Sunday 11 March 2018

20180311 ANTARA ZAIRIL DAN DZULKIFLI

ANTARA  ZAIRIL  DAN  DZULKIFLI

Tamrin Tun Ghafar
Ahad  11/03/18


1. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya Mohd Daud diatas pertunangan mereka yang berlangsung pada Sabtu, 10 Mac 2018.

2. Ibu bapa mereka  turut hadir.  Bapa Zairil , Tan Sri Khir Johari , bekas Menteri di zaman Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj telah lama meninggalkan kita . ALFATIHAH.

3. Saudara mara, sahabat handai dan pemberita turut juga  hadir memeriahkan majlis pertunangan dua pemimpin muda DAP itu.

4. Mereka TIDAK merahsiakan majlis tersebut.

5. Zairil ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera dan Dyana Sofya pernah bertanding atas tiket DAP semasa pilihanraya kecik Parlimen Teluk Intan menentang Presiden Parti Gerakan, Datuk Mah Siew Keong. Walaupun  muda dan ' first timer',  beliau hanya 
kalah dengan kira-kira 350 undi sahaja.

6. Dijangkakan pasangan tersebut akan  bernikah dalam waktu yang terdekat ini.

7. Pada 24/02/18, saya telah menulis  artikel bertajuk "SELAMAT  PENGANTIN  BARU KP SPRM.”

8. Dzulkifli Ahmad , KP  SPRM telah bernikah dengan Shazreen Mohd Hatta di satu majlis yang dirahsiakan pada 28 Januari 2018.

9. Dikatakan Dzulkifli berang apabila gambar pernikahan beliau itu telah diviralkan dengan begitu meluas di media-media sosial.

10. Tak tahulah  kenapa beliau marah dan daripada siapa pernikahannya itu hendak hendak dirahsiakan. Daripada Puan Sri  dan anak-anak, daripada kakitangan dan pegawai  SPRM  atau daripada rakyat keseluruhannya?

11. Beza diantara Zairil dan Dzulkifli ialah Zairil bertunang dan Insha Allah akan bernikah dengan gadis yang TIDAK  PERNAH bersuami sedangkan Dzulkifli bernikah dengan wanita yang pernah diusung ke sana sini sewaktu wanita tersebut  MASIH bersuami.

12. Dari segi undang-undang,  Zairil tidak  bersalah  tetapi Dzulkifli telah melakukan satu kesalahan dibawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

13. Seksyen ini berhubung salahlaku bersama isteri  orang dengan niat untuk mengadakan hubungan seks. Jika didapati bersalah boleh dihukum penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

14. Terserahlah kepada pihak polis, Peguam Negara, JAKIM dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa sama ada mahu terus melindungi beliau yang telah melakukan kesalahan atau sebaliknya.

15. Dzulifli mungkin boleh cuba menutup pekung yang bernanah dengan terus berkhutbah di mana-mana masjid dan surau, bersajak dan memberi ucapan serta kenyataan  yang berunsur nasihat dan amaran atas kedudukannya sebagai KP SPRM.

16. Satu cara lagi bagi menutup kesalahan yang telah dilakukan beliau ialah dengan terus membuat tangkapan demi tangkapan terutama di kalangan orang-orang politik.

17.  Di dunia ini kita bolehlah bersilat dan berdrama. Kita juga boleh gunakan aturan dan peraturan jabatan sedia ada bagi menghukum sesiapa yang menegur dan membantah salahlaku kita . Pegawai-pegawai yang dirasakan tidak sebulu akan diambil tindakan. Hanya mereka yang pandai mengampu akan dinaikkan pangkat dan sebagainya
Berbagai alasan boleh diberi untuk menghalalkan perbuatan itu.

18. Ingat bahawa kita semua akan  disoal dan dihukum apabila mati kelak.

19. Di waktu itu segala jawatan, pangkat, kuasa dan uniform yang kita pakai hari ini TIDAK akan dapat melindungi sebarang  salahlaku yang telah kita lakukan.

20. Diharap Dzulkifli bersedia berjumpa dengan saya dalam masa terdekat ini bagi menerangkan isu-isu mengenai dirinya yang berbangkit dan menjadi bualan ramai.

21. SEMOGA  ALLAH SWT  MERESTUI  SEGALA  APA  JUA YANG  KITA  LAKUKAN DI DUNIA INI.

Terima kasih.



No comments:

Post a Comment

R A S U A H

R   A   S   U    A   H REFORMASI REFORMATI Tamrin  Tun  Ghafar   Rabu - 14/02/24 ( 1 - 17 ) 1.   Kali  pertama  Dewan PWTC  tiba - tiba  sen...