Sunday 26 December 2021

HARAM JADAH - AKHIR NYA RAKYAT JUGA YANG DI PERSALAHKAN

HARAM  JADAH -  AKHIR NYA  RAKYAT  JUGA YANG  DI PERSALAHKAN 

Tamrin Tun Ghafar 

Ahad - 26/12/2021

( 1 -  23 )


1.   Pemimpin yang mabuk kuasa tapi rakyat yang salah 

2.   Pemimpin yang menyalah guna kuasa dan rasuah  tapi rakyat yang salah 

3.   Pemimpin yang rompak harta negara tapi rakyat yang salah 

4.  Pemimpin yang bergembira bercuti disana sini ,  dan rakyat yang mengharungi banjir tapi rakyat yang bersalah 

5.  Pemimpin yang RAMPAS  KUASA tapi rakyat juga yang salah 

6.  RAKYAT  TAK  SALAH  TAPI AKHIRNYA  RAKYAT  TETAP  SALAH 

7.  Yang tak salah ialah pemimpin kerana mereka ini mungkin Malaikat atau Nabi yang MAKSUM
 
8.  Perkataan HARAM JADAH  memang  kasar  tapi rakyat masih ingat bagaimana   Najib Tun Razak di Temerloh , Pahang MEMAKI  HAMUN mereka yang tidak bersetuju dengan cadangan Pengapungan Felda Global  Ventures atau FGV 

9.   Dari awal MALAPETAKA yang melanda sebahagian negara kita , TIDAK ADA  sebarang kerjasama atau koordinasi di antara Kerajaan Pusat , Negeri dan Daerah 

10.   Apakah kerana Selangor dan  Negeri Sembilan di Perintah oleh BUKAN  BN atau PN maka sengaja dibiarkan  agar rakyat menderita ? 

11.  Jika diperhatikan ramai pemimpin - pemimpin Pusat terutama yang berjawatan  sama ada  tidak turun padang kerana bercuti atau  HANYA ibarat : 

MELEPAS  BATUK 
DI TANGGA 

12.  Seperti biasa SEMBURIT  menggambil kesempatan  dengan  BERLAKUN dihadapan jurukamera menyapu  seperti yang dilakonkannya  di Masjidil Haram , Mekah  tapi TANPA  kekasihnya Haziq Aziz ,  dan   Zafrul pula nak lakukan  'Operasi Menyelamat'  dengan menggunakan bot yang disediakan oleh  NADMA  namun bot yang dinaikinya penuh dengan Pegawai dan jurukamera - maka sorang mangsa pun tak dapat diselamatkan 

13.  Menteri Rina Haron  TETAP  bergaya dengan kasut tumit tingginya sedangkan Wakil Rakyat Segambut , Hannah Yeoh berkaki ayam , menyenseng lengan  membuat kerja - kerja amal TANPA henti dan  dan TANPA  kira bangsa dan agama  ;  selain itu rupa - rupa nya Rina juga seorang pelakon ; apa tidak nya , dihadapan pegawai - pegawai dan beberapa jurugambar BERPURA - PURA  mencuci namun kebodohan Do Rae Mon ini menyerlah lagi apabila tempat yang 'dicuci' itu sudah pun bersih 

14.   Mahiaddin pula dikhabarkan bercuti di Pangkor Laut , sebuah Resort  mahal kepunyaan YTL sedangkan Anuar Musa pula katanya bersama tauke Cina , Vincent Tan , walaupun beliau 'kondem orang Cina'  di Langkawi ; jika kedua - dua maklumat itu benar , takkan lah pula bak kata pepatah : 

TEMPUA  BERSARANG  RENDAH 

15.  Ismail Sabri SEDANG PANIK; terpaksa berpura - pura  GARANG , memerintah Menteri  -  Menteri yang sedang bercuti balik segera  dan yang belum bertolak batalkan rancangan 

16.  Beberapa persoalan  berkaitan arahan Ismail itu mula berbunyi 
  i.   Mengapa beri kelulusan kemudian arah batal 
  ii.  BERANI  ke beliau  PECAT Menteri - Menteri yang tak ikut arahan tersebut 

17.  Sebenarnya nyawa Ismail ni SERUPA jer seperti PM  Nika Gee  dulu tak ubah seperti  'TALI  YANG  AKAN  PUTUS  BILA - BILA  MASA  SAHAJA' 

18.  Segala - galanya BERMULA  dari  LANGKAH  SHERATON  apabila  Mahiaddin yang dibantu Hamzah Zainudin dan SEMBURIT tergamak TIKAM Tun secara terang - terangan 

19.  Oleh kerana BODOH  DAN  GAGAL , Mahiaddin hanya dapat bertahan selama 17 Bulan sahaja ; maka Ismail Sabri , BERUK BERA , salah seorang Naib Presiden UMNO  diamanahkan  sebagai PM yang baru mulai 20hb Ogos 2021 

20.  Baru 4 Bulan ambil alih jawatan , beliau SENDIRI umum semua Menteri dan beliau sendiri telah berjaya mencapai 90% KPI atau Key Performance  Index atau dalam bahasa Melayu  ialah Indek Prestasi Utama 

21.   Dalam keadaan kelangkabut ini kita  rakyat Malaysia HARUS  tidak lupa jasa Tun Dr. Mahathir yang membina Terowong Laluan Air Bawah Tanah Sungai Besi dan beberapa Kolam Air bagi menampung limpahan air 

22.  Cuba bayangkan jika sekira nya Terowong dan Kolam Air tidak ada ; ini bermakna berkemungkin besar seluruh  Kuala Lumpur dan jiran  menjadi 'KOLAM RENANG' 

23.   TERIMA  KASIH  TUN - JASA MU TETAP DI KENANG  

Wassalam
Terima Kasih

Wednesday 22 December 2021

PENCETUS UMMAH ATAU PENIPU UMMAH ?

PENCETUS  UMMAH
ATAU  PENIPU  UMMAH  ? 

Tamrin Tun Ghafar 

Ahad - 26/12/21

( 1 -  28 )


1.   Apabila kita bersembang kita boleh bayangkan maksud  PENCETUS  UMMAH  namum sekali lagi saya TERPAKSA   dedahkan  perkara yang mungkin ramai tidak bersetuju  - PENIPU  UMMAH 

2.  Memang kita tidak boleh MENDEDAHKAN  keburukan atau aib sesaorang  secara terbuka  NAMUN  Nabi Besar kita Muhammad SAW didalam satu hadith nya  BERPESAN  kita  PERLU MENEGUR   sebelum nyawa sampai ke kerongkong ; itu perlu dilakukan sama ada dengan pedang , tangan atau pun lisan 

3.   ALLAH  SWT  pula didalam beberapa       Firman Nya  didalam Al Quran  juga MENGINGATKAN kita :  'Rahsiakan perkataan mu  ATAU  nyatakan sahaja.  Sesungguhnya , Dia Maha Mengetahui segala isi hati'  

4.  Hadith Nabawi pula menyuntuh tentang 'Makan Halal Melahirkan Amal Soleh' : 'Wahai Tuhanku , makanannya daripada barang yang haram , minumannya daripada yang haram , pakiannya daripada yang haram dan diberi makan dari yang haram , maka bagaimanakah ALLAH SWT akan memperkenankan doanya ?' 

5.   Rasulullah SAW  juga  MELAKNAT  orang yang rasuah dan melakukan rasuah  ( Hadith Riwayat Abu Daud ) 

6.  Niat saya hanya satu ,  oleh kerana kita orang Melayu  MUDAH  LUPA  maka perlu diulangi dan diingatkan selalu  dari masa kesemasa dengan harapan kita akhirnya TIDAK  akan jadi  bangsa yang mudah ditipu, dijual atau diperdaya oleh SEGALA  JANJI  MANIS  apatah lagi di bekalkan dengan gula - gula  dan  wang ringgit  

7.  'ABAH  SAYANG MELAKA' - ini lah ayat  SEJUK bersama wajah  Mahiaddin yang terpampang dikain - kain rentang  hampir seluruh simpang jalan dan pelusuk Negeri Melaka  baru - baru ini  seolah - olah beliau yang bertanding ! 

8.  Jika SPR  dan SPRM  'bersih dan tulus' , satu siasatan MESTI  di adakan segera  dari mana wang ringgit yang begitu  banyak di curahkan oleh Parti BERSATU  ketika PRN  Melaka 

9.   Beliau kenal ke orang  Melaka ?  Setahu saya dan dari  beberapa kawan rapat  beliau  dia ini ( Mahiaddin ) seorang  makhluk yang  SOMBONG , KEDEKUT , PENDENDAM  DAN  TAK KENAL  ORANG PUN  malah katanya masih ramai penyokong  BERSATU  di Parlimen Pagoh dsn DUN  Bukit Gambir , Johor yang beliau tidak mengenali 

10.   Mereka  sokong kerana title  'Tan Sri' , tak lebih dari itu 

11.  Bagi menutup  segala  keaiban semasa  BERTAHTA  dulu  beliau gunakan saluran TV dan Radio  mengulangi DOA , ini bagi menunjuk dan mencerminkan seolah - olah  beliau ini  BERSIH dan boleh di percayai namun apa yang dilakukan adalah sebalik nya 

12.  Berani saya katakan Mahiaddin ini seorang perompak juga  seperti orang yang di jatuhkannya , Najib Tun Razak 

13.   Alkisah terbaru  ialah projek 5G  yang diberi  Mahiaddin TANPA  mengikut prosedur yang telah ditetapkan  dan diguna pakai oleh Kerajaan 

14..  Beberpa Ahli Parlimen TERMASUK  yang terbaru  yang TIDAK PERNAH  BERLAKU  , Timbalan Menteri Penerangan dan Komunakasi  sendiri TIDAK  PUAS  HATI  dengan  mempersoalkan cara pemberian projek ini yang bernilai RM20 Billion  dilakukan 

15..  Sama ada  Agong  juga ada terima imbuhan dari RM20 Billion ini , Wallahhualam ! 

16.   Sehingga kini dia buat bodoh ;  tidak sepatah pun penafian dari mulut beliau  sendiri ; apakah beliau kena STROKE  sehingga tak boleh berkata apa - apa pun 

17.  Ini style atau cara beliau  dari  sejak MB Johor lagi  - rompak , samun dan buat bodoh  dengan harapan  orang Melayu terutamanya akan kata ini semua FITNAH  nak jatuhkan beliau 

18.   Selain kes Nika Gee  saya juga CABAR  beliau  bawa saya ke Mahkamah dalam kes 5G ini -  ADA  BERANI  ?? 

19.   Cabaran ini akan saya terus lontarkan kepada beliau  selagi beliau BERDIAM DIRI , TAKUT 

20.  Negara  tak perlu makhluk perosak dan berpura - pura  seperti  beliau
 
21.   Saya CABAR   agar rakyat khusus nya   Ahli - Ahli Parlimen dan Senat  beramai - ramai  TUNTUT   PENJELASAN   dari beliau  seperti yang dilakukan oleh Zaidi , Timbalan Menteri Penerangan dan Komunakasi 

22..   Kepada  ahli - ahli  Parti  BERSATU  jangan tunggu   lama - lama  BERTINDAK! ; LEBIH BAIK  TINGGAL KAN SAHAJA  BELIAU  ATAU  JAWAB  DI AKHIRAT KELAK 

23.  PERCAYA  MAHIADDIN  atau PERCAYA  ALLAH SWT atau TAKUT  MAHIADDIN  atau TAKUT  ALLAH SWT 

24.  Mungkin  kita dah lupa kata - kata beliau menjelang  PRU 14 ; 
"PAS  adalah  Parti  Amalan Sesat  ;  Sesiapa  Ikut  Mereka  Pasti AKAN  Sesat" - kini BERSATU ikut PAS  melalui PN, jadi apa maknanya  - SESAT  ATAU  TIDAK !! 

25.  Surah Ibrahim 

       Juzuk 13
       Ayat 21 

'Dan mereka semua ( di Padang Mahsyar ) berkumpul untuk menghadap ke hadrat  ALLAH,  lalu orang yang lemah berkata  kepada orang yang sombong , "Sesungguh nya kami dahulu adalah pengikut - pengikut mu , maka dapatkah kamu menghindarkan  kami daripada azab ALLAH  ( walaupun )  sedikit sahaja ?"
Mereka menjawab , "Sekiranya  ALLAH memberi petunjuk kepada kami , nescaya kami dapat memberi petunjuk kepada kamu .  Sama sahaja bagi kita , sama ada kita menggelisah  dan mengeluh  atau bersabar .  Kita tidak  mempunyai tempat untuk melarikan diri" 

26.  Terserah lah kepada Hamzah , SEMBURIT , Peja  dan  Ahli MPT  BERSATU  yang lain  -  ALLAH  beri otak untuk berfikir ; apa yang ada didepan mata hanya mainan dunia sahaja , dan ianya TIDAK  kekal 

27.  Lebih senang hidup begini dari menjadi  KHADAM   beliau  seperti Tosrin Jarvanti , Solehan , Mazlan Bujang dan Dr. Sharuddin Jamal  

28.  AKHIR  SEKALI  MARILAH  KITA  SEMUA  DOAKAN AGAR  OSMAN SAPIAN ,  BEKAS  MB JOHOR  DI PANJANGKAN UMUR  DAN  SEMBUH  SEGERA SEPERTI  SEDIAKALA,  amiin !!


Wassalam
Terima Kasih

Tuesday 21 December 2021

MENTERI TAK SIUMAN RAKYAT TOLONG RAKYAT !!

MENTERI  TAK  SIUMAN
RAKYAT  TOLONG  RAKYAT !! 

Tamrin Tun Ghafar 

Selasa - 21/12/21

( 1 -  25 )


1.  Dibayar gaji RM57,227  sebulan - itu TIDAK  termasuk , kereta , pemandu , ADC  dan pembayaran allowance lain , namun cara pemikiran beliau lansung TIDAK  setimpal  dengan  cara pemikiran beliau 

2.  Sebagai  tokoh Agama dan memandangkan pula jawatan Menteri yang dipegangnya ,  sepatutnya Timbalan Presiden PAS  , Tuan Ibrahim Tuan Man , JIKA punyai  MARUAH  dan sifat TANGGUNG  JAWAB   TIDAK  akan menerima sebarang jawatan  Kabinet pun 

3.  Kenyataan awal beliau  bahawa negara TIDAK  terjejas dengan kesan Taufan Rai berpunca dari Filipins  AMAT BODOH  dan datang nya dari seorang  yang TIDAK  SIUMAN - ia TIDAK boleh diterima oleh rakyat  apatah lagi dimaafkan 

4.  Amat MEMALUKAN , tapi itulah  CETEK Dan BANGANGNYA PEMIKIRAN  Menteri Alam Sekitar Dan Air  berhubung banjir yang melanda kita 

5.  Jika dibandingkan dengan program cuaca  CNN , SEBELUM  ribut taufan  melanda pantai atau daratan Amerika Syarikat  , setiap 30 minit  mereka akan mengikuti pergerakan taufan tersebut  dan MELAPURKAN  kepada umum 

6.  Apakah beliau menggap rakyat  boleh terima kenyataan awal tersebut kerana datang nya dari seorang berjawatan Menteri ? 

7.  Sejak kenyataan tersebut , beliau sudah HILANG  dari radar ; entah kemana ?
 
8.  Ismail  Sabri Yaakub , Perdana  Menteri pula CUBA  MENYELAMATKAN  keadaan dengan mengatakan beliau tidak sangka akibat banjir tersebut yang begitu besar - kenyataan ini  pun rata - rata  orang kampung  menggangap satu kenyataan datangnya  dari seorang Sidang atau Tok Penggawa  

9.   Terkini  kenyataan akhbar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  yang bertanggung jawab terus menjaga NADMA , agensi yang ditubuhkan khas  menjaga bencana alam  

10.  Umum berpendapat  kenyataan Dr. Latip Ahmad ini  BAGHAL , BODOH  dan tidak mustahil terminum  air ketum berlebehan 

11.  Kita salut sekumpulan tentera  yang sanggup membantu mereka yang terjejas WALAUPUN  tidak dapat persetujuan Menteri  BAGHAL  ini dan NADMA 

12.  Alasan yang diberi ialah kos menyelamat  dan membiayai banjir yang melanda negara terlalu besar , TAPI  belanja projek 5G   sebanyak hampir RM 20 billion yang dilakukan Mahiaddin  TANPA SEBARANG  tender dan mengikuti prosedur Kerajaan  ADA PULA wang nya 

13.   Jika Pilihanraya  pandai pula mencari dan merayu dari pengundi - pengundi  , janji itu dan ini  TAPI  bencana alam  budak sekolah pun boleh buat kenyataan lebih baik 

14.  Apakah peti TV  beliau rosak  sehingga  tidak tahu apa yang sedang berlaku 

15.   Zafrul ,  Menteri Kewangan pula  'BERLAKUN'  kononnya nak buat operasi menyalamat tapi bot yang dinaiki itu penuh dengan pegawai - dimana lah letaknya akal beliau ini 

16.  Kelayakan menerima bantuan RM1000 /- yang diumumkan oleh Ismail Sabri semalam AMAT  mengecewakan apabila Menteri Noh Omar atau lebih dikenali dengan panggilan 'Noh Udang'  mana - mana  Dewan tak berdaftar maka mangsa  bajir TAK BOLEH  terima bantuan  tersebut ; dah lah gelaran Noh  Udang ; agaknya dalam keadaan rakyat tertekan dimana letak nya otak beliau 

17.  Sebenarnya bak kata pepatah : 

IKAN ITU  BUSUK
DARI  KEPALA 

Oleh kerana Perdana Menteri itu  DUNGGU  DAN  BAGHAL  maka seluruh badan sehingga ekor pun rosak juga 

18.  LANGSUNG  tidak ada sebarang  keordinasi antara Kerajaan Pusat dan Negeri , apatah lagi Daerah 

19.  Inilah  AKIBAT  yang bermula  dari LANGKAH  SHERATON 

20. Jalan selamat bagi Ismail Sabri , JIKA BERMARUAH DAN  TIDAK  MEMENTINGKAN DIRI  ialah MELETAK  JAWATAN  Perdana Menteri dan di ikuti oleh barisan Menteri  yang lain 

21. Saya pernah kata Mahiaddin BODOH  dan GAGAL  namun apa yang jelas TERBUKTI  beliau ini bijak sedikit dari Perdana Menteri sekarang 

22. PEDULI APA DENGAN  RAKYAT !! ,  RAKYAT  TIDAK  PENTING , YANG PENTING  IALAH  NYAWA  MENANTU  BELIAU  MISTI  DI SELAMATKAN DAHULU 

23.  Mungkin Ismail  dan Kabinet dah buat bancian jumlah mereka yang layak dan cara mana nak dapatkan bantuan RM1,000.00 yang di umumkan   SEDANGKAN  duit bantuan pemandu taksi sebanyak RM500 /- yang diumumkan Mahiaddin dulu  sehingga sekarang pun tinggal janji sahaja 

24. JIKA  RAKYAT  MASIH  SOKONG  MEREKA , MEMANG PATUT PUN DI JUAL HIDUP - HIDUP 

25. RAKYAT  TOLONG  RAKYAT  bukan  KERAJAAN  TOLONG  RAKYAT 

Wassalam
Terima Kasih

Saturday 11 December 2021

R E S E T M A L A Y S I A

R   E   S   E  T
MALAYSIA 

Tamrin Tun Ghafar 

Ahad - 12/12/21

( 1 -  23 )


1.   Setelah  menghadiri pelancaran memorandum  persefahaman antara beberapa NGO  dan  RESET  Malaysia  oleh Tun Dr. Mahathir  pada hari Sabtu 20hb Nobember 2021 saya nampak masih ramai lagi masyarakat  Melayu  yang BERJIWA  BESAR 

2.   Saya tertanya - tanya  apa sudah jadi kepada  BANGSA  MELAYU yang pernah  dihormati dan dipandang tinggi  kini  sanggup  jadi BANGSA  MELAYU YANG  TIDAK  LAGI  MALU , DAN  BANGSAT? 

3.   Kini sebut sahaja , RASUAH , PEMYELEWANGAN KUASA  semuanya  berada dalam darah daging  majoriti  BANGSA  MELAYU  

4.   Mereka  tidak tinggal mengerjakan Solat  dan berdoa  selalu, ada  yang memakai kopiah dan wangi - wangian dan ada yang  berjubah dan berserban dan berjanggut  konon nya mengikut Sunnah  Nabi namun  lupa atau  tidak peduli langsung  AMANAH  yang  diberi  ALLAH  SWT apabila kemewahan dan kedudukan dunia di utamakan ; sedangkan kita tahu harta , keluarga , anak - anak dan cucu  cicit  HANYA  BERSIFAT  SEMENTARA  SAHAJA ! 

5.   Mereka  hilang pedoman , hilang malu  seolah - olah amalan rasuah itu adalah perbuatan yang  DI IZINKAN  jestru  segala hasil kekayaan , kemewahan dan makan minum keluarga dan cucu cicit, pada mereka adalah HALAL 

6.  Yang  PENTING   ialah  kekayaan sehingga  sanggup  berlumba - lumba MENAYANG  rumah siapa yang lebih besar dan indah , kereta mewah dan  emas dan berlian dan bercuti  atau sebok bermain golf diluar negara samada bersama keluarga  atau perempuan simpanan 

7.   Hukuman dunia  tidak lagi  menjadi ketakutan  kerana  sebahagian besar pelaksana  undang - undang  seperti  SPRM  dan  Polis  pun  'MAKAN' juga 

8.   Sepatutnya  selepas  64 tahun MERDEKA , dan  berbagai  Dasar dan  Badan  seperti Bank , Perbadanan itu dan ini diujudkan dan berbagai  bantuan kewangan diberi ,  BANGSA  MELAYU  hari ini sepatut nya  tidak lagi MEREMPAT  dan menjadi  BANGSA  BANGSAT yang masih  mengaku 'AKU LAH TUAN' , dan orang Cina  pula menjadi 'TARGET'  atau 'SASARAN' 

9.    Mereka  mengagung - agungkan  orang yang telah di HUKUM  BERSALAH  ; ada yang sanggup mencium tangan banduan yang merompak  harta negara , dan  ada yang  sanggup menjual diri   HANYA  mendapat upah tak sebanyak mana pun ;  apakah  ini sudah menjadi  SIFAT  SEMULA JADI  ORANG  MELAYU  YANG  SANGGUP  MENGADAI  DIRI ?  TAK  TAHU  MALU   , DAN  TAK  ADA MARUAH  DIRI ? 

10.  Sebut sahaja rasuah , Malaysia kini berbangga kerana akhirnya  MENGATASI   Indonesia yang satu ketika dulu dikenali dengan amalan rasuah nya 

11.   KINI  KITA  ORANG  MELAYU  SUDAH   PUN MENJADI  BAHAN  EJEKAN  DAN  DI PANDANG  HINA  OLEH MASYARAKAT  DALAMAN  DAN  ANTARABANGSA 

12.  Umpama gerabak , Negara sudah terbabas dari landasan , justeru PEMULIHAN  besar - besaran  MISTI dilakukan SEGERA melalui apa yang dinamakan  RESET  MALAYSIA 

13.   RESET   MALAYSIA  adalah  cetusan  pemikiran asal  atau  original idea  Timbalan  Presiden  Parti  PEJUANG  Malaysia , Marzuki Yahya 

14.   Sejak penubuhan resmi RESET MALAYSIA , beberapa NGO  mula mendatanginya ,  malah  adik  BANDUAN PERTAMA NEGARA , NAZIR Tun Razak  mencadangkan  penubuhan  RESET  yang dinamakan RESET  NASIONAL   

15.   Rakyat MULA  SEDAR   betapa serius dan  pentingnya  di SEGERAKAN  meletakan  semula  negara  dilandasan asal  jika sekiranya TIDAK  MAHU  terus  melihat kehancuran yang dilakukan oleh mereka yang TIDAK PERCAYA kepada SEGALA  JANJI  ALLAH  SWT 

16.  Mereka cuba menyenbunyikan fakta malah menafikan SEGALA  NAJIS  yang dilakukan semasa BERKUASA sedangkan ALLAH  SWT  TAHU  sekecil - kecil hama yang dilakukan 

17.  JIKA Jepun dan  Germany  boleh  bangkit semula  dari  kehancuran  akibat Perang Dunia maka alangkan baiknya  SEMUA  NGO  BERSATU  HATI dibawah satu bumbung ,  R E S E T  MALAYSIA membangunkan  semula Negara 

18.  KETEPIKAN kepentingan diri , sifat dendam dan kebencian terhadap Tun Dr Mahathir  yang hanya mahu membantu memulihkan  negara  seperti dulukala apabila  kita pernah dihormati dan di pandang tinggi sehingga digelar  The Asian Tiger 

19.  Pada usia 96 tahun ini dan  BANYAK  BERPENGALAMAN beliau  HANYA   MAHU   MEMBANTU   MEMBANGUNKAN  SEMULA  NEGARA - terserahlah kepada umum  menerima  atau  menolak nya 

20.  Selagi kita orang Melayu punyai SIFAT  BENCI , DENDAM  DAN  TAK  PERCAYA  orang itu dan ini , maka selagi itulah  kita akan terus berada  di bawah 

21.   SIAPA  LAGI  JIKA  BUKAN  TUN 
        R E S E T 

22.  Jika masing - masing  termasuk  perompak dan penyamun  dan mereka yang melakukan hubungan seks luar tabaii percaya boleh  mengetuai pemerintahan negara  maka TUNGGULAH  BALA  yang jauh lebih besar dari ALLAH  SWT  menimpa  negara 

23.  JANJI  ALLAH  ADA  LAH BENAR

Wassalam
Terima Kasih

Wednesday 8 December 2021

'MAKAN SUMPAH' ?

'MAKAN  SUMPAH'  ? 

Tamrin Tun Ghafar 

Rabu - 08/12/2021

( 1 - 15 )


1.    Hari ini , 20hb Disember  2019  iaitu hampir 2 tahun  Najib  MELAFAZKAN   SUMPAH  LAKNAT   di Masjid Kampung Baru , Kuala Lumpur  BERHUBUNG  kes SRC 

2.    Najib bukan sahaja BERBOHONG dengan cuba  menyakinkan umum  TAPI  yang Maha Penting  BERBOHONG   kepada ALLAH  Maha Pencipta  dan Maha Menghatahui segala - gala nya 

3.    Hari ini 3 Hakim Mahkamah  Rayuan  sebulat suara mendapati  MOHD.  NAJIB  TUN  HAJI   ABDUL  RAZAK   bersalah  -  menggunakan wang tabung KWSP   sebanyak  RM42  juta  untuk  kepentingan dan kegunaan diri sendiri  dan isteri , Rosmah Mansor 

4.    Najib ketika itu TAHU ;  beliau sebagai Perdana Menteri , Menteri Kewangan  DAN   Penasihat  Agung  SRC  telah  MENYAKINKAN   Jemaah Menteri  tentang wang 'PINJIMAN'  SRC  tersebut 

5.    Kini Najib sudah kalah.  Satu di Mahkamah Tinggi  dan satu lagi di Makhmah Rayuan 

6.    Najib punyai satu lagi peluang , iaitu  menyakinkan  Mahkamah  Persekutuan
 
7.    JIKA   menang Najib akan dibebaskan  tapi jika kalah beliau PASTI  berangkat ke Penjara Sungai Buluh  untuk sekian lama 

8.    Umum juga  sedang menungggu 2 lagi keputusan , kes  Rosmah Mansor di Sarawak   dan kes  Yayasan  Akal Budi ,  kepunyaan Presiden Parti UMNO  Malaysia , Zahid Hamidi 

9.    Mereka  menghadapi  kes salahguna kuasa dan  RASUAH  

10.   Jika kalah juga  mereka akan MERENGOK dimana - mana penjara yang sesuai 

11.    Selalu saya berkata , jika TIDAK  MEROMPAK   bukan  UMNO  nama nya ! 

12.   Hari ini  Rabu 8hb Disember 2021  MUNGKIN  tidak ada lagi gelak gempita diruang tetamu rumah Najib di Pavilion , Kuala Lumpur 

13.    Maseh ingat kah kita apa berlaku  pada hari Rabu 9hb Mei 2018  dahulu ? 

14.  Rosmah Mansor  boleh lah cari BOMOH  baru  samada  dari India mahupun dari Indonesia 

15.    MALU  APA  BOSSKU 😭😭😭 


Wassalam
Terima Kasih

Sunday 21 November 2021

PICIT BUTANG ATAU PICIT ......

PICIT   BUTANG   ATAU   PICIT ..... 

Tamrin Tun Ghafar 

Isnin - 22/11/21
( 1 -  19 )


1.   Rakyat khasnya pengundi - pengundi Melaka telah pun buat keputusan 

2.  Ini adalah  amalan demokrasi    YANG MISTI  DI HORMATI  oleh semua 

3.  Kepada UMNO / BN  yang menang 21  Kerusi dari jumalah 28 yang dipertandingkan , diharap  selepas ini cerita pasir dan rompakan lain tidak akan diulangi lagi 

4.  Jangan pula mereka yang memenangkan  UMNO/ BN selepas ini bising jika sekiranya Melaka yang kecil dan bersejarah diperintah oleh orang seperti Laksamana Cheng Ho 

5.    Apa yang berlaku di Melaka 2 hari lepas MEMBUKTIKAN   rakyat  Melaka  TIDAK  TERMAKAN  UMPAN  yang ditaburkan oleh  Mahiaddin , Hadi dan Anwar 

6.  Jika ada rungutan kononya UMNO/BN  tabur janji dan duit , apakah  Anwar , Hadi dan Mahiaddin  Malaikat yang BERSIH dari segala gejala 

7.   Keputusan PRN Melaka  juga MEMBUKTIKAN bahawa orang Melaka  TIDAK  BERMINAT   dengan  janji - janji manis mereka  terutama kain rentang  Parti BERSATU  yang terdapat di merata tempat dengan wajah Mahiaddin berserta  tulisan 'Abah Sayang Melaka' 

8.   Sebenarnya  PAS  mungkin dapat sekurang - kurang  2 Kerusi  jika sekiranya Parti Amalan Sesat itu TIDAK  bergabung dengan  Parti Abah Cow  atau  Parti Bapak Lembu 

9.  Samada PAS  masih yakin dan  SANGGUP TERUS meninggalkan  simbol dan bendera nya sendiri semata - mata cinta dan kasih sayang nya terhadap  BERSATU sama - samalah kita tunggu dan lihat 

10.   Kini rakyat tak sabar  MENUNGGU  apakah Mahiaddin yang sudah  hilang teluq  BERANI 'press the button' ekoron cabaran Sharir Samad agar BERSATU  yang punyai 11 orang Wakil Rakyat di Dewan Negeri Johor menarik sokongan mereka ATAU  hanya berani picit 'bola sendiri' 

11.  Setakat sembang kari boleh lah tapi saya berpendapat elok Mahiaddin MENGUNDUR  DIRI  atau  LETAK   JAWATAN   Parti BERSATU  dan berehat dengan isteri ,  anak - anak  dan cucu , lagi pun  bolehlah  beliau tumpukan masa mengubati penyakit barah yang beliau hadapi 

12.   Kepada  pengampu - pengampu Mahiaddin dalam BERSATU TINGGALKAN lah WASIAT  dan pilih lah  tanah perkuburan mana yang mereka mahu dikebumikan ; begitu juga dengan pengampu - pengampu Hadi dalam PAS 

13.   Keputusan PRN  Melaka juga  MEMBUKTIKAN  sengat Anwar  TIDAK  sebisa seperti dahulu  lagi  justeru AMANAH  dan  DAP  fikirlah yang terbaik untuk masa depan  mereka  MELAINKAN  'To Swim Or To Sink Togather' 

14.  RAKYAT DAN  DUNIA  MENANTI  APAKAH  WAYANG   YANG  AKAN  DI PERTONTONKAN 

15.  Tahniah dan Syabas  kepada semua yang telah mendapat kemenangan 

16.   Selepas ini BOLEH LAH  Zahid  yang baru kembali ke Tanahair dari rawatan tengkok di Germany  MELAKSANAKAN  JANJI  beliau MELANTIK  beberapa orang sebagai  Ahli Dewan Negeri Melaka 

17.   Bolehlah Hadi dan  pemimpin - pemimpin PAS  lain  mengeluarkan   'Dalil atau Fatwa' baru berikutan pemberian 'telur busuk'  kepada mereka di sana 

18.   Pembangkang PERLU  bersatu BUKAN  BERCAKARAN  sesama sendiri ;  pemimpin mereka menggunakan PRN Melaka bagi  menunjukan Parti siapa yang boleh kehadapan ; TERBUKTI  SUDAH  hanya  kepimpinan  Tun  sahaja  yang MAMPU  mengalahkan UMNO/BN 

19.  TERBUKTI  SUDAH  HANYA  KEPIMPINAN  TUN  SAHAJA  YANG  MAMPU MENGALAHKAN  UMNO / BN


Wassalam
Terima Kasih

Monday 15 November 2021

SAH MAHIADDIN DAH SESAT

SAH  MAHIADDIN  DAH  SESAT 

Tamrin Tun Ghafar 

Selasa - 16/11/2021
( 1 -  28 )


1.   Sekian lama Mahiaddin TIPU   rakyat Malaysia khususnya rakyat Johor dengan memakai nama Muhyiddin Yassin  sedangkan NAMA  SEBENAR  BELIAU   ialah  Mahiaddin Md. Yasin 

2.  Kalau dah nama sendiri pun  beliau  SANGGUP  TIPU  , inikan pula perkara lain 

3.  Kita tidak pasti tujuan sebenar mengapa PENIPUAN  itu dilakukan tapi ada juga berpendapat  jika sekiranya diheret ke Mahkamah oleh Dato Stanley Clement Augustin ,  suami kepada Nika Gee Siew Yee atas sebab   HUBUNGAN  SEKS  Mahiaddin dengan beliau  di satu ketika dahulu , mungkin  beliau akan GUNAKAN  NAMA  SEBENAR NYA  Mahiaddin  Md. Yasin  BUKAN  Mahyuddin Yassin  bagi melepas diri 

4.  Ini kali ke 4  saya MENCABAR  Mahiaddin saman saya di Mahkamah atas isu HUBUNGAN  SEKS   beliau DENGAN  isteri  orang 

5.  Nampak nya dalam Parti BERSATU  ada : 

  i.  Lelaki  SANGGUP  adakan hubungan seks dengan isteri orang ; dengan ALLAH  SWT kita boleh bertaubat TAPI  dengan si suami Nika , isteri dan anak - anak bagaimana pula ?  ; hentikan lakunan dan kepura - puraan  sebagai orang baik yang boleh dipercayai  

  ii.   Ada lelaki  GEMAR  menggadakan seks DENGAN   LELAKI  LAIN  walaupun beristeri dan punyai anak dan cucu - SEMBURIT ; apa agaknya perasaan orang Gombak punyai Wakil Rakyat  yang suka seks sejenis ini 

  iii.  Salah guna kuasa , rasuah ,  kaki minum arak dan dadah 

inilah  muka - muka  yang MENABUR   BERBAGAI  JANJI  kepada rakyat Melaka 

6.  Sebenarnya  rakyat Melaka TIDAK LAH  SEBODOH  yang dianggap  namun sekadar  mengingatkan  asalkan mereka TIDAK  TERTIPU   dengan umpan yang ditabur  seperti ikan disungai 

7..  Bukan ke Mahiaddin  PERNAH   menggangap  UMNO  adalah Parti PEROMPAK sedangkan Parti PAS  yang  
KONON NYA  pejuang Islam  MENYOKONG   PEROMPAK ? 

8.  Bukan kah juga Mahiaddin PERNAH   MENGGANGAP    PAS ialah  Parti  Ajaran  Sesat  BUKAN   Parti Islam  SeMelaysia ;  sesiapa IKUT   PAS   pasti AKAN  SESAT 

9.  Kini Mahiaddin  sedang lena bersama  PAS  melalui  Pakatan Nasional atau PN 

10.  Potrait Mahiaddin dengan Hadi Awang  dilekat di dinding  bas  bergerak  di merata kampung di Melaka  bagi menunjukan  kerjasama dan persahabatan intim mereka berdua 

11.  INI LAH  BUKTI  MAHIADDIN  SAH  DAH  SESAT  ; JIKA SESIAPA  PERCAYA DAN IKUT DIA , INI BERMAKNA  ORANG ITU PUN JUGA SESAT 

12.  Ada pula yang kratif  meletakan gambar  2 orang  lelaki  sedang bercembuan dalam bas Perikatan Nasional - siapa agak nya mereka ini ? 

13.   Pada 2hb Mac 2021  saya TELAH  KIRIM  sepucuk surat  , satu dialamatkan di Pejabat Perdana Menteri dan surat yang sama juga di hantar kealamat rumah Mahiaddin  di Damansara  MENCADANGKAN   debat terbuka  diadakan diantara beliau dan Tun Dr. Mahathir  berhubungan LANGKAH   SHERATON  dan RAMPASAN  KUASA  - juga  SEBAB Tun Mahathir   BERHENTI   sebagai PM , namun sehingga kehari ini  beliau berdiam diri , tak jawab - BERANI  KERANA  BENAR 

14.   Tiba - tiba  kelmarin  beliau   MEMBUAT   cerita itu dan ini kepada Ahli - Ahli BERSATU   dan  PAS  seolah - olah  beliau  BERSIH  DAN  MAKSUM  dalam isu penubuhan Parti BERSATU   sehingga  beliau KONON NYA  TERPAKSA   MENERIMA   jawatan Perdana Menteri 

15.   Buat ketika ini PAS  TERPAKSA   BERLAKUN  umpama : 

IRAMA DAN LAGU 

AUR  DAN  TEBING 

ISI  DAN KUKU 

DAKWAT  DAN KERTAS 

kini  KONON NYA   picit paha kiri ; paha kanan  terasa sakit - itulah  lakunan PAS   kepada  BERSATU 

16.  Yang PENTING   bagi pemimpin - pemimpin  PAS kini ialah jawatan dan kemewahan  - Islam  HANYA  ALAT   untuk  kesenangan hidup mereka dan keluarga ; ada Menteri nya yang sanggup  MEMBOHONGI  Parlimen sehingga MENYEBABKAN   penafian Agong 

17.   PAS pimpinan Hadi  kini umpama cuaca - boleh berubah 4 kali sehari ; boleh bertukar warna dan wajah  MENGIKUT  KEPERLUAN  semasa - ia tak ubah seperti seekor SESUMPAH 

18.   PAS   TIDAK  BOLEH   DI PERCAYAI  -  mereka berbaik - baik dengan  UMNO  melalui Muafakat Nasional atau MN  tapi   UMNO  sudah boleh baca  mereka HANYA  MAHUKAN  sokongan ahli - ahli UMNO  tapi pengundi - pengundi mereka diarah  TIDAK MENYOKONG  calun - calun UMNO 

19.  Suka tak suka  BERSATU   TERPAKSA   bersama PAS   kerana Parti itu  ( BERSATU )  TIDAK ADA JENTERA ; yang ada pada mereka ialah kewangan yang mewah dan boleh taburkan ; itu yang PAS perlukan ; dari mana punca wang yang begitui banyak - samada  HALAL  ATAU  HARAM , hanya Mahiaddin , Hamzah dan Azmin sahaja yang boleh jelaskan 

20.  3 Menteri , 5 Timbalan dari 18  Wakil Rakyat  PAS kesemuanya TERLALU  AMAT  MUSTAHIL   mereka TAK BOLEH TUNTUT Perlembagaan dan Undang - Undang  Islam  yang di PERJUANG kan sejak Parti itu di lahirkan 

21.  Mungkin Hadi atau  3 orang wakil mereka dalam Kabinet  BOLEH  BERTERUS TERANG  dengan pengundi - pengundi di Melaka tentang isu terbaru - TIMAH , melainkan mereka   pun dah mabuk 

22.   UMNO  ada jentera dan terlalu mewah - ini mungkin  HASIL ROMPAKAN  Pasir Melaka dan samunan IMDB  dan SRC ( baca lah buku terbitan yang terbaru tulisan Nazir Tun Razak berjodol  'WHATS IN THE NAME' atau 'APA  ADA  PADA  NAMA' ) 

23.  JANGAN  SEBAB  TERMAKAN  BUDI  
MAKA  KITA  SANGGUP  MENJUAL  BODY 

24.  SESAL  DULU
       PENDAPATAN
       SESAL  
       KEMUDIAN
       TAK BERGUNA 

25.  Ismail Sabri turun padang sokong siapa - BN  atau PN , UMNO atau  BERSATU ?  

26.  Yang aneh nya diperingkat pusat Mahiaddin sokong Ismail , Naib Presiden UMNO   sebagai PM tapi di Melaka UMNO  tentang BERSATU ? 

27.   Banduan MENDAHULUI  Timbalan Presiden UMNO berkempen menentukan sahabat baik beliau di DUN  Tanjung Bidara jadi Ketua Menteri  ; bekas PM  GAGAL   pula nak menangkan  calun  BERSATU  di Kawasan DUN  yang sama 

28.  Bak kata Samy Velu : 

INI  SEMUA  KERJA  ORANG  GILA


Wassalam
Terima Kasih

Sunday 24 October 2021

SULTAN JOHOR - SEJARAH DAN FAKTA

SULTAN JOHOR - 
SEJARAH  DAN  FAKTA


Tamrin Tun Ghafar 

Isnin.- 25/10/2021
( 1 - 17 )


1.  Sejarah , samada baik atau sebaliknya adalah fakta yang tidak boleh dipinda apatah lagi disembunyi atau dipadamkan  kerana apa yang telah berlaku dan dilakukan sekarang lambat laun pasti akan TERSERLAH akhirnya 

WE  CANNOT  CHANGE  THE CLOCK BACK 

THE TRUTH
WILL PREVAIL 

2.   Sebagai contoh , walaupun berlaku kira - kira 320 tahun dahulu , dan berbagai usaha dilakukan bagi 'menghalalkan' perbuatan zalim Sultan Mahmud namun ia tetap menjadi bualan sehingga kehari ini 

3.  Begitu juga peristiwa sedih bagaimana Sultan Mahmud , bapa Sultan Johor sekarang  bertindak  GANAS  DAN  SESUKA  HATI  membunuh beberapa orang awam 

4.  Pada 30hb November 1992 , Douglas Gomez , seorang jurulatih pasukan hokey telah dibelasah dengan teruk oleh Sultan Mahmud di Istana beliau di Johor Bahru 

5.  Ekoran peristiwa kezaliman itu , bagi MENYELAMATKAN  nyawa orang awam  dan PADA  MASA  SAMA  bagi menyelamatkan Institusi Raja ,   Kerajaan yang dipimpin oleh Dr. Mahathir ketika itu  TIDAK  ADA  PILIHAN  melainkan TERPAKSA meminda Perlembagaan - apakah tindakan Dr. Mahathir  itu salah ?  ; sepatutnya rakyat dan Raja - Raja BERTERIMA  KASIH  kepada Tun 

6.   Pada 10hb Disember 1992 ayah saya , Encik Abdul Ghafar Baba  - Tun  ( Al-fatihah )  mengemukakan usul  didalam Parlimen bagi membolehkan mana - mana Raja atau  Sultan yang  MELANGGAR  Perlembagaan dan Undang - Undang BOLEH  di heret ke Mahkamah Khas ,  dan jika didapati  bersalah  HUKUMAN nya sama seperti orang awam jua , didenda , dipenjara atau pun digantung sampai mati JIKA  membunuh ; rakyat mungkin  bertindak liar  terhadap Raja - Raja  dan keluarga TANPA  PEDULI  undang - undang  jika Perlembagaan  tidak dipinda 

7.  Perangai buruk itu diikuti oleh TMJ yang ketika itu bergelar  Raja Muda Johor , apabila MEMBELASAH  dengan teruk Tengku Nadzimuddin Tengku Mudzaffar , cucu kepada Tuanku Jaafar , Negeri Sembilan ( Alfatehah ) 

8.  Walaupun 10 lapuran polis dan juga kepada Peguam Negara dibuat  tapi MALANGNYA  Polis dan Peguam Negara ketika itu menggambil  sikap 'berat sebelah' 

9.  Kini umum tertanya - tanya apakah Sultan Johor  tidak membuat kajian dan baca sejarah atau buat 'home work' SEBELUM  membuat komen berhubung PULAU BATU  PUTEH yang lebih dikenali oleh masyarakat antarabangsa dengan nama Portugese , PEDRA  BRANCA 

10.  Adalah lebih baik Sultan  berdiam diri atau 'Silence Is Golden' dari bak kata pepatah : 

  JANGAN  SUKA
  MENUDING JARI 

tambah pula ada niat mencari kesalahan orang lain  SEDANGKAN  lupa kesalahan dan kelemahan sendiri walaupun dilakukan oleh keturunan kita dahulu 

11.   Jika  cerita Pulau Batu Puteh  boleh di buka semula seperti 'mengeluarkan mayat dari kubur' , maka elok juga peristiwa - peristiwa lama pun di bincang semula 

12.  Ada 3 KESALAHAN  BESAR  yang dilakukan oleh Sultan Ibrahim Abu Bakar , moyang kepada Sultan Ibrahim , Johor sekarang : 

A. i. Mempengaruh Raja - Raja Melayu yang lain bersetuju dengan rancangan penjajah British mengujudkan Pemerintahan  British  melalui Malayan Union - dengan cara ini British AKAN TERUS  BERKUASA memerintah Tanah Melayu 

ii. Jika berjaya diteruskan  Tanah Melayu mungkin terus dijajah , dan  seorang Governor General British akan dilantik , maka tidak ada lagi Agong ; Raja - Raja Melayu pula hanya menjaga hal ehwal Agama Islam seperti Mufti dan melapur terus kepada Governor General British 

B.  Pada 21hb September 1953 , mengarahkan  Datuk Mohd Seth Saaid , Setiausaha Kerajaan Negeri Johor MEMAKLUMKAN kepada Setiausaha Jajahan atau The Colonial Secretary ,  Singapura bahawa Kerajaan Johor TIDAK menuntut  HAK  atau pun THE JOHOR GOVERNMENT DOES  NOT CLAIM  THE OWNERSHIP of Pedra Branca 

C.  Mengarahkan Pemangku Menteri Besar merangkap Setiausaha Kerajaan Johor  MENGGAGALKAN  Rundingan Kemerdekaan yang di ketuai Tengku di Kota London 

13. Raja - Raja Melayu yang ada  SEKARANG   PERLU  TAHU DAN BERTERIMA KASIH kepada rakyat kerana tanpa bantahan orang Melayu dan tanpa peranan yang di lakukan oleh  7 orang  WIRA MUAR  ketika itu  mungkin hari ini  tidak ada Raja - Raja lagi , justeru  rakyat PERLU  dihormati selalu  tambah pula TIADA  RAKYAT  TIADA  RAJA 

14.    Rakyat tidak membantah  penubuhan Jawatanhuasa Menyiasat Isu Pulau Batu Puteh  NAMUN  rata - rata  lebih senang jika dibentuk terus Royal Commission of Inquiry  ( RCI ) kerana ini AKAN  LEBIH  TULUS  DAN  TERBUKA dimana  tertuduh , Tun Dr. Mahathir  diberi peluang  menjawab SEMUA pertuduhan berkaitan isu tersebut 

15.  Oleh kerana isu Pulau Batu Putih  ditimbulkan semula seperti  'mayat di gali semula'  dari kubur maka rakyat  sedang menuntun sejauh mana Ismail Sabri Yaakob BERANI  BERTINDAK menubuhkan satu lagi Jawatankuasa Menyiasat atau RCI , atau beliau HANYA  seperti kerbau di cucuk hidung 

16.  Jika Kerajaan boleh menyiasat isu  Pulau Batu Puteh yang telah berlalu atas alasan 'MARUAH  NEGARA'  maka Kabinet juga harus bertindak adil menyiasat  SECARA  MENYELURUH perkara -  perkara berikut yang sering  dibangkit dan  menjadi perbualan  rakyat  kebelakagan  ini ; mereka mahu jawapan sebenar , BUKAN  'menyapu sampah dibawah permaidani'  atau 'do not sweep under the carpet' : 

i.  Bagaimana Singapura yang disatu ketika dahulu  HAK  Johor  , tapi  kini sudah  menjadi negara asing - siapa yang BERTANGGUNG  JAWAB ? 

ii.  Siapa yang mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor MELEPASKAN  Pulau Batu Puteh ke penjajah British 

iii.  Apakah benar Sultan Ibrahim PERNAH  MENGARAHKAN   Datuk Md Seth  MENGGAGALKAN   Rundingan Merdeka 

iv.  Siapa yang MENJUAL  ribuan ton pasir ke Singapura sehingga  sempadan negara tersebut menghampiri  Johor 

v.  Sanggupkah Pulau Kukup  DIPULANGKAN  semula kepada Kerajaan Johor setelah ianya dijadikan  'Tanah Sultan' atau 'Sultanate Land' 

vi.  Mengapa Sultan bersungguh - sungguh  mahukan  'Permenant Resident Status ' atau 'Malaysia As A Second Home' diberi kepada semua pembeli hartanah di Forest City 

vii.  Siasatan juga perlu dilakukan keatas projek melombong emas dan lain - lain logam di Tenggaroh - sebuah usahasama diantara Sultan Johor dengan sebuah syarikat awam Singapura atau  Public Listed Company , Southern Alliance Mining Limited dimana Sultan diberi saham percuma 15% dan TELAH  menerima 3juta sebagai pembayaran awal 

viii.  Siasatan juga PERLU dilakukan keatas syarikat Aras Kuasa  Sdn Bhd 

ix.  Rakyat juga BERHAK  TAHU  samada cukai beratus buah kereta kepunyaan  Sultan dan TMJ  telah  dibayar seperti rakyat biasa 

x.  Oleh kerana rakyat inginkan kepastian maka elok juga Jawatankuasa yang saya cadangkan ini siasat samada Sultan Johor sekarang benar - benar berketurunan Raja /Sultan Ali atau keturunan Temenggong Abdul Rahman yang bukan keturunan Raja tapi telah berpakat dengan penjajah British 

17.   JANGAN  
        CUBA 
        JOLOK
        SARANG
        TEBUAN 

            dan 

        JANGAN 
        HANYA
        NAMPAK
        KUMAN
        DI SEBERANG
        LAUTAN
        SEDANGKAN
        GAJAH
        DI DEPAN
        MATA
        BUAT - BUAT
        TAK NAMPAK 

              dan 

        JANGAN
        BALING 
        BATU
        DI RUMAH
        KACA 

Terserah kepada Ismail Sabri dan  Kabinet nya samada  BERANI  menubuhkan Jawatankuasa Khas  tersebut ; rakyat khasnya pengundi - pengundi di Melaka  PASTI  akan membuat penilian mereka 

Wassalam
Terima Kasih

Sunday 10 October 2021

ISLAM HALALKANRASUAH ?HADI MERAPU LAGI

ISLAM  HALALKAN
RASUAH  ?
HADI  MERAPU  LAGI 

Tamrin Tun Ghafar 

Ahad - 10/10/2021
( 1 - 24 )


1.   Jika apa yang diperkatakan Hadi itu benar ,  "Islam Membenarkan Rasuah" ,  maka benarlah  kata  bekas Perdana Menteri yang GAGAL bahawa  PAS  bukan lagi  Parti Islam SeMalaysia tapi PAS  sudah  jadi Parti Ajaran Sesat 

2.  'BERTAUBAT   LAH   SEBELUM  TERLAMBAT'  

3.  Oleh kerana  gambaran yang diberikan seolah - olah  Hadi lah Pemimpin Agung Islam namun kini sejak memimpin PAS ,  Islam  dinegara ini tercemar , dimomok dan di ejek oleh bukan Islam - lagi pun mereka pun  tahu ketika memperkenal dan mengembangkan Islam dahulu , Rasullulah  TIDAK  PUN menggunakan  Parti Islam bagi tujuan tersebut 

4.   Mereka faham dan hormat  Islam yang dibawa  oleh  Nabi Besar kita  namun  pada mereka  Islam  yang dipimpin Hadi tak ubah seperti seekor  SESUMPAH  yang  bertukar warna  mengikut kesusaian dan keperluan semasa 

5.   Mengikut Hashim Jasin , Mursyidul Am PAS , Hadi KERAP berjumpa  Rasulullah dalam mimpi  BAGI  MENDAPAT  ARAHAN  menjelang Piliharaya Umum yang lepas tetapi selepas Pilihanraya tersebut isu ini TIDAK lagi timbul 

6.  Memang benar apa yang dikatakan 

     IKAN  ITU
     BUSUK
     BERMULA DARI
     KEPALA NYA 

namun dalam hal ini kita tidak perlu salahkan pengikut - pengikut yang maseh percaya dengan beliau 

7.  Ahli - ahli PAS  telah di TARBIAHKAN  dari awal lagi  agar  'WALAK'  atau  akur dan taat kepada Ulil Amri  atau  pemimpin mereka  TANPA  dibenarkan  menyoal ; dalam  bahasa mudah yang senang difahami mereka ini : 

   LURUS  BENDUL 

Saya kesian melihat mereka tak ubah seperti : 

       LEMBU 
       CUCUK
       HIDUNG 

kadang - kadang saya lihat mereka  seperti  : 

     KATAK  BAWAH
       TEMPURUNG 

mereka  TERKONGKONG ,  ibarat  orang  Semenda : 

       DI PANGGIL
       DIA  DATANG
       DI SURUH
       DIA  PERGI 

8.   Mereka TIDAK  DI PERJELASKAN  apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'Taat Kepada Ulil Amri' atau  Pemimpin ; yang mereka diajar ,  sesiapa yang  tidak patuh  pada pemimpin dan Parti   pasti  TIDAK  AKAN  DAPAT  CIUM  PINTU SYURGA 

9.   'Ulil Amri atau Pemimpin' yang dimaksudkan ialah mereka yang  BERSIH  DAN  PATUH  kepada  SEMUA  perintah ALLAH  SWT , bukan bersembunyi di sebalik rekaan 'Fatwa atau Dalil'  'POLITIK MATANG' , bagi menangguhkan pelaksanaan  dan sebagainya 

10.  Hadi dan pemimpin - pemimpin  PAS  lain JANGAN   BERDOLAK DALIH  konongnya belum punyai kuasa penuh untuk melaksanakan apa yang diperjuangkan  sejak penubuhan nya dalam tahun 1951 

11.  SEBENARNYA HADI  MASEH  MENGIDAM JAWATAN  PERDANA  MENTERI 

12.  Cara nya  MUDAH ; bekerjasama dengan musuh utamanya , UMNO  melalui  Muafakat Nasional ( MN )  dan  dengan BERSATU   melalui Pakatan Nasional ( PN ) dengan harapan kedua - dua Parti Melayu itu AKAN  MENYOKONG   semua calon - calon PAS  ; sebaliknya PAS  akan 'chaketing' atau 'sabotaj'  calon - calon  UMNO  dan BERSATU , jestru  PAS  AKAN  DAPAT  Kerusi Parlimen terbanyak , maka Hadi akan ditabalkan sebagai Perdana Menteri 

13.  Kalau dahulu Idris Ahmad , Naib Presiden PAS  pernah memberi  jaminan PAS  hanya perlu 5 hari sahaja  BUKAN 5 tahun  untuk membuat  perubahan , kini  setelah di lantik sebagai  Menteri bertanggong jawab  Hal Ehwal  Agama Islam , dan dibantu  oleh Timbalan  Menteri dari parti yang sama ,  ALLAH  SWT  sedang MELIHAT  samada apa yang diperjuankan akan dilaksanakan 

14.  Selain dari jawatan - jawatan Pengurusi GLC  untuk 12 orang Ahli Parlimen mereka , Hadi pula dilantik sebagai Duta Khas ke Timur Tengah BERTARAF  Menteri yang  TIDAK  DI  TERIMA  oleh sebahagian besar negara - negara Islam di sana 

15.  Kalau dulu mereka  MENYALAK  kerana Kerajaan TIDAK melulus dan  melaksanakan Hukum Hudud atau RUU 355  , TIDAK  menutup kilang arak dan TIDAK  mengharamkan kedai - kedai judi TERMASUK  menutup Kasino Genting , kalau dulu mereka menuntut semua permaguri  tutup aurat dan kalau dulu mereka 'champion' kes Adib tapi kini mereka SENYAP seribu bahasa , tak ubah seperti : 

     TIKUS  JATUH
     KE  BERAS 

16.  Mereka BISU  apabila  Kerajaan umum  kes  Adib di tutup , begitu juga cabutan judi di naikkan semula dari 8 kali setahun ke 22 kali setahun ; sedangkan  Kerajaan PH bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir melalui Menteri Kewangan dari Parti 'Komunis' DAP Lim Guan Eng yang MENGURANGKAN jumlah cabutan judi tersebut - didalm isu ini siapa yang lebih Islam , Komunis DAP  atau Islam PAS ? 

17.  Jika seorang Menteri MCA pun boleh bertindak tegas bagi masyarakat Cina inikan pula 18 Ahli Parlimen PAS - apakah mereka ini sememangnya  BODOH  atau BUTA   dan  TAK TAHU menggunakan KUASA  yang di beri  ALLAH  SWT 

SURAH AL - SAFFAT
Mukasurat  447
Ayat   28 

Seseungguhnya pengikut - pengikut mereka berkata kepada pemimpin mereka "Kamulah yang datang kepada kami dengan membawa tipu muslihat yang memikat hati" 

18.  SURAH IBRAHIM 

Mukasurat 258
Ayat 21 

"Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut - pengikutmu , maka dapatkah kamu menghindarkan kami daripada azab ALLAH   ( walaupun ) sedikit sahaja ? "
"Mereka menjawab " Sekiranya  ALLAH memberi petunjuk kepada kami , nescaya kami memberi petunjuk kepadamu .  Sama sahaja bagi kita .  Kita tidak mempunyi tempat untuk melarikan diri" 

19.  SURAH  AL - ANAM 

Mukasurat 136
Ayat 70 

Tinggalkanlah orang - orang yang memjadikan agamnya sebagai permainan dan gurua senda , dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia .  Peringatkanlah  mereka dengan  al- Quran agar setiap orang tidak terjurumus kedalam neraka kerana perbuatan nya sendiri 

20.   Mulai sekarang  rakyat  TIDAK PERLU  LAGI  KRITIK   kalau pemimpin atau pegawai kerajaan melakukan rasuah kerana  mengikut Hadi dan PAS , Islam menghalalkan perbuatan terkutuk itu 

21.  HADI  BUKAN  TOK GURU NIK AZIZ  ATAU  FADZIL  NOOR -  SEBAHAGIAN   PEMIMPIN  PAS  KINI  HANYA  PENTINGKAN JAWATAN  DAN  KEBENDAAN  DUNIA 

22.   Dengan sikap  Hadi ,  Menteri ,  Timbalan Menteri  dan  Ahli - Ahli Parlimen  PAS  yang lain  maka TIDAK  MUSTAHIL  mereka juga akan menerima tawaran untuk jawatan  sama  jika pun  tawaran tersebut datangnya dari Anwar Ibrahim , Mat Sabu  mahupun dari Lim Guan Eng ;   Hadi  AKAN  keluarkan  Fatwa atau  Dalil  baru bagi MENGHALALKAN  tindakan  tersebut 

23.  Yang  MENJADI  PERSOALAN  PENTING   mengapa Agong sebagai Ketua Agama Islam , Raja - Raja Melayu sebagai Ketua Agama Negeri , Majlis Fatwa dan Mufti - Mufti BERDIAM  DIRI ,  TIDAK  ada sepatah tegurun dan sebarang tindakan oleh pehak berkuasa pun  di ambil terhadap mereka yang menyalahguna dan memutarbelit  Al Quraan dan Hadith sehingga membuatkan rakyat khasnya umat Islam 'CONFUSED' 

24.  Apakah Agong dan Raja - Raja sudah lupa atau tutup telinga dan mulut  SUMPAH yang dilafaskan  mereka  dulu ? 

Wassalam
Terima Kasih

R A S U A H

R   A   S   U    A   H REFORMASI REFORMATI Tamrin  Tun  Ghafar   Rabu - 14/02/24 ( 1 - 17 ) 1.   Kali  pertama  Dewan PWTC  tiba - tiba  sen...