Friday 17 July 2020

TANGISAN DALAM SENYUMAN - NORMA BARU?

TANGISAN DALAM SENYUMAN - NORMA BARU?

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat - 17/07/2020
( 1 - 28 )


1. Bagi mereka yang mungkin terlupa atau tidak pasti, kesemua Negara Komanwel iaitu Negara yang pernah dijajah dan di perintah British seperti Negara kita MENGAMALKAN Sistem Parlimen ala Wesminster, Great Britain.

2. Pengaruh Penjajah British begitu tebal sehingga Sultan Sir Ibrahim, moyang Sultan Johor sekarang MAHUKAN Persekutuan Tanah Melayu ketika itu TERUS dijajah dan diperintah oleh British; lihat sahaja pakaian rasmi mereka yang ala Barat sehingga kini, ia TIDAK LANGSUNG mencerminkan pakaian tradisi Melayu seperti Sultan-Sultan yang lain.

3. Dek sebab 'Sistem Parlimen Wesminster' inilah UMNO pernah diserang, dikutuk dan yang dahsyat sekali diKAFIRKAN oleh PAS menerusi ucapan berapi Hadi pada 7hb April 1981 di Kampong Bonggol Paradong , Kuala Terengganu.

4. Bermula dari AMANAT HADI AWANG itulah, PAS mula terjerumus dengan sikap BERDOLAK DALIK dan BERBOHONG seolah - olah mereka tidak pernah melakukan sebarang kesilapan atau kesalahan; justeru sehingga saat ini Hadi tidak pernah menarik balik tuduhan liar dan jahatnya terhadap UMNO apatah lagi meminta maaf secara terbuka.

5. Mereka terus MENIKUS dengan harapan UMNO akan terlupa atau melupakan atau memaafkan saja PAS terhadap AMANAT tersebut.

6. Perangai mereka tak ubah seperti

'Burung Kasawari
Menyembunyikan 
Kepala Dalam 
Tanah'.

7. PAS khususnya pemimpin - pemimpin mereka terus memperalat Agama bagi mendapat sokongan dan menguatkan kedudukan.

8. Jubah dan Serban mereka adalah 'perisai' terbaik bagi menonjolkan imaj kealiman yang boleh dipercayai; sesiapa saja Ahli yang tidak sehaluan atau berani mempersoalkan tindak tanduk pemimpin, akan di serang dan dikutuk habis - habisan.

9. Sejak 'berjinak dan berfoya' dengan musuh tradisi mereka, UMNO apatah lagi kini berada didalam KERAJAAN PINTU BELAKANG atau bak kata Hadi KERAJAAN TEBUK ATAP , isu Menjadikan Malaysia Negara Islam , Penyalahangunaan Kuasa dan Rasuah, Hudud dan RUU355 , LGBT, Pesta Arak Oktoberfest dan Seruan Penutupan Kilang - Kilang Arak dan Kedai - Kedai Menjual Arak dan Judi TERMASUK Kasino Genting Highland TIDAK LAGI MERUPAKAN AGENDA PERJUANGAN PAS - mulut mereka TERKUNCI seolah - olah sudah disumbat dengan 'dedak' oleh UMNO dan Muhyiddin.

10. Satu lagi contoh , apabila Presiden MCA sebuah parti komponan BN yang HANYA MEMPUNYAI 2 orang MP dan seorang SAJA wakil dalam Kabinet memberi amaran agar isu menjadikan Negara ini sebagai Negara Islam TIDAK DIBANGKITKAN LAGI , PAS yang mempunyai 18 Ahli Parlimen dan 3 orang Menteri tiba - tiba sahaja LIDAH MEREKA TERKELU TIDAK BERKATA - KATA - bak kata anak - anak muda zaman sekarang , mereka KECUT dan TIDAK ADA 'TELOQ'; begitu juga mereka langsung tak bersuara apabila Kerajaan PN dengan senang hati memberi sumbangan RM58 juta kepada Universiti Tunku Abdul Rahman kepunyaan MCA.

11. Asalkan dapat jawatan dan boleh mengekalkannya dan mendapat imbuhan lumayan , pemimpin - pemimpin mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk MENJILAT LUDAH DAN KAHAK MEREKA SENDIRI.

12. Oleh kerana TAKUT tidak dapat cium pintu Syurga, Ahli - Ahli PAS TERPAKSA TERUS MEMUJA , MEMUJI , dan TIDAK BERANI menyoal apatah lagi mengkritik pemimpin mereka yang digambarkan sebagai Ulamak Perwaris Nabi yang Suci dan Maksum.

13. Tidak keterlaluan apabila satu ketika dahulu Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu menyifatkan PAS sebagai Parti Amalan Sesat dan kini ada pula yang melabelkan PAS, Parti Angkut Sampah.

14. 'Sudah Terang 
Lagi Bersuluh'

apabila pada hari Isnin 13hb Julai 2020 lepas kesemua 18 Ahli Parlimen PAS menyokong pemecatan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff dari jawatan Speaker Dewan Rakyat.

15. Salah seorang 'lebai' PAS cuba menunjukkan 'kepintaran' menyokong tindakan tersebut dan menyokong Speaker baru.

16. Sudahkah Hadi dan 17 Ahli Parlimen PAS MENGKAJI terlebih dahulu 'manusia' yang disokong sebagai Speaker sedangkan PENDIRIAN Azhar terlalu jelas BERTENTANGAN dengan Dasar PAS dan Islam, atau demi kepentingan diri dan jawatan mereka TIDAK PEDULI itu semua (sila lihat klip video Azhar Harun)

17. Mengikut Tan Sri Ariff penyingkiran beliau TANPA SEBAB TERTENTU ATAU TANPA ALASAN LOGIK sebagai Speaker TIDAK PERNAH BERLAKU sejak 'Sistem Parlimen ala Wesminster' itu diperkenalkan 800 tahun dahulu.

18. Pemecatan Speaker hanya berlaku sekali sahaja dalam sejarah apabila dalam tahun 1990 Speaker Dewan Rakyat Trinidad di dapati melakukan rasuah.

19. Dari segi CONVENTION atau AMALAN yang digunapakai pemecatan atau pengisian Speaker Dewan dilakukan atas sebab - sebab berikut :

i. Mati

ii. Berhenti

iii. Gila 

iv. Melanggar 
undang - undang 
seperti rasuah.

20. Kerajaan BERHAK menukar Speaker ASALKAN ianya BERPANDU kepada Aturan dan Peraturan Mesyuarat Parlimen.

21. Difahamkan perlantikan Azhar sebagai Speaker baru TIDAK mengikut Aturan dan Peraturan Mesyuarat.

22. Oleh kerana perkara ini TERLALU PENTING dan SERIUS maka dicadangkan Ahli - Ahli Parlimen yang TIDAK BERSETUJU mendapatkan PERINTAH MAHKAMAH sama ada perlantikan itu menepati kehendak Aturan dan Peraturan Mesyuarat Parlimen.

23. Walaupun 'menang' namun keputusan pengundian tersebut 111 dari 222 dengan 2 berkecuali dan Pembangkang pula mendapat 109, yang sebenarnya 'kemenangan' yang AMAT MEMALUKAN kepada Muhyiddin.

24. Lazimnya seseorang Perdana Menteri selepas 4 bulan berkuasa dan ditokok pula dengan 72 orang yang dilantik sebagai Menteri, Timbalan dan hampir kesemua Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan Pas dilantik sebagai Pengerusi GLC dengan imbuhan yang lumayan sepatutnya jumlah sokongan bertambah BUKAN berkurangan.

25. ‘Kemenangan' yang didapati itu sebenarnya ia lebih kepada 'TANGISAN DALAM SENYUMAN'.

26. Berdasarkan kepada sokongan yang AMAT TIPIS SEKALI yang beliau perolehi mungkin LEBIH SEMPURNA jika Yang Di Pertuan Agong MENGKAJI SEMULA sama ada Baginda telah dipersembahkan oleh Muhyiddin jumlah sokongan yang sebenar atau sebaliknya.

27. Dalam situasi begini ditambah pula KESIHATAN yang tak begitu baik, Muhyiddin HANYA ada 2 pilihan :

i. Tingkatkan berdoa agar dipanjangkan umur dan dipulihkan penyakit BARAH yang sedang dialami, atau 

ii. Berundur dengan cara TERHORMAT; lagi pun hajat dan cita - cita beliau selama ini untuk menjadi Perdana Menteri sudah pun tertulis dalam sejarah; ini adalah NORMA BARU atau NEW NORMAL yang selalu disebut - JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

28. PISAU DI TANGAN ANDA , LAKUKAN YANG TERBAIK SEBELUM NASI MENJADI BUBUR.

Wassalam
Terima Kasih.

Monday 6 July 2020

PILIHAN TERAKHIR

PILIHAN TERAKHIR

Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 07/07/2020
( 1 - 22 )


1. Beberapa hari lepas saya telah mengirim kepada beberapa orang kenalan pandangan ringkas saya berkaitan isu politik semasa:

"No one is perfect. So the best way is to go for Emergency Rule and get rid of ALL those politicians be it from PH or PN. The rakyat is so tired and fedup with those people on top squabbling for positions - NOT for the poor rakyat"

TERJEMAHAN

"Tidak seorang pun yang sempurna. Maka jalan yang terbaik ialah melalui Pemerintahan Darurat dan membersihkan Negara dari ahli - ahli politik sama ada dari PH atau pun dari PN. Rakyat merasa penat dan benci dengan apa yang dilakukan oleh mereka di atas sana yang hanya berebut jawatan - BUKAN untuk rakyat.”

2. Reaksi yang diterima hampir kesemua mereka bersetuju dengan pandangan tersebut.

3. Lagi pun HANYA dengan cara ini sahaja anak - anak muda boleh dilatih dan diberi peluang memimpin negara; ini kerana sistem politik hari ini TIDAK menggalakkan anak - anak muda terutama yang berpelajaran tinggi mendapat tempat yang diperlukan.

4. Sama ada bersetuju atau tidak ini adalah pandangan ikhlas saya yang muak melihat telatah mereka yang diberi kepercayaan dan diharapkan oleh rakyat bawahan.

5. Pemimpin dan pengampu / penyokong mereka hari ini HANYA BERLAKON seolah - olah merekalah orang yang berjuang untuk rakyat tetapi satelah diberi peluang, mereka mula mengatur langkah mengkayakan diri , keluarga dan juak - juaknya; rakyat TERPAKSA MENUNGGU sekian lama bagi berjumpa dengan mereka yang telah diberi kepercayaan; ada yang bernasib baik dapat jumpa dan ada pula yang TERPAKSA TUNGGU Pilihanraya sekali lagi apabila 'pemimpin' tersebut datang sehingga ke dapur bagi menagih undi dan memberi sedikit bantuan berupa wang ringgit.

6. YANG PATUT DIPERSALAHKAN IALAH PENGUNDI ITU SENDIRI KERANA MEREKA BOLEH DENGAN SENANG DIPERDAYA DENGAN JANJI - JANJI MANIS.

7. Amalan salahguna kuasa dan rasuah sudah menjadi makanan dan darah daging mereka yang telah diberi amanah,

8. Dari Perdana Menteri hinggalah budak pejabat amalan tak bermaruah dan jijik ini bagaikan :

'Irama Dan Lagu
Yang Tak Boleh Dipisahkan’ 


9. Ayat - Ayat Al-Quran dan Hadith pula ditafsir begitu mudah mengikut selera dan keperluan mereka; yang dulu diharamkan, kini dihalalkan begitu juga yang pernah dipuji dan disanjung kini diharamkan.

10. Pengikut - pengikut Parti Angkut Sampah ini pula terlalu percaya dan taksub seolah - olah pemimpin mereka adalah Perwaris Nabi yang maksum; tidak boleh menyoal apatah lagi mengkritik jika mahukan ke Syurga.

11. Rasuah bukan sahaja dilakukan oleh orang politik , malah ia turut di lakukan oleh sebahagian Pegawai dan Kakitangan Kerajaan sehingga sanggup menjadi PENGKHIANAT NEGARA.

12. Ini semua berlaku kerana bak kata pepatah :

'Ikan Busuk
Bermula
Dari Kepala'

13. Rampasan Kuasa dilakukan semata - mata bagi memenuhi nafsu; suara dan dan hak rakyat TIDAK LAGI DIPEDULI, DIHORMATI DAN DIAMBIL KIRA.

14. Alasan yang didendangkan kepada rakyat khususnya orang Melayu ialah KONONNYA bagi menjamin kuasa Melayu daripada dikuasai oleh DAP.

15. Sebenarnya mereka tahu dan sedar bahawa DAP hanya mempunyai 42 Kerusi Parlimen dari 43 Kerusi yang mereka bertanding dari jumlah 222 Kerusi dan DAP pula HANYA menentang calun - calun MCA dan Gerakan sahaja, BUKAN calun Melayu UMNO dan PAS.

16. Yang sedihnya ramai orang Melayu termakan dengan DAKYAH dan FITNAH yang SENGAJA DICIPTA oleh UMNO dan PAS kononya DAP akan menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu , Bahasa, Agama Islam dan Raja - Raja Melayu.

17. " Bangsa Sendiri Yang Mencuri Hak Bangsanya Tapi Dia Akan Tuduh Bangsa Lain Supaya Dia Bebas Mencuri

Negara Akan Pasti Hancur Kerana Adanya para PENGKHIANAT Bangsa Sendiri

- itulah pesan Bung Karno atau Soekarno , Presiden Indonesia kepada rakyatnya sekitar tahun 1955

18. Perkara diatas sebenarnya telah TERMAKTUB / TERTANAM DIDALAM PERLEMBAGAAN; ia TIDAK BOLEH DIPINDA APATAH LAGI DIHAPUS oleh sesiapa pun apatah pula DAP yang hanya miliki 42 Kerusi; walau 100 Kerusi sekali pun.

19. Tidak dinafikan ada segilintir masyarakat Cina dan bukan Islam yang kebetulan Ahli DAP yang terus menyalak namun mereka ini tak ubah seperti : 

'Anjing Menyalak
Bukit'

20. Apa bangsa sekalipun sama ada orang Cina , India mahu pun Melayu pasti terdapat beberapa orang 'extrimis' di kalangan mereka yang menyakiti perasaan bangsa lain.

21. Keadaan Negara kini TERLALU BERCELARU ( confused state ) disebabkan 'mainan politik melampau' oleh pemain - pemain politik yang mementingkan diri; rakyat menderita dan ramai pula yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu ekoran COVID 19, maka PILIHAN TERAKHIR DAN TERBAIK ialah Yang DiPertuan Agong hendaklah MENGGANTUNG PARLIMEN dan MELANTIK seorang Ketua Pentadbir yang difikirkan sesuai.

22. SEMOGA KITA TIDAK KESAL APABILA NASI SUDAH JADI BUBUR.

Wassalam
Terima Kasih.

R A S U A H

R   A   S   U    A   H REFORMASI REFORMATI Tamrin  Tun  Ghafar   Rabu - 14/02/24 ( 1 - 17 ) 1.   Kali  pertama  Dewan PWTC  tiba - tiba  sen...