Saturday, 31 October 2020

HARAKIRI!!

HARAKIRI!!

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat - 30/10/20
( 1 - 25 )


1.    Jika berlaku di Eropah, India atau Australia, pemimpin dan semua Ahli Kabinetnya PASTI  akan letak jawatan TANPA  diarah atau TANPA  menunggu Undi Tak Percaya diusulkan di Parlimen.

2.  Di zaman Samurai di Jepun tindakan  lebih ekstrim dilakukan - HARAKIRI.

3.  Istiadat membunuh diri dilakukan  dengan memakai pakaian serba putih dan diikuti dengan menikam perut dengan pedang yang disediakan.

4.   Kesemuanya ini dilakukan  kerana mereka bertanggungjawab, malu dan bermaruah di atas  kegagalan yang telah berlaku.

5.  Apabila Sinzo Abe, Perdana Menteri Jepun meletak jawatan kerana kesihatan, Muhyiddin TIDAK  TERAGAK - AGAK  memuji tindakan Abe itu.

6.  Di Malaysia walaupun Yang Di Pertuan Agong dan Raja - Raja  Melayu MENOLAK  cadangan Kabinet  Muhyiddin bagi melaksanakan Darurat atau Emergency, namun beliau  LIAT, TIDAK  BERASA  MALU  DAN MENUNJUKAN  SIKAP  TIDAK  BERMARUAH  langsung  dengan ENGGAN  MELETAK  JAWATAN.

7.  Inilah kali pertama dalam sejarah negara, Yang Di Pertuan Agong dan Raja - Raja Melayu  MENOLAK  cadangan Kabinet.

8.   Cara Raja - Raja Melayu bertindak adalah begitu TERTIB  dan HALUS yang sepatutnya difahami oleh Muhyiddin sedangkan rakyat keseluruhan amat faham YANG  TERSIRAT  DAN TERSURAT.

9.  Keingkaran MELETAK  JAWATAN  membuktikan  SIKAP  SOMBONG  DAN  BIADAP  beliau TERHADAP  Yang Di Pertuan Agong dan Raja - Raja Melayu itu sendiri. 

10.  ‘Jika Takut
        Di Lambung
        Ombak
        Jangan Berumah
       Di Tepi Pantai

       Jika Takut
        Hilang Jawatan
        Hentikan 
       Perbuatan
       Merampas Kuasa’

11.  Keputusan UMNO  menyokong  Kerajaan  Muhyiddin  SENGAJA  dilakukan  seolah - olah  mereka INGKAR  DAN   MENCABAR  RAJA - RAJA  MELAYU  itu sendiri.

12.  Apabila  hilang sokongan, Tun Dr. Mahathir TIDAK  TERAGAK - AGAK  melepaskan jawatan Perdana  Menteri - inilah sikap seorang yang  TIDAK  GILA  KUASA, beliau  mengikut AMALAN  DEMOKRASI.

13.  Di Jakarta dan di Bangkok  ribuan rakyat berdemonstrasi setiap  hari, namun Kerajaan mereka tidak pula memgisytiharkan darurat seperti dicadangkan Muhyiddin.

14.  Belum ada mana - mana negara yang bercadang berbuat demikian  walaupun angka kematian akibat Wabak Covid  jauh lebih tinggi dari Malaysia.

15.  SEBENARNYA  Muhyiddin dan sebahagian besar Menteri-Menterinya TAKUT  BERHADAPAN  dengan  Ahli - Ahli Parlimen  menjelang Sidang Parlimen mulai 2hb November ini yang diikuti dengan Pembentangan Belanjawan Negara  4 hari selepas itu, justeru  cara yang mudah ialah MENGISYTIHARKAN  DARURAT.

16.  Rakyat Bersyukur  dan Menjunjung Kasih kepada YDP Agong dan Raja - Raja Melayu  yang lebih  MEMENTINGKAN  RAKYAT  dan NEGARA  dari beberapa individu  yang  HANYA  MEMENTING KAN  DIRI.

17.  Keadaan beliau sekarang umpama durian yang PASTI  jatuh - sila baca tulisan saya  pada 20hb Oktober 2020 bertajuk :

'MUHYIDDIN  UMPAMA  DURIAN  YANG  PASTI  JATUH'

tamrintunghafar.blogspot.com

18.  Kini selepas Yang Di Pertuan Agong dan Raja - Raja Melayu menolak cadangannya itu, beliau boleh buat pilihan :

i.   JIKA  BERMARUAH  DAN  MALU, LETAK  JAWATAN  SECARA  TERHORMAT.

ii.  BUAT  PELAN B ATAU  APA-APA  PELAN  BARU  BAGI
MENGEKALKAN  JAWATAN.

iii.   UMPAMA DURIAN, PECAH  JIKA JATUH  DI ATAS  TANAH  ATAU  BORGOLEK  KE DALAM  LONGKANG

19.  Terdapat  sebuah pantun yang dipinjam dan diolah :

   'Apa Guna
    Memakai Sari
    Jika Tidak 
    Dengan
    Selendang
    Elok Sungguh 
    Jadi Menteri
    Dan 
    Perdana Menteri
    Gaji Banyak
    Walupun
    BANGANG'

20.  SEMOGA  MUHYIDDIN  TIDAK  MELIBATKAN  TUANKU  YDP AGONG  MEMBANTU  BELIAU  MENGHADAPI  PARLIMEN; INILAH SEBAIK -  BAIK  GELANGGANG  TEMPAT  RAKYAT BERSUARA.

21.  Menjadi TANGGUNGJAWAB Ahli-Ahli Parlimen MENGKAJI dan MENYOAL SETIAP perkataan dan angka yang dikemukakan oleh Kerajaan.

22. YDP  Agong  boleh  memberi nasihat  tapi  tak boleh  MEMAKSA; Parlimen  BUKAN 'rubber stamp' yang  boleh diarah.

23. RAKYAT  PERLUKAN  TALIAN  HAYAT   BUKAN  DARURAT.

24.  Mereka MESTI TAHU dari mana sumber kewangan yang diperolehi dan bagaimana kewangan negara dibelanjakan, maka SELEPAS itu barulah mereka membuat keputusan - MENYOKONG atau MENOLAK - jika majoriti tolak ia bermakna Kerajaan HILANG SOKONGAN, maka KENA letak jawatan.

25. Ketika itu Muhyiddin TIDAK LAGI BOLEH bersembunyi seperti kanak-kanak bersembunyi di dalam kain.

Sila  kongsikan pandangan saya ini untuk generasi semasa dan akan datang.

Terima Kasih
Wassalam.

No comments:

Post a Comment