANAH adalah boneka DAP dan PKR.

11. Bencinya Hadi terhadap UMNO sehingga sanggup mengkafirkannya dan menggangap MCA dan MIC sebagai seketul daging babi yang dicampurkan dalam hidangan bagi orang Islam.

12. Ekoran AMANAT HADI di Kampung Banggol Peradong , Kuala Terengganu 39 tahun lalu iaitu pada 7hb April 1981 , satu lagi peristiwa hitam telah berlaku.

13. Pada 19hb November 1985 seorang pengikut fanatik Hadi, Ibrahim Muhammad atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya bersama 14 pengikutnya dan 4 orang anggota polis telah terkorban dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai Peristiwa Memali.

14. Perjuangan PAS bagi menegakan negara Islam dengan Perlembagaan dan undang - undang Allah sudah pun TIDAK KEDENGARAN lagi.

15. Apa yang umum lihat pemimpin - pemimpin atasan PAS sekarang lebih berjuang untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga dari menentukan perjuangan asal parti berhasil.

16. Ramai juga ahli - ahli PAS berpendapat jika sekiranya Tok Guru Nik Aziz ( Alfatihah ) masih hidup sebagai Mursyidul Am parti itu, PAS mungkin tak jadi seperti 'orang mabuk' akibat minum beer Heineken atau Carlsberg atau ‘mabuk todi’ seperti yang berlaku sekarang ini.

17. Jika berada di taman bunga atau di kilang minyak wangi, bau - bauan wangi akan melekat di badan kita, sebaliknya jika berada di tempat buang sampah atau najis, pasti badan kita akan berbau busuk.

18. PAS yang sebelum ini TERLALU BENCIKAN UMNO /BN sebagai pengamal rasuah tegar kini sudah boleh berkongsi bantal dan selimut di dalam satu kelambu.

19. Tak tahu pula sama ada mereka mempunyai mimpi yang sama atau sebaliknya dan 'pernikahan' mereka ini berkekalan sehingga ke anak cucu atau tidak, sama-samalah kita lihat nanti.

20. Sama ada masuk melalui pintu belakang, melalui tingkap atau istilah Hadi masuk melalui tebuk atap, itu tidak menjadi isu ; yang penting ialah KUASA.

21. 'Matlamat Menghalalkan Cara' atau dalam bahasa Inggeris 'The Ends Justifies The Means’ sudah jadi pegangan Pas sekarang ini.

22. Sejak Hadi sebagai Presidennya, lidah PAS tak ubah seperti biawak dan perangai yang ditunjukkan tak ubah seperti seekor SESUMPAH yang secara sekelip mata boleh berubah warna mengikut keadaan dan keperluan.

23. Kini ALLAH SWT sedang menguji sejauh mana Parti Islam Se Malaysia ( PAS ) itu akan menentukan Perlembagaan negara dan undang - undang Islam seperti yang diperjuangkan selama ini dilaksanakan.

24. Walaupun PAS hanya mempunyai 18 Ahli Parlimen termasuk 3 orang Menteri, namun jika PAS tarik diri atau sokongan mereka, maka Kerajaan pimpinan Muhyiddin AKAN jatuh; PAS TAHU DAN MUHYIDDIN PUN SEDAR keadaan ini maka beliau HARUS hormat dan akur tuntutan PAS.

25. Selain dari doa Covid19 yang diulang tayang oleh stesen TV setiap hari, adalah elok juga jika Muhyiddin berdoa agar PAS tidak tarik 'hand break' atau sokongan kepada beliau.

26. Inilah peluang PAS melaksanakan SEGALA PERINTAH ALLAH SWT seperti yang yang mereka tuntut selama ini; yang ada hanya beberapa ketul daging babi didalam Kabinet sekarang yang tak boleh menjejas kedudukan Muhyiddin ; JANGAN BERI ALASAN DENGAN MENYALAHKAN DAP LAGI.

27. Mulai sekarang PAS BOLEH DAN MESTI METUNTUT kesemua kilang dan kedai menjual arak ditutup, kedai jual tiket judi seperti 4 Ekor, Magnum dan lain - lain TERMASUK kasino Genting diberi notis tutup operasi, semua pramugari kapalterbang seperti yang disuarakan oleh Siti Zailah, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga yang juga Ketua Muslimat PAS Pusat mesti mengikut cara Islam dan RUU 355 TIDAK boleh ditangguhkan lagi, apatah lagi Menteri Undang - Undang dan Hal Ehwal Parlimen ialah Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS.

28. PISAU KINI DI TANGAN ANDA!!

29. Jika pemimpin - pemimpin PAS masih berdolak dalik dengan berbagai alasan bagi melewat - lewat atau tidak mahu melaksanakan HUKUM ALLAH SWT ini, tunggulah hukumannya pada Pilihanraya Umum ke15 akan datang.

30. JIKA ALLAH SWT BOLEH MENGGONCANG DUNIA DENGAN CORONAVIRUS ATAU COVID19, KUMAN YANG TAK BOLEH DILIHAT, ALLAH SWT JUGA BOLEH MENGHAPUSKAN PAS JIKA MEREKA ENGKAR MELAKSANAKAN PERINTAH NYA.

Wassalam
Terima Kasih.

R A S U A H

R   A   S   U    A   H REFORMASI REFORMATI Tamrin  Tun  Ghafar   Rabu - 14/02/24 ( 1 - 17 ) 1.   Kali  pertama  Dewan PWTC  tiba - tiba  sen...