Monday 31 May 2021

RAKYAT BUKAN BODOH

RAKYAT  BUKAN  BODOH

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 30/05/2021
( 1 - 25 )


1.   'Rakyat Bukan
       Bodoh
       Tapi Pemimpin 
       Percaya 
       Mereka Boleh
       Terus 
       DiPerbodohkan'

      'Rakyat Bukan
       Miskin  Jiwa
       Dan  Pemikiran
       Tapi  Sengaja
       DiMiskinkan'

itu sebahagian kata - kata Presiden pertama Indonesia, Soekarno yang juga dikenali dengan panggilan Bung Karno ( Al Fatehah ).

2.  Pada jam 8.30 malam hari Ahad lepas bersamaan 23hb Mei sebahagian rakyat menonton WAWANCARA  KHAS Mahiaddin yang disiar KONONNYA  secara langsung atau 'live'.

3.   SEKALI  LAGI  RAKYAT  DITIPU.

4.  Wawancara yang kononnya 'live' itu SEBENARNYA  telah dirakam lebih awal; ini berdasarkan waktu yang jelas tertera di jam tangan beliau yang menunjukan  6 petang BUKAN  8.30  malam.

5.  Ini PERLU  dilakukan bagi memperbaiki atau 'edit' rakaman tersebut.

6.  Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah hampir seluruh dunia sudah  mula mengenali  beliau sebagai  

   BAPA PERUTUSAN KHAS
   
             dan

 BAPA PINTU BELAKANG

7.   Sejak menubuhkan Kerajaan   PINTU  BELAKANG  sudah  43 kali beliau menyampaikan mesej secara  SIARAN  KHAS; ini  bermakna

   43 kali ÷ 14 Bulan  =
   3 kali  sebulan.

8.  Ada 2 sebab  WAWANCARA  KHAS itu diadakan :

  i.  bagi  MENUNJUK  DAN  MEMBUKTIKAN    KEBERANIAN  beliau bersemuka dengan wartawan  lantas MENANGKIS tuduhan ramai  bahawa beliau   HANYA  GILAKAN  JAWATAN tapi TAPI  TAKUT  berhadapan dengan pemberita  walaupun pemberita tempatan.

  ii.  bagi  MENAGIH  SIMPATI  sekali gus  BERHARAP  MENDAPAT  SOKONGAN  rakyat kepada beliau.

9.  Tanpa emosi  dan berat sebelah, Mahiaddin  sekali lagi  'GAGAL'  apabila semasa   Wawancara Khas  tersebut  beliau  MENEKANKAN  3 perkara  penting :

    i.  "nak kata saya bodoh , katalah, saya tak kisah"

ii.   "takkan saya nak jaga 32 juta rakyat"

iii.  "bukan senang  nak mengurus pendemik  COVID  ini"

10. i.  PENGAKUAN  TERBUKA  beliau itu dengan sendirinya MENGESAHKAN lagi tanggapan rakyat - memang dia ni bodoh tapi tak sangka lebih bodoh dari yang dijangka. 

       DAH  TERANG
       LAGI  BERSULUH

hanya mereka yang serupa dengannya menganggap dia cerdik.

   ii.  jika SANGGUP Merampas Kuasa , bukankah menjadi  TANGGUNGJAWAB  seorang Perdana Menteri menjaga kesemua 32 rakyat malah selagi ada gunung dan lautan kepunyaan negara  juga WAJIB  dijaga?

  iii.  jika tak tahu nak mengurus  wabak COVID 19, TUNGGU  APA LAGI, BERUNDUR  SAJALAH.

11.   Perlu di ingatkan  sekali lagi :

       PERKARA 43 ( 3 )        
         Perlembagaan

'Jika hilang sokongan MAJORITI Ahli.- Ahli
Dewan  Rakyat, maka Perdana  Menteri PERLU  letak jawatan serta merta MELAINKAN  Parlimen dibubar.

12.  Apakah selain dari TAKUT  KECUNDANG dan berbagai ROMPAKAN   dilakukan  menyebabkan  Parlimen digantung?

13.  Tidak dinafikan ada beberapa negara lain juga menguatkuasakan   darurat,  namun Parlimen mereka TETAP Bersidang seperti biasa.

14.   Tertanya juga di dalam hati apakah Menteri - Menteri , Timbalan dan Pengerusi-Pengerusi  GLC  dan Parti masih ada perasaan malu dan harga diri dengan mengutamakan rakyat khususnya pengundi  sehingga menyebabkan mereka sanggup

      MENCONTENG
      ARANG  DI MUKA

15.   Sah, mereka SEBENARNYA  adalah 'KATAK'  yang sanggup melompat dari satu kolam ke kolam lain   TANPA  PEDULI rakyat  marhaen ASALKAN boleh terus  MENDAPAT  KESENANGAN  DAN KEMEWAHAN  sama ada halal  mahupun  haram.

16.   Silap jika mereka, termasuk Mahiaddin  percaya bahawa tidak akan dihukum dan dipenjarakan atas segala kesalahan.

17.  Janganlah fikir undang - undang HANYA untuk rakyat biasa  saja  dan mereka yang diamanahkan  boleh terus melakukan apa saja.

18.  INGAT  SEBELUM  TERLEWAT kerana pada PRU 15 nanti rakyat yang DIPANDANG SERONG DAN  DI PERBODOHKAN selama ini akan menghukum anda melalui Peti Undi.

19.  Kini Parti BERSATU  mula BERKECAI.

20.  Sudah ada beberapa  orang Menteri Kabinet secara senyap  TELAH PUN  BERTEMU  Tun Dr. Mahathir.

21.  Bak kata orang Kedah :

     'HANG
      TUNGU....  !!'

22.  Apakah Agong dan Raja - Raja Melayu  TIDAK NAMPAK  DAN  TIDAK  TAHU  penderitaan  rakyat  kini  ATAU  apakah Agong dan Raja - Raja Melayu juga  serupa seperti  Menteri - Menteri  'MENANGGUK  DI AIR KERUH’?

23.  Apakah  Agong dan Raja - Raja Melayu  SUDAH  LUPA  SUMPAH mereka  hingga  TERLUPA penderitaan  majoriti 32 juta rakyat yang telah berkorban MEMBERI  KEMEWAHAN  DAN  KESENANGAN  HIDUP  kepada mereka selama ini?

24.  'PISAU
        DI TANGAN
        ANDA'

       'TEPUK DADA
        TANYA  SELERA'

               asalkan

        'NASI  TIDAK
         MENJADI  
         BUBUR'

25.   Saya menyampaikan keluhan  rakyat yang diANGGAP BODOH  tapi  sebenarnya  mereka  TIDAK  SEBEGITU; rakyat sedang melihat 'LAKONAN' mereka yang telah diAMANAHKAN  dengan  penuh KESABARAN.

Wassalam
Terima Kasih.

Sunday 30 May 2021

SAMPAI BILA AGONG NAK MELINDUNGI 'KERAJAAN GAGAL'?

SAMPAI  BILA  AGONG  NAK  MELINDUNGI
'KERAJAAN  GAGAL'?

Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 25/05/21
( 1 -  25 )


1.   Bagaikan  TALIAN  HAYAT  TERAKHIR ;  di zaman dulu kanak - kanak akan  bersembunyi  di celah ketiak ibu jika  ketakutan , atau  bermanja  bagi memujuk  si ibu bagi tujuan mendapatkan  sesuatu.

2.  Dulu lain sekarang  lain, keadaan sudah jauh berubah;  si ibu kini  celik dan cerdik, beliau akan tunaikan segala apa yang boleh ( atau tidak boleh ) ASALKAN  ADA  HASIL  ATAU  UPAH  YANG  LUMAYAN.

3.   Dalam bahasa yang mudah difahami :

   YOU SCRATCH ME
   I SCRATCH  YOU

             atau

    ANDA GARU SAYA 
    SAYA  GARU ANDA

4.  Kebelakangan ini  rakyat, tanpa merasa  segan dan takut  mula  bertanya  apakah 

        SCHEME
        OF  THING

istilah yang digunapakai Mahiaddin Md. Yasin bagi  mendapatkan  sokongan  Ahli - Ahli Parlimen khususnya UMNO  yang pada ramai  merupakan 'RASUAH  POLITIK'  juga  MERANGKUMI  Agong; ini PERLU  dilakukan bagi  memenuhi NAFSU  dan CITA - CITA  beliau  yang  dipendamkan  selama ini.

5.  Rakyat  PELIK  dan HAIRAN  mengapa  sehingga hari ini walaupun laporan rasmi telah dibuat hampir setahun yang lepas, SPRM  masih  TIDAK  BERTINDAK.

6.  Jelas  di dalam perkara ini Azam Baki dan  SPRM  PILIH  BULU - hanya bertindak terhadap mereka yang tidak berkuasa dan  kaku seperti burung kasawari  MENYEMBUNYIKAN  kepala di dalam pasir APABILA ia melibatkan mereka yang berjawatan dan berkuasa:

     HARAPKAN PEGAR
     PEGAR MAKAN
     PADI

7.  Sejak  perlantikan  beliau oleh Agong pada 1hb Mac 2020 ekoran RAMPASAN  KUASA  yang  telah dirancang  begitu rapi bersama Hamzah dan SEMBURIT belum ada sebarang DASAR  EKONOMI  yang  boleh meyakinkan  rakyat.

8.  Pada awal COVID apa  yang dipersembahkan melalui  'PERUTUSAN  KHAS'  ialah bantuan kepada  Makcik Kiah yang kini masih dalam kesusahan hidup -  kalau dulu nama Makcik Kiah dijadikan icon atau simbol kini nama Makcik Kiah pun sudah ghaib entah ke mana.

9.  BAPA  PERUTUSAN  KHAS  - itulah  gelaran yang diberi kepada Abah Cow atau Bapa Lembu  kini,  ini kerana SEJAK  menubuhkan KERAJAAN  PINTU  BELAKANG  setahun dua bulan yang lepas, sudah 43 kali beliau menyampaikan mesej melalui  'PERUTUSAN KHAS' , satu tindakan PELIK  DAN AJAIB  yang  TIDAK  PERNAH  dilakukan oleh mana - mana pemimpin negara; mengapa ?  

10.  Jika berhadapan  dengan wartawan tempatan pun beliau tak berani, inikan pula jika hendak ditemuramah oleh wartawan antarabangsa ; apatah lagi beliau  pasti kecut  menyahut cabaran  saya BERDEBAT  dengan  Tun Dr. Mahathir , orang yang beliau TIKAM DARI  BELAKANG.

11.  Rata - rata  rakyat  sudah  BOSAN, MUAK , BENCI  DAN  MELUAT  dengan Kerajaan  PN  pimpinan Mahiaddin ini sehingga ada yang melekatkan gambar beliau di tin OTAK UDANG , dan  terdapat juga kain - kain rentang dengan mesej 'KERAJAAN  GAGAL'  dipasang di merata tempat - ini semua dilakukan bagi menzahirkan  kebencian rakyat terhadap beliau.

12.  Kebanyakan  tindakan beliau hanya  berupa sementara atau ad hoc malah bercelaru ;  bukan memberi  keselesaan tapi  membebankan rakyat , ia tak ubah seperti :

     BAGAI  TIKUS
     MEMBAIKI  LABU

cuba membetul atau membaiki keadaan tapi  TIADA ILMU  PENGETAHUAN  DAN  KECEKAPAN.

13.  Kenyataan Menteri Kewangan  HUTANG  DAN  KERUGIAN  NEGARA  atau  NATIONAL  DEBT  AND  LIABILITY  sudah  mencapai  89.2 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK )  mengejutkan, ia diikuti kenyataan Mahiaddin sendiri bahawa Kerajaan sudah  TIDAK  CUKUP wang, justeru  mengutarakan  potongan gaji  oleh Kakitangan Kerajaan; reaksi  Kakitangan Awam ialah :

      POTONG  GAJI
      MENTERI
      BUKAN  POTONG
      GAJI  KERANI

14.  Kini oleh kerana DARURAT, dan  Parlimen pula DIGANTUNG Kerajaan  memperkenalkan  2 undang - undang :

    i.  Akta Berita Palsu  -  sesiapa boleh dihukum penjara atau  denda yang tinggi jika mengaitkan  penggantungan Parlimen dengan politik

ii.  Segala wang negara dan negeri BOLEH  digunakan  oleh Kerajaan Pusat dan Negeri

Yang terbaru   Kerajaan gunakan RM6 Billion KUMPULAN  WANG  AMANAH  NEGARA  atau KWAN  yang diwujudkan oleh Tun Mahathir  bagi satu tujuan iaitu menggunakan nya  sebagai :

  SEDIAKAN  PAYUNG
  SEBELUM  HUJAN

15.  Selain dari MENGGUNAKAN  wang  negara, banyak aset negara telah dijual.

16.  Oleh kerana sudah ada ura - ura menjual Komplek Lapangan Terbang  Subang kepada Desmond Lim  dan  TIDAK  MUSTAHIL pula akan berakhir ditangan  Syarikat  dari China, kan baik Kerajaan PN juga  jual sahaja Bangunan Parlimen yang tidak digunakan lagi.

17.  Kajian Trasperancy Antarabangsa atau TI , satu Badan  dibawah Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu atau UN kini meletakan  Malaysia menduduki  tempat tertinggi  INDEK  RASUAH,  Malaysia sudah pun  mengatasi Indonesia , Vietnam , Negara - Negara Benua Afrika  dan Negara - Negara  Amerika Latin dari segi Rasuah.

18.  Ini  membuktikan SPRM  TIDAK  BERTINDAK  BEBAS  seperti  di zaman Harun Hashim dahulu dan pada masa yang sama ia membuktikan KERAJAAN  PN GAGAL.

19.   Rakyat  HAIRAN  jika mereka  boleh nampak  KEGAGALAN   Pentadbiran Mahiaddin sepatutnya Agong lebih mengetahuinya namun  AGONG  YANG  MELANTIK  BELIAU  HANYA  BERDIAM  DIRI tanpa   bertindak tegas.

20.   Apakah beliau  MEMILIH  MENDENGAR  NASIHAT  DAN  CERITA  Mahiaddin yang TIDAK  ADA sokongan majoriti Parlimen  atau mendengar juga rintihan majoriti 32 juta rakyat?

21.  Jika mendengar  rintihan rakyat MENGAPA  sehingga kini Agong  masih BELUM  MEMBERI  masa dan tarikh rombongan TAMATKAN  DARURAT  pimpinan Tun Dr. Mahathir  berjumpa beliau?

22.  Didoakan agar Agong dihindari sifat - sifat  Mazmumah tapi  Mahmudah.

23. Perlu di ingati

a.  SUMPAH  JAWATAN

   JADUAL  KEEMPAT
      ( Perkara 37 )
       BAHAGIAN 1

.......Agong menjalankan pemerintahan dengan  ADIL  dan MENGIKUT  Perlembagaan dan Undang - Undang

Firman ALLAH  SWT dalam

SURAH  SAD
AYAT 26
Mukasurat 454 

antara lain berbunyi :

'BERI LAH  
 KEPUTUSAN 
 DENGAN  ADIL'

Tiada siapa mempertikaikan KUASA  AGONG melantik seorang sebagai Perdana Menteri namun

PERKARA  43 (2) (a) PERLEMBAGAAN  menyebut :

......yang pada hematnya MUNGKIN MENDAPAT  KEPERCAYAAN 
M A J O R I T I   Ahli Dewan Rakyat.

persoalan yang timbul , jika Sultan Azlan Shah ( Alfatehah )  HANYA  melantik seorang MB Perak yang baru SELEPAS  memanggil SETIAP  Ahli Dewan Negeri menyatakan  pendirian dan menurunkan tanda tangan masing - masing tanda menyokong maka mengapa Agong HANYA  mendengar persetujuan  Ketua  Ketua Parti sahaja  TANPA  MENDAPAT  PERSETUJUAN  SETIAP  Ahli Dewan Rakyat sedangkan ia melibatkan 32 juta rakyat?

b.  JIKA  sudah cukup bilangan  maka apa perlunya beliau MELAKSANAKAN  
'Scheme  of  Thing' , dan sehingga kini masih berusaha 'Membeli' seramai mana  'KATAK'  bagi mencukupkan bilangan?

c.  JIKA  sudah cukup bilangan  maka apa perlunya Parlimen 
DIGANTUNG?, sehingga ada cadangan Wakil Rakyat BERSIDANG  di kantin sekolah atau di mana - mana Shopping Complex ataupun - mana Kedai Judi.

d.  PERKARA  43 (4) 
PERLEMBAGAAN
menyebut :

Jika TIDAK LAGI MENDAPAT  KEPERCAYAAN  
M A J O R I T I  Ahli Dewan Rakyat , maka Perdana Menteri  HENDAKLAH  MELETAK  JAWATAN.

apakah atas sebab ini  Parlimen DI GANTUNG ?

24.  Rakyat menunggu dan melihat  dengan penuh kesabaran sama ada Agong dan Raja - Raja Melayu AKAN MEMULIHKAN  Parlimen dan MENASIHATKAN  Mahiaddin menggundukan diri SERTA-MERTA MENGIKUT  Perlembagaan diatas 2 sebab

i.  Menghormati Perlembagaan seperti PERKARA  43 (4)

ii.  diatas KEGAGALAN  beliau  mempin negara dengan baik

25.  JANGAN  SEBAB NILA  SETITIK  ROSAK  SUSU  SEBELANGA.

Wassalam
Terima Kasih.

Sunday 16 May 2021

TAMRIN HENDAK PERBICARAAN DI PINDAH KE KUALA LUMPUR

https://www.thethirdforce.net/tamrin-wants-trial-on-offensive-posting-against-tmj-moved-to-kuala-lumpur/

Saturday 8 May 2021

UJIAN ASID PERTAMA ACYRL SANI

UJIAN  ASID  PERTAMA  ACYRL  SANI

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu - 08/05/2021
( 1 - 26 )

1.   Saya memohon maaf kerana TERPAKSA  membuat komen ini tambah pula 
ianya dilakukan dalam Bulan Ramadhan
Al  Mubarak ini.

2.  Tahniah diucapkan kepada Acyrl Sani, Ketua Polis Negara yang menggantikan Hamid Bador mulai 3hb Mei 2021.

3.  Ada yang memberi pandangan  mengapa Hamid  HANYA   BERANI  mendedahkan KEPINCANGAN  Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri di penghujung perkhidmatan beliau; 
tidak dilakukan sebelum ini.

4.  Ada pula suara  yang mengatakan Hamid  sepatutnya  menggunakan  saluran  tertentu.

5.  Sebagai Anggota Kerajaan  beliau  TERHALANG  dengan Akta Perkhidmatan Kerajaan yang TIDAK  MEMBOLEHKAN  beliau MENGKRITIK SECARA TERBUKA Menterinya sendiri.

6.  Hamid TELAH melakukan apa yang sepatut dilakukan oleh mana - mana kakitangan Kerajaan; beliau telah pun melaporkan  HASRAT  JAHAT  Hamzah kepada Mahiaddin sebanyak 2 kali dan juga dengan Ketua Setiausaha Kerajaan atau KSN - itu adalah langkah dan contoh  terbaik yang telah  diambilnya.

7.  Hamzah  ialah   salah seorang pencatur atau mastermind RAMPASAN  KUASA sehingga tertubuhnya KERAJAAN  PINTU  BELAKANG  atau KERAJAAN  TEBUK ATAP  yang diketuai Mahiaddin Md. Yasin.

8.  Sikap  Hamid  mendedahkan secara terbuka  KEPINCANGAN  DAN  SALAHLAKU  Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri yang juga merupakan salah seorang penasihat Mahiaddin   AMAT  DIALU - ALUKAN.

9.   Apakah tujuan sebenar Hamzah  beria - ia sangat  MAHUKAN  kuasa penuh atau
 'full control' Perkhidmatan Polis, Wallahulam !!

10.    Oleh kerana tidak ada sebarang  penjelasan maka  berbagai  cerita atau teori  sedang berlegar dikalangan  rakyat; ini semua dakwaan atay alegasi, justeru SIASATAN PENUH DAN RAPI PERLU DIADAKAN SEGERA.

i.  Kononnya Hamzah mahu menggunakan  polis  khususnya Cawangan Khas atau  Special Branch  untuk menyenangkan beliau jadi orang nombor 1 negara akhirnya.

ii.   Ada pula yang mengatakan  mungkin  beliau  mahu  menjadi  'orang terkaya' di Malaysia dengan MELINDUNGI  penjenayah.

iii.   Ada juga mengatakan  salah seorang anak Hamzah  terlibat  dengan MACAU SCAM yang heboh  diperkatakan, maka dengan kuasa yang dikehendaki itu bolehlah beliau MENUTUP  aktiviti - aktiviti  jahat itu.


11.   Sebenarnya Kabinet atau Pemerintah  adalah PEMBUAT  DASAR dan  Pegawai Kerajaan adalah PELAKSANA  sebarang dasar yang digubal oleh Pemerintah atau Kabinet; justeru  adalah  BERTENTANGAN  dengan Perlembagaan   jika ada campurtangan  Pembuat Dasar dalam Pentadbiran Negara.

12.   SPRM, Polis  dan Pejabat  Peguam  Negara atau AG Chambers   BOLEH  DAN  MESTI  bertindak  terhadap  segala penyelewengan kuasa dan amalan rasuah oleh sesiapa  TERMASUK  Perdana Menteri, apatah  lagi  Menteri dan Kakitangan  Kerajaan.

13.   Apakah Acyrl BERANI  bertindak tegas seperti Hamid   atau beliau  sanggup   merela atau 
meredhakan dirinya  dengan  apa yang dikatakan  Hamzah
" don't worry he is  'MY  BOY' "  dalam perbualan telefon yang diakuinya sendiri   baru - baru ini  ATAU  yang  lebih dashyat lagi menggambil kesempatan  melakukan sendiri   perkara - perkara  yang  bertentangan dengan undang - undang  seperti melindungi  penjenayah  dan penyangak dan melakukan rasuah?

14.  Saya teringat Anwar Ibrahim  dipenjarakan selama 5 tahun atas tuduhan  mencampuri hal ehwal polis; justeru  apakah bezanya tindakan  yang dilakukan Hamzah? 

15.   Ada 3 UJIAN  ASID  atau  3 ASID  TEST bagi Acyrl, Ketua Polis Negara  atau  IGP   yang baru ini iaitu  MENYIASAT  DAN  MENGAMBIL  TINDAKAN  TEGAS  terhadap:

i.   MAHIADDIN 

Selain dari dakwaan hubungan seks  beliau dengan Gee Siew Yee atau Nika Gee yang  KETIKA ITU  isteri  kepada Dato Stanley Clement Augustin ( difahamkan Clement SUDAH  PUN  membuat Akuan Sumpah atau Statutory Declaration  berhubung perkara tersebut ), terdapat pula dakwaan 2 orang anak kandung beliau  TERLIBAT  dengan ratusan juta  wang  IMDB; jika benar, ia satu penipuan yang tak boleh dimaafkan.

ii.   AZMIN  ALI

Pengakuan sendiri oleh Haziq Aziz seorang lelaki bahawa beliau TELAH  melakukan  hubungan seks sejenis atau lebih dikenali dengan perkataan  SEMBURIT  dengan Azmin, maka WAJIB polis bertindak  membawa Azmin ke Mahkamah  dan dipenjarakan; tambah pula  telah disahkan kesahihan videonya oleh pakar - pakar penyelidikan di  Laboratory di Amerika Syarikat, Indonesia  dan beberapa buah negara maju yang lain.

Azmin  kini sedang melakukan apa saja TEMASUK  sanggup menyapu sebahagian ruang kecil Masjidil Haram di Mekah bagi MENUTUP  kes SEMBURITnya itu.

iii.  HAMZAH  ZAINIUDDIN

Beranikah  Acyrl mengambil tindakan undang - undang TERHADAP  BOSSnya sendiri yang sudah terang  MENCAMPURI  hal ehwal Polis seperti tuduhan terhadap Anwar dahulu, dan menyiasat, dan jika didapati  benar penglibatan salah seorang anak beliau dalam skandal MACAU  SCAM, menghadapkan beliau juga ke Mahkamah.

16.  Apa pun akhirnya terserah kepada Mahiaddin yang gila kuasa dan Peguam Negara ; pilihlah antara  Dunia dan Akhirat, antara Kuasa Dunia  dan Kuasa  ALLAH  SWT - semoga amalan yang kita sedang lakukan  MEMBERI  KEINSAHFAN  dan KEKUATAN  DIRI.

17.  Selain dari apa yang telah disebut diatas , 9 orang Raja - Raja Melayu  KHUSUSNYA  Agong, jika mereka  BERJIWA  rakyat atau masih  mempunyai belas kasih kepada rakyat BOLEH juga mengambil beberapa tindakan : 

i.  SERTA MERTA TARIK BALIK  Perintah Darurat dan mengarahkan Parlimen bersidang semula seperti biasa.

ii.   Jika tidak Tarik Balik Darurat, Majlis MAGERAN  diwujudkan  SERTA MERTA  dengan melantik  seorang Pentadbir atau Pengerusi bagi MEMULIHKAN  ekonomi negara yang sedang menanggung hutang kira - kira RM1.3 trillion  atau 89.2 peratus dari Keluaran Dalam  Negara Kasar  ( KDNK ) seperti yang diumumkan Zafrul baru - baru ini, juga bagi mengatasi rata - rata  kesusahan  rakyat yang  NAZAK  ini.

iii.   Mahiaddin , Hamzah dan Azmin  DIREHATKAN   sementara bagi segala siasatan  dijalankan dengan rapi  dan bebas hingga selesai TANPA  sebaang gangguan dan campur tangan mereka yang disiasat.

18.   Sudah sampai masanya Raja - Raja Melayu TIDAK  BOLEH  LAGI  berpeluk tubuh - inilh masanya mereka  menggunakan kuasa yang diamanahkan demi rakyat dan negara.

19.  Diharap cakap - cakap kononnya Agong terlibat dengan pelbagai projek raksaksa  hanya cakap - cakap kosong  tanpa bukti saja.

20.  Hanya yang saya tidak boleh pertahankan  ialah 2 persoalan :

i.   MENGAPA  sehingga kini Agong  yang diiktiraf  sebagai Lambang Negara dan Rakyat  sehingga kini sunyi dan TIDAK  BERANI  menganmbil  tindakan undang - undang sama ada di sini mahupun di London  terhadap  Clare Rewcastle Brown dari Sarawak Report yang MEMBONGKARKAN  pembelian oleh Tengku Mahkota Pahang sebuah rumah di Kota London dengan harga RM350 juta dengan kos penyelenggaran sebanyak RM2 juta  sebulan - tidak menjadi kesalahan membeli rumah atau apa - apa pun tetapi rakyat ingin tahu  apakah TUDUHAN  Clare itu benar dan jika benar dari mana punca pendapatan tersebut - adakah ianya juga dari Raja Arab?, dan jika hasil keuntungan syarikat, sudahkah  Cukai Pendapatan dibayar seperti rakyat biasa.

ii.  Apakah benar tuduhan mengatakan  Agong mencadangkan sahabat baiknya, Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan?

21.  Rakyat memerlukan  PENJELASAN  agar segala keraguan dapat diredakan.

22.  Sebagai peringatan  bersama :

    TIADA  RAKYAT
    TIADA  RAJA
    TIADA  RAJA
    TIADA  AGONG

23.  Semoga Agong  yang diberi kesempatan tinggal di rumah besar dan indah yang digelar Istana Negara HASIL titik peluh rakyat selama mana beliau dilantik oleh 9 orang Raja - Raja Melayu  akan juga  MENDENGAR   RINTIHAN  DAN  KELUHAN  RAKYAT ,  bukan setakat mendengar atau menggunakan nasihat seorang yang BERKEPENTINGAN  yang TIDAK  ADA  SOKONGAN  MAJORITI  Ahli Parlimen.

24. Sabda Rasulullah SAW:  Barang Siapa Di Antara Kamu Melihat  Kemungkaran, Hendaklah Dia Mencegah Kemungkaran Itu  Dengan Tangannya. Jika Tidak Mampu, Hendaklah  Dengan Lisan  Dan Jika Tidak Mampu Juga,!Hendaklah Mencegah  Dengan Hati, Itulah  Selembut - Lembut Iman   ( Hadis Riwayat  Muslim ).

25.  SELAMAT  MENGERJAKAN IBADAH  PUASA   dan SELAMAT  MENYAMBUT  ADIL FITRI.

26. Diharap tulisan ini dibaca dengan hati terbuka oleh Agong, Raja - Raja Melayu dan Ketua Polis Negara.

Wassalam
Terima Kasih.

R A S U A H

R   A   S   U    A   H REFORMASI REFORMATI Tamrin  Tun  Ghafar   Rabu - 14/02/24 ( 1 - 17 ) 1.   Kali  pertama  Dewan PWTC  tiba - tiba  sen...